Wednesday, April 17, 2019

Kronologi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Kronologi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencetuskan perbalahan mengenai kos pembinaannya sebelum ini akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

Kronologi ECRL

ECRL akan meliputi jajaran baharu dengan jarak landasan dikurangkan sebanyak 40 kilometer selain pengurangan kos daripada RM98 juta kepada RM68 juta bagi setiap kilometer.

Berikut adalah kronologi pelaksanaan ECRL.

21 Okt 2016

Projek ECRL diluluskan Kabinet ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

1 Nov 2016

CCCC dianugerah kontrak bagi melaksanakan projek landasan sejauh 688 kilometer menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan.

3 Mei 2017

Tambahan peruntukan sebanyak RM1.28 bilion bagi lanjutan jajaran dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.

13 Mei 2017

Malaysia menandatangani perjanjian tambahan dengan CCCC untuk fasa kedua perjanjian bagi fasa kedua projek ECRL bernilai RM9 bilion.

9 Ogos 2017

Kerja pembinaan projek ECRL dimulakan.

23 Ogos 2017

Kabinet meluluskan projek menaik taraf ECRL kepada projek landasan berkembar yang akan menelan perbelanjaan tambahan RM10.5 bilion.

3 Julai 2018

Malaysia Rail Link Sdn Bhd arah CCCC hentikan kerja pembinaan yang ketika itu telah siap 15 peratus.

20 Mac 2019

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek ECRL akan diteruskan pada skala yang sesuai apabila rundingan semula projek itu dengan China dimuktamadkan.

22 Mac 2019

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata Malaysia dijangka memuktamadkan perjanjian ECRL pada awal April dengan penjimatan kos melebihi RM10 bilion.

2 April 2019

China jemput Malaysia ke Beijing untuk kemaskini status rundingan projek ECRL.

6 April 2019

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa jajaran projek ECRL akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, pada hujung bulan April 2019.

12 April 2019

Kerajaan umum akan menyambung semula projek ECRL dengan jajaran baharu meliputi Jelebu, Negeri Sembilan manakala pembinaan stesen Gombak digugurkan menjadikan jajaran baharu iaitu dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.

Bertentang Mata Dengan China

Seorang penyumbang kepada majalah perniagaan Forbes memuji Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana berani melawan China manakala pemimpin dunia lain tidak.

Ahli ekonomi Yunani, Panos Mourdoukoutas berkata, ini merujuk tindakan Putrajaya untuk merunding semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan China, berjaya mengurangkan kosnya dari RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.

"Masalahnya ialah banyak projek infrastruktur China tidak berdaya maju, kerana ia dibina dengan kos yang melambung hingga membebankan negara-negara dengan hutang besar kepada Beijing.

"Perangkap hutang ini yang Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba elakkan. Pada Ogos 2018 lalu, beliau membatalkan projek ECRL dan ini memaksa China kembali ke meja rundingan.

"Dan beliau menang, seperti yang dibuktikan oleh perjanjian baru, kos projek berjaya bdikurangkan dengan ketara," tulisnya di Forbes.

Sebaliknya, Mourdoukoutas berkata, negara seperti Sri Lanka terhutang budi kepada China melalui projek-projek seperti pelabuhan Hambantota, Bandar Pelabuhan Colombo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Mattala Rajapaksa.

Katanya lagi, Filipina dan Pakistan juga mengalami masalah sama apabila terikat dengan projek-projek mega yang dibiayai dan dibina oleh China.

"Adakah Duterte dan Imran Ahmed Khan berani melakukan perkara yang sama, menyelamatkan negara mereka daripada mengalami nasib malang seperti Sri Lanka?” soalnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Tuesday, November 08, 2016

Projek ECRL Kembar 1MDB? Apa Yang Rakyat Perlu Tahu Mengenainya?

Projek ECRL Kembar 1MDB? Apa Yang Rakyat Perlu Tahu Mengenainya?

Baru-baru ni kita diberitahu bahawa ada satu projek membina laluan keretapi di kawasan Pantai Timur yang dinamakan sebagai ECRL.

Projek ECRL

Yang MENGEMPAR & MENAKUTKAN sekali, macam mana Najib boleh menganugerahkan tender kepada Syarikat China Communication Construction Company Ltd yang sah-sah telah disenarai hitamkan (blaclisted) oleh World Bank?

Kenapa bukan Khazanah Nasional yang bina laluan keretapi itu? Ini menjadi tanda-tanya kepada umum, sedangkan prasarana pengangkutan awam selalunya melibatkan Khazanah Nasional.

Meminjam dari bank China dan menyerahkan projek membina kepada syarikat China, rakyat beranggapan Najib mengenepikan kepentingan syarikat tempatan dan GLC.

Kenapa nilainya meningkat kepada 55 bilion berbanding anggaran asal iaitu 30 bilion?

Sarawak Report mendakwa bahawa Najib akan menggunakan projek laluan rel berkembar ini untuk membayar hutang-hutang #1MDB.

Projek yang dianggarkan bernilai 30 bilion ini akan meningkat kepada 60 bilion (menurut anggaran sebelum ini oleh Sarawak Report) bagi membolehkan Najib 'menarik' wang-wang itu untuk membayar hutang.

Difahamkan projek ECRL ini tidak mengikuti standard pembinaan kebiasaan. 'Kajian kemungkinan' atau dalam bahasa popularnya 'Feasibility Studies' tidak dipatuhi secara protokol kebiasaan negara ini.

Apabila perkara asas ini juga dilanggar, ini memberikan gambaran bahawa by hook or by crook kerajaan tetap ingin melaksanakan projek ini tanpa peduli dan faham kepada sentimen-sentimen yang bakal timbul akibat pembinaan laluan keretapi tersebut.

Pentingnya kajian ini dijalankan supaya manfaat-manfaat yang dinyatakan oleh kerajaan tentang projek ini benar-benar akan 'hadir' selepas terlaksananya projek ini kelak.

Perlu ke buat masa sekarang? Dalam kegawatan ekonomi, mampu ke kita membayar semula hutang? Tidak boleh ke kita tunggu sedikit masa lagi yang mana ketika itu keadaan ekonomi kita lebih stabil bagi meneruskan projek ini? Ini antara yang menjadi tanda-tanya rakyat.

Butiran perjanjian yang tidak dibincangkan kepada umum. Projek ini tidak dibicarakan secara terbuka oleh kerajaan dari segi perjanjian dan ini membuatkan rakyat berspekulasi sesama sendiri.

Adalah lebih baik jika kerajaan boleh meluangkan masa dengan menerangkan kepentingan dan isi kandungan projek pembinaan ini kepada umum supaya kita sebagai rakyat jelas dengan susur galur projek ini.

Penting kepada kita untuk peduli agar di masa hadapan kelak tidak la kita terikat dengan perjanjian-perjanjian bangang yang akan menyeksa poket kita.

Ambil contoh seperti perjanjian konsesi tol. Naik ke tak naik ke, tetap pembayar cukai perlu keluar wang bayar kepada konsesi tol.

Selain dari itu, kita juga mahu tahu butiran kandungan perjanjian berkaitan pinjaman soft loan 55 bilion kepada kerajaan. Bagaimanakah pembayaran balik itu dibuat? Dari segi penjualan tiket? Atau apa?

Kita juga mahu tahu, bagaimana anggaran kos itu ditentukan? Adakah ada dua, tiga firma berbeza menentukan nilai projek itu benar-benar memerlukan kos sebanyak 55 bilion?

Kita juga mahu tahu apakah kerajaan akan melayan secara adil dan saksama jika ada mana-mana individu, pihak, kumpulan, penduduk yang mungkin perlu berpindah bagi membina rel keretapi?

Adakah mereka akan menerima pampasan seadilnya dan adakah kerajaan bersedia kepada segala kemungkinan-kemungkinan seperti ini kelak?

Sebab itulah kajian kemungkinan itu penting, supaya kerajaan dapat mengenal pasti liabliti, risiko dan manfaat.

Jika ini tidak dikaji dengan cermat, kita akan menghadapi masalah-masalah yang menyebabkan projek ini tergangu sekaligus meningkatkan kos apabila ia semakin lambat dibina.

Projek ECRL RM55 bilion ditandatangai syarikat RM2

Sementara itu, ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoalkan bagaimana projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dikatakan bernilai RM55 bilion boleh ditandatangani oleh syarikat yang bermodalkan RM2.

Katanya, pemeriksaan mendapati syarikat yang ditubuhkan pada 26 September lalu, telah menimbulkan tanda tanya masyarakat sama ada mendapat kelulusan sewajarnya mengikut peraturan kerajaan yang telah ditetapkan atau tidak.

Malah, katanya, semakan terhadap dokumen penubuhan syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd ini mengesahkan saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail, kedua-dua mereka adalah pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementeria Kewangan.

Berita ini disemak dengan pengumuman yang dibuat sendiri oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dalam bahasa Inggeris dan Mandarin mengesahkan bahawa satu perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada CCCC telah ditandatangan dan anda boleh baca selanjutnya di blog Rafizi Ramli.

Adakah Projek ECRL Baik Untuk Rakyat?

Projek ECRL

Komen mengenai syarikat CCCC yang di senarai hitamkan oleh Bank Dunia itu sudah banyak tersebar dalam internet, anda boleh baca (WorldBank).

Dari laporan itu jelas menyatakan syarikat China itu mengamalkan Rasuah dan Korup! Adakah kerana itu maka Najib memilihnya?

Bank Dunia senarai hitamkan, tidakkah itu merupakan satu AMARAN kepada kita supaya berhati-hati sebelum berurusniaga dengan syarikat CCCC itu?

Jika kita semua masih ingat, skandal 1MDB juga berlaku kerana Cara Redah Tanpa Usul Periksa begini.

Tanpa perlu nak bincang atau bentangkan kepada kabinet dan Parlimen, tanpa perlu lakukan kajian yang mendalam.

Ingat, masa 1MDB mahu sain kerjasama berbilion ringgit dengan Petrosaudi, sebuah syarikat yang langsung tidak dikenali dan tanpa sebarang aktiviti perniagaan pun ketika itu?

Dan diredah supaya perjanjian di sain seberapa segera, mungkin REKOD DUNIA bagi perjanjian sebegitu besar iaitu tidak sampai 2 minggu! Kenapa begitu senang Najib luluskan?

Pendek kata, tiada Due Diligence.

Kini Najib mahu mengulangi semula kisah 1MDB melalui kisah baru dengan negara China!?

Kita bising sebab tidak mahu pisang berbuah dua kali! Rakyat sudah tidak percaya lagi kepada ketelusan dan keikhlasan Najib untuk bertindak atas nama rakyat Malaysia!

BACA INI JUGA: 11 Respon Paling 'Win' Tentang Aplikasi Rasmi Najib Razak!

Sumber: DTO