Sunday, December 23, 2012

Pelik! Gadis Memiliki Gigi Taring Pontianak

Pelik! Gadis Memiliki Gigi Taring Pontianak

Info Pelik. Budak pontianak. Itu gelaran yang diberikan kepada remaja berusia 16 tahun, Wang Pengfei.


Dia mendapat gelaran itu kerana hanya mempunyai dua gigi taring, walaupun usianya sudah menjangkau remaja.

Malah ketika kecil, Pengfei juga tidak memiliki rambut yang banyak.

Ibunya, Wang Hui telah membawa anaknya itu ke merata tempat bagi memulihkan keadaan tersebut, namun menemui kegagalan.

Giginya juga kekal dua dan gusinya tidak lagi ditumbuhi gigi yang lain.

“Selepas menyedari dia berbeza dengan kanak-kanak lain, dia menyendiri. Pengfei juga tidak mempunyai kawan-kawan,” kata ibunya yang amat risau dengan perkembangan anak lelakinya itu.

Jelas Wang Hui, anaknya akan menyerang rakan-rakan sekelas yang merenung atau berbisik mengenai keganjilannya itu.

Menurut doktor, kos bagi merawat giginya itu melalui pembedahan menelan perbelanjaan sebanyak £7,000.

Bagaimanapun pembedahan itu hanya boleh dilakukan apabila dia meningkat dewasa.-Mynewshub