Tuesday, March 13, 2018

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia


Pembinaan Tembok Benin di benua Afrika dianggap amat menakjubkan apabila manusia pada zaman dahulu mampu membina sebuah kota yang sangat besar. Keluasan keseluruhan Kota Benin menjangkau 16,000 kilometer serta memiliki rangkaian sempadan sebanyak 500 buah dilokasi tertentu.

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia

Menurut pengkaji, Kota Benin dipercayai empat kali ganda lebih panjang daripada Tembok Besar China dan menggunakan seratus kali lebih banyak bahan binaan berbanding Piramid Giza.

Kota Benin dianggap sebagai peninggalan arkeologi terbesar di dunia yang pernah diketahui.

Pembinaan Kota Benin dikatakan bermula seawal 800 tahun Masihi dan siap sepenuhnya pada tahun 1460 Masihi.

Kota Benin wujud ketika zaman pemerintahan Afrika kuno dikenali sebagai Benin dengan pusat pemerintahan kerajaan ini terletak di Edo, selatan Nigeria.

Kerajaan Benin merupakan sebuah pemerintahan lama yang terkenal di bahagian barat benua Afrika sehingga abad ke 17.

Kota Benin dipercayai merupakan idea seorang pemerintah kerajaan tersebut bernama Oba Oguola, dengan tujuan utama sebagai sistem pertahanan.

Pembinaan tembok ini bermula selepas ia mula menjadi tumpuan penceroboh dan musuh luar yang selalu melakukan serangan untuk mengambil-alih kerajaan Benin.

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia

Pada peringkat awal, sebanyak 20 parit kecil digali disekitar kota dan kampung dibawah penguasaan kerajaan tersebut.

Bagaimanapun, ketika zaman pemerintahan Oba Oguola, pembinaan belum berjaya disiapkan sepenuhnya.

Kerja-kerja pembinaan diteruskan oleh Oba Ewuare the Great selepas itu.

Bagi mengukuhkan lagi sistem pertahanan kota, Oba Ewuare mengarahkan lebih banyak parit digali.

Tahukah anda, parit-parit yang digali merangkumi keluasan sehingga 3,200 kilometer.

Selain itu, sembilan pintu gerbang utama telah dibina sekaligus bagi memperkukuhkan lagi benteng pertahanan.

Selain parit, sistem pertahanan kota juga diperkukuhkan lagi dengan pembinaan dua lapis tembok besar berbentuk bulat.

Uniknya, ukuran ketinggian tembok ini dikatakan menyamai ukuran sebuah bangunan dua tingkat.

Menghalang Perhambaan

Keunikan Tembok Benin, Peninggalan Arkeologi Terbesar Di Dunia

Lebih sistematik, setiap sudut tembok dikawal ketat sepanjang masa oleh pengawal bersenjata untuk mengesan sebarang ancaman dari musuh.

Biarpun dikawal ketat, kota utama Benin masih terbuka kepada orang luar dengan beberapa syarat keselamatan yang perlu dipatuhi.

Menurut catatan oleh seorang Kapten kapal dari Portugis, Lorenzo Pinto pada tahun 1674, kota Benin merupakan kawasan paling selamat untuk diduduki.

Sewaktu diberi peluang melawat lokasi itu, Lorenzo menggambarkan kota Benin lebih luas jika dibandingkan dengan tempat asalnya di Lisbon.

Selain menghindari ancaman penceroboh, Tembok Benin juga dibina untuk melindungi rakyatnya daripada menjadi mangsa perhambaan oleh penjajah dari Eropah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tembok Besar Kumbhalgarh Kedua Terbesar Selepas The Great Wall of China

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon