Wednesday, March 07, 2018

Sejarah Dan Bahaya Keracunan Bakteria Salmonella


Salmonella adalah bakteria yang akan menyebabkan sakit perut, demam dan cirit birit selama berhari-hari. Nama saintifik bakteria ini adalah Salmonella Enteritidis dan jangkitan akibat Salmonella disebut Salmonellosis.

Sejarah Dan Bahaya Keracunan Bakteria Salmonella

Bakteria Salmonella yang sering dikaitkan dengan telur kerana ianya hidup dalam telur ayam, bukanlah bakteria baru kerana sejarah pernah mencatatkan jangkitan tersebut sudah ada sejak lebih dari 100 tahun yang lalu.

Bakteria Salmonella pada mulanya di temui di Amerika secara besar-besaran kerana ramai yang dijangkiti bakteria Salmonella.

Setelah dikaji, didapati bahawa sumbernya adalah telur yang dihasilkan dari dua pusat penternakan ayam di Lowa Amerika Syarikat.

Akibat jangkitan bakteria Salmonella tersebut, sebanyak 500 juta telur ditarik balik dari pasaran, kerana dicurigai tercemar bakteria Salmonella.

Mangsa yang terkena jangkitan kuman Salmonella biasanya akan merasa sakit teruk pada perut yang memulas-mulas, cirit-birit dan demam antara 12 jam sehingga 72 jam setelah termakan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella.

Keadaan ini menyebabkan mangsa kehilangan air yang banyak dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan organ, tidak sedarkan diri dan dalam situasi yang serius, ia boleh membawa maut sekiranya lambat menerima rawatan.

Punca Salmonella

Antara punca keracunan makanan Salmonella ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah selsius.

Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria Salmonella:
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim.
  • Daging: lembu, ayam, ikan dan telur.

Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan.

Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
  • Makanan mentah.
  • Daging, ayam dan ikan yang tidak disimpan di tempat dingin.
  • Makanan beku yang dibiarkan 'cair' pada suasana panas yang terlalu lama.
  • Makanan dalam tin yang terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka.
  • Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas.
  • Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik.
  • Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus.
  • Makanan tidak disimpan segera.

Cara rebakan Salmonella
  • Pencemaran silang daripada makanan dan daging mentah ke makanan yang telah dimasak semasa penyediaan atau penyimpanan
  • Pencemaran silang pengendali makanan daripada haiwan.

Tanda-tanda jangkitan Salmonella
  • Demam.
  • Cirit birit.
  • Sakit perut.
  • Muntah.
  • Loya.

Tempoh jangkitan Salmonella
  • Antara 6 jam ke 72 jam (kebiasaannya 12 – 36 jam)

Cara terbaik mengelak keracunan

Jenis makanan yang mudah dicemari ketika disimpan, disediakan, dimasak dan dihidangkan ialah daging, ayam dan telur.

Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.
  • Masak daging, ayam dan telur dengan sempurna (>75°C).
  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separa masak.
  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berasingan.
  • Cuci tangan selepas menyentuh haiwan.
  • Cuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan.
  • Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah selsius atau 0 darjah selsius untuk peti dinginbeku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
  • Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria Salmonella atau organisma lain.
  • Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alat pemotong daging.
  • Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
  • Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
  • Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
  • Elakkan dari menggunakan telur retak yang berkemungkinan mengandungi bakteria Salmonella bagaimanapun, telur yang sempurna juga berkemungkinan mengandungi Salmonella.
  • Kerana Salmonella mudah dihapuskan pada suhu tinggi, masak dengan sempurna merupakan cara yang terbaik. Elakkan makan telur mentah dan separuh masak.
  • Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah, kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
  • Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan kerana banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
  • Makan makanan yang dimasak serta merta kerana apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
  • Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
  • Panaskan semula makanan dengan teliti. Ini adalah cara yang paling baik untuk menjauhi kuman yang mungkin muncul semasa dalam simpanan.
  • Jika makan tempat di kenduri dan didapati makanan sudah berbau, busuk atau berbuih, jangan makan dan maklumkan pada tuan rumah (dengan cara berhemah) tanpa mengaibkan mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bahaya Bakteria Kebal Antibiotik, Perkara Yang Anda Wajib Tahu!

sumber: mimihanizakua

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon