Sunday, January 20, 2019

Brazil Gempar Diserang Ribuan Labah-labah Dari Udara!

Brazil Gempar Diserang Ribuan Labah-labah Dari Udara!

Jika sebelum ini viral berita mengenai cengkerik yang melanda di Tanah Suci Mekah, kini fenomena pelik itu beralih ke Brazil pula apabila ruang udara di Minas Gerias, kawasan timur Brazil di penuhi ribuan labah-labah.

Brazil diserang labah-labah

Memetik laporan The Guardian, fenomena yang jarang melanda itu membuatkan orang ramai tampil berkongsi kejadian tersebut sehingga menjadi viral di media sosial.

Ia turut membawa pelbagai andaian daripada warga internet yang rata-rata bimbang dengan kejadian itu.

Video viral yang dirakam oleh penduduk Brazil, Joao Pedro Martinelli Fonseca ketika dalam perjalanan ke Espirito Santo do Dourado.

Keadaan itu menyebabkan penduduk Brazil menamakan fenomena itu sebagai hujan labah-labah.

Sementara itu, pakar menyifatkan kejadian luar biasa itu berlaku disebabkan peningkatan suhu kering yang mendadak di kawasan tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Tuesday, January 15, 2019

Wanita Tiba-tiba Jadi Pekak Dari Mendengar Suara Lelaki!

Wanita Tiba-tiba Jadi Pekak Dari Mendengar Suara Lelaki!

Seorang wanita didiagnos dengan keadaan kesihatan pelik apabila mendakwa menjadi pekak semata-mata kerana tidak dapat mendengar suara lelaki.

Pekak suara lelaki

Pesakit yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, dia merasa sakit dan mendengar deringan di telinga sebelum tidur.

Bagaimanapun, apabila bangun tidur keesokan harinya, dia panik ketika menyedari tidak dapat mendengar suara teman lelakinya.

Susulan itu, Chen terus ke Hospital Qianpu di wilayah Xiamen dan ketika melalui proses pemeriksaan, dia dapat pula mendengar suara doktor wanita.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Dr. Lin Xiaoqing berkata, pesakitnya itu dapat mendengar suaranya tetapi apabila ada pesakit lelaki masuk ke bilik sama dia tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan pemuda itu.

Penyakitnya didiagnos sebagai kehilangan pendengaran frekuensi rendah kerana bekerja lewat malam hingga menyebabkan tubuhnya berhadapan tekanan kerana kekurangan tidur dan rehat.

“Keletihan dan tekanan kerja menyumbang kepada situasi itu hingga menyebabkan telingannya kehilangan sensitiviti kepada bunyi dan hanya dapat mengesan bunyi-bunyian yang khusus sahaja,” katanya.

Berikutan itu, Chen perlu menjalani rawatan bagi memastikan simptom yang dialaminya dapat pulih seperti sedia kala.

Pelik kan!

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub

Thursday, December 13, 2018

6 Pakaian Seragam Tentera Paling Pelik Di Dunia

6 Pakaian Seragam Tentera Paling Pelik Di Dunia

Perarakan tentera dianggap sebagai peristiwa penting yang digunakan oleh mana-mana tentera untuk menunjukkan keupayaan dan kemahiran mereka dan semasa perarakan ini, mereka memakai pakaian seragam khas dan berbaris dalam formasi yang menarik perhatian penonton.

Acara-acara ini merupakan peluang yang baik untuk menunjukkan sejarah dan budaya negara tertentu. Pakaian tentera adalah sejenis pakaian seragam bagi memudahkan pengenalan dan pengecaman.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting tentang pakaian seragam mana-mana pasukan tentera adalah ia kelihatan tegas dan gagah.
Akan tetapi, terdapat beberapa pasukan tentera dengan pakaian seragam yang sangat unik dan pelik.

1. Hussar bersayap

Pakaian Seragam Tentera Pelik Hussar

Pada tahun 1570-an, Raja Stephen Bathory telah memperkenalkan hussar (ahli kelas berkuda ringan, yang berasal dari Eropah Tengah semasa abad ke-15 dan ke-16) ke dalam ketenteraan Poland-Lithuania.

Hussar menggunakan senjata seperti tukul perang, szabla saber dan satu atau dua pistol wheellock dalam sarung pelana.

Pakaian seragam ini sangat berbeza dan unik berbanding pakaian tentera biasa kerana mempunyai sayap. Ia merupakan rangka kayu yang dipasangkan pada bahu tentera berkuda dan dilengkapi dengan bulu.

2. French Foreign Legion Pioneers

Pakaian Seragam Tentera Pelik

French Foreign Legion Pioneers adalah sayap perkhidmatan tentera dalam pasukan ketenteraan Perancis yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan dikhaskan untuk warga asing yang mahu berkhidmat sebagai tentera Perancis.

Perkataan "sapper" atau "pioneer" bermakna tentera yang terlibat dalam misi kejuruteraan tentera, dicirikan oleh janggut yang lebat, apron kulit dan kapak.

3. Swiss Guard

Pakaian Seragam Tentera Pelik Swiss Guard

Sekali pandang anda mungkin beranggapan mereka ini adalah badut atau pekerja di tapak pesta, namun sebenarnya mereka ini adalah tentera-tentera yang bertanggungjawab untuk melindungi Pope.

Pakaian seragam ini sangat menarik dan unik kerana warna tradisional Medici biru, merah dan kuning, kolar putih serta sarung tangan. Ia dicipta oleh Jules Repond pada tahun 1914.

Pope Francis berkata, "di sebalik setiap pakaian seragam, terdapat orang yang sebenar: dengan keluarga dan tanah air, dengan keperibadian dan kepekaan, dengan hasrat dan rancangan hidup."

4. Sut Ghillie penembak tepat

Pakaian Seragam Tentera Pelik  Sut Ghillie

Sut ghillie adalah sejenis pakaian yang menjadikan tentera kelihatan seperti longgokan dedaunan yang sangat berat yang digunakan oleh penembak tepat atau jurugambar alam sebagai cara untuk menyembunyikan diri mereka dari musuh atau sasaran yang ingin mereka buru

Melihatkan tentera memakai sut ini sudah dirasakan seperti beban, namun ia belum cukup dahsyat. Suhu di dalam sut ini boleh mencapai 50°C.

5. Evzones

Pakaian Seragam Tentera Pelik Evzones

Nampak seperti penari, tetapi ia adalah pakaian seragam Evzones. Evzones adalah nama bagi infantri ringan dan unit gunung Tentera Yunani.

Kini, nama ini diberikan kepada Pengawal Presiden. Mereka juga dikenali sebagai Tsoliades dan mempunyai pakaian seragam yang sangat unik.

Item luar biasa dalam pakaian terkenal ini dikenali sebagai fustanella iaitu skirt putih dan juga dilengkapi dengan pom-pom pada kasut mereka.

6. Pengawal Diraja Korea Selatan

Pakaian Seragam Tentera Pelik Korea

Melihatkan pakaian seragam ini membuatkan anda rasa seperti di zaman silam. Pengawal Diraja Korea Selatan adalah antara salah satu unit paling berani di seluruh dunia kerana mereka mampu menangani misi yang tersangat kompleks.

Pakaian seragam mereka kelihatan seperti zaman dinasti lama, yang terdiri daripada jubah kuning, seluar putih dan topi yang tinggi, pakaian seragam unik yang membuatkan mereka terkenal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Monday, December 03, 2018

19 Perkara Pelik Tentang Budaya Dan Orang Jepun

19 Perkara Pelik Tentang Budaya Dan Orang Jepun

Masyarakat Jepun terkenal sebagai masyarakat yang sangat sopan dan jujur. Sudah pasti anda pernah mendengar tentang kisah mereka yang kehilangan barang berharga di Jepun dan menjumpainya semula sama ada di balai polis mahupun di tempat yang tercicir.

Namun, mereka kadang-kala agak pelik dari pelbagai segi. Di sini kami ingin berkongsi perkara pelik tentang budaya dan masyarakat Jepun secara keseluruhannya.

1. Inemuri (Tidur di Tempat Kerja)

Perkara Pelik Budaya Jepun

Di kebanyakan negara di dunia, tidur di ofis adalah satu perkara yang boleh membawa kepada kemurkaan bos namun, budaya di Jepun adalah sebaliknya. Masyarakat Jepun sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang sangat bekerja keras.

Tidur di tempat kerja dibenarkan di negara matahari terbit. Budaya mereka mengiktiraf pekerja yang bekerja keras dengan 'memaksa' mereka untuk melakukan 'inemuri', tidur sebentar ketika bekerja supaya segar untuk meneruskan pekerjaan seharian di ofis.

Orang Jepun memang sangat bekerja keras, sampai ada yang mati kerana kepenatan. Sekiranya inemuri dibenarkan di Malaysia, pasti tidak akan siaplah kerja, mengamuk bos.

2. Hotel Cinta

Hotel ini menjadi trend di Jepun dibina untuk pasangan yang ingin melempiaskan nafsu serakah mereka. Dikatakan seramai 2% populasi Jepun akan ke hotel ini setiap hari. Hotel cinta mempunyai mempunyai 2 kadar bilik yang berbeza, untuk yang sekadar 'berehat' dan yang bermalam.

Kebanyakan hotel cinta terletak berhampiran stesen keretapi, lebuh raya atau kawasan perindustrian.

Terdapat hotel yang menyediakan bilik dengan katil, cermin dinding dan lampu syiling yang boleh berpusing. Menarik bukan?

Sekiranya hotel ini dibenarkan wujud Malaysia, hotel tersebut pasti penuh tempahannya. Kah kah.

3. Menghirup Makanan Berkuah Dengan Bunyi Slurp

Orang Jepun dikenali sebagai masyarakat yang sangat sopan santun dan penuh tata tertib namun, apabila melibatkan memakan makanan berkuah seperti mee sup contohnya, mereka perlu makan dengan berbunyi (slurping).

Menurut budaya Jepun, slurping memberikan kepuasan dan sebagai tanda penghargaan. Kalau dalam masyarakat di Malaysia, berbunyi ketika makan makanan berkuah dianggap sebagai sangat tidak sopan.

4. Gigi Bertindih

Perkara Pelik Budaya Jepun

Gigi bertindih atau berbaris dua menjadi trend masa kini di kalangan remaja Jepun. Sekiranya gigi bertindih, mereka tidak akan ke instagram bagi mencari braces palsu yang murah dari scammer yang langsung tidak bertauliah mahupun mempunyai latar belakang akademik pergigian. Sebaliknya, mereka akan bangga dengan gigi mereka.

Bagi yang bergigi tersusun di Jepun, mereka akan berjumpa dengan pakar gigi bertauliah bagi mendapatkan gigi bertindih. Trend ini dikenali sebagai 'yabae' yang bermaksud gigi berganda.

5. Kafe Peluk (Cuddle Cafe)

Bagi lelaki yang bujang mahupun loner di Jepun, mereka boleh ke cuddle cafe bagi mendapatkan khidmat peluk secara percuma dari staf wanita. Kafe berkonsepkan peluk ini pertama kali dibuka beberapa tahun lalu.

Walaupun boleh mendapatkan pelukan percuma, hubungan intim adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Sebaliknya, lelaki yang inginkan servis ekstra seperti merenung mata ke mata perlu membayar sebanyak ¥1000 (RM38) untuk seminit dan untuk membelai rambut staf wanita di kafe ini, mana-mana jantan keparat perlu membayar jumlah yang sama bagi tempoh 3 minit.

Jika anda ke Jepun, jangan lupa ke Akibahara untuk merasai pengalaman ini.

6. Festival Bogel

Festival bogel yang disambut setiap tahun di Jepun ini dikenali sebagai Hadaka Matsuri. Sekiranya anda sebagai seorang lelaki, pasti anda berasa teruja mendengar festival bogel Jepun ini.

Anda mungkin sedang membayangkan untuk ke Jepun dalam masa terdekat supaya dapat merasai pengalaman festival ini.

Dukacita dimaklumkan bahawa festival ini hanya melibatkan beribu-ribu lelaki Jepun, yang percaya membuka pakaian di khalayak ramai membuatkan mereka boleh meresap semangat kejahatan ke dalam badan mereka, mengikut kepercayaan nenek moyang mereka.

Hanya bahagian intim mereka akan ditutup, dengan menggunakan sehelai 'fundoshi'.

7. Vending Machine Yang Menjual Ketam Hidup

Vending Machine Ketam Hidup

Bagi yang pernah ke Jepun, pasti anda telah melihat vending machine di mana-mana sahaja. Vending machine di Jepun tidak ada bezanya dengan mesin yang terdapat di Eropah mahupun Malaysia sendiri.

Perbezaan ketara antara vending machine di Jepun dengan negara-negara lain adalah kandungan mesin tersebut, yakni barang yang dijual.

Barang yang dijual termasuklah telur segar, beras, tisu tandas, bunga segar, majalah porno, bateri mahupun pakaian dalam dan ketam hidup.

Lokasi mesin ini di mana-mana sahaja, termasuklah di Mount Fiji.

8. Eskalator Terpendek di Dunia

Eskalator Terpendek di Dunia

Selain porno, Jepun turut terkenal dengan kemajuan teknologi melalui syarikat-syarikat mereka seperti Yamaha, Nissan, Honda, Panasonic dan banyak lagi. Ramai yang berpendapat teknologi menyebabkan manusia menjadi semakin malas. Adakalanya perumpamaan ini betul.

Contohnya, penciptaan eskalator terpendek di Jepun ini. Malas sangat tu, rasanya tiga langkah sahaja tingginya. Eskalator ini terletak di arah bawah tanah di More's Department di Kawasaki, dengan ketinggian menegak 32.8 inci.

9. Kancho (Prank Cucuk Bontot)

Perkara Pelik Budaya Jepun

Prank ini selalu dimainkan oleh kanak-kanak di sekolah semasa zaman penulis di sekolah rendah namun di Jepun, prank ini dipraktikkan oleh orang dewasa terhadap sesiapa sahaja, termasuklah orang yang tidak dikenali.

Mereka akan menjerit 'Kancho' ketika melakukan aksi ini dan mangsa pasti akan mengalami kesakitan yang amat.

10. Festival Menyambut Kemaluan Lelaki

Berdasarkan legenda, kemaluan seorang gadis muda telah disumpah oleh syaitan yang lapar dan bergigi tajam. Sebagai akibat, suami melalui perkahwinan pertama dan kedua telah mati terbunuh pada malam pertama mereka.

Seorang tukang besi tampil untuk membantu dengan mereka kemaluan lelaki diperbuat daripada besi bagi mematahkan gigi syaitan tersebut dan sebuah tugu dibina sebagai penghormatan terhadap tukang besi tersebut.

Kini, festival disambut bersempena peristiwa tersebut dengan membawa kemaluan lelaki mengelilingi bandar.

Malah, masyarakat Jepun turut menyambut festival itu dengan pelbagai makanan serta dekorasi berbentuk kemaluan lelaki.

11. Orang Dewasa Dijadikan Anak Angkat

Daripada sejumlah orang dewasa Jepun yang diambil menjadi keluarga angkat, 98% daripadanya adalah lelaki. Tujuan mengambil seseorang menjadi anak angkat adalah lebih kepada sebagai menjadi pewaris harta kerana ketiadaan anak.

12. Hidangan Makanan Dalam Tin di Restoran

Di Malaysia, kita ke Tesco, Giant mahupun Mydin untuk beli makanan dalam tin dan sekali sekala akan ke restoran untuk makan makanan luar selain masakan sendiri. Berbeza di Jepun, mereka ke restoran untuk makan makanan dalam tin.

13. Orang Jepun Makan Daging Kuda Mentah

Di Jepun, daging kuda dimakan mentah. Nampak macam sedap sangat tu, anda berani cuba tak?

14. Bantal Peha Untuk Lelaki

Perkara Pelik Budaya Jepun

Bagi lelaki Jepun yang inginkan kasih seorang wanita namun tidak berkemampuan mendapatkan kekasih, mereka boleh tidur atas bantal peha seperti ini.

15. Bantal Peluk Untuk Wanita

Bagi wanita Jepun yang sunyi, mereka boleh mendapatkan bantal peluk ini bagi menemani mereka di kala mereka berduka mahupun putus cinta. Tapi agak menakutkan terutamanya kalau terjaga pada waktu malam dengan bantal ini memeluk.

16. Fesyen Kasut Pelik

Perkara Pelik Budaya Jepun

Orang Jepun memang kreatif, kadang-kadang sampai jadi pelik pun ada. Kasut ini nampak unik!

17. Bawa Kapal Terbang Lagi Senang Dari Guna Tandas di Jepun

Jepun amat maju dari teknologi sehinggakan tandas mereka pun sangat istimewa. Nak buang air besar memang mudah di Jepun. Bagi yang kaki online, tandas di Jepun ada USB port!

18. Kerja Menolak Orang ke Dalam Tren

Kereta api di Jepun adalah sangat efisyen berbanding KTM di Malaysia, yang lebih menepati masa. Walaupun begitu, kerana kepadatan penduduk di Jepun, tren mereka tidak mampu menampung jumlah yang ramai dalam satu-satu masa.

Maka, wujudlah pekerjaan train pusher bagi menolak pengguna tren ke dalam tren ketika sesak terutamanya pada waktu puncak.

19. Kit Kat Pelbagai Perisa Seperti Wasabi

Orang Jepun memang makan pelbagai makanan pelik, sampai coklat pun boleh jadi macam sushi. Coklat Kit Kat di Jepun ada pelbagai perisa termasuklah perisa baked potato, sos soya mahupun wasabi. Banyak lagi perisa pelik lain di sana, namun ini antara yang popular.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Saturday, November 10, 2018

Takahiro Shiraishi, Pembunuh Bersiri Paling Pelik Di Jepun

Takahiro Shiraishi, Pembunuh Bersiri Paling Pelik Di Jepun

Pada 30 Oktober 2017, Takahiro Shiraishi, berumur 27 tahun telah ditangkap atas kesalahan membunuh 8 orang wanita dan seorang lelaki dalam tempoh 2 bulan dan dilaporkan juga, dia telah melakukan serangan seksual ke atas 8 wanita tersebut sebelum mereka dibunuh.

Pembunuh Bersiri Paling Pelik

Dalam kalangan mangsa, 4 orang daripadanya berumur 17 tahun, selebihnya berumur 20 tahun ke atas.

“Aku nak tolong orang yang benar-benar menderita. Mohon mesej saya bila-bila masa saja.” -Takahiro Shiraishi

Pembunuh bersiri seperti Shiraishi mungkin tidak begitu mengejutkan jika dibandingkan dengan Luis Garavito yang telah membunuh seramai 138 orang, Yang Xinhai seramai 67 orang dan Alexander Pichushkin seramai 48 orang.

Yang menariknya tentang kes Shiraishi ini adalah, dia tidak mencari mangsa untuk membunuh, tetapi mangsa mencari dia untuk dibunuh. Mangsa tersebut adalah individu yang tertekan dengan hidup dan mahu mengakhiri riwayatnya.

Shiraishi menjadikan pekerjaan membunuh individu yang hendak membunuh diri sebagai satu bentuk perniagaan malah, dia pernah menerima bayaran sebanyak 3,400 pound sterling daripada seorang mangsa.

Shiraishi menjadikan laman Twitternya untuk menarik pelanggan dan selain daripada apa yang dituturkan di atas, dia juga pernah mengatakan, “Gejala buli ada di mana-mana. Di sekolah dan di tempat kerja.”

“Di luar sana mesti ada ramai orang yang sedang menderita apabila cuba hendak bunuh diri. Cuma kes mereka tidak dilaporkan saja. Aku nak tolong orang macam itu.”

Shiraishi menggunakan pelbagai bentuk perkataan di laman media sosialnya untuk menarik mangsa untuk dibunuh.

Dilaporkan, Shiraishi semasa kecil dulu adalah seorang kanak-kanak normal, pendiam tetapi pandai bersosial dengan jiran-jiran. Dalam pelajaran pun dia biasa-biasa sahaja.

Dia gemar bersukan, jarang bercakap pasal diri sendiri. Selalunya sekadar mendengar orang sembang, itu menurut laporan oleh akhbar Asahi Shimbun.

Shiraishi juga dikatalan suka bermain cekik-cekik dengan kawan-kawannya dan dipernah pengsan sebab permainan itu dan kebetulan, mangsa-mangsa Shiraishi pun dibunuh dengan kaedah yang sama iaitu dicekik.

Dia pernah bercinta dengan seorang wanita yang menurut Shiraishi, seorang yang lemah lembut pewatakannya.

Selepas menamatkan persekolahan, dia pernah bekerja dia sebuah pasaraya selama 2 tahun.

Selepas itu, dia bekerja sebagai peninjau mencari gadis-gadis untuk dijadikan pelacur sebuah kelab di Kabukicho dan pernah dipenjarakan sebab pekerjaan ini.

Sikap Shiraishi mula berubah sewaktu dia bercakap kepada ayahnya, “Saya tak tahu kenapa aku hidup.”

Kemudian, waktu inilah dia mula membangunkan banyak akaun Twitter dan mencanang dirinya sebagai ‘Tukang Gantung Profesional’ (Professional Hangman). Dia dilaporkan akan terus membunuh mangsanya sejurus bertemu.

Pihak polis menemui 240 serpihan tulang yang dimiliki oleh 9 mangsa Shiraishi termasuk kepala dan anggota badan yang lain.

Rumahnya mungkin dijadikan sebagai tempat untuk Shiraishi menghilangkan bukti yang kemudiannya, jiran-jiran mula menghidu bau busuk dari rumahnya.

Sehingga sekarang pihak polis masih lagi menyiasat identiti-identiti mangsa pembunuhan pembunuh bersiri paling pelik ini.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, October 23, 2018

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Pada masa kini, negara kita masih mempunyai pelbagai sumber ekonomi seperti minyak dan gas, pembalakan, perindustrian, pelancongan dan banyak lagi.

Sumber-sumber ini sekiranya diuruskan dengan baik oleh pemerintah negara boleh mendatangkan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Walau bagaimanapun, tidak semua negara kaya dengan hasil bumi. Negara Brunei misalnya, tetap kaya kerana mempunyai sumber gas dan minyak yang sangat banyak.

Bagaimana pula dengan negara-negara kecil yang tidak mempunyai sumber ekonomi yang banyak seperti Malaysia?

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa cara unik dan pelik yang dilakukan oleh beberapa negara kecil di seluruh dunia untuk menjana pendapatan ekonomi negara.

Cara-cara ini kebanyakannya terpaksa dilakukan kerana ketiadaan alternatif dan sumber lain yang boleh dimanfaatkan di negara-negara tersebut.

1. Negara Saint Kitts & Nevis, Menjual passport kepada orang kaya

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Dengan populasi hanya 48,000 penduduk dan industri gula yang semakin merudum, 2 buah negara Caribbean, Saint Kitts & Nevis berada dalam krisis ekonomi pada tahun 2006.

Kerana sangat terdesak, kerajaan telah mendapatkan kerjasama seorang peguam daripada Switzerland untuk meminda undang-undang negara itu bagi membolehkan pelabur daripada luar untuk mendapatkan kerakyatan di negara mereka.

Dengan pelaburan minuman $250,000 dalam bidang hartanah di negara ini, sesiapa sahaja boleh memperolehi taraf kerakyatan penuh walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke negara ini.

Program ini mendapat sambutan hangat memandangkan pasport negara ini boleh digunakan untuk ke 132 buah negara tanpa memerlukan visa.

Pada tahun 2013 sahaja, negara ini memperolehi sekitar $100 juta daripada program ini sahaja, iaitu 13% daripada pendapatan GDP negara ini.

Lama-kelamaan, beberapa negara kecil lain seperti Antigua dan Barbuda turut memperkenalkan program serupa.

Walau bagaimanapun, program ini dikecam oleh beberapa buah negara seperti Kanada dan Amerika Syarikat kerana dikhuatiri ianya boleh disalah gunakan oleh pengganas.

Sebagai tanda protes, Kanada sudah mewajibkan pemegang pasport negara-negara kecil ini untuk mendapatkan visa sebelum masuk ke negaranya.

2. Negara Comoros, Menjual pasport kepada orang miskin

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Bukan sahaja menjual pasport kepada golongan kaya, malah ada juga negara yang menjual pasport kepada golongan miskin.

Dianggarkan 10 juta manusia di seluruh dunia tidak mempunyai taraf kerakyatan daripada mana-mana negara.

Antara golongan ini adalah orang Arab daripada etnik Bedoon yang tidak diberikan taraf kerakyatan daripada Kuwait mahupun UAE apabila kedua-kedua negara ini mencapai kemerdekaan.

Terdapat kira-kira 100,000 orang Bedoon yang tidak mempunyai taraf kerakyatan.

Akibat daripada desakan masyarakat antarabangsa, kerajaan UAE akhirnya memberikan kerakyatan kepada kira-kira 8000 orang Bedoon.

Pada masa yang sama, terdapat kira-kira puluhan ribu lagi masyarat daripada etnik ini yang masih memohon kerakyatan.

Pada tahun 2006, seorang warga Kuwait bernama Bashar Kiwan mendapat idea bagaimana untuk membantu golongan ini.

Beliau merupakan seorang pelabur yang banyak melabur di Comoros, sebuah negara kecil yang terletak di Lautan Hindi.

Dengan populasi hanya 800,000 penduduk, Comoros merupakan sebuah negara miskin dengan purata pendapatan penduduk sehari hanyalah sekitar RM5.

Kerajaan sangat terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan dan dengan usaha Bashar Kiwan, akhirnya berjaya mendapatkan persetujuan UAE dimana UAE akan membayar Comoros $200 juta dengan syarat negara tersebut memberikan kerakyatan dan pasport kepada 4000 buah keluarga Bedoon dengan maksimum 8 orang ahli bagi setiap keluarga.

Walau bagaimanapun, kerjasama ini dihentikan apabila kerajaan Comoros mendapati Bashar Kiwan tidak membayar sepenuhnya bayaran daripada kerajaan UAE kepada mereka seperti yang dijanjikan.

3. Negara Tuvalu, Menjual alamat domain

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Domain merupakan alamat atau rujukan untuk sesuatu laman web yang wujud di internet. Sebagai contoh, pengguna hanya perlu menaip google.com untuk melawat laman web Google.

Di Malaysia misalnya, kita mempunya akhiran domain .my yang boleh dibeli oleh setiap rakyat Malaysia ataupun pemilik bisnes yang mempunyai bisnes di Malaysia.

Tahukah ada bisnes jualan domain ini begitu lumayan sehingga boleh menjana pendapatan ekonomi bagi sesebuah negara?

Hal ini berlaku bagi akhiran domain ".tv" dimana pada tahun 1999 domain ini dikhususkan untuk negara Tuvalu, sebuah negara kecil di Lautan Pacific.

Domain ".tv" ini sudah tentulah menjadi rebutan bagi syarikat-syarikat penyiaran dari seluruh dunia.

Tidak kurang daripada 5 syarikat besar yang menyediakan servis menjual domain telah melakukan bidaan terhadap domain ini untuk dijual semula kepada pembeli luar.

Perjanjian dengan pembida-pembida ini berjaya memberikan keuntungan sebanyak $30 juta kepada Tevalu pada tahun tersebut.

Pendapatan ini telah menggandakan pendapatan GDP negara Tevalu pada tahun tersebut.

Pada tahun 2011, Tuvalu menerima kira-kira $1 juta royalti tahunan untuk domain ".tv", satu jumlah yang dianggap masih banyak untuk negara kecil ini.

4. Negara Eritrea, Cukai secara paksa

4 Negara Yang Menjana Pendapatan Ekonomi Dengan Cara Pelik

Mungkin tidak ramai yang pernah mendengar nama negara Eritrea, sebuah negara yang terletak di benua Afrika.

Walau bagaimanapun, ia terkenal sebagai sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan diktator yang sangat kejam.

Amalan pemerintahan diktator ini memaksa kebanyakan pemuda disana untuk melarikan diri ke negara lain untuk mencari pekerjaan dan memulakan hidup baru.

Pemerintah Eritrea bijak mengambil kesempatan ini untuk memaksa mereka yang melarikan diri ke luar negara untuk menyumbang kembali kepada negara Eritrea.

Ahli-ahli keluarga dan saudara mara mereka akan diugut dan dijadikan tebusan sehingga ahli keluarga mereka yang bekerja diluar negara membayar sejumlah wang kepada kerajaan setiap tahun.

Sejumlah wang yang wajib dibayar ini dianggap sebagai cukai dan dikenali sebagai "Cukai Diaspora".

Mengikut undang-undang ini, mereka wajib membayar 2% daripada gaji tahunan mereka kepada kerajaan.

Sekiranya tidak dibayar, ahli keluarga mereka yang berada di Eritrea akan diugut.

Malah, kerajaan juga akan menyukarkan urusan memperbaharui pasport bagi mereka yang enggan membayar cukai pelik ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi