Saturday, March 10, 2018

UFO Terakam Di Ruang Udara Norway

UFO Terakam Di Ruang Udara Norway

Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang bersinar terang dikesan melintasi ruang udara di Bardufoss, Norway, Februari 2018 lalu.

UFO Terakam Di Ruang Udara Norway

Kehadiran UFO itu telah mengejutkan sekumpulan individu di Bardufoss sebelum dilihat semula sejauh kira-kira 128 kilometer di Tromso.

Menurut saksi, objek UFO itu dapat dilihat sehingga selepas matahari terbenam dan kemudian seperti meletup dan pecah kepada dua bahagian sebelum hilang.

“Pada mulanya, kami ingat itu sebuah helikopter yang menuju ke arah kami.

"Objek tersebut sangat terang dan datang dari sebalik pergunungan sebelum berpusing dan melewati kami,” kata Tarquin Millington-Drake daripada majalah Frontier Travels kepada Mail Online.

Millington-Drake menyaksikan fenomena UFO menakjubkan itu dari Wolf Lodge, sebuah resort yang menawarkan pengalaman mendekati serigala.

Setakat ini, penjelasan bagi perkara itu mungkin Paz, sebuah satelit imej radar yang dilancarkan beberapa hari sebelumnya di California dari roket Falcon 9 milik Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, March 01, 2018

Pemburu UFO Temui Garisan Misteri Merentasi Bumi

Pemburu UFO Temui Garisan Misteri Merentasi Bumi

Sekumpulan pemburu makhluk asing (UFO) menemui satu garisan gergasi lurus yang sangat misteri sepanjang 20,921 kilometer di atmosfera Bumi sewaktu menggunakan aplikasi Google Earth.

Pemburu UFO Temui Garisan Misteri Merentasi Bumi

Garisan pelik itu seolah-olah kesan penerbangan sebuah kapal terbang tetapi ia lebih panjang dengan menghubungkan kawasan Antartika dan Kutub Utara.

Rakaman itu dimuat naik ke akaun YouTube, SecureTeam 10 yang mendakwa kejadian itu bukan suatu yang dicipta oleh sebuah kapal terbang.

“Peta ini dan pada jarak ini hanya memberikan kami imej formasi awan gergasi dan cuaca di sekeliling Bumi. Apa yang membentuk formasi awan ini sudah semestinya bersaiz besar.

“Ia juga perlu memiliki keupayaan untuk bergerak dari Antartika ke Kutub Utara tanpa henti serta tidak mengubah haluan.

“Ia perlu dilakukan dengan kadar sangat pantas untuk menghasilkan garisan awan sempurna seperti melintasi Bumi dalam beberapa minit,” kata kumpulan itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Tuesday, February 20, 2018

Konspirasi Penciptaan Penjanaan Graviti UFO

Konspirasi Penciptaan Penjanaan Graviti UFO

Pada tahun 1989, seorang lelaki yang dikenali sebagai Robert Lazar telah mendedahkan sebuah cerita yang menggemparkan; dia telah direkrut oleh kerajaan Amerika untuk bekerja di sebuah kawasan rahsia Green Lake, Area 51 iaitu sebuah tapak penyelidikan yang lebih dikenali sebagai 'Dreamland'.

Konspirasi Penciptaan Penjanaan Graviti UFO

Lokasi ini sebenarnya terletak di S4, Papoose Lake yang mana beberapa batu dari selatan Groom Lake untuk mempelajari aspek kejuruteraan kapal angkasa makhluk asing.

Di sini ada beberapa anekdot menarik hasil pendedahan Robert Lazar, di mana berkait rapat dengan teori penjanaan graviti dan perjalanan intrabintang.

Penerangan tentang keadaan luaran kapal angkasa

Luaran kapal angkasa (yang dipanggil 'disk') adalah logam yang mana berwarna keluli tahan karat yang tidak dipolish.

Kapal angkasa ini apabila mendarat akan berdiri di atas perutnya (dasar) di mana ia bukan di atas tripod berkaki. Lubang pintu masuk terletak di atas kapal angkasa ini, dengan hanya bahagian bawah pintu menutup di sekeliling mulut tengah kapal angkasa.

Keadaan dalam

Dibahagikan kepada tiga tingkat. Tingkat bawah ialah di mana tiga 'penguat gravity' (gravity amplifiers) dan panduan gelombangnya berada.

Satu reaktor terletak betul-betul di bawah tiga penguat graviti ini pada tingkat yang di tengah-tengah di antara dua tingkat tadi.

Tingkat tengah ini juga adalah tempat bagi konsol kawalan dan kerusi-kerusi, kedua-duanya adalah terlalu kecil bagi seorang lelaki dewasa yang normal.

Dinding pada tingkat tengah terbahagi kepada sekatan-sekatan di mana akan menjadi lutsinar apabila kapal angkasa mula bergerak di mana kita akan dapat melihat ke luar.

Reaktor kapal angkasa ini menggunakan bahan api yang mana tidak terjadi secara semulajadi di bumi.

Bahan api ini adalah super-berat, stabil, element dengan nombor atom 115 dan tidak muncul dalam Jadual Berkala.

Element 115 mempunyai dua kegunaan: pertama ia adalah sumber gelombang graviti yang tidak diketahui oleh saintis bumi, gelombang graviti A.

Kedua ia adalah sumber radiasi anti-zat yang mana direaktifkan untuk menjanakan kuasa.

Gelombang graviti A didapati daripada nukleus element 115 dan sebenarnya melepasi keluar dari perimeter, ukurlilit atom tersebut.

Sistem penggerak kapal angkasa ini menguatkan dan memfokuskan gelombang graviti A ini untuk mengakibatkan ruangmasa membengkok, sepertimana ruangmasa membengkok di dalam medan graviti yang kuat pada Lohong Hitam (Blackhole).

Kemampuan untuk menghalakan graviti untuk mengakibatkan ruangmasa mengherot membenarkan kapal angkasa ini untuk menyeberangi jarak yang luarbiasa jauhnya di dalam ruang masa tanpa bergerak di dalam mod linear pada kelajuan tinggi.

Di dalam reaktor, elemen 115 diubah kepada elemen 116 yang mana tidak begitu stabil dan dengan segera mereputkan pengeluaran anti-zat.

Anti-zat ini direaktifkan dengan unsur bergas yang mana menyebabkan tindakbalas pembinasa, 100 peratus penukaran benda kepada tenaga.

Haba dari tindakbalas ini ditukar kepada tenaga elektrikal melalui satu solid state, mendekati 100 peratus penjana termoelektrik yang efisien. Ini adalah tenaga yang digunakan untuk menguatkan gelombang graviti A.

Mod pengembaraan ini adalah satu dari dua cara daya penggerak yang digunakan kapal angkasa ini.

Di dalam mod ini, penguat graviti kapal angkasa adalah sebuah 'konfigurasi delta' dan berdenyut secara berturutan di dalam bentuk putaran.

Gelombang graviti A adalah sangat kuat dan berkuasa dan hanya punca graviti ini mengakibatkan herotan ruangmasa sama seperti yang terjadi pada Lohong Hitam!

Mod yang lain adalah 'konfigurasi omicron' dan ia digunakan bagi julat perjalanan yang dekat mendekati punca graviti seperti planet atau bintang.

Bilamana sebuah kapal angkasa ini bergerak mendekati punca graviti yang lain, seperti bumi, gelombang graviti ini, yang mana disebarkan di sebelah luar dari kapal angkasa ini, adalah anjakan perubahan kepada gelombang graviti B, yang mana disebar di sebelah luar dari bumi dan ini mencipta satu daya angkat.

Penguat graviti kapal angkasa ini boleh menghala secara bebas dan ia didenyutkan dan tidak diam terus-menerus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: generasi-khairol

Monday, February 12, 2018

Misteri Kemalangan Angkara Makhluk Asing UFO!?

Misteri Kemalangan Angkara Makhluk Asing UFO!?

Pada musim panas pada tahun 1979, dua orang remaja mendakwa telah melihat objek misteri UFO bercahaya terang melintasi kereta mereka ketika sedang memandu di Minnesota, Amerika Syarikat.

Misteri Kemalangan Angkara Makhluk Asing UFO!?
Gambar UFO berjaya dirakam di Minnesota pada tahun 1979.

Sebaik sahaja objek bercahaya tersebut melintasi kereta mereka yang sedang meluncur laju, tiba-tiba kedua-dua remaja itu mengalami daya tekanan pada tubuh seperti ditekan dan kedua-duanya melekap pada tempat duduk masing-masing.

