Nov 19, 2014

UNIK! Jalan Ditutup Sebulan Demi Ketam Melintas!

Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.

Ketam-mengawan

Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.

Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.

Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.

Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur, sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.

Cuba anda tengok memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!

Ketam-mengawan [2]
Ketam-mengawan [3]
Ketam-mengawan [4]
Ketam-mengawan [5]
Ketam-mengawan [6]
Ketam-mengawan [7]
Ketam-mengawan [8]
Ketam-mengawan [9]

Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan beragama islam.

Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu!

Apa lagi, mungkin Pulau Christmas ini boleh dijadikan destinasi pelancongan anda akan datang!

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

6 comments

Waahhhh... menarik niee... berani nyer budak2 tu... ketam tu tak sepit ker...

Nasib baik tak boleh dimakan ketam tu..hehe

Woww... kalau Malaysia tu dah lama dah orang buat gulai ketam ketam tu. Tak sangka pulau tu ada orang Melayu yr? rasa bangga kejap...

Agaknya diorang dah jemu makan ketam..hehe

Kejadian yang jarang berlaku di dunia..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon