Saturday, December 29, 2012

Top 5 Ultrabook Terbaik 2012

Top 5 Ultrabook Terbaik 2012

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan ultrabook mana satukah yang terbaik kerana masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan. Kita juga telah sedia maklum bahawa ultrabook yang ada dipasaran menggunakan prosesor laju seperti Intel Core i3, Core i5 dan Core i7.

Namun, mungkin senarai dibawah ini adalah ultrabook yang terbaik sekali dan tidak rugi jika sekiranya anda menjadikannya sebagai pilihan.

Acer Aspire S7


Datang dengan dua versi 11.6 inci dan 13.3 inci, ia direka untuk Windows 8 dan menawarkan operasi selaras keyboard dengan penggunaan 10-titik sentuhan hasil kombinasi paparan sentuh Corning Gorilla Kaca 2 untuk perlindungan.

Toshiba Portege Z930


Paparan 13.3 inci, Portege Z930 adalah kecil, kemas dan ringan. Ultrabook bergred untuk perniagaan ini memiliki sokongan jalur lebar mudah alih meletakkan Z930 dalam kelas yang tersendiri. Selain itu ia turut memiliki storan asas 128GB dan bateri 8.5 jam kegunaan berterusan.

Samsung Series 9


Bersaiz nipis 0.58 inci dan berat 1.7 kg, ia adalah salah satu ultrabook paling mudah alih dengan skrin 15 inci berevolusi 1600 x 900 piksel. Audio yang berkualiti, masa boot cepat dan hayat bateri yang panjang juga menarik perhatian.

Lenovo ThinkPad X1 Carbon


Dengan berat sekitar 1.8 kg, ia turut memiliki keyboard backlit gaya chiclet dengan pengimbas cap jari untuk log masuk ke Windows. Pemprosesan Sandy Bridge pula memastikannya sepadan dengan prestasi dan sesuai untuk perniagaan super-nipis.

Asus Zenbook Prime UX32VD


Memiliki sistem multimedia yang stabil hasil grafik Nvidia dengan Optimus, UX32VD tepat di standard ultrabook sebenar dengan bersepadu yang menjadikan permainan dan tontonan video kegemaran anda sanga menakjubkan. Kapasiti simpanannya turut memenuhi selera dalam kelas ini.

-SP

Tips Memulihkan Google Chrome Crashed

Tips Memulihkan Google Chrome Crashed

Tips Memulihkan Google Chrome Crashed ditulis kerana kebanyakan pengguna chrome pernah menghadapi google chrome hang dan tidak berfungsi di mana anda pasti pernah menghadapi perkara ini setelah lama menggunakan google chrome. Usah risau kerana ia adalah perkara biasa yang berlaku di sebabkan perkara tertentu dan boleh dibaiki dengan mudah.


Apabila berlaku chrash pada google chrome selalunya ia meminta anda untuk menutup browser tersebut ataupun menunggu sehingga ia berfungsi semula. Crash yang kerap berlaku walaupun selepas menutup dan membukanya semula mungkin akan menyebabkan anda berasa menyampah dan teringin membuang browser ini dari komputer anda. Tunggu sebentar dan cuba terlebih dahulu langkah-langkah di bawah bagi mengatasi chrash pada chrome anda.

Bagaimana memulihkan Google Chrome Crashed - chrashes fix

Terdapat beberapa sebab mengapa browser google chrome anda chrashed atau tidak berfungsi. Perkara ini berkemungkinan disebabkan oleh google chrome anda telah rosak, google chrome anda tidak compatible dengan OS anda, registry telah di ubah oleh virus ataupun add on pada google chrome anda sudah rosak. Di bawah adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan dalam bagaimana memuihkan google chrome crash fix.


Restart. Restart komputer anda. Komputer anda mungkin telah digunakan terlampau lama di mana memory dan cpu telah digunakan dengan banyak. Bagi tujuan mengosongkan memory dan cpu usage anda digalakkan restart terlebih dahulu.

Add on. Disable add on dan plugin pada chrome anda.

Uninstall/Buang Google Chrome. Uninstall dan install semula perisian google chrome anda bagi memastikan semua fail penting chrome lengkap dan mengantikan semula fail yang telah rosak.

Bersihkan Registry. Bersihkan registry komputer anda menggunakan registry ccleaner dan sebagainya. Download di http://www.piriform.com.

Scan. Sekiranya selepas langkah tiga anda tidak berjaya memulihkan google chrome anda yang selalu crash tersebut maka anda perlu mengimbas komputer anda menggunakan perisian antivirus. Kemungkinan komputer anda telah dijangkiti virus mahupun spyware.

Format. Sekiranya semua tidak berjaya dan google chrome anda tetap chrash namun anda tetap ingin menggunakannya maka langkah terakhir ialah format semula komputer anda.

Selamat mencuba.

-SP

Wednesday, December 26, 2012

Top 5 PC Games Terbaik 2012

Top 5 PC Games Terbaik 2012

Anda mungkin mempunyai pendapat berbeza apabila berbicara mengenai PC game manakah yang terbaik sekali. Namun begitu, disini adalah PC game yang saya rasa adalah yang terbaik bagi tahun 2012.

Borderlands 2

Top 5 PC Games Terbaik 2012

Game genre aksi ini menggunakan gabungan sains fiksyen dan mofit 'post-apocalyptic' yang dipersembahkan dengan visual yang mantap. Versi ini menetapkan tarikan permainan yang sama tetapi penambahan watak-watak baru, lebih banyak persekitaran serta memiliki kepelbagaian variasi.

Diablo III


Kisahnya bermula ketika 20 tahun selepas peristiwa Diablo II. Bermain sebagai wira, salah satu daripada lima watak berbeza kelas. Pemain memperoleh barang berkuasa, jampi dan kebolehan unik kerana menerokai standard baru pertempuran menentang iblis untuk melindungi dunia.

Torchlight 2


Menawarkan sokongan operasi berbilang penuh, lebih banyak peluang dan lebih keupayaan untuk pemain mencipta dan berkongsi permainan mereka. Ia akan membolehkan pemain meneroka diluar penjara bawah tanah dan keluar ke dunia terbuka, dimana semua cabaran baru menanti.

Trials Evolution


Kekal sebagai permainan yang dijenamakan dengan aksi terbang tinggi akrobatik motosikal 2D. Susulan kepada Trials 2012 HD ini menampilkan variasi, pencipta trek dan sesi pembelajaran yang lancar daripada sebelumnya.

Fifa 13


Memberikan drama dan ketidaktentuan bola sepak di dunia sebenar dan didorong dengan lima inovasi perubahan permainan yang merevolusikan asas. Inovasi ini mewujudkan pertempuran sebenar untuk menguasai seluruh padang, memberikan kebebasan dan kreativiti dalam serangan.

-SP

Monday, December 24, 2012

Apa itu Hibrid Tablet + Laptop?

Apa itu Hibrid Tablet + Laptop?

Notebook atau disebut juga laptop dan Table PC pasti di kenali oleh semua yang sentiasa mengikuti perkembangan gadget portable ini. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, muncul pula sebuah gadget baru yang di sebut Hibrid Notebook. Jadi, apa bezanya dengan Notebook biasa?


Di sebut Hibrid adalah kerana dari dua menjadi satu, tetapi untuk istilah Hibrid Notebook ini ada dua pengertian:

Pengertian Secara Software

Ada yang menggap Hibrid Notebook adalah produk Notebook biasa tetapi dari segi software, sistem operasinya (OS) mempunyai 2 OS dalam satu Notebook dimana pemilik Notebook tesebut boleh memilih OS mana yang akan di gunakan ketika menjalankan Notebooknya. Jadi Hibrid Notebook secara software adalah Notebook yang mempunyai 2 OS atau 2 boot dalam satu Notebook. Biasanya 1 OS adalah OS berlesen (ataupun cetak rompak) manakala 1 lagi adalah OS bebas seperti OS Linux termasuklah Android.

Dengan adanya 2 OS dalam satu Notebook memberikan pilihan dalam memilih OS yang ingin digunakan.

Pengertian Secara Hardware

Pengertian secara hardware pula, Hibrid Notebook boleh dikatakan sebagai penggabungan antara Notebook dengan Tablet PC. Dimana Notebook berfungsi sebagai notebook dan pada ketika yang lain juga berfungsi sebagai Tablet PC hanya dengan memusingkan skrin atau memisahkan terus skrin dan keyboard.

Seperti diketahui umum, Notebook adalah gadget yang mudah dibawa kemana-mana namun agak sukar bagi kita ketika mengakses program bersama keyboard sedangkan tablet pc adalah versi ringan dari netbook dimana akses data boleh dilakukan dengan interaktif dimana skrinnya menggunakan sentuhan jari. Dan oleh kerana versi simple netbook maka kapasiti penyimpanan data juga agak terhad.


Oleh kerana itu untuk untuk menghubungkan pengguna yang suka dengan akses layar sentuh seperti Tablet PC tetapi mempunyai kapasiti penyimpanan data dan fungsi seperti notebook maka Hibrid Notebook boleh menjadi pilihan.

Dari dua pengertian diatas, penggabungan Notebook dengan Tablet PC maka dinamakan ia sebagai Hibrid Notebook/Tablet.

-SP

Sunday, December 23, 2012

Senarai Antivirus Komputer Terbaik 2012

Senarai Antivirus Komputer Terbaik 2012

Ada banyak sekali software antivirus yang tersedia dipasaran ketika ini. Begitu banyak hingga kita sebagai pengguna kebingungan untuk membuat pilihan kerana masing-masing mendakwa antivirus merekalah yang terbaik.


Namun, disini kami menyenaraikan anti-virus terbaik bagi tahun 2012 yang boleh kita gunakan sebagai panduan menghadapi tahun baru 2013.

BitDefender Antivirus Plus

Menawarkan perlindungan keselamatan menyeluruh, mesra serta penggunaan sumber yang berkesan. Ia terbaik untuk mengimbas web, IM, trafik e-mel daripada ancaman media sosial, virus, Malware, Spyware dan Phishing.

AVG Anti-Virus

Bertindak sebagai pengimbasan yang menggunakan lapisan perlindungan virus, serangan Spyware dan Adware yang mencurigakan. Turut memiliki keupayaan untuk menghalang akses ke laman web yang mencurigakan.

Kaspersky Anti-virus 2012

Perlindungan ancaman Bots, Worm, Trojan, Rootkit, Spyware dan virus dengan prestasi optimum untuk PC. Menggunakan teknologi canggih sebagai perlindungan bagi menentang ancaman termasuk versi baru. Ia masih dikatakan perisian keselamatan paling ringan untuk PC.

Norton 360 Multi-Device

Memberikan perlindungan sekuriti bersepadu dalam segenap aspek bukan sahaja kepada PC, malah Mac serta telefon pintar atau tablet Android. la memberikan penyelesaian tunggal menyeluruh yang rnampu rnelindungi pelbagai jenis peranti dalam satu pek.

Avast! Pro Antivirus 2012

Melindungi daripada Spyware, Trojan, Malware yang merupakan ancaman keselamatan utama kepada PC. Turut memiliki perisai perlindungan masa nyata yang mengimbas ancaman keselamatan rnelalui rangkaian, IM, P2P, Mail dan Web dengan sumber penggunaan minimum.

-SP

Inilah Laptop Pertama Di Dunia

Inilah Laptop Pertama Di Dunia

Di tahun 1970-an gagasan komputer peribadi portable pertama diilhamkan oleh Alan Kay di Xerox PARC. Kemudiannya beliau menerbitkan gagasan itu.

Osborne I

Gagasan itu segera disambut positif, yang akhirnya disepakati nama untuk projek laptop pertama adalah Osborne1.

Produksi pertama pada tahun 1981 oleh Adam Osborne, seorang yang bekerja di penerbitan buku, beratnya sekitar 11 kg.

Raksasa ini dilengkapi dengan layar monitor 5-inci, kelihatan seperti sebuah telefon bimbit yang berukuran raksasa, skrin yang kecil dalam sebuah mesin yang besar.

Osborne1 menggunakan sambungan listrik dengan bateri cadangan opsional, serta menggunakan dua floppy drive ukuran 5 ¼ inci, modem port, keyboard, bateri pack dan dijual dengan harga sebesar $1800.

Osborne I

Ibarat ahli Sumo sedang lari pecut 100 meter, cuba anda bayangkan? Ini bukanlah sebuah laptop dalam erti yang sebenarnya.

Meskipun boleh dibawa kemana-mana, tapi seakan-akan kita menggendong anak berumur sekitar 3-4 tahun kemana-mana.

Osborne 1 (Spec):

Introduced: April 1981
Price: US $1,795
Weight: 24.5 pounds
CPU: Zilog Z80 @ 4.0 MHz
RAM: 64K RAM
Display: built-in 5" monitor

53 X 24 text
Ports: parallel / IEEE-488

modem/serial port
Storage: dual 5-1/4 inch, 91K drives
OS: CP/M

BACA INI JUGA: Guna Laptop Tanpa Bateri Boleh Merosakkan Komputer

Lajukan Komputer Anda Menggunakan Notepad!

Lajukan Komputer Anda Menggunakan Notepad!

Anda tak pernah dengarkan kenyataan ni?. Hanya dengan menggunakan Notepad akan menyebabkan PC anda laju daripada biasa!


Saya akan bongkarkan rahsianya bagaimana untuk melajukan PC anda hanya dengan 4 langkah sahaja.

Pertama sekali, sila buka Notepad dan copy kod berwarna merah di bawah ini dan paste ke dalam Notepad tersebut.

mystring=(80000000)


Selepas itu, Save As...


Pilih di manakah anda ingin save file tersebut. Anda boleh pilih desktop je. Jangan lupa namakan file tersebut kepada RAM.vbs dan akhir sekali tekan button Save.


Hasilnya akan dapat seperti gambar di bawah ini. Cara menggunakannya hanyalah perlu klik 2 kali pada file RAM tersebut.


Sebelum menggunakan file tersebut sila baca tips-tips ini terlebih dahulu sebagai peringatan.

Tips penting daripada saya, untuk keselamatan data anda:

Anda boleh guna komputer anda seperti biasa dan JANGAN klik RAM.vbs ini selagi komputer anda berada dalam keadaan OK.

Hanya klik RAM.vbs ini semasa PC anda slow.

Bagi yang mempunyai duit lebih, anda digalakkan membeli dan menambah RAM pada PC anda. Tetapi, bagi pengguna biasa, anda cuma perlu ikut tips yang saya beri ini saja sudah memadai.

Jangan risau! Tiada apa-apa yang akan berlaku sekiranya anda ikut tips saya dengan baik dan alamilah sendiri kehebatannya! =D

[Sumber]