Tuesday, August 23, 2016

Jambatan Kaca Terpanjang Dan Tertinggi Di China Pegang 10 Rekod Dunia

Jambatan Kaca Terpanjang Dan Tertinggi Di China Pegang 10 Rekod Dunia

Terletak di taman negara yang menjadi inspirasi untuk filem 'Avatar' arahan James Cameron, jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia ini dikenali sebagai 'Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge'.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Direka firma Haim Dotan Ltd. dari Tel Aviv, Israel, jambatan ini memegang 10 rekod dunia termasuk lompatan bungee tertinggi.

Jambatan ini berukuran 430 meter panjang, 6 meter lebar dan boleh menampung sehingga 800 pengunjung serentak.

Haim Dotan
Arkitek Israel, Haim Dotan.

Walaupun memegang pelbagai rekod dunia, jambatan kaca Zhangjiajie tidak mampu meraih gelaran sebagai jambatan kaca pertama di China.

Ini kerana jambatan kaca ada telah dibuka di bahagian tengah wilayah Hunan pada tahun 2015, dengan ketinggian hampir 180 meter.

Jambatan itu menarik perhatian dunia, selepas retak hanya dua minggu selepas dibuka!

Kini Dibuka Kepada Umum

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Jambatan terpanjang di dunia ini diperbuat dari 99 panel kaca dan dapat menampung 800 orang dalam satu-satu masa.

Sebelum jambatan ini dibuka kepada umum, satu sidang media telah dibuat untuk menguji kekuatan jambatan ini.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Panel lantai jambatan ini telah diketuk dengan tukul besi bagi menunjukkan jambatan ini selamat digunakan.

Mereka turut menyeberangi jambatan itu menggunakan kereta bagi menguji lagi kekuatan jambatan ini.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Pengunjung boleh berjalan menyeberangi jambatan ini dan kalau anda seorang yang mahukan lebih cabaran, ada juga servis bungee jump atau zip line disediakan untuk anda yang mahukan aktiviti yang lebih mengujakan.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Cuma 8,000 orang dibenarkan untuk merentasi jambatan ini setiap hari dan pengunjung perlu menempah tiket terlebih dahulu yang berharga 138 yuan (lebih kurang RM83) per tiket.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Pihak pengurusan jambatan ini yakin yang panel jambatan ini kuat dan selamat buat pengunjung namun, kasut stiletto atau kasut tumit tinggi tidak dibenarkan untuk merentasi jambatan ini sebagai langkah keselamatan.

Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge

Jadi, kalau sesiapa yang berminat untuk merentasi jambatan ini, bolehlah mula buat tempahan untuk seberangi jambatan ini.

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam!

Sumber: Astroawani/Thevocket

Thursday, August 11, 2016

Abraj Kudai Hotel Terbesar Dunia Atasi 'First World Hotel' Di Malaysia!

Abraj Kudai Hotel Terbesar Dunia Atasi 'First World Hotel' Di Malaysia!

Hotel Abraj Kudai, yang kini dalam pembinaan berhampiran bandar suci Makkah, Arab Saudi akan memiliki 10,000 bilik, 70 restoran, 12 menara dan empat pad helikopter akan menjadi yang terbesar di dunia.

Abraj Kudai

Pembinaan hotel itu dibiayai oleh Kementerian Kewangan Arab Saudi dan kos membinanya dikatakan mencecah hampir RM14 bilion.

Dibina di kawasan padang pasir seluas 4.5 juta meter persegi, Abraj Kudai akan mempunyai menara setinggi 45 tingkat.

Ia akan dibuka kepada orang awam bagaimanapun, lima tingkat akan dikhususkan kepada keluarga diraja Saudi jika mereka mahu menginap di situ.

Abraj Kudai [2]

Di pekarangan hotel itu akan terdapat sebuah stesen bas, pusat beli-belah, restoran, gerai makanan, pusat persidangan dan tempat letak kereta.

Di bawah kubah besar dua daripada menara itu akan menempatkan sebuah dewan dan pusat konvensyen.

Sepuluh daripada menara berkenaan akan menyediakan layanan empat bintang sementara dua lagi lima bintang, khusus untuk pelanggan eksklusif.

Ketika ini, hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik ialah First World Hotel di Genting Highlands, Malaysia, yang mempunyai 7,351 kamar, diikuti MGM Grand di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan 6,198 bilik.

First World Hotel
First World Hotel.

Abraj Kudai terletak hanya dua kilometer dari Makkah, bandar suci yang menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan ibarah umrah dan haji.

Selain bakal menjadi hotel terbesar di dunia berdasarkan jumlah bilik, Abraj Kudai boleh berbangga kerana akan memiliki kubah terbesar di dunia.

Ia dijangka dibuka secara rasmi pada 2017, namun pembinaannya mungkin terjejas kerana masalah ekonomi yang dihadapi Arab Saudi ketika ini.

BACA INI JUGA: 10 Hotel Paling Mewah Di Dunia

Sumber: Hmetro

Tuesday, August 02, 2016

Luke Aikins, Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun!

Luke Aikins, Cipta Rekod Manusia Pertama Terjun Tanpa Payung Terjun!

Seorang bekas pelakon lagak ngeri dari Amerika Syarikat, Luke Aikins; 42, mencipta sejarah apabila menjadi manusia pertama melakukan terjunan bebas tanpa menggunakan payung terjun, semalam.

Luke Aikins

Sejarah tercipta apabila Luke terjun pada ketinggian 25,000 kaki di udara tanpa menggunakan apa-apa alat perlindungan keselamatan disematkan ke atas dirinya.

Luke mempersiapkan dirinya untuk aksi berani mati ini sejak setahun setengah lalu.

Terjunan dengan kelajuan 193 kilometer sejam di Simi Valley, California itu telah disiarkan secara langsung stesen televisyen Fox.

Kejayaannya mendarat di atas jaring diraikan ribuan pengunjung yang berdebar menyaksikan aksi lagak ngeri itu.

Luke yang juga merupakan juruterbang telah melakukan sebanyak 18,000 terjunan udara dengan pelbagai aksi sejak berusia 12 tahun lagi.

Dia juga merupakan penasihat keselamatan dan penggendali Persatuan Penerjun Udara Amerika Syarikat.

BACA INI JUGA: Mereka Ahli Silap Mata Bertaraf Dunia!



Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, June 09, 2016

Hermes Birkin ‘Pink’, Beg Tangan Lelong Termahal Di Dunia!

Hermes Birkin ‘Pink’, Beg Tangan Lelong Termahal Di Dunia!

Sebuah beg tangan berjenama Hermes Birkin berwarna merah jambu memecah rekod “beg tangan termahal” yang pernah terjual dalam lelongan pada harga $222,912 atau RM824,083.

Hermes Birkin ‘Pink’.jpg

Beg tangan yang diperbuat daripada kulit buaya itu dijual dalam lelongan Christie’s di Hong Kong.

Sebelum ini, rekod beg termahal pernah dijual, dipegang sebuah lagi beg tangan juga jenama Hermes Birkin berharga $203,000 atau RM750,470 yang dijual di Dallas, Texas pada tahun 2011.

Menurut Christie’s, beg kilat berwarna merah jambu itu dibeli seorang pembida melalui telefon dari Asia.

“Bertatahkan berlian dan emas putih 18K, Hermès Shiny Fuchsia Porosus Crocodile Diamond Birkin 35 paling menonjol dan mencecah rekod jualan HK$1.72 juta,” demikian kenyataan dikeluarkan.

Beg termahal itu turut dilengkapi satu mangga dan mempunyai ketinggian 25 sentimeter dengan lebar 35 sentimeter.

Harga lelongan beg berkenaan dikatakan 15 peratus lebih tinggi daripada jangkaan Christie’s.

Dalam majlis sama, kira-kira 300 beg tangan berjenama pereka terkenal berjaya dilelong.

Jualan kutipan keseluruhan hasil lelongan beg tangan dan aksesori Christie’s kali ini mencecah $5.99 juta.

BACA INI JUGA: Mi Daging Paling Sedap Di Dunia Berharga RM1,140 Semangkuk!

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, April 13, 2016

Ular Sawa Malaysia Cipta Rekod Baru Terpanjang Di Dunia!

Ular Sawa Malaysia Cipta Rekod Baru Terpanjang Di Dunia!

Seekor ular sawa bersaiz raksasa berjaya dijumpai di bawah sebatang pokok yang tumbang pada minggu lalu dipercayai memecah rekod sebagai paling panjang di dunia, menurut laporan media ternama Britain.

Ular Sawa Malaysia Terpanjang Di Dunia

Ular tersebut ditangkap di Pulau Pinang pada 7 April lalu, dan akhbar The Star melaporkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tempatan sebagai menyatakan reptilia itu mula ditemui oleh sekumpulan pekerja binaan.

Ketika itu, mereka secara kebetulan sedang sibuk menyiapkan projek pembinaan sebuah jejambat di kawasan Paya Terubong sebelum segera menghubungi pasukan JPAM daerah Barat Daya di pejabat Sungai Ara.

Pegawai JPAM dilaporkan terpaksa mengambil masa sekitar 30 minit untuk menangkap reptilia tersebut sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Ular Sawa Malaysia Terpanjang Di Dunia [2]

Ukuran awal pihak berkuasa menunjukkan bahawa ular sawa itu adalah sepanjang lapan meter dan beratnya pula sekitar 250 kilogram, menurut laporan stesen antarabangsa BBC dan akhbar The Guardian dari London.

Malangnya ular betina tersebut didapati mati secara mengejut setelah haiwan liar itu mengeluarkan telurnya pada 10 April lalu, Ketua Operasi JPAM negeri berkenaan, Herme Herisyam ketika memberitahu pihak BBC.

Sebelum ini, rekod dunia bagi ular paling panjang yang berjaya ditangkap ialah ular sawa diberi nama Medusa, sepanjang 7.67 meter yang dimiliki oleh Full Moon Productions di Kansas City, Amerika Syarikat pada 2011.

Medusa

Ular itu yang masih lagi memegang rekod dunia Guinness hanya seberat 159 kilogram serta mengatasi catatan dipegang oleh ular sebelumnya, Fluffy yang sepanjang 7.3 meter dan maut pada 2010 dalam usia 18 tahun.

Ular lazim cuma sepanjang tiga hingga enam meter. Setakat ini rekod ular terpanjang di dunia pernah direkodkan ialah 10 meter yang ditemui setelah ditembak mati di Indonesia pada 1912. -Agensi/Mynewshub/HAA

BACA INI JUGA: 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu



Sunday, August 16, 2015

Tendang Kepala Sendiri 134 Kali Dalam Masa Seminit. Kau Mampu?

Tendang Kepala Sendiri 134 Kali Dalam Masa Seminit. Kau Mampu?

Tendang kepala 134 kali dalam masa seminit? Biar betul?! Susah nak brain benda ni. Ya, jangan tak percaya! Seorang remaja 19 tahun dari Nepal, Puskar Nepal baru-baru ini berjaya mencatat Guinness World Records terbaru iaitu 'Most kicks to the head in one minute'.

Puskar
Ini hasil 8 bulan punya training, jangan main-main.

Rasa macam kelakar tapi sebenarnya bukan senang nak buat. Cuba tengok gambar diatas ni, tak ke struggle nak tendang kepala sendiri!

Idea ini tercetus sejak tahun 2003 lagi apabila seorang lelaki dari Texas, USA bernama Michael Lloyd menendang kepalanya sebanyak 42 kali dalam 60 saat

Dan sejak itu, cabaran ini telah diadakan di seluruh dunia dari tahun ke tahun dan telah dipecahkan sebanyak lapan kali, yang paling baru oleh Joel Leindecker dari USA pada acara 'Guinness World Records Unleashed' di Los Angeles, California pada 2013. Joel mencapai jumlah 127 tendangan.

Persoalan yang mungkin ada dalam kepala ramai orang semestinya, "Macam mana dorang boleh tendang kepala sendiri? Hebat betul."

Bagi Puskar, dia mengaplikasi teknik tendangan selang seli sambil membongkokkan badan yang memerlukan fleksibiliti dan speed yang padu. Setelah berlatih SETIAP HARI selama 8 bulan, barulah Puskar dapat pecahkan rekod. Perghh!

Seorang saksi kepada Puskar memberitahu hakim dia begitu kagum pada kelajuan tendangan Puskar sehingga memaksanya memeriksa rakaman video dalam slow mo bagi memastikan yang Puskar betul-betul tendang kepalanya, atau dalam erti kata lain, tak main tipu.

Puskar_How

"Memecahkan rekod sentiasa menjadi impian saya sejak dari dulu lagi," kata Puskar Nepal.

"Saya mahu menyumbang sesuatu kepada rakyat miskin di kawasan luar bandar. Saya mahu semua orang dari seluruh dunia tahu mengenai saya. Memecahkan rekod sentiasa menjadi impian saya sejak dari dulu lagi."

"Saya selalu soal diri saya sendiri - adakah saya mampu dan layak menjadi pemegang rekod dunia? Jawapannya 'Sudah tentu!"

"Saya kini begitu ghairah dengan Guinness World Records dan saya berhasrat untuk melakar lebih daripada 100 rekod. Saya percaya koleksi rekod saya nanti akan membantu mempromosikan negara saya, tempat kelahiran Tuhan Gautam Buddha, kepada seluruh dunia."

"Saya ingin membuktikan bahawa orang-orang dari negara yang kecil dan miskin seperti Nepal juga boleh melakukan apa saja. Saya mahu menjadi inspirasi kepada rakyat negara saya," kata Puskar bersemangat.

"Manusia memang benar-benar hebat - mereka mampu menukar perkara-perkara luar biasa menjadi nyata."

Puskar_Nepal

Sekarang jom kita layan detik Puskar Nepal melakar rekod dunia!

BACA INI JUGA: Gurn, Pertandingan Muka Paling Hodoh Di Dunia!

Sumber: Says

Sunday, December 28, 2014

Ebenezer Place, Jalan Raya Paling Pendek Di Dunia

Ebenezer Place, Jalan Raya Paling Pendek Di Dunia

Ebenezer Place, yang terletak di Wick, Scotland, antara Union Street dan River Street. secara rasmi telah diiktiraf sebagai jalan terpendek di dunia dalam Guinness Book of Records yang direkodkan pada tahun 2006.

Ebenezer Place

Secara rasminya, jalan tersebut hanya berukuran 2.06 meter. Saiz itu mengalahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Elgin Street, di Lancashire dengan saiz 5.2 meter.

Yang uniknya, jalan ini dalam laluannya hanya mempunyai satu alamat iaitu pintu depan no 1 Bistro, yang merupakan sebahagian dari Mackays Hotel.

Ini merupakan satu-satunya alamat yang ada di jalan tersebut kerana tidak ada ruang lagi yang boleh diduduki oleh bangunan lain.

Walaupun penghargaan sebagai jalan terpendek di dunia baru diperolehi beberapa tahun lalu, jalan ini sebenarnya sudah wujud sejak zaman dahulu.

Kisahnya bermula berikutan kejayaan Alexander Sinclair di Amerika yang memutuskan untuk kembali ke negara asalnya di Scotland pada tahun 1880-an.

Di bandar kecil Wick, dia membina sebuah hotel bernama MacKay Hotel. Hotel ini dibina tepat di persimpangan Union Street dan River Street.

Pada tahun 1883 terbentuklah jalan Ebernezer. Jalan itu terbentuk dari sisi terpendek hotel yang berada di persimpangan tadi.

Ebenezer Place-Shortest-Street

Pada ketika itu, datuk bandar mengarahkan pemilik hotel untuk mencetak sebuah nama di sisi terpendek Mackay Hotel.

Pemilik hotel menuruti arahan tersebut dan lahirlah jalan terpendek di dunia walaupun pada masa itu belum diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah jalan sehinggalah pada tahun 2006 apabila Guinness Book of Records mencatatnya sebagai jalan terpendek di dunia.

Sumber:
http://zamrispoon.blogspot.com/2014/12/di-bumi-scotland-terdapat-jalan-raya.html