Tuesday, January 14, 2014

'Siapa Yang Tidak Mengkafirkan Syiah Maka Orang Itu Adalah Syiah!'


Info Syiah. Ada seorang kawan saya, namanya tidak perlu disebutkan, selama ini dia langsung tidak tahu yang jirannya adalah seorang penganut Syiah. Sampailah pada hari jirannya itu meninggal dunia.

Syiah sesat

Paling menghairankannya, penduduk kampung dilarang untuk memandikan jenazah tersebut. Ini kerana dalam wasiat, si mati mahu dimandikan dan diuruskan mengikut amalan Syiah.

Apa yang memelikkan penduduk, si mati ada menyatakan dalam wasiatnya beliau mahukan mayatnya dimandikan secara berdiri. Masya-Allah!

Jadi bagaimana orang kampung hendak memandikan jenazahnya dalam keadaan begitu?

Mengikut amalan Ahli Sunnah Waljamaah, jenazah dimandikan secara berbaring dan duduk bagi menghormati mayat.

Oleh sebab tiada siapa dibenarkan menyentuh mayat tersebut, maka tugas memandikan jenazah penganut Syiah ini diambil alih oleh sekumpulan anggota Syiah yang diutus khas entah dari mana.

Memang pelik. Jenazah itu didirikan betul-betul seperti orang yang hendak sembahyang. Mayat yang tadinya keras, kaku itu ditegakkan oleh sekumpulan jamaah Syiah tadi. Air dijirus dari kepala ke hujung kaki. Upacara memandikan mayat secara berdiri dilakukan seperti memandikan patung manusia.

Setelah upacara mandi berdiri selesai, mayat tadi dibalut dengan kain kapan khas yang dilakar dengan tulisan Parsi yang kononnya doa khusus dari Iran, sebuah negara majoriti penganutnya Syiah.

Apabila melihatkan keadaan mayat itu dimandikan secara berdiri, imam kampung tidak membenarkan jenazah tersebut dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Islam.

Mayat-Khomeni-Dihina-Allah
Mayat Khomeni 'dihina' Allah ketika hendak disemadikan.

Imam itu berpendapat, oleh kerana cara pengurusannya tidak sempurna seperti mana mayat kaum Muslimin yang lain maka jenazah tersebut tidak seharusnya ditanam di Tanah Perkuburan Islam.

Akhirnya jenazah penganut Syiah itu ditanam di pinggir tanah perkuburan sahaja tidak bersama-sama kubur orang Islam yang lain.

Sedih! Sampai begitu sekali taksubnya pengikut Syiah sehingga upacara memandikan mayat dibuat mengikut fahaman mereka.

Bayangkan kalau ada dua, tiga, sepuluh atau seribu lagi penganut Syiah meninggal? Siapa yang hendak memandikan mayat-mayat tadi secara berdiri kalau tiada pengikut Syiah yang datang?

Oleh sebab penganut Syiah mengamalkan taqiyyah yakni berselindung daripada diketahui bahawa dirinya Syiah, tidak mustahil situasi begini boleh menimbulkan konflik dalam menguruskan jenazahnya apabila seseorang itu meninggal.

Jika dibiarkan terus berkembang, orang Islam yang menganuti fahaman Syiah akan bertambah ramai. Maka rosaklah masyarakat kita.

Katakanlah, sepasang suami isteri ini mula menganut Syiah, maka mereka mula mengamalkan syahadah Syiah, solat Syiah, kefahaman Syiah dan amalan-amalan Syiah lain. Nantinya, apabila lahir zuriat dan tidak mustahil anak mereka turut dididik dengan ajaran Syiah.

Lihat. Sudah ada dua generasi. Nantinya anak itu membesar dan berkahwin lalu mendapat anak. Anaknya itu pula diterapkan ajaran Syiah. Jadi sudah ada tiga generasi. Begitulah seterusnya.

Bukan sekadar bertambahnya umat Islam menjadi Syiah, bahkan nyawa kaum Muslimin yang tetap berpegang teguh dengan Al-Qur'an, Sunnah dan para ulama Ahli Sunnah Waljamaah di seluruh Malaysia akan terancam.

Sudahlah begitu, penganut Syiah di Malaysia ramai yang membangkang pemerintah terutama selepas pihak berkuasa menyerbu markas Syiah di beberapa tempat.

Mereka, orang Syiah ini sangat emosional dan pendendam. Tidak hairanlah nanti mereka akan bertindak balas dengan cara yang kita semua tidak sangka sama sekali. Paling membimbangkan pembunuhan kejam ke atas Sunni dan ulama Sunni seperti yang berlaku di negara-negara umat Islam.

Orang Islam di Malaysia dididik dari sekolah hingga ke ceramah agama daripada generasi ke generasi bahawa sahabat nabi yang empat iaitu Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali adalah sahabat nabi yang mulia dan dijamin masuk syurga. Ia berdasarkan dalil sahih hadis dan disampaikan oleh ulama yang autoriti dalam bidangnya.

Pengorbanan dan akhlak mereka sering diperkatakan oleh ulama kita apabila membicarakan kisah tentang Rasulullah SAW, kemuliaan Al-Qur'an, kemuliaan isteri nabi dan keluarga nabi sebagai contoh teladan dalam membina jati diri umat Islam dari dahulu hingga kini.

Bahkan dalam tasawuf pun sahabat nabi yang empat ini adalah seutama-utama insan yang sentiasa dihadiahkan al-fatihah bagi memperingati jasa dan pengorbanan mereka bersama Rasulullah SAW dari awal hingga berkembang pesat sinar Islam ke seluruh dunia.

Sebaliknya orang Syiah mengkafirkan para sahabat. Orang Syiah memfitnah isteri nabi yang mulia sebagai perempuan hina. Orang Syiah menghalalkan darah Ahli Sunnah Waljamaah yang kononnya menyokong kezaliman Muawiyah dan memfitnah para sahabat membunuh keluarga nabi.

Orang Syiah juga mengatakan Allah tidak tahu apa yang akan berlaku. Takdir Allah berubah mengikut keadaan semasa. Hanya imam mereka yang dipuja sebagai maksum sahaja yang tahu.

Orang Syiah tidak mempercayai Al-Qur'an yang dibaca dan diterima oleh ulama dan umat Islam masa kini.

Kononnya banyak surah dalam Al-Qur'an telah dihapuskan. Solat wajib pula sentiasa dijamakkan. Walhal, Allah memberi kemudahan jamak dan qasar ketika kita bermusafir dalam jarak perjalanan tertentu.

Sebaliknya Syiah menganggap seluruh kehidupan kita adalah musafir. Jahatnya Syiah memesongkan makna kata 'musafir' mengikut hawa nafsu semata-mata!

Sedihnya ramai para pensyarah dan profesor universiti menganut Syiah sebagai pegangan baharu mereka. Kita perlu sedar orang Syiah dididik dengan cara berhujah sebagai dakwah menyebarkan Syiah kepada masyarakat awam.

Contoh hujah orang Syiah ialah, malaikat Jibrail tersalah memberi wahyu kepada Rasulullah SAW yang tidak tahu membaca dan menulis! Jadi kenapa Allah hendak memberi wahyu kepada orang yang tidak tahu membaca?

Ajaran Syiah seleweng fakta

Dalam akidah Ahli Sunnah Waljamaah, hikmah Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah yang ummi ialah bagi mengelakkan tuduhan bahawa Al-Qur'an direka oleh Rasulullah SAW.

Namun orang Syiah akan memanipulasikan hal itu dan menekankan bahawa sumber Ahli Sunnah Waljamaah telah rosak.

Orang Syiah juga menyelewengkan banyak fakta sejarah.

Imam Malik dan Imam Ahmad mengatakan, setiap Muslim yang mengikut Ahli Sunnah Waljamaah wajib mengkafirkan Syiah.

Mufti A'zom yang merupakan antara mufti Pakistan yang telah mengeluarkan fatwa: "Barang siapa yang tidak mengkafirkan Syiah maka orang itu adalah Syiah!". Orang Syiah bukannya saudara seagama yang harus dijaga silaturahim.

Masalah utama Syiah ialah mereka mengamalkan akidah batil, sesat dan merosakkan. Bukannya berbeza dari segi cabang atau perkara buruk.

Menerima Syiah walau dengan apa cara sekalipun seumpama 'mencampurkan makanan yang elok dengan makanan yang basi'.

Tiada cara lain untuk cegah diri kita, keluarga, sanak saudara, kenalan dan jiran tetangga serta masyarakat luas daripada terpengaruh dengan Syiah melainkan wajib setiap daripada kita mempelajari akidah Ahli Sunnah Waljamaah daripada ulama yang berkelayakan.

Mohon hidayah, taufik, inayah dan ditunjukkan jalan haq.

Dijauhi jalan batil yang antaranya ajaran Syiah! Amiin..

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon