Friday, August 07, 2015

5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

5 Spesis Ayam Paling Unik Dan Jarang Ditemui

Bagi kebanyakan orang, ayam mungkin hanya merupakan haiwan sumber protein. Namun bagi sesetengah yang lain, binatang itu merupakan kehidupan eksotik yang patut dihargai sehingga bernilai ribuan ringgit.

Namun ayam disiarkan di bawah ini yang lazim jadi kegemaran ramai pencinta unggas di seluruh dunia kebiasaannya berasal daripada jenis yang unik dan jarang ditemui seperti gambar-gambar ayam berikut.

Ayam Silkie

Ayam Silkie

Ayam-ayam ini kelihatan comel kan? Inilah ayam silkie yang terkenal kerana memiliki bulu-bulu pelepah yang lembut seperti anak kucing.

Portal Strange Animals melaporkan, ayam saiz kecil macam serama ini mempunyai tulang, paruh dan kulit hitam. Namun bulunya boleh berwarna-warni.

Ayam silkie biasanya dijadikan haiwan peliharaan kerana penampilan haiwan tersebut dan lazim diternak hanyak untuk mendapatkan telur sebab mampu menghasilkan 100 biji setahun.

Ayam Telanjang

Ayam Telanjang

Seperti yang dilaporkan Amusing Planet, ayam tanpa bulu adalah spesies kacukan yang dihasilkan oleh Avigdor Cahaner, seorang saintis Israel. Ayam telanjang adalah kacukan ayam ‘broiler’ dan ayam dengan leher tanpa bulu.

Idea di sebalik penghasilan ayam telanjang ialah ‘cipta’ ayam yang lebih sesuai untuk diternak di negara dengan iklim panas. Selain itu, ayam telanjang boleh meningkatkan tahap kecekapan di tempat-tempat penyembelihan.

Ini kerana ayam sebegini tidak memerlukan masa yang lama untuk dibuang bulunya. Malangnya ayam telanjang jantan sukar untuk ‘berkahwin’ kerana mereka tidak dapat mengepakkan sayap untuk kekalkan keseimbangan.

Ayam telanjang betina pula lebih mudah terdedah kepada parasit, penyakit kulit, serangan nyamuk, perubahan suhu dan selaran matahari kerana ia tidak mempunyai bulu yang juga berfungsi sebagai pelindung tubuh.

Ayam Cemani

Ayam Cemani

Ayam asli Indonesia ini terkenal kerana seluruh bahagian tubuhnya berwarna hitam. Tidak hanya bulu dan kulitnya yang hitam, mata, organ dan tulangnya juga berwarna hitam.

Bahkan darah ayam cemani berwarna sangat gelap, tidak seperti ayam lain secara umumnya.

Ayam Onagadori

Ayam Onagadori

Ayam jenis ini mempunyai keistimewaan berupa ekor yang sangat panjang sekali gus menjadikan keseluruhan penampilannya sangat eksotik.

Strange Animals melaporkan, ayam ini berasal dari wilayah Kochi di Jepun. Panjang ekor ayam ini boleh mencapai 8 meter, jika dipelihara dengan amat baik.

Ayam Dong Tao

Ayam Dong Tao

Ayam-ayam yang kelihatan agak mengerikan ini merupakan ayam jenis Dong Tao. Ia berasal dari daerah Khoai Chau, dekat bandar Hanoi di Vietnam.

Ayam jenis ini tergolong sebagai jenis yang jarang ditemui. Sebelum ini, ia hanya diternak khusus untuk keperluan dan penggunaan keluarga pemerintah.

Namun sekarang, ia disajikan di restoran-restoran mewah. Seekor ayam Dong Tao hidup boleh berharga sehingga RM4,400.

Ayam ini memang mempunyai badan yang besar dan sihat, dengan cakar serupa kaki naga berwarna merah. Amusing Planet melaporkan, seekor ayam Dong Tao jantan saja boleh mencapai berat sehingga 6 kilogram.

Namun yang membuat ayam ini sangat mahal ialah kesukaran untuk menternaknya. Ayam Dong Tao sangat sensitif terhadap perubahan cuaca.

Jumlah telur yang dihasilkan ayam Dong Tao betina pula jauh lebih sedikit berbanding ayam biasa. Dan kaki ayam Dong Tao yang sangat besar menjadikan proses pengeraman, agak sulit dan harus dibantu oleh manusia. –Agensi

BACA INI JUGA: Ayam Cemani, Pengeras Upacara Memanggil Syaitan

Sunday, April 19, 2015

Cano Cristales, Keunikan Dan Keindahan Sungai Lima Warna

Cano Cristales, Keunikan Dan Keindahan Sungai Lima Warna

Pemandangan menakjubkan ini merupakan sebuah sungai yang terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Diberi nama Cano Cristales, yang bermaksud Sungai Kristal.

Cano Cristales

Keunikan sungai ini ialah air sungai akan berubah kepada lima warna untuk satu tempoh tertentu, menjadikannya terkenal dengan julukan nama 'Sungai lima warna'.

Punca utama perubahan warna air ialah kerana sungai ini dipenuhi dengan alga yang berwarna kuning, biru, hijau, hitam dan merah.

Ketika air sungai surut, pancaran cahaya matahari menyerlahkan warna-warna alga yang terdapat di dalamnya. Pun begitu, ia langsung tidak mencemarkan air sungai yang jernih ini.

Cano Cristales

Satu-satunya jalan untuk sampai ke Cano Cristales adalah dengan menunggang kuda.

Namun, fenomena menakjubkan ini hanya terjadi selama lebih kurang seminggu setiap tahun, antara musim hujan dan musim kemarau sahaja.

Cantik kan?

BACA INI JUGA: Misteri Enchated River, Sungai Tanpa Dasar!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, March 26, 2015

Pakaian Unik Yang Sangat Menjengkelkan Paparazi

Pakaian Unik Yang Sangat Menjengkelkan Paparazi

Seorang DJ bernama Chris Holmes telah mereka pakaian anti paparazzi. Pakaian ini kelihatan seperti biasa pada luarannya. Tetapi bertindak seperti pemantul cahaya apabila terkena cahaya flash.

Pakaian anti paparazzi

Pantulan cahaya yang sangat kuat daripada flash kepada pakaian tersebut menyebabkan sensor kamera dengan segera merakam pantulan yang terang daripada pakaian tersebut. Seterusnya menjadikan subjek dalam keadaan gelap. Perkara ini biasanya terjadi apabila anda menggunakan mode auto.

Kita memang sedia maklum yang kebanyakkan paparazzi ketika ini bukan sahaja menggunakan kamera dslr atau kompak, malah jugak menggunakan kamera telefon bimbit.

Boleh dikatakan kesemua telefon bimbit menggunakan mod auto. Maka atas sebab kelemahan inilah yang membuatkan pembiasan cahaya dari pantulan tadi membias pakaian subjek terlebih terang, sementara subjek pula kelihatan gelap dari yang biasa.

Masih kurang faham? Mohon tontong video di bawah..


BACA INI JUGA: Asal Usul Pakaian Baju Kebaya

Sumber: Lensakl.com

Wednesday, November 19, 2014

UNIK! Jalan Ditutup Sebulan Demi Ketam Melintas!

UNIK! Jalan Ditutup Sebulan Demi Ketam Melintas!

Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.

Ketam-mengawan

Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.

Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.

Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.

Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur, sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.

Cuba anda tengok memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!

Ketam-mengawan [2]
Ketam-mengawan [3]
Ketam-mengawan [4]
Ketam-mengawan [5]
Ketam-mengawan [6]
Ketam-mengawan [7]
Ketam-mengawan [8]
Ketam-mengawan [9]

Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan beragama islam.

Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu!

Apa lagi, mungkin Pulau Christmas ini boleh dijadikan destinasi pelancongan anda akan datang!

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, November 05, 2014

Unik! Bangunan 'Menyanyi' Apabila Hujan

Unik! Bangunan 'Menyanyi' Apabila Hujan

Di bandar Dresden, sebuah bandar yang merupakan ibu negeri Saxony, Jerman, terdapat sebuah bangunan pelik yang mempunyai keistimewaan mengeluarkan bunyi muzik.

Neustadt Kunsthofpassage

Bangunan yang dikenali sebagai Neustadt Kunsthofpassage ini akan memainkan alunan muzik setiap kali hujan turun.

Dresden merupakan salah satu kota warisan yang terdapat di timur Jerman dan pada suatu ketika dulu, hampir 60 peratus daripada keseluruhan bangunan disini musnah akibat perang dunia kedua.

Namun, penstrukturan semula telah dilakukan oleh kerajaan Jerman bagi meningkatkan kembali ekonomi di wilayah ini sebaik sahaja perjanjian damai dimeteri.

Hampir keseluruhan bangunan-bangunan yang berdiri megah di kota ini terdiri daripada struktur seni bina lama kerana kerajaan tempatan mahu mengekalkan binaan-binaan ini sesuai dengan statusnya sebagai sebuah bandar warisan.

Disebabkan itu, bandar ini juga telah menjadi salah satu prospek pelancongan negara Jerman kerana nilai sejarahnya yang tinggi.

Selain dikenali sebagai kota warisan sejarah, Dresden juga turut terkenal sebagai sebuah bandar muzik.

Disinilah lokasi dimana ahli-ahli muzik disekitar Jerman berkumpul untuk membuat persembahan. Malah, pembelajaran tentang muzik turut ditekankan kepada setiap pelajar dibandar ini.

Ekspresi itu dapat dilihat sendiri dengan terbinanya sebuah bangunan yang dikenali sebagai Neustadt Kunsthofpassage. Bangunan ini dibina khusus untuk mengeluarkan alunan muzik setiap kali hujan turun, menjadikannya salah satu mercu tanda bandar Dresden.

Neustadt Kunsthofpassage merupakan pangsapuri lama yang telah diubahsuai menjadi sebuah bangunan yang dipenuhi corong-corong yang berbentuk instrumen muzik. Jika dilihat sekali imbas, corong-corong ini kelihatan persis alat muzik saksofon.

Pada mulanya, corong ini merupakan saluran air yang menyalurkan air hujan ke longkang. Namun, ia telah diubahsuai menjadi corong berbentuk seperti instrumen muzik yang boleh mengeluarkan bunyi.

Jika alat muzik seperti saksofon menggunakan kuasa angin untuk dibunyikan, corong-corong ini pula menggunakan kuasa hidro, iaitu kuasa air setiap kali ia turun.

Dan setiap kali hujan turun, penghuni dipangsapuri ini akan menikmati sebuah alunan muzik semulajadi.

Konsep bangunan ini telah direka oleh tiga orang anak muda iaitu Christopher Rossner, Annette Paul dan Andre Tempel pada tahun 1999 yang juga merupakan penghuni pangsapuri ini. Mereka juga merupakan penuntut Universiti Dresden yang mengambil jurusan muzik orkestra.

Konsep asal bangunan ini diilhamkan daripada sebuah gereja muzik yang terdapat di England.

Neustadt Kunsthofpassage

Menurut ketiga-tiga anak muda ini, apabila hujan turun, muzik yang dikeluarkan adalah sekata. Bagaimanapun, tempo muziknya akan berubah-ubah, bergantung kepada tahap kelebatan hujan yang turun.

Menurut mereka lagi, muzik yang dimainkan oleh bangunan ini tidak seperti muzik yang selalu kita dengar, tetapi ia lebih kepada muzik eksotik atau kolektif yang boleh menenangkan jiwa pendengarnya.

Disebabkan terdapat banyak corong-corong air yang dipasangkan dibangunan ini, alunan yang dikeluarkan persis sebuah orkestra.

Bagi orang kebanyakan, mungkin mereka tidak dapat memahami alunan muzik yang dikuasakan oleh hujan ini.

Selain mempunyai corong muzik, bangunan ini juga telah diwarnakan dengan cat berwarna-warni untuk menambahkan nilai estetika seninya. Dengan warna yang cantik serta dipenuhi dengan corong-corong instrumen muzik, bangunan ini kelihatan begitu menarik.

Untuk mendengar alunan muzik semula jadi ini, anda boleh melayarinya sendiri dilaman YouTube.

Mungkin muziknya tidak sama seperti alunan muzik kumpulan Hujan, tetapi sekurang-kurangnya ia masih menarik untuk menjadi halwa telinga.

BACA INI JUGA: Sains Membuktikan Ayat Al-Qur'an Bahawa Hujan Mampu Menggegarkan Bumi

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, November 04, 2014

Keunikan Koleksi Terbesar Buku Mini

Keunikan Koleksi Terbesar Buku Mini

Info Unik. Bila sebut perpustakaan, ramai yang beranggapan ia hanyalah ruangan himpunan bahan bacaan dari segenap sumber.

Joszef Tari

Bagi kita, perpustakaan hanyalah ruangan biasa yang dipenuhi buku, namun cuba anda bayangkan sebuah perpustakaan yang menghimpunkan koleksi buku dakam saiz mini!

Ruang bacaan yang menghimpunkan buku-buku bersaiz kecil ini telah dibina atas inisiatif peminat buku mini, Joszef Tari.

Perpustakaan ini tidaklah sebesar mana dan hanya dibina disatu sudut ruangan yang kecil tetapi menyimpan koleksi buku mini dalam pelbagai genre.

Lelaki separuh abad dari Republik Hungry ini mula mengumpul koleksi buku mini sejak tahun 1972. Dan sehingga kini lebih 5,200 judul buku ada dalam simpanannya.

Minat terhadap bidang penulisan serta penerbitan mendorong Joszef meneruskan hobi menyimpan koleksi buku mini.

'The Constitution of The Hungarian People's Republic' merupakan buku pertama yang berada dalam koleksinya. Ia berukuran 22mm lebar x 35mm panjang.

Yang lebih menarik, buku mini yang ada dalam simpanan Joszef bukan sahaja didalam bahasa Hungry, malah beliau juga mengumpul buku mini dalam bahasa Inggeris, Latin, Indonesia, Jepun dan bahasa dari negara-negara Eropah.

Menurut Joszef, dalam simpanannya juga ada buku yang hanya bersaiz 2.75mm x 1.75mm, dan merupakan antara buku paling kecil di dunia!

Selain itu, Joszef juga memiliki 15 naskah akhbar mini termasuk akhbar kecil yang bersaiz 19mm x 26mm. Malah, dalam koleksinya juga terdapat buku yang berusia 100 tahun!

Buku dan akhbar ini mempunyai isi kandungan yang sama seperti buku biasa yang kita baca. Oleh sebab buku ini dalam saiz yang terlalu kecil, agak sukar untuk membaca baris ayat yang tercetak kerana tulisannya yang terlalu halus untuk pandangan mata kasar.

Joszef juga memberitahu, beliau menyukai pelbagai genre buku. Dan disebabkan minatnya lebih cenderung dalam bidang kesusasteraan dan politik, maka banyaklah buku-buku mini yang berkaitan dengan topik itu dalam simpanannya.

Selain itu, Joszef turut menyimpan koleksi buku berkaitan dengan seni, sukan dan masakan.

Kebanyakan buku mini ini dibeli sendiri oleh Joszef namun ada juga buku yang diberi oleh keluarga dan rakan-rakan sebagai hadiah.

Apabila menemui buku mini yang diminati, Joszef akan membeli beberapa salinan agar ia boleh ditukar dengan rakan-rakan lain yang mempunyai hobi yang sama.

Joszef Tari [2]
Antara koleksi buku mini Joszef.

Memandangkan minat yang terlalu mendalam, Joszef mula menerbitkan buku mininya sendiri. Kini, sesiapa pun boleh mendapatkan koleksi buku mini yang diminati. Ia direka dan diterbitkan oleh Joszef sendiri.

Manakala, Ezster Tari, anak perempuan Joszef merupakan seorang artis yang mahir dalam mengilustrasikan rekaan, telah banyak membantu mencapai matlamat bapanya.

Bagi berkongsi minat dan hobi dengan masyarakat luar yang lain, Joszef telah mewujudkan laman web sendiri bagi menghubungkan mereka antara satu sama lain.

Melalui web itu, mereka boleh berkongsi idea dan pendapat serta bertukar-tukar koleksi buku yang ada.

Jangan pula hairan, ramai sebenarnya orang yang memiliki hobi dan minat yang sama dari serata dunia.

Info Tentang Buku Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

1. Buku termahal di dunia dinamakan 'The Codex Leicester' yang ditulis oleh Leonardo da Vinci. Ia telah dijual pada tahun 1994 dengan harga RM95.48 juta.

2. Buku terbesar di dunia berjudul 'This Is Muhammad'. Ia adalah buku yang terbesar dan terberat di dunia. Buku ini seberat 1,500 kilogram dengan panjang lima meter serta lebar empat meter. Ia memiliki 420 muka surat.

3. Buku terkecil di dunia berjudul 'Shiki no Kusabana' yang diterbitkan oleh Toppan Printing. Berdasarkan rekod, buku ini hanya bersaiz 0.75 milimeter.

4. Buku paling laris di dunia berjudul 'A Tale of Two Cities', karya Charles Dickens yang diterbitkan pada tahun 1859. Buku ini telah terjual lebih daripada 200 juta naskah.

5. Buku paling tebal pula dikenali sebagai 'The Wikipedia'. Ia dihasilkan oleh Rob Mathew yang membuat ringkasan artikel daripada laman web wikipedia dan mencetaknya menjadi sebuah buku. Ia setebal 5,000 muka surat.

Jadi, selamat membaca diucapkan buat semua..:)

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, September 16, 2014

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

UNIK! Pulau Air Pasang Surut

Info Unik Dunia. Pulau-pulau yang tersenarai dibawah sememangnya istimewa kerana ianya adalah pulau-pulau yang boleh 'berhubung' dengan tanah besar jika air surut yang mana kita boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan untuk ke situ. Manakala jika air pasang pula, ia akan terpisah dengan tanah besar dan menjadi pulau sepenuhnya.

Pulau St. Michael's Mount
United Kingdom

Pulau Mont Saint-Michel

Pulau ini terletak kira-kira 366 meter dari persisiran pantai Teluk Mount di Cornwall, United Kingdom. Ia dihubungkan dengan tambak buatan manusia yang boleh dilalui ketika air pasang pertengahan dan juga ketika air surut. Gereja yang terdapat dipulau ini iaitu St. Michael ialah sebuah bangunan yang didirikan sejak kurun ke 15. Mengikut kajian yang dijalankan, jika berlaku peningkatan air lautan bersama-sama dengan hakisan maka sebahagian pantai Cornwall akan berhadapan risiko dan ini termasuklah St. Michael Mount.

Pulau Modo
Korea Selatan

Pulau Modo, Korea Selatan

Pulau Modo ialah sebuah pulau kecil di Wilayah Jindo di daerah Jelloa Selatan, Korea Selatan. Pulau ini adalah sepanjang 1.1 kilometer dan selebar 300 meter. Kadar pasang surut yang berlaku pada paras laut di sini telah mencetuskan satu fenomena yang dinamakan 'Moses Miracle' dimana satu laluan sepanjang 2.9 kilometer dan selebar 10-40 meter telah terbentuk selama satu jam diantara Pulau Modo dan Pulau Jindo. Keadaan ini hanya akan berlaku kira-kira dua kali dalam masa setahun iaitu sekitar bulan April hingga Jun. Malah, fenomena ini juga seringkali diraikan oleh penduduk tempatan dan dipanggil 'Jindo's Sea Way' namun hanya dikenali pada peringkat dunia pada tahun 1975 apabila seorang duta dari Perancis menceritakan fenomena ini kepada sebuah akhbar Perancis. Sejak itu, setiap tahun kira-kira setengah juta pengunjung tempatan dan luar akan menghadiri upacara tersebut.

Pulau Mont Saint-Michel
Perancis

Pulau Mont Saint-Michel

Mont Saint-Michel ialah sebuah pulau berpenghuni yang terletak di Normandy, Perancis. Pada tahun 2009, populasi di pulau ini ialah seramai 44 orang. Sebenarnya, Mont Saint-Michel serta teluk-teluk di sekelilingnya adalah sebahagian daripada senarai UNESCO untuk World Heritage Site. Dianggarkan lebih 3,000,000 orang akan melawat ke pulau ini pada setiap tahun. Pada masa dahulu, ianya dihubungkan dengan tanah besar menggunakan tambak tetapi kini menggunakan jambatan elevasi ringan yang baru saja dibina beberapa tahun lepas.

Pulau Haji Ali Dargah
India

Pulau Haji Ali Dargah

Haji Ali Dargah sebenarnya ialah sebuah masjid dan juga makam yang terletak dalam sebuah pulau di luar pantai Worli di bahagian Selatan Mumbai. Dargah ialah salah satu mercu tanda yang paling dikenali dan terletak di Mumbai. Namun, untuk sampai ke Dargah, pengunjung terpaksa bergantung kepada kadar pasang surut air kerana tambak yang dibina akan tenggelam ketika air pasang menyebabkan laluan akan terhalang. Ini menyebabkan satu-satunya masa untuk ke Dargah ialah ketika air surut dan dikatakan pengalaman melaluinya ditengah-tengah laut adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Pulau Mando
Denmark

Pulau Mando, Denmark

Mando terletak di bahagian barat daya Jutland, Denmark di Laut Wadden yang menjadi sebahagian dari Laut Utara. Pulau ini berkeluasan kira-kira 7.63 kilometer persegi dan mempunyai seramai 62 orang penduduk. Ia terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Ribe. Sewaktu air pasang, agak sukar untuk sampai ke pulau ini dengan melalui tambak yang tidak diturap sepanjang empat kilometer yang menghubungkannya dengan tanah besar. Apa yang istimewanya dengan pulau ini, terdapat pelbagai jenis burung dan organisma yang sesuai hidup di sini.

Pulau Burgh
United Kingdom

Pulau Burgh

Pulau Burgh ialah sebuah pulau kecil di luar pantai Selatan Devon, England berhampiran dengan sebuah perkampungan laut Bigbury-on-Sea. Beberapa buah bangunan terdapat di pulau ini yang mana bangunan terbesarnya ialah Hotel Art Deco. Manakala bangunan-bangunan lain pula ialah tiga buah rumah persendirian, sebuah rumah awam iaitu Pilchard Inn yang dikendalikan oleh pihak hotel. Pulau ini terletak 250 meter dari tanah besar di Bigbury-on-Sea dan boleh dihubungi dengan berjalan kaki ketika air surut. Ketika air pasang pula, perjalanan ke pulau ini akan dihubungkan dengan menggunakan traktor laut yang dikendalikan oleh pihak hotel dan digunakan untuk mengangkut penumpang pergi dan balik. Pengangkutan ini buat pertama kalinya dibina pada tahun 1930 dan pada masa ini traktor yang digunakan adalah hasil buatan pada tahun 1969.

Pulau Cramond
United Kingdom

Pulau Cramond, United Kingdom

Pulau Cramond di United Kingdom terletak kira-kira 1.6 kilometer dari pantai dan pulau ini hanya akan bersambung dengan tanah besar ketika air surut. Terdapat laluan yang telah dibina dan akan kelihatan pada ketika air surut yang membenarkan laluan ke pulau tersebut namun ketika air pasang, laluan ini akan ditenggelami air setinggi beberapa kaki menyebabkan pulau ini terputus hubungan dengan tanah besar.

Pulau Bar
Amerika Syarikat

Bar Island, United State

Pulau Bar ialah sebuah pulau yang terletak bertentangan dengan Pelabuhan Bar di Pulau Mount Desert, Amerika Syarikat. Pulau yang tidak berpenghuni ini dipenuhi pokok-pokok yang kebanyakannya adalah pokok-pokok pain dan birch yang kini adalah sebahagian daripada Taman Nasional Acadia. Terdapat kemudahan laluan pejalan kaki di pulau ini untuk mereka yang gemar melakukan aktiviti sedemikian. Laluan ke pulau ini hanya boleh dilalui untuk tempoh beberapa jam sahaja ketika air surut. Biasanya ada yang hanya berjalan kaki namun ada juga yang menggunakan kereta. Adakalanya pula pengunjung yang datang ke pulau ini akhirnya terkandas ketika mahu balik ke tanah besar akibat air pasang.

-Sentiasapanas.com

Sunday, September 07, 2014

Mesin-mesin Vending Yang Sangat Unik

Mesin-mesin Vending Yang Sangat Unik

Info Unik Dunia. Mesin Vending atau Vending Machine adalah mesin yang mengeluarkan pelbagai makanan atau barang segera melalui mesin. Berikut merupakan mesin-mesin vending di seluruh dunia yang sangat unik.

Kedai Zoom

ZoomShop Vending Machine

Zoom systems ialah sebuah syarikat yang bertanggungjawab tentang konsep jualan runcit. Malahan ia telah memasang sebanyak 780 buah mesin vending yang dipanggil ZoomShop dipelbagai tempat seperti di lapangan terbang, pusat membeli-belah serta banyak lagi lokasi lain di sekitar Amerika Syarikat dan juga di Jepun.

Ada juga mesin vending ini yang menyediakan khidmat jualan seperti kamera digital, pemain muzik mudah alih, komputer dan aksesori telefon bimbit.

Smart Vendor

Smart Vendor Vending Machine

Walaupun mesin ini sebuah mesin vending kereta tetapi ia bukanlah mengeluarkan kereta secara terus. Sebaliknya, mesin ini digunakan sebagai satu cara untuk mempromosikan kereta jenis Smart Car.

Jadi apa yang mesin vending ini lakukan ialah, ia akan memberikan pengguna pamplet-pamplet tentang model-model baru kereta tersebut, dealer yang menggunakan informasi tentang kereta tersebut serta pelbagai lagi informasi penting tentang kereta yang ada di pasaran.

Mengeluarkan Basikal

Post & Dekker Vending Machine

Menyewa basikal kini menjadi semakin unik. Sistem ini telah berjaya dikembangkan oleh sebuah agensi iaitu Springtime dan konsultannya, Post & Dekker dan mesin vending ini boleh ditemui di Amsterdam, Belanda.

Sistem pinjaman basikal ini membolehkan hanya satu cara sahaja bagi para pengguna boleh meminjam basikal dan boleh meletakkan basikal itu dimana sahaja.

Malahan basikal ini telah dilengkapi dengan chip RFID yang membolehkan ianya dikesan semula jika peminjam gagal atau 'terlupa' untuk memulangkannya.

Mesin Vending Kasut

Onitsuka Tiger Vending Machine

Pada bulan April 2008, Onitsuka Tiger sebuah syarikat kostum kasut yang ternama di Jepun telah cuba untuk menjadikan mesin vending sebagai mesin vending pertama yang boleh menawarkan kasut berdekatan dengan Jalan Carnaby di London.

Mesin ini dipenuhi dengan kasut-kasut tenis jenis Mexico 66. Malahan model kasut ini disediakan dalam 6 saiz yang berbeza.

Mesin ini akan membuat kasut itu sendiri yang mengandungi kira-kira 100 seksyen berbeza di hadapan para pembelinya.

Malahan, mesin vending kasut itu kini boleh ditemui di kebanyakan lokasi di England.

Mesin Vending Pizza

Wonder Pizza Vending Machine

Syarikat Wonder Pizza sedang mengembangkan satu mesin vending yang dapat membuat dan menyiapkan sekeping pizza berukuran 9 inci dalam tempoh dibawah 2 minit sahaja.

Mesin Vending Sushi

Sushi Vending Machine

Mesin vending ini boleh ditemui di Ferry, Jepun. Ferry ialah sebuah kawasan yang biasanya menyediakan makanan-makanan yang dibekalkan melalui mesin-mesin vending. Biasanya makanan-makanan yang dibeli oleh pembeli akan diterima dalam bentuk sejukbeku yang memerlukan mereka memanaskannya dalam ketuhar gelombang mikro dalam tempoh kurang dari 3 minit.

Mesin Vending Menjual Buku

Books Vending Machine

Mesin vending ini boleh ditemui dilapangan terbang Gatwick, London.

Mesin Vending Menjual Alat Permainan

Toys Vending Machine

Sebuah lagi hasil ciptaan dari Jepun yang menjual permainan didalamnya.

Hey Buddy!

Hey Buddy! Vending Machine

Mesin vending yang telah dibina oleh Carlotta Lennox pada tahun 1998 ini adalah sebuah mesin yang berkaitan dengan haiwan peliharaan dan nampaknya perniagaan ini telah berjaya mencapai kejayaan.

Mesin ini membekalkan keperluan seperti permainan haiwan selain keperluan lain haiwan peliharaan seperti pemegang anjing, makanan untuk haiwan peliharaan malahan snek untuk haiwan.

Kebanyakan mesin ini boleh ditemui di tempat-tempat yang membenarkan haiwan peliharaan dibawa seperti taman-taman, klinik-klinik veterinar dan juga pusat penjagaan haiwan peliharaan.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, September 03, 2014

Unik! Nikmat Kopi 'Gantung'

Unik! Nikmat Kopi 'Gantung'

Harga secawan kopi panas biasa tidaklah semahal secawan Cuppicino. Pun begitu, tidak semua orang mampu membelinya.

Suspended Coffee

Malah ada yang terpaksa menahan keinginan untuk menghirup keenakan rasa kopi kerana tidak mempunyai wang.

Atas dasar keperihatinan pihak tertentu, kini banyak kafe di luar negara berlumba-lumba menyajikan sebuah menu yang disebut sebagai 'Suspended Coffee'.

Suspended Coffee atau kopi digantung, diperuntukkan kepada mereka yang tidak mampu membeli atau membayar secawan kopi.

Misalnya, apabila anda membeli secawan kopi di sebuah kafe yang mengambil bahagian, anda bukan saja membayar kopi untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang tidak berkemampuan.

Sebagai contoh, anda memesan lima cawan kopi. Secawan kopi untuk anda dan empat lagi untuk ditangguhkan (suspended). Selesai minum secawan kopi, anda beredar dan membayar untuk lima cawan kopi.

Suspended Coffee [2]

Jadi, kemana perginya empat lagi cawan kopi yang dipesan tadi?

Kopi-kopi yang digantungkan itu dikhususkan buat para gelandangan yang tiada pekerjaan dan tiada rumah hingga terpaksa merempat atau tidur di tepi-tepi jalan.

Ia akan diberikan secara percuma tanpa banyak soal kepada pengemis yang datang bertanyakan mengenai minuman itu.

Konsep menu ini boleh dikatakan sama seperti minum sambil menderma dan membuat kebaikan. Anda membayar minuman panas itu sebagai sumbangan kecil untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Idea murni ini telah bermula di Naples, Itali. Orang Itali menyebutnya dengan sebutan 'Caffe Sospeso'. Selain diwujudkan untuk mereka yang tidak memiliki tempat tinggal, konsep awal Caffe Sospeso juga sebenarnya lebih ke arah memberi pertolongan kepada peniaga bankrap atau dipecat daripada pekerjaan.

Sampai sekarang, amalan lama berusia ratusan tahun ini masih menjadi budaya masyarakat di sana. Sejak ia diwujudkan, ramai individu telah melakukannya. Ini satu isyarat yang sangat menggembirakan dan menyentuh hati.

Aurelio De Laurentiis
Aurelio De Laurentiis.

Antara individu berpengaruh yang gemar menderma dengan cara ini ialah Pengerusi Bola Sepak Societa Sportiva Calcio (SSC) Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Beliau dilaporkan sering membayar sebanyak 10 cawan Caffe Sospeso setiap kali meraikan kemenangan pasukannya.

Gerakan sosial menerusi Caffe Sospeso telah menarik perhatian dunia hingga ia menjadi contoh dan ikutan oleh banyak negara.

Di Bulgaria, lebih daripada 150 buah kafe telah menyertai amalan murni tersebut untuk memberikan secawan kopi kepada gelandangan.

Sajian ini turut dihidangkan di 26 buah restoran yang berdaftar di seluruh Ireland. Negara-negara seperti Rusia, Quebec dan Australia juga dilaporkan membudayakan nilai murni ini.

Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang mempersoalkan idea ini. Adakah Caffe Sospeso benar-benar diberikan kepada mereka yang layak dan memerlukannya? Sekiranya tidak ramai gelandangan meminta atau memesan menu itu, apakah yang berlaku kepada menu dan wang tersebut?

Perkara inilah yang terus diragui oleh pihak-pihak tertentu hingga menyekat segelintir masyarakat dunia untuk tidak mengamalkannya.

Suspended Coffee [3]

Bagi pihak yang tidak mahu berpandangan pesimistik pula mengatakan, amalan tersebut tidak seharusnya dipertikaikan. Kejayaan dalam menikmati hidup selesa perlu dipulangkan balik kepada masyarakat dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

Justeru, alangkah indahnya apabila pemilik kedai kopi di setiap bandar melakukan perkara ini.

Sekurang-kurangnya, dengan cara tersebut dapat membantu dan memberi sokongan kepada golongan kurang bernasib baik.

BACA INI JUGA: Makanan Yang Baik Untuk Dimakan Sebelum Tidur

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 27, 2014

Unik! Tukang Beratur Profesional

Unik! Tukang Beratur Profesional

Info Unik Dunia. Fenomena orang ramai sanggup beratur untuk menjadi pemilik terawal dan mendapatkan produk-produk terbaru bukanlah perkara yang luar biasa lagi.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc)
Seperti dilaporkan dalam akhbar New York Post.

Trend ini boleh dilihat setiap kali telefon pintar Apple memasuki pasaran dan ada individu yang sanggup beratur berjam-jam malah berhari-hari semata-mata untuk mendapatkan produk terkini keluaran Apple.

Malah, di negara kita sendiri baru-baru ini, peminat tudung Fareeda yang sanggup beratur seawal subuh semata-mata mahu membeli tudung keluaran terbaru syarikat itu.

Di Amerika Syarikat, seorang lelaki bernama Robert Samuel melihat perkara itu sebagai satu peluang untuknya menjana pendapatan.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc) [2]

Dia menawarkan perkhidmatan beratur bagi mereka yang malas untuk beratur dan tidak sanggup menunggu berjam-jam untuk memiliki sesuatu produk menerusi syarikatnya, Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc).

Menurut Robert, idea untuk perkhidmatan tersebut timbul tahun lalu. Pada masa itu dia baru kehilangan kerja, jadi dia perlu memikirkan cara yang inovatif untuk menjana pendapatan.

Disebabkan rumahnya berada berdekatan dengan kedai Apple Store di New York, dia mengambil keputusan untuk beratur dan kemudian menjual tempat beliau kepada orang lain semasa hari pertama iPhone 5 dijual.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc) [3]

Setelah beratur selama 18 jam, Robert berjaya menjual tempatnya beratur kepada individu yang malas mahu beratur untuk mendapatkan telefon pintar iPhone 5 dengan harga USD325. Selepas itu dia sedar, beratur bagi pihak lain boleh menjana pendapatan dan menjadikan ia satu karier dengan menjadi seorang tukang beratur secara profesional.

Mungkin ramai yang beranggapan pekerjaan Robert adalah mudah. Tetapi untuk menjadi seorang tukang beratur, seseorang itu memerlukan kesabaran yang tinggi kerana perlu beratur untuk tempoh yang sangat panjang.

Selain itu, tukang beratur juga perlu mengharungi keadaan cuaca yang panas dan sejuk. Robert juga pernah beratur dalam keadaan cuaca hujan dan bersalji.

Kebiasaannya, Robert akan membawa beberapa gajet seperti telefon pintar dan juga tablet untuk menghilangkan rasa bosan menunggu. Dia juga akan membawa pengecas mudah alih untuk mengecas gajetnya dan kerusi lipat agar dia tidak penat berdiri.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc) [4]

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula jika Robert ingin ke tandas atau membeli makanan dan minuman? Adakah tempatnya akan diambil jika dia keluar daripada barisan?

Menurut Robert, perkara itu tidak menjadi masalah kerana orang lain yang turut beratur memahami antara satu sama lain.

Dia hanya perlu memberitahu orang berdekatan dengannya yang dia hendak keluar barisan sebentar dan dia juga akan bertanya jika mereka mahu memesan sesuatu seperti makanan dan minuman.

Semasa beratur untuk pelanggan, Robert akan menerangkan kepada orang lain yang juga beratur bahawa dia adalah tukang beratur yang menawarkan khidmat profesional.

Dia akan menggunakan peluang itu untuk memberikan kad perniagaan dan memberitahu mereka yang mereka juga boleh menggunakan perkhidmatannya untuk memudahkan sesuatu urusan.

Untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan, pelanggan perlu membayar sebanyak USD25 untuk sejam pertama dan USD10 untuk 30 minit berikutnya.

Same Old Line Dude Inc. (SOLD Inc) [5]

Setakat ini, syarikat milik Robert mempunyai tujuh orang pekerja tetap dan 15 orang pekerja sambilan yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk dirinya sendiri.

Selain beratur untuk mendapatkan barangan teknologi, Robert juga pernah beratur untuk membeli makanan, pakaian, tiket konsert, pas masuk rancangan televisyen dan macam-macam lagi.

Apa saja yang pelanggan ingin dapatkan perkhidmatan untuk beratur bagi pihak mereka, Robert dan pasukannya pasti akan lakukan.

Sebenarnya, peluang mencari rezeki sentiasa terbuka luas. Apa yang penting adalah kita bijak meraih dan memanfaatkan peluang yang terbuka luas di hadapan kita seperti apa yang Robert lakukan.

Mungkin ada yang berminat untuk memulakan perkerjaan seperti ini sebagai kerjaya di Malaysia?

-Sentiasapanas.com

Thursday, June 26, 2014

10 Bentuk Tasik Paling Unik Di Dunia

10 Bentuk Tasik Paling Unik Di Dunia

Tasik-tasik ini dikatakan sangat unik kerana bentuknya yang sangat cantik dan memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Fisheating Creek, Florida, USA

Fisheating Creek

Sungai ini mempunyai bentuk aliran yang unik jika dilihat dari udara. Aliran sungai ini berbentuk zig-zag yang merentasi kawasan Cowbone March yang terletak di barat Tasik Okeechobee (The Big O Lake) di Florida, USA.

Yueyaquan Lake, China

Yueyaquan

Tasik oasis yang berbentuk bulan sabit di kawasan padang pasir di China yang terletak di selatan bandar Dunhuang di Jajahan Gansu. Kawasan ini menjadi tarikan pelancongan untuk melihat unta di China.

Sao Paulo Lake, Brazil

Sao Paulo Lake

Ini adalah tasik buatan manusia di kawasan perkampungan nelayan di negeri Sao Paulo, Brazil. Tasik ini berbentuk orang raksaksa yang kelihatan gembira, meliputi kawasan sepanjang 140 meter.

McKinley Lake, Alaska

McKinley Lake

Tasik McKinley ini terletak berhampiran dengan Gunung McKinley, Alaska, iaitu gunung tertinggi di Amerika Utara, dengan ketinggian puncaknya lebih kurang 6,194 meter dari aras laut.

Kaki gunung ini lebih rendah daripada Gunung Everest tetapi meliputi kawasan yang lebih luas.

Eros Lake, India

Eros Lake

Tasik Eros ini berbentuk jantung hati (heart shaped) dan terletak di Puncak Chembra, India dengan ketinggian 1,398 meter di atas paras laut dan keluasan permukaan 1,827 meter persegi. Kawasan ini mempunyai suhu yang nyaman.

Peyto Lake, Canada

Peyto Lake

Tasik ini terletak di antara Rockies Canada dan berbentuk seperti beruang yang dinamakan Tasik Peyto bersempena mengambil nama Bill Peyto, iaitu orang yang mula-mula menjelajahi kawasan Banff ini.

Tasik ini dipenuhi oleh glasier dan jalan mudah untuk sampai ke sana ialah dari kawasan salji Parkway.

Manicouagan Lake, Canada

Manicouagan Lake

Tasik ini merupakan satu daripada tujuh keajaiban di Canada. Ia merupakan tasik empangan hidroelektrik yang berbentuk cincin, terletak di bahagian tengah tanah rendah/lembah Manicouagan di Quebec, Canada.

Tasik ini meliputi kawasan seluas 70 kilometer garis pusat dan merupakan tasik yang ditutupi salji sepanjang tahun di mana bahagian tengah cecincin tersebut dipenuhi oleh batuan yang dihakis oleh proses glasieran (glaciation).

Horseshoe Lake, Canada

Horseshoe Lake

Tasik berbentuk ladam kuda ini berasal daripada kelok sungai utama yang membentuk ladam kuda apabila diempang seperti kejadian tasik-tasik ladam kuda yang lain.

Tasik yang indah ini terletak di sepanjang Red River, dekat Morris di selatan Manitoba, Canada.

Horseshoe Bend Lake, Arizona, USA

Horseshoe Bend Lake

Tasik berbentuk ladam kuda yang cantik menghijau dan menyejukkan mata. Tasik Horseshoe Bend ini merupakan khazanah Sungai Colorado yang berkelok terletak di kawasan hilir sungai Tasik Powell yang terletak di Kawasan Rekreasi Kebangsaan Glen Canyon di Arizona, USA.

Schulensmeer Lake, Belgium

Schulensmeer Lake

Tasik Schulensmeer di Belgium ini adalah tasik semulajadi serta ditambah dengan buatan manusia dan secara tidak disedari ia berbentuk seperti pistol dengan kepanjangan 2.5 km.

Tasik ini terjadi apabila pada tahun 1970an, sebatang lebuhraya yang dibina di kawasan berhampiran menggunakan tanah di sini sehingga kawasan ini akhirnya menjadi tasik yang berbentuk pistol seperti sekarang ini.

Tasik ini menjadi tasik rekreasi untuk kapal layar, meluncur air dan aktiviti sukan air yang lain.

BACA INI JUGA: Misteri Menyeramkan Tasik Natron

Sumber: cari