Saturday, November 19, 2016

Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

Khasiat Dan Manfaat Buah Tiin Untuk Hidup Sihat

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jawziyyah, buah tiin memiliki banyak khasiat antaranya, dapat mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, menghilangkan kahak yang berkumpul, memberi khasiat yang baik kepada tubuh dan melawan racun di dalam badan.

Buah Tiin

Ramai di antara kita tidak mengetahui keistimewaan dan manfaat besar yang terdapat pada buah tiin atau nama latinnya Ficus Carica untuk kesihatan.

Ini kerana mungkin disebabkan buah tiin bukan berasal dari negara kita dan ianya banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean.

Walaupun buah tiin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana buah Tiin berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah.

Buah Tiin Disebut Dalam Al-Qur'an

Di dalam Al Qur'an terdapat surah khusus yang menyatakan tentang khasiat buah tiin iaitu Surah At Tiin di mana Allah telah bersumpah dengan buah tiin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tiin ayat 1- 3).

Pasti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Qur'an, mungkin kerana khasiat dan keistimewaan buah Tiin yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”. (HR Abu Darda; Suyuti)

Penemuan Khasiat Buah Tiin Hasil Kajian Sains

Manfaat buah Tiin juga dibuktikan melalui penemuan–penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang boleh didapati dari sebiji buah tiin apabila dimakan.

Khasiat buah tiin juga berbeza berbanding dengan buah-buahan lain dan juga lazat serta mempunyai nilai pemakanan sihat yang tinggi.

Selain dari itu, buah Tiin juga dikenali sebagai:
  • Bahan pelancar (laxative)
  • Penahan sakit
  • Baik sebagai unsur perkumuhan air kencing (diuretik)

Prof J. A Vinson dari Universiti Scranton, Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahawa buah tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain.

Buah tiin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol, dan mengandungi lebih tinggi kandungan galian yang lain seperti kalium, serat dan zat besi.

Kajian oleh beliau mendapati bagaimana buah tiin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

Satu saiz hidangan buah tin (100g atau ¼ cawan) mengandungi 20% daripada keperluan zat serat seharian tubuh badan kita. Daripada jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut.

Hasil-hasil Kajian Mengenai Kelebihan Buah Tiin

Kajian dari California Fig Nutritional Information – Buah tiin mengandungi serat yang tinggi, di mana setiap 100gm buah tiin kering mengandungi 12.2g serat berbanding dengan buah epal (2.0g).

Kajian yang disiarkan di Qatar – Buah tiin kaya dengan kalsium dan potasium yang mengandungi zat benzaldehyde yang sangat baik untuk melawan sel-sel kanser.

Website Cancer Foundation – Kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti sangat berkesan dalam melawan kanser.

Website Cancer Foundation – Kajian dari Institute of Physical and Chemical Research di Tokyo menunjukkan benzaldehyde terbukti sangat berkesan dalam melawan kanser.

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat – Buah tiin mengandungi vitamin A, C, Kalsium, Magnesium hingga Potasium. Ia juga baik untuk mengawal nafsu makan dan menurunkan berat badan.

Pakar kesihatan – Dengan mengambil buah tiin secara teratur, ia membantu membersihkan racun di dalam tubuh.

Kajian dari Universiti Rutgers, New Jersey – Buah Tiin mengandungi antioksidan, Omega-3, Omega-6 yang mencegah penyakit jantung, rendah lemak, rendah kalori dan bebas kolestrol, sesuai untuk mereka yang mengidap penyakit diabetes.

Kandungan Nutrisi Bagi Setiap 100g Buah Tiin
  • Tenaga - 250 kcal 1040 kJ
  • Karbohidrat - 63.87 g
  • Gula - 47.92 g
  • Serat- 9.8 g
  • Lemak - 0.93 g
  • Protein - 3.30 g
  • Thiamine (Vit. B1) - 0.085 mg 7%
  • Niacin (Vit. B3) - 0.619 mg 4%
  • Riboflavin (Vit. B2) - 0.082 mg 5%
  • Pantothenic acid (B5) - 0.434 mg 9%
  • Vitamin B6 - 0.106 mg 8%
  • Magnesium - 68 mg 18%
  • Folat (Vit. B9) - 9 μg 2%
  • Vitamin C - 1.2 mg 2%
  • Zinc - 0.55 mg 6%
  • Kalsium - 162 mg 16%
  • Iron - 2.03 mg 16%
  • Fosfor - 67 mg 10%
  • Potassium - 680 mg 14%

Buah Tiin Sebagai Bahan Anti Kanser

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh J.A Vinson juga mendapati bahawa jumlah kandungan ‘polyphenol’ dalam buah tiin adalah paling tinggi berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

Buah tiin juga mengandungi sebatian lain yang menjadi bahan anti kanser iaitu ‘benzaldehyde’ dan ‘coumarins’.

‘Benzaldehyde’ telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor manakala ‘coumarins’ adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.

Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah pun mengetahui keistimewaan dan kebaikan yang terdapat dalam buah tin, apatah lagi ianya terhad di pasaran tidak seperti buah-buahan lain, kerana sukar diperolehi dan harga buah Tiin yang sangat mahal.

Buah Tiin Mencegah Kanser Kolon

Kajian sudah membuktikan bahawa serat terlarut boleh membantu mengawal gula di dalam darah dan mengurangkan kolestrol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan.

Manakala serat tidak larut pula dapat melindungi dan mencegah daripada penyakit kanser usus besar (kolon).

Makanan yang kaya dengan serat terlarut mampu mengurangkan berat badan, oleh itu buah tiin juga sesuai dimakan untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Buah tiin sangat sesuai dimakan oleh setiap orang, kerana ianya merupakan snek terbaik yang sesuai untuk semua golongan termasuklah kanak-kanak kerana mengandungi serat yang tinggi dan manis secara semulajadi.

Jadi, pengambilan buah tiin merupakan satu langkah yang tepat untuk menambahkan pengambilan serat dalam makanan seharian kita kerana terdapat bukti amali yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil serat yang sangat tinggi, didapati jarang menghidapi penyakit kanser dan jantung.

Mungkin dalam keadaan dunia moden sekarang dan kesibukan yang dihadapi oleh setiap orang, agak sukar untuk kita mengelakkan daripada mengambil makanan yang berkalori tinggi, berkolestrol tinggi dan berlemak dalam makanan seharian kita.

Namun, dengan adanya buah tiin, seharusnya khasiat yang terkandung di dalamnya tidak disia-siakan malah perlu dijadikan sebagai makanan alternatif untuk kita meningkatkan kesihatan.

Buah Tin Mempunyai Bahan Yang Boleh Melawan Kanser

Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam buah tiin ialah, ianya dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser.

Buah tiin mengandungi ‘polyphenols’ yang tinggi yang bertindak sebagai antioksidan.

Antioksidan amat penting untuk tubuh badan kita kerana ia berfungsi menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Buah Tin Membantu Merawat Penyakit-penyakit Kronik

Di samping itu, kehadiran serat, kalium dan magnesium di dalam buah tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan juga mampu mengawal tekanan darah tinggi.

Satu berita yang baik bagi pengidap penyakit darah tinggi kerana memakan buah tiin boleh dijadikan amalan bagi mengurang dan mengawal penyakit tersebut.

Manakala bagi penyakit kencing manis, buah tiin juga didapati sesuai untuk golongan tersebut kerana serat yang terdapat dalam buah tiin boleh memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil.

Khasiat Buah Tiin Diiktiraf Oleh Pakar Pemakanan

Gabungan zat yang terkandung dalam buah tiin iaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas iaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal aras gula dalam darah seseorang.

Sehubungan dengan itu, Dr Oliver Alabaster, iaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahawa jika seseorang mengambil buah tiin sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesihatannya dalam jangkamasa panjang.

Maka, tidak hairanlah jika buah tiin turut diiktiraf oleh pakar-pakar pemakanan moden sebagai makanan nutraseutikal (functional food) kerana ia bukan sekadar mengandungi zat-zat yang berkhasiat malah lebih daripada itu.

Buah Tiin bermanfaat dalam penjagaan kesihatan dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.

Secara Ringkasnya, Buah Tiin Diyakini Mampu Merawat Dan Mencegah Penyakit-penyakit Berbahaya Di Bawah
  • Merawat dan mencegah serangan darah tinggi dan jantung koroner
  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
  • Mencegah serangan jantung
  • Baik untuk pesakit diabetes
  • Mencegah penyakit kanser
  • Mencegah pereputan tulang (Osteoporosis)
  • Menjadikan tubuh lebih tinggi secara semulajadi
  • Sesuai untuk diet bagi mereka yang terlalu kurus
  • Mengatasi insomnia, susah tidur pada waktu malam
  • Mampu mengatasi anemia (kekurangan darah)
  • Sumber nutrisi yang lengkap
  • Mengatasi masalah sembelit
  • Menyembuhkan buasir
  • Mencegah pertumbuhan tumor kanser
  • Mengatasi masalah gangguan pernafasan
  • Merawat bisul
  • Mempercepat penyembuhan luka
  • Merawat sakit tekak
  • Mampu menurunkan berat badan
  • Melambatkan proses penuaan pada wanita menopause
  • Mencegah kanser prostat
  • Meningkatkan kekuatan lelaki di ranjang
  • Merawat kesihatan dan kecantikan kulit
  • Membersihkan penyumbatan pori dan mengatasi jerawat
  • Baik untuk ibu hamil dan baru melahirkan anak
  • Baik untuk pesakit batu karang
  • Mengawal kadar gula dalam darah
  • Meningkatkan sistem imun tubuh

Manfaat Buah Tiin Sempurna Secara Semulajadi

Di samping itu, Lembaga Penasihat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah menggelar buah tiin sebagai ‘nature’s most nearly perfect fruit’ iaitu ‘buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara semulajadi’.

Oleh yang demikian, anda disarankan untuk selalu memakan buah tiin kerana manfaatnya untuk jangkamasa panjang, selagi hayat dikandung badan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

Monday, October 31, 2016

Daun Pecah Beling Merawat Dan Mencegah Kanser

Daun Pecah Beling Merawat Dan Mencegah Kanser

Pecah beling merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832-1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma).

Daun Pecah Beling

Daun ini dikenali dengan nama pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae), enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia.

Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu.

Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah.

Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus, agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia.

Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Kajian Makmal UPM

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).

Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin.

Daun ini juga mengandungi kafein, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Daun Pecah Beling Membunuh Sel Kanser

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan).

Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada.

Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruhi sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan.

Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser.

Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini.

Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas.

Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Daun Pecah Beling Merawat Kencing Manis

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen anti-diabetis pada tikus yang diaruh diabetes.

Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis.

Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level).

Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas.

Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Teh Daun Pecah Beling

Daun Pecah Beling

Teh pecah beling turut menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis.

Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat.

Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob.

Penulis:
Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.
Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.

BACA INI JUGA:

Sumber: Utusan

Saturday, October 29, 2016

Pokok Keladi Tikus Merawat Penyakit Kanser

Pokok Keladi Tikus Merawat Penyakit Kanser

Daun pokok Keladi Tikus berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau segar. Dalam bahasa Inggeris pokok Keladi Tikus disebut sebagai rudent tuber.

Pokok Keladi Tikus

Ia mudah dijumpai dikebanyakan tempat di Malaysia, juga dibeberapa pusat pembenihan dan pusat landskap.

Daun pokok Keladi Tikus berbentuk seperti jantung dan berwarna hijau pekat basah.

Seluruh bahagian pokok Keladi Tikus ini boleh digunakan dalam rawatan penyakit.

Pokok Keladi Tikus merupakan sejenis tumbuhan meliar dari keluarga Araceae dan nama saintifiknya ialah Typhonium flagelliforme (Lodd) BL.

Pokok Keladi Tikus juga dikenali dengan beberapa nama seperti Talas Kunting, Bira Kecil, Ileus Gofu Sepa, Trenggiling Mentik dan berbagai lagi.

Pokok Keladi Tikus sesuai ditanam di kawasan yang lembab dan berpaya. Ketinggian pokok ini boleh mencapai sehingga 100cm.

Keistimewaan Pokok Keladi Tikus

Pokok Keladi Tikus

Pokok Keladi Tikus diakui mempunyai nilai anti kanser pada awal 1990an.

Sebenarnya, pokok Keladi Tikus telah lama digunakan oleh ilmuwan Islam seperti Ibnu Sinna dalam perubatan tibb-e-Unani dan di China.

Pokok Keladi Tikus terkenal dikalangan tabib (sense) Cina yang menggunakannya dalam komponen herba tradisional mereka untuk rawatan kahak berangin, penyakit yang menyebabkan kejangan otot dan untuk pesakit lumpuh lidah, muka atau percakapan.

Dalam tahun 1995-96 seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe seorang botanis berkata, ‘pokok Keladi Tikus’ ditemui secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan itu, yang dipercayai boleh menyembuh penyakit’.

Ketika itu beliau terlibat dalam kajian pembiakan tumbuh-tumbuhan dan beliau berjanji untuk membantu membiakkan pokok Keladi Tikus.

Melalui kajian yang dijalankan ke atas pokok Keladi Tikus atau Typhonium, pesakit menunjukkan kesan positif selepas amalan pengambilan pokok Keladi Tikus.

Bahkan, pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan mempunyai selera makan.

Khasiat Dan Kegunaan Pokok Keladi Tikus

Pokok Keladi Tikus

Di antara khasiat pokok Keladi Tikus ialah, ianya baik untuk rawatan penyakit barah seperti penyakit barah payu dara, paru-paru, rektum, hati, prostat, pangkal rahim dan buah pinggang.

Kandungan pokok Keladi Tikus juga dapat membunuh sel-sel barah dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi.

Keladi tikus juga bersifat antivirus dan antibakteria.

Air dari pokok Keladi Tikus juga mampu merencatkan ketumbuhan kanser dan membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kemoterapi.

Bagaimana Keladi Tikus bertindak?

Pokok Keladi Tikus

Keladi Tikus membantu detoksifikasi dalam sistem darah. Kajian menunjukkan bahawa Keladi Tikus mengandungi kandungan Arginine yang tinggi.

Arginine adalah asid amino penting yang diperlukan untuk pertumbuhan normal mikrob, tanaman dan haiwan.

Arginine juga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme yang normal dan proliferasi sel.

Keladi Tikus mengandungi anti-neoplastik atau antikanser, serta berkhasiat sebagai antivirus.

Kesan farmakologi ini ialah menjadi ubat utama untuk merawat kanser. Ramuan ini mengandungi ribosome inacting protein (RIP), zat antioksidan dan zat antikurkumin.

RIP berfungsi membantutkan perkembangan sel kanser, tanpa merosakkan sel yang sihat dan menghalang pertumbuhan sel kanser.

Zat antioksidan berfungsi mencegah kerosakan gen, sementara zat antikurkumin berfungsi sebagai antiinflamasi atau antiperadangan.

Keladi Tikus juga mampu menyembuhkan pelbagai jenis kanser, dari payudara, paru-paru, usus besar, rektum, lever, prostat, ginjal, leher rahim, tulang, otak, limpa, leukemia, hempedu, pankreas dan ianya terbukti telah menyembuhkan penyakit kanser dengan pengambilan selama 5 bulan secara berterusan. -Ubatkanser

Hindari Kekeliruan

Typhonium Trilobatum
Typhonium Trilobatum. [Sumber gambar]

Awas, terdapat tumbuhan yang mirip dengan Keladi Tikus iaitu Typhonium Trilobatum.

Typhonium trilobatum dalam perubatan Cina disebut Half Summer.

Typhonium trilobatum daunnya berombak dan berwarna hujau serta agak pudar.

Typhonium Trilobatum

Dibahagian hujung daun yang masih kuncup berwarna keunguan dan akarnya berwarna coklat tua.

Kelopak bunga Typhonium trilobatum melebar menyerupai lidah serta berwarna ungu.

Berhati-hati agar tidak tersilap kerana Typhonium trilobatum mengandungi racun.

Cara Penggunaan Keladi Tikus Untuk Beberapa Jenis Penyakit

1. Penyakit kanser

Ambil 50 gram atau 3 batang pokok Keladi Tikus yang sudah matang (bersaiz besar). Cuci dengan air bersih bagi menanggalkan kotoran yang terlekat pada pokok herba tersebut.

Tumbuk dengan lesung batu hingga hancur dan tambah 2 hingga 3 sudu makan air masak.

Dengan menggunakan penapis, ekstrak pati Keladi Tikus tersebut menggunakan penapis plastik.

Minum ekstrak pati Keladi Tikus tersebut 3 kali sehari 30 minit sebelum serapan atau makan. Namun jika mengalami masalah kembung perut (angin) minum pati Keladi Tikus selepas makan.

Anda boleh menambah setengah sudu makan madu untuk mengurangkan kesan gatal pada kerongkong.

2. Penyakit bisul

Ambil 5 helai daun Keladi Tikus, tumbuk hingga lumat dan tampal disekeliling bisul. Tidak lama kemudian nanah bisul akan keluar.

3. Kembung perut disebabkan angin

Ambil 2-3 helai daun pokok Keladi Tikus, masukkan ke dalam cawan dan tuang dengan air panas. Tunggu air tersebut menjadi sejuk dan kacau terlebih dahulu sebelum diminum.

4. Menyahtoksin dalaman tubuh badan

Ambil 3 helai daun pokok Keladi Tikus. Cuci sehingga bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu makan air masak dan tambah sedikit madu untuk mengurangkan rasa gatal.

Minum ekstrak pati Keladi Tikus 30 minit sebelum makan.

5. Mengurangkan batuk

Ambil 3 helai daun pokok Keladi Tikus, cuci bersih dan tumbuk lumat. Tambah 2 sudu madu dan ekstrak pati dan minum setiap pagi sebelum serapan.

Peringatan kepada para pembaca

1. Dilarang kepada ibu mengandung untuk meminum pokok Keladi Tikus.

2. Jangan guna alat logam bila memproses herba Keladi Tikus. Guna alat yang diperbuat dari plastik.

3. Semasa tempoh rawatan menggunakan Keladi Tikus, hindari rokok, alkohol, tapai manis, tempe, nangka, daging, makanan pedas dan makanan yang mengandungi MSG.

4. Elakkan merebus pokok Keladi Tikus agar kandungan zat dan bahan kimianya tidak hilang.

5. Buat pati pokok keladi tikus untuk sekali minum sahaja dan esoknya anda perlu pemprosesnya semula untuk diminum pada hari itu.

6. Pokok keladi tikus boleh dilihat kesannya setelah 3 hingga 6 bulan mengambilnya secara berterusan.

Semoga artikel ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca akan kegunaan herba Keladi Tikus. -Tanomkinotuan

Insya Allah.

BACA INI JUGA: Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser?

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, October 22, 2016

Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser?

Buah Dan Daun Durian Belanda Sebagai Penawar Kanser?

Durian belanda mendapat perhatian di seluruh dunia kerana berita ‘keupayaan luar biasanya’ berbanding kemoterapi diuar-uarkan di internet terutama melalui media sosial.

Durian Belanda

Sebuah artikel berbahasa Inggeris diterjemah dan disalin tampal pengguna internet kerana menganggap mesej tersebut amat berguna dan perlu dihebahkan kepada orang ramai.

Mesej utama dalam artikel tersebut berbunyi, "Ekstrak daripada pokok durian belanda membunuh sel-sel malignan (kanser) pada 12 jenis kanser termasuk kanser kolon, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas.

Sebatian-sebatian (kimia) dari pokok durian belanda terbukti 10,000 kali lebih berkuasa dalam memperlahankan sel-sel kanser berbanding Adriamycin iaitu ubatan kemoterapi yang biasa digunakan.

Tambahan pula, tidak seperti kemoterapi, sebatian yang diekstrak daripada pokok graviola membunuh sel-sel kanser secara selektif iaitu ia tidak memusnahkan sel-sel sihat."

Annonacin

Penulis mengetahui kajian sains yang menunjukkan sebatian acitogenin terutama annonacin daripada pokok durian belanda berupaya membunuh sel-sel kanser.

Setakat ini kajian tersebut hanya dijalankan secara tabung uji (vitro) dan pada tikus (vivo). Tiada sebarang ujian klinikal ke atas manusia dijalankan.

Menurut pengasas Raintree Nutrition Inc. yang mempromosi herba dari Amerika Selatan, Leslie Taylor dalam laman webnya Rain-Tree, golongan saintis berjaya mensintesiskan beberapa jenis acetogenin yang dipercayai aktif terhadap sel-sel kanser dalam makmal.

Langkah seterusnya ialah mengubah struktur kimia tanpa kehilangan keupayaan tindakan antitumor.

Tujuannya menghasilkan struktur terubahsuai agar ujian seterusnya termasuk ujian klinikal ke atas manusia dijalankan sebelum mendapat kelulusan FDA dan untuk dipatenkan.

Untuk pengetahuan pembaca, sebarang jenis sebatian kimia sintetik serupa dengan sebatian kimia semula jadi tidak boleh dipatenkan oleh sesiapa pun. Dalam kes ini ialah sebatian-sebatian acitogenin.

Menurut Taylor, usaha saintis mengubah stuktur acetogenin sintetik masih menemui jalan buntu.

Ia kerana setiap kali mereka mengubah struktur kimia acetogenin, keupayaan antitumor merosot!

Bagaimanapun, terdapat kemungkinan sebatian acetogenin tertentu misalnya annonacin sintetik tidak terubahsuai akan diberi perhatian oleh National Cancer Insitute dan National Institute of Health, Amerika Syarikat untuk mengintervensi.

Seperti berlaku kepada taxol iaitu sebatian kimia yang diekstrak daripada daun pokok yew, kedua-dua badan tersebut berkemungkinan besar akan mengarahkan ujian klinikal terhadap acetogenin sintetik tanpa pengubahsuaian struktur kimia.

Kajian sains ke atas sebatian acetogenin masih terus berlangsung. Antara yang terkini ialah kajian berjudul Selective growth inhibition of human breast cancer cells by graviola fruit extract in vitro and in vivo involving downregulation of EGFR expression terbit dalam jurnal Nutrition and Cancer (2011).

Ekstrak buah durian belanda merujuk kepada kesemua jenis sebatian acetogenin.

Jadi, pendapat penulis pertama yang menulis ‘laporan’ mengenai sifat antitumor durian belanda (biasa disebut graviola) yang 10,000 kali lebih berkuasa daripada kemoterapi iaitu pemilik laman web Health Sciences Institute (HSI) yang menyatakan FDA dan saintis memberhentikan kajian ke atas sebatian tertentu durian belanda atau menyembunyikan khasiat antitumornya kerana tidak dapat menjana wang daripada usaha tersebut adalah tidak benar.

Artikel pemilik HSI, Jenny Thompson yang berlatarbelakangkan sarjana muda jurnalisme harus diteliti dahulu sebelum isinya diguna pakai.

Menurut About Jenny Johnson di laman web HSI beliau pernah bekerja sebagai pegawai komunikasi bertugas mengumpul dan menjual data kesihatan.

Laman web HSI yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh beliau sejak 11 tahun lalu adalah bercorak perubatan alternatif.

Istilah institut yang beliau gunakan untuk membentuk panggilan HSI menggambarkan laman web tersebut seolah-olah dimiliki oleh pusat latihan/pendidikan yang berkredibiliti. Realitinya tidak begitu.

Selama 11 tahun Jenny dilihat sebagai sama ada tidak peka terhadap kritikan yang dilemparkan terhadap tulisan beliau atau sengaja buat tidak endah.

Beliau memaparkan forum 2004 yang menunjukkan dua contoh di mana dua penghidap kanser meneruskan hidup seperti orang lain selepas mengambil durian belanda.

Secara umum, Jenny mampu memberi kesedaran orang ramai seluruh dunia terhadap potensi durian belanda sebagai penawar kanser.

Namun, sebahagian isi dan kesimpulan dalam laporannya dilihat mengelirukan.

Sesiapa pernah mengalami kesan positif setelah mengambil semata-mata daun atau buah durian belanda untuk menghentikan, menyembuhkan atau memperlahankan (pertumbuhan) kanser, sila kongsi dengan media.

Kajian berjudul Five novel mono-tetrahydrofuran ring acetogenins from the seeds of Annona muricata terbit dalam Journal of Natural Products (1996) mendapati satu daripada lima acetogenin yang dikaji adalah 10,000 kali lebih berkuasa daripada ubatan kemoterapi adriamycin.

Sebatian acetogenin tersebut secara spesifik merujuk kepada cis-annonacis-10-one.

Kuasa tersebut mungkin berkurangan bila buah atau daun durian belanda digunakan secara keseluruhan.

Ia kerana pelbagai sebatian kimia dalam setiap bahagian pokok durian belanda dipercayai berupaya meneutralkan atau melemahkan kuasa acetogenin tersebut.

Fenomena ini berlaku pada banyak jenis tumbuh-tumbuhan di mana sebatian tertentu dikenal pasti bersifat antitumor berkuasa.

Penghidap kanser yang ingin menguji cuba (trial and error), ambil 2-3 gram serbuk daun durian belanda dibahagi kepada beberapa dos setiap sehari.

Biji dan akar durian belanda beracun

Sebanyak 3 gram serbuk dipercayai menyamai dari segi kuantiti sebatian acetogenin terdapat pada biji dan akar durian belanda.

Ambil dalam bentuk kapsul atau teh dengan bancuh serbuk dengan secawan air panas.

Perlu diketahui bahawa biji dan akar durian belanda amat toksik kerana kandungan acetogenin, alkaloid dan isoquinolone yang tinggi berbanding buah dan daun.

Acetogenin bersifat toksik kepada saraf termasuk otak. Terdapat kajian menunjukkan mereka yang kerap mengambil buah durian belanda atau teh pelbagai spesis graviola dikaitkan dengan Parkinsonism atipikal.

Daunnya yang diramas dan dipanaskan dengan minyak kelapa sawit dengan api kecil penulis guna untuk mengurut tubuh yang sengal.

BACA INI JUGA: Sayur Kobis Mampu Elak Barah

Sumber: SH

Monday, October 17, 2016

Daun Belalai Gajah Mampu Merawat Kanser

Daun Belalai Gajah Mampu Merawat Kanser

Daun belalai gajah juga dikenali sebagai Sabah Snake Grass dan digelar sebagai rumput ular Sabah kerana dipercayai pokok ini apabila ditanam dapat menghalau ular.

Daun Belalai Gajah

Manakala nama saintifiknya ialah Clinacanthus Nutans atau Clinathanus. Yu Xun Cao pula merupakan panggilan dalam bahasa cina.

Pokok ini mudah disemai atau ditanam dengan cara keratan batang.

Khasiat Daun Belalai Gajah

Daun Belalai Gajah mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, justeru mempunyai keberkesanan yang agak baik terhadap penyakit kanser.

Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids. Betulin mempunyai kesan perubatan terhadap kanser hidung dan tekak.

Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino.

Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Selain itu, ia juga mengandungi vitamin, asid amino dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.

Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral dan lain-lain yang amat tinggi.

Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita dan mencegah kejadian kanser.

Kandungan protein mentahnya juga menjadikannya satu makanan kesihatan yang lebih baik.

Seratnya menyerap air dalam badan dan merangsang pergerakan usus.

Ia dapat mencegah aterosklerosis, penyakit jantung, penyakit strok dan lain-lain. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal paras gula dalam darah.

Selain serat kasar dan kandungan kalsium yang tinggi, Daun Belalai Gajah juga tinggi dalam kandungan zat-zat yang lain.

Agaknya disebabkan kandungan kalsiumnya yang tinggi, ia juga digunakan untuk merawat kecederaan akibat jatuh, patah tulang, anemia, penyakit kuning dan penyakit sendi.

Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel.

Kandungan Fosforus, kalsium dan magnesium dalam tumbuhan ini adalah tinggi, oleh itu mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

Kebaikan Lain Daun Belalai Gajah

Sifat Daun Belalai Gajah adalah sederhana. Ia menyejukkan badan, menghilangkan lebam dan melegakan bengkak.

Ia juga membantu terhadap masalah sembelit dan mencegah kanser, menghilangkan kesakitan, menyahtoksin dan melancar peredaran darah.

Selain merawat dan mencegah kanser, pengambilan Daun Belalai Gajah juga dapat membantu pesakit dialisis.

Rasa ketidakselesaan selepas sesi dialisis dapat membantu pembuangan fosfat dan enzim, memperbaiki keadaan anemia dan menambah jumlah pembuangan air kencing.

Daun Belalai Gajah juga berguna dalam merawat:
  • Penyakit kuning
  • Penyakit eksim
  • Sakit tekak (sore throat)
  • Radang mulut dan ulser
  • Kitaran haid yang tidak stabil
  • Kelembapan dan angin badan
  • Kecederaan jatuh dan bengkak
  • Gout
  • Penyakit sendi
  • Anemia
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengecilkan tumor (merbahaya/tidak merbahaya)
  • Kanser.

Ia juga boleh digunakan untuk meredakan Leptospirosis pada tahap awal dan kencing manis.

Kesannya juga agak baik terhadap masalah kerap kencing malam dan prostate neoplasms, serta masalah-masalah sistem air kencing yang lain.

Daun belalai gajah boleh diambil sebagai ulam harian bagi yang menanam pokok ini.

Kini, khasiat pokok Daun Belalai Gajah boleh diperolehi melalui bancuhan teh, bancuhan serbuk dan ekstrak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Keajaiban Daun Moringa (Kelor) Mencegah Kanser!

Sumber: Ubatkanser

Sunday, September 11, 2016

Vitamin B17 Biji Aprikot Berkesan Mencegah Dan Membunuh Sel Kanser

Vitamin B17 Biji Aprikot Berkesan Mencegah Dan Membunuh Sel Kanser

Biji Aprikot yang mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi merupakan kumpulan kekacang dan bijirin (nut and seed).

Aprikot+Penawar+Kanser

Apa yang membezakan biji aprikot dengan bijirin lain adalah kandungan Vitamin B17nya yang sangat tinggi berbanding kekacang dan bijirin lain.

Kandungan khasiat Vitamin B17 di dalamnya sangat luarbiasa, terutamanya 'Aprikot Organik'.

Dalam bahasa nutrien, Biji Aprikot disebut mengandungi Amigdalin atau Vitamin B17 telah dibuktikan secara saintifik mampu membunuh sel-sel kanser di dalam badan kita.

Hasilnya, ia dapat membebaskan badan kita daripada serangan penyakit kanser yang merupakan pembunuh dalam senyap.

Khasiat Biji Aprikot

Berdasarkan buku "World Without Cancer" tulisan G. Edward Griffin, biji Aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan Vitamin B17 paling tinggi berbanding biji buah-buahan lain.

Biji Aprikot amat berkhasiat dan ia juga menjadi makanan harian Puak Hunza untuk bebas dari kanser dan hidup sihat sehingga berusia 120 tahun.

Biji Aprikot paling berkhasiat dalam bentuk mentah, tidak dimasak, tidak dipanggang dan tidak dibekukan.

Antara nutrien yang banyak terdapat pada Biji Aprikot ialah Enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga disebut Vitamin B17.

Fungsi Vitamin B17 adalah memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui perkumuhan.

Vitamin B17 terdapat dalam banyak makanan, malangnya tabiat pemakanan kita pada hari ini telah mengenepikan dan mengurangkan penggunaan Vitamin B17 yang rasanya agak pahit, namun berkesan mencegah kanser.

Vitamin B17 Biji Aprikot Membunuh Sel Kanser

Vitamin B17 yang terkandung di dalam Biji Aprikot berfungsi melalui 'kerjasama' dengan sistem imun badan dengan membebaskan ikatan kimia Cyanide yang terdapat dalam Vitamin B17 lalu membunuh sel-sel kanser secara langsung.

Apabila Cyanide dibebaskan, ia akan membunuh sel sel kanser (sel kanser yang mengandungi enzim Beta Glucosidase sahaja).

Secara lumrahnya, sel yang sihat tidak mengandungi enzim Beta Glucosidase (enzim yang boleh membebaskan cyanide).

Maka sebab itulah Vitamin B17 tidak akan 'membunuh' sel yang sihat.

Vitamin B17 hanya akan bertindak balas pada sel yang tidak normal di dalam badan manusia seperti sel kanser.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, August 06, 2016

5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

5 Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit Oleh Para Nabi Dan Wali

Makanan berkhasiat ini pernah dimakan oleh orang-orang soleh, nabi-nabi, para wali dan alim ulama dahulu kala.

Jika diamalkan dan dimakan selalu, khasiatnya mampu menuembuhkan pelbagai jenis penyakit selain menjadikan tubuh kita sihat walafiat dengan izin Allah.

Habbatus Sauda

Habbatus sauda

Nabi Muhammad SAW bersabda, ""Gunakanlah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali as sam (mati)". - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah dalam kitab karangannya, Al Tibb An-Nabawi (Medicine of The Prophet) atau Perubatan Cara Nabi menyatakan habbatus sauda sebagai al-habbah al barokah yakni tumbuhan yang diberkati Allah.

Ibnu Qayyim menyatakan dalam kitab tersebut bahawa habbatus sauda boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa membawa kesan sampingan kepada tubuh kita.

Antaranya, penyakit batuk, radang paru-paru, sakit perut, kecacingan, masalah kulit, jerawat, senggugut, haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Ibnu Sina pula dalam bukunya Canon of Medicines menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu mengatasi kepenatan dan memulihkan semangat.

Habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi kita iaitu antibodi melawan penyakit.

Tiin

Tiin.jpg

Allah telah berfirman pada ayat pertama dari surah AAl-Tiin, "Demi buah Tiin dan buah Zaitun".

Sesungguhnya Allah bersumpah dengan nama dua jenis buah ini, Tiin dan buah Zaitun bahawa terlalu banyak faedah dan keberkatan pada buah hasil ciptaan Allah ini.

Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah Tiin kerana daun Tiin dikatakan menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Siti Hawa yang terdedah selepas mereka memakan buah larangan di dalam Syurga.

Tiin memiliki aroma wangi, lazat dan mengandungi pelbagai jenis khasiat untuk tubuh manusia dipercayai mempunyai bahan polyphenols, benzaldehyde dan coumarins yang dapat melawan kanser.

Kandungan serat, kalium, magnesium, glukosa dan fruktosa di dalam buah Tiin dapat mengurangkan serangan angin ahmar dan mampu mengawal tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Menurut Imam Ibnu Al-Jawziyyah, buah Tiin memiliki banyak khasiat, antaranya mengurangkan penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, mencairkan kahak serta membuang toksik.

Buah Tiin bagus untuk pesakit sembelit, masalah hati, masalah saluran kencing, pedih ulu hati, sakit dada, buasir dan penyakit sawan (epilepsy).

Kurma

Kurma

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu buah kurma yang masak". - Surah Maryam Ayat 25.

Ayat diatas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, apabila Allah memerintahkan Maryam memakannya sedangkan ketika itu beliau masih dalam keadaan lemah, selepas melahirkan Nabi Isa.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unsur zat besi dan kalsium membuktikan bahawa kurma lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan moden yang dicampur dadah sehingga memberi kesan sampingan kepada tubuh kita.

Kurma turut memiliki kuasa penyembuh menyamai aspirin bagi mereka yang migrain, sakit perut, demam dan muntah-muntah.

Daripada Adiy bin Hatim, beliau berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma."

Madu

Madu

Rasulullah SAW bersabda, "Ambillah, manfaatkan oleh kamu sekalian dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur'an". - Hadis riwayat Ibnu Majah.

Allah telah mengisytiharkan bahawa madu penawar mujarab pelbagai jenis penyakit selain menjadi lesukaan Nabi Muhammad SAW untuk kesihatan tubuh baginda.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang menjilat madu sebanyak tiga pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan/ujian yang besar".

Bapa perubatan Islam, Ibnu Sina pernah berkata, "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan (awet muda), maka makanlah madu lebah!".

Badam

Badam

Amalan memakan badam di kalangan masyarakat Timur Tengah seperti di Iran, Afghanistan, Pakistan dan India dipercayai dikesan sejak ribuan tahun lalu.

Dipercayai badam turut menjadi makanan kegemaran para Nabi, salafus soleh dan para mujadid dahulu.

Badam dimakan bagi merangsang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi menghafal Al-Qur'an, hadis dan pelbagai ilmu berkaitan agama.

Badam meningkatkan tahap intelektual yang tinggi dan dianggap sebagai makanan terpenting untuk tumbesaran kanak-kanak dan meningkatkan kecerdasan.

Badam amat bagus untuk kecerdasan minda. jadi, memakan badam bermakna seseorang itu memiliki sumber nutrien yang diperlukan dalam membantu perkembangan minda.

Malah, memakan badam dapat membantu mengurangkan risiko mengalami nyanyuk atau penyakit alzheimer's disease.

Asid folik yang terdapat dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras hormocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit sekaligus dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan strok.

BACA INI JUGA: Campuran Kunyit Dan Lada Hitam Sebagai Anti-Kanser

-SENTIASAPANAS.COM