Wednesday, August 28, 2013

Kesesatan Syiah, Kufah Dan Karbala

Kesesatan Syiah, Kufah Dan Karbala

Agak mengelirukan apabila tokoh-tokoh agama Syiah menggembar-gemburkan kemuliaan Masjid Kufah di Iraq serta kesucian Karbala sebagai ganti kepada Masjid Al-Aqsa yang dianggap mereka sebagai tidak wujud dalam syariat Islam.

Syiah sesat

Menarik untuk ditanya, adakah karamah Masjid Kufah dan bumi Karbala yang ditonjolkan sebagai destinasi ibadah untuk umat Islam?

Tidakkah ia hanya merupakan sentimen Syiah untuk mencari premis ibadah baru demi mencabar akidah Ahli Sunnah Waljamaah?

Dengan penuh berani, ulama Syiah menafikan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang meletakkan Al-Aqsa sebagai masjid ketiga mulia dalam Islam selepas Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah.

Masjid Kufah
Masjid Kufah, Iraq

Keunggulannya ketiga-tiga masjid itu sering disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis baginda dan mendorong umat Islam melakukan ibadah dengan ganjaran pahala yang disebut dengan sahih.

Mengikut sebuah buku tafsir Syiah berjudul 'Tafseel Wasaail Ash-Sheeah' Masjid Kufah dianggap sebagai rahmat Allah kepada Sayidina Ali dan tiada siapa yang boleh membinasakannya melainkan akan menerima bala daripada Allah. Ditegaskan bahawa masjid itu adalah yang ketiga termulia.

Persoalan tentang kedudukan Masjid Al-Aqsa sebagai masjid ketiga termulia ditolak oleh ulama Syiah.

Semuanya sependapat bahawa ayat 1 surah al-Israq (17) bukan bermaksud al-Aqsa di Jurusalem tetapi sebuah masjid di Baitulmuqaddis di syurga.

Al-Kulani dalam bukunya berjudul 'Al-Kaafi' memetik kata-kata seorang ulama yang mendengar ucapan tokoh agung Syiah bernama Syeikh Abu Abdullah al-Sidiq sebagai berkata bahawa satu kali solat di dalam Masjid Kufah adalah bersamaan seribu kali solat di tempat-tempat lain. Satu dirham dibelanjakan di masjid ini adalah bersamaan seribu dirham dibelanjakan ditempat lain.

Dijelaskan lagi bahawa tanah dan Masjid Kufah adalah tempat ibadah para malaikat sebelum Nabi Adam diturunkan ke bumi. Tempat itu memiliki sebuah taman di tengah-tengah perkarangannya dan sumber ini akan tersaksi di akhirat nanti.

Diceritakan bahawa seorang penduduk Iraq datang ke masjid itu untuk bertemu dengan tokoh agung Syiah, Abu Abdullah Al-Siddiq untuk mengucapkan selamat tinggal kerana ingin mengembara ke Al-Aqsa.

"Apakah yang kamu ingin cari dalam pengembaraan ini?", tanya Abu Abdullah.

"Saya ingin ke MAsjid Al-Aqsa dan ingin mendapat restu dan pandangan syeikh," jelas orang itu.

"Apakah yang kau ingin capai daripada lawatan itu?" tanya syeikh itu lagi.

"Pahala," jawab orang itu.

Secara keras Syeikh Abu Abdullah berkata, "Pergi jual unta kamu dan makanlah bekalan perjalanan kamu dan sembahyanglah di dalam masjid ini!"

Lalu ulama Syiah itu menjelaskan bahawa sembahyang waktu dalam masjid ini adalah sama dengan melakukan haji dan sembahyang sunat adalah sama dengan pahala umrah.

Dijelaskan lagi bahawa kawasan Masjid Kufah mempunyai karamah besar sejauh 12 batu. Di bawahnya terdapat telaga susu, telaga air dan minyak. Akan ada sebuah kolam yang boleh membersihkan kamu zahir dan batin. Di sinilah berlaku pelancaran bahtera Nabi Nuh.

Selanjutnya dijelaskan bahawa seandainya seseorang mengalami masalah, maka bersolat di masjid ini sesaat akan nescaya Allah akan memenuhi permintaannya dan menghilangkan masalahnya.

Perlu diketahui bahawa dari sudut sejarah, Masjid Kufah pada awalnya dibina oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Saad Ibni Abu Waqqaas pada 17H pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Apabila tiba zaman kepimpinan Sayidina Ali, masjid ini dirobohkan dan dibina semula.

Lantaran sentimen yang melampau terhadap Ali, maka Syiah mewujudkan sebuah hadis bersanad kepada khalifah itu yang menyebut bahawa perjalanan ibadah adalah pada tiga buah masjid iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid Kufah adalah dituntut oleh syariah (Syiah). Catatan itu hanya ada di dalam kitab fikah dan kitab sejarah tulisan Syiah sahaja.

Dalam pada itu tanah perkuburan Karbala menerima keagungan yang lebih tinggi dari kaca mata puak Syiah, malah lebih agung daripada Al-Aqsa dan Kaabah.

Hari Asyura
Pengikut Syiah merayakan Hari Asyura meratapi kematian Hussein.

Karbala yang merupakan medan pertempuran antara pengikut Yazid, anak kepada Muawiyah, khalifah pertama Bani Umaiyyah dengan kejam membunuh Sayidina Hussein dan rombongannya yang datang ke bumi Iraq.

Tindakan kejam tentera Yazid memancung kepala Hussein menyebabkan puak Syiah merasa bersalah kerana tidak membantu cucu Rasulullah dalam pertempuran itu.

Kejadian itu membuatkan pengikut Syiah semakin 'cinta' kepada keturunan Nabi (ahlul bait) dan sekaligus membuatkan mereka lebih mengagungkan Karbala.

Dalam kitab 'Bihaar Al-Anwaar' dimaktubkan bahawa Allah memilih bumi Karbala sebagai tempat yang selamat dan tersuci, 24 ribu tahun sebelum berlaku pembinaan Kaabah. Kesucian tempat itu akan terus dipelihara Allah hinggalah ia akan dijadikan taman syurga kelak.

Dalam buku yang sama dijelaskan bahawa menziarahi kubur Sayidina Hussein adalah sama seperti mengerjakan haji. Syeikh Abu Abdullah Al-Sidiq berkata, barang siapa menziarahi kubur Hussein bersamaan hari Arafah akan dicatat Allah pahala sejuta haji dan demikian juga pahala yang diberi kepada ibadah umrah.

Makam
Menziarahi kubur Hussein adalah merupakan ibadah yang tersuci.

Ulama Syiah, Syeikh Al-Faidh Al-Kaashaani ketika menjelaskan fadilat lawatan ke kubur Hussein menegaskan, sekalipun seseorang akan mengalami kepenatan, mengeluarkan belanja dan bersusah payah berada di perkarangan masjid itu maka Allah menjanjikan petunjuk di dunia mahupun di akhirat.

Keagungan dan kebesaran Masjid Kufah dan Karbala banyak sekali dihidangkan dalam kitab-kitab fikah dan Mazaarat oleh ulama, sejarahwan dan pentafsir mazhab Syiah.

Kelainan fahaman Syiah ke atas Masjid Al-Aqsa adalah untuk memberi signifikan kepada Masjid Kufah dan perkuburan Hussein di Karbala. Entah dari sumber mana tafsir dan hadis ini dipetik tidak dapat dipastikan dengan sahih.

Tindakan berani itu diambil untuk menyimpang titian agama supaya laluan pengikut Syiah dianggap lebih betul daripada pengikut Ahli Sunnah Waljamaah atau mazhab-mazhab lain dalam Islam.

BACA INI JUGA: Bagaimana Mengenal Penganut Syiah?

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, August 04, 2013

Pengikut Syiah Sentiasa Di Ajar Agar Menipu!

Pengikut Syiah Sentiasa Di Ajar Agar Menipu!

Info Syiah. Fahaman Syiah, sebenarnya sudah sangat lama bertapak di Malaysia. Namun kehadirannya kurang dipedulikan kerana ia menular perlahan-lahan, malah metadologi penyebarannya sendiri sememangnya dilakukan secara halus.


Buktinya, video di bawah yang sudah berada di Youtube sejak tahun lepas lagi.

Dalam video ini, seorang lelaki yang didakwa sebagai Ustadh Behjatpour, Ketua Pusat Penyelidikan Bagi Kepercayaan dan Kebudayaan Qom (Iran) menyampaikan pesanan khusus kepada pengikut Mazhab Ahlul Bait (Syiah) di Malaysia agar mengikut nasihat tegas para Imam Maksum mereka supaya melakukan yang terbaik untuk mendekati masyarakat Ahli Sunah Waljamaah di negara ini sekaligus mengajak kita mengikuti fahaman mereka.

Antara yang perlu dilakukan, termasuklah berpura-pura solat seperti mana biasa.

Pesan Behjatpour, Imam Maksum mereka seperti Imam As-Sadiq turut berpesan tentang taqiyyah, atau menipu demi meraih kepercayaan orang terhadap mereka.

Taqiyyah itu pula jelasnya, tidak sama dengan taqiyyah yang diterima dalam Islam iaitu demi menyelamatkan diri atau nyawa daripada ancaman jika bercakap benar.

Sebaliknya, taqiyyah dilakukan pengikut Syiah dianggap ‘Penipuan Suci’ demi mengambil hati seseorang agar mangsa rapat dengan mereka seterusnya dipesongkan akidahnya.

Dengan pendedahan ini, mudah-mudahan umat Islam sentiasa berhati-hati. Sesungguhnya lebih mudah mengenali musuh yang terang-terangan membenci kita daripada musuh dalam selimut yang menanti masa untuk menggelincirkan kita dari landasan Islam sebenar.

Hayatilah hadis Rasulallah di bawah:

“… Dan demi Dzat Yang jiwaku ada ditangan-Nya, sungguh umatku akan terpecah menjadi 73 golongan, satu golongan akan masuk surga dan 72 lainnya (mampir dulu) ke neraka.” Rasulullah ditanya: “Siapa golongan yang selamat itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Al Jama’ah.” (HR Ibnu Majah)

“… dan umatku akan terpecah-belah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk (dulu) ke neraka, kecuali satu golongan.” Para sahabat bertanya: “Siapa mereka, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Siapa pun yang berada di atas apa yang aku dan para sahabatku ada padanya.” (HR Abu Dawud & At-Tirmidzi)

Nota:

Jumaat terakhir dalam bulan Ramadan dikenali sebagai Hari al-Quds Sedunia oleh pengikut Syiah. Perayaan ini digagaskan oleh tokoh Syiah Rafidhah iaitu Khomeini. Ia diadakan KONONNYA demi memperingati perjuangan umat Islam di Palestin. Pada hari ini, penganut Syiah akan keluar beramai-ramai sambil menjunjung poster-poster gambar Khomeini.

BACA INI JUGA: Sejarah Permulaan Syiah Dan Kesesatan Mereka



Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, August 03, 2013

Bagaimanakah Syiah Bertapak Di Malaysia?

Bagaimanakah Syiah Bertapak Di Malaysia?

Ajaran Syiah di Malaysia masih terus berkembang walaupun Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.


Daripada penyebaran secara sembunyi-sembunyi, pengikut Syiah kini dikatakan semakin berani menonjolkan diri dan amalan mereka sehingga ke tahap mahu berhujah dengan golongan ASWJ. Lebih ekstrem lagi, golongan ini menghalalkan darah golongan lain yang tidak sealiran dengan mereka.

Mutakhir, timbul kebimbangan tentang pengembangan pengaruh Syiah di Malaysia. Ia terutamanya selepas melihat tindakan golongan tersebut di beberapa negara Islam termasuk membunuh golongan ASWJ seperti di Syria, Iraq, Lebanon dan sebagainya.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHD. RADZI MOHD. ZIN di Ipoh, Perak, Khamis lalu, Mufti Perak, TAN SRI HARUSSANI ZAKARIA merungkai persoalan berkaitan dengan golongan Syiah di negara ini.

MINGGUAN: Bagaimanakah Syiah mula bertapak di negara ini?

HARUSSANI: Dulu, orang kita tidak begitu ambil berat tentang Syiah. Jadi mereka hantar anak-anak ke Iran dengan tujuan untuk belajar Islam, namun orang ini bila sampai di sana bukan sahaja disambut bahkan diberi biasiswa kerana Iran memang mahu mengembangkan fahaman Syiah. Mereka diajar sehinggakan sebahagiannya bertaraf Ayatollah.

Jumlah mereka lebih kurang 60 orang yang saya baca dalam akhbar dulu. Bila balik ke tanah air, mereka berpegang kepada ajaran Syiah.

Ada di antara mereka yang menjadi guru dan menyandang pelbagai jawatan lain. Ketika menjalankan tanggungjawab tersebut, mereka menyelitkan ajaran Syiah.

Dalam masa yang sama universiti kita pula membuka peluang kepada pelajar dan pensyarah dari Iran, keadaan ini menyebabkan perkembangan Syiah semakin kuat dalam negara kita.

Sehinggalah akhir-akhir ini bangkit satu kumpulan yang terang-terang mengamalkan ajaran Syiah dan mahu berhujah dengan golongan ASWJ.

Mereka juga sampai ke tahap mengancam negara kita sehingga sanggup menumpahkan darah mempertahankan ajaran itu.

Pendek kata, golongan Syiah ini memang berbahaya?

HARUSSANI: Disebabkan kita lihat bahayalah maka kita mengharamkan ajaran Syiah dan pengembangannya di negara kita.

Cuma kita tidak pula kata mereka itu kafir kerana mahu menjaga hubungan diplomatik. Pada kita, ajaran Syiah tidak boleh diajar, haram diajar dan dikembangkan. Bagaimanapun perbuatan ini sudah berlaku lama tetapi tidak dikuatkuasakan.

Memang di Malaysia selalu begitu undang-undang ada tetapi tidak dilaksanakan. Inilah yang menyebabkan situasi menjadi kacau.

Apa yang berlaku di Syria, Iraq, Yemen dan Lebanon membuktikan ia angkara golongan Syiah. Keadaan itu terjadi kerana mereka mewajibkan darah golongan lain halal dibunuh.

Apabila melihat perkara barulah kita beria-ia mahu membanterasnya dan kerajaan ambil berat mahu mengambil tindakan tetapi pengaruhnya sudah cukup besar.

Golongan Syiah selalu dakwa mereka tidak bertentangan dengan ASWJ. Benarkah?

HARUSSANI: Syiah bertentangan dengan ASWJ tetapi usaha mendekatkan Syiah dengan ASWJ sudah dibuat sejak zaman pemerintahan Salahuddin al Ayubi, malangnya Syiah langsung tidak berminat.

Mereka hanya bersetuju membiayai pengajian Syiah dan penubuhan fakulti tersebut seperti di Universiti al-Azhar tetapi tidak mahu mengkaji ASWJ.

Malah golongan Syiah menghukum golongan ASWJ sebagai kafir sedangkan apa juga perkara berkaitan dengan akidah dan syariah, semuanya kita rujuk al-Quran dan hadis tetapi mereka ambil daripada asas apa? Tetapi mereka tidak mahu bincang bab itu, di sini kita berbeza.

Syiah tidak pakai usul yang lengkap dalam menentukan hukum perundangan. Mereka percaya umpamanya, kita wajib hormati ahli bait (keturunan dan keluarga Rasulullah SAW) dan tuduh ASWJ tidak hormati ahli bait.

Pada kita, mereka sudah keterlaluan menghormati sehingga meletakkan ahli bait setaraf tuhan. Itu sudah salah dari segi akidah.

Fahaman mereka terlalu taksub sehingga hendak membunuh golongan ASWJ. Ini perkara yang cukup bahaya sedangkan ASWJ tidak menghukum semua mazhab Syiah kafir.

Kita hanya menentang mereka yang bertuhankan ahli bait dan meletakkan imam mereka lebih daripada rasul memandang fahaman itu terkeluar daripada akidah kita.

Kita menghormati ahli bait sehinggakan dalam tahiyat akhir dalam solat, kita membaca Allahumma salli ala Muhammad wa ala alaihi Muhammad. Jadi, macam mana pengikut Syiah boleh mengatakan kita tidak menghormati ahli bait.

Selain itu, puak Syiah juga menganggap 10 sahabat yang Rasulullah SAW jamin masuk syurga sebagai kafir. Mengkafirkan para sahabat adalah sangat berat hukumnya. Rasulullah SAW pernah bersabda yang antara lain maksudnya: "Sahabatku seperti bintang kalau kamu berpandu secara mana pun kamu akan dapat petunjuk".

Pengikut Syiah juga mendakwa melalui buku-buku yang ditulis ulama mereka bahawa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat membuang dan menambah ayat al-Quran.

Bagaimanapun mereka tidak berani berhujah, hanya buat tuduhan sahaja. Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dipotong oleh ASWJ.

Dakwaan itu sama sekali tidak betul kerana ketika zaman Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali masih terdapat banyak huffaz.

Takkanlah apabila dikumpulkan ayat-ayat al-Quran itu, kalau ada silap tak ada orang bangkang. Dalam zaman Khalifah Uthman, dibuat al-Quran rasmi Uthmani supaya ia mudah dibaca dan kita lihat ulama yang mengkaji al-Quran akui kitab suci itu sudah lengkap.

Ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."

Kenapa Syiah begitu berani tonjolkan diri sejak kebelakangan ini?

HARUSSANI: Apabila merasakan jumlah semakin ramai dan kuat, mula mereka mahu menonjolkan diri. Dulu mereka tidak bising-bising, sebaliknya menyebarkan ajaran Syiah secara senyap-senyap.

Contoh sambutan 10 Muharam, mereka meraikannya dengan memukul-memukul badan. Ketika ini mereka mendakwa sudah ada 1 juta ahli di Malaysia tetapi pada pandangan saya, ini barangkali satu provokasi saja.

Sebenarnya, semua ini berlaku kerana kelemahan kita juga. Saya bangkitkan soal Islam agama negara dalam Perlembagaan tetapi kita tidak buat silibus wajibkan orang tahu tentang Islam. Pengajian Islam hanya sekunder bukan asasi.

Bagaimana hendak mengawal Syiah daripada meresapi umat Islam?

HARUSSANI: Sekarang kita sudah mula hendak kawal tetapi soalnya sejauh mana penguatkuasaan dilakukan.

Perkara ini kalau diserahkan kepada pejabat agama sahaja tidak boleh sebab kekuatan dari segi penguatkuasaan undang-undang tidak kuat.

Kalau ada penguatkuasaan kita (jabatan agama) juga mesti diiringi polis. Polis pula kadang-kadang terlampau sibuk jadi minta pejabat agama buat tangkapan, tetapi apabila kena dakwa di mahkamah kita kalah.

Sepatutnya setiap undang-undang negara, sama ada Islam atau sivil mesti dilaksanakan oleh kerajaan sebab agama bagi negara adalah Islam. Kerajaan perlu bersungguh-sungguh dan berkewajipan mempertahankan Islam.

Memang susah hendak banteras Syiah sebab pengaruhnya sudah merebak tetapi tindakan tegas mesti dibuat. Selagi kita lemah kita tidak boleh membanterasnya.

Bagaimana hendak memulihkan akidah golongan ini?

HARUSSANI: Pertama, kita perlu kaji semula silibus pendidikan. Saya cadang kerajaan mewajibkan pengajian al-Quran. Selain itu, soal utama kata ulama, "awal agama adalah kenal Allah". Jadi kena ajar tauhid kerana daripada situ lahirnya syariat.

Masalahnya, orang Syiah tidak mengaku Syiah. Mereka taqiyah (berpura-pura), itu yang susah sikit. Kalau dia beramal secara terang-terangan maka kita boleh tangkap.

Saya ada pengalaman bertemu dengan rombongan ulama dari Iran, mereka bawa seorang ulama ASWJ. Badannya kurus, baju buruk dan nampak takut sebab ASWJ dibunuh.

Tetapi dia dibawa untuk taqiyah kononnya Syiah dan ASWJ sama saja. Namun daripada keadaan orang itu, kita boleh nampak macam takut dan ilmu pun tak berapa ada.

Sebab itulah kerajaan mesti bertindak ke atas mereka yang terang-terang membawa ajaran Syiah. Bagaimanapun, Iran tak buat terang-terangan sebar Syiah.

Mereka hebat, sehinggakan ada sekolah khusus yang mengajar bagaimana hendak menangkis hujah ASWJ.

Saya pernah berjumpa seseorang dari Morocco yang belajar di Iran. Dia banyak membaca buku tetapi tidak ada pengetahuan agama.

Dia bertemu seorang ulama di Iran di mana dia diberi sambutan mesra dan sentiasa dijamu. Akhirnya dia terpengaruh dan mendakwa menemui Islam sebenar di Iran.

Apabila balik ke negaranya, dia karang buku mempromosi Syiah dalam bahasa Inggeris. Untuk pulihkan keadaan, golongan Syiah perlu bertaubat. Mereka harus mengucap dua kalimah syahadah semula dan tinggalkan semua perbuatan semasa anuti Syiah dulu.

Masalahnya, kemampuan orang kita untuk menangkis, kita tahu Syiah tetapi tidak tahu apa ajarannya. Mereka pula belajar untuk menangkis ASWJ, oleh itu mereka gunakan hadis.

Lembaga Penapisan Buku Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak boleh haramkan buku-buku begini?

HARUSSANI: KDN haramkan tetapi kadang-kadang kita tidak dapat buku sedemikian sebab mereka bawa masuk buku-buku yang sudah diterjemah. Bila dikaji baru kita tahu ia menyebarkan Syiah.

Saya Pengerusi Penapisan Buku di KDN, kadang-kadang hendak haramkan sesuatu buku itu mengambil masa dua ke tiga tahun. Jadi, sebelum buku itu diharamkan di pasaran, jumlah pembacanya kadang-kadang sudah ribuan orang.

Apa bahayanya jika dibiarkan Syiah ini berkembang?

HARUSSANI: Ia akan mewujudkan kekacauan dan pergaduhan. Memang sasaran mereka di sini. Mereka sudah berjaya di Syria dan Iraq.

Di Mesir sudah naik pemerintahan Islam tetapi tok-tok imam tidak setuju pula dan lantik orang Kristian jadi menteri. Itu hasutan siapa?

Golongan Syiah cuba menyebarkan ajaran itu di Dubai tetapi Emiriah Arab Bersatu (UAE) masih kuat, begitu juga di Arab Saudi.

Bagaimanapun mereka takut hendak mengganggu Arab Saudi kerana negara itu benarkan mereka ke Mekah, bagaimanapun di Mekah, mereka tidak solat berjemaah.

Pada mereka, solat mesti ada batu. Allah sebut bahawa bumi ini sah untuk kita beribadat walaupun di mana kita berada. Kita pakai sejadah mereka tak guna. Dia pakai batu.

Apa nasihat Tan Sri kepada orang yang sedang mencari ilmu agama?

HARUSSANI: Jangan ambil atau belajar ilmu agama sembarangan daripada orang tak tentu. Sebaliknya belajarlah dengan guru yang bertauliah.

Kadang-kadang syaitan kalau nak menyesatkan orang dia datangkan orang yang lebih alim. Iblis tu memang lebih alim. Iblis terbahagi kepada dua jin dan manusia. Sebab itu Nabi Adam pun boleh diperdaya oleh iblis.

BACA INI JUGA: Fakta Sejarah Membuktikan Puak Syiah Adalah Munafik Terulung

Sumber: Utusan.com.my

Friday, August 02, 2013

Ulama Sunni Sepakat Menolak Ajaran Syiah

Ulama Sunni Sepakat Menolak Ajaran Syiah

Info Syiah. Sepanjang sejarah Islam, bermula dari zaman Saidina Ali RA lagi, firqah atau golongan Syiah yang menolak Mushaf Uthman dan mengkafirkan Sahabat dan Ummahatul Mukminin, telah dihukum kafir. Imam Abi Muzaffar al-Isfarayni dalam Tabsir fid- Din-nya telah memberi fatwa, bahawa orang yang solat di belakang penganut Syiah yang iktikad mereka seperti ini, wajib mengulangi solatnya. Khomeini ialah antara orang yang mengkafirkan Sahabat!


Untuk makluman, semua ulama dunia Islam dari Maghribi, Turki, hingga Indonesia, menolak Syiah. Mereka termasuklah Said Hawwa, Syed Abu Hasan Ali an-Nadvi, Syed Muhammad al-Maliki, Yusuf Qaradhawi, Habib ‘Umar dan seluruh ulama Hadramawt, ulama Lucknow dan seluruh ulama benua kecil India, ulama al-Azhar dan banyak lagi.

Perkembangan Syiah di Malaysia amat membimbangkan. Ini adalah kerana mereka mempunyai sumber kewangan yang kukuh, rangkaian antarabangsa serta mendapat sokongan dan pembelaan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik tempatan.

Dari segi kewangan, mereka berjaya membina pelbagai jenis perniagaan dengan rangkaian yang banyak dan besar. Mereka mempunyai perniagaan strategik dengan memiliki restoran dan menjadi pengeluar serta pengedar barangan makanan dan minuman serta produk kesihatan. Jenis perniagaan ini berkaitan dengan orang ramai secara langsung. Ini adalah mekanisme yang baik untuk menyebarluaskan dakyah mereka.

Dalam suatu perhimpunan Bersih, mereka pernah mengagihkan air mineral keluaran mereka secara percuma kepada para demonstran. Mereka juga mempunyai rangkaian pendidikan dan tadika yang banyak serta pusat-pusat penyebaran ajaran mereka dengan pelbagai nama di pelbagai tempat.

Mengenai rangkaian antarabangsa pula, mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Syiah di Iran. Syiah Iran membantu mereka membina rangkaian perniagaan dan membekalkan literatur serta pendakyah di sini. Dari segi politik pula mereka mempunyai hubungan erat dengan sebuah parti politik Syiah terbesar di Lebanon yang radikal.

Sementara itu dalam negara ini pula, mereka mendapat sokongan, pembelaan dan perlindungan daripada beberapa NGO Islam serta parti politik.

Ini ditambah pula dengan kedatangan mulah-mulah Syiah bertali arus dijemput menghadiri wacana-wacana dan perjumpaan-perjumpaan sulit dengan kumpulan mereka, selain daripada kebanjiran pelajar-pelajar Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi.

Perlu kita fahami, Syiah seperti juga gerakan Zionis-Kristian, berusaha menguasai parti politik dan NGO Islam yang berpengaruh. Mereka pandai menyusun strategi dengan menjadikan aktivis ini sebagai anak catur mereka dalam rangka menguasai organisasi tersebut.

Strategi ini agak menjadi, walaupun belum berjaya sepenuhnya. Pada suatu ketika, mereka berjaya menguasai sebuah persatuan ulama di Malaysia. Dan kini mereka berjaya meletakkan orang mereka dalam sebuah parti politik sehingga memegang jawatan penting.

Kepada pengagum dan pengusung Syiah dan Khomeini di Malaysia, mereka perlu tahu sikap sebenar beliau kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Khomeini telah mengkhianati Mufti Ahmad Zadeh, rakan seperjuangannya semasa menjatuhkan Shah Iran dahulu. Selepas berjaya menjatuhkannya, Shah telah dipenjara oleh Khomeini. Beliau jatuh sakit di dalam penjara tanpa rawatan secukupnya.

Apabila kesihatan beliau semakin teruk, beliau dipindah dari penjara besi ke penjara rumah pula dan tidak dibenarkan berubat ke luar negara. Kenapa? Kerana Mufti Zadeh seorang Sunni! Banyak juga imam masjid dan pendakwah Islam Sunni terpaksa lari ke Pakistan semasa pemerintahan Khomeini.

Ajaran Syiah benar-benar meruntuhkan ajaran Islam kerana mereka menghalalkan yang haram seperti nikah mutaah, solat jamak sepanjang masa dan paling parah ialah menolak Quran Mushaf ‘Uthman dan Hadis Nabi yang menjadi sumber dalam hukum-hakam Islam. Apa akan terjadi? Islam jenis ini bukan agama Islam lagi!

Kaedah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Justeru untuk membendung penularan virus Syiah dalam kalangan masyarakat Ahli Sunnah wal Jamaah di negara kita, umat Islam perlu mendalami dan memperkemaskan serta memperkasakan akidah dan syariat mereka. Mereka perlu mempelajari kitab-kitab muktabar dalam subjek Usuluddin-Aqidah-Tauhid dan juga Hukum hakam Fiqah. Ilmu-ilmu ini akan dapat menjadi neraca dan kayu pengukur dalam menyuluh kebatilan ajaran Syiah itu.

Selain daripada menekuni dan memantapkan ilmu-ilmu dalam wacana Ahli Sunnah wal Jamaah, usaha-usaha pencegahan melalui undang-undang dan peraturan serta tindakan bersepadu perlu disegerakan.

Pihak berkuasa agama negeri dengan kerjasama pasukan polis perlu melipatgandakan pemantauan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Luar Negeri perlu mengawasi kedutaan Iran supaya mereka tidak menyebarkan buku-buku Syiah kepada masyarakat Islam. Sementara pihak Imigresen pula perlu menghalang pendakyah-pendakyah Syiah daripada memasuki negara ini. Kementerian Pendidikan pula patut mengurangkan pengambilan pelajar dari negara Syiah atau dari kalangan penganut Syiah.

Perkara ini bukan luar biasa, kerana kita pernah melakukan polisi ini ketika Perang Dingin dahulu yang mana pelajar dari negara-negara Komunis dikenakan tapisan dan sekatan. Selain itu, kerajaan juga perlu menghalang pelajar kita daripada belajar di pusat-pusat pengajian Syiah. Ini juga pernah dilakukan oleh kerajaan semasa ancaman Komunis satu ketika dahulu. Bahkan kerajaan perlu mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri atau yang setara dengannya. Ini semua adalah mekanisme yang bertujuan untuk memelihara kesucian ajaran Islam.

Selain itu, untuk membantu mencegah penularan virus Syiah di Malaysia, organisasi-organisasi Islam, baik NGO atau pun politik, patut mengisytiharkan secara terbuka, yang organisasi mereka menolak ajaran Syiah daripada berkembang di Malaysia sama seperti mereka menolak fahaman Komunisme.

Mereka juga perlu memastikan yang fahaman Syiah ini tidak ada dalam organisasi mereka. Jika didapati ahli-ahlinya beramal atau cenderung kepada fahaman Syiah, perlu dicegah segera dengan mengajar mereka fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenar berdasarkan teks-teks muktabar. Sekiranya mereka masih berdegil tidak mahu kembali kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah, tindakan memecat adalah pilihan paling baik. Pas patut mendahuluinya dalam perkara ini.

Kita perlu bertegas dan tidak perlu melayan dengan desakan dan asakan puak yang kononnya memperjuangkan hak kebebasan. Dari satu perspektif, dalam Islam tidak ada kebebasan mutlak. Diri kita pun bukan milik kita. Perjalanan hidup kita pun ditentukan oleh Allah SWT seperti cara-cara beramal dan bermuamalah. Kita tidak boleh bersolat atau berpuasa dan lain-lain ibadat dengan cara dan kaedah ciptaan kita sendiri.

Dari satu perspektif lain, pada paras individu, kita memang ada kebebasan, tetapi kebebasan mesti dalam lingkungan dan batas-batas syariat. Seseorang bebas berzikir bersendirian semahu-mahunya, berinfaq sebanyak-banyaknya dan membaca al-Quran berkali-kali khatam, tetapi mereka perlu ingat, bahawa mereka tidak boleh menjerit membaca al-Quran dengan kuat di tengah malam buta semasa orang lain sedang tidur, kerana kebebasan individu tidak boleh mengatasi kebebasan masyarakat.

Maka dalam konteks perkembangan ajaran Syiah di Malaysia ini, soal hak kebebasan beragama tidak timbul, kerana mereka menggunakan jenama Islam untuk merosakkan Islam sama seperti ajaran Qadiyani, Khawarij, Muktazilah, Mujassimah, Karramiyah, Nabi Melayu, Ayah Pin, pluralis agama dan lain-lain.

Agama Islam ini adalah hak Allah SWT dan manusia hanya menjadi pemegang amanah-Nya sahaja. Justeru, pemerintah dan setiap individu Muslim wajib melaksanakan amanah ini dengan memelihara kesucian ajaran Allah SWT dan menyekat aktiviti yang boleh merosakkannya seperti kita menjaga al-Quran daripada diubah atau dihina oleh seseorang.

Justeru, Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) sebuah organisasi dakwah Islam, mengambil inisiatif menganjurkan satu program khusus membincangkan mengenai kesesatan ajaran Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah. Seminar sehari ini, akan berlangsung pada 6 Oktober akan datang, bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur. Insya-Allah.

PENULIS ialah Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)

Sumber: Utusan.com.my

Thursday, August 01, 2013

Pengikut Syiah Nafi Kafan Jenazah Dengan Kain Hitam

Pengikut Syiah Nafi Kafan Jenazah Dengan Kain Hitam

Info Syiah. Pengikut fahaman Syiah di Kedah kecewa dengan tanggapan orang ramai bahawa mereka kafan jenazah menggunakan kain hitam dan kebumikan jenazah dalam keadaan berdiri.

Abdullah menunjukkan kain kapan digunakan ahli Syiah tertera doa.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, Syiah di negara ini menguruskan jenazah pengikut mereka dengan baik, sama dengan cara dilakukan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Banyak jenazah telah diuruskan, sama ada daripada keluarga (berfahaman) Syiah atau mana-mana pihak yang mewasiatkan untuk mayat diuruskan mengikut (amalan) Syiah.

“Jenazah dikapankan dengan kain putih. Bezanya (dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah) ialah kain itu tertulis dengan doa-doa dan dibeli dari Iran," katanya.

Abdullah juga menafikan dakwaan bahawa Syiah pernah merampas jenazah untuk diuruskan pengebumian mengikut fahaman Syiah di Kuala Kedah.

Jelasnya, beliau mengambil jenazah seorang ahli Syiah dari Kuala Kedah untuk diuruskan mengikut fahaman Syiah kerana si mati telah mewasiatkan secara bertulis kepada beliau dan kepada keluarga si mati secara lisan supaya berbuat demikian ketika sedang sakit di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Beliau juga sifatkan dakwaan ada kubur seorang wanita berfahaman Syiah di Kuala Rimau, Pendang, ghaib sebagai direka untuk disensasikan pihak tertentu.

-SinarOnline

Wednesday, July 31, 2013

Percanggahan Syiah Dengan Ajaran Islam

Percanggahan Syiah Dengan Ajaran Islam

Info Syiah. Dewasa ini, isu aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negara kita, kembali hangat diperkatakan. Pelbagai pihak daripada kalangan pihak berkuasa agama Islam, kementerian-kementerian yang menjaga urusan keselamatan dan agama serta penganut Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, telah memberi respons.


Tidak terkecuali turut memberi respons ialah penganut Syiah sendiri serta para simpatisan mereka, termasuk daripada kalangan golongan Liberalis dan puak yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia (HAM).

Isu ajaran dan golongan Syiah bukan baharu dalam kalangan umat Islam. Sejak hari pertama wujudnya golongan Syiah ini, seluruh umat Islam yang dipimpin oleh ulama dan pemerintah, telah bangun menentang mereka.

Para ulama Islam telah mengarang ribuan kitab menjawab dan menolak fahaman sesat dan salah ini, sementara pemerintah pula membuat peraturan dan memberi hukuman kepada mereka selaras dengan tuntutan Maqasid Syara’ iaitu memelihara agama Islam daripada dicemari dan diubah serta dirosakkan daripada ajarannya yang sebenar dan asal, seperti yang di bawa oleh Nabi SAW.

Kemasukan fahaman Syiah ke Malaysia adalah melalui perancangan rapi. Selepas Revolusi Khomeini menumbangkan Shah Iran, dia menubuhkan kerajaan Syiah. Bukan kerajaan Islam. Ini adalah kerana Perlembagaan negara Iran, meletakkan mazhab Ja‘fari sebagai mazhab rasmi negara itu. Tidak seperti yang dilaungkan mereka iaitu: Tidak Barat, tidak Timur tetapi Islam dan Wehdah Islamiyyah. Islam mereka ialah Syiah bukan selainnya.

Berikutan dari itu, Kerajaan Iran menjemput pemimpin-pemimpin politik dan badan-badan dakwah Islam seluruh dunia ke Iran, termasuk Malaysia. Ada organisasi Islam yang terpengaruh dan membawa balik fahaman Syiah ke dalam organisasi mereka seperti dari Malaysia. Ada yang tidak.

Setelah terpengaruh dengan dakyah Syiah, organisasi ini menghantar pula anak-anak yang amat muda ke Iran untuk mempelajari ‘Islam’- Islam versi Syiah. Di samping itu, pelbagai buku ‘akidah dan agama Syiah, membanjiri masuk melalui badan-badan politik dan NGO-NGO ini.

Berikutnya, berduyun-duyun ulama Syiah datang atas jemputan organisasi-organisasi ini, memberi ceramah dan membentang kertas kerja dalam wacana-wacana anjuran mereka. Untuk mengukuhkan lagi penyebaran fahaman Syiah, Syiah Iran telah melabur wang yang banyak, menubuhkan institut-institut untuk menerbitkan tulisan-tulisan dan buku-buku serta membiayai kegiatan terjemahan buku-buku agama Syiah.

Antara buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah al-Hukumah al-Islamiyyah, karangan Khumayni yang bercanggah dengan akidah Islam itu. Ia diterjemah oleh seorang pemimpin NGO dakwah Islam!

Seorang Muslim yang serius, sekiranya meneliti literatur berkaitan dengan doktrin dan konsep Usuluddin dan Tauhid serta Syariat Islam, pasti dia akan bertemu ajaran Syiah amat bercanggah bahkan bertentangan sama sekali daripada ajaran agama Islam seperti yang dibawa oleh Nabi SAW, baik dalam perkara yang bersifat Usul mahu pun yang bersifat Furu’.

Ini berdasarkan kepada sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Ahmad dan Ibn Madjah, yang menerangkan mengenai golongan yang berjaya atau firqah al-najiyah. Baginda ditanya oleh Sahabat mengenai golongan yang berjaya. Baginda menjawab: Ahli al-Sunnah wal Jamaah. Tanya Sahabat: dan apakah al-Sunnah wal Jamaah? Baginda menjawab: apa yang saya dan Sahabat-sahabat saya berada ( berpegang dan beramal padanya) pada hari ini. Jelas dari Hadis ini, golongan yang berjaya hanyalah golongan yang Iktikad dan Syariat mereka adalah Ahli Sunnah wal Jamaah bukan selainnya.

AKIDAH DAN SYARIAT SYIAH

Tulisan ini akan menerangkan beberapa pokok ajaran Syiah yang menyalahi ajaran kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Antaranya ialah:

1. Al-Quran

Agama Syiah menolak al-Quran Mushaf Uthman sebagai Mushaf al-Quran yang lengkap lagi autentik. Mereka mempunyai mushaf sendiri yang bernama Mushaf Fatimah. Bagi orang Islam, al-Quran yang ada di tangan kita hari ini, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi SAW, tetapi bagi Syiah seperti yang terdapat di dalam Usul al-Kafi iaitu sebuah koleksi Hadis menurut epistemologi mereka, al-Quran mereka itu, adalah disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Sayidah Fatimah binti Rasul SAW, sebab itulah dinamakan Mushaf Fatimah.

Mushaf inilah yang diterima sebagai paling benar lagi autentik. Menurut mereka, Mushaf Uthman hanya mengandungi sekitar satu pertiga sahaja dari mushaf yang lengkap. Dua pertiga lagi berada di dalam Mushaf Fatimah. Khumayni dalam Wasiyat-nya menyebut dengan terang mengenai Mushaf Fatimah ini dan berkata mereka mendapat penghormatan dengannya.

Beliau menyeru supaya Imam Mahdi mereka, iaitu Muhammad bin Hasan al-Askari segera keluar dari lubang penyembunyiannya di Iraq dan membawa keluar bersamanya Quran Mashaf Fatimah ini. Tetapi untuk menjaga maslahah di depan orang Islam, mereka beramal dengan doktrin taqiyyah yakni berpura-pura menerima al-Quran yang ada di tangan kita.

Cuba kita bayangkan, jika ada penganut agama Buddha atau Hindu membuat dakwaan yang al-Quran Mushaf Uthman tidak autentik, apa akan terjadi?

Sementara itu, dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran pula, tafsiran mereka berlainan dengan kita, terutama ayat yang di dalamnya ada perkataan imam. Mereka memaknakannya sebagai Sayyidina 'Ali r.a, seperti dalam Surah al-Sajdah: 24; waja‘aln’ minhum aimmatan yahd’na biamrin’ lamm’ obar’. Dan perkataan n’r dalam Surah al-Taghabun:8, fa’min’ bill’ hi wa ras’lihi wa‘n-n’rillaz’ anzaln’, diertikan oleh mereka sebagai imam-imam mereka.

2. Al-Hadis

Dalam epistemologi Ahli Sunnah wal Jamaah, Hadis ialah merangkumi perkataan, perbuatan dan ehwal Rasulullah SAW. Kemudiannya, Hadis-hadis ini disampaikan oleh generasi Sahabat kepada generasi berikutnya secara mantap dan tidak putus sanadnya sehinggalah disusun menjadi koleksi dalam sebuah buku oleh para perawi kemudian seperti perawi yang Enam, Ahmad, Imam Malik, Ibn Sunniy, as-Syafi‘i dan lain-lain.

Akan tetapi bagi Syiah, Hadis dalam epistemologi mereka ialah sesuatu yang diucapkan oleh para Imam mereka sahaja dan sanadnya tidak sampai kepada Rasulullah SAW. Ini adalah kerana dalam ajaran mereka, para imam mereka itu menerima ilmu terus daripada Nabi SAW, walau pun semasa ketiadaan Baginda SAW, dan lagi pun, dalam ajaran mereka, Imam-imam mereka adalah maksum yakni bebas daripada kesalahan.

Dalam epistemologi Sunni, konsep seperti ini tidak boleh dinamakan sebagai Hadis atau kalau mahu juga hendak dikatakan Hadis, ia tergolong sebagai Hadis munkar atau pun Hadis palsu.

Syiah menolak dan tidak menerima Hadis Nabi yang disampaikan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin r.a, kerana menurut akidah mereka, semua Sahabat Nabi SAW telah murtad setelah wafatnya Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja.

3. Mengkafirkan Sahabat Radiyallahu 'Anhum

Dalam agama Syiah, terdapat satu konsep dan doktrin bernama al-bara‘ah atau tabarra. Doktrin ini bermaksud, mengutuk, mencaci bahkan memutus hubungan kasih sayang dengan semua Sahabat. Mereka ini buta sejarah. Bukankah Saidina Ali sendiri mengahwinkan anaknya dengan Saidina Umar r.a?

Menurut mereka semua Sahabat menjadi murtad dan kafir selepas wafat Nabi SAW, kecuali beberapa orang sahaja seperti Ali, Miqdad, Abu Dzar, Salman dan beberapa yang lain. Mereka juga beriman dan percaya yang para Sahabat bersepakat menyembunyikan wahyu dan mengkhianati wasiat Rasulullah SAW dalam hal imamah dan pelantikan Saidina Ali r.a sebagai khalifah.

Dan mereka menuduh Sahabat tidak amanah kerana mengurangkan ayat al-Quran sebanyak dua pertiga daripada wahyu asal, yang demikian hilanglah ayat-ayat yang berkaitan dengan imamah 'Ali r‘a. Justeru, semua Sahabat itu dalam Iktiqad Syiah telah menjadi kafir. La hawla wala quwata illa billah.

Dalam kaitan dengan doktrin tabarra ini, mereka senantiasa berdoa mengutuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Radiyallahu 'Anhuma yang disifatkan mereka sebagai ‘dua berhala Quraisy’.

Khumayni telah mengkafirkan Saidina Umar al-Khattab r.a dan mengatakan Saidina Abu Bakar r.a pula, seorang manusia yang jahil agama.

Berdasarkan kepada Hadis di awal tulisan ini, bahawa golongan yang berjaya daripada neraka ialah orang yang mengikuti ajaran Rasul dan Sahabat Baginda. Bagaimana seseorang atau sesuatu golongan boleh berjaya dan selamat daripada api neraka, sedangkan mereka enggan mengikut perjalanan Sahabat tersebut bahkan mengkafirkan mereka.

4. Ummahatul Mukminin

Seperti para Sahabat, Syiah juga langsung tidak menghormati Ummahatul Mukminin pada hal mereka itu semua adalah isteri-isteri Baginda yang tercinta. Syiah melemparkan pelbagai fitnah, tuduhan palsu, jijik dan jahat kepada Ummahatul Mukminin Saidatuna Aishah r.ah, bahkan dalam iktiqad raj’ah mereka, beliau r.ah akan dihukum oleh para Imam Syiah menjelang kiamat kerana berkhianat dan menganiayai puak Syiah seperti dalam kes Peperangan Jamal. Atas dasar ini juga Syiah bukan daripada golongan Islam.

5. Raj‘ah

Syiah beriktikad bahawa para Imam mereka akan hidup semula di akhir zaman untuk menghukum para Sahabat dan Isteri Nabi SAW yang mereka tuduh bersekongkol merampas hak Saidina Ali sebagai khalifah. Termasuk yang akan dihukum dalam akidah mereka ialah Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah, Aishah r.a dan lain-lain. Demikian khurafat mereka.

6.Konsep Imamah

Dalam ‘akidah Syiah, Imamah atau Walayah atau kepimpinan sudah ditentukan oleh Allah SWT. Khumayni berkata dalam buku beliau, al-Hukumah al-Islamiyyah, muka surat 18, bahawa Nabi perlu menentukan seorang pengganti Baginda dan Baginda telah pun berbuat demikian, yakni melantik Ali r.a. Jika Baginda tidak berbuat demikian, bermakna Baginda tidak menyampaikan Risalahnya ( ms 19 ). Oleh sebab itu, Imamah ini termasuk ke dalam Rukun Iman Syi‘ah. Sesiapa yang tidak percaya kepada doktrin dan konsep Imamah ini, menurut Syiah, ia bukanlah seorang Islam dan layak dihumban ke dalam neraka.

Dalam buku al-Hukumah al-Islamiyyah itu lagi, pada muka surat 52, beliau menyifatkan Imam-Imam mereka mempunyai kedudukan yang amat tinggi di sisi Allah SWT, sehingga tidak tercapai oleh para Malaikat muqarrabin dan juga Nabi-Nabi yang diutus. Dalam membincangkan hal kepimpinan selepas Rasulullah SAW pula, dia langsung tidak menyentuh kepimpinan tiga khalifah awal iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman radiyallahu ‘anhum dan terus melompat kepada Sayyidina Ali r.a. Ini adalah kerana dalam ‘akidah Syiah, mereka tidak mengiktiraf kepimpinan tiga khalifah sebelum Ali r‘a bahkan disifatkan tiga khalifah yang mulia itu, adalah perampas hak khalifah Ali r.a.

Mereka juga beriktikad bahawa semua Imam mereka adalah maksum. Khumayni berkata, bahawa Imam-Imam mereka tidak bersifat lupa dan lalai (ms 91) bahkan ajaran mereka itu, sama seperti ajaran al-Quran yakni wajib dipatuhi hingga Hari Qiamat (ms 113).

7. ‘Ismah

Konsep imamah berkaitan rapat dengan doktrin ‘ismah. 'Ismah bermaksud semua imam mereka adalah manusia maksum yakni tidak melakukan dosa, baik dosa besar mahu pun dosa kecil, bahkan dalam segala perlakuan mereka, imam-imam mereka itu tidak tersalah dan tersilap sedikit pun. Sebab itu imam-imam mereka boleh membuat hukum, yakni boleh menghalal dan mengharamkan sesuatu hukum Syara’. Ini bercanggah daengan 'Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah bahawa yang maksum hanya Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul sahaja.

8.Ghaybah dan Menunggu Imam Mahdi

Syiah percaya bahawa Imam mereka yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hasan al-'Askari telah ghaib. Dalam akidah Syiah, ia dianggap sebagai ghaybat al-sughra atau kehilangan kecil. Dia ini membawa bersamanya Mushaf Fatimah. Semasa ghaybat al-sughra ini - dalam khurafat mereka - pemimpin semasa Syiah masih boleh berhubung dengannya, bertanya pelbagai masalah dan jawapannya itu akan disebarkan kepada pengikut-pengikut mereka.

Beliau yang dikatakan ghaib kira-kira seribu tahun dahulu itu, masih hidup hingga sekarang dan akan datang semula ke dunia ini di akhir zaman, membawa bersamanya Mushaf Fatimah itu, untuk menyelamatkan dunia ini. Masa antara ghaybat al-sughra dengan kemunculan semula Imam Mahdi mereka itu, disebut sebagai ghaybat al-Kubra atau kehilangan besar. Sebab itu dalam wasiatnya, Khumayni berkata adalah suatu penghormatan kepada mereka kerana mereka mempunyai Mahdi jenis ini dan dia berdoa supaya Mahdi itu segera keluar dari lubang persembunyiannya. Semasa ketiadaan imam, maka yang ada ialah naib imam. Khumayni adalah salah seorang naib imam.

9. Taqiyyah dan Kitman

Taqiyyah dan Kitman dalam akidah Syiah bermakna menyembunyikan kepercayaan dan amalan sebenar mereka sekiranya mereka bersama-sama dengan masyarakat Islam. Ini bermakna mereka juga sedar bahawa ajaran dan amalan mereka itu adalah salah. Menurut ulama mereka, amalan taqiyyah dan kitman merupakan amalan nenek moyang mereka yang terdahulu dan pelakunya mendapat pahala. Atas dasar ini mereka dapat hidup hingga sekarang. Dalam menyebarkan dakyah mereka di Malaysia, mereka bertaqiyyah, menggunakan slogan cintakan Ahli Bayt, pada hal Ahli Bayt dalam konsepsi mereka, hanya beberapa orang sahaja, berbeza dengan konsep kita Ahli Sunnah wal Jamaah.

Perlu difahami, amalan taqiyyah ini dibuat jika mereka berada dalam keadaan tersepit dan dalam jumlah sedikit atau untuk mencapai sesuatu tujuan keagamaan mereka seperti keadaan awal mereka di Malaysia pada tahun-tahun 1980-an dahulu. Tetapi amalan ini akan ditinggalkan apabila mereka merasa keadaan mereka sudah selesa seperti sekarang ini. Sebab itu kita dengar puak Syiah Malaysia sudah berani mengisytiharkan mereka sebagai penganut Syiah. Ini semua sebagai dakyah dan untuk menakut-nakutkan masyarakat Sunni dan supaya kerajaan menunaikan tuntutan mereka. Tetapi dalam dakyah mereka dalam kalangan orang Sunni, amalan taqiyyah ini masih berlaku. Tujuannya ialah untuk mengumpan orang Sunni.

10. Ahl Bayt

Dalam kitab-kitab Tauhid kita, memang kita diwajibkan mencintai Ahli Bayt. Ahli Bayt yang sebenar ialah ahli kelurga Nabi SAW yang memiliki dan hidup di dalam Akidah dan Syariat yang benar seperti yang diajarkan oleh Baginda. Namun terdapat juga keturunan Ahl Bayt yang telah terkeluar dari ajaran Baginda SAW seperti menganut fahaman Marxisme, sekularisme, Liberalisme, Pluralisme agama dan Syiah. Mereka sudah tidak dapat dikategorikan sebagai Ahli Bayt lagi.

Ahl Bayt Rasulullah SAW, tiada kena mengena langsung dengan ajaran dan kumpulan Syiah lebih-lebih lagi Syiah Khumayni. Maulana Abu Hasan Ali an-Nadvi seorang ahli Bayt daripada keturunan Saidina al-Hasan r.a, ada menulis sebuah buku cukup baik yang menyorot kesesatan Syiah. Seorang Quraisy dari keturunan Saidina al-Hasan juga, Sayyid Muhammad al-Maliki dari Hijaz, amat kuat menentang Syiah. Demikian Ahl Bayt di Hadramawt.

11. Rukun Iman

Rukun Iman mereka antara lain ialah beriman kepada semua imam mereka yang dua belas dan beriman kepada imamah dan walayah Ali serta menolak imamah tiga khalifah sebelum 'Ali r’a. Khumayni termasuk dalam kelompok ini. Sesiapa yang engkar dalam perkara ini, dikategorikan sebagai kafir.

12. Konsep 'Ibadah

Oleh kerana mereka menolak Hadis yang diriwayatkan oleh para Sahabat dan Ummahatul Mukminin, maka terdapat perbezaan besar dan dasar antara kita orang Islam dengan mereka yang Syiah, dalam semua urusan ibadah. Cara azan, solat, puasa, zakat, nikah kahwin, mengurus jenazah dsb, amat bertentangan dengan kita Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka boleh solat jamak sepanjang waktu, kita tidak boleh, kecuali uzur syarak. Ahli Sunnah mengharamkan nikah mut'ah, mereka mengharuskannya bahkan mendapat pahala yang besar. Ringkasnya, semua ibadat mereka bercanggah dengan Islam dan Sunnah.

PENULIS ialah Presiden Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)

BACA INI JUGA: Sejarah Permulaan Syiah Dan Kesesatan Mereka

-Utusan.com.my

Monday, July 29, 2013

Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

Walaupun pengikut Syiah mendakwa mereka tidak sesat, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996; antara lain telah memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Video Cara Pelik Puak Syiah Bersolat

Pergerakan Syiah sudah lama berakar umbi di Malaysia, cuma akhir-akhir ini pergerakan mereka mula menjadi perhatian pihak berkuasa.

Justeru itu penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

Di negara ini, pengikut Syiah secara lahiriah nampak tidak ada bezanya tetapi kalau dilihat dengan lebih teliti, dengan mudah kita dapat melihat betapa ‘berbezanya’ mereka daripada ajaran Islam yang diajarkan junjungan besar Nabi Muhammad SWT.

Lihatlah sendiri cara solat mereka dalam video yang dipercayai dirakamkan di Klang, Selangor ini. Bukan sahaja bacaan solat menyimpang, syarat sah solat pun dah memang terbarai habis.

Semoga pihak berwajib mengambil tindakan segera sebelum ia menular dengan lebih dahsyat dalam masyarakat.

BACA INI JUGA:


-Sentiasapanas.com

Friday, July 26, 2013

300,000 Penganut Syiah Di Malaysia!

300,000 Penganut Syiah Di Malaysia!

Dianggarkan bahawa, di Malaysia terdapat seramai kira-kira 200,000 hingga 300,000 orang pengikut pertubuhan Syiah ketika ini dengan 65 peratus daripadanya adalah beraliran Syiah Imamah atau Imam Dua Belas.

Syiah Di Malaysia

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin berkata, pemerhatian pihaknya mendapati ada 250 akaun Facebook menyebarkan fahaman itu termasuk membabitkan anak muda Melayu. “Ada pihak daripada pertubuhan berkenaan mendakwa keahlian mereka mencecah sejuta orang, namun pada saya ia tidak benar dan hanya sekadar dakwaan agar masyarakat berpendapat mereka makin berpengaruh,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

KDN mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata ia diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Zamihan berkata, pengikut pertubuhan itu mempunyai markaz di setiap negeri termasuklah di Kelantan, Perlis dan Johor.

“Malah, di negeri tertentu ada banyak cawangan seperti Gombak, Klang dan Ulu Klang di Selangor, selain di Kedah dan Kuala Lumpur.

“Penyebaran ajaran ini sering juga dikaitkan dengan institusi pengajian tinggi (IPT) tertentu termasuk di IPT awam,” katanya.

Ditanya punca menyebabkan sesetengah orang Melayu mudah tertarik dengan Syiah, katanya kerana amalan agama dalam fahaman itu sangat mudah, seperti solat jamak (himpun) dan qasar (pendek) bagi fardu Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak.

“Sebagaimana yang kita tahu, mereka juga mengamalkan nikah mutaah, iaitu tanpa saksi dan wali.

“Tempoh dipersetujui kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) dengan paling minimum 15 minit. Nikah ini tiada had bilangan isteri, malah boleh mencecah sampai 1,000 orang isteri.

“Ketika berpuasa pula, pengikut ajaran ini boleh melakukan jimak dengan isteri dan ini berbeza dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ). Mereka mengamalkan Islam secara jalan pintas,” katanya.

Menurutnya, fahaman itu bahaya sekiranya tidak dibendung kerana banyak anasir yang bertentangan dengan ASWJ, sehingga sampai menghalalkan darah pengikut ASWJ kerana dikatakan sebagai sesat.

“Oleh itu, kita berharap pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Negeri dapat mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang diperuntukkan bagi membendung ajaran ini,” katanya.

UPDATE

Dakwaan ada 300,000 pengikut Syiah di Malaysia tidak benar

Dakwaan kumpulan gerakan Syiah kononnya jumlah pengikut mereka di negara ini mencecah 300,000 orang adalah tidak benar.

Penyelidik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata perangkaan jabatan itu bersama polis menunjukkan jumlah mereka sekitar 3,000 orang saja.

Katanya, tindakan kumpulan itu menggembar-gemburkan jumlah yang besar hanya sebagai perang saraf untuk menuntut kebebasan mengamalkan ajaran berkenaan di negara ini.

"Angka yang mereka berikan hanya khayalan yang digunakan untuk mereka menuntut bergerak bebas mengamalkan ajaran Syiah tanpa kekangan undang-undang.

"Ia hanyalah perang saraf dan jumlah yang mereka dakwa itu bukan saja pengikut Syiah rakyat tempatan, malah mengambil kira warga Iran yang bekerja sementara di sini.

"Anggaran (JAKIM dan polis) itu berdasarkan kawalan dibuat oleh jabatan agama negeri dan polis yang menjalankan penguatkuasaan menyekat fahaman Syiah," katanya.

Mohd Aizam berkata, kerajaan tetap memandang serius gerakan penyebaran Syiah dan usaha mengekang ajaran itu walaupun jumlah mereka kecil berbanding negara lain.

"Kita tidak mengambil mudah. Kita yakin modus operandi mereka menyebarkan Syiah terus berjalan sama ada melalui keturunan iaitu perkahwinan dengan bukan Syiah serta secara tidak langsung iaitu melalui penjualan buku.

"Usaha menyedarkan masyarakat berhubung bahaya Syiah perlu diteruskan seperti seminar dan ceramah, selain media jangan mendiamkan isu ini kerana bimbang mereka bergerak secara perlahan tanpa disedari," katanya.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: bharian

Tuesday, May 21, 2013

Kekejaman, Kezaliman Dan Kesesatan Ajaran Puak Syiah

Kekejaman, Kezaliman Dan Kesesatan Ajaran Puak Syiah

Kenapa Syiah membunuh beratus-ratus penduduk Sunni di Syria setiap hari? Kenapa mereka menyembelih anak-anak dan wanita Sunni pada leher? Adakah anda tidak terfikir langsung bahawa Syiah merupakan ajaran yang rasis?

Syiah

Ya, Syiah sememangnya rasis dari segi anutan dan fahamannya yang taksub dengan dakyah para imamnya yang menyuruh para pengikutnya menyemai benih dendam terhadap para muslim Sunni yang berpegang pada ajaran Ahli Sunnah Waal Jamaah.

Mereka (puak Syiah) bukannya rasis terhadap perkauman yang mana isu perkauman ini tengah hangat di tempat kita, tetapi mereka sebenarnya memperjuangkan dan mempertahankan  dakyah para imam mereka yang mana kononnya dakyah tersebut adalah wahyu dari Allah S.W.T.

Dan mereka berpendapat bahawa para imam mereka adalah wakil dari Tuhan walaupun kita boleh tahu dan berfikir dengan waras tentang ajaran yang mereka anuti itu sebenarnya sesat lagi menyesatkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lihatlah apa yang mereka lakukan di Hawzah yakni masjid mereka dan dengarkan apa yang mereka ucapkan melalui klip video yang hendak dikongsikan di bawah.

Berikut adalah terjemahan daripada kata-kata Pendeta Syiah mereka:
  • Siapa tidak menepuk untuk Hussein, maka bukan Syiah. (Lebih cepat! Lebih cepat! Lebih cepat!).
  • Siapa tidak menepuk untuk Hussein, maka bukan Syiah.
  • Mereka membunuhnya, kita akan membunuh mereka, mereka menyembelihnya, kita akan menyembelih mereka (menurut Syiah, yang membunuh Hussein r.a yakni cucu Nabi S.A.W adalah orang-orang Sunni).
  • Siapa menepuk untuk Hussein, akan dijamin masuk syurga.
  • Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali.
  • Tepuk lebih keras, biarkan Nawasib yakni orang-orang Sunni mendengar, kita akan datang untuk membalas dendam.
  • Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali Ali (Diulang-ulang sampai selesai).

Untuk lebih jelas lagi, tontonlah videonya (ada anak-anak Syiah yang turut sekali terlibat dalam upacara penganut Syiah):



Setelah mengetahui ajaran mereka, masihkah kita menyebut mereka sebagai muslim sejati? Dengan ajaran yang penuh kebencian dan dendam kesumat seperti dalam video klip di atas, adakah kita masih lagi hendak menerima dan menghormati ajaran mereka jika mereka buat upacara tersebut dalam negara kita?

Video jeritan anak Syria dalam menghadapi ajalnya akibat kekejaman tentera Syiah pimpinan Bashar al-Assad.



Fikir-fikir dan renung-renungkanlah.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Wanita Syria Jadi Mangsa Rogol Tentera Syiah

Sumber: nukeufo89