Sunday, January 01, 2017

Asal Usul Dan Keunikan Tali Leher Croatia

Asal Usul Dan Keunikan Tali Leher Croatia

Sebelum 'neck tie' dikenali umum seperti sekarang, tahukah anda asal usul disebalik pemakaian tali leher?

Tali Leher

Catatan menunjukkan tali leher mempunyai sejarah yang sangat panjang dan dikatakan sudah wujud selama beribu tahun.

Malah, tentera Terracotta yang berupa patung-patung tentera yang ditemui bertarikh 210 Sebelum Masihi yang ditemui pada tahun 1974, berdekatan Xi'an, wilayah Shaanxi, China, turut dilihat memakai tali leher.

Walaupun terdapat banyak catatan mengenai pemakaian tali leher, Croatia, negara Eropah dikatakan yang terawal menggayakan tali leher pada zaman moden.

Lebih tepat lagi, negara Croatia adalah tempat dimana asal usul pemakaian tali leher.

Buktinya, seorang penyair terkenal Dubrovnik, Ivan Dzivo Gundulic memakai tali leher pada sebuah potret bertarikh sekitar tahun 1622.

Neck tie

Lelaki Croatia dilaporkan telah mula memakai tali leher atau disebut 'Hrvatska' dalam bahasa tempatan sejak abad ke 17 lagi.

Akan tetapi, potongan tali leher pada masa itu tidaklah sama seperti sekarang.

Bentuk tali leher yang digunakan oleh orang-orang Croatia pada zaman dahulu cukup ringkas. Hanya kain selendang daripada sutera mirip tudung diikat pada leher.

Kain sutera ini sering dipakai oleh lelaki Croatia sebagai aksesori disamping untuk menegangkan kolar baju.

Oleh kerana gaya ini hanya ada di Croatia, maka sesiapa sahaja yang memakainya pasti menjadi perhatian orang luar pada masa itu.

Pada tahun 1630, semasa perang Jerman 30 tahun, dari tahun 1618 hingga 1648, ramai tentera upahan Croatia telah dihantar ke Perancis.

Dikatakan, setiap kali perajurit dihantar ke medan perang, ahli keluarga akan menghadiahkan sehelai kain selendang buat insan tersayang.

Neck tie

Sebagai tanda cinta pula, seorang isteri akan menjahit sendiri skarf daripada pelbagai jenis fabrik dengan corak pilihan.

Apabila tiba hari untuk berpisah, isteri akan mengikat kain tersebut dileher pasangan masing-masing sebagai tanda ingatan tatkala berjauhan.

Ketika tentera Croatia tiba di Perancis, kain selendang pada leher mereka telah menarik perhatian ramai.

Gaya ini membuatkan mereka popular dan lebih dikenali berbanding tentera lain.

Ketika itu, pemakaian tahi leher dikatakan bukan sahaja sebagai lambang identiti tetapi sudah menjadi sebahagian daripada pakaian seragam tentera Croatia.

Francoise Chaile dalam bukunya, La Grande Historie de la Cravate, menyatakan bahawa sekitar tahun 1635, seramai enam ribu orang tentera Croatia telah disewa oleh Raja Perancis Louis XIV untuk datang ke Perancis.

Pada tahun 1646, Raja Louis XIV mula memakai tali leher kerana tertarik melihat gaya pakaian tentera Croatia.

King Louis XIV

Sejak itu, fesyen mengikat kain di leher telah dijadikan sebagai perhiasan peribadi di kalangan kerabat diraja.

Dan menjelang tahun 1650, seluruh penduduk Perancis menerima fesyen tali leher dan mereka menamakannya sebagai 'cravat' yang bermaksud 'penduduk croatia'.

Selepas itu, gaya mengikat potongan kain di leher tersebar dengan pantas ke seluruh Eropah.

Bermula dari Perancis kemudian berkembang ke Belgium dan Belanda, seterusnya tersebar ke Kepulauan Inggeris.

Orang Inggeris dikatakan telah mengubah sedikit bentuk asal cravat terutama dari segi pola jahitan.

Pada abad ke 19, Jesse Langsdorf, seorang pengusaha tekstil Amerika, telah membuat revolusi dengan memotong kain menjadi tiga bahagian.

Selepas itu, beliau menjahitnya semula sehingga membentuk tali leher yang mudah diikat.

Tidak lama selepas itu, pereka Itali telah menambah elemen baru pada tali leher untuk memudahkan pemakainya.

Tali leher moden

Neck tie
Tali leher terbesar dunia di Croatia.

Sekitar tahun 1869, barulah cravat mula menyerupai tali leher moden.

Ketika munculnya baju kemeja berkolar, tali leher disimpulkan dibawah dagu dengan hujungnya dibiarkan terjuntai ke bawah.

Dan seiring dengan arus kemajuan teknologi dan fesyen, tali leher kini telah berubah, memiliki kepelbagaian warna, corak, fabrik dan potongan.

Kerana berbangga menjadi pewaris tali leher, sebuah perayaan yang dipanggil International Necktie Day akan diraikan oleh penduduk Croatia pada 18 Oktober setiap tahun untuk memperingati warisan mereka.

Menarik kan.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Pencipta Pin Baju @ Baby Pin?

-SENTIASAPANAS.COM

10 Gunung Berapi Paling Aktif Di Dunia

10 Gunung Berapi Paling Aktif Di Dunia

Bahaya debu gunung berapi boleh menjejaskan penerbangan di mana debunya boleh merosakkan turbin, manakala letusannya mampu menimbulkan bencana besar.

Manakala sulfat yang dimuntahkan menerusi letusan dapat menghalang cahaya matahari dan mewujudkan suhu dingin di bahagian bawah atmosfera bumi seperti troposfer, yang boleh mengakibatkan bencana parah.

Meskipun letusan gunung berapi tidak selalu terjadi, kebarangkaliannya tetap mendapat perhatian ramai pihak di dunia.

Seperti yang kita semua tahu, masih ada gunung berapi yang berstatus aktif masa kini dan berikut adalah 10 gunung berapi yang masih aktif di dunia.

Gunung Berapi Moana Loa

Moana Loa

Terletak di kepulauan Hawaii, gunung berapi Moana Loa dikatakan memegang status aktif sejak 700,000 tahun yang lalu.

Gunung berapi Mauna Loa pernah meletus pada tahun 1984. Biasanya lava yang keluar dari gunung ini tidaklah begitu cepat.

Gunung Berapi Ulawun

Ulawun

Gunung Ulawun menjadi salah satu daripada deretan gunung berapi paling aktif di Papua New Guinea.

Difahamkan, sebanyak 22 letusan telah direkodkan berlaku dari gunung berapi Ulawun sejak 1700an.

Gunung Berapi Nyiragongo

Nyiragongo

Gunung Nyiragongo adalah gunung berapi yang paling aktif di Congo, Afrika.

Peristiwa hitam pernah dilaporkan pada 1977, di mana berlaku retakan pada saluran gunung berapi, sekaligus mengeluarkan lahar yang menghancurkan banyak penempatan dan membunuh ramai orang.

Gunung Berapi Merapi

Merapi

Gunung Merapi merupakan gunung berapi paling aktif di Indonesia dan dikenali sebagai gunung berapi yang menghasilkan lahar dalam jumlah yang sangat banyak berbanding gunung berapi lain di dunia.

Lahar gunung berapi Merapi sering meletus sejak 1548 dan cukup aktif sejak 10,000 tahun terakhir.

Gunung Berapi Galeras

Galeras

Gunung Galeros terletak di Ecuador, Colombia di mana status aktifnya telah mencapai 1 juta tahun setakat ini.

Ledakan pertama gunung berapi Galeras dicatatkan pada 1580. Galeros dikatakan ‘sepi’ seketika pada tahun 1978, bagaimanapun dilaporkan kembali aktif melakukan aktivitinya 10 tahun kemudian pada tahun 1988.

Gunung Berapi Sakurajima

Sakurajima

Gunung berapi Sakurajima yang terletak di Jepun ini pada awalnya terpisah dari kepulauan negara itu.

Bagaimanapun, ia berubah selepas letusan daripada gunung itu yang berlaku pada 1914 yang mengeluarkan lava panas dan kemudian berubah menjadi jambatan yang menghubungkan negara tersebut dengan gunung Sakurajima.

Gunung Berapi Popocatepe

Popocatepe

Gunung berapi Popocatepe yang terletak di Mexico ini hampir mengorbankan 41,000 nyawa ketika letusan terakhinya pada tahun 2000.

Penduduk disekitarnya dikatakan bertuah kerana kerajaan bertindak cepat melakukan pemindahan serta-merta ketika letusan berlaku.

Sejak 1519, gunung berapi ini telah meletus lebih daripada 20 kali.

Gunung Berapi Vesuvius

Vesuvius

Gunung Vesuvius yang terletak di timur Naples, Itali merupakan salah satu gunung berapi yang masih aktif hingga saat ini.

Gunung berapi Vesuvius juga memiliki sejarah buruk di mana letusan yang terjadi pada tahun 79 Masihi di mana ledakan laharnya telah melenyapkan dua kota, Herculaneum dan Pompeii.

Terakhir kali gunung ini aktif adalah pada tahun 1944.

Gunung Berapi Eyjafjallajokull

Eyjafjallajokull

Gunung yang sukar dieja ini merupakan salah satu daripada gunung yang terletak di Islandia.

Gunung ini pernah mengalami letusan hebat pada tahun 2010 yang mana kesannya dapat dirasai hingga ke barat dan utara Eropah.

Gunung Berapi Yellowstone Caldera

Yellowstone

Gunung Berapi Yellowstone Caldera yang terletak di Amerika Syarikat ini adalah gunung berapi nombor satu paling aktif di dunia.

Meskipun berstatus aktif, taman nasionalnya masih menjadi daya penarik bagi pengunjung dalam dan luar negara.

Setiap tahun, taman nasional Yellowstone menerima sehingga 3 juta pengunjung.

BACA INI JUGA: 6 Gunung Pelangi Warna-warni Paling Menakjubkan Di Dunia

Sumber: SH

Saturday, December 31, 2016

Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

Kisah Perceraian Dan Kontroversi Selebriti Malaysia 2016

Saban tahun, ia bagaikan tidak sah jika kisah kontroversi dan perceraian dalam dunia hiburan tidak berlaku dan kalendar hiburan 2016 tidak terkecuali apabila pelbagai kisah melibatkan artis tempatan menjadi perhatian peminat.

Antara paling diingati adalah kisah penyanyi Zila Seeron (AF4) yang ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada 13 Ogos lalu.

Penangkapannya mendapat liputan meluas ekoran Zila ketika itu juga masih bergelar isteri kepada pelawak Along Cham dan lelaki itu akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 29 Ogos lalu.

'Percakaran' melibatkan penyanyi Elly Mazlein dan pelakon Faye Kusyairi juga antara yang menggamatkan industri hiburan selain pengakuan aktor Adi Putra yang berkahwin dua.

Tidak terhenti di situ, kontroversi melibatkan Ammar Alfian, Atikah Suhaimi dan Idris Khan yang didakwa terlibat dalam video seks tahun lalu kembali hangat pada 2016 apabila gambar dikatakan mirip Atikah dan Idris tersebar luas di internet.

Walau bagaimanapun, kes perceraian di kalangan selebriti menunjukkan penurunan ketara dan harap-harapnya 2017 tiada terdengar artis ingin bercerai!

Berikut adalah himpunan beberapa kisah perceraian dan kontroversi yang menjadi perhatian sepanjang 2016:

Perceraian 2016

1. Rizman Khuzaimi & Kartina Ayoob (13 Januari 2016)

Cerai

Pembukaan kalendar 2016 menyaksikan perceraian pasangan pelakon Rizman Khuzaimi dengan Kartina Ayoob pada 13 Januari lalu.

Rizman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, memberitahu mahkamah perceraian itu terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tidak mempunyai persefahaman lagi.

Riezman dan Kartina, 46, berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7.

Kartina turut mempunyai seorang anak iaitu Tatiana Batrisya, 20, hasil perkahwinan terdahulunya.

2. Fasha Sandha & Jejai (20 Januari 2016)

Cerai

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita perceraian pelakon Fasha Sandha dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Januari lalu.

Fasha dalam satu kenyataan ringkas kepada pihak media sejurus prosiding berlangsung memberitahu sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan itu dan reda dengan perpisahan tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujuh tahun.

3. Farah Asyikin & Zaahier Stanley (28 Januari 2016)

Cerai

Selepas dua tahun turun naik mahkamah bagi menyelesaikan kes perceraian, akhirnya penyanyi Farah Asyikin sah bercerai dengan Zaahier Stanley secara tebus talak pada 28 Januari lalu.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakim lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.

4. Syanie Hisham & Nadi Putra Mohd Zainol (23 Februari 2016)

Cerai

Pelakon Syanie Hisham mengejutkan peminatnya apabila perkahwinan keduanya dengan Nadi Putera Mohd Zainol berakhir selepas bercerai pada 23 Februari lalu.

Enggan mendedahkan punca sebenar perceraian itu Syanie, 43, bagaimanapun memberitahu dia mengambil keputusan untuk berpisah kerana merasakan dirinya tidak dihargai oleh bekas suaminya itu.

Pasangan itu dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah dengan sekali lafaz pada 1 Mac 2014.

Pelakon itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 namun bercerai enam tahun kemudian.

5. Ally Iskandar & Nurfarahin Romli (17 Ogos 2016)

Cerai

Personaliti TV3, Ally Iskandar, mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.

Ally menerusi status di laman Facebooknya menjelaskan lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, dalam status sama, Ally berkata, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan mereka masih kekal baik.

Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

6. Along Cham & Zila AF4 (29 Ogos 2016)

Cerai

Kontroversi yang melanda rumah tangga Along Cham dan Zila (AF4) berakhir dengan perceraian apabila pelawak itu melafazkan talak satu terhadap Zila pada 29 Ogos lalu.

Along terdahulu memfailkan permohonan cerai selepas memberitahu mahkamah sudah tinggal berasingan selama lima bulan ekoran Zila keluar daripada rumah tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Episod duka Along bertambah parah apabila Zila ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil.

Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Kontroversi 2016

1. Suami Adira Peluk Ruhainies (Julai 2016)

Ruhainies

Pelakon Ruhainies menerima kritikan hebat selepas videonya keluar bersama suami Adira iaitu Datuk Seri Abu Adnan didedahkan.

Ruhainies, 24, bagaimanapun tidak cepat melatah dalam menangani kontroversi tersebut sebalik mengaku pernah keluar bersama ahli perniagaan itu selepas dipelawa oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Bagaimanapun katanya, dia tidak mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan dan mendakwa telah diperangkap kerana tidak menyedari perbuatan lelaki itu memeluknya.

Malah pelakon itu percaya pihak yang mengambil gambar tersebut diupah untuk merakam kami seperti sedang bermesra dan disebarkan kepada umum, ujarnya.

2. Gambar Perkahwinan Kedua Adi Putra Tersebar (Julai 2016)

Adi Putra

Nama pelakon Adi Putra menjadi perhatian apabila foto perkahwinan rahsianya dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang juga seorang janda anak satu tersebar luas di media sosial.

Adi kemudiannya mengesahkan sudah berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Nur Shahida itu pada 20 Jun lalu dalam satu sidang media yang diadakan pada Julai lalu.

Sidang media itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila bekas adik ipar isteri pelakon itu muncul mempersoalkan tindakan Adi memburukkan abangnya selain ingin membersihkan nama keluarganya yang tercalar akibat kejadian itu.

Rumah tangga Adi dan isterinya pertamanya, Aida sebelum ini pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap wanita itu pada 11 Mei 2012 namun membatalkan hasrat itu kemudiannya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 14 April 2006, pasangan itu tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.

3. Uqasha Senrose Buka Tudung (Ogos)

Uqasha Senrose

Pelakon Uqasha Senrose dikritik hebat apabila membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab sejak Ogos lalu selepas dikatakan 'gagal mendapat hidayah'.

Uqasha menjelaskan tindakannya itu kerana dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan kerana keputusannya bertudung sebelum ini tidak dibuat daripada hatinya sendiri.

Malah dia juga bersedia menerima segala kritikan dan kecaman daripada peminat berhubung keputusannya itu.

4. Gambar Bogel Menyerupai Atikah Suhaimi & Idris Khan (September 2016)

Atikah Suhaimi

Industri hiburan digemparkan dengan penyebaran gambar bogel yang dikatakan menyerupai pelakon Atikah Suhaimi dan Idris Khan.

Atikah baik Idris bagaimanapun enggan mengulas mengenai penyebaran gambar berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Pada tahun lalu, mereka turut dihimpit kontroversi sama kononnya mempunyai video seks bersama seorang lagi pelakon iaitu Ammar Alfian.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tampil menafikan perkara itu dan meminta pihak yang menyebar khabar angin itu menunjukkan bukti.

5. Fara Fauzana Batal Kahwin Saat-Saat Akhir (September 2016)

Fara Fauzana

Personaliti radio popular Fara Fauzana mengejutkan peminat apabila mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, pada saat akhir yang sepatutnya berlangsung pada 17 September lalu.

Fara, 36, bagaimanapun enggan berkongsi punca dia mengambil keputusan itu dan hanya menyatakan ia sebagai sebab peribadi.

Sikap berdiam diri Fara telah menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga timbul dakwaan dia membatalkan perkahwinan itu kerana Hafiz sudah pun berkahwin.

Hafiz tampil menafikan perkara itu dan meminta pihak media bertanya sendiri tentang sebab sebenar Fara membatalkan perkahwinan mereka.

6. Elly Mazlein, Azmi Hatta & Faye Kusyairi (Oktober 2016)

Elly Mazlein

Nama Elly Mazlein hangat diperkatakan sepanjang 2016 selepas kisah disebalik perceraiannya dengan pengarah Azmi Hatta pada 15 Oktober tahun lalu menjadi kecoh.

Timbul pelbagai tuduh-menuduh di antara pasangan itu sehingga mengaitkan pelakon Faye Kusyairi sebagai orang ketiga yang menggangu keharmonian rumah tangga mereka.

Faye yang kemudiannya mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Azmi dikecam hebat walaupun menjelaskan mereka hanya rapat selepas pasangan itu bercerai.

Azmi pula dalam satu sidang media tergemparnya pada Oktober lalu tampil dengan surat akuan bersumpah selepas tidak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat bekas isterinya itu.

Pengarah itu turut mendakwa punca perceraiannya dengan penyanyi itu kerana sikap cemburu wanita itu yang melampaui batas.

BACA INI JUGA: 3 Mobile App Popular Perosak Perkahwinan!

Sumber: mStar

Cara Mudah Untuk Membuang Warning XP Not Genuine

Cara Mudah Untuk Membuang Warning XP Not Genuine

Pernahkah anda mengalami masalah warna latar pada desktop Windows menjadi hitam dan dipaparkan dengan satu skrin “This copy of Windows is not genuine” seperti di bawah?

Not genuine

Ini sebenarnya salah cara Microsoft bagi membendung kegiatan cetak rompak perisian Windows dengan mewujudkan apa yang dilabel sebagai “Genuine Software Validation”.

Ramai pengguna Windows secara “TIDAH SAH” di seluruh dunia mendapat apa yang boleh disifatkan sebagai “WARNING” syarikat gergasi tersebut supaya menggunakan perisian yang asli dengan membelinya secara sah di pasaran.

Ada juga di kalangan pengguna yang mahir mengambil jalan ringkas dengan menformat semula PC mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut, namun ia akan muncul semula sekiranya anda “MENGAKTIFKAN” pilihan Automatic Windows Updates pada Windows XP anda.

Sekiranya anda belum lagi masalah ini, anda disarankan terlebih dahulu membuang opsyen pada Automatic Windows Updates di komputer anda.

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah ini, cubalah tips berikut sebelum anda mengambil keputusan untuk format semula PC.

Masalah WGA ini tersebar disebabkan oleh:
  • Apabila anda mengaktifkan Automatic Upadates.
  • Software tersebut akan dipasang secara automatik kedalam sistem komputer anda.
  • Arahan yang dikeluarkan oleh software tersebut akan menyahaktifkan(disable) background anda dan beberapa fungsi penting (key features) lain.

Cara Mengatasi Masalah Windows XP Not Genuine

1. Buka Windows Task Manager.

2. Matikan (end) wgatray.exe process in Task Manager.

3. Restart Windows XP dalam Safe Mode (tekan F8 semasa PC nak bootup).

4. Padam/Delete WgaTray.exe dari folder c:\Windows\System32.

5. Padam atau Delete WgaTray.exe dari folder c:\Windows\System32\dllcache.

6. Buka RegEdit (dengan menaip regedit pada opsyen Run)

7. Cari (browse) lokasi ini:-

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify

8. Delete folder 'WgaLogon' dan kesemua isinya.

9. Reboot Windows XP.

Diharap artikel ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah “Windows Not Genuine” anda.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Siapa Pencipta Copy & Paste?

Sumber: Panduanpercuma

Tanda-Tanda Awal Penyakit Kencing Manis, Langkah Pencegahan Dan Rawatannya Yang Anda Perlu Tahu

Tanda-Tanda Awal Penyakit Kencing Manis, Langkah Pencegahan Dan Rawatannya Yang Anda Perlu Tahu

Tahukah anda bahawa hampir 70 peratus penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf yang boleh membawa kepada amputasi sekiranya penjagaan dan langkah pencegahan yang betul tidak diambil?

Kencing Manis

Sekiranya anda mengalami sebarang simptom kerosakan saraf seperti rasa kebas dan rasa berdenyut-denyut pada kaki, jangan ketepikannya kerana kesan pengabaian boleh menyebabkan pemotongan kaki.

Memahami neuropati diabetes

Perkataan neuropati terbit daripada dua bahagian: 'neuro' yang merujuk kepada saraf dan 'pati' iaitu penyakit. Kerosakan saraf yang disebabkan diabetes dipanggil neuropati diabetes.

Neuropati periferal ialah satu keadaan yang melibatkan saraf-saraf di luar sistem saraf pusat, terutamanya pada tangan dan kaki.

Saraf ialah talian perhubungan dalam tubuh kita. Isyarat elektrik daripada otak bergerak melalui saraf dan memberi arahan kepada pelbagai bahagian tubuh.

Tubuh menerima maklumat daripada persekitaran melalui deria dan menghantar maklumat ini ke otak melalui saraf.

Majoriti daripada saraf periferal bertanggungjawab memberikan sensasi yang anda rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu.

Terdapat jutaan saraf yang berakhir di jari, tangan, jari kaki dan kaki anda yang dicipta untuk mengelakkan anda daripada bahaya dan jauh daripada perkara yang panas, sejuk, tajam dan sebagainya.

Simptom Penyakit Diabetes

Tahap keseriusan simptom kerosakan saraf akibat diabetes berbeza daripada seorang pesakit dengan seorang pesakit yang lain.

Anda mungkin berasa berdenyut-denyut atau kebas pada kaki dan tangan anda - tanda biasa kerosakan saraf akibat diabetes.

Rasa terbakar dan tiada rasa juga ialah simptom biasa bagi kerosakan saraf.

Kehilangan rasa sering membawa maksud anda mungkin tidak merasa kecederaan pada kaki.

Mungkin terdapat paku tekan atau batu kecil di dalam kasut anda dan anda terus berjalan sepanjang hari tanpa menyedarinya.

Sesetengah orang akan berasa kesakitan yang tajam mencucuk; manakala setengah orang pula merasa seperti dicucuk-cucuk dengan jarum.

Kemungkinan seorang penghidap diabetes untuk mengalami pemotongan pada kaki adalah lebih besar berbanding dengan individu lain yang sihat.

Ramai penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf akibat diabetes yang mengurangkan kepekaan rasa pada kaki menyebabkan mereka tidak sedar akan kecederaan yang mereka alami; ini boleh membawa kepada pemborokan (ulser) kaki.

Ramai penghidap diabetes turut menghidap penyakit arterial periferal yang mengurangkan aliran darah ke kaki dan melambatkan proses penyembuhan luka - seterusnya meningkatkan risiko terjadinya jangkitan.

Semua masalah ini membuatkan pesakit mudah mendapat jangkitan yang teruk yang membawa kepada amputasi kaki.

Bagaimana kerosakan saraf akibat diabetes dirawat?

Langkah pertama adalah dengan memastikan tahap glukos dalam darah berada pada julat normal untuk membantu mencegah kerosakan saraf selanjutnya.

Pemantauan tahap glukos dalam darah, pemakanan yang terancang dan aktiviti fizikal yang teratur serta ubat-ubatan diabetes atau insulin akan membantu mengawal tahap glukos dalam darah.

Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi secara umumnya simptom-simptom akan berkurangan apabila terdapat pengawalan glukos yang baik.

Pengawalan glukos dalam darah yang baik juga boleh mencegah atau melambatkan permulaan masalah-masalah yang selanjutnya.

Saintis Jepun telah mendapati bahawa saraf yang rosak boleh dihasilkan semula dengan sejenis makanan tambahan yang ringkas dikenali sebagai mecobalamin atau metilkobalamin - satu bentuk vitamin B12 yang aktif.

Mecobalamin - vitamin B12

Mecobalam ini alah satu bentuk Vitamin B12 yang aktif dari segi neurologi. Dengan mecobalamin, hati tidak perlu menukarkan sianokobalamin, bentuk B12 yang tidak aktif, kepada mecobalamin kerana ia telahpun aktif secara oral.

Mecobalamin melindungi daripada penyakit neurologi (saraf) dan penuaan oleh mekanisma unik yang berbeza daripada terapi yang ada sekarang.

Sebahagian daripada gangguan saraf yang boleh dicegah atau dirawat dengan terapi vitamin semula jadi ini termasuklah neuropati periferal. 

Ambil satu kapsul 500mcg tiga kali sehari untuk membantu menggalakkan saraf-saraf sihat dan melindungi daripada proses degenerasi sistem saraf.

Tanyalah ahli farmasi anda hari ini tentang jenama yang dipercayai bagi makanan tambahan untuk kesihatan saraf yang membantu mencegah kerosakan saraf akibat diabetes dan juga menghasilkan semula saraf-saraf periferal anda yang rosak.

Diagnosis dan rawatan awal boleh menambah baik kualiti hidup dan mengurangkan risiko komplikasi neuropati diabetes dan amputasi selanjutnya.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

14 Perkahwinan Selebriti Malaysia Dengan Tajaan Jutaan Ringgit Sepanjang Tahun 2016

14 Perkahwinan Selebriti Malaysia Dengan Tajaan Jutaan Ringgit Sepanjang Tahun 2016

Tahun 2016 telah menyaksikan ramai selebiriti yang berkahwin dan mendirikan rumah tangga bersama insan yang mereka sayang dan cintai.

Selebriti

Perkahwinan tersebut termasuklah perkahwinan yang mendapat tajaan jutaan ringgit hinggalah ke perkahwinan selebriti yang sederhana.

Apa yang pasti, terukir senyuman bahagia di bibir mereka ketika hari bahagia.

Berikut merupakan pasangan yang berkahwin pada tahun ini:

1. Amyra Rosli & Amar Baharin

Amyra Rosli & Amar Baharin

Pasangan ini mengikat tali pernikahan pada 11 November lalu. Majlis pernikahan diadakan di Hotel Premiera dan Amyra menerima wang hantaran sebanyak RM50,000 daripada Amar.

Mempelai ini kemudian diraikan dalam tiga majlis resepsi berbeza iaitu majlis sebelah pihak perempuan di lokasi sama akad nikah, kemudian majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Bright Star Banquet Hall, Ampang serta sebuah majlis khas ditaja peminatnya yang diadakan di Singapura.

2. Saharul Ridzwan & Deena Emir

Saharul Ridzwan & Deena Emir

Selepas membiarkan peminat dan media tertanya-tanya siapakah cinta hatinya, aktor Saharul Ridzwan dengan secara tiba-tiba mengumumkan dia bakal berkahwin.

Dia dan isterinya Deena Emir telah diijabkabulkan pada 16 September lalu di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.

3. Nazim Othman & Bella Dally

Nazim Othman & Bella Dally

Dengan sekali lafaz, pasangan ini selamat bernikah pada 10 September lalu di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah.

Pasangan ini bertunang setahun sebelum mendirikan rumahtangga.

Mereka diraikan dalam sebuah majlis resepsi sebelah pengantin lelaki yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

4. Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Setelah beberapa kali menafikan percintaan mereka, akhirnya pasangan ini akui mahu berkahwin dan diijabkabulkan pada 8 Februari 2016 di Pulau Pinang.

Perkahwinan mereka mendapat tajaan tertinggi iaitu sebanyak RM25 Juta.

Mereka diraikan dalam dua majlis resepsi iaiti di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang dan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

5. Akim & Stacy

Akim & Stacy

Setelah penyanyi Stacy memeluk Islam pada Ogos 2015, dia dan Akim akhirnya bernikah pada 5 Februari tahun ini di di Hotel ShangRiLa, Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Majlis persandingan mereka juga berlangsung pada malam hari yang sama serta di lokasi sama.

6. Shah Iskandar & Siti Sarah

Shah Iskandar & Siti Sarah

Pelakon Shah Iskandar memilih gadis dari Singapura yang bernama Siti Sarah untuk menjadi isterinya pada 16 Januari lalu.

Majlis akad nikah yang diadakan di The Ballroom @East Coast, Singapura, menyaksikan pelakon itu menyerahkan wang hantaran sebanyak RM30,000.

Pasangan diraikan di Shah Alam pada 16 April 2016.

7. Aliff Aziz & Dayang Nabella

Aliff Aziz & Dayang Nabella

Penyanyi Aliff Aziz dan Dayang Nabella telah bernikah dalam majlis tertutup pada 9 September lalu.

Namun majlis resepsi mereka diadakan dengan meriah pada Menara Top Glove, Setia Alam keesokan harinya.

8. Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada

Hafidz Roshdi & Nurul Shuhada

Pelakon Hafidz Roshdi selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Nurul Shuhada di rumah pihak perempuan, Perlis pada 30 April 2016.

Pasangan ini kemudian diraikan dalam majlis resepsi selang enam bulan mereka berkahwin iaitu pada 15 Oktober 2016 di Astana Wedding Place & Function, Shah Alam.

9. Hafiz Suip & Nureffy Jasreel

Hafiz Suip & Nureffy Jasreel

Penyanyi lagu Awan Nano ini selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada Nureffy pada 14 Mei 2016.

Majlis nikah diadakan pada 10.30 pagi di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak.

Pada sebelah malam pula, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi Hotel Pullman Kuching, Sarawak.

10. Jihan Muse & Ungku Hariz

Jihan Muse & Ungku Hariz

Sembilan tahun menyulam kasih, akhirnya Jihan sah bergelar isteri kepada pelakon Ungku Hariz hanya dengan sekali lafaz pada 20 Mac lalu dalam majlis pernikahan yang diadakan di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam.

Pasangan selebriti ini memilih tema tradisional klasik bagi majlis persandingan mereka yang diadakan pada 27 Mac 2016.

11. Nas- T & Atita Haris

Nas- T & Atita Haris

Pasangan ini sah sebagai suami isteri pada 29 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada pukul 7.30 pagi di Surau Al-Ikhlas, Subang Jaya.

12. Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah

Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah

Pasangan pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakandi kediaman pengantin perempuan pada 16 Julai lalu.

Resepsi mereka diadakan keesokkan harinya di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi, Selangor.

13. Angah Raja Lawak & Amira Asyura

Angah Raja Lawak & Amira Asyura

Setelah 10 tahun menduda, akhirnya pelakon dan pelawak Angah Raja Lawak selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan berusia 21 tahun.

Dengan sekali lafaz Angah selamat bergelar suami kepada Amira Asyura di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, Ayer Keroh pada 19 Februari lalu.

14. Shahrol Shiro & Anna Danisha

Shahrol Shiro & Anna Danisha

Shahrol Shiro selamat menamatkan zaman dudanya bersama gadis pilihan hati, Anna Danisha pada 18 Mac lalu.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Dewan Jemerlang, Kampus INTAN Wilayah Selatan, Kluang, Johor.

BACA INI JUGA: Top 10 Janda Paling Hot Indonesia

Sumber: AA

Apa Itu Resolusi 2334 PBB Dan Kesannya Kepada Israel

Apa Itu Resolusi 2334 PBB Dan Kesannya Kepada Israel

Malaysia melabuhkan tirai 2016 di persada antarabangsa dengan noktah terpuji apabila bersama tiga negara anggota PBB, iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela telah berjaya meyakinkan negara anggota lain untuk mengundi bagi menyokong kelulusan resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB yang mendesak pembinaan pe­nempatan haram Israel di wilayah Palestin dihentikan.

Resolusi 2334

Resolusi 2334 telah diluluskan pada 23 Disember 2016 dengan 14 undi menyokong manakala Amerika Syarikat mengambil sikap berkecuali.

Resolusi itu yang pertama mengenai Israel dan Palestin yang dibuat 15 negara anggota Majlis Keselamatan PBB dalam tempoh lapan tahun.

Pada asalnya, teks resolusi itu diperkenalkan Mesir tetapi akibat tekanan Amerika Syarikat, negara tersebut telah menarik balik resolusi berkenaan.

Tindakan itu jelas sandiwara terkini presiden Abdel Fattah el-Sisi untuk menjaga hubungannya dengan bakal presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Kejayaan resolusi 2334 mempunyai beberapa signifikannya tersendiri.

Pertama, cara pengundian tersebut berlaku di Majlis Keselamatan menunjukkan bahawa negara-negara yang menjadi anggota tidak tetap Majlis tersebut bersedia dan sanggup mendau­latkan peraturan undang-undang (rule of law) di arena antarabangsa meskipun tindakan tersebut berlawanan dengan pendirian Barat dan negara-negara di Asia Barat yang cenderung terhadap Barat.

Kedua, untuk rakyat Palestin, tirai hujung tahun 2016 akhirnya mengembalikan harapan optimis terhadap masa depan mereka setelah sekian lama terseksa di bawah dasar pe­nempatan haram Israel.

Sekurang-kurangnya, mereka akan menemui sinar 2017 dengan suatu pencapai­an setelah sekian lama masyarakat antarabangsa gagal menyatakan pendirian jelas mengenai isu pe­nempatan haram di tanah air Pa­lestin.

Ketiga, resolusi 2334 akan menjadi faktor berterusan untuk mengembalikan kestabilan serantau dan keamanan dunia.

***

Hakikatnya, Israel telah menca­buli 28 resolusi Majlis Keselamatan yang lain sebelum ini, dan de­ngan adanya resolusi 2334 ini, maka tekanan berterusan dapat dikenakan ke atas Israel supaya mematuhi dan menghormati undang-undang antarabangsa demi memastikan kestabilan serantau dan keamanan dunia dapat dikekalkan.

Bagi kebanyakan pemerhati antarabangsa, resolusi 2334 ini akan hanya bermakna sekiranya PBB bertindak melaksanakan tuntutannya tanpa pilih kasih dan gentar terhadap Israel.

Pada hemat penulis, sudah tiba masa­nya untuk PBB menilai semula keanggotaan Israel di dalam PBB.

Sekalipun dengan berani melakukan pencerobohan secara terang-terangan terhadap wilayah Pa­lestin, Israel tetap menganggap diri mereka sebagai entiti yang luar biasa, justeru perlu diberikan layanan istimewa dan kekecualian daripada undang-undang antarabangsa.

Hakikatnya, Israel bersikap demikian sebagai satu-satunya entiti yang diwujudkan melalui resolusi PBB 181(II), walaupun keanggotaannya adalah bersyarat sehingga ke hari ini.

Kendatipun setelah diterima sebagai anggota PBB dan meng­aku janji untuk menghormati resolusi pembahagian Palestin dan status kedudukan Jerusalem yang terkandung di dalam resolusi tersebut, Israel telah secara berterusan mencabul kewaji­p­an membenarkan rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka.

Oleh yang demikian PBB sepatutnya telah lama bertindak menggantung Israel daripada terlibat di dalam mana-mana badan dan institusi di bawah naungan PBB, sebagai yang pernah dikenakan terhadap rejim aparteid Afrika Selatan pada 1974 dan bekas Yugoslavia pada 1992.

Namun kerana dibiarkan maka sikap Israel yang bongkak telah terus terzahir mengikut kemahuannya, termasuklah menarik diri apabila menerima tekanan semasa rekod hak asasinya disemak melalui mekanisme Semakan Berkala Sejagat (UPR) pada Januari 2013.

Sikap Israel terhadap perkembangan terkini yang berlaku adalah seperti dijangkakan apabila bukan sahaja menolak resolusi 2334 tersebut tetapi melabelkannya sebagai memalukan dan berikrar untuk tidak mengendahkan terma-terma yang diperakui Majlis Keselamatan PBB.

Walaupun ini bukanlah sesuatu yang unik mengenai Israel, adalah jelas bahawa sikap yang sedemikian menjadi punca pertelingkahan di Asia Barat.

Ancaman yang ditimbulkan akibat kedegilan Israel tidak boleh diambil ringan masyarakat antarabangsa.

Justeru untuk mengelakkan tindakan tersebut dizahirkan, masyarakat antarabangsa perlu mendesak agar dua perkara dilakukan dengan segera.

Pertama, tekanan ke atas PBB perlu dite­ruskan untuk menggantung keanggotaan Israel daripada pertubuhan tersebut.

Sekiranya usaha ini gagal, maka kempen agresif untuk mewujudkan sekatan ekonomi, diplomatik dan perjalanan perlu dilakukan ke atas Israel.

Tindakan seumpama ini pernah dilakukan ke atas rejim aparteid Afrika Selatan dan telah menghasilkan impak yang nyata.

Maka tindakan yang sama perlu dilakukan terhadap Israel untuk memastikan mereka mematuhi resolusi 2334.

Keduanya, negara-negara Islam khususnya melalui Pertubuh­an Kerjasama Islam (OIC) perlu memastikan Mesir tidak lagi diberikan kepercayaan untuk me­ngendalikan sebarang inisiatif keamanan untuk Palestin.

Sebagai sebuah negara yang kemudiannya menaja dan terlibat menjayakan kelulusan resolusi tersebut, Malaysia perlu berani bersuara untuk mengkritik tindakan memalukan Mesir yang menarik balik resolusi tersebut setelah menerima tekanan Amerika Syarikat.

Pendirian hipokrit sebegini semakin terserlah kerana Mesir sebagai salah sebuah negara anggota OIC dan antara negara yang telah meratifikasi lebih banyak instrumen hak asasi manusia daripada kebanyakan negara lain termasuk Malaysia, telah gagal dalam usaha­nya mempertahankan hak asasi rakyat Palestin yang semenjak sekian lama dizalimi dan diusir dari tanah air mereka sendiri.

Tidak ada manfaat bagi Mesir yang telah mera­tifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai hak-hak Sivil dan Politik (ICCPR) 1976 tetapi mereka bersekongkol dalam menafikan hak rakyat Palestin untuk menjalani kehidupan menurut peraturan undang-undang antarabangsa.

Hal ini perlu ditegaskan Malaysia dan negara-negara Islam yang lain.

Apakah ertinya kelulusan resolusi 2334 ini kepada Israel?

Selama 38 tahun Amerika Syarikat sentiasa menggunakan kuasa vetonya demi menjaga kepentingan Israel di dalam konflik Israel Palestin.

Namun kesemua itu berakhir apabila tindakan terakhir Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk tidak mengundi, telah menyebabkan lulusnya Resolusi 2334 yang mengecam dan memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan pendudukan Israel di Tebing Barat khususnya lebiih 200,000 penduduk haram Yahudi di Timur Jerusalem.

Dan buat pertama kalinya di dalam tempoh lapan tahun Presiden Barack Obama menerajui kepimpinan Amerika, tindakan Amerika Syarikat untuk tidak mengundi telah menarik tumpuan dunia kepada permasalahan sokongan dari Amerika kepada pendudukan haram Rejim Zionis itu di tanah persendirian milik Israel.

Penglibatan New Zealand, Malaysia, Venezuela dan Senegal yang mewakili setiap penjuru dunia yang seakan memberi gambaran bahawa masyarakat dunia memandang serius kesalahan Israel yang mengambil apa yang bukan miliknya, menjadi satu dilema buat Amerika dan Israel, lebih-lebih lagi apabila Russia, China, Britain dan Perancis bukan sahaja tidak menggunakan kuasa veto malahan menyokong Resolusi 2334.

Adakah ini bermaksud akan berakhir penindasan Rejim Yahudi ke atas Palestin?

Buat masa kini, apa yang pasti, Israel melalui Dutanya ke UN Danny Danon telah pun mengeluarkan amaran bahawa dengan menyokong Resolusi 2334 segala ruang dan peluang untuk ke meja rundingan bagi penyelesaian konflik Israel-Palestin telah pun ditutup.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu turut mengeluarkan kenyataan bahawa Israel menolak resolusi anti-Israel kelolaan UN dan tidak akan menuruti tuntutan yang telah dibuat.

Berang dengan tindakan Amerika Syarikat kerana gagal melindungi Israel di dalam ‘serangan’ beramai-ramai, Netanyahu turut memanggil balik Duta Israel di New Zealand dan Senegal dan membatalkan lawatan yang dijadualkan oleh Menteri Luar Senegal ke Israel.

Apakah impak Resolusi 2334 kepada Malaysia?

Sehingga kini, tiada laporan yang menyatakan terdapatnya tindakan serta-merta yang akan diambil terhadap Malaysia dan Venezuela kerana kedua-dua negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Namun begitu, ia tidak pernah menjadi halangan Israel dan rakannya di Amerika Syarikat untuk mencampuri urusan negara melalui boneka dan tangan-tangan halus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, December 30, 2016

Bos Terbaik Ini Benarkan Pekerja Cuti Tanpa Had Dengan Gaji Penuh!

Bos Terbaik Ini Benarkan Pekerja Cuti Tanpa Had Dengan Gaji Penuh!

Seorang bos di Jerman berkata dia akan berhenti dari mengira cuti para pekerjanya dan mereka boleh bercuti sebanyak mana yang dimahukan - tanpa menolak satu sen pun dari gaji mereka.

Ullrich Kastner

Ullrich Kastner, pengasas sebuah syarikat broker hotel di Jerman memutuskan untuk membenarkan kesemua 37 pekerjanya bercuti bila-bila masa yang mereka mahu.

Peraturan baru itu efektif serta merta buat pekerja projek start-up 'Myhotelshop.de' yang berpangkalan di bandar Leipzig, Jerman. Tawaran murah hati ini dijangkakan akan berterusan selama setahun.

Bos berusia 41 tahun itu berkata, "Pasukan ini telah membuktikan mereka boleh bertanggungjawab. Itulah yang paling penting bagi saya.

"Pekerja-pekerja saya tidak sepatutnya bekerja mengikut peraturan, tetapi mengikut matlamat".

Kastner menjelaskan bahawa perkara utama yang paling dikhuatirinya adalah tiada langsung kerja yang belum disiapkan.

Katanya, cara baru ini lebih menenangkan hatinya dan boleh menjuruskan kepada keseimbangan antara kerja dan kehidupan.

Seperti yang dijangka, para pekerja Kastner menyambut baik tawaran itu.

Salah seorang pekerja, Rebekka Oelze, telah mendapat kelebihan itu pada tahun 2016 sebelum ia diaplikasikan kepada seluruh pekerja di syarikat terbabit pada tahun 2017.

Oelze berkata, "Saya habiskan sejumlah tiga dan separuh minggu dengan keluarga saya di Baltic Sea.

"Saya mungkin boleh memanjangkan masa cuti beberapa minggu lagi nanti."

Seronok kalau ada bos yang begini baik kan..

BACA INI JUGA: Mengapa Google Tidak Memandang Graduan-Graduan Universiti Yang Hebat?!

Sumber: Siakapkeli

Hilangnya Suara Emas Irama Melayu Klasik Tan Sri SM Salim

Hilangnya Suara Emas Irama Melayu Klasik Tan Sri SM Salim

Dalam industri muzik tanah air jika disebut lagu-lagu irama Melayu Klasik dan Pop Balada, pasti yang berdendang dalam fikiran umum nama seniman legenda Tan Sri SM Salim.


Siapa yang tidak pernah mendengar lagu-lagunya, seperti ‘Pantun Budi’ yang sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan, apatah lagi lagu “Apa Nak Jadi’ dan lagu ‘Pandang-pandang, Jeling-jeling’ pasti menghiburkan hati orang ramai.

Namun kini, lagu itu tidak lagi akan didendangkan oleh beliau, pemergian SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Mohammad Al-Mahros hari ini, umpama hilangnya permata irama Melayu Klasik negara.

SM Salim, 88, meninggal dunia pada 5.45 petang pada Khamis, di kediamannya kerana sakit tua.

Pemergian bintang itu ditangisi ribuan peminatnya di seluruh tanah air yang pastinya akan merindui suara emas Allahyarham yang kekal malar segar biarpun telah melangkaui zaman.

Dilahirkan pada 30 Julai 1928, dan merupakan anak jati Kampung Baru di sini, Allahyarham merupakan anak bongsu daripada 13 beradik.

SM Salim yang memulakan kerjaya sebagai juruhebah di Radio Malaya atau kini dikenali RTM telah berkecimpung dalam dunia nyanyian tempatan sejak 1950-an.

Selain kemerduan suaranya, lagu-lagu SM Salim ‘melekat’ di hati para peminatnya kerana keunikan lirik-liriknya yang bukan sahaja indah dan tinggi seni bahasanya, tetapi juga sarat dengan unsur jenaka dan nasihat.

Antara lagu-lagu emas SM Salim ialah ‘Pasir Roboh, ‘Seri Siantan’, ‘Bunga Tanjung’, ‘Joget Kasih Bermula’, ‘Mohon Kasih’ dan ‘Selamat Tinggal Bungaku’.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menziarahi jenazah Allahyarham secara peribadi menyifatkan arwah sebagai anak seni yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang seni dan penyiaran negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak pula menyifatkan pemergian Allahyarham ibarat hilangnya sebutir permata yang sukar dicari ganti.

“Amat sukar untuk menemui atau mencari ganti seorang tokoh legenda seni muzik tanah air yang sungguh berkaliber, berdisiplin, istimewa dan dihormati orang ramai separti Tan Sri SM Salim,” katanya.

Setiausaha Agung Seniman Hafiz Nafiah pula menyifatkan industri seni tanah air kehilangan seorang legenda seni dan perintis lagu irama Malaysia dengan pemergian SM Salim.

Rakan-rakan artis lama dan baharu turut terkesan dengan pemergian SM Salim, termasuk komposer dan penyanyi Datuk M. Nasir yang menyifatkan Allahyarham sebagai permata seni buat negara.

Beliau yang pernah berkolaborasi dengan SM Salim melalui lagu ‘Seloka Cak Kun Cak’ menyifatkan Allahyarham seorang yang serius dalam menjiwai setiap bait lirik lagu dalam nyanyiannya terutama lagu irama Melayu asli dan perkara itu menjadikan setiap lontaran suara emasnya menusuk kalbu para pendengar.

Kehebatan SM Salim sebagai anak seni diiktiraf menerusi beberapa anugerah antaranya anugerah ‘Tokoh Seni’ oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1991 dan ‘Anugerah Seri Wirama’ pada Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1996.


Beliau juga dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail pada tahun 1964 atas jasanya menyertai misi ketenteraan di Congo, dengan beliau bertanggungjawab menghiburkan para tentera dari pelbagai negara di sana.

Dalam pada itu, SM Salim juga dianugerahi darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ pada tahun 2001 daripada kerajaan selain Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan atas sumbangan beliau memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu.

Allahyarham merupakan artis Malaysia kedua yang dianugerah gelaran itu selepas Tan Sri P. Ramlee pada 1962.

Bakat seni Allahyarham tidak dilupakan oleh penggiat seni era moden apabila turut diundang untuk berduet dengan beberapa artis seperti Datuk Siti Nurhaliza (Pandang-Pandang, Jeling-Jeling) Datuk Zainal Abidin (Satu), Datuk Ramli Sarip (Selapis Kasih, Sedulang Rindu), Datuk Sheila Majid (Entah Jadi, Entahkan Tidak) dan Datuk Jamal Abdillah (Zaman).

Selain bakat nyanyian, anak seni yang tidak pernah jemu mengangkat muzik Melayu itu turut memperolehi Ijazah Kehormat Master Muzik (Persembahan) daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 2003.

Namun, ketika meniti usia emasnya, Allahyarham pernah berpesan supaya jangan memainkan lagu nyanyiannya selama sekurang-kurangnya 30 hari atau sebaik-baiknya 44 hari selepas beliau meninggalkan dunia.

Allahyarham SM Salim meninggalkan seorang isteri Puan Sri Aishah Mohd Ghani dan enam anak.

BACA INI JUGA: Merekalah Yang Telah Menjatuhkan P. Ramlee

Sumber: Bernama

Perbezaan Antara Serban Muslim Dan Dastar Sikh

Perbezaan Antara Serban Muslim Dan Dastar Sikh

Dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, mungkin ada yang masih kurang jelas tentang perbezaan serban Sikh (atau dastar dalam bahasa Punjabi) dengan serban yang dipakai Muslimin.

Dastar+Sikh

Mengikut ahli sejarah, serban adalah pakaian tradisi orang Arab Jahiliah, yang kemudiannya diadaptasi dan diterima sebagai pakaian Muslim, malah dianggap mahkota orang Arab dan raja-raja. Pada orang Arab, serbanlah yang membezakan mereka daripada bangsa lain di dunia.

Nabi Muhammad juga memakai serban yang dipanggil al-Sahab ketika hidupnya, malah para muhaddithin meletakkan satu bab khusus mengenai pemakaian serban oleh Rasulullah SAW dalam kitab-kitab hadis.

Antaranya ialah memakai serban bersama kopiah (Ibn Qayyim 2002), sederhana saiznya, panjang tujuh hasta (Sulaiman bin Samhan 2001), berwarna hitam atau putih (Abu Dawud 1994, al-Mundhiri 1993) dan melepaskan ekor serban di antara dua bahu Baginda (riwayat Ja’afar bin Amir bin Umayyah daripada bapanya dalam al-Nasa’i 1930).

Dari segi hukum, al-Shawkani berpendapat memakai serban adalah sunnah yang sunat dan digalakkan, tapi Abdul Aziz Baz (bekas Mufti Arab Saudi) dan Muhammad Rasyid Rida anggap ia adat orang Arab sahaja.

Manakala Dr Yusof al-Qaradhawi berpendapat apa sahaja yang dilakukan Rasulullah SAW adalah baik dan patut diikuti oleh lelaki Muslim.

Dastar yang dipakai orang Sikh juga adalah adaptasi serban Arab.

Menurut H.O.K Rahmat, pengasas agama Sikh, Guru Nanak, adalah penganut Hindu yang menerima pengaruh Islam dan pernah ke Makkah.

Dalam pengembaraannya dan semasa mengembangkan agama Sikh, beliau memakai serban dan membawa tasbih.

Kemungkinan besar Guru Nanak cenderung terhadap Islam dan Hindu lalu menggabungkan unsur-unsur dua agama terbesar di India ketika itu, dalam mengasas agama Sikh. (Buku Dari Adam ke Muhammad, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1979)

Bagi orang Sikh, pemakaian dastar mempunyai tujuan dan falsafah tersendiri. Ia adalah identiti yang diasaskan guru Sikh terakhir, Guru Gobind Singh, sempena Hari Vaisaki pada 1699. Anak-anak kecil diberi kefahaman dan dipakaikan dastar sejak umur lima tahun.

Pemakaiannya berhubung erat dengan lima lambang utama dalam agama Sikh dipanggil panch kekaar: kes (rambut), kara (gelang), kachera (seluar), kirpan (pedang) dan kangha (sikat).

Penganut Sikh percaya tenaga kerohanian dan kebijaksanaan guru berpusat di atas kepala, serta disimpan pada rambut panjang, justeru dibaluti dastar.

Berkaitan warna dastar, orang Sikh memilih putih untuk meningkatkan aura dan sebagai pendinding diri, manakala biru melambangkan kepahlawanan dan dalam upacara keagamaan, manakala dastar oren adalah yang paling popular, yakni melambangkan kebijaksanaan dan sering juga dipakai semasa perayaan.

Pada waktu kematian, biasanya dastar putih dan hitam dipakai manakala untuk majlis istimewa seperti pertunangan dan perkahwinan, dastar merah jambu jadi pilihan.

Walau apa pun warna dastar yang orang Sikh pakai, satu yang pasti ialah, Polis tidak menahan atau menyaman bila mereka menunggang motosikal atas jalan raya.

Lesen besar untuk orang Sikh di negara kita dan kelebihan untuk etnik minoriti ini.

BACA INI JUGA: Kumbh Mela, Ritual Penyucian Dosa Penganut Hindu

Sumber: SH

Kenali Simptom Serangan Pneumonia, Punca Dan Rawatan Jangkitan Paru-paru Pada Anak

Kenali Simptom Serangan Pneumonia, Punca Dan Rawatan Jangkitan Paru-paru Pada Anak

Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini berlaku, sudah tentu si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu. Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk.

Pneumonia

Ia mungkin situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan itu berlarutan lebih tiga hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak anda mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami pneumonia atau paru-paru berair.

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas.

Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh.

Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’.

Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pencegahan Awal Jangkitan Paru-paru Pada Anak

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia.

Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia.

Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit.

Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen.

Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas, bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom Jangkitan Paru-paru Pada Anak
  1. Demam panas
  2. Batuk dengan atau tanpa kahak
  3. Sakit dada
  4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
  5. Rasa tidak sihat, sering merengek
  6. Pernafasan laju atau susah bernafas
  7. Muntah atau cirit-birit

Rawatan Jangkitan Paru-paru Pada Anak

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu.

Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda.

Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
  • Batuk biasa bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

Batuk pneumonia
  • Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tips Mudah Sebagai Langkah Pencegahan Pneumonia
  1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
  2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
  3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
  4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
  5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: majalahpama