Friday, April 10, 2026

SBDJ Siri 267: Kubur Mahaguru Ghaib

SBDJ Siri 267: Kubur Mahaguru Ghaib

"Silakan," keras suara datuk.

"Dua hari, sebelum mati dipanah petir. Dia melantik saya menjadi panglima, menjaga keselamatan Imam Shafie,” lelaki menggelar dirinya panglima itu menyambung cerita yang terputus. Datuk tidak memberi sebarang komen.

SBDJ Siri 267 Kubur Mahaguru Ghaib

"Di mana kubur mahaguru?" Soal Datuk.

"Dalam hutan, sekarang dah ghaib."

"Ghaib," datuk terkejut.

"Iya," jawab kedua-dua lelaki itu serentak.

Buat beberapa ketika datuk termenung panjang. Seolah-olah putus asa. Malah bersedia melepaskan kedua-duanya pergi.

Bila datuk merenung ke arah Pak Habib ternyata Pak Habib memberikan lampu hijau agar melayani kedua-duanya hingga rahsia diperolehi. Sama ada mahu atau tidak, datuk terpaksa akur dengan permintaan kawan baiknya, Pak Habib.

"Setiap tahun kami memperingati kematian mahaguru di kawasan itu di mana kami percaya kuburnya ghaib. Kami sembelih kerbau atau lembu, kalau binatang itu tidak ada, kami sembelih tujuh ekor kambing jantan," penuh semangat si panglima bercerita.

"Lagi apa yang kamu buat di situ," risik datuk.

"Darah dan tulang binatang yang disembelih dibiarkan di situ. Dagingnya diberikan pada para pengikut mahaguru atau diberikan kepada orang-orang kampung."

"Bagaimana kalau ada anak murid yang tak mahu mengikut pesannya?"

DIMAKAN SUMPAH

"Dimakan sumpah mahaguru, mati dalam keadaan yang mengerikan, biasanya mati patah leher diterkam harimau, disambar buaya atau mati dalam kemalangan, ditimpa pokok dan sebagainya."

"Apa kebaikan yang pengikutnya dapat?" datang lagi pertanyaan dari datuk.

Si panglima terdiam, dia seperti bosan atau kepenatan untuk meneruskan cerita tentang mahaguru yang hilang. Tetapi kawan di sebelah bersedia mengambil alih tugsanya.

"Mahaguru sebenarnya tak mati, kalau perlu bantuan atau pertolongan seru namanya, dia akan datang dalam macam-macam bentuk dan rupa."

"Biasanya dalam bentuk macam mana?" tekan datuk.

"Selalunya harimau."

Datuk menggelengkan kepala sambil mengucap panjang. Dua tiga kali hujung dagu diraba dan dipicit berkali-kali.

Semakin maju dunia berkembang, semakin mundur cara bangsaku berfikir terutama dalam hal-hal agama, mereka makin sempit dan mahu kembali ke zaman animisma, fikir datuk sendirian.

"Semasa merebut Imam Shafie dari kumpulan tuan, mahaguru banyak kali datang membantu. Harimau yang tuan tewaskan tu jelmaan mahaguru, bila harimau dengan sendirinya tuan guru mati kali kedua, betul-betul mati," nada suara lelaki di sebelah panglima bernada kecewa.

Pak Habib minta Shafie dan kedua orang tuanya yang kelihatan resah supaya bertenang dan bersabar.

Bila urusan datuk dengan kedua-dua manusia itu selesai, perjalanan tetap diteruskan. Permintaan Pak Habib diterima oleh insan tiga beranak.

JEMU

Sebenarnya, saya dan Tajuddin sudah jemu menanti. Kami mahu urusan datuk dengan kedua-dua manusia segera selesai. Tidak sabar kami mahu mendengar kesimpulan yang datuk buat terhadap mereka. Apakah mereka harus dihukum atau dilepaskan begitu sahaja.

"Sekarang kamu kata mahaguru sudah mati, apakah selepas ini kamu mahu meneruskan perjuangan mahaguru kamu?" tanya datuk.

Kedua-dua lelaki itu, serentak gelengkan kepala.

"Kenapa?"

"Kejadian yang berlaku tadi, membuka mata hati kami ke jalan yang betul dan benar. Selama ini kami dalam pencarian dan menemui jalan sesat. Sekarang kami sudah nampak jalan terang," spontan panglima bersuara.

"Maksud kamu?"

"Kami mahu balik ke pangkal jalan dan bertaubat."

"Syukurlah."

Kedua-dua lelaki itu sering berpandangan. Datuk menarik nafas dalam-dalam. Wajahnya, ditadahkan ke langit seketika.

Pada saat itu terdengar batuk kecil dari ayah Shafie. Datuk segera menoleh ke arahnya. Suasana sekitar terasa aman, tidak membimbangkan.

Saat bayu mengusik dedaun di reranting, datuk menundukkan muka ke bumi. Dia masih menahan rasa terharu dengan perubahan sikap dua lelaki itu. Tanpa disedari, Pak Habib sudah berdiri di sisinya.

"Tahniah."

Pak Habib hulurkan tangan. Datuk angkat muka, pandangan bertembung. Mereka berpelukan erat. Angin bertiup menyentuh dua tubuh.

Dua lelaki pengikut setia Shafie terpesona dengan kejadian di depan mata. Mereka seperti enggan angkat kaki, meninggalkan tempat di mana mereka berdiri.

Si panglima melangkah setapak demi setapak mendekati datuk dan Pak Habib. Tidak lama berselang, kawannya pula melangkah setapak demi setapak.

Si panglima berdiri di depan datuk, bertentang muka. Kawannya berdiri di depan. Pak Habib bertentang wajah. Perbuatan kedua-dua lelaki menimbulkan tanda tanya di dalam hati Pak Habib dan datuk.

Sebagai persedian datuk segera mengendurkan kedudukan sepasang kakinay. Lebih tepat disebut sebagai mengatur kedudukan mempertahankan diri.

Kedudukan Pak Habib tidak berubah. Dia menerima kedatangan tetamu itu dalam keadaan bersahaja.

TANGAN

Tanpa berkata apa-apa, si panglima hulurkan tangan pada datuk. Sementara kawannya pula hulurkan tangan pada Pak Habib.

Sungguh mengejutkan, telapak tangan yang erat dan kejap dalam genggaman datuk dan Pak Habib segera direntap dengan kasar.

Seperti tadi juga, tanpa sepatah perkataan, mereka segera bertukar tempat berdiri. Si panglima berdiri di depan Pak Habib dan kawannya berdiri di depan datuk.

Mereka melakukan perkara yang sama berjabat salam sambil menggoncang tangan.

Kedua-dua tersenyum dan sekaligus membongkok, bersedia mahu mencium tangan Pak Habib dan datuk. Mereka terkejut dan cemas bila Pak Habib dan datuk serentak menarik tangan masing-masing.

"Maafkan kami, memang kami tak suka orang mencium tangan kami," kata datuk dengan tenang.

Pak Habib anggukkan kepala, setuju dengan apa yang datuk ungkapkan.

"Tak apa, kami yang sepatutnya minta maaf, bukannya tuan berdua," si panglima nampak tenang.

"Kenapa pula begitu?" Tanya datuk.

"Sebabnya kami banyak menyusahkan tuan berdua. Tapi, kerana kehebatan tuan berdua, mata hati kami terbuka. Menyedarkan kami, apa yang kami lalui selama ini salah," sinar mata si panglima sayu menatap wajah Pak Habib, menghantar rasa kesal berpanjangan.

Datuk dan Pak Habib berpanjangan, tiada sebarang kata-kata yang Pak Habib dan datuk luahkan untuk mereka.

Dalam hati masih ada keraguan dan kesangsian yang pengikut Shafie akan melaksanakan ikrar yang diluahkan. Maklumlah, orang jahat sukar untuk menjadi baik. Itu yang datuk fikirkan.

"Kami pergi dulu," kawan si panglima bersuara.

"Ke mana?" Tanya Pak Habib.

"Balik ke pangkuan keluarga untuk bertaubat, mahu minta pada orang yang kami lukakan perasaannya," jawab si panglima.

Ketika Pak Habib mahu membuka mulut untuk memberi kata perangsang bersama doa restu, kedua-dua lelaki itu membelakanginya dan terus melangkah pergi.

Ternyata Pak Habib merasa amat kecewa dengan sikap kedua-dua lelaki tersebut.

Tetapi sepasang anak matanya terus menyorot langkah kedua-dua lelaki itu hingga hilang di sebalik rimbunan pepohon yang tegak berdiri di tepi sempadan antara tanah sawah dengan kawasan perkampungan.

Bila kedua-dua lelaki itu berada di bawah pokok besar yang rendang, mereka menoleh ke arah datuk dan Pak Habib sambil melambai-lambaikan tangan.

Lambaian itu segera dibalas oleh datuk Pak Habib. Beberapa saat kemudian, kedua-dua lelaki itu hilang dari pandangan.

"Mudah-mudahan Allah akan memperkenankan cita-cita mereka," datuk memujuk Pak Habib.

"Memang itu yang diharapkan, semoga taubat dan amalan mereka diterima oleh Allah," balas Pak Habib sambil mengalihkan pandangan dari merenung pokok besar ke arah muka datuk.

"Mari," tambahnya.

Tangan datuk segera ditarik ke arah orang tua Shafie. Datuk tidak membantah, mengikut saja. Mereka melangkah bersaingan.

Beberapa helai daun kering yang gugur hampir saja mahu jatuh kepala datuk dan Pak Habib.

LAMA

"Boleh kita teruskan perjalanan, sudah lama sangat kita berhenti di sini?" Ayah Shafie menyuarakan kebimbangan pada Pak Habib.

Datuk terus tersenyum tanpa memberikan sebarang komentar.

Wajah ibu Shafie bermandikan peluh. Shafie terus menggeliat, menghilangkan rasa lenguh di sendi. Maklumlah terlalu lama menunggu, dari duduk terus berdiri. Melangkah setapak mendekati datuk.

"Dah selesai."

Datuk tentang biji mata Shafie seketika.

"Bagaimana,semuanya dah selesai?" Ulang Shafie serius.

Datuk masih lagi menentang biji matanya. Shafie menyedut nafas dalam-dalam. Ada rasa hampa dalam dada kerana datuk tidak menjawab pertanyaan yang diajukan.

"Semuanya dah selesai?" Ulang Shafie untuk kali ketiga.

"Selesai."

Datuk segera merenung ke kiri dan kanan sekitar. Ayah dan ibu Shafie merenung ke langit. Melihat awan nipis yang berarak. Melihat sekawan pipit tuli terbang rendah menuju sempadan kampung.

"Kita bergerak sekarang," secara mengejut datuk memberi arahan.

Shafie dan kedua orang tuanya agak terkejut. Pak Habib nampak tenang dan bersahaja, seolah-olah dia tahu perkara itu akan berlaku. Semua yang berada di situ (termasuk saya) segera membentuk satu barisan.

Seperti dalam perjalanan awal tadi, tanpa disuruh Shafie mengambil tempat di tengah-tengah barisan. Saya dan Tajuddin kembali pada tugas asal, mengawal Shafie sepanjang perjalanan ke rumahnya.

Kalau dia melakukan sesuatu yang boleh membahayakan dirinya dan orang lain, saya dan Tajuddin wajib bertindak dalam apa cara sekalipun.

Selesai saja Pak Habib membaca doa pendek, dia merenung ke arah kami memastikan jumlah kami tidak berkurangan atau berlebihan.

Datuk pula mengelilingi barisan dari depan hingga ke belakang. Keadaan sekitarm kiri kanan barisan juga diawasi.

Datuk mahu kami semua berada dalam keadaan selamat. Bebas dari sebarang gangguan semasa dalam perjalanan kelak.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 267/284

BACA: SBDJ Siri 266: Guru Jadi Harimau
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, April 08, 2026

Iran Isytihar Kemenangan: Gencatan Senjata Trump Jadi Titik Perubahan Kuasa Global?

Iran Isytihar Kemenangan: Gencatan Senjata Trump Jadi Titik Perubahan Kuasa Global?

Konflik geopolitik antara Iran dan Amerika Syarikat sekali lagi mencetuskan perhatian dunia apabila satu perkembangan mengejutkan berlaku, pengumuman gencatan senjata selama dua minggu yang dipersetujui oleh Donald Trump.

Iran Isytihar Kemenangan

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah naratif yang muncul selepas itu: Iran secara terbuka mengisytiharkan kemenangan!

Kali ini kami akan mengupas secara mendalam bagaimana situasi ini berlaku, apakah implikasinya terhadap politik global dan mengapa ramai penganalisis melihatnya sebagai satu perubahan besar dalam imbangan kuasa dunia.

Ketegangan Yang Memuncak

Hubungan antara Iran dan Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang baru dipenuhi konflik. Sejak beberapa dekad lalu, kedua-dua negara ini terlibat dalam pelbagai pertikaian—terutamanya berkaitan program nuklear Iran, sekatan ekonomi, dan kawalan laluan strategik seperti Selat Hormuz.

Selat Hormuz merupakan salah satu laluan perdagangan minyak paling penting di dunia. Hampir satu perlima daripada bekalan minyak global melalui kawasan ini. Justeru, siapa yang menguasai laluan ini mempunyai pengaruh besar terhadap ekonomi global.

Ketegangan semakin memuncak apabila retorik agresif mula digunakan oleh kedua-dua pihak. Kenyataan keras daripada Trump, termasuk ancaman terhadap “kehancuran tamadun,” menambahkan lagi ketidakstabilan situasi.

Gencatan Senjata 2 Minggu: Keputusan Yang Mengejutkan

Pengumuman gencatan senjata selama dua minggu sepatutnya menjadi berita baik kepada dunia. Namun, apa yang mencetuskan kontroversi adalah asas kepada perjanjian tersebut.

Menurut kenyataan rasmi Iran, Amerika Syarikat telah menerima rangka kerja 10 perkara yang dikemukakan sendiri oleh Iran.

Berikut adalah ringkasan paling tepat dan terkini tentang "10 pelan dari Tehran" yang menjadi asas kepada gencatan senjata sementara antara Iran dan Amerika Syarikat (2026).

10 Pelan Tehran (Asas Rundingan Gencatan Senjata)

Menurut laporan terkini, Iran menghantar pelan ini melalui perantara (Pakistan) dan ia dianggap oleh pihak AS sebagai "asas boleh dirunding" — bukan diterima sepenuhnya.

Inti utama pelan tersebut:

1. Tamatkan semua sekatan ekonomi

Iran menuntut semua sekatan AS (primary & secondary) ditarik balik.

2. Bebaskan aset Iran

Wang dan aset Iran yang dibekukan di luar negara perlu dipulangkan.

3. Hentikan semua serangan

AS dan sekutunya mesti hentikan serangan ke atas Iran dan sekutu Iran.

4. Pengunduran tentera AS

AS perlu keluar dari Asia Barat/Timur Tengah.

5. Resolusi Majlis Keselamatan PBB

Perjanjian mesti dijadikan mengikat secara undang-undang antarabangsa.

6. Kawalan Selat Hormuz

Iran mahu terus mengawal Selat Hormuz. Laluan dibuka tetapi di bawah pengawasan Iran.

7. Bayaran laluan kapal

Kapal yang melalui Selat Hormuz dikenakan bayaran (dilapor sehingga USD2 juta).

8. Pengiktirafan program nuklear

Dalam versi asal (Farsi), Iran mahu hak pengayaan uranium diiktiraf.

9. Jaminan keselamatan

Tiada lagi ancaman atau campur tangan terhadap Iran pada masa depan.

10. Rundingan berterusan

Semua perkara perlu diselesaikan melalui rundingan diplomatik berperingkat.

Perkara Penting (Realiti Sebenar)

Walaupun pelan ini membawa kepada gencatan senjata sementara, AS tidak menerima semua syarat. Banyak tuntutan dianggap terlalu berat. Ia hanya menjadi asas rundingan, bukan perjanjian muktamad.

Kesimpulan Jujur

"10 pelan Tehran" sebenarnya bukan tanda Iran mengalah, tetapi strategi tawar-menawar geopolitik.

Gencatan senjata berlaku kerana tekanan politik dalaman AS, risiko perang lebih besar dan kepentingan global (terutama minyak & Selat Hormuz).

IRAN ISYTIHAR "KEMENANGAN BESAR"

Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran secara terbuka menyifatkan situasi ini sebagai satu "kekalahan besar" bagi Amerika Syarikat.

Kementerian Luar Iran turut mengesahkan bahawa sepanjang tempoh gencatan senjata, laluan selamat di Selat Hormuz akan diselaras di bawah kawalan Iran.

Naratif ini jelas, Iran bukan sahaja berjaya mempertahankan kedudukannya, malah berjaya memaksa Amerika untuk berunding mengikut syaratnya.

Adakah Ini Tanda Amerika Mengalah?

Di pihak Amerika Syarikat, kenyataan rasmi lebih berhati-hati, namun berdasarkan tindakan dan persetujuan yang dibuat, ramai pemerhati melihat bahawa Trump telah mengubah pendirian secara drastik.

Daripada retorik keras kepada penerimaan cadangan Iran dalam tempoh singkat menimbulkan persoalan besar, adakah ini strategi diplomatik? Atau tanda tekanan dalaman terhadap pentadbiran Trump? Atau benar-benar satu bentuk "pengunduran taktikal"?

Apa yang jelas, langkah ini memberi kelebihan naratif kepada Iran di pentas global.

KEPENTINGAN SELAT HORMUZ DALAM RUNDINGAN

Penguasaan Selat Hormuz adalah kunci utama dalam konflik ini.

Dengan Amerika Syarikat dilihat menerima peranan Iran dalam mengawal laluan tersebut, ia memberi mesej besar kepada dunia, Iran kini mempunyai leverage ekonomi global, negara-negara pengimport minyak perlu berurusan dengan Iran dan pengaruh Amerika di rantau Teluk mungkin semakin berkurang.

Ini bukan sekadar isu ketenteraan, ia adalah soal kuasa ekonomi dan geopolitik.

IMPLIKASI GLOBAL: DUNIA TARIK NAFAS LEGA, TETAPI...

Walaupun ramai pihak menyambut baik gencatan senjata ini sebagai langkah mengelakkan peperangan besar, terdapat kebimbangan lain yang muncul.

1. Keseimbangan Kuasa Berubah

Iran kini dilihat lebih dominan di rantau Timur Tengah.

2. Kredibiliti Amerika Dipersoalkan

Sekutu Amerika mungkin mula mempersoalkan konsistensi dasar luar negara tersebut.

3. Risiko Konflik Berulang

Gencatan senjata hanyalah sementara—konflik boleh tercetus semula bila-bila masa.

Analisis: Strategi atau Penyerahan?

Perdebatan utama kini berkisar kepada satu persoalan besar, adakah ini strategi bijak atau satu bentuk penyerahan?

Sesetengah pihak melihat tindakan Trump sebagai langkah taktikal untuk mengelakkan perang besar yang boleh merugikan semua pihak.

Namun, ada juga yang melihatnya sebagai tanda kelemahan yang boleh memberi kesan jangka panjang kepada pengaruh Amerika.

Istilah sinis mula muncul dalam kalangan pemerhati—bukan lagi "TACO" (Trump Always Chickens Out), tetapi lebih kepada satu bentuk "penyerahan diplomatik."

KESIMPULAN: DUNIA DALAM FASA BAHARU?

Apa yang berlaku ini mungkin menandakan permulaan fasa baharu dalam politik global.

Iran berjaya mengubah posisi daripada negara yang dikenakan sekatan kepada pemain utama yang menentukan syarat rundingan.

Namun, persoalan besar masih belum terjawab. Adakah ini kemenangan sebenar atau sekadar persepsi? Adakah Amerika akan kembali dengan strategi baharu selepas ini? Dan yang paling penting, adakah keamanan ini akan bertahan?

Buat masa ini, dunia mungkin boleh menarik nafas lega.

Tetapi di sebalik ketenangan sementara ini, perubahan besar sedang berlaku dan kesannya mungkin akan dirasai untuk tahun-tahun akan mendatang.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Kenapa Iran Menyerang Loji Minyak Negara Arab?

Kenapa Iran Menyerang Loji Minyak Negara Arab?

Konflik di Asia Barat sentiasa menjadi perhatian dunia, namun perkembangan terkini yang melibatkan serangan Iran terhadap fasiliti minyak negara jiran telah mencetuskan kebimbangan global. Tindakan ini bukan sekadar serangan ketenteraan biasa. Ia adalah sebahagian daripada strategi geopolitik yang lebih besar, melibatkan kuasa besar dunia, ekonomi tenaga dan keseimbangan kuasa serantau.

Kenapa Iran Menyerang Loji Minyak Negara Arab

Berdasarkan laporan Mac-April 2026, Iran dilaporkan menyasarkan beberapa infrastruktur tenaga negara jirannya di Teluk sebagai tindak balas konflik serantau.

Antara fasiliti yang dilaporkan terjejas atau menjadi sasaran termasuk loji penapisan SAMREF (Arab Saudi), Lapangan Gas Al-Hosn (UAE), Kompleks Petrokimia Al-Jubail (Arab Saudi) dan Loji Gas Ras Laffan (Qatar).

Berikut adalah butiran fasiliti yang dilaporkan diserang atau disasarkan:
  • Arab Saudi: Loji Penapisan Minyak SAMREF dan Kompleks Petrokimia Al-Jubail. Loji penapisan Ras Tanura berdekatan Riyadh juga dilaporkan mengalami letupan.
  • UAE (Emiriah Arab Bersatu): Lapangan Gas Al-Hosn.
  • Qatar: Kompleks Petrokimia Mesaieed dan Loji Penapisan Gas Ras Laffan (Fasa 1 & 2).
  • Bahrain: Fasiliti tenaga dilaporkan terbakar akibat serangan dron.

Serangan-serangan ini merupakan sebahagian daripada peningkatan ketegangan di wilayah tersebut yang turut melibatkan serangan terhadap infrastruktur tenaga di Iran.

Dalam artikel ini, kita akan membongkar sebab utama kenapa Iran bertindak sedemikian, apakah motif sebenar di sebaliknya, serta kesan besar terhadap dunia—termasuk Malaysia.

Ramai masih fikir serangan Iran terhadap loji tenaga di Arab Saudi dan beberapa negara arab yang lain hanyalah konflik biasa.

Tapi realitinya jauh lebih dalam dan mungkin lebih mengejutkan daripada yang kita sangka.

Ini bukan sekadar serang Arab Saudi. Ini serangan terhadap kepentingan Amerika Syarikat.

Syarikat-syarikat Milik Amerika Syarikat

Fasiliti petrokimia di Arab Saudi, terutamanya di Bandar Perindustrian Jubail, bukan dimiliki sepenuhnya oleh pihak Saudi.

Banyak daripadanya merupakan usaha sama (joint venture), dimiliki bersama syarikat Amerika Syarikat atau melibatkan pelaburan berbilion dolar dari Barat, di mana syarikat-syarikat AS memegang pegangan ekuiti secara langsung bersama rakan kongsi dari Arab Saudi.

Maksudnya, bila loji ini diserang, yang terkesan bukan hanya Arab Saudi tetapi juga Amerika Syarikat.

Berikut adalah pecahan jelas pegangan saham utama dalam sektor petrokimia antara AS–Saudi:

Sadara Chemical Company
  • Saudi Aramco (Arab Saudi) + Dow Chemical Company (Amerika Syarikat). 
  • Pegangan saham: 65% Saudi Aramco, 35% Dow. 

Kemya (Al-Jubail Petrochemical Company)
  • SABIC (Arab Saudi) + ExxonMobil (Amerika Syarikat).
  • Pegangan saham: 50% SABIC, 50% ExxonMobil. 

Yanpet (Saudi Yanbu Petrochemical Company)
  • SABIC (Arab Saudi) + ExxonMobil (Amerika Syarikat). 
  • Pegangan saham: 50% SABIC, 50% ExxonMobil. 

Saudi Polymers Company (SPCo)
  • Saudi Industrial Investment Group (Arab Saudi) + Chevron Phillips Chemical (Amerika Syarikat). 
  • Pegangan saham: 65% Saudi, 35% Chevron Phillips. 

Kompleks Petrokimia Jubail Chevron Phillips
  • Chevron Phillips Chemical (Amerika Syarikat) + rakan kongsi Saudi. 
  • Beberapa loji dengan penyertaan ekuiti Amerika yang signifikan. 

Projek Kimia ExxonMobil di Arab Saudi
  • ExxonMobil (Amerika Syarikat) + SABIC / rakan kongsi Saudi. 
  • Pelbagai unit petrokimia dengan struktur pemilikan bersama. 

Kesemua contoh ini jelas menunjukkan bahawa syarikat-syarikat Amerika mempunyai pegangan saham secara langsung, pemilikan bersama, serta pelaburan jangka panjang dalam infrastruktur petrokimia Arab Saudi.

Konflik Yang Semakin Memuncak

Ketegangan di Asia Barat bukanlah perkara baru, namun konflik terkini menyaksikan peningkatan drastik apabila fasiliti tenaga—terutama minyak menjadi sasaran utama.

Menurut laporan, Iran memberi amaran awal bahawa ia akan mensasarkan infrastruktur minyak di rantau Asia Barat sekiranya kemudahan tenaga mereka terus diserang oleh pihak lawan.

Ini menunjukkan bahawa tindakan Iran bukan secara tiba-tiba, tetapi sebahagian daripada strategi "tindak balas" dalam konflik yang semakin meluas.

Tambahan pula, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) menyifatkan serangan terhadap fasiliti tenaga Iran oleh pihak luar sebagai pencetus kepada "perang tenaga" yang lebih besar.

1. Tindak Balas Terhadap Serangan ke Atas Iran

Sebab paling utama ialah serangan balas (retaliation).

Iran mendakwa bahawa fasiliti tenaga mereka sendiri telah diserang oleh gabungan musuh, Amerika Syarikat dan Israel.

Dalam konteks peperangan moden, serangan terhadap infrastruktur tenaga dianggap sebagai serangan strategik kerana ia melumpuhkan ekonomi negara.

Maka, Iran mengambil pendekatan, "Jika kami diserang, semua pihak akan menerima kesannya."

Ini menjelaskan kenapa negara jiran—terutamanya yang dilihat menyokong musuh Iran, turut menjadi sasaran.

2. Strategi "Perang Tenaga" (Energy Warfare)

Serangan ke atas fasiliti minyak bukan sekadar simbolik. Ia adalah strategi yang dikenali sebagai perang tenaga, kerana minyak adalah nadi ekonomi global.

Dengan menyerang loji penapisan, depot simpanan minyak dan terminal eksport, Iran mampu menggoncang seluruh sistem ekonomi dunia.

Kesan langsung adalah harga minyak melonjak mendadak, bekalan global terganggu dan inflasi meningkat di banyak negara.

Malah, harga minyak meningkat melebihi USD100 setong akibat ketegangan ini.

Ini memberikan Iran "kuasa leverage" tanpa perlu menang perang secara konvensional.

3. Tekanan Terhadap Sekutu Amerika Syarikat

Iran tidak hanya menyerang secara rawak. Sasaran utama sering melibatkan negara yang menjadi sekutu Amerika Syarikat, menempatkan pangkalan tentera Barat dan terlibat secara tidak langsung dalam konflik.

Dengan menyerang fasiliti minyak negara-negara ini, Iran menghantar mesej jelas, "Sesiapa yang membantu musuh kami akan menerima akibatnya."

Ini adalah strategi untuk melemahkan sokongan kepada AS, memecah-belahkan pakatan serantau dan menimbulkan ketakutan dikalangan negara Teluk.

4. Mengganggu Pasaran Minyak Global

Iran sedar bahawa kekuatan sebenar mereka bukan hanya pada tentera, tetapi pada kedudukan strategik dalam pasaran tenaga dunia.

Selat Hormuz, yang berhampiran Iran, mengendalikan kira-kira 20% bekalan minyak global setiap hari.

Dengan menyerang fasiliti minyak dan mengancam laluan perkapalan, Iran boleh mencetuskan panik pasaran, meningkatkan harga minyak dan memberi tekanan kepada ekonomi Barat.

Ini menjadikan minyak sebagai "senjata ekonomi".

5. Isyarat Politik dan Propaganda

Serangan ini juga mempunyai nilai psikologi dan propaganda.

Iran ingin menunjukkan bahawa mereka masih kuat walaupun diserang, mereka mampu menyerang balik dengan impak besar dan mereka bukan pihak yang lemah dalam konflik.

Dalam perang moden, persepsi sama penting dengan realiti.

Dengan menyerang fasiliti minyak, dunia melihat Iran sebagai pemain utama dan musuh melihat Iran sebagai ancaman serius.

6. Melindungi Kepentingan Nasional

Bagi Iran, sektor tenaga adalah sumber utama pendapatan negara, asas kestabilan ekonomi dan simbol kedaulatan.

Apabila sektor ini diserang, ia dianggap sebagai ancaman langsung kepada negara.

Oleh itu, Iran melihat serangan balas sebagai hak mempertahankan diri dan langkah menghalang serangan berulang.

7. Risiko Eskalasi Konflik Serantau

Namun, tindakan ini bukan tanpa risiko.

Serangan terhadap fasiliti minyak boleh mencetuskan perang lebih besar, melibatkan lebih banyak negara dan meningkatkan ketegangan global.

Parlimen Arab sendiri mengecam tindakan tersebut sebagai ancaman serius kepada kestabilan rantau dan bekalan tenaga dunia.

8. Kesan Kepada Dunia (Termasuk Malaysia)

Konflik ini memberi kesan langsung kepada seluruh dunia.

Kesan global, harga minyak meningkat, kos pengangkutan naik, inflasi global meningkat dan risiko kemelesetan ekonomi.

Kesan kepada Malaysia adalah, harga minyak berpotensi naik, kos import meningkat dan harga barang harian terkesan.

Malaysia yang bergantung kepada import tenaga tertentu juga tidak terkecuali daripada kesan ini.

9. Adakah Ini Permulaan "Perang Dunia Tenaga"?

Ramai penganalisis melihat konflik ini sebagai permulaan kepada sesuatu yang lebih besar iaitu perang tenaga global.

Ciri-cirinya adalah infrastruktur minyak menjadi sasaran utama, laluan perkapalan diganggu dan harga minyak dijadikan senjata geopolitik.

Jika berterusan, dunia mungkin menyaksikan era baru peperangan berasaskan ekonomi, bukan sekadar ketenteraan.

Kesimpulan

Serangan Iran terhadap fasiliti minyak jiran bukanlah tindakan spontan, tetapi hasil gabungan beberapa faktor.

Tindak balas terhadap serangan musuh, strategi perang tenaga, tekanan geopolitik terhadap sekutu AS, usaha mengawal pasaran minyak global dan kepentingan nasional serta propaganda.

Dalam dunia moden, minyak bukan sekadar sumber tenaga, ia adalah senjata geopolitik paling berkuasa.

Apabila ia digunakan dalam konflik, kesannya bukan hanya dirasai di Asia Barat, tetapi di seluruh dunia.

Dan jika konflik ini berterusan, persoalannya bukan lagi siapa menang perang, tetapi siapa mampu bertahan dalam krisis ekonomi global yang bakal tercetus.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Friday, April 03, 2026

Amerika Kehilangan Penghormatan Dunia!

Amerika Kehilangan Penghormatan Dunia!

Amerika Telah Kalah – Ringkas dan Mudah! Hentikan dakwaan tidak masuk akal bahawa Amerika akan melancarkan serangan darat ke atas Iran. Amerika kini tidak berada dalam kedudukan untuk berbuat demikian.

Amerika Kehilangan Penghormatan Dunia

Hakikatnya, Amerika telah tewas, jelas dan nyata. Malah, Amerika juga tidak mampu membuka semula Selat Hormuz. Donald Trump sendiri menyedari perkara ini dan mahu menamatkan perang secepat mungkin serta membawa pulang tenteranya kerana sokongan terhadapnya semakin merosot.

Amerika hanya mempunyai sekitar 17,000 tentera di medan perang dan sebahagian besar daripada mereka bukanlah pasukan tempur, sebaliknya kakitangan sokongan.

Ketika Amerika menyerang Iraq pada tahun 1991 melalui Operasi Desert Storm, mereka mengumpulkan lebih daripada 500,000 tentera gabungan, yang mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan.

Kini, adakah masuk akal untuk menyerang Iran—sebuah negara yang empat kali lebih besar daripada Iraq, dengan hanya 17,000 anggota?

Ini merupakan kekalahan ketenteraan terbesar dalam sejarah Amerika dan ia berlaku ketika mereka sedang menyambut ulang tahun ke-250 kemerdekaan dan penubuhannya sebagai sebuah negara.

Amerika Hilang Penghormatan Dunia!

Tiada apa yang lebih mematikan bagi sebuah kuasa global selain kehilangan rasa hormat dan prestij. Itulah yang sedang dihadapi oleh Amerika selepas ia memutuskan untuk menamatkan kempen ketenteraan yang membawa bencana di Iran tanpa berjaya membuka semula Selat Hormuz.

Serta-merta, kita melihat sekutu NATO seperti Sepanyol, Itali dan Perancis enggan membenarkan pangkalan serta ruang udara mereka digunakan oleh Amerika untuk menyerang Iran.

Eropah kini telah sedar sepenuhnya bahawa Amerika adalah rakan yang tidak boleh dipercayai dan tidak mampu menjamin keselamatan benua itu.

Pakar telah lama berhujah bahawa Eropah perlu mempertahankan dirinya tanpa bergantung kepada Amerika dan gabungan kekuatan NATO Eropah sebenarnya lebih daripada mencukupi untuk menandingi Rusia.

Malah, pakar sendiri tidak pasti adakah tentera Rusia yang dianggap hebat itu mampu mengatasi Poland, apatah lagi gabungan NATO.

Eropah juga mampu menyokong Ukraine dalam perang menentang Rusia selama mana pun diperlukan. Tidak seinci pun tanah Ukraine harus diserahkan kepada penceroboh.

Cukuplah dengan cadangan Amerika yang tidak masuk akal untuk menyerahkan Donetsk demi mencapai keamanan.

Bagi Asia pula, Taiwan kini perlu menilai semula keadaannya. Prestasi ketenteraan Amerika di Iran amat mengecewakan.

Sebelum ini, selepas Strategi Keselamatan Nasional Trump diterbitkan pada November 2025, ramai yakin Amerika akan membantu Taiwan jika diserang China. Namun kini, tidak lagi pasti.

Jika sebuah kuasa dunia boleh begitu sahaja berundur dari medan perang tanpa menguasai semula laluan tenaga paling penting dunia, ia jelas menunjukkan ketidakbolehpercayaan negara tersebut.

Jepun kelihatan sebagai rakan ketenteraan yang jauh lebih boleh diharapkan bagi Taiwan.

Di Timur Tengah, tidak dapat dinafikan bahawa Iran berpotensi menjadi kuasa nuklear dalam masa terdekat selepas memalukan Amerika dalam perang ini.

Bersama Turki, mereka akan menjadi kuasa serantau selepas berjaya menyingkirkan Amerika dari Timur Tengah.

Negara seperti UAE yang secara terburu-buru menyertai perang di pihak Amerika akan menanggung akibat yang besar.

Iran tidak perlu pun mengambil tindakan ketenteraan terhadap UAE, cukup sekadar memberi ancaman berterusan dan bandar seperti Dubai serta Abu Dhabi boleh menjadi bandar kosong.

Selepas pengalaman ini, adakah jutawan dan bilionair masih akan kekal di UAE apabila ancaman sebegitu wujud? Mungkin tidak.

Mereka akan terus keluar dan memindahkan kekayaan mereka ke Thailand, Singapura dan Hong Kong. UAE akan menjadi kosong dari dalam, malah mungkin tidak mampu bertahan sebagai sebuah negara.

Kesimpulan

Pengajaran daripada perang Iran ini ialah tiada negara yang boleh bergantung sepenuhnya kepada Amerika sebagai payung keselamatan.

Jika anda sebuah negara kecil di kawasan yang dikuasai kuasa besar, adalah satu kesilapan untuk memprovokasi mereka hanya kerana anda membayar wang "perlindungan" kepada Amerika.

Anda sebenarnya lebih selamat dengan hidup dalam harmoni dan aman bersama jiran-jiran.

Selepas perang ini, struktur keselamatan baharu akan muncul tanpa penglibatan Amerika.

Sudah tiba masanya dunia membiarkan Amerika menumpukan kepada Hemisfera Barat. Biarlah mereka menjadi kuasa dominan bagi negara seperti Venezuela dan Cuba.

Mungkin itulah juga yang diinginkan oleh Donald Trump dan Amerika.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Thursday, April 02, 2026

SBDJ Siri 266: Guru Jadi Harimau

SBDJ Siri 266: Guru Jadi Harimau

Perhatian ditumpukan kembali ke arah datuk. Dia maju ke depan sambil membuka bunga silat, kemudian berhenti seketika. Buka langkah silat sekali lagi dan terus berhenti, menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan nafas secara perlahan-lahan sambil duduk dalam tiga peringkat.

SBDJ Siri 266 Guru Jadi Harimau

Peringkat pertama, merendahkan badan dengan sepasang tangan di atas sepasang tempurung lutut, seperti orang melakukan rukuk (macam orang sembahyang). Peringkat kedua, bertukar macam orang bertinggung dan peringkat ketiga terus duduk bersila lalu melakukan tafakur dengan sepasang mata yang pejam.

Selesai melakukan tafakur datuk terus melompat macam ada sesuatu yang mencucuk punggungnya. Dia terus berdiri sambil sepasang tangan memeluk dada, sepasang bibir terus bergerak.

Bila bibir berhenti bergerak kelopak mata terbuka luas, datuk menerkam ke arah serumpun rumput liar. Dengan senafas, rumpun rumput liar berakar seribu direntap dari bumi.

Akar rumput yang masih dilekati tanah itu diangkat tinggi-tinggi melepasi kepalanya dan dipusingnya berkali-kali.

Kerana pergerakan tangannya cukup pantas, rumput yang dipusing atas kepalanya, kelihatan seperti putaran kipas helikopter. Tanah yang melekat di hujung akar rumput bercerai, berterbangan dan berserakan.

Sebahagian tanah yang berterbangan itu hampir saja mahu singgah di muka ayah dan ibu Shafie. Kalau mereka tidak mengelak, pasti ada tanah yang masuk ke mata.

Saya dan Shafie segera menutup mata dengan telapak tangan agar serpihan tanah tidak kena mata dan muka.

"Allahhu akbar."

Lantang sekali suara datuk, telapak tangan yang menutup mata segera dijatuhkan. Saya dan Tajuddin berpandangan penuh dengan tanda-tanya yang diiringi dengan rasa hairan.

Pak Habib tenang saja, begitu juga dengan Shafie. Cuma yang nampak cemas sedikit, ayah dan ibunya.

"Hilang," cetus saya dalam hati.

Rumpun rumput berakar seribu yang dikenali dengan nama rumput kuku kucing biang, sudah tiada ditangan datuk.

"Ahhh pelik sekali," bisik batin saya.

Helai-helai rumput kuku kucing biang melayang-layang bebas di udara. Semuanya menjunam menuju ke arah dua lelaki pengikut setia Shafie yang masih bergolek-golek atas rumput sawah terbiar.

Helai-helai rumput kuku kucing biang itu bergerak pantas bagaikan anak panah terlepas dari busarnya. Semuanya menuju ke arah dua lelaki yang sedang bergolek, berhempas pulas melawan sakit.

Bila hujung rumput yang berterbangan menikam tubuh mereka, terdengar jeritan yang kuat dan panjang, bukan lahir dari mulut dua lelaki tetapi, dari sebatang pokok yang tegak gagah di tempat sepadan.

DUDUK

Bila suara sorakan dan jeritan hilang, dua lelaki pengikut setia Shafie terus duduk. Toleh kiri, toleh kanan, renung ke langit dan renung ke bumi.

Perkara itu dilakukan berkali-kali, kemudian termenung dan termanggu-manggu macam ayam mabuk tahi.

"Eh ganjil," terpancut dari mulut saya.

"Tengok dan lihat saja, jaga mulut kamu," datuk memberi amaran.

Saya gigit bibir.

Hanya sepasang mata menyorot ke arah dua lelaki yang sedang merangkak menuju ke arah perdu pokok besar yang terpacak gagah menjadi sempadan antara kawasan sawah dengan kawasan tanah kampung.

Saya pasti benar, dari arah pokok besar itulah sebentar tadi datangnya suara orang menjerit panjang.

Sebaik saja sampai di perdu pokok besar, mereka terus duduk mencangkung. Tangan kanan masing-masing memeluk kepala lutut kanan, sementara tangan kiri dijatuhkan lurus ke tanah. Jari jemari kiri mereka mencakar tanah.

Sepasang mata mereka, merenung layu ke arah datuk dan Pak Habib, membayangkan ada sesuatu yang mereka harapkan. Dan Pak Habib yang banyak mengerti tentang bahasa gerak tubuh dan mata, segera menepuk bahu datuk.

"Mereka mengharapkan bantuan untuk kebebasan diri dari sesuatu belenggu yang menyeksakan," bisik Pak Habib.

Datuk mengangguk lemah.

"Uruskan," tambah Pak Habib.

Macam tadi juga, datuk terus mengangguk.

"Memerlukan bantuan saya?"

Datuk gelengkan kepala.

Pak habib senyum senang hati.

Datuk segera memberitahu ayah dan ibu Shafie, minta bersabar sebentar. Biar dia uruskan dua lelaki pengikut Shafie dengan sempurna.

Bila semuanya selesai, perjalanan akan diteruskan. Tiada bantahan dari pasangan suami isteri tersebut. Shafie menggerakkan sepasang kelopak matanya, merestui permintaan datuk.

Setelah membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran datuk segera menuju ke arah pokok besar dengan diiringi oleh Pak Habib.

Saya dan Tajuddin disuruh berada di tempat masing-masing untuk mengawasi gerak-geri Shafie. Manalah tahu, kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Dalam jarak beberapa kaki mendekati perdu pokok besar, terdengar suara ngauman harimau. Langkah Pak Habib dan datuk terhenti seketika.

Saya terasa seram, bulu roma terus tegak berdiri, muka Tajuddin nampak pucat. Shafie bersama kedua-dua orang tuanya nampak resah.

Sebaik saja suara ngauman berhenti, datuk dan Pak Habib terus memulakan langkah, ngauman harimau datang lagi. Tetapi, kali ini Pak Habib dan datuk mempersetankannya.

Semakin rancak bunyi ngauman harimau, semakin bersemangat mereka melangkah.

Dalam keadaan samar-samar, saya melihat ada bebayang harimau belang sebesar kerbau, tercegat di depan kedua-dua lelaki pengikut setia Shafie, bagaikan menghalang datuk dan Pak Habib, mendekati dua lelaki tersebut.

Datuk nekad untuk meneruskannya.

"Jangan sahabat, ini merbahaya," tahan Pak Habib.

"Kalau tidak ditentang, kerja kita jadi sia-sia."

"Merbahaya sahabat."

"Sesungguhnya, tiada makhluk yang boleh melawan kekuasaan dan kekuatan Allah."

"Kalau tu kata sahabat, silakan."

"Tolong saya, bila keadaan terdesak."

"InsyaAllah," itu janji Pak Habib.

JATUH

Datuk pun melangkah, tiba-tiba dia terjatuh dan terlambung ke belakang macam ada sesuatu yang menolaknya.

Bebayang harimau kelihatan mengangkat kedua-dua belah kakinya sambil membuka mulut selebar mungkin, bersedia untuk menerkam dan membaham datuk yang terlentang di tanah.

Sebelum harimau besar melompat ke arahnya, datuk menggolekkan tubuhnya ke arah kanan dan terus bangun.

Datuk tahu, harimau yang ditentangnya, bukan harimau sebenar tetapi, harimau jelmaan. Datuk mengambil inisiatif menentang cara kebatinan.

Setelah memilih tempat bertahan yang sempurna dan kukuh. Datuk berdiri tegak dengan sepasang kaki terbuka lebar. Sepasang lengan diletakkan ke dada.

Wajahnya nampak garang dengan sepasang mata bersama renungan tajam diarahkan ke arah bebayang harimau besar. Rambut yang menutup sebahagian cuping telinga nampak bergerak.

Baju dan seluar datuk juga turut bergerak seperti dirempah angin, keadaan datuk ketika itu seperti ditepi pantai, menahan angin yang datang dari laut.

Datuk tumbang, tetapi berhasil bangun kembali. Tiga kali tumbang, tiga kali bangun, setelah itu datuk kelihatan stabil. Berdiri penuh yakin.

Episod selanjutnya, menyaksikan harimau sebesar kerbau tercampak ke kiri dan ke kanan. Sukar untuk berdiri. Sepasang kaki belakangnya bagaikan patah.

Dua lelaki pengikut setia Shafie, terkaku diperdu pokok besar, bagaikan patung.

"Allahhu akbar."

Suara datuk lantang sekali. Dia melompat tinggi sambil menumbuk dan menendang angin ke arah harimau besar. Terdengar suara ngauman harimau yang lemah dan mengerang.

Bebayang harimau besar tercampak dan terperosok di pangkal pokok besar. Dua lelaki yang berada di situ terpelanting agak jauh ke sebelah kanan datuk. Terkapai-kapai di situ.

Manakala harimau besar yang terperosok, nampak mengecil dan akhirnya hilang. Cuma ada kesan debu-debu halus di mana harimau itu terperosok

BERTAFAKUR

Setelah bertafakur seketika, datuk segera mengembalikan tubuhnya, hati dan perasaan ke alam nyata. Dia melangkah ke arah Pak Habib lalu bersalaman dan berpelukan.

"Saya nak selesaikan masalah dua manusia sesat," beritahu datuk pada Pak Habib.

"Silakan."

"Macam tadi juga, saya minta bantuan, kalau saya tersepit."

"Pergilah, saya bersama awak."

"Terima kasih."

Datuk pun melangkah ke arah dua lelaki. Berdiri sambil bercekak pinggang di depan mereka. Kedua-dua lelaki itu takut menikus. Mereka menggeletar semacam.

"Apa lagi yang kamu mahu," tanya Datuk.

"Kami tak mahu apa-apa," jawab mereka serentak.

"Pulanglah ke tempat kamu, bertaubat. Kembalilah kepada ajaran Allah, jangan menuntut ilmu syaitan, jangan minta perlindungan dari syaitan. Mintalah, sesuatu kepada Allah," nasihat datuk.

Kedua-dua lelaki itu anggukkan kepala.

Sebelum beredar, salah seorang daripada lelaki itu memberitahu datuk, kerana masalah dan kesempitan hidup dia jadi pengikut agama baru yang pada hematnya, tidak lari dari agama Islam.

Katanya, dengan bantuan tangan ghaib, dia hidup senang, berbanding dengan dulu. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sekarang dia termasuk dalam golongan orang mewah di kampungnya.

"Saya yang membawa dan memperdaya Shafie menjadi pengikut mahaguru," tutur lelaki itu pada datuk dalam nada suara yang bersahaja.

"Kerana saya berjaya menarik orang luar menjadi pengikut kumpulan kami, mahaguru secara diam-diam melantik saya menjadi orang kanan kumpulan," sambung lelaki itu lagi.

Manakala kawan yang berada di sisinya membatu seribu bahasa.

"Di mana mahaguru kamu, aku nak jumpa dengan dia," kata datuk.

"Sudah mati untuk kali kedua, dia tidak mungkin hidup lagi," balas lelaki tersebut.

Datuk jadi bingung dan merasakan dirinya dipermain-mainkan.

"Jangan bergurau dengan aku," Amaran dari Datuk.

"Dia tidak bergurau tuan," kawannya mencelah.

Dan lelaki yang berdialog dengan datuk sebentar tadi anggukkan kepala. Mengangkat tangan kanannya, bagaikan minta izin pada datuk agar mengizinkan dia meneruskan penjelasan yang terputus.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 266/284

BACA: SBDJ Siri 265: Suara Kuda Di Tengah Sawah
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 31, 2026

Berakhirnya Era Kekuatan Tentera Laut Amerika Syarikat? Realiti Yang Ramai Tak Sangka

Berakhirnya Era Kekuatan Tentera Laut Amerika Syarikat? Realiti Yang Ramai Tak Sangka

Dalam sejarah moden, tiada kuasa laut yang lebih digeruni selain Tentera Laut Amerika Syarikat. Selama puluhan tahun, kapal induk mereka menjadi simbol dominasi global — muncul di mana sahaja apabila konflik berlaku, seolah-olah "polis dunia" di lautan.

Berakhirnya Era Kekuatan Tentera Laut Amerika Syarikat

Namun kini, satu persoalan besar mula timbul, adakah era kekuatan Tentera Laut Amerika Syarikat sedang menuju ke penghujungnya?

USS Abraham Lincoln

USS Abraham Lincoln adalah salah satu senjata paling berkuasa yang pernah dibina. Amerika membinanya untuk "berlabuh" di mana sahaja mereka mahu dan mencabar sesiapa yang berani membantah dan kali ini Iran bangun membantah!

USS Abraham Lincoln memulakan perang ini dengan berada hanya 350 kilometer dari pantai Iran. Cukup dekat seolah-olah boleh "menghidu" tempat itu.

Kemudian sesuatu berlaku. Tiada siapa yang benar-benar sepakat tentang apa yang terjadi.

Donald Trump mendakwa 101 peluru berpandu telah dilancarkan dan semuanya berjaya dipintas. Iran pula berkata mereka berjaya mengenainya. CENTCOM pula mengatakan tiada apa yang menghampiri.

Semua pihak menipu tentang sesuatu dan kini kapal itu berada 1,100 kilometer jauhnya, bersembunyi di sebalik banjaran gunung pesisir Oman seperti seseorang yang bersembunyi di belakang sofa.

Jarak itu lebih penting daripada sebarang kenyataan media. Kapal pengangkut pesawat pada jarak 350 kilometer sangat menggerunkan.

Jet-jetnya boleh sampai ke Tehran dalam beberapa minit. Serangan boleh dilaksanakan sebelum sesiapa sempat membuat panggilan telefon.

Tetapi pada jarak 1,100 kilometer, situasinya berubah sepenuhnya. Misi lebih panjang. Lebih banyak pesawat pengisi minyak diperlukan. Risiko meningkat. Lebih banyak perkara boleh gagal dalam perjalanan pergi dan balik.

AS tidak akan mengalihkan simbol kuasa negara seberat 90,000 tan, tiga kali lebih jauh dari medan perang hanya kerana bilik dobi terbakar.

USS Gerald R. Ford

Di sinilah masuknya USS Gerald R. Ford. Kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia itu terbakar di Laut Merah pada 12 Mac.

Kebakaran bermula di fasiliti dobi bahagian belakang, mencetuskan tindak balas kecemasan besar, memusnahkan lebih 100 katil dan terpaksa memindahkan para kelasi ke seluruh kapal.

Tentera Laut terpaksa menghantar bekalan tilam melalui udara dari kapal lain yang masih berada di Virginia.

Mereka juga mengumpulkan hampir 2,000 pakaian sukan untuk diagihkan kepada kru kerana kebanyakan sistem dobi tidak lagi berfungsi.

Kemudian USS Gerald R. Ford meninggalkan zon perang sepenuhnya dan belayar ke Crete, Greece, untuk pembaikan.

Namun, kebakaran itu sebenarnya lebih "melegakan" berbanding masalah lain. Sistem kumbahan vakum bernilai $13 bilion yang dipinjam daripada kapal pelancong sering gagal sepanjang penugasan.

Daripada hampir 650 tandas di atas kapal, kebanyakannya tidak berfungsi sepanjang waktu. Kelasi terpaksa beratur sehingga 45 minit.

Pasukan penyelenggaraan bekerja sehingga 19 jam sehari untuk mengatasi masalah tersebut. Pelbagai benda ditemui tersumbat dalam paip, daripada t-shirt hingga tali sepanjang empat kaki.

Kapal perang paling berkuasa di dunia, tetapi tandas rosak.

Jadi inilah gambaran keseluruhannya.

USS Abraham Lincoln, yang dipaksa berundur sejauh 750 kilometer ke selatan akibat sesuatu yang nampaknya dilancarkan oleh Iran, kini melancarkan pesawat dari jarak jauh di sebalik banjaran gunung Oman.

Gerald R. Ford, kapal yang dihantar untuk menggantikannya sebagai barisan hadapan, terbakar dan belayar ke Greece.

Dan di limbungan kapal di Virginia, USS George H.W. Bush sedang bersiap untuk menyertai perang yang telah "memalukan" dua kapal pertama yang dihantar.

Inilah bahagian yang Pentagon tidak mahu bincangkan dalam sidang media.

Peluru berpandu hypersonic, apabila dilancarkan dalam jumlah besar, mampu melakukan sesuatu yang sebelum ini dianggap mustahil: membuat kapal pengangkut pesawat Amerika berfikir dua kali tentang kedudukan mereka.

Jika USS Abraham Lincoln benar-benar terkena serangan walaupun sekali, implikasinya jauh melangkaui satu kapal dan satu peperangan. Ia memberi kesan kepada setiap pengiraan strategik yang telah dilakukan oleh musuh Amerika selama tiga dekad.

Amerika Syarikat membina keseluruhan dasar luar pasca-Perang Dingin mereka berdasarkan keupayaan untuk meletakkan kumpulan kapal pengangkut pesawat di luar pantai anda dan "menjelaskan dengan sopan" bahawa perbincangan telah tamat.

Era itu mungkin belum berakhir, tetapi buat pertama kali dalam sejarah, Iran telah menjadikannya sangat rumit untuk dihadapi.

Dan USS Abraham Lincoln, yang kini berada 1,100 kilometer dari kawasan konflik yang sepatutnya dikuasainya, adalah bukti paling jelas bahawa sesuatu telah berubah.

Tiada siapa membina kapal sebesar itu hanya untuk bersembunyi di sebalik gunung di Oman dan tiada siapa menghantar kapal kedua ke Greece semata-mata untuk membaiki tandas yang rosak.

SEJARAH KUASA GLOBAL AMERIKA SYARIKAT

1. Dominasi Yang Pernah Tidak Tercabar

Sejak tamatnya Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menguasai hampir keseluruhan lautan dunia.

Mereka memiliki lebih 10 kapal induk aktif (terbanyak di dunia), rangkaian pangkalan tentera global serta armada kapal pemusnah dan kapal selam berteknologi tinggi.

Kehadiran mereka di Laut China Selatan, Teluk Parsi dan Laut Mediterranean sering menjadi penentu kuasa geopolitik.

Ringkasnya, siapa kuasai laut, dia kuasai dunia.

2. Ancaman Baru: China & Iran Bangkit Tanpa Bunyi

Namun landskap global kini berubah.

China Silent Giant Yang Kini Mengamuk

China bukan lagi sekadar kuasa ekonomi. Mereka kini membina kapal perang pada kadar terpantas di dunia, membangunkan peluru berpandu anti-kapal induk (carrier killer) dan memperluaskan pengaruh di Laut China Selatan.

Lebih membimbangkan, strategi China bukan sekadar menyerang — tetapi menghalang akses (A2/AD) yang boleh "menutup" kawasan laut kepada Amerika.

Iran, Kuasa Asimetri Yang Sukar Dijangka

Iran pula tidak memerlukan kapal besar untuk mencabar Amerika.

Sebaliknya, mereka menggunakan bot laju bersenjata, dron laut dan peluru berpandu jarak jauh.

Strategi ini menjadikan kawasan seperti Selat Hormuz sangat berisiko untuk kapal besar Amerika.

3. Kapal Induk: Dari Simbol Kekuatan Jadi Sasaran?

Dulu, kapal induk adalah "raja laut".

Kini? Ia mungkin menjadi sasaran paling mudah.

Dengan kemajuan teknologi, peluru berpandu hipersonik, sistem pengesanan satelit dan dron serangan, sebuah kapal induk bernilai berbilion dolar boleh menjadi sasaran utama dalam beberapa minit sahaja.

Persoalannya, adakah kapal induk masih relevan dalam peperangan moden?

4. Kos Yang Terlalu Tinggi, Risiko Terlalu Besar

Amerika Syarikat membelanjakan ratusan bilion dolar setiap tahun untuk pertahanan.

Namun, kos penyelenggaraan kapal induk sangat tinggi, risiko kehilangan aset semakin besar dan perang moden lebih fokus kepada teknologi murah (drone, AI, cyber).

Ironinya, musuh Amerika kini boleh menggunakan senjata lebih murah untuk menghancurkan aset mahal.

5. Perang Masa Depan: Bukan Lagi Di Laut?

Trend peperangan kini berubah, Cyber warfare (serangan digital), Drone swarm (serangan beramai-ramai tanpa manusia) dan AI battlefield.

Ini bermaksud, dominasi laut mungkin tidak lagi menentukan kemenangan.

6. Amerika Masih Kuat, Tapi Tidak Lagi Kebal

Perlu diakui, Amerika Syarikat masih memiliki tentera laut paling kuat di dunia.

Namun perbezaannya sekarang, mereka boleh dicabar, mereka boleh diserang dan mereka tidak lagi "untouchable".

Ini perubahan besar dalam sejarah ketenteraan global.

Kesimpulan: Pengakhiran Era atau Permulaan Fasa Baru?

Adakah ini benar-benar pengakhiran era kekuatan Tentera Laut Amerika?

Jawapannya mungkin dan tidak sepenuhnya, tetapi jelas sesuatu sedang berubah.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Hasil Perang Di Iran Yang Tidak Dijangka

Hasil Perang Di Iran Yang Tidak Dijangka

Konflik di rantau Teluk semakin memuncak dan mengejutkan dunia dengan perkembangan yang tidak dijangka. Apa yang pada awalnya dilihat sebagai satu lagi ketegangan geopolitik biasa, kini berpotensi mencetuskan perubahan besar dalam kes imbangan kuasa global.

Hasil Perang Di Iran Yang Tidak Dijangka

Apa yang kita lihat di media hanyalah sebahagian kecil daripada realiti sebenar. Di sebalik letupan peluru berpandu, serangan dron dan kenyataan rasmi, muncul satu persoalan besar:

Adakah perang di Iran ini benar-benar untuk menang atau sekadar satu "permainan besar" kuasa dunia?

Artikel ini akan membawa anda menyelami teori-teori yang semakin diperkatakan — bukan sekadar fakta di permukaan, tetapi kemungkinan agenda tersembunyi yang menggerakkan konflik ini.

1. Teori "Perang Yang Dirancang Awal"

Ramai penganalisis bebas percaya bahawa konflik ini bukan berlaku secara spontan, tetapi sudah dirancang bertahun-tahun.

Antara hujah yang sering dibangkitkan, ketegangan Iran–Israel sudah lama dipanaskan secara berperingkat, serangan berlaku dengan koordinasi yang terlalu "sempurna" dan respons balas kedua-dua pihak kelihatan seolah-olah sudah dijangka.

Teori ini mencadangkan, Perang ini adalah skrip — bukan reaksi.

2. "Regime Change" Atau Sekadar Ilusi?

Secara rasmi, objektif perang adalah untuk melemahkan Iran.

Namun peliknya, walaupun pemimpin kanan dibunuh, struktur kerajaan Iran tetap bertahan, malah muncul pemimpin yang lebih keras.

Ini mencetuskan teori, adakah "regime change" hanyalah naratif untuk menghalalkan perang?

Atau lebih ekstrem lagi, adakah pihak tertentu sebenarnya mahu Iran menjadi lebih radikal untuk dijadikan alasan konflik berpanjangan?

3. Perang Tanpa Penamat: Siapa Yang Untung?

Jika diperhatikan, perang ini tidak ada kemenangan jelas, tidak tamat walaupun kerugian besar dan terus memanjang dari hari ke hari.

Dalam dunia konspirasi, ini dikenali sebagai "Perpetual War Model" (Perang Berterusan).

Kenapa perang perlu berterusan?

Kerana ada pihak yang mendapat keuntungan besar: Industri senjata meningkat, ekonomi perang berkembang dan kuasa besar mengekalkan pengaruh.

Dalam erti kata lain, perang bukan kegagalan — tetapi "bisnes".

4. Selat Hormuz: Kunci Sebenar Konflik?

Satu lagi teori besar: Perang ini sebenarnya bukan tentang ideologi — tetapi tentang minyak.

Selat Hormuz adalah laluan penting dunia. Sebahagian besar minyak global melalui kawasan ini dan jika ditutup, ekonomi dunia boleh lumpuh.

Teori menyatakan; Ketegangan sengaja dicipta untuk mengawal laluan ini, harga minyak boleh dimanipulasi dan negara tertentu boleh menguasai bekalan tenaga dunia.

Kesimpulannya, Siapa kawal minyak, dia kawal dunia.

5. Teknologi AI: Perang Yang Dikawal Mesin?

Antara perkara paling mengejutkan dalam konflik ini ialah penggunaan teknologi. Sistem AI mengenal pasti sasaran manusia, serangan dibuat berdasarkan data, bukan keputusan emosi dan operasi ketenteraan menjadi lebih "automatik".

Ini mencetuskan teori, adakah manusia masih mengawal perang atau mesin sudah mengambil alih?

Lebih ekstrem lagi, adakah perang ini menjadi "ujian lapangan" untuk teknologi AI ketenteraan?

6. Iran Tidak Dikalahkan – Satu "Kebetulan" Atau Strategi?

Walaupun diserang bertubi-tubi, Iran masih mampu menyerang balas, infrastruktur tidak lumpuh sepenuhnya dan sistem ketenteraan masih berfungsi.

Ini menimbulkan persoalan, kenapa Iran tidak dihancurkan sepenuhnya jika itu matlamatnya?

Teori konspirasi menyatakan, Iran "dibiarkan hidup" untuk terus menjadi musuh. Musuh diperlukan untuk mengekalkan konflik, kerana tanpa musuh, tiada alasan untuk perang.

Dalam kata lain, musuh adalah aset!

7. Tiada Perang Nuklear – Kebetulan Atau Perjanjian Senyap?

Walaupun ketegangan memuncak, senjata nuklear tidak digunakan.

Teori yang muncul: Ada "garisan merah" yang tidak boleh dilanggar. Kuasa besar mungkin mempunyai perjanjian tidak rasmi dan semua pihak tahu had yang tidak boleh dilepasi.

Ini membawa kepada teori menarik. Perang ini dikawal — bukan bebas.

8. Media: Naratif Yang Dikawal?

Apa yang kita lihat di berita mungkin tidak sepenuhnya benar.

Teori menyatakan, media hanya menyiarkan naratif tertentu. Maklumat disaring untuk mengawal persepsi. Rakyat dunia "dibentuk" untuk menyokong pihak tertentu.

Ini membawa kepada persoalan besar: Adakah kita melihat realiti atau hanya cerita yang dibenarkan?

Kesimpulan: Perang Atau Permainan Kuasa?

Jika semua teori ini digabungkan, satu gambaran besar muncul: Perang ini mungkin tidak bertujuan untuk menang. Ia mungkin direka untuk berterusan. Ia mungkin sebahagian daripada strategi global jangka panjang.

Hasil paling mengejutkan: Perang ini mungkin bukan kegagalan tetapi kejayaan bagi pihak tertentu.

Penutup

Perang ini mengajar satu perkara yang menakutkan: Kadang-kadang, yang mati di medan perang hanyalah bidak, sedangkan pemain sebenar tidak pernah kelihatan.

Namun, Israel dan Amerika Syarikat yang memulakan perang ini dengan harapan mencetuskan perubahan rejim di Iran, tetapi ia tetap bertukar menjadi bencana bagi mereka.

Ironinya, perang ini mungkin akhirnya membawa kepada perubahan rejim di Israel dan Amerika Syarikat sendiri!

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

SBDJ Siri 265: Suara Kuda Di Tengah Sawah

SBDJ Siri 265: Suara Kuda Di Tengah Sawah

Setelah melepasi beberapa kampung, kebanyakan rumah penduduknya beratap rumbia. Berdinding papan, ada juga berdinding buluh atau tepas. Sesuatu yang saya kira ganjil, kebanyakan penduduk kampung terbabit buat tidak kisah dengan rombongan kami yang membelah lalu kampung mereka.

SBDJ Siri 265 Suara Kuda Di Tengah Sawah

Bila terserempak secara berdepan, mereka sekadar memberi salam saja. Kemudian berlalu senang.

"Mereka sudah biasa melihat orang berjalan dalam kumpulan yang ramai. Laluan ini laluan orang mencari harta karun dan kumpulan tabligh. Mereka juga pernah dengar tentang Shafie," ayah Shafie memberi penjelasan.

"Bagi mereka kisah Shafie perkara biasa. Ada lagi orang yang lebih teruk dari itu," tambah ayah Shafie dalam rentak nada yang bersahaja.

"Oh, begitu," balas datuk.

Rombongan kami akhirnya, terpaksa merentasi kawasan tanah sawah terbiar. Baru lima langkah memijak tanah sawah, terdengar bunyi rengekan kuda yang datang dari arah belakang.

"Jangan hiraukan suara itu," Pak Habib mengingatkan kami semua.

"Jangan ada di antara kamu menoleh ke belakang," datuk pula memberikan ingatan.

Tiada komen dan pertanyaan ysang diajukan kepada datuk atau Pak Habib oleh pasangan suami isteri.

"Jauh ke lagi?"

Saya ajukan pertanyaan pada emak Shafie tanpa merenung wajahnya. Tiada jawapan yang diperolehi. Kalau boleh saya mahu perjalanan di berhentikan sebentar. Saya terasa letih sekali. Tetapi pada siapakah permintaan itu harus saya ajukan?

"Jauh lagi ke?"

Untuk kali kedua, saya kemukakan pertanyaan pada emak Shafie. Sudah ditetapkan dalam hati, kalau jawapannya masih jauh, saya beranikan diri minta Pak Habib berhenti sebentar dalam tempoh waktu antara lima hingga sepuluh minit.

"Tak berapa jauh lagi," tanpa diduga, emak Shafie memberikan jawapan.

"Ada setengah batu lagi," soal saya.

"Tak sampai, suku batu pun tak sampai."

Saya gembira dengan jawapan itu.

KUDA LIAR

Perjalanan diteruskan. Suara rengekan kuda liar masih kedengaran tetapi tidak sekuat tadi. Hanya terdengar sayup-sayup dan akhirnya lenyap.

Semua terasa aman kembali dan berharap suara rengekan kuda itu tidak akan kedengaran lagi.

Di saat ghairah melangkah dan mahu sampai segera ke tempat yang dituju. Kami dikejutkan kembali dengan suara rengekan kuda liar.

Kalau tadi suara itu datang dari arah belakang beberapa detik berikutnya bertukar kesebelah kanan. Dan seterusnya beralih arah pula di depan kami.

"Kita berhenti dulu," Pak Habib mengeluarkan arahan.

Pergerakan kaki semua ahli rombongan terkaku sebentar. Saya dongak pula ke langit, melihat awan petang bergerak lemah. Datuk segera mencabut serumpun rumput liar, lalu dibalingnya kedepan, kearah bunyi rengekan kuda.

"Ini petua dan ikhtiar," pendek datuk berkata.

"Tidak salah," sahut Pak Habib yang baru selesai membaca potongan ayat-ayat Quran untuk menghalau makhluk halus.

Shafie yang berada diantara saya dan Tajuddin menguap panjang, keletihan tergambar di wajahnya. Dua pengikut setia yang mengekori dari belakang kelihatan tenang.

Suara rengekan kuda yang keras mula beransur lemah dan hilang. Datuk dan Pak Habib saling berpandangan. Beberapa ekor burung helang terbang rendah untuk mencari mangsa. Kalau ada tikus keluar atau ular keluar dari lubang pasti disambar.

"Bagaimana, boleh kita teruskan," datuk bertanya.

"Boleh," jawap Pak Habib.

"Kita bergerak sekarang," lantang suara datuk memberi arahan.

Perjalanan yang terhenti diteruskan semula. Kedudukan anggota rombongan tidak berubah, tetap seperti tadi cuma pengawasan terhadap Shafie diperketatkan. Itu pesan Pak Habib dan datuk kepada kami berdua.

PELUH

Kini anggota rombongan sudah berada di tengah-tengah kawasan sawah. Peluh terus mengalir di tubuh di tengah terik matahari petang. Hembusan angin tidak banyak membantu mengurangkan bahang panas yang menggigit kulit.

"Yaaahhooooooo..."

Dua pengikut Shafie yang berada di belakang menjerit dengan sekuat hati. Semua anggota rombongan terperanjat besar. Hayunan langkah mati seketika. Semuanya, berpandangan sama sendiri. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.

Dua pengikut setia Shafie, sudah melanggar pesan Pak Habib. Bagaikan dipaksa sesuatu, saya dan Tajuddin merenung ke belakang. Dua lelaki yang menjerit tidak kelihatan. Hilang entah kemana.

"Kenapa menoleh ke belakang," nada datuk keras sekali.

"Renung ke depan semula," Pak Habib merayu.

Belumpun sempat kami melaksanakan arahannya, kulit muka terasa panas macam berada di sisi api yang cukup marak. Pandangan berpinar-pinar.

Saya tidak dapat mengawal tubuh yang mahu rebah ke bumi. Tetapi, suara Pak Habib masih terdengar sayup-sayup menyuruh datuk memeluk tubuh saya agar jangan rebah ke tanah.

Setelah itu, saya tidak tahu apa yang berlaku. Bila kelopak mata dibuka kelihatan Tajuddin berada dalam pangkuan Pak Habib. Sementara pasangan suami isteri dan Shafie duduk bertinggung sambil termenung panjang.

Setelah datuk memulihkan saya seperti sediakala dan Pak Habib memulihkan Tajuddin, barulah pasangan suami isteri dan Shafie berdiri.

"Kalau kamu berdua tidak menoleh ke belakang, perkara macam ini tidak terjadi. Hal-hal macam ini boleh melambatkan urusan kita," datuk seperti merungut tetapi Pak Habib menasihatkan datuk supaya melupakan tersebut, jangan diperpanjangan-panjangkan. Saranan Pak Habid diterima oleh datuk.

"Lupakan yang lalu, mari kita bergerak," tekanan nada suara Pak Habib lembut.

Datuk sambut dengan senyum. Ahli rombongan segera bergerak. Kedudukan dan tugas anggota tidak berubah, tetap macam tadi.

Semoga perjalanan ini tidak berhadapan dengan halangan. Semuanya diharapkan berjalan lancar dan segera sampai ke rumah orang tua Shafie. Itu doa hati kecil saya.

Malahan, mungkin doa dan harapan anggota rombonan yang lain seperti itu juga, fikir saya.

"Yaahhhooooo..."

Terdengar jeritan di belakang.

"Jangan ada diantara kamu menoleh ke belakang."

Serentak datuk dan Pak Habib mengingatkan kami semua. Tiada bantahan, siapa pun tak berani melawan ingatan yang diberikan. Semuanya akur dan kaki kian rancak melangkah memijak permukaan bumi.

Suara jeritan dan sorakan semakin menjadi-jadi. Seolah-olah mempersendakan kami semua.

Atas permintaan datuk langkah dipercepatkan lagi. Suara-suara yang tidak diminta itu terus dipersetankan dan akhirnya, sorakan dan jeritan terus mengecil dan hilang.

NORMAL

Suasana dalam perjalanan kembali normal. Hembusan bayu menghantar kemesraan. Sekawan pipit tuli terbang rendah lalu bertenggek di dahan bagakan merestui perjalanan kami ke rumah Shafie.

"Diharapkan tak ada gangguan lagi?"

Ayah hafie meluahkan harapan. Pak Habib dan datuk membalas dengan anggukan.

"Saya pun harap macam tu," ibu Shafie bersuara.

"Betullah tu, baik kita cepatkan langkah."

Tidak semena-mena, Shafie yang tadi membisu macam tunggul buruk terus mencelah. Sikapnya sungguh mengejutkan saya, mungkin juga orang lain.

Apakah perasaannya sudah terlepas dari gangguan makhluk halus, saya bertanya dalam hati.

Kerana sudah jemu melihat pepokok dan rerumput liar di kiri kanan alam, pandangan segera saya alihkan kedada langit, melihat gumpalan awan yang menipis, bergerak tenang arah ke timur. Burung-burung terus berterbangan di angkasa.

"Buuummmmm..."

Ledakan kuat yang tidak dapat dipastikan dari arah mana datangnya membuat semua anggota rombongan terkejut, ada yang terjatuh, tetapi segera bangun.

Bila bunyi ledakan berakhir kelihatan dua pengikut setia Shafie terkapar dalam jarak beberapa kaki di depan datuk dan Pak Habib.

Kedua-duanya dicampak oleh sesuatu dari tempat tinggi. Tiada seorang pun yang nampak dan tahu arah mana kedua dua insan itu muncul. Siapa yang mencampakkannya juga tidak diketahui.

GOLEK

Kini kedua-dua insan itu berglek-golek atas rumput sawah terbiar. Mereka seperti mengalami rasa sakit yang amat sangat. Mungkin kerana simpati dan kasihan, ayah Shafie menerpa ke arah kedua-dua insan itu untuk menolong.

"Jangan, itu perangkap," tahan Pak Habib.

Bahu kanan ayah Shafie segera dipegang dengan erat sekali. Ayah Shafie cuba membantah dengan menepis pergelangan tangan Pak Habib.

Tetapi, Pak Habib bertindak bijak, terlepas bahu kanan, bahu kiri dicengkam dengan cengkaman harimau, bergerak sedikit sakitnya hingga ke tulang belakang. Ayah Shafie mengalah dalam diam, malah terus membongkok menahan sakit.

"Kesian mereka."

Ibu Shafie bagaikan merayu sambil menatap wajah datuk dan Pak Habib.

"Kalau dibantu ertinya, kita membunuh diri sendiri," tingkah Pak Habib tenang.

"Jadi apa yang mesti kita buat?" Tanya ibu Shafie.

Dengan tenang Pak Habib melepaskan cengkaman harimau di bahu ayah Shafie. Orang tua itu menggeliat ke kiri, ke kanan sambil menumbuk angin dua tiga kali hingga rasa sengal dan sakit di bahunya hilang.

"Jadi apa yang harus kita buat, dua laknat ini mahu melambatkan perjalanan kita sampai ke rumah," ayah Shafie mula naik angin, gigi atas dengan bawah dilagakannya berkali-kali.

Sepasang anak matanya tetap tertumpu ke arah dua lelaki pengikut setia Shafie yang bergolek di rumput, sesekali menelentang muka ke langit sambil menangkat sepasang kaki masing-masing ke langit.

"Biar saya selesaikan."

Datuk terus bergerak ke depan melepasi pasangan suami isteri. Perbuatan datuk membuat Pak Habib merasa cemas.

Shafie hanya melihat penuh minat dengan apa yang berlaku disekitarnya. Ekor matanya menjeling tajam ke arah datuk. Dia kelihatan kurang yakin dengan apa yang datuk perlihatkan.

"Humm...." Shafie bagaikan mengeluh kecil.

"Tamar."

Saya segera menoleh ke arah Tajuddin. Sepasang mata kami berlaga seketika yang membuahkan senyum.

"Apa yang datuk kamu nak buat Tamar," sambungnya.

"Hei, budak berdua, cuba belajar diam, kurangkan bercakap dan jangan banyak soal," Pak Habib melepaskan rasa kurang senangnya kepada kami.

Tajuddin dan saya berpandangan. Hairan, cakap macam itu pun tak boleh.

Apakah perkara saya lakukan dengan Tajuddin merupakan satu pantang larang dalam saat-saat begini.

Semuanya itu, bergolak dalam batin saya tanpa menemui sebuah jawapan yang konkrit.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 265/284

BACA: SBDJ Siri 264: Di Tengah Kampung Terpencil
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Monday, March 30, 2026

Ke Mana Halatuju Selepas SPM? Panduan Lengkap Untuk Masa Depan Anda

Ke Mana Halatuju Selepas SPM? Panduan Lengkap Untuk Masa Depan Anda

Setiap tahun, ribuan pelajar di Malaysia melangkah keluar dari dewan peperiksaan dengan satu persoalan besar di fikiran, "Lepas SPM nak buat apa?"

Soalan ini nampak ringkas, tetapi hakikatnya ia membawa beban keputusan besar yang boleh menentukan masa depan seseorang. Ada yang sudah ada hala tuju jelas, tetapi ramai juga yang masih keliru, tertekan, malah takut membuat pilihan yang salah.

Ke Mana Halatuju Selepas SPM

Hakikatnya, tiada satu jalan yang "betul" untuk semua orang. Setiap individu mempunyai minat, kebolehan dan situasi hidup yang berbeza.

Artikel ini akan membantu anda memahami pilihan-pilihan yang ada, kelebihan dan kekurangannya, serta bagaimana membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri.

Kenapa Pilihan Selepas SPM Sangat Penting?

Selepas SPM, anda berada di titik perubahan hidup. Ini adalah masa di mana anda mula membina asas kepada kerjaya dan masa depan.

Antara sebab kenapa keputusan ini penting:
  • Menentukan arah pendidikan anda
  • Memberi kesan kepada peluang pekerjaan
  • Membentuk kemahiran dan pengalaman hidup
  • Mempengaruhi kewangan masa depan

Namun, penting untuk diingat: pilihan ini bukan muktamad. Anda masih boleh berubah arah di masa hadapan.

Pilihan Utama Selepas SPM

1. Sambung Belajar ke Tingkatan 6 (STPM)

Tingkatan 6 merupakan salah satu laluan paling "klasik" selepas SPM.

Kelebihan:
  • Kos rendah (di sekolah kerajaan)
  • Diiktiraf antarabangsa
  • Peluang masuk universiti awam

Kekurangan:
  • Silibus agak mencabar
  • Tempoh agak panjang (1.5–2 tahun)
  • Kurang fleksibel berbanding laluan lain

Sesuai untuk:
  • Pelajar yang suka akademik
  • Disiplin tinggi dan fokus jangka panjang

2. Program Matrikulasi

Program ini ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan biasanya berlangsung selama 1 tahun.

Kelebihan:
  • Tempoh lebih singkat
  • Laluan cepat ke universiti
  • Suasana kampus awal

Kekurangan:
  • Persaingan sengit
  • Tempat terhad
  • Fokus kepada bidang tertentu sahaja

Sesuai untuk:
  • Pelajar yang mahu cepat masuk universiti
  • Sasaran bidang sains atau akaun

3. Diploma di Kolej atau Universiti

Diploma adalah pilihan popular kerana lebih praktikal.

Kelebihan:
  • Lebih hands-on
  • Fokus kepada kemahiran kerja
  • Boleh terus bekerja selepas tamat

Kekurangan:
  • Kos lebih tinggi (terutamanya swasta)
  • Laluan ke ijazah mungkin ambil masa tambahan

Sesuai untuk:
  • Pelajar yang suka pembelajaran praktikal
  • Mahu cepat masuk dunia kerja

4. TVET (Pendidikan Teknikal & Vokasional)

TVET semakin mendapat perhatian kerana permintaan tinggi dalam industri.

Bidang contoh:
  • Elektrik
  • Automotif
  • Welding
  • Teknologi mekanikal

Kelebihan:
  • Kemahiran tinggi, mudah dapat kerja
  • Permintaan industri stabil
  • Gaji kompetitif untuk skilled worker

Kekurangan:
  • Masih dipandang rendah oleh sesetengah masyarakat
  • Kurang pendedahan akademik

Sesuai untuk:
  • Pelajar yang minat kerja tangan
  • Tidak minat teori semata-mata

5. Terus Bekerja

Ada juga yang memilih untuk terus bekerja selepas SPM.

Kelebihan:
  • Dapat pengalaman awal
  • Menjana pendapatan segera
  • Belajar dunia sebenar

Kekurangan:
  • Peluang kenaikan pangkat terhad tanpa kelayakan
  • Gaji permulaan rendah
  • Risiko stagnasi kerjaya

Sesuai untuk:
  • Mereka yang perlu bantu keluarga
  • Mahu kumpul pengalaman dahulu

6. Jadi Usahawan / Berniaga

Ramai anak muda kini memilih jalan bisnes, terutama online.

Contoh:
  • Dropship
  • Affiliate marketing
  • TikTok shop
  • Freelancing

Kelebihan:
  • Tiada had pendapatan
  • Kebebasan masa
  • Boleh mula dengan modal kecil

Kekurangan:
  • Risiko tinggi
  • Tiada jaminan stabil
  • Perlukan disiplin kuat

Sesuai untuk:
  • Individu kreatif
  • Berani ambil risiko

CABARAN BESAR SELEPAS SPM

1. Tekanan Dari Keluarga

Ramai pelajar menghadapi tekanan seperti:
  • "Kena masuk universiti" 
  • "Ambil kursus yang ada masa depan" 
  • "Jangan pilih jalan susah" 

Realiti:
  • Kadang-kadang impian keluarga tidak sama dengan minat kita.

2. Ikut Kawan

Kesilapan biasa: "Kawan aku masuk matrik, aku pun ikut."

Ini boleh membawa kepada:
  • Salah jurusan
  • Hilang motivasi
  • Drop out

3. Tak Kenal Diri Sendiri

Ramai pelajar:
  • Tak tahu minat sebenar
  • Tak tahu kekuatan diri
  • Tak pernah explore pilihan

CARA PILIH HALATUJU YANG BETUL

1. Kenali Minat Anda

Tanya diri:
  • Apa yang saya suka buat?
  • Subjek apa paling minat?
  • Aktiviti apa buat saya lupa masa?

2. Kenal Kekuatan Diri

Contoh:
  • Pandai kira → akaun, engineering
  • Kreatif → design, media
  • Petah bercakap → komunikasi, marketing

3. Kaji Peluang Kerjaya

Jangan hanya ikut minat — lihat juga:
  • Permintaan kerja
  • Gaji purata
  • Prospek masa depan

4. Jangan Takut Salah Pilih

Ramai berjaya hari ini:
  • Tukar bidang
  • Tukar kerjaya
  • Mulakan semula

Kesilapan bukan kegagalan, tapi pembelajaran.

Trend Masa Depan: Kerjaya Yang Akan Naik

Antara bidang yang semakin berkembang:
  • Teknologi (AI, Data, Cybersecurity)
  • Digital Marketing
  • E-commerce
  • Content Creator
  • Renewable Energy
  • TVET (skilled workers)

Realiti Yang Ramai Tak Cerita
  • Degree bukan jaminan kaya
  • Ramai berjaya tanpa ijazah
  • Kemahiran lebih penting dari sijil semata-mata
  • Networking sangat penting

TIPS SURVIVAL LEPAS SPM
  • Jangan bandingkan diri dengan orang lain
  • Sentiasa upgrade diri (skill, ilmu)
  • Cari mentor atau role model
  • Gunakan internet untuk belajar
  • Jangan buang masa terlalu lama tanpa hala tuju

Kisah Inspirasi (Ringkas)

Ramai individu berjaya bermula dari jalan yang berbeza:
  • Ada yang gagal SPM → jadi usahawan berjaya
  • Ada yang tukar 3 kali kursus → akhirnya jumpa minat sebenar
  • Ada yang mula kerja biasa → naik jadi pengurus

Point penting: jalan berbeza, destinasi boleh sama.

Kesimpulan

Selepas SPM, anda tidak perlu ada semua jawapan.

Apa yang penting ialah:
  • Anda mula bergerak
  • Anda belajar dari pengalaman
  • Anda berani mencuba

Ingat: "Hidup bukan perlumbaan siapa paling cepat, tapi siapa yang tidak berhenti berjalan."

Setiap pilihan ada risiko dan peluang. Yang penting, pilih jalan yang sesuai dengan diri anda — bukan semata-mata ikut orang lain.

FAQ (Soalan Lazim)

1. Mana lebih baik, matrik atau diploma?

Bergantung kepada matlamat — matrik untuk laluan cepat ke universiti, diploma untuk kemahiran praktikal.

2. Kalau tak sambung belajar, adakah masa depan gelap?

Tidak. Tetapi anda perlu lebih usaha dalam membina kemahiran dan pengalaman.

3. Boleh tukar bidang selepas pilih?

Ya, sangat boleh. Ramai orang berjaya melalui perubahan.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Friday, March 20, 2026

Kisah Nabi Samson a.s. Dan Malam Seribu Bulan

Kisah Nabi Samson a.s. Dan Malam Seribu Bulan

Kisah Nabi Samson a.s. (dalam tradisi Islam dikenali sebagai Shamshun atau Sam'un) adalah antara cerita paling terkenal tentang kekuatan luar biasa yang diberikan oleh Allah, adalah seorang pejuang dari Bani Israel yang hidup di zaman penindasan oleh bangsa Filistin.

Kisah Nabi Samson a.s. Dan Malam Seribu Bulan

Kisah Nabi Samson atau Sam'un Al-Ghazi merupakan kisah-kisah Israiliyat, sudah diceritakan secara turun temurun dalam masyarakat Arab.

Diceritakan dalam kitab Muqasyafatul Qulub karya imam Al Ghazali, pada suatu malam di bulan Ramadan, Nabi Muhammad SAW sedang berkumpul dengan para sahabat.

Tiba-tiba seorang sahabat melihat Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu bertanya, "Apa yang membuatmu tersenyum wahai Rasulullah?"

Rasulullah menjawab, "Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika semua manusia dikumpulkan di padang mahsyar. Semua Nabi dan Rasul berkumpul bersama umatnya masing-masing kemudian masuk ke surga. Ada salah seorang nabi dengan membawa pedang, tidak memiliki pengikut satupun, masuk ke dalam surga. Dia adalah Sam'un."

Sam'un alias Samson alias Simson dalam bahasa ibrani merupakan salah seorang Nabi dalam ajaran agama Islam yang dikenal dengan nama Sam'un Ghozi Alaihi Salam.

Beliau adalah orang yang memiliki kekuatan luar biasa dan tak terkalahkan. Allah Swt memberikan mukjizat kepada Nabi Sam'un yang mampu melembutkan besi, memutuskan rantai yang besar serta merobohkan istana.

Nabi Sam'un berasal dari Palestin tepatnya Ghaza atau Gaza. Beliau diutus berdakwah untuk kaum Bani Israil di tanah Romawi. Nabi Sam'un memiliki sebuah senjata mirip pedang yang terbuat dari rahang unta bernama Liha Jamal.

Konon ceritanya, hanya dengan pedang tersebut, Nabi Sam'un telah membunuh ribuan kaum kafir. Ketika Nabi Sam'un haus, pedang itu dapat mengeluarkan air. Dan ketika beliau lapar, pedang itu akan menumbuhkan daging.

Pada masa itu paganisme tumbuh begitu subur di kalangan Bani Israil. Semua orang menjadi penyembah berhala dan hanya mementingkan harta benda. Maka diutuslah Nabi Sam'un untuk menyampaikan risalah Allah Swt dengan penuh ketakwaan.

Dalam berdakwah, beliau selalu menyebut 'Laa ilaaha ilallah' ertinya Tiada Tuhan Selain Allah. Namun kerana begitu sesatnya mereka, hingga Nabi Sam'un tidak memiliki seorang pengikut pun.

Namun, itu tak menjadi masalah baginya. Dengan kecekalan dan kekuatan yang dimiliki, Nabi Sam'un terus menentang pemerintah pada waktu itu bernama Raja Israil.

Nabi Sam'un Ghozi selalu memenangi pertempuran melawan kaum kafir dan tidak pernah kalah. Kaum kafir sampai ketakutan dibuatnya. Hingga akhirnya Raja Israil memikirkan cara-cara licik untuk mengalahkan Nabi Sam'un.

Sang Raja mengadakan sayembara kepada siapa saja yang berhasil mengikat dan membawa Nabi Sam'un ke istana, maka akan diberikan imbalan emas dan permata yang sangat banyak.

Raja kemudian mempunyai idea untuk menawarkan hadiah kepada isteri Nabi Sam'un.

Raja bertanya, "Wahai isteri Sam'un, adakah kamu mencintai suamimu?"

Sang isteri menjawab, "Tentu saja raja."

Kemudian Raja bertanya lagi, "Kamu tahukan bahawa suamimu membuat kita semuanya ketakutan."

Sang isteri berkata, "Tentu saya juga tahu itu Raja."

Raja lantas memberikan tawaran lumayan kepada isteri Nabi Sam'un, "Mahukah kamu menaklukkan suamimu dan membawanya ke istana? Atas kejayaanmu kelak akan diberikan imbalan berupa emas dan permata yang berlimpah."

Tergiur akan penawaran sang Raja, maka isteri Nabi Sam'un pun menyanggupinya dan berkata, "Baik Raja, saya bersedia."

Kemudian oleh Raja diberikanlah tali untuk mengikat tubuh Nabi Sam'un.

Percubaan di hari pertama, sang isteri menunggu Nabi Sam'un yang sedang solat, namun kerana terlalu lama akhirnya sang isteri mengantuk hingga tertidur.

Hari berikutnya ketika Nabi Sam'un sedang tertidur, sang isteri kemudian mengikat badannya. Nabi Sam'un lantas terbangun dan bertanya, "Wahai isteriku, adakah engkau yang mengikat tubuhku?"

Sang isteri menjawab, "Aku hanya mencuba seberapa kuatkah dirimu."

Kemudian tanpa kesukaran tali itu diputuskan oleh Nabi Sam'un dan terlepas dari tubuhnya.

Percubaan ketiga pun menemui kegagalan yang sama. Kerana selalu gagal, akhirnya sang isteri menggunakan strategi rayuan.

Dia bertanya kepada Nabi Sam'un, "Wahai suamiku, apakah gerangan yang mampu mengalahkanmu?"

Kerana cinta dan sayangnya Nabi Sam'un kepada sang isteri, beliau kemudian lantas menjawab, "Ikatlah tubuhku dengan rambut-rambutku, maka itulah yang sebenarnya membuatku lemah."

Nabi Sam'un memiliki rambut yang sangat panjang hingga menyentuh tanah. Maka keesokan harinya sang isteri pun mengikat tubuh Nabi Sam'un dengan potongan rambutnya sendiri.

Setelah lemah tak berdaya, sang isteri mengkhabarkan kepada Raja Israil kemudian dibawalah tubuh Nabi Sam'un ke istana.

Disana beliau diseksa dan akan dibunuh secara perlahan. Kedua mata dibutakan, telinga, kaki dan tangannya pun dipotong.

Atas kejadian itu Allah Swt memerintahkan malaikat Jibril turun dan menemui Nabi Sam'un lalu bertanya, "Apa yang engkau inginkan wahai nabiullah."

Nabi Sam'un menjawab, "Saya minta ampun atas kesalahan yang seharusnya tidak saya beritahukan kepada siapapun termasuk istri saya. Dan saya meminta agar kekuatan saya dikembalikan hingga mampu menggerakkan tiang istana ini."

Seketika itu juga kekuatan Nabi Sam'un dikembalikan oleh Allah Swt, hingga beliau dapat menghancurkan tiang dan merobohkan istana.

Reruntuhan istana menjatuhi masyarakat, sang Raja Israil dan bahkan isterinya sendiri, hanya Nabi Sam'un saja yang hidup.

Kemudian dikembalikan kedua kaki, tangan, telinga dan mata beliau.

Nabi Sam'un kemudian bersumpah bahawa dia akan melawan kebatilan dan beribadah selama 1000 bulan tanpa henti.

Dalam cerita nabi-nabi, Nabi Sam'un telah melaksanakan ibadah puasa di siang hari dan salat malam selama lebih kurang 1000 bulan tanpa terputus.

Setelah mendengar kisah Nabi Sam'un Al Ghaszi a.s., banyak sahabat Nabi Muhammad SAW yang terharu dan menitiskan air mata.

Lalu bertanyalah sahabat kepada Rasul, "Wahai Rasulullah betapa besar ganjaran yang diterima Nabi Sam'un Al Ghozi a.s., beliau membenteras kebatilan selama seribu bulan. Malamya beliau beribadah dan siangnya berpuasa serta berjihad. Sedangkan kami yang lemah ini tidak mampu melakukan ibadah itu."

Nabi Muhammad SAW kemudian terdiam sejenak. Disaat itulah turun wahyu dari Allah Swt surat Al Qadr ayat 1-5.

Rasulullah kemudian bersabda, "Burulah malam lailatulqadar ini, kalian hanya mengamalkan satu malam dan mendapatkan malam lailatulqadar itu, maka kamu akan mendapatkan lebih baik daripada beribadah seribu bulan seperti Nabi Sam'un Al Ghozi AS."

Tidak ada yang tahu bila malam lailatulqadar itu hadir. Malam dimana cahaya syurga menerangi bumi. Malam dimana Tuhan menyeka air mata dan dosa-dosa manusia.

Beberapa pendapat ulama menganjurkan kepada kita untuk memperbanyak ibadah di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan untuk mendapatkan malam lailatulqadar.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com