Wednesday, July 19, 2017

Tahu Maksud Lagu Despacito? Cumbuan Dan Seks Bebas!

Tahu Maksud Lagu Despacito? Cumbuan Dan Seks Bebas!

Hampir setiap hari diputarkan di stesen radio lagu latin Despacito malah sudah dihafal liriknya walaupun susah termasuk oleh anak kecil dan terjemahannya tidak mereka fahami langsung kerana ia rancak dan muziknya memang best.

Despacito

Sebab itu di Malaysia pun ia boleh menduduki tangga pertama carta itunes, dan ada juga lirik lagu Despacito dalam versi Melayu.

Tapi, selepas anda baca terjemahan dan maksud lagu Despacito ini eloklah, fikirlah dua kali sebelum menyanyi lagu Despacito terutama di depan anak atau pun jangan membiarkan mereka menghafal lirik lagu ini.

Kalau diperhatikan maksud lirik lagu Despacito nyanyian penyanyi terkenal asal Puerto Rico, Luis Fonsi, menampilkan Daddy Yankee dan juga Justin Bieber ia memang agak keterlaluan.

Lagu Despacito sebenarnya penuh dengan unsur-unsur seks dan keghairahan yang tidak sepatutnya diucapkan apatah lagi dihayati oleh anak-anak kecil.

Berikut adalah terjemahan lagu Despacito yang dialih ke bahasa Melayu supaya anda boleh nilai sendiri.

Despacito
(Perlahan-lahan)

Quiero respirar tu cuello despacito
(Aku ingin bernafas dilehermu perlahan-lahan)

Deja que te diga cosas al oído
(Biarkan aku berbisik ditelingamu)

Para que te acuerdes si no estás conmigo
(Supaya kau bisa mengingat aku saat kau tak bersamaku)

Despacito
(Perlahan-lahan)

Quiero desnudarte a besos despacito
(Aku ingin melepas pakaianmu secara perlahan sambil menciummu)

Firmo en las paredes de tu laberinto
(Memasuki "dinding labirin" mu)

Y hacer de tu cuerpo todo un manuscrito
(Dan membuat tanda di seluruh tubuhmu)

Sube, sube, sube Sube, sube
(Naik, naik, naik, naik)

Quiero ver bailar tu pelo
(Aku ingin melihat tarianmu)

Quiero ser tu ritmo
(Aku ingin mengikuti ritma mu)

Que le enseñes a mi boca
(Aku ingin kau mengajar mulutku)

Tus lugares favoritos
(Bahagian kegemaranmu)

Favorito, favorito, baby
(kegemaran, kegemaran sayang)

Déjame sobrepasar tus zonas de peligro
(Biarkan aku melewati zon berbahayamu)

Hasta provocar tus gritos
(Hingga aku membuatmu menjerit)

Y que olvides tu apellido
(Dan membuatmu melupakan namamu)

***

Dah puas baca bait-bait dan maksud lirik lagu Despacito? Anak pula tengah nyanyi. Anda rasa bagaimana?

BACA INI JUGA: 8 Festival Muzik Terbaik Di Seluruh Dunia

sumber: vanillakismis

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (19 Julai)

Tarikh 19 Julai merupakan hari ke 200 (hari ke 201 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 165 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Laos
Laos.

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Martir Myanmar dan Hari Kemerdekaan di Laos (1949).

Peristiwa

64 – Kebakaran Agung Rom bermula berhampiran Circus Maximus. Legenda popular, namun tidak benar, menyatakan Maharaja Rom Nero bermain lyre dan bernyanyi sambil menonton kebakaran dari jauh.

711 – Penaklukan Umayyad ke atas Hispania: Di Iberia, angkatan Umaiyah Moor yang diketuai Tariq ibn Ziyad menewaskan Roderic dan Visigoth dalam Pertempuran Guadalete.

1553 – Lady Jane Grey digantikan oleh Mary I dari England sebagai Ratu England selepas hanya sembilan hari.

1848 – Konvensyen Hak Kewanitaan dibuka di Air Terjun Seneca, New York, Amerika Syarikat.

1870 – Pertikaian mengenai bakal raja Sepanyol menyebabkan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Prusia, memulakan Perang Perancis-Prusia.

1947 – Pejuang kebangsaan Myanmar Aung San dan enam anggota kabinet baharunya dibunuh ketika bermesyuarat.

1949 - Kemerdekaan Laos daripada negara Perancis.

1979 – Pemberontak Sandinista menggulingkan kerajaan keluarga Somoza yang disokong Amerika Syarikat di Nicaragua.

2010 – Dua kereta api berlanggar di Bengal Barat, India, mengorbankan 63 orang dan mencederakan lebih 160 lagi.

Kelahiran

1894 - Khawaja Nazimuddin, Perdana Menteri Pakistan ke-2.

1922 - Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong ke-10.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)

sumber: wikipedia

Tuesday, July 18, 2017

Senarai Affiliate Terbaik Dan Lumayan Di Malaysia 2023

Senarai Affiliate Terbaik Dan Lumayan Di Malaysia 2023

Memiliki blog atau tidak, berkecimpung dalam dunia maya untuk menjana pendapatan dengan internet melalui program affiliate adalah salah satu cara terbaik mencari duit secara online dengan agak mudah.

Senarai Affiliate Terbaik Di Malaysia 2017

Bagi anda yang belum mengenali apa itu affiliate, ia adalah salah satu cara mencari dan menjana duit secara online dengan mempromosi dan memasarkan produk melalui link affiliate khas (hanya copy dan paste) yang diberikan oleh pihak penganjur, dimana mereka mencari dan menawarkan komisen yang berpatutan kepada ahli affilite (anda) yang berjaya menghasilkan jualan melalui produk mereka.

Berapa yuran untuk menyertai program Affiliate?

Percuma. Anda boleh mendaftar secara percuma tanpa perlu membayar sesen pun. Program Affiliate dijamin 100% percuma, malah anda yang akan dibayar jika berjaya menghasilkan jualan melalui link affiliate yang anda share.

Berapa komisen sebagai agen Affiliate?

Bergantung kepada program affilite yang anda sertai. Ada pihak menawarkan komisen sehingga 70%, 50%, 40%.

Sebagai contoh laman web A menawarkan 50% komisen untuk produk bernilai RM100.00 maka anda akan mendapat komisen RM50.00 untuk setiap produk yang anda berjaya jual. Ingat, anda hanya share link affiliate dan jika ada pembeli, barulah anda dibayar komisen.

Itu baru satu produk, bagaimana pula jika anda berjaya menghasilkan 10 jualan! Lumayan kan.. :)

Apa sebenarnya produk-produk yang dijual melalui program affiliate ini?

Banyak jenis program Affiliate yang anda boleh sertai asalkan ia menawarkan komisen yang berpatutan dan bergantung kepada kesesuaian anda sendiri. Nak join semua pun boleh.

Produk affiliate yang dipasarkan ada 2 jenis;

1. Produk Digital

Jenis barangan yang boleh dilihat tapi tidak dapat disentuh melalui pancaindera dan hanya boleh di install melalui komputer, laptop, telefon dan sebagainya.

Contoh barangan untuk produk ini ialah seperti sofware, audio, ebook (e-book), mp3 dan sebagai.

2.Produk Fizikal

Jenis barangan yang boleh disentuh, dilihat, dimakan, keras, lembut, berat, ringan dan juga boleh dipakai.

Contoh produk fizikal ini adalah seperti Al-Quran Digital, DVD, CD, pendrive, buku, baju, seluar, beg kulit dan sebagainya.

Bagaimana dan dimana hendak mempromosikan produk-produk tersebut?

Ada empat cara asas untuk anda mempromosikan link affiliate;

1. Blog atau Laman Web

Lakukan pemasaran affiliate anda menggunakan blog, tidak kisahlah jika melalui blogspot atau pun wordpress kerana ianya percuma dan menjimatkan kos.

Rasanya ada banyak lagi laman web percuma diluar sana, cuma anda kenalah rajin untuk membuat carian.

Buat artikel dan posting mengenai tawaran anda melalui blog dan pastikan juga artikel anda mudah untuk difahami kemudian letakkan link affiliate dibeberapa perenggan artikel.

2. Media sosial

Contohnya seperti Facebook, Twitter, googgle plus, pintrest, instagram dan banyak lagi.

Kongsikan sesuatu yang mampu menimbulkan minat dan kelebihan produk tersebut secara ringkas kepada rakan-rakan dan follower anda.

3. Video

Contohnya seperti Youtube, Vimeo, Animoto dan sebagainya. Buat video anda sendiri atau kongsikan video-video viral dan upload melalui youtube atau sebagainya, kemudian share pula video ini melalui blog, facebook, twitter dan sebagainya.

4. Email

Promosikan produk affiliate melalui email kepada rakan-rakan anda. Pastikan juga anda tidak menghantar secara kerap, kerana anda akan dicop sebagai spammer. Lakukan dengan cermat dan berkala, mungkin seminggu sekali.

Jadi, anda berminat dengan program affiliate dan tidak sabar nak mencubanya?

Dibawah ini adalah senarai program affilaite terbaik di Malaysia dan membayar komisen yang mahal untuk anda sertainya.

1. Tudung Si Comel

Platform affiliate Tudung Si Comel sememangnya adalah yang terbaik buat masa ini di Malaysia untuk anda mempromosikan tudung kanak-kanak secara online melalui sistem affiliate.

Tudung Si Comel menyediakan pelbagai jenis tudung termasuk tudung sekolah untuk kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah, termasuklah baby yang baru berusia 3 tahun ke bawah.

Selain permintaan tinggi ibu bapa terhadap pakaian muslimah seperti jubah, telekung, baju sekolah dan aksesori untuk kanak-kanak, harga yang ditawarkan juga tersangatlah murah dan berkualiti.

Daftar sebagai affiliate di Tudungsicomel.com.

2. BaitulJannah

Baituljannah adalah laman web cari jodoh di Malaysia yang menjemput anda untuk menyertai program affiliate mereka.

Setiap akaun secara automatiknya mempunyai dua fungsi iaitu sebagai ejen affiliate dan sebagai calon cari jodoh.

Sekiranya anda hanya fokus kepada menjana pendapatan melalui affiliate, tidak perlu melengkapkan profil calon jodoh untuk mengelakkan daripada dipaparkan di carian calon-calon jodoh kerana akan mengakibatkan kekeliruan kepada calon-calon pencari jodoh yang lain.

Pendapatan daripada affiliate Baituljannah dianggap sangat lumayan. Anda dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran baru dan mendapat komisyen tinggi setiap kali ahli menaik taraf akaun masing-masing.

Dan jika anda mahu menjana pendapatan lebih lumayan, upgrade akaun anda kepada premium.

Daftar sebagai affiliate di Baituljannah.co.

3. Involve Asia Publisher

InvolveAsia merupakan satu platform affiliate e-commerce yang membantu individu yang berpengaruh di laman maya untuk menjanakan pendapatan yang lumayan.

InvolveAsia menghubungkan anda dengan laman web ecommerce terkenal di Malaysia seperti Lazada dan Zalora.

Untuk menyertai program affiliate InvolveAsia, anda akan dibayar USD1.28 bagi setiap pendaftaran baru dibawah anda.

Daftar sebagai affiliate di InvolveAsia.

4. Book Cafe (Bconline)

Laman web ini sebenarnya telah beroperasi sejak tahun 2007 lagi khusus untuk para pencinta buku.

Selepas mendaftar anda akan dibekalkan dengan link affiliate dan bahan promosi untuk membantu anda mempromosikan produk-produk buku yang dijual dilaman web bookcafe (bconline).

Pelanggan yang berminat akan klik pada link tersebut dan perlu membuat pembelian di Bookcafe dalam masa 30 hari dari tarikh link diklik.

Ahli affiliate kemudiannya akan mendapat 5-7% komisen dari nilai pembelian di Bookcafe.

Ramai yang suka membaca di Malaysia dan kini tugas anda untuk memudahkan pencarian mereka melalui link affiliate yang akan anda kongsikan. Mudah kan?

Daftar sebagai affiliate di Bconline.com (Book Cafe).

5. Klikjer

Platform affiliate Klikjer adalah website yang disediakan oleh seorang IM terkemuka Malaysia yang dikenali sebagai Shuth. Tak kenal Shuth? Dialah pengasas WangCyber.com. Forum IM tersohor di Malaysia.

Klikjer sangat mudah untuk digunakan. Anda dapat melihat produk produk yang tersedia untuk dipasarkan melalui pautan “Produk”. Pada ketika ini, ada hampir 20 buah produk digital yang boleh anda pasarkan dari Klikjer.

Klikjer turut menyediakan bahan bahan berupa gambar yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk produk pilihan anda.

Terdapat pelbagai banner gambar dalam bermacam saiz untuk anda letakkan di dalam laman web anda bagi tujuan promosi.

Daftar sebagai affiliate di Klikjer.com.

6. OnPay

Onpay secara amnya menyediakan khidmat yang sama seperti Aztetic. Pasaran sasarannya adalah para pemilik produk digital.

Onpay menyediakan ruangan marketplace yang menyenaraikan kesemua produk yang boleh dipromosikan sebagai affiliate yang boleh didapati dihalaman depan website Onpay.

Daftar sebagai affiliate di Onpay.my.

***

Ini hanyalah sebahagian yang anda boleh bermula. Semoga berjaya.

BACA INI JUGA: Panduan Belajar Buat Blog Cara Paling Mudah

-Sentiasapanas.com

Tahukah Anda Perkataan Nenas Membawa Maksud Yang 'Kotor'

Tahukah Anda Perkataan Nenas Membawa Maksud Yang 'Kotor'

Tahukah anda bahawa Nenas dan juga Nanas adalah dua perkataan yang berbeza dan membawa maksud yang jauh sama sekali berbeza.

Nanas

Kalau anda membuat carian di laman Google apa itu Nenas mesti terkejut, terutamanya bila tengok bahagian imej. Saya sendiri pun tak sangka rupanya maksud Nenas begitu.

Dalam laman Wikipedia berbahasa Melayu sendiri pun tiada maksud Nenas, yang ada Nanas sahaja. Buah Nanas adalah tumbuhan tropika yang berasal dari Brazil.

Dewan Bahasa dan Pustaka juga ada menerangkan lebih terperinci tentang ejaan Nenas dan Nanas.

Jadi, lepas ini walaupun kita sebut seakan-akan bunyi seperti Nenas tapi jangan sekali-kali eja sebegitu. Ejaan yang betul adalah Nanas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 8 Perkataan Baru Termasuk Tular (Viral) Dan Swafoto (Selfie) Masih Ramai Tak Tahu

sumber: mahamahu

Kehebatan Tumbukan 1 inci Yang Mampu Membunuh!

Kehebatan Tumbukan 1 inci Yang Mampu Membunuh!

Beberapa tahun lalu, seorang sami bernama Shi, telah menggemparkan dunia selepas mempamerkan kekuatan tumbukan satu inci yang mampu membunuh sesiapa yang ditumbuk.

Shi

Kemampuan dan kekuatan luar biasa tumbukan 1 inci ini pernah didedahkan dalam rancangan Stan Lee Superhumans, sebuah dokumentari televisyen pada 2 Ogos 2010.

Dalam rancangan itu, pengacara rancangan ini, Daniel Browning Smith telah terbang dari New York untuk bertemu dengan Shi, generasi ke 34 Shaolin Warrior Monk dan meminta Shi menunjukkan kemampuannya.

Antara aksi ngeri yang dilakukan adalah dengan melakukan pukul menggunakan batang kayu yang keras dibahagian perut, belakang badan dan tangan.

Menakjubkan, kayu yang keras patah dua selepas dipukul ke badannya tanpa sebarang kesakitan. Daniel yang melihat terlopong kagum!

Tumbukan 1 inci

Shi

Aksi sebenar baru sahaja bermula. Kali ini, Shi akan melakukan tumbukan satu inci yang akan dilakukan pada jarak dekat.

Kali ini, kekuatan Shi akan diuji secara saintifik menggunakan patung replika yang disambungkan kepada komputer.

Tumbukan dilepaskan pada jarak satu (1) inci, patung jelas dilihat melentur kebelakang.

Daripada catatan yang ditunjukkan melalui komputer, impak kekuatan tumbukannya mampu membunuh seorang manusia.

Kekuatan tumbukannya lebih kuat berbanding kesan hentaman kereta pada kelajuan 48 kilometer sejam!

Persoalannya, adakah manusia akan mati dengan hanya satu tumbukan? Jawapannya, YA.

Tubuh manusia sebenarnya jauh lebih rapuh dari yang disangka, terutamanya jika pukulan pada jantung.

Lagenda tumbukan 1 inci

Bruce Lee

Tumbukan satu inci adalah satu teknik bela diri paling popular sepanjang zaman.

Stail Kung Fu ini pertama kali ditunjukkan oleh Bruce Lee dalam pertandingan Long Beach International Karate Championship pada tahun 1964.

Sejak itu, gaya bela diri ini terus dipelajari sehingga kini.

BACA INI JUGA: Video Lelaki Maut Dengan Satu Tumbukan!



-SENTIASAPANAS.COM

Keunikan Pod Bilik Hotel Terapung Huis Ten Bosch, Nagasaki

Keunikan Pod Bilik Hotel Terapung Huis Ten Bosch, Nagasaki

Tahukah anda setelah sekian lama saintis menanti, akhirnya Pod bilik hotel terapung akhirnya berjaya direalisasikan.

Hotel Pod

Teknologi yang kini benar-benar wujud di Jepun, dilengkapi dengan ciri-ciri khusus untuk menyelamatkan pemiliknya daripada badai ombak yang kuat.

Bakal terkenal sebagai hotel di masa hadapan, Pod istimewa ini mudah dikendalikan di mana-mana perairan.

Pod ini telah diletakkan di taman tema Huis Ten Bosch, Nagasaki, dikawasan seluas 39 ribu meter persegi.

Dikawasan yang sangat luas ini, banyak perkara menarik menanti pengunjung yang sudah pasti bakal dikejutkan dengan pelbagai teknologi yang dipamerkan sebagai daya tarikan termasuklah Pod hotel terapung ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Rahsia Bilik Hotel Yang Menjijikkan

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (18 Julai)

Tanggal 18 Julai merupakan hari ke 199 (hari ke 200 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 166 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Nelson Mandela

Hari ini juga merupakan Hari Perlembagaan di Uruguay (1830).

Peristiwa

1290 – Edward I mengeluarkan edik mengusir semua orang Yahudi dari England.

1863 – Perang Saudara Amerika: Unit tentera Amerika-Afrika formal pertama, Regimen ke-54 Infantri Massachusetts mengetuai serangan ke atas Kubu Wagner di Carolina Selatan.

1925 – Adolf Hitler menerbitkan jilid pertama manifesto peribadinya Mein Kampf.

1942 – Jurutera Jerman menguji pesawat pejuang Messerschmitt Me 262, kali pertama sebuah pesawat turbin jet terbang.

1944 – Jeneral Hideki Tōjō (gambar) terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas satu siri kegagalan pada akhir Perang Dunia Kedua.

1976 – Di Sukan Olimpik Montreal, Nadia Comaneci menjadi orang pertama mendapat markah sempurna 10 dalam acara gimnastik Olimpik moden.

1982 – Angkatan tentera Guatemala dan sekutu separa tenteranya membunuh lebih 250 orang Maya di Baja Verapaz.

2013 – Penyelidik mengumumkan penemuan Pandoravirus, genus virus baharu dengan genom dua ganda lebih besar daripada sebarang virus lain.

Kelahiran

1918 - Nelson Mandela, seorang Presiden Afrika Selatan.

Kematian

1872 - Benito Juarez, Presiden Mexico.

2012 - Rajesh Khanna, seorang pelakon dan penerbit filem Bollywood.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (17 Julai)

sumber: wikipedia

Monday, July 17, 2017

Parodi Dan Teori Konspirasi Logo HARAPAN

Parodi Dan Teori Konspirasi Logo HARAPAN

Logo baru Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapat pelbagai reaksi bercampur baur sejak pelancarannya minggu lalu.

Logo HARAPAN

Ada yang memuji rekabentuk logo berkenaan dan tidak kurang mengejek rekaannya dengan menjadikan sebagai bahan jenaka.

HARAPAN mendakwa huruf A yang menjadi anak panah pada logo itu mewakili harapan yang menggunung tetapi sesetengah pelayar internet membuat tafsiran mereka sendiri - dari parodi ke teori konspirasi.

Star Trek

Star Trek

Ia mungkin menjadi parodi paling popular apabila logo HARAPAN disamakan dengan siri fiksyen popular, Star Trek. Presiden HARAPAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun berpendapat tiada apa yang salah dengan mengaitkan persamaan tersebut.

Sebaliknya beliau memetik ungkapan popular Star Trek yang bermaksud "Berani ke tempat yang tak pernah manusia pergi".

"Ia agak seperti itu kerana tiada siapa pernah mengalahkan BN," katanya.

Roket DAP

Roket DAP

Terdapat juga individu mendakwa logo HARAPAN mewakili simbol roket DAP. Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam halaman Facebooknya berkongsi artikel sebuah blog dengan berkata "logo Pakatan Harapan mengesahkan siapa parti dominan."

Petikan dari blog itu menerangkan logo berbentuk tulisan dengan salah satu huruf A itu mirip bentuk roket DAP. Iskandar telah memadamkan posting itu, tetapi beberapa blogger telah membuat tangkapan skrin.

Freemason

Freemason

Bagi mereka yang percaya teori konspirasi pula mengaitkan anak panah dengan simbol Freemason dan simbol kompas. Ini dikatakan sebagai bukti "agenda Yahudi" yang dibawa melalui DAP.

Logo ARMADA BERSATU

Logo ARMADA BERSATU

Satu lagi ialah kaitan logo HARAPAN dengan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagaimanapun menafikannya.

"Apabila kami keluarkan logo ARMADA BERSATU, jika anda lihatnya ia hampir sama. Tidakkah anda fikir saya mainkan peranan pilih logo itu (HARAPAN) kerana ia kelihatan seperti Armada? Tidak," katanya pada sidang akhbar.

Anak panah GPS

Anak panah GPS

Antara tafsiran yang pelbagai termasuk anak panah pada logo itu adalah sama seperti tanda yang terdapat pada Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang mengaitkan logo itu dengan GPS berkata "Kita akan mencari arah negara ini daripada kekacauan yang telah diwujudkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak".

Hidung Mahathir

Hidung Mahathir

Namun yang paling menarik mengenai logo itu adalah apabila ada pihak menggambarkannya mewakili hidung Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jenaka ini ditimbulkan oleh lamanAntara tafsiran yang pelbagai termasuk anak panah pada logo itu adalah sama seperti tanda yang terdapat pada Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad yang mengaitkan logo itu dengan GPS berkata "Kita akan mencari arah negara ini daripada kekacauan yang telah diwujudkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak".

Laman Facebook itu menyiarkan gambar hidung Mahathir dengan petikan berbunyi "Ini hidung saya".

BACA INI JUGA: Dr Mahathir Bekas Pemimpin Kedua Terkaya Di Dunia?

sumber: mk

Dimana Martabat Drama Televisyen Kita?

Dimana Martabat Drama Televisyen Kita?

Percaya cakap saya, tidak lama lagi judul drama Melayu di televisyen akan mengunakan judul sebegini: K*** Laki Aku Tak Cukup Panjang.

Drama Melayu

Kerana apa? Kerana apa yang penting kepada pihak yang terlibat dalam pembikinan semua drama Melayu untuk tayangan kepada umum adalah bagaimana sesebuah drama itu boleh menarik penonton.

Dan bagi pihak stesyen televisyen pula ialah, bagaimana untuk menarik pengiklan bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Berikan mereka masa dua setengah tahun - dan jika momentum drama yang dihasilkan adalah seperti sekarang - mereka pasti tanpa ada malu akan menghasilkan drama perihal panjang pendek atau besar kecil alat kelamin waktak utama mereka.

Tidak ada lagi tanggungjawab moral. Dilupakan juga bahawa walau sedikit, apa yang ditayangkan itu akan memberi kesan kepada penontonnya.

Telah beralih arah

Sekarang ini tidak ada bezanya drama yang ditayangkan waktu pagi, tengah hari, Maghrib hari dan juga waktu puncak.

Semuanya berkisar tentang lubang kencing.

Suri rumah yang sibuk di dapur dan anak-anak yang belum faham dipersembahkan dengan masalah, diajar bagaimana untuk kurang ajar.

Juga terlebih malang ialah penonton sering diajar untuk putus asa.

Apabila gagal dalam cinta, maka pertamanya mereka wajib merana kerana lubang kencing idaman mereka telah beralih arah.

Lalu sang merana pun berkeluh-kesah meratapi nasib dan jika diizinkan oleh agama, mereka akan sewenang-wenangnya membunuh diri jika pun tidak membunuh kekasih pautan hati mereka itu.

Percayalah apabila saya katakan bahawa ada anak baru berusia sembilan tahun - setelah dimarahi ibunya - menulis sepucuk surat kepada wanita itu dengan sebaris ayat begini:

"Siti tahu Siti bersalah. Maafkan Siti. Siti sebenarnya tak layak untuk wujud di dunia ini…"

Di mana anak ini belajar bahasa sastera drama ini jika bukan dari persekitaran yang saban hari giat mempromosi gundah gulana dan merana?

Bukan tidak ada drama yang baik dihasilkan, namun majoritinya adalah tentang perempuan cantik yang teringikan lelaki tegap.

Yang itulah juga diulang-ulang dalam semua penghasilan dengan judul yang berbeza.

Kegilaan drama televisyen

Semasa kamu mengejar populariti, kamu membunuh banyak jiwa. Dan kamu pun bangga menjadi idola masyarakat yang punah.

Kita semua bertanggungjawab untuk membentuk manusia, terutamanya keluarga sendiri sebagai manusia yang sejahtera pemikirannya.

Kita mendambakan persekitaran yang membentuk otak sihat namun drama televisyen hari ini langsung tidak membina.

Membicarakan soal cinta yang penuh rintangan, dengan jerit dan tangis, bukan usaha yang mengarah kepada kebaikan.

Dan mengapa hanya tema cinta yang menjadi kegilaan dalam menghasilkan drama televisyen?

Kita mengajar masyarakat supaya apabila marah, wajib menjerit-jerit tanpa peduli aib.

Kita tusuk otak masyarakat bahawa wang adalah segalanya.

Kita desak masyarakat bahawa kelihatan cantik setiap masa adalah matlamat dalam hidup, dan kita hanya paparkan adegan berdoa kepada tuhan, berdoa dan menangis hanya kerana gagal dalam cinta.

Realiti kehidupan siapakah yang kita tonjolkan? Apakah semua penulis skrip drama Melayu ini hidupnya terlalu malang lalu berkongsilah gelap kehidupan mereka dengan masyarakat umum sebagai suri teladan?

Kalaulah mereka yang terlibat ini dulunya mati muda, tentu ini telah menyelamatkan kita daripada bebanan hidup yang mereka fiksyenkan.

Sekurang-kurangnya nanti boleh diperbahaskan akan kematian mereka bahawa mereka telah berkorban jiwa untuk pembentukan masyarakat yang lebih aman.

Saya harap ada neraka khas buat mereka yang terlibat dalam penghasilan yang sia-sia ini.

BACA INI JUGA: Bagaimana Filem Berjaya Merosakkan Akhlak Masyarakat Barat

sumber: mk

Lagu 'I Am Me' Nyanyian Datuk Vida 'Berhantu'

Lagu 'I Am Me' Nyanyian Datuk Vida 'Berhantu'

Usaha Datuk Seri Vida (DSV), untuk tampil menyanyi ternyata tidak sia-sia, apabila bakat nyanyiannya berjaya menarik perhatian netizen.

'I Am Me' Datuk Vida

Mana tidaknya lagu nyanyiannya yang berjudul 'I Am Me' ternyata 'mencuit' hati netizen malah kini mula kecoh dikatakan lagunya 'berhantu'.

"Aku tak tau lah sejak dari hari dia keluarkan lagu ini aku dah terhafal, bantu aku," komentar Quraisya Aina Izzatti Alias berhubung lagu nyanyian DSV.

Sementara itu menurut, Eleina Rahim dia 'sudah ketagih dengan lagu itu'.

"Ketagih juga la lagu dia, sayang-sayang, comel pa," tulisnya.

Manakala Nadya Amanda pula mengatakan lagu 'I Am Me' boleh menghilangkan rasa tekanannya.

"Hilang 'stress' aku dengar lagu ni. Gembira, meriah dan bahagia betul Dato vida," katanya.

Dan menurut Ahmad Tarmizi Khairi, apa yang istimewa lagu ini adalah 'ada elemen bunyi kucing'.

"Yang buat bunyi 'meow' itu comel," tulisnya.

Sehingga kini, di platform Facebook, lirik video I Am Me sudah ditonton lebih sejuta pengunjung sejak dimuatnaik beberapa hari ini.

Dalam pada itu, memetik laporan media tempatan bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.

Katanya,memang tujuan utama untuk lagu itu menjadi viral sebab Datuk Seri seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian.

Sebelum ini, single sulung Vida sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.

Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.

BACA INI JUGA: Dato' Seri Vida Tolak Permintaan Supaya Taja Belajar!



sumber: sinarharian

Sejarah Bagaimana Proton Saga Mendapat Nama

Sejarah Bagaimana Proton Saga Mendapat Nama

Proton Saga adalah model pertama kereta yang dilahirkan oleh PROTON, syarikat automatif pertama Malaysia dan mungkin ramai generasi baru belum tahu asal-usul bagaimana nama SAGA ini mendapat nama.

Proton saga

Proton Saga telah dilancarkan pada 1 September 1985 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Beberapa bulan sebelum pelancarannya, rakyat Malaysia telah dipelawa menyertai pertandingan untuk memilih nama kereta kebangsaan pertama negara.

Pertandingan ini telah menarik penyertaan sebanyak 102,823 orang.

Sebanyak 334 nama dicadangkan dan daripada jumlah itu, hanya tiga nama yang dipilih ke peringkat akhir iaitu SAGA, PERDANA dan GAGAH.

Daripada ketiga-tiga nama itu, akhirnya nama SAGA dipilih sebagai pemenang.

Ketika pertandingan itu, ada 11 nama yang menghantar nama SAGA, namun tuah memihak kepada Sarjan Ismail Jaafar yang ketika itu bertugas di Markas Tentera Dua Divisyen, Pulau Pinang.

Apa sebenarnya maksud SAGA?

Mesti ramai yang akan menjawab ia merujuk kepada biji benih berwarna merah yang mudah didapati di Malaysia kan?

Sebenarnya, itu bukan maksud perkataan SAGA yang diilhamkan oleh Ismail.

Perkataan SAGA bukan bermaksud biji benih tetapi adalah akronim yang terbentuk daripada frasa yang diilhamkan oleh Ismail.

Begini kisahnya.

Suatu hari, Ismail sedang bermain permainan Scrabble dengan rakan-rakan sekerjanya.

Ketika itu, dia membuat frasa SAGA, yang kalau dalam bahasa Inggerisnya bermaksud 'a long and complicated story', 'a tale' dan beberapa maksud lain lagi.

Ketika itu, Ismail mendapat idea untuk menterjemahkan frasa SAGA kepada definisi baru yang mewakili setiap huruf tersebut.

S = Safety, Stability (keselamatan, kestabilan)
A = Achivement (pencapaian)
G = Greatness (keagungan)
A = Ability (kebolehan)

Jadi, sebenarnya SAGA asalnya daripada perkataan bahasa Inggeris.

Dan begitulah cerita asal-usul nama Proton SAGA yang kemudian dinamakan sempena kereta nasional pertama Malaysia.

Semoga mendapat manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Kereta Yang Menjadi Kegemaran Pencuri Kereta di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM