Thursday, March 08, 2018

 Isteri Maut Selepas Suami Guna Bom Mortar Ketika Hubungan Intim

Isteri Maut Selepas Suami Guna Bom Mortar Ketika Hubungan Intim

Seorang wanita di Peru maut selepas suaminya dipercayai menggunakan bom mortar sebagai alat mainan seks. Insiden itu berlaku apabila kedua-dua mereka berada dalam keadaan mabuk.

 Isteri Maut Selepas Suami Guna Bom Mortar Ketika Hubungan Intim
Bom mortar tidak aktif ditemui dalam beg tangan mangsa.

Menurut laporan Daily Mail, Ruben Valera Cornejo memberitahu polis di Arequipa, isterinya, Yubitza Llerena telah memintanya menggunakan objek dari rumah mereka ketika mahu mengadakan hubungan intim.

Valera Cornejo yang ditahan atas kesalahan membunuh mendakwa dia tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku.

Menurutnya, dia tertidur dan hanya mendapati isterinya tidak bergerak selepas dia tersedar dari tidur.

Pegawai penyiasat memberitahu mereka menemui mortar dengan kesan darah dalam beg tangan wanita itu bersama alat mainan seks lain.

Ketua polis Javier Arana dalam satu kenyataan lain berkata, mortar tersebut berukuran 40 sentimeter (sm) panjang dan kira-kira 6 sm lebar itu dipercayai sudah tidak aktif dan dijadikan sebagai barang perhiasan.

"Kami turut menemui ubat tahan sakit yang digunakan mangsa," ujarnya.

 Isteri Maut Selepas Suami Guna Bom Mortar Ketika Hubungan Intim
Polis melakukan siasatan di tempat kejadian.

Sementara itu, bapa mangsa, Washington Llerena menegaskan Valera Cornejo wajar dihukum penjara setelah apa yang dilakukan terhadap anaknya.

"Saya akan terus menuntut bela hingga mendapat pengadilan sepatutnya," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Kesilapan Lelaki Tentang 'Hubungan Asmara'

sumber: mstar

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Ganja atau marijuana adalah bahan terlarang yang jangankan memiliki atau menanam, mengguna sahaja pun adalah satu kesalahan besar di sisi undang-undang.

Namun, bagaimana mahu membezakan antara pokok ganja dengan pokok biasa?

Sebenarnya, banyak sekali spesis pokok marijuana dan berikut adalah 10 jenis pokok ganja.

1. Big Bud

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Ini adalah jenis unggul pohon ganja dengan daun lebat, lebih banyak ganja yang dihasilkan. Boleh tumbuh tinggi dan hidup di kawasan redup. Selain itu bunganya juga cantik

2. Ice

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Bentuknya mirip daun yang berkristal, salah satu jenis pokok ganja yang terkenal, pernah memenangi pertandingan Cannabis Cup pada tahun 1998

3. Skunk #1

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Ganja jenis ini boleh disimpan di dalam ruang atau tempat yang sempit.

4. Northern Lights

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Ganja jenis ini mudah ditanam, mudah tumbuh di dalam kawsan redup dan sekarang sedang dikaji manfaatnya untuk kesihatan.

5. New York City Diesel

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Ganja jenis ini tumbuh baik di tempat redup kecuali iklim tropika. Di tempat redup ganja ini boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan di kawasan terbuka boleh mencapai ketinggian 12 kaki.

6. Lowryder

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Lowryder termasuk pokok ganja berukuran mini sehingga boleh ditanam di pasu. Tingginya cuma 12 inci.

Pertumbuhannya juga cukup pantas, 2-3 minggu fasa benih dan 30-45 hari untuk berbunga dan ganja ini boleh tumbuh dimana saja.

7. Blueberry

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Disebut blueberry kerana menurut beberapa rujukan di internet, ketika pecandu menghisap ganja, aromanya seakan blueberry selain mudah tumbuh di kawasan luar rumah.

8. AK-47

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Kurang pasti kenapa disebut AK-47, mungkin berhkaitan dengan aromanya, namun yang pasti ganja jenis ini senang tumbuh di dalam dan atau luar rumah.

9. Purple Power

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Seperti semua jenis ganja outdoor, Purple Power memerlukan cahaya matahari dan kehangatan, juga boleh tumbuh subur walaupun cuaca kurang.

Ganja jenis ini boleh mencapai ketinggian 5 hingga 6.

10. Afghan

10 Jenis Pokok Ganja Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Ganja jenis ini mengeluarkan bau seperti diesel dan daunnya berminyak. Selain mengkhayalkan, ganja jenis ini diketahui berkhasiat untuk meredakan insomnia dan kesakitan kronik.

P/s: Menanam atau memiliki pokok ganja adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: dairishare

Wednesday, March 07, 2018

Isteri Minta Cerai Suami Tak Belikan Kebab

Isteri Minta Cerai Suami Tak Belikan Kebab

Seorang wanita di Mesir nekad menuntut cerai daripada suaminya hanya kerana tidak mendapat kebab yang dimintanya. Sameeha yang baharu berkahwin selama 40 hari dilaporkan kembali ke rumah keluarganya dan terus memfailkan cerai atas alasan suaminya kedekut.

Bercerai angkara Kebab

Seorang wanita di Mesir nekad menuntut cerai daripada suaminya hanya kerana tidak mendapat kebab yang dimintanya.

Sameeha yang baharu berkahwin selama 40 hari dilaporkan kembali ke rumah keluarganya dan terus memfailkan cerai atas alasan suaminya kedekut.

Apa itu kebab?

Kebab adalah makanan yang terbuat daripada daging lembu atau daging kambing yang digiling kasar dan diolah dengan rempah khusus.

Ketika disajikan, daging Kebab dengan ketebalan kurang lebih 1 sentimeter dipotong memanjang dengan ukuran 3x17 sentimeter dan kemudiannya dipanggang.

Kebab disajikan bersama roti Tortila, dicampur dengan sayuran dan sos terpilih, digulung dan dipanggang semula.

Makanan khas Timur Tengah ini menurut sejarahnya berasal dari Turki, juga dikenali dengan nama Kabbeh di negara Arab.

Makanan istimewa ini mula terkenal secara meluas ketika pedagang Turki menjalin hubungan perdagangan dengan masyarakat Berlin, Jerman, sekitar abad 18.

Resepi asal Kebab adalah, ia dipanggang dan disajikan bersama roti, paprika dan sos.

Bagi masyarakat Jerman, Kebab disajikan bersama roti dan salad.

Cara pemanggangan daging Kebab mula berkembang dari cara tradisional kepada kaedah moden menggunakan pemanggang elektrik ataupun gas.

Di Jerman sendiri ketika ini, Kebab mampu menyaingi Hamburger yang lebih awal diperkenalkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Apa Yahudi Tipu Kita Tentang Daging Kambing?

sumber: astroawani | RP

Wadi Al-Bardani Lembah Di Arab Saudi Yang Menakjubkan

Wadi Al-Bardani Lembah Di Arab Saudi Yang Menakjubkan

Arab Saudi sememangnya sinonim dengan daratan dan padang pasir yang gersang, namun tiada siapa menyangka negara kering kontang ini mempunyai satu tempat istimewa yang indah menghijau memukau mata yang memandang.

Wadi Al-Bardani Lembah Di Arab Saudi Yang Menakjubkan

Kawasan hijau yang dikenali sebagai Lembah Wadi Al-Bardani terletak di Bareq, utara Mahayil, Wilayah Asir, Arab Saudi ini bukan hanya dipenuhi 'karpet' rumput, malah menjadi habitat pelbagai jenis binatang.

Memetik Al-Arabiyah, akhbar atas talian Arab Saudi itu melaporkan bahawa lembah Wadi Al-Bardani merupakan salah satu tempat paling indah di Arab Saudi.

Wadi Al-Bardani Lembah Di Arab Saudi Yang Menakjubkan

Kerana kehijaun dan keindahannya, masyarakat tempatan memanfaatkan lembah hijau Wadi Al-Bardani sebagai kawasan pertanian dan tempat membela haiwan ternakan selain tempat bercuti.

Lembah hijau Wadi Al-Bardani ini di tengah-tengahnya terdapat sebatang sungai yang mengalir airnya sepanjang tahun.

Wadi Al-Bardani Lembah Di Arab Saudi Yang Menakjubkan

Menurut seorang pengembara, Mohammed al-Shawi, lembah Wadi Al-Bardani sangat unik dan menarik ramai orang kerana pemandangannya yang sangat indah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Tempat Menarik Wajib Anda Kunjungi Di Seluruh Dunia

sumber: sinarharian

Janda Anak Dua Bangga Hubungan Sulit Dengan 80 Lelaki!

Janda Anak Dua Bangga Hubungan Sulit Dengan 80 Lelaki!

Seorang doktor wanita di North Yorkshire, England yang kematian suami mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan lebih 80 lelaki yang sudah berkahwin.

Janda Anak 2 Bangga Hubungan Sulit Dengan 80 Lelaki!

Louise Van Der Velde, 43 tahun, dari Harrogate itu mengakui dia menikmati kehidupannya walaupun terpaksa membahagikan kasih sayang dengan ramai kekasih 'gelapnya'.

Menurut Metro.uk, Louise yang juga merupakan pakar terapi seks mengakui kesemua isteri kekasih 'gelapnya' itu tahu mengenai hubungan sulit Louise dan suami mereka.

Namun mereka memillih untuk menutup sebelah mata kerana mereka sudah tidak mampu lagi untuk memenuhi keperluan suami masing-masing.

Louise menambah, setiap manusia perlu mengamalkan kehidupan yang positif dan mengamalkan kehidupan seks yang hebat dan adalah rugi bagi seseorang itu sekiranya hanya menjalinkan hubungan seks dengan seorang lelaki.

Baginya, sambutan perayaan-perayaan yang besar seperti Hari Valentine, Krismas dan cuti musim panas adalah waktu yang terbaik untuk lelaki dan perempuan berlaku curang dan menjalin hubungan seks.

Selain itu, baginya adalah normal bagi seseorang suami berlaku curang kerana kebanyakkan isteri sudah tidak lagi berminat menjalin hubungan seks disebabkan faktor usia dan ini menyebabkan nafkah batin para suami terganggu.

Walaupun menjalin hubungan dengan ramai lelaki, namun Louise masih belum berhajat untuk berkahwin semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

Anak Sakit Beguk Tidak Di Benarkan Hadir Ke Sekolah, Tidak Berbahaya Tapi Boleh Berjangkit

Anak Sakit Beguk Tidak Di Benarkan Hadir Ke Sekolah, Tidak Berbahaya Tapi Boleh Berjangkit

Ibu bapa adalah dinasihatkan supaya tidak membenarkan anak yang dijangkiti penyakit beguk ke sekolah kerana bimbang penyakit itu menjangkiti murid lain.

Anak Sakit Beguk Tidak Di Benarkan Hadir Ke Sekolah, Tidak Berbahaya Tapi Boleh Berjangkit

Walaupun penyakit beguk merupakan gejala ringan, namun ia boleh berjangkit kepada kanak-kanak yang belum mempunyai sistem imuniti tubuh yang kuat.

Bagi individu yang mengalami penyakit beguk diminta mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan secepat mungkin bagi mengelak ia menjadi lebih teruk.

Paling penting bagi kanak-kanak adalah mereka perlu mendapatkan rawatan segera di klinik jika dijangkiti penyakit beguk kerana sistem imuniti mereka masih belum kuat.

Beguk disebabkan oleh jangkitan virus 'Paramyxovirus' dan menyebabkan pesakit mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan bengkak serta sakit di kelenjar parotid (kelenjar air liur).

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 14 Suntikan Pelalian Yang Wajib Untuk Anak Anda

sumber: astroawani

8 Karakter Istimewa Orang Yang Suka Bersendirian

8 Karakter Istimewa Orang Yang Suka Bersendirian

Setiap manusia tentunya dilahirkan dengan personaliti berbeza-beza. Ada yang jenis peramah, ada yang jenis pendiam tetapi apabila ditegur dia akan mesra. Tidak kurang, ada juga di antara individu yang gemar bersendirian kerana lebih selesa bersifat begitu tanpa didorong atau paksaan.

8 Karakter Istimewa Orang Yang Suka Bersendirian

Apakah orang yang gemar bersendirian ini bermasalah dari segi mental?

Biar apa pun yang orang lain fikirkan, individu yang gemar bersendirian sebenarnya mempunyai 8 karakter istimewa termasuklah.

1. Berfikiran Terbuka

Masyarakat selalu memandang serong pada orang yang suka bersendirian ini dengan menganggap mereka sebagai anti-sosial atau pemalu.

Walhal, orang yang gemar bersendirian ini lebih selesa membuat perkara yang dekat dengan hati mereka mengikut cara sendiri, bukannya dengan hanya mengikut telunjuk orang.

Sebab itu juga, ramai insan-insan sebegini bekerja sendiri dan ada juga yang menjadi orang berpangkat tinggi.

2. Mudah Mengasihani

Disebabkan mereka selalu bersendirian dan mempunyai ‘hubungan rapat’ dengan jiwa mereka sendiri, hasilnya mereka menjadi seorang insan yang mudah mengasihani terhadap orang lain.

Sebab itu, mereka adalah pendengar yang setia dan mampu melegakan kekusutan fikiran orang-orang yang sedang dalam dilema. Bahkan penyayang juga!

3. Tersangatlah Berdikari

Yup, orang yang gemar bersendirian ini adalah insan yang paling berdikari dalam dunia. Kerana sudah terbiasa melakukan sesuatu tanpa sebarang pertolongan daripada orang lain, mereka bijak menguruskan diri sebaiknya. Sangat berdikari!

Tetapi janganlah salah faham terhadap orang yang gemar bersendirian ni. Mereka bukannya TIDAK MEMERLUKAN langsung orang lain di dalam hidup tetapi mereka lebih gemar memilih orang luar yang ikhlas untuk ‘berlegar’ di dalam hidup mereka. Got it?

4. Gemar Didampingi Orang Intelektual

Orang yang gemar bersendirian ini biasanya sangat intelektual. Mereka cerewet dan hanya memilih orang yang setaraf dengan mereka sahaja.

Jadi, dengan cara ini mereka tidak perlu berhadapan dengan “drama” orang-orang yang plastik. Oh well!

5. Memiliki Gerak Hati Yang Kuat

Lebih banyak mereka habiskan masa bersendirian, lebih kental hati mereka untuk mengawal emosi diri.

Di samping itu, mereka akan menanam sifat sayangkan diri dan mengutamakan diri dahulu sehinggalah apa yang mereka rasakan itu selalunya benar belaka.

Hati-hati dengan mereka yang gemar bersendirian ini tahu? Gerak hati mereka biasanya betul.

6. Seorang Yang Boleh Dipercayai

Setiap kali mereka mengeluarkan kata-kata atau nasihat. Percayalah, kerana itu mungkin adalah yang terbaik anda pernah dengar.

Orang yang gemar bersedirian lazimnya boleh dipercayai malah jika anda berkongsi masalah anda sekalipun, ternyata mereka akan menyimpan rapi perihal peribadi anda.

7. Setia dan Komited

Selagi belum menemui cinta yang sebenar, mereka tidak akan mudah jatuh cinta. Mereka tidak gemar try and error dan hanya akan mula komited dengan pasangan yang mereka rasakan sebagai “Eternal True Love”.

Memang mereka ini sering dijolok dengaan soalan, “Sampai bila hendak membujang?”, tetapi mereka tidak pernah peduli dengan kata orang.

Akan terus bersendirian sehinggalah bertemu dengan individu yang sebenar-benarnya jadi, risiko untuk orang yang suka bersendirian patah hati adalah rendah.

8. Berani!

Walau seberapa genting pun masalah dan situasi yang dihadapi, mereka adalah insan yang sangat berani, lebih-lebih lagi untuk menegakkan maruah diri.

Orang yang gemar bersendirian memiliki sifat keberanian dan keyakinan yang sangat memukau dan mampu membuatkan orang lain kagum. Mungkin, itulah yang disifatkan sebagai “diam-diam ubi berisi”.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 4 Gaya Tudung Yang Menggambarkan Personaliti Anda

sumber: wanista

Sejarah Dan Bahaya Keracunan Bakteria Salmonella

Sejarah Dan Bahaya Keracunan Bakteria Salmonella

Salmonella adalah bakteria yang akan menyebabkan sakit perut, demam dan cirit birit selama berhari-hari. Nama saintifik bakteria ini adalah Salmonella Enteritidis dan jangkitan akibat Salmonella disebut Salmonellosis.

Sejarah Dan Bahaya Keracunan Bakteria Salmonella

Bakteria Salmonella yang sering dikaitkan dengan telur kerana ianya hidup dalam telur ayam, bukanlah bakteria baru kerana sejarah pernah mencatatkan jangkitan tersebut sudah ada sejak lebih dari 100 tahun yang lalu.

Bakteria Salmonella pada mulanya di temui di Amerika secara besar-besaran kerana ramai yang dijangkiti bakteria Salmonella.

Setelah dikaji, didapati bahawa sumbernya adalah telur yang dihasilkan dari dua pusat penternakan ayam di Lowa Amerika Syarikat.

Akibat jangkitan bakteria Salmonella tersebut, sebanyak 500 juta telur ditarik balik dari pasaran, kerana dicurigai tercemar bakteria Salmonella.

Mangsa yang terkena jangkitan kuman Salmonella biasanya akan merasa sakit teruk pada perut yang memulas-mulas, cirit-birit dan demam antara 12 jam sehingga 72 jam setelah termakan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella.

Keadaan ini menyebabkan mangsa kehilangan air yang banyak dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan organ, tidak sedarkan diri dan dalam situasi yang serius, ia boleh membawa maut sekiranya lambat menerima rawatan.

Punca Salmonella

Antara punca keracunan makanan Salmonella ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah selsius.

Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria Salmonella:
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim.
  • Daging: lembu, ayam, ikan dan telur.

Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan.

Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
  • Makanan mentah.
  • Daging, ayam dan ikan yang tidak disimpan di tempat dingin.
  • Makanan beku yang dibiarkan 'cair' pada suasana panas yang terlalu lama.
  • Makanan dalam tin yang terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka.
  • Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas.
  • Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik.
  • Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus.
  • Makanan tidak disimpan segera.

Cara rebakan Salmonella
  • Pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan
  • Pencemaran silang pengendali makanan daripada haiwan.

Tanda-tanda jangkitan Salmonella
  • Demam.
  • Cirit birit.
  • Sakit perut.
  • Muntah.
  • Loya.

Tempoh jangkitan Salmonella
  • Antara 6 jam ke 72 jam (kebiasaannya 12 – 36 jam)

Cara terbaik mengelak keracunan

Jenis makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.

Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.
  • Masak daging, ayam dan telur dengan sempurna (>75°C).
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separa masak.
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berasingan.
  • Cuci tangan selepas menyentuh haiwan.
  • Cuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan.
  • Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah selsius atau 0 darjah selsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
  • Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria Salmonella atau organisma lain.
  • Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alat pemotong daging.
  • Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
  • Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
  • Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
  • Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mengandungi bakteria Salmonella bagaimanapun, telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi Salmonella.
  • Kerana Salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakan cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
  • Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah, kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
  • Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan kerana banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
  • Makan makanan yang dimasak serta merta kerana apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
  • Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
  • Panaskan semula makanan dengan teliti. Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.
  • Jika makan tempat di kenduri dan didapati makanan sudah berbau, busuk atau berbuih, jangan makan dan maklumkan pada tuan rumah (dengan cara berhemah) tanpa mengaibkan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bahaya Bakteria Kebal Antibiotik, Perkara Yang Anda Wajib Tahu!

sumber: mimihanizakua

Tuesday, March 06, 2018

Bolehkah Berdoa Orang Disukai Menjadi Jodoh Kita?

Bolehkah Berdoa Orang Disukai Menjadi Jodoh Kita?

Persoalan jodoh sebenarnya termasuk dalam perkara yang telah ditakdirkan, sama macam rezeki, ajal maut dan sebagainya. Jodoh termasuk dalam perkara ghaib yang siapa pun tak mampu mengetahuinya, termasuklah tukang tilik atau tukang karut.

Berdoa Orang Disukai Menjadi Jodoh
Gambar hiasan.

Bila kita tak tahu persoalan jodoh, macam mana kita hendak tahu yang seseorang itu adalah jodoh kita atau bukan jodoh kita?

Adakah melalui firasat, tarikan hati, degupan jantung ketika bertentang mata, lambungan duit syiling bunga atau kepala?

Kalau kita tak tahu macam mana rupanya kereta, macam mana kita nak tahu pilihan kita adalah kereta proton dan bukannya BMW?

Sebab itu dalam persoalan jodoh ini, lebih mudah difahami kalau kita bandingkan dengan persoalan rezeki.

Rezeki juga telah ditetapkan oleh Allah semenjak kita dalam perut ibu lagi, tapi kita diperintahkan oleh Allah untuk bertebaran atas muka bumi ini untuk mencari rezeki.

Bahkan Allah juga menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri berusaha untuk mengubahnya.

Daripada sini, kita dapat memahami bahawa ada ketetapan (takdir), Qada Allah yang tidak akan berubah dan ada juga takdir yang boleh berubah, iaitu Qadar, bergantung kepada usaha kita (atas pilihan kita sama ada nak memilih yang itu atau yang ini).

Kita bukanlah berfahaman Jabbariah yang meyakini semua yang berlaku itu ditentukan oleh Allah dan tiada kaitan dengan perbuatan manusia, seolah-olah menunjukkan Allah itu kejam kerana telah menetapkan seseorang itu menjadi baik atau jahat, ataupun menjadi ahli syurga atau neraka tanpa diberi pilihan kepada manusia untuk memilih jalannya sendiri.

Kita juga bukanlah berfahaman Qadariah yang meyakini segala perbuatan manusia tiada kaitan dengan takdir yang telah ditentukan Allah. Semuanya bergantung atas manusia itu sendiri.

Kita meyakini takdir Allah dan kita juga memahami kaitannya dengan amalan manusia kerana walaupun Allah telah mentakdirkan sesuatu, tetapi manusia mampu memilih sama ada untuk melalui jalan yang baik mahupun yang buruk dengan panduan akal dan hati, tempat letaknya ilmu dan iman.

Sama ada kita hendak menjadi seorang yang taat beribadah, atau menjadi ahli maksiat, itu adalah pilihan kita sendiri tanpa menafikan ia juga adalah takdir Allah.

Yang tidak boleh diubah adalah sesuatu yang di luar bidang kemampuan manusia seperti waktu kematian, pertukaran malam dan siang, pergerakan bintang dan sebagainya.

Berbalik kepada persoalan jodoh, ia sama juga kaedahnya seperti rezeki. Kita diperintahkan untuk mencarinya.

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi SAW menyuruh untuk memilih wanita (pasangan) yang beragama.

Ini menunjukkan bahawa ia juga satu usaha dan pilihan manusia untuk mencari pasangan yang beragama, bukannya sekadar menunggu jodoh turun daripada langit.

Begitu juga dengan rezeki, walaupun ia telah ditetapkan, kita tetap disuruh untuk mencari rezeki Allah di atas muka bumi ini.

Ikhtiar dan usaha kita ini adalah sebagai tanda ketaatan kita kepada perintah Allah, juga sebagai ujian terhadap kita sama ada kita meyakini rezeki yang kita cari itu adalah disebabkan usaha kita sendiri, ataupun kita meyakini yang rezeki itu datangnya daripada Allah.

Hasil keyakinan inilah yang akan membezakan kedudukan kita, sama ada syirik kepada Allah atau beriman kepada-Nya.

Jadi, oleh kerana jodoh itu juga sesuatu yang mampu kita usahakan, maka tiada salahnya untuk kita berdoa semoga disatukan dengan pilihan hati kita. Berdoa itu juga termasuk dalam usaha dan ikhtiar.

Namun, keyakinan kita tetap kepada Allah yang menetapkan jodoh. Seandainya kekasih hati itu menjadi jodoh, kita akan bersyukur dengan jodoh yang ditentukan Allah itu.

Jika ditakdirkan dia bukan jodoh, kita akan sabar dan redha kerana yakin jodoh itu ditentukan oleh Allah.

Namun begitu, daripada berdoa supaya seseorang itu menjadi jodoh kita, adalah lebih baik beristikharah memohon petunjuk daripada Allah.

Sebab ilmu dan pengetahuan kita ini sangat terbatas, ditambah lagi dengan dorongan nafsu yang kadang-kadang membutakan penilaian akal.

Kita cuma nampak apa yang zahir pada pandangan mata. Kita tengok jejaka itu putih melepak, mungkin kita menyangka beliau seorang pembersih, sentiasa wangi, ketiak licin, tapi mungkin hakikatnya bukan begitu.

Hanya Allah saja yang mengetahui sama ada seseorang itu baik atau tidak, layak dibuat pasangan atau tak.

Jadi, jika nak berdoa, berdoalah dengan penuh pengharapan dan penyerahan.

“Jika ditakdirkan dia adalah jodoh yang terbaik buatku, mudahkanlah urusanku untuk bertemu jodoh dengannya. Jika ditakdirkan dia bukan jodoh terbaik buatku, padamkanlah perasaan ini dan jauhkanlah aku daripadanya.”

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 13 Amalan Mempercepatkan Jodoh

sumber: ustazlove

Laman Cari Jodoh BaitulJannah Di Malaysia

Laman Cari Jodoh BaitulJannah Di Malaysia

Baituljannah adalah portal laman web mencari jodoh patuh syariah Muslim dan Muslimah secara online di Malaysia buat individu bujang, duda, janda, balu mahupun lelaki yang sudah berkahwin dan berhasrat untuk berpoligami untuk tujuan mengikat tali perkahwinan.

Baituljannah Laman Cari Jodoh Bujang, Duda Dan Janda Di Malaysia

Bila kita melihat pasangan lain yang sudah memiliki anak dan yang sedang bercinta, pasti terdetik dihati bagaimana mudahnya mereka mencari pasangan.

Bertemu jodoh dan berkahwin adalah impian hampir semua orang, tetapi mencari jodoh bukanlah mudah, walaupun ramai yang sudah bersedia memikul tanggungjawab berkeluarga, pilihan sukar ditemui apatah lagi memilih yang sesuai dan serasi.

CINTA ITU BUTA

Uniknya, cinta hadir tanpa diundang. Ada pasangan yang berkahwin tanpa disangka, tanpa susah payah di cari.

Adakala juga kita sudah berusaha mencari jodoh tapi masih tidak ketemu. Ada yang putus cinta, sudah bertunang namun tidak kesampaian ke jinjang pelamin.

Cinta seumpama mitos, fantasi dan magnet. Ketika bertemu pasangan ditakdirkan, tanpa disangka, tertarik satu sama lain, dua pemilik mata berpandangan penuh perasaan cinta, lalu turun ke hati, merasuk jiwa membuai angan-angan indah, lalu terikat dalam suatu ikatan bernama perkahwinan.

Sayangnya, cinta adakala perlu di cari untuk ketemu, tak kisah perigi mencari timba, walau sebenarnya ada di depan mata.

DI MANA MAHU MENCARI CINTA?

Mencari pasangan dan bertemu jodoh melalui laman web jodoh tiada salahnya. Bukannya hina. Tidak pun merendahkan martabat, malah memudahkan bagi mereka yang sedang mencari jodoh.

Tak kisah la janda anak tiga, duda anak lima, masih single atau ikhlas mahu berpoligami. Yang penting berkenan dihati, lalu setuju untuk bersama dalam sebuah alam rumah tangga.

Kalau orang dulu boleh bahagia walaupun jodoh ditentukan oleh orang tua, kini juga tiada bezanya anda dipertemukan melalui laman web mencari jodoh, aplikasi sosial seperti facebook, whatsapp, twitter, wechat dan banyak lagi.

Mencari cinta dizaman moden menjadi lebih mudah, sekadar di hujung jari. Kan?

KENAPA LAMAN WEB CARI JODOH BAITULJANNAH TERBAIK?

Tahu tak anda jumlah pasangan berdaftar yang ingin mencari jodoh di laman web Baituljannah yang patuh syariah ini adalah seramai 160,000 insan, dan semakin bertambah!? Ramai kan.

Baituljannah adalah laman web cari jodoh percuma Malaysia yang boleh dipercayai dan selamat dilayari sebagai ahli, memberikan peluang untuk bertemu jodoh serasi dengan anda melalui sistem carian yang sangat mudah dan kemas.

Kenapa tidak memilih takdir untuk bertemu jodoh anda di sini?

Anda tidak perlu ragu mendaftar di Baituljannah kerana beberapa keistimewaan disediakan berbanding tempat mencari jodoh di laman web cari jodoh lain.

Apa istimewanya Baituljannah?
  • Patuh syariah
  • Privasi terjamin
  • Bebas Spam
  • Anti-SEO

Patuh syariah adalah ketika saat perkenalan anda bersama bakal pasangan, setiap 'perbualan' calon mencari jodoh di Baituljannah akan dipantau agar menepati adab dan sesuai dengan syariat agama.

Maklumat dan privasi calon mencari jodoh seperti nama, nombor telefon dan email akan dirahsiakan sebaiknya daripada dipaparkan kepada pihak tidak bertanggungjawab yang hanya bertujuan mengumpul maklumat peribadi semata-mata.

Pencari jodoh juga boleh mengadu kepada pemilik laman web Baituljannah sekiranya ada calon lain cuba menghantar spam iaitu mesej yang tidak berkaitan dengan perihal jodoh.

Maklumat diri calon cari jodoh juga tidak akan dipaparkan di search engine dengan sistem antiSEO kerana bukan semua calon mahu maklumat diri mereka terpapar di laman internet.

BAGAIMANA MENCARI PASANGAN DI BAITULJANNAH?

Untuk mendaftar di Baituljannah, anda hanya perlu melalui 4 proses mudah. Mendaftar, berkenalan, bertunang dan berkahwin. Mudah kan?

1. Daftar Percuma dan Isi borang

Baituljannah akan menapis setiap borang bagi menjaga kualiti maklumat yang diberikan oleh setiap calon.

2. Hantar Mesej dan Taaruf

Setiap sesi 'perbualan' akan dipantau bagi tujuan menjaga adab.

3. Bertunang Dan Perbincangan Keluarga

Setelah sepakat, calon pasangan boleh berbincang bersama dengan keluarga bagi tujuan merisik atau dirisik dan pertunangan.

Ketika ini, Baituljannah tidak lagi memainkan peranan dalam proses ini.

4. Membina Keluarga Impian

Sekiranya anda mendapat calon pasangan sejati yang dicari, percepatkan proses akad nikah dan walimatulurus.

Untuk ini juga, pihak Baituljannah tidak memainkan peranan dalam proses perkahwinan.

Jodoh anda sedang menanti

Anda boleh membuka akaun di laman web cari jodoh percuma Baituljannah terlebih dahulu. Siapa tahu jodoh anda sedang menanti!

DAFTAR sekarang di BAITULJANNAH.

Semoga anda bertemu jodoh. Insyaa Allah. Amiin..

BACA INI JUGA: Jodoh Tidak Perlu Sempurna, Tetapi Perlu Ada 4 Perkara

-SENTIASAPANAS.COM