Kereta yang dipandu laju turut hilang kawalan sehingga membuatkan kedua-dua remaja itu hampir maut melanggar penghadang jalan.

Selang beberapa minggu kemudian, seorang anggota polis turut mengalami perkara yang sama di Minnesota pada pukul 1.40 pagi.

Keretanya gagal dikawal selepas cahaya ganjil melintasi keretanya.

Akhirnya kereta yang dipandu laju terhenti dengan sendiri dan terseret ke bahu jalan. Anggota polis yang ketakutan itu terus pitam.

Sebaik sahaja sedar, anggota polis itu mendapati pengelap cermin keretanya tertanggal selain antena radio kereta bengkok.

Peliknya, jam pada paparan dashboard kereta turut menjadi lambat 14 minit daripada waktu sebenar.

Menurut Pusat Penyelidikan UFO di Evanston, Illinois, kedua-dua insiden yang menimpa dua remaja dan anggota polis berkenaan bukanlah kes terbaru kerana lebih 440 kes telah dilaporkan diseluruh dunia.

Rata-rata kes kemalangan atau hampir mengakibatkan kemalangan disebabkan oleh gangguan kuasa elektrokimia sehingga merosakkan enjin dan siaran radio.

Menurut seorang ahli astrofizik, Mark Rodengheir, yang menganalisis semua laporan berkaitan kemalangan-kemalangan ini, semua kes ini tidak dapat dihuraikan dengan penjelasan secara saintifik.

Kenyataan Mark Rodengheir turut mendapat perhatian pengeluar kereta Ford.

Mereka telah membuat pemeriksaan semula kereta yang dipandu anggota polis tersebut dan mendapati kenderaan itu telah mengalami fenomena yang tidak dapat dijelaskan dengan teknologi kejuruteraan.

Persoalannya, adakah semua dakwaan ini boleh dihuraikan dengan teori elektrokimia atau sekadar mitos yang sengaja diada-adakan untuk menarik perhatian dunia terhadap kewujudan makhluk asing?

Tiada siapa yang tahu.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, February 06, 2018

Gambar Alien UFO Didedahkan Buat Pertama Kali!

Gambar Alien UFO Didedahkan Buat Pertama Kali!

Beberapa gambar luar biasa UFO yang didakwa 'makhluk asing berada dalam kapal angkasa' muncul buat pertama kali yang dalam gambar hitam dan putih serta berbintik, dikatakan suasana dalam kokpit didakwa kapal angkasa, lengkap dengan tempat duduk, panel kawalan dan objek lain.

Gambar Alien UFO Didedahkan Buat Pertama Kali!

Terdapat juga apa yang kelihatan seperti seorang UFO memakai cermin mata hitam didakwa 'pelawat makhluk asing sebenar'.

Gambar-gambar luar biasa 'alien seperti manusia' UFO ini telah diterbitkan buat kali pertama oleh Flying Disk Press pada 1 Februari 2018, lapor Express.co.uk.

Buku tersebut, UFO Contacts in Italy mendakwa kapal angkasa telah mendarat di Francavillia, di Pantai Adriatik.

Foto-foto UFO itu didakwa telah diambil oleh dua lelaki yang dibenarkan masuk ke dalam 'kapal angkasa' tersebut, kata penulisnya Dr Roberto Pinotii, 73.

Gambar Alien UFO Didedahkan Buat Pertama Kali!
Dr Roberto Pinotii berkata kejadian berlaku pada 1957.

"Diameter UFO itu adalah 24 meter, dengan kabin kawalannya adalah 10 meter.

"Gambar-gambar luar biasa UFO dan yang jarang dilihat ini, serta dua gambar yang didakwa juruterbang luar angkasa diterbitkan di sini untuk kali pertama."

Kejadian luar biasa itu dikatakan telah dibentangkan pada Oktober 1957 di Itali, tetapi cerita tentang UFO itu tidak pernah dikeluarkan dari negara ini sehingga kini.

"Banyak maklumat UFO dalam buku ini akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris buat kali pertama.

"Buku ini mengandungi pelbagai kes perhubungan dengan UFO atau alien dari Itali tetapi sudah pasti salah satu insiden paling luar biasa adalah yang berlaku pada tahun 1957 ini.

"Ia adalah satu-satunya kes UFO yang saya tahu, yang didakwa mempunyai gambar-gambar di bahagian dalam UFO."

Gambar Alien UFO Didedahkan Buat Pertama Kali!
Gambar yang didakwa makhluk asing sebenar dalam buku 'UFO Contacts in Italy'.

Ia bermula dengan apa yang dipanggil 'the Friendship case' berhampiran Pescara, yang berlaku antara 1956 dan 1957.

Sekumpulan penduduk tempatan pada masa itu dipercayai terlibat dalam hubungan berkala dengan 'alien seperti manusia'.

"Makhluk-makhluk UFO ini akan membina pangkalan bawah tanah di Bumi dan di Itali yang paling penting berada di zon tengah semenanjung di sepanjang pantai Adriatik tidak jauh dari Pescara."

Ia mendakwa 'hubungan' di kawasan itu berlaku selama 20 tahun.

Pemerhati menyatakan gambar-gambar UFO dan kes itu hanyalah satu penipuan rumit.

Tetapi penerbit Phillip Mantle menambah, "Roberto Pinotti adalah seorang wartawan dan pengarang ruang angkasa serta pemegang biasiswa utama dari Itali dalam ufology, dengan ijazah dalam bidang politik dan sosiologi dari University of Florence.

"Dia adalah satu-satunya pengasas kehidupan 'Centro Ufologico Nazionale', Itali, salah satu organisasi belajar UFO swasta tertua dan paling berwibawa di dunia yang dibentuk 50 tahun lalu."

Buku UFO Contacts in Italy ini diterbitkan pada 1 Februari 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Adakah Komplot 'Men In Black' Benar-benar Wujud?

sumber: mstar

Friday, January 05, 2018

UFO Berwarna Hijau Berjaya Dirakam Di Scotland!

UFO Berwarna Hijau Berjaya Dirakam Di Scotland!

Satu objek hijau yang mengeluarkan cahaya terang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berjaya dirakam di ruang udara di Edinburgh, Scotland, sebelum malam Tahun Baru, Sabtu (29/12/2017).

UFO Warna Hijau Berjaya Dirakam Di Scotland!

Kira-kira 300 orang mendakwa mereka melihat meteor besar bercahaya itu sebelum berkongsi gambar dan rakaman di laman sosial.

Sebilangan individu pula menyangka ia percikan bunga api beberapa minit sebelum sambutan Tahun Baru 2018.

“Kami lihat meteor berwarna hijau terbang melepasi kedai Nord Bottleshop di Teluk Whitley ketika sedang menikmati minuman di situ,” kata seorang pengguna internet, Alyson Dodd.

UFO Warna Hijau Berjaya Dirakam Di Scotland!

Ahli fizik terkenal, Profesor Brian Cox menerusi Twitter turut meluahkan rasa kecewanya kerana terlepas untuk menyaksikan fenomena misteri itu.

Saksikan video dibawah.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia


sumber: kosmo

Wednesday, August 16, 2017

Misteri UFO Di Kampung Gobek Kelantan

Misteri UFO Di Kampung Gobek Kelantan

Kemunculan objek terbang yang tidak dikenali (Unidentified Flying Object) atau ringkasnya UFO di serata pelosok bumi masih lagi menjadi misteri.

Misteri UFO Kampung Gobek
Gambar hiasan.

Banyak pihak mendakwa telah melihat piring terbang milik makhluk aneh itu berlegar di ruang udara kemudiannya mendarat di beberapa kawasan di negara ini.

Semenjak kemunculannya buat pertama kali di Sarawak pada tahun 1950 dan di Port Dickson pada tahun yang sama, objek itu seolah-olah mencari ruang untuk melihat tempat-tempat lain yang lebih strategik di Malaysia sebagai salah satu destinasi menarik makhluk berkenaan.

Pelbagai pihak membuat andaian kononnya kehadiran UFO di negara ini bertujuan untuk menjalankan kajian khusus yang tidak diketahui manusia selain untuk mendapatkan khazanah bumi iaitu bekalan logam mentah bermutu tinggi seperti 'bijih besi'.

Benar atau tidak dengan dakwaan itu masih lagi menjadi tanda tanya di kalangan manusia sendiri kerana kebanyakan tempat-tempat objek UFO mendarat adalah di kawasan terpencil dan terbiar.

Kenyataan ini bukan isu kecil malah dianggap benar kerana di Kelantan sendiri objek terbang dan makhluk UFO khususnya telah menjadikan sebuah kawasan terpencil di Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan sebagai tempat pendaratan makhluk itu.

Dan hal ini turut menggemparkan seluruh penduduk kampung berkenaan pada tahun 2000 itu.

Mohamad Mat Diah
Mohamad Mat Diah atau Pakcik Mat ketika diwawancara Wartawan RELATIF.

Bagi mendapatkan gambaran jelas tentang kemunculan makhluk asing di kampung tersebut, RELATIF, Azmi Mohd. Salleh telah menemui Mohamad bin Mat Diah, atau lebih dikenali sebagai Pakcik Mat yang juga seorang Pengamal Rawatan Tradisional di kampung terbabit.

Katanya, beliau tidak menafikan kehadiran makhluk UFO muncul di sebuah kawasan terpencil yang sebelum ini merupakan tanah sawah tetapi agak terbiar miliknya kerana tidak lagi diusahakan dan menjadi padang ragut haiwan ternakannya selain menjadi tempat remaja bermain layang-layang di situ.

Menurutnya lagi, makhluk UFO mendarat di kawasan itu ketika waktu malam. Tidak seperti malam-malam sebelumnya, malam itu agak gelap pekat. Dan hari itu juga beliau demam dan tidak mengizinkannya untuk melihat ternakannya yang ditambat di kawasan itu.

Pada keesokan harinya iaitu hari Selasa, apabila demamnya semakin beransur pulih, dia terus bergegas ke tempat ternakannya seawal jam 9.00 pagi.

Alangkah terkejutnya dia tatkala menjejakkan kaki di pinggir sawah terbiar itu apabila mendapati tanah terbiar itu bertukar menjadi sebuah kolam yang agak luas di mana panjangnya kira-kira 15 meter manakala lebarnya 5 meter.

Melihat perubahan itu secara tiba-tiba dan penuh misteri, menyebabkan timbulnya rasa takut yang amat sangat.

Pakcik Mat menambah, beliau menunggu sehingga jam 12.00 tengah hari untuk melihat perkembangan seterusnya dari jarak beberapa meter dari situ kalau-kalau ada makhluk ganjil di situ.

Namun tiada apa-apa yang kelihatan dan beliau mula beredar dari situ untuk menunaikan solat Zohor di masjid berhampiran rumahnya.

Kolam misteri UFO
Inilah kolam misteri yang dihuni oleh makhluk UFO.

Berita tentang kemunculan makhluk UFO itu hanya didiamkannya sahaja dari pengetahuan jemaah masjid termasuklah ahli keluarganya.

Sehinggalah selesai solat Asar, beliau bersama adik ipar serta jemaah masjid bergegas ke kolam misteri itu untuk melihat secara lebih dekat kerana sebelum ini tidak pernah wujud kolam berkenaan.

Setelah sampai di kolam itu, dari jarak dekat beliau mendapati 'rumput menerung' yang hidup subur di sawah itu menegak seperti tidak ada sesuatu yang menghempapnya.

Padahal, menurut kelazimannya jika ada benda berat yang menghempapnya sudah tentu rumput itu akan tumbang, patah ataupun putus dua.

Sementara itu, adik iparnya cuba memberanikan diri mendekati tebing kolam misteri itu lalu cuba menyorongkan kaki untuk menyentuh air kolam itu tetapi ditegah oleh Pakcik Mat.

Ini kerana, beliau bimbang ada sesuatu yang tidak diketahui telah dibuang ke dalam kolam itu. Ataupun air kolam itu sendiri akan menjadi penyebab penyakit yang memudaratkan.

Agak lama juga Pakcik Mat merenung ke arah kolam misteri itu, panjang dan lebarnya sudah dapat diagak. Namun kedalaman dasar kolam itu adalah di luar pengetahuannya.

Disebabkan terlalu lama melihat melalui ekor matanya sambil berfikir tentang kejadian pelik di tanah sawah terbiar miliknya itu, desakan nalurinya amat kuat untuk mengetahui tentang sesuatu yang pasti wujud dalam kolam berkenaan seperti makhluk di luar pengetahuan manusia telah menghuni di dasar kolam berkenaan.

"Kalau kamu ada dalam kolam ini, kamu kena taunjuk kepada aku siapa kamu", jerit Pakcik Mat dengan lantang sambil matanya masih merenung ke arah kolam tersebut.

Jeritannya itu turut didengari oleh sekalian yang hadir pada hari itu untuk tujuan melihat kejadian misteri kolam berkenaan.

Selang tiga minit selepas jeritannya itu supaya makhluk menjelmakan dirinya dari dalam kolam itu, dengan tiba-tiba keluarlah seekor makhluk umpama ikan haruan berwarna hitam sebesar lengan dan panjangnya kira-kira 0.5 meter berenang seperti ular dari arah kiri kolam itu menyebabkan airnya berolak, lalu apabila sampai di tebing kolam makhluk tersebut terus melompat ke udara lalu masuk semula ke dalam air.

Namun, Pakcik Mat masih belum berpuas hati dengan jelmaan makhluk pertama itu yang berkemungkinan ada lagi makhluk yang sama turut berkampung di dasar kolam itu.

Memang benar dengan dakwaannya kerana beberapa minit kemudiannya, makhluk kedua seperti ikan haruan itu muncul dan berenang dari arah kanan kolam misteri itu lalu melompat berhampiran tebing kolam itu menyebabkan air terpercik dan tempiasnya terkena pakaiannya.

Makhluk itu juga kembali ke dalam air sebagaimana yang pertama tadi.

Walau bagaimanapun, Pakcik Mat masih juga tidak berpuas hati walaupun mendapati dua ekor makhluk umpama ikan haruan itu menunjukkan dirinya.

Dengan tiba-tiba, dari jarak tiga meter tempat beliau berdiri berhampiran kolam itu, muuncul pula makhluk yang ketiga berenang ke arahnya lalu melompat ke udara sebagaimana makhluk yang pertama dan kedua lalu terjun ke dalam air.

Titian Misteri UFO
Di sinilah sebuah batas atau titian yang memisahkan sebuah kolam menjadi dua kolam.

Dengan kemunculan makhluk ketiga itu, Pakcik Mat mengurut dada tanda berpuas hati untuk menunjukkan permintaannya telah ditunaikan.

"Kalau kamu hendak tinggal di sini, aku izinkan. Tetapi kamu jangan ganggu sehingga menyebabkan kanak-kanak di kampung ini menderita ditimpa penyakit berpunca dari kamu", bentaknya dengan lantang seolah-olah memberikan amaran karas kepada ketiga-tiga makhluk pelik yang telah menghuni dalam kolam miliknya itu.

Berikutan kejadian makhluk asing penyebab kepada terbentuknya kolam misteri itu, rumahnya bukan sahaja dikunjungi penduduk setempat, tetapi juga daerah-daerah lain termasuk dari luar Kelantan diikuti beberapa wartawan dari media cetak dan elektronik.

Beberapa penduduk dari Pasir Puteh pula sanggup berkampung berdekatan dengan kolam itu kerana ingin melihat fenomena aneh yang tidak pernah dialami dan dirasai seumur hidup.

Namun, akibat daripada kehadiran makhluk asing itu menyebabkan ternakannya semakin gelisah melihat ke arah kolam misteri tersebut.

Selama tiga bulan lamanya ternakannya seperti meragam dan meronta-ronta tidak ingin ditambat berhampiran dengan kolam misteri di sawah itu.

"Ramai juga yang datang mencedok air dari kolam itu. Contohnya seorang anggota tentera yang asalnya dari Kelantan tetapi menetap di Pahang datang ke kampung ini lalu membawa pulang segelen air dari kolam itu. Katanya untuk merawat penyakit ganjil anak jirannya.

"Katanya air dari kolam itu telah diberikan kepada seorang anak jirannya yang berpenyakit kudis sejak berusia 6 tahun hingga 12 tahun.

"Hasil meminum tiga kali sehari, penyakit kudis kanak-kanak itu dikatakan sembuh sepenuhnya", katanya dan beliau mengetahui cerita berkenaan apabila beliau dikunjungi kanak-kanak tersebut bersama keluarganya pada masa itu.

Pada malam seterusnya, Pakcik Mat menunaikan solat Hajat sebagaimana yang pernah dijanjikannya kepada orang ramai supaya ditunjukkan bukti jelas perihal kehadiran makhluk asing itu, bagi menutup tuduhan melulu segelintir di kalangan penduduk berkenaan yang menyatakan beliau bermimpi di siang hari.

"Keesokannya pakcik pergi kerja seperti biasa. Tiba-tiba seorang Ustaz dari Machang yang sering datang ke kampung ini berteriak memanggil-manggil nama pakcik.

"Apabila ditanya, pakcik diminta supaya melihat di atas kolam itu", ujarnya.

Pakcik Mat kemudiannya bergegas ke arah kolam itu dengan tidak mempedulikan kerja-kerjanya yang perlu diselesaikan.

Alangkah terkejutnya apabila mendapati di atas kolam itu terbina pula sebuah batas seperti titian yang membahagikan kolam itu menjadi dua buah kolam.

Tambah Pakcik Mat, Ustaz tersebut memberitahunya makhluk asing yang menghuni kolam itu timbul di permukaan kolam yang berkemungkinan sedang melakukan aktiviti yang tidak diketahui manusia.

"Hairannya terdapat rumput menerung di kini dan kanan batas itu dalam keadaan sempurna, tidak patah, tumbang atau putus dua sebagaimana terbentuknya kolam ini tempoh hari", ujar Pakcik Mat agak kehairanan dengan peristiwa itu.

Mohamad Mat Diah
Pakcik Mat menunjukkan arah makhluk UFO itu terbang meninggalkan kolam misteri.

Dari telahan orang ramai mempercayai makhluk tersebut adalah makhluk asing yang menyorokkan kapal angkasa mereka di dasar kolam itu.

Jika sebaliknya, di manakah baki asal tanah kolam itu yang sepatutnya diletakkan di tebing, tetapi apabila diperhatikan di tebing kolam, lebihan tanah itu tidak ada.

Tetapi bagi Pakcik Mat hanya sekadar untuk mengetahui kedalaman air kolam itu lalu beliau menghalakan sebatang kayu sebagai kayu pengukur. Dari agakannya, kedalaman kolam itu mencecah paras dada seorang lelaki dewasa.

Pada malam Khamis itu pula, kerana terlalu keletihan yang amat sangat Pakcik Mat tidur dengan nyenyaknya. Dalam tidurnya itu, beliau bermimpi makhluk asing itu datang memberitahunya bahawa mereka akan meninggalkan tempat itu.

"Bila hendak pergi, kamu beritahu aku. Tetapi sewaktu datang tempoh hari kenapa tidak beritahu aku. Nak ke sini ceritalah untuk tujuan apa", cetusnya keras sebagaimana dalam mimpinya itu.

Dalam mimpinya, Pakcik Mat dipanggil oleh makhluk asing itu supaya datang ke kolam itu kerana mereka akan berangkat pergi.

Ketika itu Pakcik Mat dapat melihat dengan jelas ketiga-tiga makhluk UFO itu timbul dari kolam berkenaan di mana ketiga-tiganya telah bercantum menjadi satu badan.

Kelihatan cahaya kuning yang samar-samar terpancar dari tubuh mereka sewaktu muncul di gigi kolam itu.

Tubuh mereka seperti manusia berwarna hitam tetapi bukan manusia, tidak berkaki, tidak mempunyai rupa seperti manusia di mana kepalanya tajam seperti kayu yang dicantas daunnya.

Dari arah muka kolam misteri itu, Pakcik Mat dapat melihat dengan jelas makhluk asing itu naik ke udara secara mengiring di antara haluan hulu dan hilir di mana pada masa itu didapati bulan agak cerah berwarna kuning emas sedangkan di dunia manusia pada masa itu masih malam hari. Makhluk asing itu berlalu dengan laju dan terus hilang dari mimpinya.

Keesokannya, orang ramai berpusu-pusu menuju ke kolam itu kerana banyak permata dan berlian bertaburan di tebing kolam berkenaan.

Geram dengan tindakan makhluk asing itu kerana tidak meninggalkan sebarang bahan kenangan buatnya, tiba-tiba seorang jirannya menghulurkan seketul batu aneh berwarna hitam pekat kepadanya di mana bentuknya seumpama kolam misteri itu.

"Pakcik dapati salah satu penjuru batu hitam itu seperti bentuk muncung makhluk asing itu. Garisan tengah seolah-olah membentuk sebuah batas dan titian yang memisahkan satu kolam asal menjadi dua buah kolam.

"Terdapat juga garisan emas pada batu hitam itu, di mana di kanannya terbentuk kalimah Allah dan di kirinya pula kalimah Muhammad", ujarnya sambil menunjukkan bentuk batu hitam aneh itu untuk dirakam gambarnya.

Pakcik Mat juga menjelaskan, semenjak makhluk asing mendarat di Kampung Gobek keadaan suasana kampung turut berubah terutamanya dari sudut keamanan dan ketenteraman dapat dirasai secara mendadak.

Batu UFO
Inilah batu yang diberikan oleh makhluk UFO berbentuk kolam itu.

Malah, keadaan keluarga yang sebelum ini sering bermasam muka dan bercakaran sesama sendiri tidak lagi berlaku malah bertambah mesra dan akrab. Rezeki juga turut berubah.

"Mungkinkah ini suatu rahmat dari Allah kita tidak tahu. Kehadiran makhluk asing itu sebagai petanda rahmat supaya kita perlu saling bantu-membantu untuk keamanan dan kesejahteraan", katanya.

Hari ini, kolam misteri penuh bersejarah itu terus terbiar dan di sekelilingnya ditumbuhi rumput menerung yang agak subur menutup pandangan.

Sawah itu kini tidak lagi dijadikan sebagai kawasan ragut ternakan. Malah kanak-kanak dan remaja yang sebelum ini riang bermain layang-layang telah melupakannya.

Mungkin masih fobia akibat ketakutan dengan kemunculan makhluk asing sehingga terbentuknya kolam misteri, tidaklah diketahui.

Tetapi itulah hakikatnya, Kampung Gobek menjadi kenangan sebagai tempat pendaratan bersejarah makhluk UFO di Tanah Merah, Kelantan.

BACA INI JUGA:

sumber: azmirelatif

Sunday, July 02, 2017

Sejarah Penampakan UFO Di Malaysia

Sejarah Penampakan UFO Di Malaysia

UFO ialah Unidentified Flying Object atau piring terbang yang selalu dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing.

UFO Di Malaysia

Penampakan UFO di Malaysia dan di seluruh dunia sering dilaporkan sejak dahulu namun tiada bukti saintifik yang benar-benar mengesahkan tentang kewujudan UFO atau penemuan makhluk asing.

Bulan Mac tahun 1998, UFO pernah dilihat oleh sekumpulan pelajar di simpang Empat, Alor Setar, Kedah.

Objek sebesar saiz dua buah kereta berwarna kelabu itu berlegar beberapa minit di ruang udara sebelum ke langit dan hilang dari pandangan.

Pada Mei 1999, UFO pernah dilaporkan dilihat di Hulu Dong, Pahang.

Beberapa hari sebelum itu, seorang pelajar mendakwa telah melihat objek terbang di ruang udara Kampung Bemban Hilir, Mambau, Negeri Sembilan.

Malah, pelajar ini mengatakan ternampak satu lembaga setinggi kira-kira 0.5 meter turun dari ruang udara dan tinjauan selepas itu mendapati ada bekas tapak kaki yang pelik dan dikatakan mungkin milik makhluk asing.

Tahun 1999 juga, penduduk Baling, Kedah, gempar dengan kehadiran UFO.

Mereka melihat objek seperti piring terbang yang dindingnya berwarna hijau kebiruan.

Objek itu bercahaya tapi tidak mengeluarkan bunyi, berlegar di ruang udara pekan Kupang dan hilang setelah melalui kawasan hutan.

UFO di dakwa muncul di Tanah Merah, Kelantan pada Mac tahun 2000. Sebuah kawah berbentuk 'Y' yang dipenuhi air di kawasan lapang di dakwa adalah kesan objek asing yang turun di kawasan itu.

Menurut laporan dari tahun 1981 sehingga 2008, lebih 140 kes penampakan UFO di Semenanjung dilaporkan.

Antaranya, di Sungai Petani, Kedah sebanyak lapan kali, Ipoh, Perak sebanyak lima kali, Tanjung Sepat, Selangor sembilan kali dan di Paka, Terengganu sebanyak empat kali.

UFO Adalah Jin?

Dari sudut pandangan ulama Islam, tiada ayat dalam Al-Qur'an mahupun hadis Nabi yang menyatakan tentang kewujudan UFO.

Sebab itulah ramai yang menganggap UFO berkemungkinan adalah jin, tapi sejauh mana kebenarannya, hanya Allah SWT yang mengetahui.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Negara-negara Yang Paling Di Lawati Alien?

-SENTIASAPANAS.COM