Monday, February 12, 2018

Misteri Kemalangan Angkara Makhluk Asing UFO!?


Pada musim panas pada tahun 1979, dua orang remaja mendakwa telah melihat objek misteri UFO bercahaya terang melintasi kereta mereka ketika sedang memandu di Minnesota, Amerika Syarikat.

Misteri Kemalangan Angkara Makhluk Asing UFO!?
Gambar UFO berjaya dirakam di Minnesota pada tahun 1979.

Sebaik sahaja objek bercahaya tersebut melintasi kereta mereka yang sedang meluncur laju, tiba-tiba kedua-dua remaja itu mengalami daya tekanan pada tubuh seperti ditekan dan kedua-duanya melekap pada tempat duduk masing-masing.

Kereta yang dipandu laju turut hilang kawalan sehingga membuatkan kedua-dua remaja itu hampir maut melanggar penghadang jalan.

Selang beberapa minggu kemudian, seorang anggota polis turut mengalami perkara yang sama di Minnesota pada pukul 1.40 pagi.

Keretanya gagal dikawal selepas cahaya ganjil melintasi keretanya.

Akhirnya kereta yang dipandu laju terhenti dengan sendiri dan terseret ke bahu jalan. Anggota polis yang ketakutan itu terus pitam.

Sebaik sahaja sedar, anggota polis itu mendapati pengelap cermin keretanya tertanggal selain antena radio kereta bengkok.

Peliknya, jam pada paparan dashboard kereta turut menjadi lambat 14 minit daripada waktu sebenar.

Menurut Pusat Penyelidikan UFO di Evanston, Illinois, kedua-dua insiden yang menimpa dua remaja dan anggota polis berkenaan bukanlah kes terbaru kerana lebih 440 kes telah dilaporkan diseluruh dunia.

Rata-rata kes kemalangan atau hampir mengakibatkan kemalangan disebabkan oleh gangguan kuasa elektrokimia sehingga merosakkan enjin dan siaran radio.

Menurut seorang ahli astrofizik, Mark Rodengheir, yang menganalisis semua laporan berkaitan kemalangan-kemalangan ini, semua kes ini tidak dapat dihuraikan dengan penjelasan secara saintifik.

Kenyataan Mark Rodengheir turut mendapat perhatian pengeluar kereta Ford.

Mereka telah membuat pemeriksaan semula kereta yang dipandu anggota polis tersebut dan mendapati kenderaan itu telah mengalami fenomena yang tidak dapat dijelaskan dengan teknologi kejuruteraan.

Persoalannya, adakah semua dakwaan ini boleh dihuraikan dengan teori elektrokimia atau sekadar mitos yang sengaja diada-adakan untuk menarik perhatian dunia terhadap kewujudan makhluk asing?

Tiada siapa yang tahu.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon