Wednesday, March 14, 2018

Switzerland Akan Kembalikan Wang Curi 1MDB Kepada Rakyat Malaysia

Switzerland Akan Kembalikan Wang Curi 1MDB Kepada Rakyat Malaysia

Dana haram yang dirampas Switzerland tidak akan dikembalikan kepada kerajaan asal tetapi kepada rakyatnya, jelas seorang penggubal undang-undang Switzerland, MP Geneva, Carlo Sommaruga, yang mana dalam satu emel, memberitahu bahawa dana itu akan disalurkan kepada mereka yang memerlukannya melalui NGO yang mempunyai integriti yang tinggi.

Switzerland Akan Kembalikan Wang Curi 1MDB Kepada Rakyat Malaysia

Carlo Sommaruga membentangkan usul memohon pengembalian dana berkaitan 1MDB sebanyak CHF104 juta (RM430 juta) yang dirampas kerajaan Switzerland kepada Malaysia.

"Tekanan politik untuk mengembalikan wang kepada rakyat Malaysia akan sangat tinggi (sekiranya ada) undi positif oleh Majlis Nasional.

"Tidak, wang itu tidak akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia, tetapi hanya kepada rakyat Malaysia.

"Biasanya, pengembalian aset yang dirampas disalurkan melalui program NGO Malaysia, yang menjamin program pembiayaan tanpa rasuah untuk kepentingan awam, dan terutamanya kepentingan penduduk miskin.

"Oleh itu, tidak penting jika kerajaan Malaysia menerima atau menolak penghantaran balik," kata setiausaha antarabangsa Sommaruga, Peter Hug dalam emel itu.

Peter Hug memetik Perkara 17 Akta Aset Haram Asing (FIAA) Switzerland, yang menetapkan bahawa pengembalian aset mesti dilakukan sama ada untuk memperbaiki keadaan hidup penduduk negara asal atau untuk mengukuhkan kedaulatan undang-undang negara itu dan dengan demikian menyumbang kepada usaha melawan impunity (kebebasan daripada hukuman).

Perkara 18 Akta yang sama menetapkan bahawa jika tiada perjanjian dengan negara asal, pengembalian aset akan dibuat melalui organisasi nasional atau antarabangsa, termasuk NGO.

Pengembalian aset yang berjaya sebelum ini termasuk dana haram dari syarikat minyak milik Brazil, Petrobras pada 2015, dan dari kerajaan Kazakhstan pada tahun 2014.

NGO dan ahli Parlimen pembangkang Malaysia telah melobi untuk dana itu dipulangkan kepada "benefisiari yang sah", iaitu rakyat Malaysia.

Dana berkenaan dirampas oleh kerajaan Switzerland dari tiga bank - Bank BSI, Coutts & Co dan Bank Falcon - selepas mereka terlibat dalam pengubahan wang berkaitan 1MDB. Bank-bank itu sedang membuat rayuan terhadap rampasan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

Bagaimanapun, Peter Hug menegaskan bahawa prosiding mahkamah yang sedang berjalan itu tidak akan menjejaskan usul Sommaruga di Parlimen Switzerland.

Dana yang dirampas dari bank-bank tersebut telah dimasukkan ke dalam Perbendaharaan Persekutuan Switzerland kerana tidak ada pihak yang menuntut, kata Menteri Kewangan Switzerland, Ueli Maurer.

Mengulas mengenai rampasan itu, yang telah dilaporkan dalam akhbar Switzerland - Tages Anzeige - Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani dilaporkan berkata bahawa dia tidak tahu sama ada Putrajaya berhasrat untuk menuntut wang itu.

Menurut Peter Hug, walaupun jika usul untuk mengembalikan dana itu berjaya dalam pengundian, namun proses itu sendiri boleh mengambil beberapa tahun.

Dia menjelaskan bahawa kerajaan Switzerland hanya perlu bertindak atas usul Sommaruga jika ia melalui kedua-dua dewan di Parlimen, di mana selepas itu, pindaan perundangan perlu dilakukan untuk memudahkan penghantaran balik dana.

"Ini akan mengambil banyak masa, sekurang-kurangnya satu hingga tiga tahun," kata Peter Hug.

Mengenai mengapa Sommaruga memutuskan untuk membawa usul seumpama itu, beliau berkata ia adalah kerana melawan dana haram adalah sejajar dengan prinsip MP Parti Demokratik Sosial itu.

"Parti itu telah berjuang selama beberapa dekad menentang penglibatan bank-bank Switzerland dengan ahli-ahli rasuah elit di negara lain.

"Perjuangan menentang aliran kewangan haram adalah (juga) salah satu matlamat paling penting dalam Agenda Pembangunan Lestari PBB 2030," kata Peter Hug.

1MDB tak mengaku wang RM430 juta miliknya

Sementara itu, 1MDB menyatakan bahawa CHF104 juta (RM430 juta) yang dirampas oleh pihak berkuasa Switzerland bukan milik firma pelaburan negara itu.

Sebaliknya, 1MDB mendakwa bahawa wang berkenaan adalah pertikaian antara bank Switzerland dan kerajaan negara tersebut.

"Menurut Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer, bank-bank yang relevan tmempertikaikan tindakan Pusat Kawal Selia Kewangan Swiss (Finma) dan sedang merayu tindakan di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

"Justeru, CHF104 juta itu adalah dituntut oleh bank-bank yang relevan. Ia tidak boleh dituntut oleh 1MDB atau kerajaan Malaysia kerana wang itu bukan milik 1MDB," kata firma itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Penipuan Dalam 1MDB, Tun Mahathir

sumber: malaysiakini

Genius Fizik Stephen Hawking Meninggal Dunia

Genius Fizik Stephen Hawking Meninggal Dunia

Pakar fizik teoretikal paling terkenal di dunia berasal dari Britain, bukan sahaja dianggap individu istimewa kerana kegeligaan otaknya malah bagaimana beliau menghadapi cabaran dalam kehidupannya termasuk ketika diserang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis atau ALS Stephen Hawking, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Genius Fizik Stephen Hawking Meninggal Dunia

"Kami amat sedih kerana bapa tersayang meninggal dunia hari ini.

"Beliau adalah saintis hebat dan lelaki luar biasa yang usaha dan legasinya akan terus hidup," kata anak Hawking, Lucy, Robert dan Tim dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Press Association Britain.

Siapa tidak kenal ahli fizik berkerusi roda ini. Beliau ibarat selebriti dalam dunia akademik.

Stephen Hawking turut digelar sebagai selebriti Holywood kerana pernah muncul dalam beberapa rancangan televisyen, antaranya termasuklah The Big Bang Theory.

Stephen Hawking sebenarnya mati 55 tahun lalu

Bagi Hawking yang nama sebenarnya Stephen William Hawking selagi nyawa melekat di badan dia akan terus menjelajah dunia ilmu merentasi alam semesta.

Dilahirkan pada 8 Januari 1942 di Oxford, Britain. Hawking didiagnos menghidap Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) pada 1963 ketika berusia 21 tahun.

Biasanya, mereka yang menghidap penyakit ini hanya mampu bertahan 2 hingga 5 tahun namun tidak bagi Hawking. Ahli fizik terkemuka ini mampu bertahan hingga 55 tahun sebelum menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

ALS yang dikenali juga sebagai penyakit Lou Gehrig atau penyakit motor neuron (MND) adalah penyakit yang mempengaruhi sel-sel saraf di otak dan sumsum tulang belakang.

Ia menyebabkan kematian neuron motorik, yang mengakibatkan otak hilang kemampuan untuk mengendalikan gerakan otot.

Ketika otot dalam diafragma dan dinding dada gagal berfungsi, ia akan hilang kemampuan untuk bernafas.

Daripada 10 kes ALS, satu adalah kerana genetik, 90 peratus lagi masih menjadi misteri.

Gejala awal ALS mungkin sering diabaikan. Antaranya seperti kulit berkedut kekejangan, lemah otot lengan atau kaki, kesukaran bertutur dan kesulitan mengunyah atau menelan.

Gejala lanjutan seperti masalah pernafasan dan kelumpuhan. Kematian biasanya disebabkan kegagalan pada otot-otot pernafasan.

ALS tidak mempengaruhi kemampuan seseorang untuk melihat, mencium, merasakan, mendengar, atau mengenali sentuhan.

FAKTA MENARIK STEPHEN HAWKING

1. Diberitahu Mempunyai Beberapa Tahun Untuk Hidup Ketika Berusia 21 Tahun

Stephen mula menunjukkan simptom lemah gemalai ketika di universiti dan sekembalinya ke rumah ketika cuti Krismas, keluarga beliau sedar akan perubahan Stephen dan mendesak beliau untuk bertemu doktor.

Tidak lama selepas menyambut hari kelahiran ke-21, beliau bertemu dengan doktor dan menjalani ujian selama 2 minggu bagi mengesan apa penyakit yang dihidapi beliau.

Stephen diberitahu bahawa beliau menghidapi amyotrophic lateral sclerosis (ALS), atau nama lainnya penyakit Lou Gehrig.

ALS adalah sejenis penyakit saraf yang mana pesakitnya akan kehilangan kebolehan mengawal otot (yang boleh dikawal).

Beliau turut diberitahu oleh doktor bahawa dia tidak akan hidup lama, mungkin beberapa tahun sahaja lagi.

Beliau terkejut dan mempersoalkan mengapa perkara tersebut terjadi kepada beliau namun, melihat seorang kanak-kanak yang sedak nazak akibat leukemia ketika di hospital, beliau sedar ada yang lebih teruk diuji berbanding beliau.

2. Penulis Buku Kanak-Kanak

Antara perkara menarik yang paling tidak disangka tentang Stephen Hawking adalah kerjaya beliau sebagai penulis buku kanak-kanak.

Pada tahun 2007, beliau telah bekerjasama dengan anak perempuan beliau iaitu Lucy Hawking untuk menulis sebuah buku berjudul 'George's Secret Key to the Universe'.

Buku berkenaan berkisar tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama George yang memberontak terhadap keluarga kerana kebencian ibu bapanya terhadap teknologi. Dia mula berkawan dengan jirannya yang merupakan seorang ahli fizik berkomputer.

Komputer tersebut merupakan komputer paling berkuasa di dunia, yang boleh menhubungkan mereka dengan ruang angkasa melalui portal.

Tujuan buku ini ditulis adalah untuk menerangkan konsep saintifik yang berat seperti black holes dan permulaan kehidupan di dunia, kepada kanak-kanak.

3. Mendapat Keputusan Akademik Yang Teruk Ketika di Sekolah

Ketika berumur 9 tahun, gred keputusan peperiksaan beliau adalah antara yang paling teruk dalam kelas. Dengan sedikit usaha, gred beliau semakin baik, namun bukan yang terbaik.

Walaupun keputusan teruk, guru-guru dan rakan-rakan beliau percaya bahawa beliau seorang yang genius, dan beliau mendapat gelaran 'Einstein' ketika di sekolah. Mungkin aura beliau yang membuatkan ramai sedar akan kebijaksaan yang dimiliki.

Bapa beliau mahu beliau melanjutkan pelajaran ke Oxford University, namun mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan, dan beliau perlu bersungguh dalam pelajaran untuk mendapatkan biasiswa ke sana.

Akhirnya, ketika peperiksaan bagi mendapatkan biasiswa, beliau berjaya mendapat markah penuh bagi subjek fizik.

4. Kalah Dalam Pertaruhan Tentang Black Holes

Pada tahun 1975, Stephen mencadangkan bahawa black holes sebenarnya bukanlah hitam, malah ia mengeluarkan tenaga.

Dalam masa yang sama, beliau berkata 'informasi' akan turut diserap ke dalam black holes dan kemudiannya tersejat.

Seorang ahli teoretikal fizik bernama John Preskill tidak bersetuju dengan kenyataan Stephen. Pada tahun 1997, mereka membuat pertaruhan tentang perkara tersebut.

Pada tahun 2004, Stephen mengaku bahawa beliau salah tentang kenyataan beliau pada 1997.

Menariknya tentang Stephen, walaupun seorang yang genius, dia tidak malu untuk mengaku kesalahannya.

5. Benci Subjek Biologi

Stephen Hawking mempunyai kecenderungan terhadap subjek matematik dari awal usia lagi, dan berharap dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang ini.

Namun, bapa beliau mempunyai harapan untuk beliau menjadi seorang doktor.

Dalam semua subjek sains, subjek paling tidak disukai beliau adalah subjek biologi kerana baginya, subjek tersebut 'tidak tepat dan terlalu deskriptif'.

Stephen lebih suka untuk menggunakan minda terhadap sesuatu yang lebih tepat, dengan konsep yang lebih jelas.

6. Sebahagian Daripada Pasukan Mendayung Ketika di Oxford University

Ketika tahun pertama di University of Oxford, Stephen berasa sunyi dan tidak gembira dan satu-satunya perkara yang membuatkan dia lupa sebentar perasaan tersebut adalah dengan menjadi sebahagian daripada pasukan mendayung di Oxford.

Sebelum dikesan dengan penyakit yang bakal menyebabkan kehilangan kebolehan fizikal, Stephen tidak mempunyai kekuatan fizikal dan bina badan seperti ahli sukan.

Namun, pasukan mendayung mengambil ahli yang kecil seperti beliau untuk peranan sebagai 'coxswains'.

Peranannya bukanlah sebagai pendayung, namun lebih kepada mengawal steering dan kadar kelajuan dayungan.

Pasukan mendayung sangat penting di Oxford, dan sangat sukar untuk menyertainya. Menjadi sebahagian daripada pasukan tersebut, dengan peranan yang dimainkan, dia menjadi sangat terkenal di Oxford.

7. Membantu Mencipta 'Boundless Universe Theory'

Pada tahun 1983, Stephen bersama seorang lagi saintis Jim Hartle berjaya mencipta teori tentang alam semesta yang sentiasa berkembang bersama masa.

Pada tahun tersebut, mereka menggabungkan konsep kuantum mekanik dengan general relativity (teori Einstein berkenaan graviti dan bagaimana masa membengkokkan ruang) bagi menunjukkan bahawa alam semesta adalah sebuah identiti terkawal dan tidak mempunyai sempadan.

8. Menerima Pelbagai Anugerah Kecemerlangan

Sepanjang karier dalam bidang fizik, Stephen Hawking telah menerima pelbagai anugerah atas pencapaian beliau.

Pada tahun 1974, beliau telah dilantik menjadi sebahagian daripada Royal Society di UK, dan setahun kemudian, Pope Paul VI menganugerahkan beliau Medal for Science. Beliau turut menerima Albert Einstein Award dan Hughes Medal daripada Royal Society.

Pencapain beliau turut menarik perhatian dunia akademik dan pada tahun 1979 beliau berjaya mendapat jawatan Lucasian Professor of Mathematics di University of Cambridge.

Jawatan tersebut disandang beliau selama lebih 30 tahun sehingga dia meninggal dunia. Jawatan sama pernah dipegang oleh Sir Isaac Newton.

Terdapat banyak lagi anugerah yang diterima beliau dari peringkat negara dan antarabangsa, namun beliau masih belum berjaya mendapatkan anugerah Nobel Prize.

Nobel Prize merupakan anugerah yang dianggap terbaik bagi beberapa kategori, sains adalah salah satu daripadanya.

9. Percaya Kemungkinan Wujudnya Makhluk Asing

Bagi Stephen, memandangkan alam semesta begitu luas, kemungkinan besar wujudnya kehidupan makhluk asing yang hidup secara primitif di luar sana dan kemungkinan juga wujudnya alien yang bijak pandai.

Menurut Stephen, manusia perlu berhati-hati dengan makhluk asing, kerana terdedahnya kita kepada makhluk ini boleh menyebabkan komplikasi kesihatan.

Manusia mungkin tidak mempunyai kekuatan terhadap penyakit yang boleh berjangkit daripada makhluk asing ini.

Berfikiran positif

Sehingga akhir hayatnya Stephen Hawking menghabiskan kehidupannya di kerusi roda. Mengapa beliau bertahan cukup lama? Mungkin kerana fikirannya yang tajam selain pemikirannya yang sentiasa positif.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: malaysiakini | beautifulnaara

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Leica sememangnya jenama kamera premium sejak dari dahulu lagi, menawarkan kemasan secara handmade serta penawaran lensa yang memukau antara yang membuatkan jenama ini berjaya memiliki jumlah peminat yang ramai.

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Pada awal Mac 2018 ini, model kamera Leica 0-series yang dihasilkan pada tahun 1923 berjaya menjadi kamera Leica termahal pernah dijual dengan harga bidaan $2.95 juta (~RM11.5 juta).

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta
Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta
Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta
Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Difahamkan, kondisi yang kelihatan seakan kamera baru serta masih berfungsi antara yang membuatkan kamera berusia 95 tahun ini mendapat tanda harga yang tinggi.

Kamera Leica Tahun 1923 Terjual USD$2.95 Juta

Lebih unik, cuma 25 unit kamera dihasilkan berdasarkan model ini. Rare bukan?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Ibnu Al-Haitham, Ilmuwan Islam Pencipta Pertama Kamera

sumber: thevocket

Suami Isteri Terkejut Rupanya Pernah 'Dipertemukan Jodoh' 18 Tahun Sebelumnya!

Suami Isteri Terkejut Rupanya Pernah 'Dipertemukan Jodoh' 18 Tahun Sebelumnya!

Sepasang suami isteri di China terkejut kerana baru saja mengetahui bahawa mereka pernah ‘dipertemukan’ 18 tahun lalu dan semua bukti itu tanpa sengaja tercetak dalam sekeping gambar lama, lapor media tempatan, Sina News.

Suami Isteri Terkejut Rupanya Pernah 'Dipertemukan Jodoh' 18 Tahun Sebelumnya!

Kisah ini membuka persoalan tentang suratan atau kebetulan.

Ye dan isterinya Xue, bertemu dan jatuh cinta pada tahun 2011 di Chengdu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang anak perempuan kembar.

Namun hanya baru-baru ini, mereka menyedari bahawa mereka pernah melawat Dataran 4 Mei di bandar pesisiran laut, Qingdao, pada hari dan waktu yang sama.

Ye menyedari hal tersebut pada 4 Mac 2018 lalu di kediaman keluarga mertuanya, apabila dia sedang membelek gambar-gambar lama isterinya ketika muda.

Mengikut ceritanya, Xue pada tahun 2000 telah ke dataran itu bersama ibunya, yang bercuti di bandar itu selepas si ibu menjalani pembedahan.

Pada masa yang sama, Ye juga berada di dataran itu bersama rombongannya dan telah bergambar di hadapan tugu arca yang menjadi tarikan di situ.

Xue yang berpakaian serba putih turut bergambar di hadapan tugu arca di dataran itu, tanpa mengetahui bahawa kelibat seorang lelaki yang tanpa sengaja terakam dalam gambarnya, adalah lelaki yang dikahwininya 18 tahun kemudian!

Ye yang melihat latar foto isterinya itu serta-merta mengenali dirinya sendiri.

“Saya pernah dengar isteri saya kata dia pernah melawat Qingdao. Saya juga pernah ke situ dan bergambar di dataran tersebut. Namun selama ini tidak pernah mengesyaki apa-apa.

"Apabila saya melihat gambar itu, saya terkejut dan bulu roma saya berdiri. Itu adalah saya, itu adalah ‘pose’ saya, namun dari sudut berbeza,” ujar Ye.

Ye kemudian berjaya mencari semula gambarnya di dataran itu dalam simpanannya untuk mengesah dan membandingkan kedua-dua gambar tersebut.

Bagi Ye dan Xue, penemuan itu sesuatu yang amat luar biasa, istimewa dan membawa kegembiraan berganda dalam hidup mereka sekeluarga.

Kini kisah mereka menjadi viral di China dan ramai yang mengulas bahawa mereka sememangnya ditakdirkan untuk bersama!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Tuesday, March 13, 2018

Kajian Buktikan Asap Vape Sama Seperti Toksik Rokok

Kajian Buktikan Asap Vape Sama Seperti Toksik Rokok

Beberapa tahun lalu, penggunaan vape menjadi trending dan antara alasan popular digunakan oleh penghisap vape ialah rokok elektronik mereka ini lebih selamat jika dibandingkan dengan menghisap rokok.

Kajian Buktikan Asap Vape Sama Seperti Toksik Rokok
Gambar hiasan.

Namun, penjualan vape kini tidak lagi setinggi dahulu selepas fatwa pengharaman telah dikeluarkan dan begitu juga halangan jualan di beberapa negeri.

Ramai pengguna vape mengatakan larangan yang dikeluarkan tidak munasabah kerana rokok terjual dengan meluas walaupun jauh lebih berbahaya.

Kajian terbaru dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health mendapati pendapat ini adalah menyimpang dari fakta sains.

Sebanyak 56 jenis mesin vape telah diuji di dalam kajian ini namun analisa cecair vape yang digunakan tidak menemui peratusan logam toksik yang tinggi.

Tetapi, apabila ujian dilakukan ke atas asap yang dihasilkan, mereka menemui kepekatan yang tinggi logam toksik kromium, nikel dan kadmium.

Malah, kepekatan yang disukat adalah lebih tinggi berbanding yang ditemui pada rokok. Kepekatan plumbum pula sama seperti rokok.

Sumber logam ini adalah pada elemen pemanas di dalam vape. Ia lebih tinggi pada vape yang baru berbanding yang sudah agak lama digunakan.

Pengguna vape yang kerap menukar elemen pemanas turut terdedah kepada kepekatan logam toksik yang lebih tinggi.

Banyak kajian sedang dilakukan ke atas vape bagi melihat kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan tubuh manusia.

Pada awal kurun ke-20, rokok pernah diiklankan sebagai baik untuk kesihatan dengan rokok disarankan oleh sesetengah doktor untuk penyakit seperti lelah.

Tetapi, selepas kajian dilakukan dengan lebih teliti, jelas sekali rokok menyebabkan kanser.

Cuma isu persoalan yang timbul adalah, kenapa rokok biasa masih tidak ditangkap penjualannya?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 'Vape Samalah Seperti Tangkap Orang Berkhalwat Tapi Biarkan Rumah Pelacuran..'

sumber: amanz

Tempoh Masa Memadam Mesej Typo Di WhatsApp Dipanjangkan

Tempoh Masa Memadam Mesej Typo Di WhatsApp Dipanjangkan

Ketika mula-mula diperkenalkan sebagai cara untuk memadam mesej yang tidak sengaja dihantar atau mengandungi typo, fungsi yang tersedia di WhatsApp ini mendapat kemaskini terbaru.

Tempoh Masa Memadam Mesej Typo Di Whatsapp Dipanjangkan

Fungsi yang memberikan peluang kepada para pengguna WhatsApp memadam mesej yang dihantar kurang daripada tujuh minit kini telah dipanjangkan kepada satu jam dan lapan minit.

Pertambahan masa untuk anda memadam mesej ini membolehkan para pengguna mempunyai masa yang lebih lama untuk menyemak semula mesej yang dihantar khususnya di WhatsApp Group.

Pastikan anda mengemaskini aplikasi WhatsApp sebelum menggunakan fungsi terbaru daripada WhatsApp ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Aplikasi Hebat Setanding Whatsapp

sumber: thevocket

Wanita Ketagih 'Erotic Asphyxiation' Mati Angkara Hubungan Intim Cara Pelik!

Wanita Ketagih 'Erotic Asphyxiation' Mati Angkara Hubungan Intim Cara Pelik!

Seorang wanita cantik, Chloe Miazek, maut selepas dicekik ketika sedang melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki yang ditemuinya di sebuah perhentian bas gara-gara kedua-duanya memiliki minat dan keinginan seks pelik.

Wanita 'Erotic Asphyxiation' Mati Angkara Hubungan Intim Cara Pelik!

Mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di rumah flat milik Mark Bruce, 32, di Aberdeen, Scotland pada awal November tahun lalu.

Lebih malang, Chloe maut selang beberapa hari sebelum sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-21.

Ketika sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Aberdeen, Chloe dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika bertemu dengan Mark Bruce.

Kedua mereka kemudiannya bersetuju untuk mengadakan hubungan seks bersama akibat mempunyai keinginan seks yang sama.

Mahkamah memberitahu, pasangan itu juga mempunyai minat pelik yang sama untuk melakukan 'erotic asphyxiation' iaitu menyekat pernafasan untuk mendapat kepuasan seks.

Bagaimanapun Chloe mati sejurus selepas dicekik pasangannya itu.

Tidak lama selepas itu, Mark dikatakan mundar-mandir di jalanan berdekatan kediamannya sebelum menyerah diri di balai polis Rosemount dan menceritakan perihal kematian Chloe kepada pegawai di balai polis berkenaan.

Timbalan pendakwaraya, Jo McDonald mengatakan keterangan Mark adalah sama seperti yang dilaporkan oleh pegawai penyiasat.

Mark Bruce dilaporkan mengaku bersalah melakukan pembunuhan tanpa niat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia

Pembinaan Tembok Benin di benua Afrika dianggap amat menakjubkan apabila manusia pada zaman dahulu mampu membina sebuah kota yang sangat besar. Keluasan keseluruhan Kota Benin menjangkau 16,000 kilometer serta memiliki rangkaian sempadan sebanyak 500 buah dilokasi tertentu.

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia

Menurut pengkaji, Kota Benin dipercayai empat kali ganda lebih panjang daripada Tembok Besar China dan menggunakan seratus kali lebih banyak bahan binaan berbanding Piramid Giza.

Kota Benin dianggap sebagai peninggalan arkeologi terbesar di dunia yang pernah diketahui.

Pembinaan Kota Benin dikatakan bermula seawal 800 tahun Masihi dan siap sepenuhnya pada tahun 1460 Masihi.

Kota Benin wujud ketika zaman pemerintahan Afrika kuno dikenali sebagai Benin dengan pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di Edo, selatan Nigeria.

Kerajaan Benin merupakan sebuah pemerintahan lama yang terkenal di bahagian barat benua Afrika sehingga abad ke 17.

Kota Benin dipercayai merupakan idea seorang pemerintah kerajaan tersebut bernama Oba Oguola, dengan tujuan utama sebagai sistem pertahanan.

Pembinaan tembok ini bermula selepas ia mula menjadi tumpuan penceroboh dan musuh luar yang selalu melakukan serangan untuk mengambil-alih kerajaan Benin.

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia

Pada peringkat awal, sebanyak 20 parit kecil digali disekitar kota dan kampung dibawah penguasaan kerajaan tersebut.

Bagaimanapun, ketika zaman pemerintahan Oba Oguola, pembinaan belum berjaya disiapkan sepenuhnya.

Kerja-kerja pembinaan diteruskan oleh Oba Ewuare the Great selepas itu.

Bagi mengukuhkan lagi sistem pertahanan kota, Oba Ewuare mengarahkan lebih banyak parit digali.

Tahukah anda, parit-parit yang digali merangkumi keluasan sehingga 3,200 kilometer.

Selain itu, sembilan pintu gerbang utama telah dibina sekaligus bagi memperkukuhkan lagi benteng pertahanan.

Selain parit, sistem pertahanan kota juga diperkukuhkan lagi dengan pembinaan dua lapis tembok besar berbentuk bulat.

Uniknya, ukuran ketinggian tembok ini dikatakan menyamai ukuran sebuah bangunan dua tingkat.

Menghalang Perhambaan

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia

Lebih sistematik, setiap sudut tembok dikawal ketat sepanjang masa oleh pengawal bersenjata untuk mengesan sebarang ancaman dari musuh.

Biarpun dikawal ketat, kota utama Benin masih terbuka kepada orang luar dengan beberapa syarat keselamatan yang perlu dipatuhi.

Menurut catatan oleh seorang Kapten kapal dari Portugis, Lorenzo Pinto pada tahun 1674, kota Benin merupakan kawasan paling selamat untuk diduduki.

Sewaktu diberi peluang melawat lokasi itu, Lorenzo menggambarkan kota Benin lebih luas jika dibandingkan dengan tempat asalnya di Lisbon.

Selain menghindari ancaman penceroboh, Tembok Benin juga dibina untuk melindungi rakyatnya daripada menjadi mangsa perhambaan oleh penjajah dari Eropah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tembok Besar Kumbhalgarh Kedua Terbesar Selepas The Great Wall of China

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, March 12, 2018

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Kapal layar merupakan salah satu permainan mewah buat orang-orang ternama dan terkenal yang melambangkan contoh keunggulan kehidupan kaya-raya mereka, seolah wang yang ada tidak tahu mahu disalurkan ke mana lagi

Berikut adalah 10 Kapal Layar Paling Mewah Di Dunia.

10. The Rising Sun (200 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Kapal ini direka bentuk oleh Jon Bannenberg dan dibuat oleh pengeluar kapal dari Jerman, Lürssen, yang dibuat untuk Larry Ellison, CEO kepada Oracle Corporation.

Pada tahun 2010, kapal ini bertukar hak miliknya kepada David Geffen, seorang penerbit filem di Amerika.

5 tingkat kapal ini dilengkapi dengan 82 buah bilik dan antara kelengkapan lain yang terdapat di kapal ini ialah, bilik mandi jakuzi, gimnasium, spa dan sauna, panggung wayang peribadi dengan skrin plasma gergasi, dan gelanggang bola keranjang yang boleh digunakan sebagai helipad untuk pendaratan helikopter.

9. Seven Seas (200 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Dibuat oleh Oceanco, pengeluar kapal dari Belanda dan dimiliki oleh Steven Spielberg, pengarah filem Hollywood terkenal.

Terdapat satu helipad, kolam renang, pawagam, gimnasium, dan dek peribadi untuk pemilik kapal.

Kapal ini boleh memuatkan 12 tetamu dan juga 26 anak kapal.

8. Lady Moura (210 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Kapal layar mewah ini dimiliki oleh seorang ahli perniagaan dan billionaire Arab Saudi, Nasser Al-Rashid dan dibuat oleh syarikat Blohm+Voss.

Perhiasan dan ukiran tulisan nama di kapal ini diperbuat daripada emas 24 Karat.

Kapasitinya pula boleh memuatkan 30 orang tetamu dan 60 orang anak kapal dan ia menduduki tangga ke-9 kapal layar peribadi terbesar pada tahun pembuatannya,1990 dan jatuh ke tangga 28 pada tahun 2014.

Kapal ini berupaya bergerak pada kelajuan 20 knot.

7. Al Mirqab (250 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Arkitek untuk reka bentuk kapal ini ialah Tim Heywood. Reka bentuk dalamannya pula adalah hasil sentuhan Andrew Winch Designs dan pembuatan kapal oleh Peters Schiffbau Wewelsfleth dari Jerman.

Kapal layar mewah ini dihasilkan untuk pemiliknya, bekas perdana menteri Qatar, Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani.

Kapal ini mempunyai 10 sut bilik untuk tetamu. Setiap sut mempunyai bilik tidur yang dilengkapi dengan katil besar untuk 2 orang dan juga bilik air.

Selain itu, kapal ini juga tersedia dengan kolam renang, pawagam, helipad, 2 bilik VIP untuk pemilik dan dek untuk berjemur. Ia mampu memuatkan 24 orang tetamu dan juga 55 orang anak kapal.

Kapal ini boleh berlayar pada kelajuan 20.3 knot.

6. Dilbar (263 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Alisher Usmanov, seorang ahli perniagaan dan billionaire dari Russia adalah pemilik kepada kapal layar mewah ini. Nama kapal ini dipilih sempena mengingati nama mendiang ibunya.

Reka bentuknya adalah hasil sentuhan Tim Heywood dan ia dibuat oleh pengeluar kapal dari Jerman, Lürssen.

Sebanyak 47 orang anak kapal bertugas mengendali kapal ini dan ia dapat menampung 20 orang tetamu. Kapal ini mempunyai ukuran 360 kaki panjang dan 50 kaki tinggi.

Ia mampu mencapai kelajuan 21 knot.

5. Al Said (300 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Semasa pelancarannya pada tahun 2007, ia dikatakan kapal layar kedua terbesar di dunia. Sekarang ia menduduki tempat keempat.

Kapal ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 2008 oleh pengeluar kapal dari Jerman, Lürssen. Kapal ini dinamakan sempena nama pemiliknya Qaboos bin Said Al Said, Sultan negara Oman.

Kapal layar yang besar ini boleh menampung seramai 70 orang tetamu dan ini belum termasuk dengan 154 orang anak kapalnya.

Kapal ini boleh bergerak pada kelajuan 22 knot.

Terdapat ruang untuk pendaratan helikopter(helipad) di bahagian belakang kapal ini dan di khabarkan kapal ini mempunyai pentas untuk konsert.

4. Superyacht A (323 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Kapal ini dinamakan sempena singkatan nama pemiliknya dan isteri, Andrey Melnichenko dan Aleksandra.

Reka bentuk kapal ini adalah hasil rekaan Philippe Starck. Dibuat pada tahun 2008 oleh pengeluar kapal Jerman, Blohm & Voss dan siap pada tahun 2009.

Kapal ini tersedia dengan helipad di bahagian hadapan untuk pendaratan helikopter. Terdapat dua bot kecil di bahagian sisi kapal bagi memudahkan pemiliknya bersiar dan berlabuh di persisiran pantai.

Kapal ini juga dilengkapi dengan 3 buah kolam renang, dikendalikan oleh 42 orang anak kapal dan ia boleh memuatkan 14 orang tetamu.

3. Dubai (350 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Pada mulanya ia dikenali dengan nama Platinum 525 dan ditempah oleh adinda Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah pada tahun 1996.

Projek pembinaan bagaimanapun terhenti sebelum disambung semula untuk pembeli baru iaitu Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, pemerintah Dubai dan juga perdana menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Seperti kapal Superyacht A, kapal mewah ini juga dibuat oleh pengeluar kapal Jerman, Blohm & Voss.

Kapal ini tersedia dengan 5 bilik untuk VIP dan 6 bilik untuk tetamu. Antara kemudahan lain yang tersedia ialah, helipad untuk pendaratan helikopter, kolam renang, tempat BBQ, pawagam, disko, gimnasium, dan garaj untuk kapal selam bagi kapal layar ini.

Kapal ini boleh menampung seramai 115 orang termasuk anak kapal.

2. Eclipse (800 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Kapal ini juga dikeluarkan oleh syarikat Blohm & Voss. Kapal ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan di antaranya dua helipad untuk pendaratan helikopter, 24 kabin untuk tetamu, 2 buah kolam renang, beberapa tab panas, dan juga disko.

Selain itu, ia juga dilengkapi 3 buah bot kecil dan sebuah kapal selam mini.

Seramai 70 orang anak kapal terlibat dalam mengendalikan kapal ini dan apa yang menarik ialah, ia dilengkapi dengan sistem perlindungan peribadi yang mampu mengesan kamera menerusi cahaya yang dikeluarkan oleh kamera dan menghalang kamera tersebut dari mengambil gambar peribadi pemilik kapal ini.

Satu lagi sistem pertahanan yang hebat dimiliki oleh kapal ini ialah ia dilengkapi dengan sistem pertahanan peluru berpandu.

Pada 9 Disember 2010, kapal ini telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pembelinya iaitu seorang ahli perniagaan terkenal Rusia dan juga billionaire, Roman Abramovich.

1. History Supreme (4.5 Bilion USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Ia merupakan kapal termahal di dunia pada masa ini. Projek kapal ini digalas oleh seorang tukang emas terkenal, Stuart Hughes.

Beliau memang terkenal dengan beberapa ciptaan unik termasuklah rekaan khas iPhone yang berharga 15 Juta USD.

Untuk kapal ini pula, dikhabarkan beliau telah menggunakan 100 ribu kilogram emas kuning dan putih untuk hiasan luaran serta sumber dari meteorit bagi hiasan dalaman.

Dikatakan juga beliau menggunakan tulang dinosaur T-Rex untuk membuat tugu serta berlian 18.5 Karat untuk botol minuman keras.

Projek kapal ini mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada pembelinya, seorang ahli perniagaan yang kaya dari Malaysia.

Desas-desus mengatakan pembeli itu adalah Robert Kuok.

Tambahan

Equanimity (250 Juta USD)

10 Kapal Layar Mewah Paling Mahal Di Dunia

Kapal yang didaftarkan di Kepulauan Cayman dilaporkan telah dibina khas untuk ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low pada tahun 2014 pada harga AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion).

Equanimity adalah satu-satunya jenis kapal layar yang ditempah khas dan mempunyai sauna, bilik urut, dan kolam terjun, serta ruang tamu yang besar.

Terdapat beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa kapal layar itu pernah digunakan sebagai menganjurkan beberapa parti dan pesta yang dihadiri termasuk oleh bintang Hollywood, seperti Leonardo DiCaprio.

Malangnya, Equanimity telah dirampas oleh FBI untuk siasatan kerana disyaki merupakan sebahagian dari aliran wang skandal 1MDB.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Kapal Selam Terbaik Sewaktu Perang Dunia Kedua

sumber: mahalgila

7 Tips Mencairkan Hati Lelaki, Rahsia Memikat Untuk Mencari Calon Suami

7 Tips Mencairkan Hati Lelaki, Rahsia Memikat Untuk Mencari Calon Suami

Wanita adalah manusia juga mahu bahagia, seperti impian setiap insan ingin dibelai rasa cinta, mencari pasangan dan calon suami.

7 Tips Mencairkan Hati Lelaki, Rahsia Memikat Untuk Mencari Calon Suami

Tips di bawah ni boleh membantu wanita di luar sana bagaimana untuk memikat lelaki yang mereka sukai, malah untuk isteri juga boleh kerana ianya adalah sinomin dengan sifat istimewa wanita.

Kalau anda sudah berkenan dekat lelaki yang selalu di dambakan, disyorkan ada ciri ciri ini:
  • Tak tinggal solat.
  • Amanah dan penyayang.
  • Tak merokok.
  • Tidak kedekut.
  • Hormat kamu sebagai wanita, sebagai hamba Allah.
  • Tak ambil kesempatan nak pegang tangan, nak ajak dating bagai.

Kalau korang ada lelaki macam gini, boleh teruskan kut cinta dan sayang.

Tips 1: Sifat kelembutan

Lelaki memang mudah terpikat dengan kelembutan, kerana kelembutan bukan sifat lelaki pada asasnya.

Lelaki biasanya dikaitkan dengan sifat macho, agak keras di dalam menghadapi situasi kehidupan , maka kekurangan pada lelaki akan dilengkapkan oleh sifat kelembutan wanita.

Lelaki akan cair dengan kelembutan wanita. Suami dan lelaki akan terpikat pada kasih sayang, sifat keibuan, mengambil berat serta kelembutan sebagai sifat natural wanita.

Pamerkan kelembutan kerana ianya melengkapkan jiwa lelaki. Lelaki akan meletakan kelembutan wanita sebagai keutamaan bila ianya sudah yakin untuk berumahtangga.

Lelaki yang berfikiran matang, biasanya mempunyai visi di dalam kehidupannya di masa akan datang, akan memilih wanita yang penuh sifat kelembutan, untuk menjadi antara tunggak membina keluarga penyayang serta boleh menyayangi anak atau zuriatnya.

Jadi, ambil perhatian sebab secara semulajadinya wanita memang bersifat lemah lembut.

Tips 2: Sifat Manja

Lelaki pada asasnya garang, cepat melenting (biasanya bila egonya tercabar) dan ganas di dalam sesetengah situasi.

Cuma bab ni korang jangan gedik sudahlah. Ianya berbeza dengan sifat keanak-anakan. Sifat ini boleh menghiburkan serta boleh memukau lelaki.

Lelaki amat menyukai wanita yang mempunyai kelembutan dan disempurnakan dengan sifat manja.

Kalau wanita yang sudah berkahwin, sifat manja dan ceria boleh menyebabkan suami terpukau.

All out manja bila kena dengan tempat dan masanya, korang akan memenangi hati lelaki kerana kelembutan adalah titik kelemahan lelaki.

Seorang suami yang angin dan marah marah mungkin sukar dipujuk, namun seorang istei boleh meredakan kemarahan suami melalui kelembutan dalam percakapan, pertanyaaan dan belaian yang boleh meredakan keadaan.

Tips 3: Menerima seadanya

Lelaki akan mencari calon isteri yang boleh menerima seada keadaan diri dan pekerjaannya.

Sebab apa, kejayaan dan kehebatan lelaki biasanya dikaitkan dengan wanita yang memberi sokongan yang kuat kepadanya, terutama bila dia dalam kesusahan.

Wanita mampu memberikan sokongan yang tak berbelah bagi pada dirinya dengan dorongan dan sokongan isteri.

Tips 4: Mengerti kerjaya dan keadaan hidup dan kehidupan lelaki

Lelaki akan tenang, jika ada wanita sentiasa memahami keadaan dirinya kerana sifat wanita yang mudah mengalah, boleh memaafkan, boleh memilih timing yang tepat untuk berleter, berbincang dan bergurau.

Waktu yang betul serta memahami adalah kunci memiliki lelaki atau Mr right yang anda idamkan.

Tips 5: Menjaga penampilan dan imej

Semua manusia suka kepada kecantikan. Lelaki suka kepada wanita atau gadis yang kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik.

Menjadi kebanggaan lelaki memiliki wanita yang cantik walaupun begitu kecantikan sangatlah subjektif sebenarnya di mata lelaki.

Begitu hebat kuasa Allah SWT meletakkan nilai kecantikan berbeza-beza pada pandangan manusia, ianya begitu unik sekali.

Mungkin anda melihat seorang lelaki itu kacak tak terkalah, namun pada pandangan mata wanita lain biasa sahaja.

Jadi, jaga penampilan korang kerana apabila ianya dipadukan dengan tips 1-4 sahaja sudah boleh mencairkan lelaki.

Tips 6: Memiliki Dan Menjaga Kehormatan Diri

Bab ni nampak macam skema tapi paling penting buat lelaki. Kalau aku tanya korang sweet atau coklat yang korang jumpa tepi jalan, yang terdedah kena panas, debu, hujan, habuk dengan coklat yang korang jumpa tersimpan rapi di dalam almari kedai yang di display masih belum dibuka, masih lagi siap dengan tanda harga, yang mana korang agak akan jadi pilihan?

Walaupun nampak simple tetapi penting. Wanita kena jaga maruah dirinya. Lelaki suka gadis yang menghormati diri sendiri, bersikap sopan dan mempunyai etika, tahu batas untuk berjumpa, bersembang dan berbincang dan tidak sesekali membiarkan lelaki memperlakukan diri sesuka hati.

Jagalah maruah diri dan keluarga. Lelaki suka wanita yang berilmu, intelek dan berani mempertahankan hak mereka

Tips 7: Kecantikan Dalaman

Kecantikan dalaman datang dari hati yang ikhlas. Korang sudah jatuh cinta dan ingin memikat hati Mr Right dan anda memang ikhlas.

Kecantikan wanita atau gadis bukan hanya diukur dari segi luaran sahaja tetapi juga dari hati kerana ianya mampu memancarkan keikhlasan dan menjernihkan wajah.

Penampilan penting, wajah yang comel dan cantik penting tetapi kecantikan dalaman merupakan kecantikan tak terkalah.

Ianya cerminan akhlak dan peribadi yang anda tak boleh dibuat-buat atau secara sengaja dan lelaki akan melihat ini sebagai lambang kecantikan sebenar gadis atau wanita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lovehijau