Thursday, June 09, 2016

Hermes Birkin ‘Pink’, Beg Tangan Lelong Termahal Di Dunia!


Sebuah beg tangan berjenama Hermes Birkin berwarna merah jambu memecah rekod “beg tangan termahal” yang pernah terjual dalam lelongan pada harga $222,912 atau RM824,083.

Hermes Birkin ‘Pink’.jpg

Beg tangan yang diperbuat daripada kulit buaya itu dijual dalam lelongan Christie’s di Hong Kong.

Sebelum ini, rekod beg termahal pernah dijual, dipegang sebuah lagi beg tangan juga jenama Hermes Birkin berharga $203,000 atau RM750,470 yang dijual di Dallas, Texas pada tahun 2011.

Menurut Christie’s, beg kilat berwarna merah jambu itu dibeli seorang pembida melalui telefon dari Asia.

“Bertatahkan berlian dan emas putih 18K, Hermès Shiny Fuchsia Porosus Crocodile Diamond Birkin 35 paling menonjol dan mencecah rekod jualan HK$1.72 juta,” demikian kenyataan dikeluarkan.

Beg termahal itu turut dilengkapi satu mangga dan mempunyai ketinggian 25 sentimeter dengan lebar 35 sentimeter.

Harga lelongan beg berkenaan dikatakan 15 peratus lebih tinggi daripada jangkaan Christie’s.

Dalam majlis sama, kira-kira 300 beg tangan berjenama pereka terkenal berjaya dilelong.

Jualan kutipan keseluruhan hasil lelongan beg tangan dan aksesori Christie’s kali ini mencecah $5.99 juta.

BACA INI JUGA: Mi Daging Paling Sedap Di Dunia Berharga RM1,140 Semangkuk!

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon