Wednesday, April 05, 2017

Jenis-jenis Diabetes Dan Fakta Ringkas Mengenai Penyakit Kencing Manis

Jenis-jenis Diabetes Dan Fakta Ringkas Mengenai Penyakit Kencing Manis

Kencing Manis (Diabetes) ataupun selalu disebut oleh doktor dengan nama diabetes mellitus ialah suatu penyakit metabolik yang mana pengidapnya mempunyai tahap glukosa dalam darah (gula darah) yang tinggi pada suatu jangka waktu yang agak lama.

Jangan abai tanda awal diabetes

Ianya terjadi samada pengeluaran insulin yang tidak mencukupi ataupun sel-sel tubuh tidak bertindak dengan betul pada insulin.

Pengidap yang mempunyai gula darah yang tinggi kebiasaannya akan mengalami kerap buang air kecil (polyurea - frequent urination), menjadikan mereka selalu dahaga (polydipsia - increasingly thirsty) dan lapar (polyphagia).

Fakta Ringkas Mengenai Diabetes

Diabetes adalah suatu ganguan metabolik yang menyebabkan tahap gula dalam darah menjadi tinggi dan pada tahun 2013 dianggarkan seramai lebih dari 382 juta manusia di seluruh dunia mengidap diabetes.

1. Diabetes Jenis 1 (type 1)

Tubuh gagal menghasilkan insulin yang mencukupi. Dianggarkan 10% kes diabetes adalah jenis 1.

2. Diabetes Jenis 2 (type 2)

Bermula dengan kerintangan insulin (insulin resistance) di mana sel-sel tubuh gagal bertindak ataupun kurang sensitif terhadap insulin. Jika penyakit ini berkembang maka akan terjadi juga keadaan kekurangan insulin.

3. Diabetes Gestasi (Gestational Diabetes)

Jenis ketiga yang dihidap oleh wanita sewaktu mengandung.

Simptom

Tanda-tanda ataupun symptom yang biasa termasuklah kerap kencing, selalu dahaga atau lapar, pertambahan berat atau kehilangan berat yang mendadak, keletihan, luka yang lambat sembuh, alat kelamin lelaki kurang berfungsi, mata kabur, kebas dan berdenyut-denyut pada tangan dan kaki.

Jika anda pengidap Jenis 1 - dengan mengikuti pelan pemakanan sihat, melakukan senaman yang mencukupi, dan mengambil insulin, anda boleh hidup secara normal.

Jika anda pengidap Jenis 2 - anda perlukan makan secara sihat, aktif secara fizikal, selalu mengambil ujian gula darah anda. Anda munkin perlu juga mengambil ubat makan, dan/atau mengambil insulin untuk mengawal tahap gula di dalam darah anda.

Risiko penyakit kardiovaskular ( jantung dan pembuluh darah) adalah lebih tinggi pada diabetik. Maka adalah sangat penting untuk menjaga dan memantau tekanan darah dan tahap kolesterol di dalam badan.

Hypoglycemia ialah keadaan gula (glukosa) darah rendah atau gula dalam darah kurang dari sepatutnya .

Manakala Hyperglycemia pula adalah keadaan gula darah tinggi atau gula dalam darah lebih dari sepatutnya.

Diabetes dibahagi kepada tiga jenis:

1. Diabetes Jenis 1

Tubuh tidak menghasilkan insulin. Nama lain bagi jenis ini ialah insulin-dependent diabetes, juvenile diabetes, or early-onset diabetes. Ianya bermula kebiasaannya pada umur kurang dari 40 tahun, selalunya pada peringkat umur remaja atau belasan tahun.

Diabetes jenis 1 ini sangat jarang berlaku, hanya 10% dari keseluruhan kes diabetes adalah Jenis 1.

Pengidap diabetes jenis 1 perlu mengambil suntikan insulin sepanjang hayatnya. Dia perlu selalu mengambil ujian darah dan mematuhi diet pemakanan khas untuk kekal sihat.

2. Diabetes Jenis 2

Tubuh tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel-sel tubuh tidak bertindak dengan baik atau kurang sensitif terhadap insulin (kerintangan insulin).

Lebih kurang 90% dari keseluruhan kes diabetes di seluruh dunia adalah dari jenis 2.

Sesetengah orang mungkin boleh mengawal gejala kencing manis jenis 2 mereka dengan cara mengurangkan berat badan, mematuhi diet yang sihat, melakukan banyak senaman dan memantau tahap glukosa dalam darah mereka.

Walau bagaimanapun, diabetes jenis 2 biasanya adalah sejenis penyakit progresif jika tidak dikawal rapi - ia beransur-ansur menjadi lebih teruk - dan pesakit akhirnya mungkin perlu juga mengambil insulin.

Orang yang berlebihan berat badan dan obes (kegemukan) mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat diabetes jenis 2 berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang sihat.

Orang yang mempunyai banyak lemak visceral, juga dikenali sebagai obesiti di bahagian tengah, perut buncit, atau obesiti abdomen, sangatlah berisiko.

Berat badan berlebihan atau obesiti menyebabkan tubuh melepaskan bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kestabilan sistem kardiovaskular dan metabolik badan.

Dengan berat badan yang berlebihan, tidak aktif secara fizikal dan memakan makanan yang salah - semua ini menambahkan risiko dihinggap diabetes jenis 2.

Hanya dengan meminum satu tin soda (minuman berkarbonat) sehari boleh meningkatkan risiko sebanyak 22% (dilaporkan oleh penyelidik dari Imperial College London dalam jurnal Diabetología ).

Para saintis percaya bahawa kesan minuman ringan bergula pada risiko diabetes adalah secara langsung, bukan sekadar mempengaruhi berat badan.

Risiko mendapat diabetes jenis 2 juga lebih besar apabila kita meningkat lebih tua. Pakar-pakar tidak pasti kenapa, tetapi mengatakan bahawa apabila kita semakin tua kita cenderung menambah berat badan dan menjadi kurang aktif secara fizikal.

Mereka yang mempunyai keturunan terdekat yang mengidap diabetes jenis 2 juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Lelaki yang mempunyai tahap hormon testosterone yang rendah juga didapati mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2.

3. Diabetes Gestasi

Jenis ini dihidapi oleh wanita semasa mengandung yang sebelumnya tidak pernah ada rekod diabetes.

Sesetengah wanita yang mengandung, tahap glukosa darah mereka sangat tinggi dan badan-badan mereka tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk mengangkut semua glukosa ke dalam sel-sel badan, menyebabkan tahap glukosa darah meningkat secara progresif.

Diagnosis penyakit diabetes gestasi dibuat semasa mengandung

Majoriti pesakit diabetes gestasi boleh mengawal penyakit kencing manis mereka dengan senaman dan diet.

Antara 10% hingga 20% daripada mereka perlu mengambil beberapa jenis ubat untuk mengawal glukosa di dalam darah.

Diabetes gestasi yang tidak dikenalpasti atau tidak dikawal boleh meningkatkan risiko komplikasi semasa melahirkan anak. Mungkin bayi itu akan lebih besar daripada sepatutnya.

Ahli-ahli sains dari Institut Kesihatan Kebangsaan dan Universiti Harvard mendapati bahawa wanita yang diet mereka sebelum hamil, tinggi dengan lemak haiwan dan kolesterol mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk penyakit kencing manis semasa mengandung, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang diet yang rendah kolesterol dan lemak haiwan.

Diabetes Adalah Gangguan Metabolisme

Diabetes (diabetes mellitus) dikelaskan sebagai gangguan metabolisme. Metabolisme merujuk kepada cara tubuh kita mencernakan makanan untuk menghasilkan tenaga dan pertumbuhan.

Kebanyakan apa yang kita makan dipecahkan menjadi glukosa. Glukosa adalah bentuk gula ringkas dalam darah - ia adalah sumber utama bahan api untuk badan kita.

Apabila makanan kita dihadamkan, glukosa itu akan masuk ke dalam aliran darah kita. Sel-sel kita menggunakan glukosa untuk tenaga dan pertumbuhan.

Walau bagaimanapun, glukosa tidak akan dapat masuk ke dalam sel-sel kita tanpa hadirnya insulin - insulin perlu untuk membolehkan sel-sel kita mengambil glukosa dari aliran darah.

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Selepas makan, pankreas secara automatik mengeluarkan kuantiti insulin yang mencukupi untuk menggerakkan glukosa dari dalam darah masuk ke dalam sel.

Sebaik sahaja glukosa memasuki sel-sel, tahap glukosa dalam darah akan menurun.

Seseorang yang menghidap diabetes mempunyai keadaan di mana kuantiti glukosa dalam darah terlalu tinggi (hiperglisemia).

Ini adalah kerana badan samada tidak menghasilkan insulin yang cukup ataupun tidak menghasilkan insulin langsung, ataupun sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin yang dihasilkan oleh pankreas.

Ini menyebabkan terlalu banyak glukosa terkumpul dalam darah. Glukosa darah yang berlebihan itu akhirnya dialirkan keluar dari badan melalui air kencing.

Jadi, walaupun darah mempunyai banyak glukosa tetapi sel-sel tidak boleh mendapatkannya untuk keperluan tenaga dan pertumbuhan yang sangat penting bagi tubuh.

Kenapa Ianya Dipanggil "Diabetes Mellitus"?

Perkataan 'diabetes' berasal dari bahasa Yunani (Greek), dan ia bermaksud "sifon" (siphon).

Seorang doktor Yunani pada abad kedua dari Cappadocia bernama Aretus, menamakan keadaan penyakit itu sebagai "diabainein".

Beliau menyifatkan pesakit yang membuang terlalu banyak air kecil (polyuria) adalah seperti sifon. Perkataan ini menjadi "diabetes" daripada adopsi Bahasa Inggeris daripada Bahasa Latin Zaman Pertengahan.

Pada tahun 1675, Thomas Willis menambah perkataan "mellitus" kepada istilah itu, walaupun ia biasanya disebut hanya sebagai diabetes.

"Mel" dalam bahasa Latin bermaksud "madu"; air kencing dan darah pesakit diabetes mempunyai glukosa yang berlebihan, dan glukosa manis seperti madu.

Diabetes mellitus secara literalnya bermakna "siphoning off sweet water" ataupun "sifon keluarkan air manis".

Di zaman China kuno, orang memperhatikan bahawa semut akan tertarik kepada air kencing sesetengah orang, kerana rasanya manis. Maka istilah "Penyakit Kencing Manis" pun tercipta.

BACA INI JUGA: Tanda-Tanda Awal Penyakit Kencing Manis, Langkah Pencegahan Dan Rawatannya Yang Anda Perlu Tahu

sumber: fruitsetcetera

Tuesday, April 04, 2017

10 Peraturan Dan Fakta Pelik Di Jerman

10 Peraturan Dan Fakta Pelik Di Jerman

Kali ini kami akan bercerita tentang sikap dan undang-undang pelik yang diamalkan di negara Jerman.

Fakta pelik di Jerman

Berikut adalah 10 peraturan dan fakta perkara pelik yang orang Jerman buat yang orang negara lain tak buat.

1. Ahad Yang Senyap Sunyi

Hari Ahad adalah hari senyap, tak boleh buat bising, tak boleh mesin atau potong rumput, tak boleh tebuk dinding, tak boleh buat apa-apa bunyi sekalipun.

Hatta nak buang botol ke dalam tong sampah pun tak boleh. Itu adalah undang-undang, maka jangan dilanggar nanti polis datang.

Ahad adalah hari untuk orang Jerman berehat bersama keluarga katanya. Kedai dan shopping complex semuanya ditutup.

2. Waktu senyap untuk tidur pukul 12 tengahari hingga 3 petang setiap hari

Dalam kontrak sewa rumah juga termaktub perkara ini yang mana anda tidak boleh buat sebarang bunyi setiap hari pada jam tersebut, tak kisahlah bunyi kuali sebab goreng mee ke, tebuk dinding ke, buang sampah ke, anak menangis ke, atau apa sajalah. Polis datang jugak nanti. Jangan sampai polis sampai 2-3 kali nanti kena halau pulak.

3. Tak boleh basuh kereta di tempat terbuka dan pada hari Ahad

Nak basuh kereta mestilah kat tempat yang ada sistem perparitan yang betul dan biasanya dibasuh di kedai.

Orang jerman takut air sisa sabun tadi meresap ke tanah dan mencemar air bawah tanah. Apatah lagi hari Ahad, memang tak boleh basuh langsung – kedai basuh kereta pun tutup.

4. Bungkus atau masukkan barang anda sendiri ke dalam beg plastik ketika membeli

Anda pergi ke supermarket beli gula, tepung, susu, telur dan sebagainya penuh satu troli dan sampai kat kashier, dia hanya scan dan tolak barangan anda ke hujung dan anda kena masukkan sendiri semua barangan tadi.

Beg plastik biasanya kena beli atau ada sesetengah supermarket bagi free. Biasanya orang jerman bawak beg sendiri macam beg ikea yang biru tu.

5. Orang Jerman takut angin

Pintu dan tingkap rumah anda perlu sentiasa ditutup tak kira musim panas atau sejuk.

Orang Jerman percaya yang angin luar menyebabkan pelbagai penyakit. Jadi kalau dalam tren tu panas maka berpeluhlah anda, kalau bukak tingkap nanti kena marah. Haisshhhh.

6. Adalah salah untuk menutup muka ketika demosntrasi

Demonstrasi jalanan di Jerman ini boleh dikatakan ada setiap minggu. Setiap hari Sabtu pasti ada demo dan dibenarkan.

Biasanya demonstrasi jalanan akan diiringi oleh polis dan semua orang dibenarkan berdemo dengan syarat dapat permit dulu.

Namun, ketika demo tak boleh tutup muka dengan sapu tangan ke, mask ke atau apa-apa sajalah. Its illegal katanya.

7. Tunjuk isyarat jari tengah adalah salah disisi undang-undang

Jika anda tengah marah dan anda tunjuk isyarat “fxxk” menggunakan jari tengah kat sesiapa sahaja, maka jika orang tu buat report polis maka anda akan disaman.

8. Ucapan hari lahir atau “happy Birthday” mestilah pada tengah malam

Jangan sesekali wish happy birthday kat orang Jerman in advance atau lebih awal dari waktunya.

Pantang besar ni sebab diorang cakap bad luck kalau wish awal.

Bagi hadiah atau kad awal pun tak boleh. Mesti bagi pada tengah malam tu. Kalau bagi terlewat, tak tau pulak, mungkin bad luck juga.

9. Semua benda dialih bahasa ke dalam Jerman

Semuanya di Jerman adalah dalam bahasa Deutsch. Paling tak best adalah kalau nak menonton filem. Semua filem yang masuk ke Jerman ni dialih suara ke bahasa Jerman.

Tajuk pun tukar jugak dan paling best biasanya tajuk tu macam takde kena mengena dengan filem.

Contohnya filem Die Hard tukar jadi Die Slowly, Taken jadi 96 Hours, filem Korean Tae Guk Gi (The Brotherhood of War) di tukarnya jadi When Brother Have To Shoot Each Other!

10. Blow your nose atau buang hingus anda di mana sahaja anda suka

Orang Jerman ni tak kira masa atau tempat, dia boleh 'buang hingus' depan orang, dalam keretapi, di meja makan, dalam mesyuarat dan di mana-mana saja dia suka. Eeeeeeeewwww.

Jadi, bagi sesiapa yang nak datang bercuti, belajar atau bekerja di Jerman, kena bersedialah untuk menghadapi semua perkara di atas.

BACA INI JUGA: 25 Fakta Pelik Tapi Benar Negara-negara Diseluruh Dunia

sumber: khairulabdullah

7 Sebab Untuk Melabur Dalam Bitcoin

7 Sebab Untuk Melabur Dalam Bitcoin

Pada tahun 2016, matawang digital Bitcoin telah mencecah nilai setinggi 1,000 USD bagi satu Bitcoin. Dalam artikel ini, kami cuba untuk memberitahu anda mengapa cryptocurrency ini akan menjadi satu alat yang baik untuk pelaburan jangka masa panjang dalam masa yang terdekat.

Melabur Dalam Bitcoin

Mengapa Bitcoin berkembang dengan begitu pantas?

1. Permintaan dari China

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa peningkatan mendadak harga Bitcoin datang terutamanya kerana permintaan yang sangat tinggi dari China.

Sebab utamanya adalah penurunan yang ketara dalam pasaran saham di seluruh negara pada pertengahan Disember 2016.

Kerajaan China telah mengenakan sekatan kepada pelaburan syarikat insurans dalam keselamatan penduduk China akibatnya, Indeks Komposit Shanghai kehilangan lebih daripada 3% dalam masa dua minggu.

Tambahan lagi, sepanjang tempoh 12 bulan yang lepas, penurunan nilai mata wang yuan adalah kira-kira 7%.

Peristiwa-peristiwa ini telah meningkatkan permintaan cryptocurrency Bitcoin sebagai satu alternatif simpanan.

2. Keselamatan Bitcoin mengukuhkan dan meningkatkan keyakinan dalam mata wang digital

Instrumen perdagangan BTC/USD mempunyai ketidakstabilan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama dunia.

Walau bagaimanapun, sepanjang tahun 2016, ketidakstabilan cryptocurrency menurun dengan ketara.

Penutupan kecemasan pertukaran mata wang Bitcoin, cubaan untuk memecahkan pertukaran serta pelbagai serangan penggodam tidak mewujudkan situasi panik seperti beberapa tahun yang lalu.

Tahap keyakinan dalam matawang telah meningkat dengan ketara dan orang ramai mula membeli dan memiliki matawang digital.

3. Ketidakstabilan dunia

Ketidak stabilan pasaran kewangan, Brexit yang tidak dijangka dan pemilihan presiden di Amerika Syarikat menyebabkan para pelabur mencari alternatif untuk menyimpan wang mereka.

Semua perkembangan ini membawa kepada peningkatan mendadak dalam permintaan Bitcoin. Pada awal tahun 2017, BTC/USD telah memecahkan rekod harganya sendiri.

4. Boleh digunakan oleh orang biasa

Lebih banyak syarikat cuba menjadikan Bitcoin supaya boleh digunakan oleh pengguna biasa.

Bitcoin sebenarnya masih satu bentuk matawang yang agak khusus. Ia tidak sama seperti aset biasa seperti saham, bon, ETF atau matawang tradisional.

Bitcoin tidak boleh digunakan dalam urus niaga fizikal seperti wang tunai dan kebanyakan orang tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan apa prospeknya.

Pada masa yang sama, kita melihat kejayaan besar yang ketara dalam pembangunan cryptocurrency Bitcoin dalam tempoh beberapa tahun yang lepas.

Kami percaya bahawa tapak pengguna Bitcoin akan terus berkembang, menyebabkan peningkatan dalam permintaan dan harga untuk cryptocurrency Bitcoin.

Beberapa perkara yang boleh membantu Bitcoin memasuki aliran utama dalam masa terdekat perlu dinyatakan:

5. Siaran filem "Banking on Bitcoin"

Dokumentari ini menceritakan tentang evolusi cryptocurrency – ciptaan digital terhebat selepas internet.

Dia juga menyatakan wakil industri yang penting seperti Charlie Shrem (pengasas Bitcoin Foundation dan BitInstant), Barry Silbert (CEO Digital Currency Group), Erik Voorhees (pengasas ShapeShift.io) dan lain-lain. Tonton di YouTube.

6. Pembangunan ETF Bitcoin

ETF (Exchange Traded Fund) – dana pelaburan saham – adalah kumpulan dana pelaburan terbuka, saham yang mana didagangkan dalam bursa saham.

Ia membenarkan para pelabur mempelbagaikan dana mereka mengikut kawasan geografi, sektor dan kelas-kelas aset. Dinamik harga ETF mencerminkan dinamik harga aset pendasar tertentu.

Sepanjang 10 tahun yang lalu, pertumbuhan pesat dalam industri dana saham telah berlaku. Aset di bawah pengurusan meningkat sebanyak 24 kali.

Sehingga kini, jumlah ETF berdaftar dalam bursa saham utama AS di Eropah dan Asia melebihi 4,500.

Pada masa ini, terdapat dua dana Bitcoin – Bitcoin Investment Trust dan Pantera Bitcoin Advisers LLC. Ia adalah dana tertutup, disediakan hanya untuk pelabur-pelabur besar.

Dalam masa terdekat, kemunculan Winklevoss Bitcoin ETF bakal dijangka. Penciptanya ialah pasangan kembar Cameron dan Tyler Winklevoss.

Misi utama Winklevoss Bitcoin ETF adalah untuk menjadikan proses pelaburan dalam Bitcoin mudah dan mampu dimiliki oleh golongan biasa.

Dana itu akan beroperasi pada prinsip komoditi standard ETF: pelabur akan membeli Bitcoin sebagai pertukaran untuk saham ETF.

Winklevoss Bitcoin ETF kini diterima oleh Securities and Exchange Commission di Amerika Syarikat (SEC).

7. Sumber yang terhad

Nilai utama Bitcoin terletak pada hakikat bahawa pengeluarannya terhad kepada jumlah 21 juta.

Faktor-faktor yang disebut di atas akan menyumbang kepada kepopularan mata wang digital di kalangan pengguna biasa.

Ini boleh menyebabkan permintaan sebenar cryptocurrency Bitcoin yang sekaligus akan meningkatkan nilainya dengan ketara.

Kami percaya dalam jangka masa panjang, anda perlu membeli dan menyimpan BTC/USD untuk simpanan jangka panjang.

BACA INI JUGA: Apa Itu Matawang Digital Bitcoin?

sumber: justforex

Rumah Paling Mewah Di China Bernilai RM681 Juta!

Rumah Paling Mewah Di China Bernilai RM681 Juta!

Rumah berserta taman bercirikan klasik di Suzhou, China ini baru siap dibina di kawasan seluas 1,663 ekar sudah mendapat perhatian apabila ada pihak yang berminat membelinya pada harga 1 bilion yuan iaitu lebih kurang RM681 juta pada 2016.

Rumah Paling Mewah Di China

Taohuayuan yang bermaksud “Utopia” ialah gelaran buat rumah mewah ini terletak di sebuah pulau persendirian di selatan Tasik Dushu, Suzhou.

Rumah Paling Mewah Di China

Kesemua 32 bilik tidurnya menghadap bahagian selatan yang dipercayai menerima cahaya semulajadi optima.

Rumah Paling Mewah Di China

Antara keistimewaan rumah ini ialah setiap bilik mempunyai senibina China yang menarik seperti dulukala, kolam renang di tepi tasik, dan taman yang dihias indah.

Rumah Paling Mewah Di China

Ini semua dibina dalam masa 3 tahun oleh syarikat Sunac China.

BACA INI JUGA: Top 5 Rumah Paling Mahal Di Dunia

sumber: thevocket

Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Hidung

Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Hidung

Bentuk hidung mencerminkan personaliti diri anda. Jadi ini huraian personaliti mengikut bentuk hidung setiap individu.

Personaliti+hidung

Jadi, jom ketahui rahsia personaliti melalui bentuk hidung.

3. Roman Nose

Roman nose mempunyai bentuk hidung dengan tonjolan dibahagian lengkungan dan hujungnya mengarah ke bawah.

Orang yang memiliki bentuk hidung ini dikatakan mempunyai daya pemikiran yang luar biasa dan kreatif.

Seorang yang bersemangat bila memberi pendapat, tegas dan mempertahankan prinsipnya. Dan anda rela berjuang bermati-matian demi mencapai sesuatu tujuan.

6. Hidung Lurus

Anda adalah seorang yang cepat marah. Anda mempunyai satu perangai iaitu tidak suka diremehkan. Jika orang berurusan dengan anda, mereka akan memilih cara paling baik untuk mengelak dari sifat panas baran anda.

5. Blunt Nose

Anda seorang yang tidak menentu apabila membuat keputusan dan selalunya keputusan anda tidak diterima oleh orang sekeliling.

Orang yang memiliki hidung seperti ini akan berusaha untuk perkara yang diinginkan dan biasanya membuahkan berhasil.

8. Hidung Dengan Benjolan Besar

Anda adalah seorang yang sensitif dan boleh merasakan cinta. Anda juga sangat mudah untuk menyanyangi orang lain, oleh sebab itu anda mudah mendapat kawan baru.

Dalam pada masa yang sama, anda seorang yang serius jika melakukan sesuatu pekerjaan dan dipercayai.

2. Greek Nose

Orang yang memiliki hidung seperti ini jenis yang setia dan disegani. Anda mengambil pandangan yang praktikal dalam kehidupan.

Anda tidak suka dengan perhatian dan berusaha menjauhinya. Tidak suka bercakap banyak sehingga dilabel berat mulut.

7. Hidung Dengan Benjolan Kecil

Anda seorang yang murah hati dan tidak kedekut berkongsi sesuatu dengan orang yang anda suka.

Anda sangat ringan tulang dalam membantu orang lain, ramai orang menghargai anda.

Selain itu, anda sentiasa berwaspada sebelum berkata-kata bagi mengelak orang lain tersinggung.

4. Aquiline nose

Berbanggalah jika memiliki hidung seperti ini. Anda digambarkan seorang yang jujur dan mampu menyelesaikan masalah walau sesukar mana sekalipun. Anda memang dilahirkan sebagai seorang yang pandai mengurus.

1. Nubian Nose

Anda seorang yang optimis dan pandai mencari penyelesaian kepada apa jua keadaan atau masalah. Anda suka membantu orang lain dan akan memastikan semua orang di sekeliling berasa selesa dengan anda.

Dalam masa yang sama, anda juga mempunyai sifat ingin tahu yang lebih daripada orang lain.

Baik setakat itu sahaja. Bagaimana dengan bentuk hidung anda, antara 1-8 ada yang sama tak?

Jadi, adakah betul bentuk hidung mencerminkan personaliti seseorang? Betul atau tidak, jawapan ada pada anda dan bergantung pada cara anda berfikir.

Siapa yang nak mancungkan hidung tu dah boleh ubah perangai sikit-sikit. Hahahahha. Saja buat lawak hambar biar anda ceria sikit hari ni.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Personaliti Wanita Disebalik Warna Kegemarannya



sumber: thevocket

Monday, April 03, 2017

Filem Animasi ‘The Boss Baby’ Sarat Dengan Keseronokan Untuk Tontonan Seisi Keluarga

Filem Animasi ‘The Boss Baby’ Sarat Dengan Keseronokan Untuk Tontonan Seisi Keluarga

Kalau sebut sahaja nama DreamWorks Animation, pasti ramai akan terus ingat dengan filem Shrek, Kung Fu Panda, Madagascar dan banyak lagi.

The Boss Baby

Jadi DreamWorks menambah satu lagi portfolio hebat dalam senarai mereka menerusi filem The Boss Baby ini.

Direktor filem ini pula adalah Tom McGrath, direktor yang sama di sebalik kejayaan filem-filem hebat DreamWorks sebelum ini seperti Madagascar dan Megamind.

Kalau anda pernah tonton animasi-animasi ini, anda pasti boleh agak betapa fun-nya filem The Boss Baby ini nanti!

Jalan filem The Boss Baby ini berkisahkan Tim Templeton (Tobey Maguire) yang menceritakan dirinya ketika berusia tujuh tahun sebagai seorang yang kuat cemburu, kuat bercakap dan perlu menjaga adiknya, ‘Boss Baby’ (Alec Baldwin).

Tim mahu mendapatkan kembali kasih sayang ibu bapanya (Jimmy Kimmel dan Lisa Kudrow) daripada adik barunya tetapi ketika mengintip adiknya pada satu malam, Tim mendapat tahu adiknya itu adalah lebih dari sekadar baby.

The Boss Baby mempunyai satu misi penting iaitu untuk menggagalkan pelan jahat Puppy Co, yang ingin melancarkan satu produk unggul yang akan melenyapkan rasa cinta manusia terhadap bayi comel.

Jadi kita terus ke kupasan filem ini.

Paling menarik tentang filem ini adalah tentang bagaimana DreamWorks berjaya mengadun lawak di dalam filem ini supaya ianya boleh diterima oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

Ada lawak di dalam filem ini yang hanya akan difahami oleh orang dewasa. Contohnya dalam babak Boss Baby sedang bermesyuarat dengan baby yang lain. Ada dialognya berbunyi begini,”Cookies are for closers!”.

Kalau anda yang kerja bahagian sales, mesti anda faham terma close sale kan? Haha.

Sindrom anak pertama turut diterapkan dalam filem ini.

Sebelum kehadiran Boss Baby, Tim dicurahi dengan kasih sayang dan sangat gembira dengan perhatian yang diberikan oleh ibu bapanya.

Tetapi selepas kehadiran adiknya, Tim merasakan beliau kurang disayangi dan kini dilayan dengan teruk oleh ibu bapanya.

Rasanya ramai yang boleh relate dengan perasaan Tim ini terutamanya jika anda anak sulung dalam keluarga.

Cerita ini juga straight-forward dan mudah untuk difahami oleh setiap generasi. Cerita ini dari awal sehingga tamat, happy sahaja dan penuh gelak tawa.

Tetapi ada juga bahagian sedih dalam filem ini yang terasa sampai ke hati. Nak tahu bahagian mana? Itu anda kena tengok sendiri.

Pada pendapat saya, DreamWorks Animation sekali lagi berjaya dalam membuat penonton gembira dengan enjoy every minutes filem ini.

Tiada ruang untuk anda berasa bosan kerana adengan aksi dan lucu diadun dengan baik sepanjang filem ini.

Untuk filem The Boss Baby, saya beri rating 8/10.

Kecomelan overload sungguh dalam filem Boss Baby ini. Kalau anda mahu belanja anak, adik kecil anda tengok wayang hujung minggu ini, anda boleh KIV filem Boss Baby ini.

Adios!

BACA INI JUGA: Animasi Mulan Adaptasi Kisah Benar!

sumber: thevocket

9 Tempat Menarik Pulau Labuan Untuk Dikunjungi

9 Tempat Menarik Pulau Labuan Untuk Dikunjungi

Pulau Labuan ini adalah tempat terbaik untuk memborong barangan import disebabkan kelebihan dagangannya yang bebas cukai ataupun duty-free.

Coklat jangan cakap, boleh over-budget apabila masuk dekat mana-mana supermarket di situ. Kebanyakan coklat yang ada memang tidak dijual dimana-mana tempat di Malaysia kerana ia barangan import, kecuali di Langkawi.

Rokok, minuman beralkohol, skincare dan perfume adalah antara barangan paling laris dibawa keluar oleh para pelancong kerana terdapat penjimatan berganda disitu.

Ramai travellers yang rugi sebab mereka sebenarnya boleh melawat kawasan pulau ini semasa transit feri ke Brunei. Masa senggang yang ada dalam 2 jam sebelum waktu feri berlepas ke Brunei.

Perkhidmatan kereta sewa ada disediakan di Terminal Feri Labuan, sewa lah satu dan vroom. Jelajah mana-mana 9 tempat menarik ini sebab lokasinya yang berdekatan antara satu dengan yang lain. Nampak tu!

Sedikit fakta menarik tentang Labuan yang harus anda tahu:

  • Dahulunya, Pulau Labuan merupakan sebahagian daripada Kesultanan Brunei.
  • Pulau Labuan merupakan sebahagian dari Sabah sebelum dijadikan Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984.
  • Pulau Labuan berskala kecil dan anda hanya memerlukan 1 hari sahaja untuk melawat kebanyakkan tempat-tempat menarik disana!
  • Kebanyakkan penduduk adalah berbangsa Brunei namun terdapat perubahan jelas era ini dimana terdapat ramai bangsa yang menduduki pulau tersebut disebabkan peluang pekerjaan yang ada (terdiri daripada warga Malaysia dan warga asing).
  • Tidak menjadi satu kehairanan melihat pekerja pelantar minyak berpakaian kerja (overalls) di sekitar mall semasa waktu bila-bila masa.


Okay, di sini saya akan kongsikan 9 tempat-tempat menarik yang harus dilawati para travellers apabila berpeluang datang ke Pulau Labuan.

1. Labuan War Memorial Cemetary

Labuan War Memorial Cemetary

Penting untuk kita mengetahui sejarah. Cemetary ini merupakan salah satu daripada tiga tempat yang perlu dikunjungi di Borneo selain Kundasang War Memorial dan Sandakan War Memorial.

Kedatangan kami disapa kesunyian yang memberi ruang untuk kami melihat sekitar kawasan tersebut.

Dari satu ke satu tugu, terdapat ramai tentera yang terkorban pada umur yang terlalu muda. Sedih.

A way to reconsider the way we live our lives.

2. Pantai Layang-Layangan, The Peace Park (Taman Damai)

Pantai Layang-Layangan

Kedua-dua tempat ini, Pantai Layang-Layangan dan The Peace Park adalah sangat dekat. Selalunya pantai ini dijadikan tempat berkelah bersama keluarga dihujung minggu mahupun ketika lapang.

Sambil-sambil merenung ombak, bolehlah melawat Taman Damai yang hanya berjarak beberapa meter dari kawasan pantai.

3. The Surrender Point

The Surrender Point

Uniknya, The Surrender Point juga berada bersebelahan dengan Taman Damai dan berhadapan dengan Pantai Layang-Layangan.

Semasa melawat The Surrender Point ini, kami berkesempatan bertemu dengan tiga orang warga Australia yang juga datang untuk tujuan yang sama. Seorang daripada mereka bekerja di Labuan. Bolehlah test speaking sikit.

The Surrender Point ini adalah tempat dimana pihak penjajah Jepun akhirnya menyerah kalah dihadapan tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua.

Tidak hairanlah kenapa kami terserempak dengan warga Australia hari itu.

4. Labuan Marine Museum

Labuan Marine Museum

Labuan Marine Museum ataupan Musium Marin ini cuma 5-7 minit jarak perjalanan dari Terminal Feri Labuan.

Sesuai untuk aktiviti keluarga terutama mereka yang memiliki anak-anak yang sedang bersekolah, bolehlah buat unofficial school field.

Nak tengok rangka ikan paus? Nak tengok saiz kuda laut yang sebenar? Datanglah sini.

5. Menara Jam (Clock Tower)

Menara Jam (Clock Tower)

Menara Jam ini berada di luar pekarangan Labuan Marine Museum. Menara sebenar jam tersebut telah musnah namun replikanya dibina semula untuk memperingati sejarah lalu.

6. The Chimney Museum

The Chimney Museum

The Chimney Museum! Apa yang peliknya ialah tujuan sebenar ia diwujudkan tidak diketahui.

Menurut sumber, Chimney yang sebenar tidak berjaya disiapkan namun kini dijadikan kawasan pelancongan dan bukannya untuk tujuan perlombongan arang batu.

7. The Bird Park Labuan

The Bird Park Labuan

Jarak The Chimney Museum dan The Bird Park ini tidak lebih dari 5 minit perjalanan. Sesuai untuk mereka yang menyukai burung dan ingin mengetahui jenis-jenis burung dengan lebih baik.

Anak-anak juga amat sesuai untuk dibawa bersama namun harus sentiasa dipantau takut ‘terpeluk’ burung pula.

Nak tengok rupa burung unta? Ada. Nak tengok dinasour sebenar? Eh.eh. Tengok movie ya.

8. Labuan Museum

Labuan Museum

Bagi mereka yang meminati sejarah, Musium Labuan amat sesuai untuk anda lawati. Tambah lagi, ia cuma 1-2 minit jarak pemanduan dari Terminal Feri. Dekat tu.

Staf juga amat mesra melayani kami walaupun bukanlah orang jauh (Sabahan) tapi tetap diberi muka. Satu sifat yang harus dicontohi.

Lama juga kami disana, walaupun waktu operasi sudah hampir tamat.

9. UK (Ujana Kewangan), Financial Park

UK (Ujana Kewangan), Financial Park

Lastly, kenalah bagi tau tempat paling banyak dilawati di Labuan, Ujana Kewangan ataupun nama singkatannya UK!

UK ini sebenarnya mall, Parkson, Giant semua disitu. Tapi ramai yang datang ni sebab satu sahaja, memborong coklat! Pergh.

Sky Park adalah salah satu mart untuk penggemar coklat dan perfume. Ladies beware kena ada sifat ketekalan yang jitu sini.

Okay, itu sahaja. Harap bermanfaat.

BACA INI JUGA: 10 Tempat Percutian Tanah Tinggi Paling Sejuk Terbaik Di Malaysia

sumber: thevocket

Seluar Dalam Lelaki Paling Mahal Dunia Berharga RM49,000

Seluar Dalam Lelaki Paling Mahal Dunia Berharga RM49,000

Sebuah syarikat Australia, aussieBum mencipta seluar dalam paling mahal di dunia yang dijual dengan harga AU$14,500 (RM49,000) - lebih mahal daripada sebuah kereta kecil.

aussieBum

Seluar dalam ini dibuat daripada benang pukal emas 24 karat yang dihasilkan di German dan dijahit menjadi seluar dalam di Queensland.

aussieBum diasaskan oleh warga Australia, Sean Ashby pada 2001 dan idea mengeluarkan seluar dalam emas itu adalah ilham daripada kecemerlangan era industri perlombongan emas negara itu.

“Era Perlombongan Emas adalah antara sejarah paling menarik dan zaman paling makmur Australia.

"Saya tertarik dengan idea bahawa penduduk dari seluruh pelusuk dunia datang mencari kekayaan di Australia,” kata Ashby.

Setakat ini syarikat berkenaan sudah menjual sepasang seluar dalam emas itu dan mengadakan pertandingan untuk menghadiahkan tiga pasang lagi.

BACA INI JUGA: Baju Dalam Berharga RM30 Juta!

sumber: hmetro

Kajian Mendapati Kucing Lebih Suka Lepak Bersama Manusia!

Kajian Mendapati Kucing Lebih Suka Lepak Bersama Manusia!

Satu kajian terbaharu yang dibuat oleh pasukan Oregon State University membuktikan sebahagian daripada kucing sebenarnya lebih suka bersosial bersama manusia daripada makan.

Fakta+kucing

Hasil daripada kajian ini sudahpun diterbitkan dalam jurnal Behavioural Processes.

Dalam kajian ini, sebanyak 50 ekor kucing dipilih untuk menjalani ujian. Kucing-kucing ini kemudiannya ditawarkan dengan 4 pilihan iaitu makanan, bersosial bersama manusia, aroma dan juga mainan untuk beberapa jam.

Keputusan daripada penelitian tersebut mendapati sebahagian besar daripada kucing-kucing tersebut lebih cenderung memilih hubungan bersama manusia.

Keseluruhannya, 50% kucing memilih untuk bersosial bersama manusia, 37% memilih makanan dan selebihnya adalah untuk aktiviti-aktiviti lain.

Dalam pada itu, pengkaji turut memaklumkan faktor tersebut bergantung kepada pengaruh sejarah hidup dan keturunan kucing tersebut.

Kesimpulan yang boleh diterima, kucing juga termasuk antara haiwan yang baik hati dan boleh menjadi kawan baik kepada manusia.

Jadi, tidak hairanlah mengapa ramai orang sangat suka dengan haiwan berbulu yang comel ini!

Anda pencinta kucing? Bagaimana dengan kucing anda, lebih banyak bersama anda atau makan?

BACA INI JUGA: 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu


sumber: thevocket

Sunday, April 02, 2017

41 Tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

41 Tanda Dalam Badan Anda Ada Jin

Terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila dan dia buat apa yang dia suka.

Gangguan Jin

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu yang dibuat mereka mengenai badan kita tetap sakit dan membuatkan kita merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin.

Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom gangguan Jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin, tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah.

1. Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2. Badan terasa berat dan malas.

3. Sukar mendapat jodoh.

4. Badan terasa bisa-bisa.

5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6. Sukar tidur malam.

7. Sakit pinggang tanpa sebab.

8. Sakit dada bila waktu asar keatas.

9. Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11. Bermimpi di tempat tinggi.

12. Bermimpi di tempat yang kotor.

13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15. Bayi kerap menangis.

16. Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19. Malas beribadat.

20. Nyanyuk ketika usia lanjut.

21. Panas baran.

22. Sikap berubah secara mendadak.

23. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24. Suka melakukan tabiat buruk.

25. Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26. Kerap keguguran.

27. Gagal melakukan hubungan kelamin.

28. Mengantuk bila dengar al-quran.

29. Bermimpi seram yang menakutkan.

30. Darah haid turun lebih 15 hari.

31. Batuk yang berpanjangan.

32. Selalu ditindih ketika tidur.

33. Kuat berangan.

34. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35. Nafsu seksual yang melampau.

36. Selalu melihat kelibat dirumah.

37. Terasa diri selalu diperhatikan.

38. Mandul.

39. Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40. Melihat jin secara terus.

41. Sakit mental atau gila.

Jika anda sering mengalami masalah-masalah diatas, ada kemungkinan jin menumpang duduk di dalam badan anda.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Misteri Budak Tiga Tahun Disunat Jin Sewaktu Tidur!

sumber: jalanakhirat

Kisah Murid Bodoh Yang Gurunya Pun Tak Sanggup Ajar!

Kisah Murid Bodoh Yang Gurunya Pun Tak Sanggup Ajar!

Suatu hari, seorang budak lelaki pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, dia terus mendapatkan ibunya.

Murid Bodoh

"Tadi di sekolah, cikgu beri surat. Dia suruh saya serahkan untuk ibu. Ini suratnya," kata budak lelaki itu sambil menghulurkan sekeping kertas kepada ibunya.

Mata ibunya mula berkaca-kaca sebaik habis membaca surat itu. Hairan melihat reaksi ibunya, budak itu bertanya apa yang tertulis di kertas itu kerana dia tidak tahu membaca.

Ibunya tersenyum. Lalu dalam linangan air mata, ibunya membacakan isi surat itu untuk didengari oleh anak lelakinya.

"Anak anda seorang yang bijak. Sekolah ini terlalu kecil untuk orang sepertinya dan kami tidak mempunyai guru yang bagus untuk mengajarnya. Lebih baik anda mengajarnya sendiri."

Mendengarkan itu, budak tersebut berasa bangga dan merasakan dia adalah anak yang istimewa sehingga hanya ibunya seorang yang mampu mengajarnya.

Bertahun-tahun kemudian, budak itu pun membesar. Ibunya juga sudah meninggal dunia.

Dia benar-benar menjadi seorang yang bijak dalam bidang penciptaan dan namanya dikenali.

Suatu hari, dia mencari barang-barang lama peninggalan keluarga dan tiba-tiba dia terjumpa sepucuk surat yang sudah kekuningan.

Dia masih ingat itulah surat yang diberi gurunya dahulu untuk diberikan kepada ibunya.

Lalu dia membaca semula surat itu.

"Anak anda bermasalah, tidak mampu berfikir seperti kanak-kanak lain. Kami tidak benarkan dia datang ke sekolah lagi."

Sebaik habis membaca surat itu, dia menangis. Baru dia tahu kenapa ibunya menangis. Ibunya terpaksa berbohong sewaktu membacakan surat itu dahulu.

Lantas dia menulis di dalam diarinya.

"Dahulu aku seorang anak yang bermasalah, tetapi melalui seorang ibu yang muncul sebagai hero, akhirnya aku muncul menjadi seorang genius yang dikenali dunia."

Siapa murid bodoh itu?

Dia ialah usahawan dan pereka cipta terkenal dunia. Thomas Alva Edison!

***

Semua orang belajar dengan cara yang berbeza. Seseorang yang gagal belajar mengikut sistem yang disediakan, bukan bermakna dia seorang yang 'sakit' dan akan gagal selama-lamanya.

BACA INI JUGA: Bahlul Itu Bukan Bodoh Tapi Bijaksana

-SENTIASAPANAS.COM