Saturday, September 02, 2017

'Suara Ghaib itu Terus Mengikut Nurul'

'Suara Ghaib itu Terus Mengikut Nurul'

Senja itu, Nurul Hidayah melangkah keluar dari rumah keluarganya di Pekan Tapah Road, untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak di Jalan Pahang, Pekan Tapah, Perak.

Hantu bilik
Gambar hiasan.

Dia kena cepat kerana hari itu dia akan memulakan tugas di syif malam setelah seminggu bercuti.

Setelah bersalaman dengan ibu bapanya, Nurul lantas mencapai beg pakaiannya lalu menghidupkan enjin kereta motosikal dan terus memecut laju.

Hampir sepuluh minit di jalan raya, persekitarannya sudah mula bertukar gelap.

Sesekali dia menoleh jam ditangan. Walaupun perjalanan menuju ke rumah sewanya tidak mengambil masa yang lama, dia kena cepat kerana perlu menghantar beg pakaian dan menukar uniform terlebih dahulu.

Sedang tekun menunggang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena, Nurul berasa bulu romanya berdiri tegak. Badannya seram sejuk.

Tidak pernah pula perkara begini berlaku sebelumnya, walhal jalan yang dilaluinya bukanlah asing.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu Nurul berulang-alik melalui jalan ini.

Ketika motosikalnya sampai di Pekan Baru Tapah, Nurul berasa tak sedap badan. Dia menekup tapak tangannya di leher. Terasa panas membahang.

Tiba-tiba dia berasa pening dan lemah disetiap sendi dan anggota badannya.

"Aduh, apa jadi kat aku ni? Kenapa pula tiba-tiba macam ni," bisik hati kecilnya.

Nurul sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Dia cuba mendongak namun tidak mampu walau seinci.

Terasa seperti ada beban besar berada di tengkuknya ketika itu, lantas dia memicit serta mengurut-urut tengkuk, sambil menggagahkan diri untuk terus menunggang sehingga sampai ke rumah sewa.

Sampai saja di rumah, air matanya mengalir. Sakit yang ditanggung tidak mampu digambarkan lagi.

Nurul tidak mampu mendongak dan lehernya terasa kejang, kepalanya menjadi teleng.

Nurul pandang wajahnya di cermin. Tiba-tiba jantungnya seperti disentap keluar dari tubuh. Dia mengucap panjang sebelum menggosok matanya berulangkali.

Memang benar dan tidak salah lagi. Satu lembaga hitam bertubuh besar sedang duduk bertenggek sambil memaut tengkuknya. Nurul panik.

"Ya Allah! Makhluk apa pula ni?" katanya sambil menepis-nepis disekitar bahu dan tengkuk, namun Nurul tidak berasa apa-apa kecuali rasa sakit dan lenguh yang semakin bertambah.

Nurul kaget. Dia takut untuk memandang cermin untuk kali kedua. Dia telefon ayahnya dan menceritakan kejadian yang menimpanya.

Bergegas ahli keluarga datang ke rumah sewanya. Nurul dibawa ke hospital Tapah. Apa yang pelik, doktor beritahu Nurul sihat!

Salah seorang pakciknya lantas memanggil seorang ustaz datang ke hospital. Dia syak ada sesuatu yang tidak kena.

Ustaz yang datang melihat keadaan Nurul ketika itu menggeleng kepala. Dia memandang tepat ke arah Nurul sambil mulutnya kumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, lantas ditiupnya ke arah ubun-ubun Nurul.

Tidak sampai beberapa saat, Nurul seperti orang dirasuk. Dia menggelupar seakan ayam yang baru lepas disembelih dan menjerit-jerit seperti orang histeria.

Suhu badannya kembali panas dan membahang. Seluruh anggota badannya menjadi kejang sambil mulutnya meracau-racau menyebut perkataan yang sukar difahami.

Puas ahli keluarganya cuba menenangkan. Beberapa kali Nurul diajar mengucap kalimah syahadah, namun dia langsung tidak memberikan sebarang respon. Hanya anak matanya terbeliak tepat memandang siling.

Sejujurnya, Nurul masih mampu mendengar setiap suara di sekelilingnya ketika itu, namun lidahnya terasa keras untuk menyebut kalimah Allah.

Dia sendiri dapat merasakan ada satu kuasa lain yang menumpang ditubuh badannya.

Setiap kali dia cuba melawan, dia merasakan kuasa itu akan melumpuhkan setiap anggota sendi tubuhnya.

***

Sudah seminggu Nurul terlantar, namun masih belum ada tanda-tanda penyakitnya akan beransur sembuh. Malah, semakin hari keadaannya semakin teruk.

Nurul sudah tidak mampu berdiri. Beban yang dirasakan ada dibahunya seakan tidak mampu lagi ditampung oleh kudratnya.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, setiap kali itu jugalah badannya akan bertukar menjadi panas membahang.

Namun, bila dibawa ke hospital, mereka mengatakan Nurul sihat saja. Bertambah bingung keluarga Nurul dibuatnya.

Suatu hari, salah seorang ahli keluarga Nurul menjemput Ustaz Hassan untuk melihat sendiri keadaan tersebut.

Sebaik saja sampai di kediaman mereka, Ustaz Hassan percaya ada sesuatu yang tidak kena.

Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah, Nurul terus bertukar menjadi seorang yang agresif. Matanya terbeliak tajam merenung Ustaz Hassan yang berdiri di hadapannya.

Beberapa orang ahli keluarga cuba menenangkan Nurul, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Nurul seolah-olah tidak mengenali mereka yang berada disekitarnya ketika itu. Telinganya seperti sudah disumbat dan matanya seakan dikaburkan.

Kedatangan Ustaz Hassan dirumahnya diibaratkan sebagai malapetaka yang cukup besar. Dia mesti mengusir Ustaz tersebut dari rumahnya walau dengan apa cara sekalipun.

"Pergi kauuu..jahanammm..pergiii.."

"Kau jangan ganggu akuuu..Aku benci dengan kauuu..."

Nurul menjerit dengan suara kasar dan garau sambil memaki hamun Ustaz Hassan yang bertentang mata dengannya ketika itu.

Ustaz Hassan sekadar mendiamkan diri. Mulutnya masih lagi terkumat-kamit membaca sesuatu.

Nurul yang selama ini terlantar tidak bermaya beroleh kekuatan secara tiba-tiba. Dia bangun sambil berdiri menghadap Ustaz Hassan.

Fizikalnya cukup menyeramkan. Rambut Nurul menggerbang sambil matanya terbeliak tepat memandang Ustaz Hassan.

"Kau mahu apa dari aku? Pergi kau dari sini. Aku beni tengok muka kau. Jangan ganggu akuuu...!" jerit Nurul sambil matanya memandang galak ke arah Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan masih tenang. Lalu dia mengarahkan beberapa orang lelaki yang berada disitu membantunya memegang Nurul.

Tiba-tiba, berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Keempat-empat lelaki yang memegang Nurul terpelanting jatuh. Masing-masing terkejut.

Bagaimana Nurul mampu beroleh kekuatan seperti itu sedangkan tubuh Nurul bukanlah sebesar mana. Yang memegangnya pula semua bertubuh sasa.

Ustaz Hassan kembali meneruskan rawatannya. Dia menghampiri Nurul lantas memegang tengkuknya sambil membaca sesuatu sehingga gadis itu menggelupar kesakitan.

Nurul meronta cuba melepaskan diri namun dengan pengalaman Ustaz Hassan langsung tidak mengganggunya.

Perlahan-lahan Nurul menjadi lemah. Dia terjelepok ke lantai lalu pengsan. Ketika itulah beberapa ahli keluarganya melihat satu makhluk hitam setinggi pohon kelapa keluar dari tubuh Nurul menembusi bumbung rumah ketika itu.

"Insyaa-Allah, sekarang ni anak tuan dah sihat kembali. Nanti kalau dia dah sedar, basuh muka dia guna air ni ya," kata Ustaz Hassan sambil memberikan sebotol air pada ayah Nurul.

Beberapa orang ahli keluarga lantas bertanya pada Ustaz Hassan tentang apa yang terjadi pada Nurul, namun Ustaz Hassan sekadar tersenyum.

Sehingga pulang pun dia tetap mengunci mulut tanpa memberitahu hal yang sebenarnya.

Alhamdulillah, beberapa hari kemudian keadaan Nurul beransur pulih walaupun badannya sedikit lemah.

Selera makannya juga mula bertambah dan dia sudah mampu bersembang dan bergurau dengan ahli keluarganya.

Namun, ada satu perkara lain pula yang merisaukannya ketika ini. Sudah beberapa malam dia tak lena tidur kerana terdengar suara sedih merintih dan mendayu-dayu memanggil namanya.

Keadaannya lebih ketara apabila masuk waktu senja dan waktu tengah malam. Nurul cuba pekakkan telinga tapi suara ghaib itu seringkali mengganggunya.

Ada ketikanya apabila dia bangun ditengah malam untuk ke tandas, suara itu seolah-olah berbisik begitu dekat dengan telinganya.

Suara wanita, suara kanak-kanak merayu mendayu bersilih ganti memanggil namanya. Sebab itulah Nurul berasa cukup obia apabila datangnya waktu malam.

Walaupun suara itu sudah sebati menjadi halwa telinganya, adakala ia ukup menyeramkan sehingga dia sendiri tidak mampu melelapkan mata.

Sampai bila suara itu akan berhenti mengganggu, dia sendiri tiada jawapannya.

~tamat

nota editor: artikel ini dipetik dari majalah mastika februari 2017 dan disiarkan buat kali pertama di blog sentiasapanas.com

BACA INI JUGA: 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Asal-usul Nama Buaya Yang Ramai Tak Tahu

Asal-usul Nama Buaya Yang Ramai Tak Tahu

Buaya dalam bahasa Inggeris disebut Crocodile dan nama itu berasal daripada kaum Yunani yang melihat buaya di sungai Nil.

Buaya

Mereka menyebutnya sebagai 'Krokodilos' iaitu singkatan daripada kata 'Kroko' (batu kerikil) dan 'Deilos' (cacing atau orang).

Mereka menggelarnya sebagai 'Cacing batu' kerana kebiasaannya buaya berjemur di tepi sungai yang berbatu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Kejadian Aneh Buaya Hantar Mayat Ke Tebing Sungai Di Indonesia

-SENTIASAPANAS.COM

Tahukah Anda Memakan Buah Kentang Mampu Mengurangkan Tekanan!

Tahukah Anda Memakan Buah Kentang Mampu Mengurangkan Tekanan!

Tahukah anda buah kentang mempunyai kandungan vitamin B6 yang membantu mengaktifkan hormon adrenalin untuk mengurangkan tekanan.

Kentang goreng

Maksudnya, dengan memakan buah kentang akan membantu anda menurunkan stres!

Kentang juga adalah antara makanan ruji dan paling mudah didapati dalam masakan dan tahukah anda juga, daun pokok kentang sebenarnya berbahaya jika dimakan kerana mengandungi racun yang berbisa!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Gambar Kentang Dijual RM4.5 Juta!

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (2 September)

Tarikh 2 September merupakan hari ke 245 (hari ke 246 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 120 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Battle of Actium

Hari ini juga merupakan sambutan Hari Kebangsaan untuk Vietnam (1945).

Peristiwa

31 SM - Perang Akhir Republik Rom: Tentera pimpinan Octavian mengalahkan angkatan Marcus Antonius dan Cleopatra di Pertempuran Actium (gambar), Laut Ionia.

1666 - Satu kebakaran besar melanda London dan membakar selama tiga hari, memusnahkan lebih 13,000 bangunan termasuk Katedral St Paul, tetapi hanya 6 orang disahkan terkorban.

1870 - Perang Perancis-Prusia: Napoleon III dari Perancis ditawan dalam Pertempuran Sedan, dan Empayar Perancis Kedua jatuh beberapa hari kemudian.

1898 - Angkatan pimpinan Horatio Kitchener mengalahkan puak Sudan dalam Pertempuran Omdurman, memantapkan penguasaan British di Afrika timur laut.

1945 - Kemerdekaan Vietnam daripada negara Perancis: Ho Chi Minh mengisytiharkan penubuhan sebuah kerajaan baru Vietnam di bawah pimpinan beliau.

1945 - Surat Cara Penyerahan Kalah Jepun ditandatangani di atas kapal tempur USS Missouri di Teluk Tokyo, secara rasminya mengakhiri Perang Dunia Kedua.

1967 - Paddy Roy Bates mengisytiharkan HM Fort Roughs, bekas Kubu Maunsell Perang Dunia II di Laut Utara berhampiran dengan pantai Suffolk, England, sebagai negara bebas: Kerajaan Kecil Sealand.

1968 - Model pertama pesawat Boeing 747 dirasmikan di Everett, Washington, A.S.

1990 - Transnistria mengisytiharkan kemerdekaan sebelah pihak daripada RSS Moldavia Kesatuan Soviet, namun hanya baru diiktiraf Abkhazia dan Ossetia Selatan, yang juga belum diiktiraf sepenuhnya.

2009 - Satu gempa bumi mengorbankan 79 orang dan memusnahkan lebih 87,000 rumah dan pejabat di Jawa, Indonesia.

Kelahiran

1989 - Alexandre Pato, pemain bola sepak A.C. Milan.

1989 - Zedd (Anton Zaslavski), Pengeluar Muzik dan DJ Rusia-Jerman.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 September)

sumber: wikipedia

Friday, September 01, 2017

5 Gaya Urut Batin Suami Yang Di Benci Isteri

5 Gaya Urut Batin Suami Yang Di Benci Isteri

Sebagai lelaki adalah amat penting mengetahui serba sedikit seluk beluk tentang keinginan gaya urutan batin yang didamba oleh kebanyakan kaum wanita ketika di ranjang demi sebuah perhubungan yang membahagiakan kedua-dua pihak.

Urutan Batin
Gambar hiasan.

Jadi, adalah satu kesilapan besar bagi seorang suami jika berangapan urutan batin yang diberi kepada pasangannya sentiasa betul dan mencukupi.

Lumrahnya kebanyakan wanita amat jarang sekali mahu meluahkan rasa tidak puashati terhadap urutan batin lelaki yang dialaminya.

Berikut dinyatakan antara 5 perkara dibenci oleh kebanyakan wanita ketika urutan batin bersama lelaki ketika di ranjang.

1. Urutan batin yang teragak agak

Mungkin kebanyakan lelaki berangapan melayan wanita dengan lemah lembut adalah cara terbaik ketika di ranjang.

Ketika melakukan urutan batin diranjang kaum lelaki tidak boleh teragak agak melakukanya dengan pelbagai pertanyaan kerana ketika itu sudah tiada persoalan.

Yang ada cumalah ucapan belaian, pelukan dan kucupan nikmat dan apa yang penting, lelaki bukan sekadar memberikan urutan batin yang mengegarkan perasaan, melabuhkan tubuh, malahan yang istimewa hingga separuh nyawa serta beradu sehingga bersatu.

Supaya urutan batin tersebut layak disebut sebagai mengawin (mengawan), bersetubuh, bersenyawa dan bersatu.

2. Urut batin yang gelojoh

Wanita tidak suka urutan batin lelaki yang gelojoh dan tergesa gesa. Urutan batin tanpa mukadimah atau dimulai dengan urutan cumbuan pujuk rayu dan berhenti serta merta.

Dalam erti kata lain, urut batin lelaki yang tidak tentu hujung pangkalnya seperti sekadar melepaskan sesak sahaja.

3. Urut batin sekadar dipinggiran

Lelaki perlu menyedari terlalu banyak punca pusat nafsu yang berada ditubuh badan wanita yang perlu diransang dengan urutan sebelum di setubuhi.

Wanita pula perlu disetubuh hingga lebuh tidak sedarkan diri. Urutan persetubuhan perlu sehingga separuh nyawa untuk bersenyawa.

Persenyawaan diantara lelaki dan wanita perlu ketika bersetubuh agar bersatu.

4. Gaya urutan batin yang sama

Urutan batin lelaki asyik dengan gaya yang sama sudah tentu menjemu dan memualkan wanita, sama seperti hidangan makanan yang sama dijamu sudah tentulah akan jemu.

Sebab itulah ada berlaku dikalangan wanita yang makan luar kerana jemu.

Sebab itu urutan batin perlu dilakukan dengan pelbagai gaya samada dari atas, bawah, kiri, kanan, tepi, depan dan belakang.

Jika boleh tempat, masa, keadaan pun perlu di pelbagaikan supaya tidak jemu.

5. Urut batin tiada penutup

Jika ada pembukaan sudah tentu ada penutupannya. Wanita tidak suka urutan batin yang tidak ada penutupnya seperti hilang manis sepah dibuang.

Setelah selesai memberikan urutan batin, layanilah pasangan dengan usikan mesra, belaian, kucupan dan ciuman.

Jika wanita di turuti apa yang dikehendaki lelaki, pasti dia menyerah dengan sepenuh hati hingga ke mati.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: sifuliterapi

Tahukah Anda Seterika Pertama Di Temui Di Negara Mana?

Tahukah Anda Seterika Pertama Di Temui Di Negara Mana?

Tahukah anda seterika pertama telah ditemui di negara China pada abad pertama Sebelum Masihi yang berbentuk seperti ceper dengan atasnya mengandungi bara api.

Seterika pertama di dunia

Bermula pada abad ke 17 selepas masihi, seterika direka dari besi delta dengan pemegang.

Ia perlu dipanaskan diatas bara api terlebih dahulu sebelum boleh digunakan kemudian, barulah terciptanya besi berbentuk tiga segi dengan bara api ditengah.

Pada tahun 1882, Henry W. Seeley dari New York telah mencipta seterika elektrik. Plat panas ditukar kpada keluli tahan karat.

Elemen pemanas dikawal oleh termostat yang mampu mengekalkan suhu dan pada tahun 1920, Thomas Sears mencipta sterika wap.

Pada tahun 1938, ia diperkenalkan kepada umum dan mula digunakan secara meluas pada tahun 1940an dan 1950an.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Pelik! Almari Khas Untuk Seterika Pakaian

-SENTIASAPANAS.COM

Kenapa Cacar Air Di Namakan 'Chicken Pox'?

Kenapa Cacar Air Di Namakan 'Chicken Pox'?

Chicken Pox adalah demam campak atau cacar air namun, tahukah anda dari mana asal-usul sebutan perkataan Chicken Pox?

Demam campak

Kenapa kita memanggilnya Chicken Pox? Kenapa bukan catpox, cowpox, goatpox ataupun snakepox?

Sejarah penemuan penyakit Chicken Pox

Pada suatu hari, seorang pesakit datang ke hospital dengan keadaan badannya dipenuhi lepuh-lepuh.

Doktor menyangka lepuh itu melekat pada kulit lelaki itu, tetapi sebenarnya lepuh itu tumbuh pada kulitnya.

"Tengok, lepuh itu macam kacang garbanzo,"kata seorang doktor.

Garbanzo ialah sejenis kacang popular di Sepanyol yang sebenarnya merupakan kacang kuda.

Doktor kemudiannya cuba memanggil virus pada lepuh itu sebagai garbanzopox, tetapi bunyinya agak melucukan.

Dalam bahasa Inggeris pula, kacang garbanzo dipanggil Chickpeas.

Doktor kemudiannya sepakat menamakan virus itu sebagai chickenpox, sempena nama kacang chick.

Lagipun, nama chicken digunakan bertujuan untuk menunjukkan bahawa perkara itu tidak serius.

Asal-usul Chicken Pox

Itulah asal-usul sebutan Chicken Pox. Ia bukannya berasal dari ayam atau haiwan tetapi bersempena nama kacang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan September?

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan September?

Asal-usul nama September berasal dari kata Septem yang dalam bahasa latin bermaksud 7, pada mulanya berada pada urutan ke-7 dalam kalendar Julian.

September

Namun, pada abad ke-8 sebelum masehi, pembahagian tahun diubah dari 10 bulan menjadi 12 bulan dan tanpa mengubah namanya, bulan September dikekalkan dalam urutan ke 9 sampailah sekarang.

Bulan September dipanggil Herbstmonat, bulan untuk musim menuai di Switzerland, manakala Anglo-Saxon memanggilnya bulan Gerstmonath, bulan Barli, ketika tanaman biasanya dituai.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Ogos?

-SENTIASAPANAS.COM

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 September)

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (1 September)

Tanggal 1 September merupakan hari ke 244 (hari ke 245 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 121 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

Louis XIV
Louis XIV.

Hari ini juga merupakan sambutan Permulaan tahun liturgi Gereja Ortodoks Timur, Hari Perlembagaan di Slovakia dan Hari Kemerdekaan di Uzbekistan (1991).

Peristiwa

1715 - "Raja Matahari" Louis XIV dari Perancis meninggal dunia selepas memerintah selama 72 tahun, lebih lama daripada mana-mana raja Eropah lain.

1804 - Ahli astronomi Jerman Karl Ludwig Harding menemui Juno, salah satu asteroid lingkaran utama terbesar.

1902 - Filem cereka sains pertama, filem bisu hitam-putih Le Voyage dans la lune arahan Georges Méliès mula ditayangkan di Perancis.

1923 - Gempa bumi besar Kantō melanda Kawasan Kantō, memusnahkan Tokyo dan Yokohama dan mengorbankan lebih 100,000 orang di Jepun.

1939 - Jerman Nazi menyerang Poland di Wieluń dan Westerplatte, memulakan Perang Dunia Kedua di Eropah.

1951 - Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat (US) menandatangani pakatan pertahanan bersama yang dikenali sebagai Perjanjian ANZUS.

1969 - Satu rampasan kuasa tidak berdarah pimpinan Muammar Gaddafi menggulingkan Idris I dari Libya.

1982 - Pejuang PLO berundur dari Lubnan dalam krisis penyembelihan Sabra dan Shatila.

2007 - Bom kereta di Lapangan terbang Nato Afghanistan 2007.

2008 - Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda meletak jawatan tidak sampai setahun selepas mengambil alih daripada Shinzo Abe yang juga meletak jawatan.

2009 - Fiji digantung daripada Negara-Negara Komanwel kerana enggan mengembalikan pilihan raya sebelum 2010 selepas rampasan kuasa pada 2006.

2013 - Korea Selatan menjuarai Hoki Piala Asia 2013.

Kelahiran

1945 - Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi, Presiden Yaman yang pertama.

Kematian

1715 - Louis XIV, seorang Raja Perancis.

1960 - Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-2.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (31 Ogos)

sumber: wikipedia