Friday, December 02, 2016

5 Anak Iblis Yang Ditugaskan Mengganggu Manusia

5 Anak Iblis Yang Ditugaskan Mengganggu Manusia

Ada beberapa nama Iblis yang mempunyai sumber yang sahih iaitu dalam hadis riwayat Abdullah bin Muhammad bin Ubaid daripada Mujahid.

Iblis

“Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur, menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar”.

Dalam artikel Dr. Amran Kasimin, dalam kitab Raji Al-Asmar iaitu Al-Jin, ada menyebut nama Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis iaitu nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia.

Al-Khabil misalnya dirujuk sebagai jin yang merasuk manusia yang boleh menyebabkan gila, Al-Hajis ialah jin khas yang boleh menyebabkan manusia berasa waswas, dan juga yang membisikkan telinga manusia agar timbul waswas.

Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi’ ataupun Qarin, yang hidup bersama dengan manusia, ia terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala Al-Hatif ialah jin yang suaranya dapat didengar oleh manusia tetapi tidak dapat dilihat.

Jin yang dinamakan Al-Amir tinggal di tempat tertentu di tempat tinggi seperti di kemuncak gunung, di lembah-lembah, rumah yang ditinggalkan, di kubur atau di bumbung rumah.

Nama lain ialah Asy-Syaqq iaitu syaitan yang boleh menjelma separuh bentuk manusia yang kadang-kadang mengganggu manusia ketika musafir keseorangan.

Nama lain yang lebih dikenali ialah al-Wilha, iaitu golongan jin yang mengganggu manusia ketika mengambil air sembahyang, menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk berulang kali.

Manakala Khanzab ialah syaitan yang mengganggu manusia ketika mendirikan sembahyang, menyebabkan seseorang itu berniat berulang kali, memesongkan ingatan manusia kepada peristiwa di luar sembahyang menyebabkan hilang rasa khusyuk.

Demikianlah beberapa info mengenai perihal Jin, Iblis dan Syaitan.

Sama-samalah kita renungkan bagi memperbaiki mutu amalan kita di samping mengurangkan sedikit demi sedikit amalan buruk kita selama ini. Insya-Allah.

Wallahu a’lam.

BACA INI JUGA: Misteri Kitab Iblis, Codex Gigas!

Sumber: FLI

Kisah Bertentang Mata Dengan Mona Fandey

Kisah Bertentang Mata Dengan Mona Fandey

Pada hari pertama Mona Fandey bersama dua orang lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, Pahang, pada awal 1993, atas tuduhan membunuh, saya bergerak jam 6.30 pagi dari Kuala Lumpur, untuk membuat liputan kes itu.

Mona Fandey

Sepanjang jalan sejauh 107 kilometer itu, seribu satu soalan bermain dalam fikiran tentang kes paling ngeri yang pernah berlaku di negara ini.

Lega rasanya apabila saya dapati kerusi wartawan di galeri awam mahkamah masih kosong semasa saya tiba.

Jam 9 pagi lagi saya sudah mengambil tempat betul-betul di belakang kandang tertuduh, tempat paling strategik untuk tidak terlepas daripada apa sahaja yang akan disebut dalam perbicaraan.

Rupa-rupanya kes Mona Fandey berlangsung sebelah petang. Sebelah pagi mahkamah mendengar kes lain; kes pembunuhan juga. Mangsanya seorang penjual karpet warga asing yang didakwa ditanam selepas dibunuh akibat cemburu.

Apabila Mona Fandey, suaminya Mohd Nor Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka, Juraimi Hussein dibawa keluar dari kenderaan polis di depan mahkamah, petang itu, suasana jadi kecoh.

Orang ramai berkerumun di sekitar mahkamah. Ramai memandang mereka. Ada bercakap sesama sendiri, tetapi ada juga yang jerit marah-marah.

Peliknya, sama ada di luar mahkamah atau di kandang tertuduh, Mona Fandey tidak kelihatan seperti orang berhadapan dengan kes yang begitu berat hukumannya.

Sekejap-sekejap dia bercakap dengan suaminya, melihat orang sekelilingnya, bahkan mampu tersenyum.

Juraimi sahaja lebih banyak diam.

Saya tidak boleh lupa dengan reaksi saya sendiri berhadapan dengan keadaan di mahkamah petang itu.

Setiap kali Mona Fandey menoleh ke belakang, saya akan larikan pandangan atau turut toleh ke belakang.

Saya berada hanya sedepa di belakangnya dan saya kira setiap kali dia menoleh ke belakang, sayalah orang pertama yang mencuri pandangannya.

Barangkali saya tidak berani bertentang mata dengan wanita yang berhadapan dengan kes yang mengerikan itu hingga menggemparkan seluruh negara.

Ketika tuduhan dibaca, barulah kelihatan Mona Fandey berdiam diri. Seluruh ruang mahkamah turut senyap sunyi.

Itu adalah hari pertama kes itu dibawa ke Mahkamah Sesyen Raub. Perbicaraan ditangguhkan, selepas pihak mahkamah mencatat butir-butir berkaitan penahanan mereka yang dituduh, barang-barang bukti dan jadual untuk perbicaraan selanjutnya.

Sebaik sahaja mereka dibawa keluar dari mahkamah, keadaan riuh-rendah bermula kembali, tetapi sikap mereka, terutama Mona Fandey, bersahaja.

Seperti ketika tiba dan berada di kandang tertuduh, Mona Fandey, walaupun dengan tangan bergari dan dikawal ketat anggota polis. masih mampu tersenyum dan seolah-olah bergaya di hadapan jurugambar.

Petang itu dia berpakaian baju hitam berbunga terang dan berseluar, pakaian yang nampak lebih sesuai untuk seorang artis.

Bahkan Mona Fandey, yang pada suatu masa pernah menjadi penyanyi, dikatakan pernah menyebut di luar mahkamah, “Macam ramai pula peminat”, setelah nampak ramai yang berkerumun.

Selesai sahaja perbicaraan itu, saya bergegas ke rumah rehat yang tidak jauh dari situ, menaip berita di komputer riba dan menghantar laporan ke ibu pejabat. Laporan dan gambar kes Mona Fandey itu disiarkan di muka depan hampir semua akhbar tempatan.

Kes pembunuhan kejam itu seterusnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh yang diliputi oleh wartawan mahkamah.

Bersama Mohd Nor Affandi, 45, dan Juraimi, 32, Mona Fandey, 46, dihukum gantung sampai mati pada pagi 2 November 2001 pada usia 45, di Penjara Kajang selepas Mahkamah Tinggi Temerloh, pada 1995, memutuskan mereka bersalah membunuh Adun Batu Talam, Raub, Pahang, Datuk Mazlan Idris, di sebuah rumah di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, pada 1993.

Kes itu merupakan satu daripada perbicaraan juri yang terakhir di Malaysia.

Sifat sensasi kes berkenaan menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan sistem juri dan semua perbicaraan pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari, 1995.

BACA INI JUGA: Pasangan Penjenayah Kejam Yang Sangat Terkenal

Sumber: SH

Mohammed Nama Bayi Kedua Paling Popular Di UK 2016

Mohammed Nama Bayi Kedua Paling Popular Di UK 2016

Senarai baru nama bayi telah dikeluarkan di Britain dengan nama Mohammed menjadi nama kedua paling popular untuk lelaki di negara berkenaan pada tahun 2016.

Mohammed-UK

Sementara nama `Oliver’ menduduki senarai paling popular dan menjadi pilihan ibu bapa di Britain.

Selain itu, nama-nama watak dalam filem turut dipilih untuk dinamakan kepada anak–anak mereka termasuk Kylo, Harley dan Leia.

Manakala nama-nama anak selebriti yang agak pelik juga menjadi pilihan dengan ramai ibu bapa memanggil anak mereka River, sama seperti yang dilakukan oleh Jamie Oliver.

Tidak kurang pula yang menggelar anak mereka Kai, iaitu nama anak bintang bola sepak Wayne Rooney.

Selain itu, nama-nama seperti Lily, Poppy, Daisy dan Holly turut berada dalam carta, menurut BabyCentre.

BACA INI JUGA: 6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

Sumber: Mynewshub

Thursday, December 01, 2016

Michael “Jim” Delligatti, Pencipta Burger Big Mac Meninggal Dunia

Michael “Jim” Delligatti, Pencipta Burger Big Mac Meninggal Dunia

Pencipta burger `Big Mac’ iaitu salah satu hidangan makanan segera yang paling ikonik di McDonald, telah meninggal dunia pada usia 98 tahun.

Big_Mac_hamburger

Michael “Jim” Delligatti, yang disifatkan sebagai seorang lagenda, telah menghasilkan menu berkenaan pada 1967.

Beliau telah mencadangkan supaya bahan-bahan dalam burger itu ditambah, untuk menjadikan burger itu lebih besar.

Jim memiliki restoran makanan segera itu di Amerika Syarikat pada 1950-an ketika beliau mencipta menu Big Mac itu di restorannya di Uniontown di Pennsylvania.

Michael “Jim” Delligatti

Selepas mencipta burger berkenaan, Jim telah membuka 48 cawangan McDonald, menjadikan beliau sebagai salah seorang franchise terbesar dalam sejarah syarikat restoran segera tersebut.

BACA INI JUGA: Sebiji Burger Berharga RM704 Di Venezuela!

Sumber: Mynewshub

Cebisan Ayat Al-Qur'an Dalam Alas Kaki, Eco Shop Malaysia Mohon Maaf!

Cebisan Ayat Al-Qur'an Dalam Alas Kaki, Eco Shop Malaysia Mohon Maaf!

Masyarakat Islam di Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan berita penemuan cebisan ayat al-Qur'an dalam alas kaki.

Menghina Al-Qur'an

Berita yang tersebar di laman sosial khususnya WhatsApp, sebelumnya dilaporkan berlaku di Indonesia.

Seorang pengguna Facebook di Malaysia kemudiannya mendedahkan alas kaki yang dibeli, mengandungi ayat suci al-Qur'an selepas ia dikoyak dengan gunting.

Seorang guru, Kamariah Ali, tergerak hati untuk memeriksa alas kaki di rumah, susulan daripada penyebaran berita itu.

Kamariah+Ali

Hasilnya, dia amat terkejut apabila mendapati, memang terdapat cebisan ayat al-Qur'an dalam alas kaki yang digunakannya di rumah.

“Petang tadi (Khamis) ada sampai (mesej) WhatsApp pasal alas kaki ada ayat al-Qur'an.

“Apabila balik di rumah, (saya) periksa, rupa-rupanya (alas kaki saya) ada juga,” tulisnya lanjut.

Kamariah, dalam satu jawapan yang diberikan di ruangan komen, memaklumkan alas kaki itu dibeli di sebuah kedai harga murah di pinggir bandar.

Mohon Maaf Alas Kaki Ada Cebisan Al-Qur'an

ECO Shop Malaysia

Eco Shop Malaysia, kemudiannya telah menjalankan siasatan dan menghentikan penjualan alas kaki itu berkuat kuasa serta merta.

"Pihak kami meminta maaf kepada semua pelanggan dan ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah berniat untuk menghina mana-mana agama dan kepercayaan," kenyataan itu menyebut.

Mereka juga berharap semua pihak dapat bersabar dan memberi masa untuk siasatan dijalankan.

Alas Kaki Mengandungi Cebisan Al-Qur'an Di Indonesia

Sebelum kejadian di Malaysia, pengguna internet di Indonesia digemparkan dengan penemuan ayat-ayat al-Qur'an di dalam alas kaki yang terkoyak, lapor portal The Reporter.

Kertas yang mengandung ayat-ayat suci itu ditemui oleh lelaki di Indonesia ketika isterinya sedang mencuci alas kaki berkenaan 27 November 2016 lepas.

Menurut portal itu lagi, yang memetik Republika, dua alas kaki itu dibeli dari sebuah kedai di pasar Prambanan, Yogyakarta.

Pada Februari 2016 lalu, lapor Sinar Harian, tindakan telah diambil terhadap pemilik sebuah kedai serbaneka dan pemborong yang menjual ratusan alas kaki mengandungi ayat al-Quran.

Dua premis perniagaan itu beroperasi di Taman Teratai dan Johor Jaya, di Johor Baru.

Tindakan Tegas Kepada Pengilang

Menghina Al-Qur'an

Dalam pada itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dilaporkan telah membuka kertas siasatan selepas menerima aduan rasmi daripada pengguna.

JHEAT dilaporkan akan mengadakan operasi dan mengambil tindakan ke atas pihak terbabit.

Pengeluar dan penjual alas kaki tersebut boleh dikenakan hukuman menurut Seksyen 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu.

Jika sabit kesalahan, pihak terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 dan tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

BACA INI JUGA: Kenapa Islam Haramkan Melukis Gambar Wajah Nabi Muhammad?

Sumber: AA | TMM

‘Malaysia: Baby For Sale’, Al-Jazeera Dedah Sindiket Penjualan Bayi Di Malaysia!

‘Malaysia: Baby For Sale’, Al-Jazeera Dedah Sindiket Penjualan Bayi Di Malaysia!

Pasukan laporan Al-Jazeera baru-baru ini mendedahkan bagaimana kes penjualan bayi di Malaysia berlaku, lebih sadis apabila ia melibatkan rangkaian profesional yang dipercayai ramai seperti doktor dan pengawai kerajaan.

Baby For Sale

Berita kes penjualan bayi ini sangat mengejutkan, lebih-lebih lagi ia melibatkan kakitangan penjawat awam di Malaysia.

Hasil siasatan lebih dari 4 bulan ini mendapati, betapa mudahnya membeli bayi di Malaysia. Ia semudah seperti anda membeli barangan di atas talian dimana pengedar akan menawarkan pelangan katalog mengandungi gambar wanita hamil untuk pilihan.

Dikatakan, bayi lelaki yang berkulit cerah lebih mahal. Selain jantina dan warna kulit, kebanyakan bakal ibu bapa turut mengambil kira faktor etnik dan berat badan bayi dalam menentukan harga.

Harga seorang bayi boleh mencecah AS$1,500 (RM6,600) hingga AS$2,500 (RM11,000).

Melalui hasil penyamaran dari program dokumentari eksklusif ‘101 East’ ini mendapati:
  • Bayi diperdagangkan seperti komoditi di Malaysia.
  • Harga ditentukan oleh bangsa, warna kulit, jantina dan berat.
  • Doktor dan pegawai kerajaan korup memalsukan dokumen kelahiran.
  • Pengkritik menyalahkan penguatkuasaan undang-undang rumit di Malaysia atas kewujudan pasaran bawah tanah yang menyasarkan pasangan tidak boleh mempunyai anak sendiri.

Wartawan 101 East Chan Tau Chou mengatakan, Pengambilan anak angkat secara sah boleh mengambil masa bertahun-tahun di Malaysia dan ia adalah proses rumit.

“Itu sebabnya ramai beralih kepada pengedar untuk membeli bayi. Dan kemudian mereka membayar doktor dan pegawai kerajaan untuk memalsukan dokumen kelahiran supaya tiada siapa tahu bayi itu bukan milik mereka.” kata Chan.

Pasukan Al Jazeera yang menyamar sebagai pembeli bayi berpotensi mendapati pengedar di Malaysia yang mengiklankan bayi dalam talian, mempunyai 78 wanita hamil Indonesia.

Pasukan 101 East turut menyamar untuk mengumpul bukti video doktor secara terbuka menawarkan bantuan memalsukan dokumen kelahiran bayi yang dibeli itu, dengan dibantu pegawai berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara.

Baby For Sale

Sindiket menjual bayi itu turut menarik banyak minat pekerja seks yang memutuskan tidak mahu menggugurkan bayi mereka apabila hamil.

Ramai bayi baru lahir akhirnya mendapat ibu bapa baik, pasangan yang sudah lama inginkan anak dan sanggup melanggar undang-undang deminya.

Bagaimanapun, mungkin ada bayi lain yang “dibeli” dan dipersiapkan untuk sindiket pedofil atau pengemis mengeksploitasi mereka.

Dokumentari berjudul ‘Malaysia: Baby For Sale’ ini telah ditayangkan dirangkaian TV antarabangsa, manakala siaran ulangan telah ditayangkan pada hari Isnin jam 12.30 tengah hari dan 1.30 tengahari 28 November 2016 yang lalu.

Diharapkan pihak berkuasa di Malaysia mengambil kes ini dengan serius terutama apabila ia melibatkan kakitangan kerajaan dan memberikan imej yang buruk di mata dunia.

Ayuh rakyat Malaysia, mari kita bersama membantu hentikan pemerdagangan manusia.

BACA INI JUGA: Pelacuran, Alasan PDRM Atau ‘Duit Lendir’ Wujud?

Sumber: Thevocket

Halima Aden, Remaja Bertudung Peserta Pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota

Halima Aden, Remaja Bertudung Peserta Pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota

Halima Aden, remaja Muslim berusia 19 tahun dari St. Cloud, Minnesota, Amerika Syarikat (AS) menjadi gadis berhijab pertama menyertai pertandingan ratu cantik Miss Minnesota.

Halima Aden

Halima Aden, seperti semua peserta lain terpaksa mengharungi beberapa cabaran dalam pertandingan tersebut antaranya mengenakan pakaian mandi.

Menerusi acara berkenaan, Halima diberi kelonggaran apabila mengenakan burkini iaitu pakaian mandi khusus untuk golongan Muslimah.

Halima antara peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir pertandingan pencarian ratu cantik tersebut dan mahu menggunakan platform berkenaan untuk merubah persepsi serong terhadap imej Islam.

Halima Aden

Menerusi satu wawancara di stesen tempatan WCCO-TV, Halima berkata, “Sebelum ini saya menganggap ia sesuatu yang negatif untuk berbeza daripada orang lain.

“Tetapi semakin saya dewasa, saya menyedari kita semua ada keunikan tersendiri yang membuatkan kita menyerlah.

“Tidak sesiapapun sepatutnya tenggelam. Bayangkan betapa membosankan dunia ini jika semua orang sama?”

Halima Aden

Difahamkan keluarganya merupakan pelarian Somalia yang tiba di AS ketika dia berusia tujuh tahun.

Malah penglibatannya dalam pertandingan tersebut mendapat sokongan padu daripada ibunya, Rukia Aden.

“Ini memang sesuatu yang baru bagi saya. Saya amat gembira kami hidup di AS dengan rakyatnya bebas dan boleh memakai apa saja dikehendaki mereka,” katanya.

Halima Aden

Pencarian ratu cantik itu dimenangi oleh Meridith Gould dari Minneapolis yang akan mewakili negeri itu ke pertandingan Miss USA, tahun depan.

BACA INI JUGA: Noor Tagouri, Wanita Berhijab Pertama Tampil Dalam Majalah Playboy!

Sumber: Mynewshub

TMJ Dedah ‘Rahsia Kotor’ Sebenar Bola Sepak Malaysia!

TMJ Dedah ‘Rahsia Kotor’ Sebenar Bola Sepak Malaysia!

“Penyokong pasti tidak tahu bagaimana pegawai-pegawai dan para pemain kelab memanipulasikan wang kelab,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ

Menurutnya, selama empat tahun berada dalam industri bola sepak, beliau bersyukur kerana berjaya belajar dengan cepat berbanding orang lain dalam arena itu.

“Persoalannya ialah adakah mereka peduli atau tidak? Ia bukan wang mereka, ia adalah wang kerajaan,” katanya seperti dipetik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail berkata, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak mempunyai pilihan, tetapi perlu mengambil tahu.

“Kerana kami bertanggungjawab ke atas setiap wang kelab kami yang diberikan oleh penaja dan penyokong.

“Membelanjakan wang kelab tanpa keperluan dianggap sebagai kegagalan, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima,” katanya.

Pemilik Kelab Bolasepak JDT itu berkata, hanya terdapat dua jenis pemain import yang bermain di Malaysia.

Katanya, pertama adalah pemain yang dibayar dengan harga yang tinggi.

Manakala, kedua adalah pemain yang tidak boleh mendapatkan pekerjaan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi di Eropah atau Asia.

“Saya pernah bertanya soalan ini kepada Pablo Aimar, mengapakah kos lebih mahal untuk membawa pemain ke Asia Tenggara?

"Beliau menjawab, kerana apabila kita memasuki Asia Tenggara, kita sudah berada di luar radar dunia bola sepak.

“Itulah masanya saya mula mempelajari lebih lanjut tentang industri bola sepak. Itulah sebabnya juga apabila JDT menandatangani pemain-pemain yang mahal, ia berserta dengan harga yang akan membolehkan kami untuk menjual mereka kembali ke Eropah atau negara-negara lain,” katanya.

Wang bukan segalanya, itu mengarut!

Mengulas mengenai laman Facebook yang memaparkan posting berkaitan seorang pemain yang berkhidmat di utara tanah air mengatakan bola sepak bukanlah mengenai wang, Tunku Mahkota Johor memberitahu pemain itu adalah individu yang secara peribadi memberitahu sedang menunggu panggilan daripadanya di Larkin.

“Pemain yang sama adalah orang yang secara peribadi memberitahu saya di Larkin selepas perlawanan itu, ‘Saya menunggu panggilan anda’.

“Pemain yang sama juga meminta Bojan Hodak menyampaikan mesejnya kepada saya bahawa JDT adalah satu-satunya kelab di Malaysia yang dia mahu bermain atau sekiranya tidak berjaya, beliau akan pergi ke Eropah,” katanya.

Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) itu turut menjelaskan dua fakta pemain terbabit menandatangani kontrak di negara ini.

“Yang pertama kerana JDT mempunyai perancangan yang lain, dan kedua ialah dia tidak berjaya mendapatkan pekerjaan atau tidak cukup baik untuk bermain di Eropah.

“Walau apa pun, saya ucapkan maju jaya kepadanya.

“Oleh itu, apabila laman tersebut menulis perkara seperti wang bukanlah segalanya adalah mengarut. Dalam perniagaan bola sepak, wang adalah segala-galanya,” katanya.

Sebab di sebalik kekerapan tukar pemain

Selain itu, Tunku Ismail turut memberitahu mengapa kelab di Malaysia sering menukar pemain import dan perbelanjaan menjadi lebih berganda daripada yang sepatutnya.

“Jawapannya mudah, ini kerana beberapa jurulatih sengaja menukar pemain supaya mereka boleh berkongsi wang dengan ejen dan mendapat manfaat daripada wang kelab.

“Ini biasanya berlaku apabila kelab-kelab dikendalikan oleh orang yang tidak tahu tentang perniagaan bola sepak,” katanya.

TMJ akui JDT juga pernah menjadi mangsa (dikendali orang yang tidak tahu tentang perniagaan bola sepak) pada satu ketika dahulu.

“Sekarang tidak lagi kerana saya belajar dan memantau segala-galanya. Wang kelab adalah daripada penaja dan penyokong kami dan ia perlu sentiasa dilindungi.

“Melainkan jika anda menghabiskan wang rakyat daripada sumber kerajaan, menjual gelaran seperti beberapa pesaing kami, jadi jika begitu ia tidak akan menjadi masalah,” katanya.

Tunku Ismail berkata, JDT menjalankan perniagaan untuk mengekalkan kelab, manakala pihak lain menggunakan kelab untuk membuat wang bagi diri sendiri.

“Itulah perbezaan antara kami dan mereka. Kami menjalankan perniagaan untuk mengekalkan kelab. Mereka menggunakan kelab untuk membuat wang untuk diri mereka sendiri.

“Bukan sahaja melibatkan bola sepak, tetapi pegawai kerajaan juga perlu menjaga duit rakyat dan bukan untuk kepentingan peribadi.

“Ke bawah Duli Tuanku dan saya sentiasa memantau perbelanjaan kerajaan negeri supaya duit rakyat sentiasa dijaga,” katanya.

BACA INI JUGA: 8 Sindiran Pedas TMJ, #No2 Nak Beli Perdana Menteri!

Sumber: SH

Wednesday, November 30, 2016

Fenomena Selfie Satu Jari, Aksi Merakam Selfie Tanpa Pakaian Depan Cermin

Fenomena Selfie Satu Jari, Aksi Merakam Selfie Tanpa Pakaian Depan Cermin

Trend mengarut terbaharu apakah ini? Sekumpulan lelaki dan wanita cuba mencipta trend terbaru di media sosial dengan mewujudkan Cabaran Selfie Satu Jari, iaitu merakamkan selfie sambil berbogel di depan cermin, dengan syarat satu jari perlu menutup bahagian sulit mereka.

Selfie Satu Jari
Gambar hiasan.

Malangnya, peserta cabaran berkenaan berisiko menunjukkan lebih daripada apa yang mereka rakamkan, dengan mendedahkan seluruh badan mereka yang bogel itu.

Salah seorang peserta yang mengambil bahagian ialah Aimee Davison yang menyatakan cabaran itu bermula hasil lukisan pelukis anime Jepun, Sky-freedom.

Dalam ilustrasi pelukis itu, watak anime berkenaan digambarkan merakamkan selfie dalam keadaan bogel, dengan hanya satu jari sahaja menutup alat sulitnya.

Pada mulanya Aimee teragak-agak untuk mencuba cabaran berkenaan tetapi dia kemudiannya mencuba selfie itu, tetapi masih memakai seluar.

Dia hanya menggunakan jari untuk menutup payu daranya.

“Saya jadi keliru bagaimana nak tutup payu dara dan alat sulit pada satu masa dengan menggunakan satu jari sahaja,’’ soal Aimee.

Kalau nak tengok gambar Selfie Satu Jari, sila google sendiri. Sebab gambar tu mengarut, kah kah..

BACA INI JUGA: Padah Selfie Berahi, Polis Wanita Dipecat!

Sumber: Mynewshub

Rahsia Kenapa Bank Kekurangan Wang Tunai Dan Bagaimana Wang 'Atas Angin' Dicipta!

Rahsia Kenapa Bank Kekurangan Wang Tunai Dan Bagaimana Wang 'Atas Angin' Dicipta!

Fractional Reserve System (FRS) merupakan satu sistem dimana kebanyakan sistem perbankan di seluruh dunia mencipta duit.

Wang riba

Wang yang kita miliki hari ini tidak lagi disandarkan dengan 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 (Bretton Woods), tetapi duit kita hari ini, sama ada duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi.

Ia dipanggil duit fiat - wang yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu.

Semakin banyak duit dicetak, semakin jatuh nilai duit tersebut dan semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi.

Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang serta perkhidmatan dan ini menyebabkan kita semakin miskin dan miskin. Faham?

Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan apa yang akan diterangkan ini tidak diajar disekolah mahupun universiti. Anda akan belajar sesuatu yang besar hari ini. Insyaa-Allah, ilmu ini akan dapat membantu anda.

FRS

SEBAGAI CONTOH: Anda bayangkan di Malaysia ada satu bank sahaja, untuk memudahkan penyampaian cerita dan bank tersebut kita gambarkan seperti diatas. Ikut turutan nombor yang disediakan;

(1) - Carl ada RM1,000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun tertulis deposit RM1,000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi, bank akan memberi pinjaman kepada pelanggan lain.

(2), (3) & (4) - Belle membuat pinjaman peribadi dari bank sebanyak RM900. Wang yang Belle pinjam itu bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan di dalam buku akaun Belle tertulis, Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi pinjaman kepada pelanggan lain.

(5), (6) & (7) - Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak meneruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

(9) - Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (reserve bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1,000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank.

Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3,439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729).

Bank berjaya membuat duit dari RM1,000 menjadi RM3,439 secara digital tanpa anda sedar. Beginilah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.

(10). Itu kalau pinjaman sampai kepada Steve sahaja. Kalau kita teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat deposit sebanyak RM1,000 menjadi RM9,999. Dan lebih dahsyat lagi, RM1,000,000,000 menjadi RM9,999,999,000! Bayangkan kemungkinan jumlah wang yang jauh lebih banyak. Gila!

Disebabkan inilah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal.

Sistem yang terbina atas dasar 'riba' ini merupakan satu sistem yang amat berbahaya sekali dan jauh lebih kejam jikalau anda sendiri yang menyokong sistem ini.

Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah.

Jika semua rakyat Malaysia mengeluarkan wang dari bank-bank di Malaysia, mungkin hanya 10% sahaja orang yang akan mendapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya mencipta duit secara maya melalui digit-digit dalam buku akaun.

Kalau nak menyimpan duit, tukarkan duit tersebut dengan membeli komoditi seperti emas kerana komoditi ini tidak akan hilang nilainya.

Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi pula harga komoditi. Jadilah bijak dan percaya kepada Allah.

Sebarkan. Moga Allah merahmati perjuangan kita menentang riba. ALLAH ALWAYS NO 1.

BACA INI JUGA: Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi

Sumber: FB

Rizab Malaysia Susut AS$97 Bilion Dari AS$170 Bilion!

Rizab Malaysia Susut AS$97 Bilion Dari AS$170 Bilion!

Malaysia tidak mempunyai pilihan selain perlu menghadapi keadaan turun naik ringgit sekarang di samping menumpukan untuk meningkatkan asas-asas ekonomi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.

Rizab Malaysia Jatuh

Beliau berkata, walaupun Malaysia sebelum ini menambat mata wangnya semasa krisis ekonomi 1997, langkah yang diambil oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, itu tidak praktikal dilakukan sekarang dalam keadaan ekonomi global terbuka kerana negara akan kehilangan pertumbuhan ekonominya.

Menurutnya, kerajaan tidak akan menambat mata wang tempatan atau mengenakan kawalan modal meskipun keadaan turun naik sekarang dan sudah tentunya tidak akan menaikkan kadar faedah bagi menarik pelaburan asing.

“Tambatan bukan satu pilihan dalam ekonomi terbuka hari ini kerana dunia kini menjadi semakin terbuka.

Malah China, negara yang menutup ekonominya 20 hingga 30 tahun lepas kini telah membukakannya kepada dunia.

“Jika kita mahu menjadi sebuah negara maju kita tidak boleh menambat mata wang kita, kita tidak boleh mengenakan kawalan modal kerana jika kita melakukannya sekarang kita akan ketinggalan jauh dan tidak ada orang yang akan melabur di sini,” katanya dalam ucapan beliau semasa program Women Power Talk, Effective Networking the Way Forward, di Kuala Lumpur.

Johari berkata, menaikkan kadar faedah untuk menarik pelabur asing juga bukan satu pilihan kerana kerana langkah itu akan meningkatkan hutang isi rumah di negara ini.

“(Jika kita menaikkan kadar faedah) rakyat akan terjejas kerana bayaran ansuran akan meningkat, jadi kita tidak ada sebarang pilihan kecuali terpaksa melalui peralihan ini,” katanya.

Menjelas lebih lanjut, beliau berkata sebab utama yang membawa kepada penurunan nilai ringgit adalah pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata semasa kempen pilihan raya presidennya, Trump banyak mengeluarkan kenyataan politik retorik dan berjanji untuk menumpukan kepada ekonomi didorong domestik.

“Jadi, untuk berbuat demikian (ekonomi dipacu domestik) mereka perlukan wang, mereka perlukan tunai, mereka perlukan dana.

"Selama ini, pelabur Amerika melabur di luar negeri dan dianggarkan kira-kira AS$2 hingga AS$3 trilion daripada pelaburan mereka berada di negara-negara ASEAN.

“Untuk membawa balik wang ini, mereka akan menaikkan kadar faedah di AS, dan apabila ini berlaku, kadar faedah kita akan menjadi tidak begitu menarik,” kata Johari.

Katanya, penurunan ringgit diburukkan lagi dengan aktiviti spekulatif dalam pasaran luar pesisir.

“Kini ringgit berada di bawah tekanan, menyebabkan penurunan nilainya dan itulah sebabnya mengapa rizab kita turun daripada AS$170 bilion kepada AS$97 bilion sekarang kerana ramai pelabur menarik diri,” katanya.

BACA INI JUGA: RM14 Bilion Wang 1MDB 'Ditipu' Syarikat Palsu!

Sumber: BH