Monday, December 24, 2012

Apa itu Hibrid Tablet + Laptop?


Notebook atau disebut juga laptop dan Table PC pasti di kenali oleh semua yang sentiasa mengikuti perkembangan gadget portable ini. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, muncul pula sebuah gadget baru yang di sebut Hibrid Notebook. Jadi, apa bezanya dengan Notebook biasa?


Di sebut Hibrid adalah kerana dari dua menjadi satu, tetapi untuk istilah Hibrid Notebook ini ada dua pengertian:

Pengertian Secara Software

Ada yang menggap Hibrid Notebook adalah produk Notebook biasa tetapi dari segi software, sistem operasinya (OS) mempunyai 2 OS dalam satu Notebook dimana pemilik Notebook tesebut boleh memilih OS mana yang akan di gunakan ketika menjalankan Notebooknya. Jadi Hibrid Notebook secara software adalah Notebook yang mempunyai 2 OS atau 2 boot dalam satu Notebook. Biasanya 1 OS adalah OS berlesen (ataupun cetak rompak) manakala 1 lagi adalah OS bebas seperti OS Linux termasuklah Android.

Dengan adanya 2 OS dalam satu Notebook memberikan pilihan dalam memilih OS yang ingin digunakan.

Pengertian Secara Hardware

Pengertian secara hardware pula, Hibrid Notebook boleh dikatakan sebagai penggabungan antara Notebook dengan Tablet PC. Dimana Notebook berfungsi sebagai notebook dan pada ketika yang lain juga berfungsi sebagai Tablet PC hanya dengan memusingkan skrin atau memisahkan terus skrin dan keyboard.

Seperti diketahui umum, Notebook adalah gadget yang mudah dibawa kemana-mana namun agak sukar bagi kita ketika mengakses program bersama keyboard sedangkan tablet pc adalah versi ringan dari netbook dimana akses data boleh dilakukan dengan interaktif dimana skrinnya menggunakan sentuhan jari. Dan oleh kerana versi simple netbook maka kapasiti penyimpanan data juga agak terhad.


Oleh kerana itu untuk untuk menghubungkan pengguna yang suka dengan akses layar sentuh seperti Tablet PC tetapi mempunyai kapasiti penyimpanan data dan fungsi seperti notebook maka Hibrid Notebook boleh menjadi pilihan.

Dari dua pengertian diatas, penggabungan Notebook dengan Tablet PC maka dinamakan ia sebagai Hibrid Notebook/Tablet.

-SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon