Wednesday, November 28, 2018

Kenapa Soviet Union Tewas Peperangan Di Afghanistan?

Kenapa Soviet Union Tewas Peperangan Di Afghanistan?

1980 merupakan tahun yang tidak akan dilupakan oleh rakyat Afghanistan kerana itulah tahun di mana Kesatuan Soviet melancarkan serangan ke atas negara tersebut, menyaksikan pemboikotan Sukan Olimpik 1980 oleh banyak negara termasuk Malaysia sebagai bantahan kepada tindakan Moscow.

Soviet Afghanistan War

Namun, perang yang berlangsung selama sembilan tahun itu mengakibatkan kehilangan nyawa yang ramai di pihak Soviet dan mengundang kos kewangan sebanyak tiga bilion dolar setahun untuk membiayai perang itu.

Akhirnya pada tahun 1989, Presiden Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev menamatkan perang dan membawa kontinjen tentera Rusia keluar dari Afghanistan. Tetapi mengapa ia boleh berlaku?

SEJARAH AFGHANISTAN

Kita kena melihat sejarah negara itu sendiri. Afghanistan sudah diketahui sebagai tempat lintasan empat rantau iaitu Timur Tengah, Asia Tengah, Asia Selatan dan Timur Jauh untuk Laluan Sutera.

Dan untuk abad-abad berikutnya, negara ini menyaksikan konflik empayar-empayar besar yang berebut mahu menguasai India. Maka tidaklah mengejutkan, Kabul menyaksikan siri pertempuran dan penghijrahan berlaku pada abad-abad tersebut.

Dan kerana ini juga, situasi dalam negeri dan polisi luar Afghanistan turut dipengaruhi oleh negara-negara jiran terutama kuasa-kuasa besar yang menjajah atau menjadi jiran negara tersebut.

Abad ke-19 dan 20 Masihi menyaksikan pertembungan Britain dan Rusia di Afghanistan sehinggakan ia digelar ramai sebagai The Great Game.

Bukan sekali dua kedua-dua kuasa besar ini bertembung bukan saja dari segi pengembangan pengaruh tetapi juga cuba mewujudkan rejim boneka pilihan mereka di Afghanistan.

Rusia menunjukkan minat terhadap Afghanistan kerana mahu menjaga soal perdagangan dan akses kepada pelabuhan di mana perairannya panas iaitu Teluk Parsi dan Lautan Hindi.

Sementara Britain pula mahu menjadikan Afghanistan sebagai pelindung kepada India dan menganggap cubaan Moscow itu mengancam kepentingannya di Delhi.

Walaupun kedua-dua kuasa ini cuba mendominasi Kabul tetapi cubaan mereka ditolak oleh rakyat Afghanistan. Britain akhirnya dapat menguasai Kabul tetapi masih gagal mendominasi rantau tersebut, menjadikan Afghanistan sebagai pelindung kepentingan dua kuasa besar terlibat.

Sempadan Afghanistan yang kita ketahui hari ini berpunca daripada keputusan Suruhanjaya Sempadan Anglo-Rusia yang dibuat pada tahun 1895 dan selepas Perang Dunia Pertama, rundingan London-Kabul menyaksikan Afghanistan diberi kebenaran mengendalikan urusan luarnya sendiri.

Selepas Revolusi Bolshevik pada tahun 1917, Moscow mula menjalin hubungan dengan Kabul dengan tujuan mengurangkan kegusaran kepada populasi Rusia yang beragama Islam. Ini menjadikan mereka negara pertama menjalin hubungan luar dengan Afghanistan.

Bagaimanapun, itu tidak menghalang mereka cuba mengukuhkan cengkaman di Kabul melalui Perjanjian Persahabatan Soviet-Afghanistan yang lebih menjurus kepada jaminan keselamatan Soviet.

Hasil dari perjanjian ini, Afghanistan mendapat 12 jet pejuang Soviet untuk digunakan untuk membedil mana-mana puak yang memusuhi kerajaan pusat. Walau bagaimanapun, Kabul lebih bersifat neutral dalam soal urusan dunia.

Pemerintah-pemerintah Afghanistan sedar mereka memerlukan lebih banyak bantuan asing untuk menjana kegiatan ekonomi dan proses pemodenan negara tersebut.

Bagaimanapun, pemerintah-pemerintah awal Kabul lebih memilih kemerdekaan berbanding pertumbuhan ekonomi dan mereka ada sebab kukuh iaitu enggan membenarkan kuasa-kuasa asing mempergunakan Afghanistan sebagai pertukaran kepada bantuan asing yang ditawarkan.

Kemudian, hubungan luar Kabul perlahan-lahan berkembang dengan Soviet membina rangkaian talian telefon pada tahun 1924.

Persahabatan kedua-dua negara ini terus terjalin erat dengan perjanjian anti-keganasan yang dimeterai pada tahun 1926 dan 1931 dan pada tahun 1934, Kabul menjadi anggota Liga Negara-Negara dan mengadakan hubungan luar dengan Amerika Syarikat.

Sepanjang Perang Dunia Kedua, Afghanistan mengekalkan polisi berkecuali terhadap semua negara konflik ketika itu iaitu Washington, London, Moscow, Jerman, Jepun dan Itali. Selepas perang berakhir, Kabul memanipulasi Timur dan Barat untuk mendapatkan akses bantuan asing.

Bagi mengukuhkan hubungan Washington-Kabul, kedua-dua negara memeterai kerjasama berkenaan Projek Lembah Helmand, bertujuan memanfaatkan potensi pengairan dan hidroelektrik yang terdapat pada Sungai Helmand.

Bagaimanapun, projek tersebut dihantui oleh masalah teknologi kedua-dua negara dan hanya siap dibina pada tahun 1950. Salah faham dan curiga yang tercetus akibat projek ini mengakibatkan Washington bermula dengan langkah kiri dalam soal pemberian bantuan asing kepada Kabul.

Dan kalau mengikut logik Washington ketika itu, mereka lebih berminat kepada proses pembinaan semula dan penstrukturan politik di Eropah dan Jepun. Afghanistan bukanlah berada dalam senarai teratas birokrat-birokrat Washington dalam soal keselamatan.

Tetapi semuanya berubah apabila Perang Dingin tercetus. Bagi Uncle Sam, inilah peluang baginya mengekang mana-mana negara asing daripada terjerat dengan pengaruh Soviet, mendorong mereka mengadakan perjanjian pertahanan seperti Perjanjian Pertubuhan Asia Tenggara (SEATO) dan Pakatan Baghdad.

Dan sebagai tukaran kepada tambahan bantuan asing Washington, mereka mahukan Kabul memeterai mana-mana perjanjian pertahanan bersama, satu perjanjian yang ditolak mentah-mentah oleh Kabul.

Akibatnya, Amerika mengurangkan bantuan asing kepada mereka dan menambah bantuan asing kepada negara jiran Afghanistan, Pakistan, berikutan kesediaan Islamabad memeterai perjanjian keselamatan bersama.

Tahun-tahun pasca-WWII ini menyaksikan bagaimana Kabul dilayan oleh Moscow dan Washington.

Moscow melihat Afghanistan sebagai satu lagi negara yang boleh dijadikan eksperimen seperti Korea Utara untuk menguji sejauh mana Washington akan bertindak di negara dunia ketiga itu.

Pada dekad 50-an, hubungan Moscow-Kabul semakin erat menerusi perjanjian dagangan dan bantuan pinjaman jangka panjang, menyebabkan Afghanistan semakin bergantung kepada Kesatuan Soviet.

Pada tahun 1955, sebagai pertukaran kepada sumber petroleum Soviet, Kabul sedia membekalkan bahan mentah yang diperlukan mereka, menyebabkan catuan minyak pada ketika itu dihapuskan dan meningkatkan lagi pembangunan infrastruktur terutama dari segi telekomunikasi.

Antara tahun 1955 hingga 1965 saja, Soviet memberi bantuan asing sebanyak $552 juta kepada Afghanistan dan menjelang tahun 1972, angka tersebut meningkat kepada hampir $1.2 bilion.

Ini menjadikan Soviet pemberi bantuan asing terbesar di Afghanistan sementara Washington pula hanya menyumbang sebanyak 30 peratus bantuan asing Afghanistan.

SOSIOPOLITIK

Bagi memahami suasana politik Afghanistan yang akhirnya menyumbang kepada konflik Soviet-Afghanistan, kita kena melihat perilaku lelakinya. Mereka amat berdikari bukan saja dalam kehidupan peribadi tetapi juga dari segi kehidupan komuniti.

Faktor geografi dan kesusahan hidup turut mendorong kabilah-kabilah di situ lebih memilih mentadbir kabilah mereka dan menolak sebarang bentuk kerajaan pusat sepanjang sejarah negara itu.

Faktor etnik, status dan perbezaan ideologi juga turut menyumbang kepada perpecahan politik tetapi juga aspek kehidupan seharian di Afghanistan.

Dengan 80 peratus populasi tinggal jauh dari bandar-bandar besar dan pengaruh kerajaan, menyumbang kepada pergolakan politik yang dari tahun 1930-an hingga 1960-an saja, ada enam kumpulan pembangkang Afghanistan yang berpangkalan di Pakistan untuk menentang semua polisi dan program kerajaan.

Soviet tidak menubuhkan sebarang parti komunis dan tidak bergiat aktif dalam arena politik Afghanistan sehinggalah tahun 1960-an walau bagaimanapun, penglibatan mereka pada dekad tersebut masih terhad.

Pada awal tahun 1960-an, sebuah parti politik bernama Parti Demokratik Rakyat Afghanistan (PDPA) ditubuhkan. Pengasasnya ialah Nur Muhamad Taraki, seorang pemimpin popular dalam kalangan rakyat.

Kumpulan ini tidak mendedahkan asal-usul fahaman komunisme mereka dan lebih banyak berkempen kerajaan demokratik kebangsaan pada platform mereka. Tetapi secara senyap, mereka amat setia dan berdedikasi pada fahaman Lenin-Marxisme.

Namun, parti tersebut berpecah kepada dua bahagian berikutan masalah perpecahan, rasuah dan prejudis yang membelenggu parti itu.

Dua kumpulan pro-Soviet dalam PDPA ialah Parchami atau bendera diketuai Babrak Karmal dan Khalq atau rakyat diketuai Taraki.

Parchami mendapat sokongan kumpulan intelektual dan berpendidikan, sementara Khalq pula mendapat sokongan dari penduduk pedalaman. Matlamat kedua-dua organisasi juga berbeza di mana Khalq mahu mengikut model revolusi Bolshevik sementara Parchami pula lebih berminat meneruskan revolusi dalam kerangka demokrasi.

Dan latar belakang kedua-dua pemimpinnya juga berbeza. Tidak seperti Taraki, Karmal merupakan anak kepada seorang jeneral tentera. Namun semua itu berubah pada tahun 1973.

Pada tahun itu, sepupu kepada Raja Afghanistan iaitu Zahir Shah, Jeneral Mohammad Daoud yang mendapat sokongan kumpulan Parchami menggulingkan sistem monarki negara tersebut dan mengisytiharkan Afghanistan sebagai sebuah negara republik. Daoud turut menamakan dirinya sebagai presiden.

Tiga tahun selepas itu, Taraki dan Karmal mengetepikan sebentar perbezaan mereka dan kembali bersatu untuk menentang Daoud dan menjelang tahun 1977 dan 1978, penentangan semakin meningkat lebih-lebih lagi selepas pembunuhan seorang editor akhbar berhaluan kiri merangkap ahli jawatankuasa pusat PDPA pada tahun itu.

Ini membawa kepada protes besar-besaran parti tersebut kepada kerajaan semasa upacara pengebumian dan untuk memulihkan keamanan awam, Daoud mengarahkan ramai pemimpin PDPA ditahan termasuk Taraki, Karmal dan bakal presiden, Hafizullah Amin.

Sepanjang enam tahun pemerintahnnya, Daoud cuba mengukuhkan kuasanya sebagai presiden. Kem Parchami dan Moscow mahukan beliau lebih condong ke arah Soviet tetapi tindak-tanduknya bersifat kontra dengan apa yang dimahukan mereka.

Daoud menyingkirkan ramai anggota Parchami dari kerajaannya dan cuba mengurangkan hubungan dengan Moscow. Sebaliknya, beliau mula berbaik-baik dengan India, Iran, Mesir dan paling tidak disangka-sangka, Pakistan.

Namun, pemerintahan beliau tidak bertahan lama kerana pada April 1978, Daoud disingkirkan dan digantikan oleh Taraki. Sementara Karmal pula dilantik sebagai naib presiden Afghanistan.

Pada masa inilah, mereka cuba memperkenalkan reformasi pertanian dan sosial tetapi reformasi tersebut mendapat sambutan negatif dalam kalangan rakyat. Ini kerana reformasi yang cuba dilaksanakan bersifat terburu-buru dan melawan nilai budaya dan etnik warga Afghanistan. Dan ini sekali lagi mencetuskan perbalahan antara Parchami dan Khalq.

Sebagai tindak balas, Taraki menyingkirkan anggota Parchami dari kerajaannya dan mencetuskan situasi huru-hara di Afghanistan. Ramai melihat tindakan Taraki seolah-olah mahu menjadikan Afghanistan satu lagi koleksi dalam koleksi negara satelit yang dikawal Kesatuan Soviet.

Kebimbangan mereka berasas kerana selepas rampasan kuasa pada April 1978, bilangan penasihat tentera Soviet ialah dua ribu orang sementara penasihat awam pula seramai tiga ribu orang.

Bagi mereka, orang-orang Soviet dilihat mendominasi struktur ketenteraan dan awam negara tersebut dan bagi menambah kerisauan Kabul, Taraki turut memeterai Perjanjian Persahabatan, Kejiranan dan Kerjasama dengan Kesatuan Soviet pada Disember 1978.

Perjanjian yang dimeterai selama 20 tahun ini turut mengandungi klausa kedua-dua negara akan berunding dan menggunakan semua kaedah yang ada demi menjamin keselamatan, kemerdekaan dan integriti wilayah terlibat. Klausa inilah yang akhirnya digunakan oleh Soviet sebagai alasan untuk menceroboh Afghanistan.

Sepanjang tahun 1979, pergolakan dalaman terutama di kawasan pedalaman semakin meningkat. Antara insiden yang menarik perhatian ialah penculikan Duta Amerika Syarikat ke Afghanistan, Adolph Dubs.

Dubs kemudian terbunuh dalam satu serbuan polis Afghanistan selepas Soviet mengarahkan pihak tentera untuk menghapuskan pemberontakan tanpa mengambil kira kehadiran individu bernilai tinggi (HVI) dalam tahanan mereka dan sebagai tindak balas, Amerika Syarikat mengurangkan operasi dan bantuan luar kepada Afghanistan.

Selain insiden pembunuhan Dubs, Washington bertindak sedemikian sebagai bantahan kepada tindakan Kabul yang semakin ganas dalam mengekang ancaman pemberontakan dalam kalangan tentera.

Tempoh Julai 1978-Julai 1979 turut menyaksikan kerajaan Afghanistan mengalami rombakan sebanyak lima kali. Ia sebenarnya memberi petunjuk bukan saja pada kemelut politik tetapi juga perebutan kuasa antara Taraki dengan Amin.

Dengan situasi semakin buruk dan pemberontakan semakin meningkat, hubungan kedua-duanya juga semakin tegang terutama berkenaan cara menamatkan pemberontakan dan pada musim luruh 1979, taktik ganas rejim Taraki menambah lagi sentimen anti-kerajaan.

Taraki kemudian mengadakan perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Soviet termasuk Leonid Brezhnev, di mana mereka bersetuju pendekatan sederhana merupakan cara terbaik untuk menamatkan pemberontakan di Afghanistan.

Dan dari pertemuan ini juga, Taraki dan Soviet turut merancang membunuh Amin yang ketika itu berkhidmat sebagai Perdana Menteri Afghanistan.

Bagaimanapun, sebelum plot tersebut dapat dilancarkan, Amin merancang dan mengetuai plot rampasan kuasanya sendiri. Akibatnya, Taraki berjaya digulingkan dan terbunuh dalam plot rampasan kuasa itu.

Bagi pihak Soviet, kematian Taraki merupakan satu kehilangan dan kenaikan Amin pula dianggap tidak boleh dipercayai mereka. Ini kerana dalam kalangan rakyat Afghanistan, mereka memandangnya sebagai seorang nasionalis.

Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang Soviet dari terus menghantar bantuan dan keperluan diperlukan Afghanistan dan bagi Brezhnev dan Amin, mereka berdua tahu negara itu amat memerlukan bantuan ekonomi dan senjata ketenteraan.

Untuk mengelak situasi Taraki berulang kepadanya, Amin cuba mengukuhkan kedudukan dan meraih undi popular rakyat, namun tindakan Amin menghalau keluar duta Soviet dari Afghanistan menyebabkan kedudukannya tidak lagi selamat. Bagi Soviet, jika Amin terus dibiarkan berkuasa, ia bakal mengancam semua pelaburan yang dibuat di Afghanistan selama ini.

Dan itu mendorong mereka melaksanakan klausa perjanjian sebelum itu dan menyerang Afghanistan pada 27 Disember 1979 dengan kekuatan tentera seramai 50,000 orang.

Dalam serangan tersebut, Amin terbunuh dan kedudukannya digantikan Karmal, pemimpin awal kelompok Parchami. Semasa serangan berlaku, Karmal berada di Moscow untuk mengumumkan rampasan kuasa dan jihad kebangsaan terhadap kerajaan Amin.

Selepas Soviet berjaya menguasai Kabul, Karmal kembali ke Afghanistan untuk bertemu dengan rakyat buat kali pertama, tetapi tanpa diketahui Karmal dan Soviet, babak ini sebenarnya permulaan kepada neraka ciptaan mereka sendiri.

Bagi orang biasa, mereka pasti menganggap tindakan Soviet ini seperti kaki buli yang hanya berminat meneruskan cita-cita imperialisnya, tetapi ia sebenarnya lebih rumit dari itu. Jika mereka tidak bertindak lebih cepat selepas kejatuhan rejim Amin, ia pasti mencetuskan situasi huru-hara dalam Afghanistan.

Dan rejim Amin pasti akan digantikan oleh kerajaan nasionalis di mana dari situ, ia akan mengundang lebih banyak bantuan asing dari Barat terutama dari Amerika Syarikat.

Jika ia dibenarkan berlaku, pasti ia akan mengundang malu yang teramat pada Soviet dan dianggap satu kekalahan dari segi ekonomi.

SEBAB SERANGAN

Motif utama Soviet dalam operasi mereka di Afghanistan ialah mengekalkan kawasan sempadannya yang boleh dipertahankan dan enggan membenarkan mana-mana kuasa asing mempergunakan Afghanistan untuk mengancam kedudukan mereka.

Cita-cita ini dikukuhkan lagi dengan hasrat Dostoevski yang mahu menjadikan Asia Tengah lebih bertamadun., membawa kepada pengilhakan kawasan utara Panjideh yang diduduki oleh puak Turki.

Ini disusuli pula pada tahun 1920-an dan 1930-an apabila Soviet meneruskan obsesi melawan kumpulan Basmachi yang dianggap mengancam kedudukan mereka dan berlindung di utara Afghanistan.

Obsesi Soviet terhadap kawalan sempadan ini berpunca daripada serangan kuasa-kuasa luar ke atas Rusia sepanjang lipatan sejarah. Bukan sekali dua kuasa-kuasa luar menyerang dan menduduki wilayah Rusia dari Genghis Khan hinggalah Napoleon dan rejim Nazi Jerman.

Atas sebab itulah, untuk mengelak situasi itu berlaku, mereka perlu memastikan ia dikelilingi oleh negara-negara yang taat sepenuhnya kepada Moscow dan satu cara terbaik untuk melakukannya ialah menempatkan tentera Soviet di sempadan mereka, seperti apa yang dilakukan di Mongolia, Poland, Jerman Timur, Czechoslovakia dan Hungary.

Mereka tahu kesetiaan rejim komunis di negara-negara yang disebutkan boleh dijamin dengan menempatkan kontinjen besar tentera di negara mereka. Selain itu, ia sebenarnya boleh mengekang pergerakan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di sebelah selatan dan mengimbangi pengaruh Ayatollah Ali Khomeni di Iran.

Ini kerana rejim pimpinan Ayatollah Khomeni walaupun tidak menyukai pihak Barat turut mempunyai pendirian anti-Soviet. Ini sekali gus mewujudkan zon penampan yang dapat mencegah pergerakan mana-mana kuasa asing.

Selain itu, serangan Soviet ke atas Afghanistan ini sebenarnya untuk menekan Pakistan, salah satu sekutu Amerika Syarikat. Hubungan dua negara berjiran itu sentiasa tegang terutama membabitkan isu sempadan dan ini mendorong pihak Soviet menyokong pihak Afghanistan.

Krisis diplomatik kedua-dua negara ini hanyalah topeng bagi Moscow untuk mendesak hubungan lebih erat dijalin antara Moscow dengan Islamabad.

Dan berikutan pelaburan yang dibuat pada infrastruktur Afghanistan, ia sebenarnya membuka jalan kepada operasi ketenteraan skala besar Soviet sekiranya diperlukan ke atas Islamabad dan Tehran.

Tidak seperti kedua-dua negara berkenaan, Afghanistan tidak pernah memeterai mana-mana perjanjian pertahanan atau pakatan anti-Soviet yang dipromosikan oleh Amerika Syarikat, mendorong Kabul beralih arah kepada Moscow untuk bantuan kewangan dan ketenteraan.

Ini memberi peluang kepada Soviet untuk menghindar Afghanistan dari menjadi sebahagian daripada sfera pengaruh Barat.

Kehilangan Afghanistan ialah satu kemungkinan yang tidak boleh diterima Moscow kerana jika itu berlaku, rejim boneka Soviet akan digantikan oleh rejim anti-Soviet dan sekiranya rejim tersebut bergabung dengan musuh-musuh serantau seperti Iran, Pakistan dan negara-negara Barat, ia pasti akan memaksa Soviet mempertahankan sempadan yang mempunyai jarak 1,500 batu persegi.

Menurut David Rees dalam artikelnya ‘Afghanistan Role in Soviet’s Strategy’, penguasaan ke atas Afghanistan dilihat ada kaitan dengan agenda mereka menguasai simpanan minyak rantau Timur Tengah.

Menurut Rees, Soviet mahu berbuat demikian demi memastikan pihak Barat dan sekutu-sekutunya tidak mendapat akses pada simpanan minyak wilayah tersebut. Pada ketika itu, mereka sudah mengembangkan pengaruh di Ethiopia, Selatan Yaman, Mozambique dan Angola.

Kesemua negara ini mempunyai satu persamaan iaitu akses pada laluan minyak Tanjung Harapan. Dengan mengadakan kepungan berstrategi menggunakan negara-negara berkenaan, mereka boleh mengecualikan atau memaksa negara-negara Barat berunding.

Di samping itu, mereka turut mendapat akses pada simpanan minyak tatkala usaha melombong minyak di Siberia semakin sukar dan mahal.

Pengaruh Soviet turut meningkat sepanjang rantau Teluk ditambah dengan situasi tidak menentu membabitkan Arab Saudi dan situasi anarki pasca-revolusi di Iran. Sekiranya pihak Soviet menang di Afghanistan, mereka mengukuhkan kedudukan di sebelah utara dan berupaya mengepung simpanan minyak di rantau Teluk, sekali gus bakal mengancam bekalan minyak mereka dan laluan perdagangan di Selat Hormuz.

Bagi Soviet sendiri, serangan ini dilihat mengangkat Doktrin Brezhnev di mana komunisme gaya Moscow perlu dikekalkan dalam lingkungan pengaruh Soviet dan jika ia memerlukan campur tangan luar untuk mengekalkannya, maka ia adalah langkah terbaik.

Ini kerana sebarang rejim komunis tumbang dan digantikan dengan rejim anti-Soviet, ia akan mengakibatkan kehilangan dari segi prestij. Atas sebab itu, mereka mahu menunjukkan imej jiran yang baik bukan saja pada negara-negara komunis tetapi juga pada negara-negara Dunia Ketiga. Namun, situasi perang di Afghanistan sedikit sebanyak mencalarkan imej jiran baik ini.

Sesetengah pihak di Barat berpandangan satu lagi objektif di sebalik serangan Afghanistan ialah meneruskan cita-cita perluasan wilayah semasa era Tsar.

Kebanyakan Tsar terdahulu mahukan akses pada pelabuhan air panas tetapi akses pada perairan berkenaan hanya terdapat di Laut Hitam. Dengan Turki mengawal Selat Bosphorus dan Selat Dardanelles, itulah satu-satunya akses Rusia pada Laut Mediterranean.

Dari situ, mereka boleh sampai ke lautan lepas melalui Terusan Suez atau Selat Gibraltar. Akses kepada pelabuhan sebegini pasti memberi lebih banyak ruang kepada tentera laut mereka beroperasi. Penguasaan Afghanistan bakal membuka ruang kepada pelabuhan di Pakistan atau simpanan minyak Iran.

Sebab-sebab lain yang mendorong campur tangan Moscow di Afghanistan:
  • Melindungi pelaburan ekonomi dan akses bekalan mentah terutama gas asli kepada pihak Soviet.
  • Bimbang dengan peningkatan ancaman golongan fanatik Muslim dan dijadikan inspirasi untuk populasi Muslim di Soviet untuk bangkit memberontak.
  • Menganggap Amerika terlalu lemah untuk memberi respon ketenteraan kepada serangan komunis di Afghanistan terutama selepas situasi tebusan Iran.

PUNCA KEKALAHAN

Soviet Afghanistan War

Sebab saja sudah mencukupi untuk pihak Soviet masuk campur di Afghanistan dan jika melihat kekuatan mereka sendiri, mereka berupaya menang mudah dan tidak akan menghadapi sebarang bentuk penentangan dari warga Afghanistan.

Tetapi perkara sebaliknya berlaku dan Afghanistan menjadi Vietnam versi Soviet pada tentera mereka. Mengapa mereka gagal?

Pertama, Soviet langsung tidak bersedia dengan konflik intensiti rendah dan tiada strategi ampuh untuk menanganinya. Mereka memandang rendah jangka masa perang ini berlaku dan gagal menyedari kesan buruk ke atas aspek politik dan ketenteraan mereka.

Jika melihat doktrin serangan mereka, Soviet masih lagi mengamalkan taktik yang hanya sesuai pada teater perang di Eropah dan mereka cuba melaksanakannya dalam kempen melawan gerila-gerila yang memusuhi pendudukan mereka di Afghanistan.

Ini menyebabkan jentera perang mereka tidak fleksibel, tiada ruang dari segi pergerakan dan tidak berkesan dalam kempen perangnya dan mengejutkan, mereka gagal menggabungkan kekuatan tentera udara dan darat untuk membentuk satu kempen serangan agresif.

Dan berikutan kawalan ketat dari pusat pemerintah, komander-komander perang tidak dapat membuat sebarang keputusan di medan perang dengan bebas. Selain itu, tentera Soviet juga tidak bersedia dari segi fizikal dan psikologi bagi menghadapi keadaan mencabar di Afghanistan.

Selain itu, pihak Soviet turut membuat kesilapan dari segi pemilihan askar dengan memilih tentera beragama Islam dari rantau Asia Tengah. Daripada bertempur dan menghapuskan musuh, mereka sebaliknya mengadakan hubungan persahabatan dan bertukar-tukar pandangan berikutan persamaan dari segi bangsa dan agama.

Ini mengakibatkan moral tentera di barisan hadapan rendah dan mengakibatkan ramai berpaling tadah dan menyertai gerila-gerila ini. Dan ini ditambah kegagalan mereka membentuk satu pasukan yang kuat, sekali gus gagal menangani ancaman gerila Afghanistan.

Dari segi politik pula, Soviet terlalu memandang tinggi keupayaan kerajaan untuk mendapatkan sokongan popular. Mereka bukan saja tidak memahami budaya dan agama orang Afghanistan bahkan, mereka tidak tahu memenangi hati dan akal penduduknya.

Jika sesebuah rejim mahu kekal berkuasa, mereka perlu mendapatkan sokongan popular dan itu sesuatu yang gagal dilakukan oleh Soviet dan rejim boneka mereka. Dan mereka juga gagal menyedari impak serangan dari pandangan masyarakat antarabangsa, serantau dan dunia Islam.

Kalau diikutkan, hanya pihak pembangkang saja meneruskan kempen menentang rejim boneka Soviet tetapi sebaik serangan bermula, lebih 15 juta warga Afghanistan beragama Islam bangkit dan mengangkat senjata untuk melindungi tanah air mereka.

Mereka gagal memahami mengapa dunia Islam bangkit dan cubaan perubahan pada rejim tidak mengubah pandangan mereka terhadap serangan Soviet.

Selain itu, kegagalan pihak Soviet mengawal sempadan mengakibatkan lebih banyak bantuan dihantar ke Afghanistan terutama dari segi senjata api kepada pihak pemberontak. Antara senjata yang dihantar ialah peluru berpandu Stinger yang berkemampuan memusnahkan jet-jet pejuang Soviet.

PENGAJARAN

Stephen Blank, penulis buku Pengajaran Strategik dan Operasi Perang di Afghanistan: 1979-1980 menggariskan tujuh pengajaran yang boleh diambil:
  • Kepentingan menambahbaik unit-unit kecil untuk bertindak lebih bebas semasa di medan perang.
  • Kepentingan menguasai ruang udara dan mematikan sebarang bentuk ancaman yang boleh mengancam dominasi udara pihak yang menyerang.
  • Latihan dan kelengkapan logistik lebih baik bagi menghadapi perang bukan konvensional.
  • Kepentingan moral dan perpaduan dalam kalangan unit.
  • Keperluan mendapatkan penilaian maklumat perisikan lebih baik.
  • Kepentingan belajar pertarungan secara bertahan.
  • Strategi dalam memenangi siri pertempuran kecil seperti menafikan akses keperluan asas dari jatuh ke tangan pihak musuh.

Secara umumnya, sesebuah negara perlu belajar melihat situasi yang berlaku dan menilai semua pilihan yang ada sebelum bertindak melulu. Semua aspek perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum ianya dilaksanakan pada masa sebenar.

Jika tidak, kesilapan yang dilakukan boleh menyebabkan sesebuah negara menanggung padah untuk jangka masa panjang dan krisis di Afghanistan mengakibatkan mereka bukan saja kalah dari segi ketenteraan tetapi juga menanggung kerugian dari segi politik, kewangan dan prestij di peringkat antarabangsa.

Satu lagi pengajaran pahit dari perang ini ialah memahami medan mana yang bakal menjadi tempat pertempuran. Ini kerana medan yang dihadapi di sesebuah kawasan sama sekali berbeza dengan medan pertempuran di tempat lain.

Maka dari situ, perancang taktik perang perlu bersedia beradaptasi dan bijak mengaplikasikan mana-mana taktik yang bersesuaian. Jika gagal berbuat demikian, maka kekalahan besar menanti seperti apa yang berlaku ke atas Soviet semasa kempen mereka di Afghanistan.

Bagaimanapun, perancangan yang baik juga perlu disokong dengan koordinasi, kelengkapan logistik dan sumber tentera diperlukan demi memastikan ia dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Tuesday, November 27, 2018

Perang Rom-Parsi 602-628, Dua Empayar Teragung Dunia

Perang Rom-Parsi 602-628, Dua Empayar Teragung Dunia

Sebelum Perang Rom-Parsi, empayar Parsi sejak era Akaemeni (Achaemenid atau Hakshamanis) sering melanggar benua Eropah dengan menyerang negeri-negeri Greek tetapi tidak berjaya, sebaliknya keajaiban berlaku ketika lahirnya penakluk terulung dunia iaitu Alexander the Great apabila menyapu bersih empayar gergasi Parsi hanya dalam masa 4 tahun sahaja.

Perang Rom-Parsi

Empayar Rom dan Parsi merupakan dua empayar terkuat di dunia dan saling bertempur bagi menunjukkan kemegahan masing-masing, sejak abad ke-2 masihi lagi dengan dinasti bersilih ganti.

Selepas kematian Alexander, budaya Hellenistik menyerap ke dalam Parsi ketika pemerintahan Dinasti Salukiyyun (Seleucid) dan Ashkaniyyan (Parthia). Tempat Greek di ganti oleh Rom bagi mengekang segala asakan daripada Parsi.

Kedua-dua empayar saling bertempur dan menempuh peperangan yang panjang dan berakhir dengan Perang Rom-Parsi 602-628 antara Empayar Byzantine (Rom) menentang Empayar Sasaniyyah (Parsi).

Untuk pengetahuan, gelaran bagi pemerintah di Rom ialah Maharaja, manakala Parsi menggunakan gelaran Shahanshah yang bermaksud Raja segala Raja atau diringkaskan menjadi Shah.

PENGENALAN KEPADA PERANG ROM-PARSI 602-628

Perang Rom-Parsi 602-628 merupakan perang terakhir dan merupakan perang paling dahsyat antara empayar Empayar Byzantine (Rom) dan Sasaniyyah (Parsi).

Sebelum itu, sudah berlaku perang antara kedua-dua empayar antara tahun 572 hingga 591 dan Perang Saudara Sasaniyyah 589-591.

Perjanjian damai antara kedua-dua pihak yang di menangi oleh Rom membawa rasa tidak puas hati dalam kalangan tentera dan kaum kerabat diraja Parsi, ketika itu imej jeneral Parsi iaitu Bahram Chobin lebih berpengaruh berbanding Shahnya sendiri iaitu Hormidz IV hingga berlakunya perang saudara.

Dalam perang saudara Sasaniyyah, Bahram yang lebih berpengaruh berjaya memaksa Shahanshah Parsi ketika itu, Hormidz IV turun takhta dan dibunuh oleh pemberontak, tempatnya di gantikan oleh anak Hormidz iaitu Shahanshah Kisra II (juga lebih dikenali sebagai Khosrow II atau Khusraw Parvez).

Bahram berjaya mengalahkan Kisra II dalam pemberontakan menentang kerajaan dan akhirnya beliau berjaya menguasai pentadbiran pusat Parsi dan menjadi Shahanshah baru yang menggantikan Kisra II.

Kisra II terpaksa melarikan diri ke Rom dan mendapatkan bantuan Empayar Rom untuk mengembalikan semula kuasanya selaku Shahanshah Parsi.

Maharaja Rom ketika itu iaitu Maharaja Maurice bersetuju mengembalikan semula kuasa Kisra II sebagai Shah Parsi.

Kisra II berjaya mendapat sokongan tentera di Nisibis dan gabungan tentera Rom dan Parsi berjaya mengalahkan angkatan tentera Bahram dan Kisra II berjaya menakluk ibu negaranya iaitu Ctesiphon dan berjaya mengembalikan semula kuasanya sebagai Shah Parsi. Manakala Bahram di bunuh oleh tentera upahan Kisra II dan menamatkan perang.

Genjatan senjata antara kedua-dua pihak berlangsung hingga tahun 602 dan untuk pengetahuan, Rasulullah SAW pernah menghantar utusan untuk berdakwah kepada kedua-dua mereka iaitu Maharaja Rom, Heraclius dan Shahanshah Parsi, Kisra II.

Pada peringkat pertama peperangan, kuasa Parsi banyak menguasai wilayah Empayar Rom akibat ketidakstabilan politik dalam negara Rom itu sendiri.

Peperangan bermula pada tahun 602 apabila Maharaja Maurice di bunuh oleh musuh politiknya iaitu Pochas yang kemudiannya menjadi maharaja Rom.

Pochas merupakan jeneral Rom yang mewakili Rom menentang kaum Avar di Balkan tetapi menemui kekalahan dan ramai tentera Rom di tangkap dan di bunuh oleh kaum Avar menyebabkan Pochas tidak berpuas hati dengan Maharaja Maurice yang tidak mengendahkan mereka malah Pochas sendiri di tampar oleh pegawai Rom.

Ketika Maharaja Maurice memerintahkan ramai tentera di hantar ke Balkan untuk berperang menentang Avar, Pochas yang mengetuai angkatan tentera tersebut mara ke arah Kota Konstantinopal dan bertindak menyerang dan menangkap Maharaja Maurice.

Pochas yang mendapat sokongan tenteranya yang menguasai Konstantinople di tabalkan sebagai Maharaja Rom yang baru dan di beri gelaran Pochas Augustus. Maurice serta anak-anak dan isterinya dihukum bunuh oleh mahkamah.

Berita pembunuhan Maurice sampai ke pengetahuan Shah Kisra II menyebabkan beliau melancarkan serangan ke atas Maharaja Pochas bagi membalas dendam ke atas pembunuhan yang dilakukan ke atas Maurice.

Dalam masa yang sama, ramai gabenor Rom yang berada di luar wilayah Anatolia bertindak melancarkan revolusi menentang rejim Pochas, antaranya ialah Narses yang bertindak meminta bantuan daripada Shah Kisra II menentang Pochas di kawasan Mesopotamia.

Beliau di bakar hidup-hidup oleh Pochas ketika hendak meredakan keadaan di Mesopotamia selepas ragu-ragu dengan bantuan daripada Parsi, manakala Parsi dapat menguasai keseluruhan Mesopotamia dan Kaukasus daripada Rom.

Pemberontakan dua beranak Heraclius (608-610)

Peta Empayar Rom-Parsi
Peta Empayar Rom-Parsi.

Di Afrika Utara, gabenornya Heraclius the Elder (bapa kepada Heraclius, bakal menjadi Maharaja Rom) memberontak melawan rejim Pochas pada tahun 608 bagi membalas dendam atas kematian Maharaja Maurice.

Bandar Kart Hadas (Carthage) yang berada jauh dengan Konstantinople memudahkan lagi gerakan pemberontakan melawan rejim Pochas. Manakala di sebelah timur, Parsi yang sudah menguasai dari Mesopotamia hingga ke wilayah Anatolia, bersiap sedia melancarkan serangan besar-besaran ke atas Empayar Byzantine.

Dengan ancaman besar dari kedua-dua belah arah, rejim Pochas terbahagi kepada dua bahagian yang sudah semestinya memberi kelebihan kepada Heraclius the Elder dan Parsi.

Heraclius the Elder berjaya menguasai Afrika Utara dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua di Afrika Utara yang bebas dari pengaruh Byzantine.

Situasi tersebut memberi tekanan kepada Pochas apabila banyak wilayah kekuasaan Byzantine sudah hilang. Afrika Utara jatuh ke tangan pemberontak pimpinan Heraclius the Elder, Timur Tengah jatuh ke tangan Parsi, manakala puak Slav mula menduduki Balkan.

Pada tahun 610, Heraclius (anak kepada Heraclius the Elder) bersama-sama dengan ramai para pemberontak yang menyertainya belayar menuju ke Kota Konstantinopal.

Dengan sokongan penduduk Kota Konstantinopal, dengan mudah Heraclius berjaya menawan kota tersebut dan ditabalkan menjadi Maharaja Rom yang baru menggantikan Pochas.

Pochas kemudiannya dijatuhi hukuman bunuh. Heraclius the Elder rasa bersyukur dengan tumbangnya rejim Pochas di tangan anaknya.

Selepas Heraclius sah menjadi Maharaja Rom, baginda berusaha untuk berunding dengan Shah Kisra II untuk berdamai kerana bagi Heraclius, yang menjadi punca kepada pergolakan dalam negara ialah Pochas, baginda bertindak menghantar surat melalui utusan ke wilayah Parsi bagi menghentikan peperangan dengan Parsi dan berdamai.

Tetapi sebaliknya Shah Kisra II bertindak menolak tawaran Heraclius dan membunuh utusan Rom kerana bagi Shah Kisra II, orang yang layak menggantikan Maharaja Maurice ialah anaknya iaitu Theodosius, bukannya Heraclius.

Baginya, Heraclius hanyalah seorang pemberontak yang menggulingkan kerajaan pimpinan Pochas dan tidak layak untuk menjadi maharaja.

Pada tahun 612, tentera Parsi pimpinan Shahrbaraz dan Shahin mula bertempur dengan tentera Rom pimpinan Heraclius, Nicetas dan Philippicus di wilayah utara Sham menghala ke arah Antioch, Syria dan berjaya menawannya pada tahun 613.

Rom mengalami kekalahan demi kekalahan dan Parsi mara untuk menakluk bandar-bandar utama Syria dan berjaya menakluk Palestin pada tahun 614 akibat sokongan orang Yahudi yang bertindak melancarkan pemberontakan melawan Rom.

Dengan penaklukan keseluruhan ke atas bandar-bandar dalam wilayah Sham, Parsi berjaya menguasai jalan darat yang menghubungkan Konstantinopal dengan negeri-negeri di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Pada tahun 615, jeneral Parsi iaitu Shahin melancarkan serangan ke atas wilayah Anatolia dan Asia Minor dan memenangi banyak pertempuran menentang Rom pimpinan Philippicus.

Tentera Parsi mara hingga menakluk kota Chalcedon pada tahun 617 yang terletak berhadapan Kota Konstantinopal yang hanya di pisahkan oleh Selat Bhosporus.

Tentera Parsi dapat dilihat dari Kota Konstantinopal menyebabkan Maharaja Heraclius tiada pilihan dan terpaksa berunding dengan Shahin dan bersetuju menjadikan Rom sebagai negara naungan Parsi.

Tetapi, Shahin tidak mempunyai kuasa untuk berdamai dengan Rom kerana kuasa sebenar berada di tangan Shah Kisra II.

Parsi sebenarnya berpeluang menakluk dan meruntuhkan empayar Rom di Konstantinopal tetapi melakukan tindakan pelik yang tidak difahami apabila mengundurkan tenteranya dari Chalcedon dan menakluk Mesir. Mungkin ada alasan yang tidak diketahui mengapa Shah Kisra II melakukan perkara tersebut.

Pada tahun 618, tentera Parsi pimpinan Shahrbaraz menyerang Mesir yang ketika itu diketuai oleh Nicetas dan Shahrbaraz berjaya menakluk Mesir dan menjadi gabenor Mesir sehingga tahun 621.

Rom yang ketika itu berada dalam situasi yang sangat rumit apabila masalah berlaku dari segenap arah. Masalah ekonomi berlaku akibat penguasaan wilayahnya oleh Parsi, manakala tentera Avar dari utara mula menakluk satu persatu wilayah Rom di sebelah utara.

Ketika Rom yang bagaikan tiada harapan untuk bangkit menentang empayar Parsi pimpinan Shah Kisra II, keajaiban mula berlaku sejak ramalan al-Quran dalam Surah ar-Rum (Rom) yang meramalkan tentera yang kalah teruk akan bangkit menentang tentera yang menang. Pendapat ulama mengatakan ayat ini di tujukan kepada Rom yang kalah teruk ketika berdepan Parsi.

PERINGKAT KEDUA, Serangan balas Rom (622-628)

Bagaikan mendapat satu aura dan kekuatan, Maharaja Heraclius bersama tenteranya merancang melakukan serangan ke atas Parsi yang ketika itu mengusasai wilayah Anatolia yang di ketuai oleh Shahrbaraz, dan di bantu oleh Shahin dan Shahraplakan.

Dalam serangan antara tahun 622-623, tentera Heraclius banyak memenangi pertempuran dan memaksa Parsi untuk berundur.

Heraclius yang merancang untuk mara lebih jauh tersekat dengan berita kemaraan puak Avar ke arah kota Konstantinopal menyebabkan Heraclius terpaksa berpatah balik ke Konstantinopal dan mula berunding dengan puak Avar.

Heraclius menempatkan tenteranya untuk mengawal kawasan Anatolia daripada di takluk semula oleh Parsi.

Setelah sampai di Konstantinopal dan meredah masuk ke dalam Empayar Avar Khagan, baginda mengadakan rundingan dengan pemerintah Avar (yang namanya tidak diketahui) dan akhirnya dapat di capai apabila Maharaja Heraclius terpaksa memberikan sejumlah habuan yang besar kepada puak Avar. Dengan itu, baginda lebih fokus berhadapan dengan Parsi.

Pada tahun 624, Maharaja Heraclius sekali lagi menulis surat untuk berdamai dengan Parsi tetapi di tolak oleh Shah Kisra II yang tetap dengan pendiriannya untuk tidak berdamai dengan Rom.

Maharaja Heraclius yang tiada pilihan bertindak menyerang Tanah Parsi bersama ribuan tenteranya melalui kawasan pergunungan Anatolia dan Kaukasus.

Baginda mencapai kemenangan di sepanjang jalan menuju ke arah Kaukasus, dan berjaya menguasai Kaukasus. Seterusnya turun ke selatan menuju ke arah Mesopotamia yang terletaknya ibu negara Empayar Parsi Sasaniyyah iaitu Kota Ctesiphon.

Dalam perjalanan menuju ke Mesopotamia, tentera baginda di tentang hebat oleh tentera Parsi pimpinan jeneral berbangsa Arab yang berjumlah kira-kira 40,000 orang, namun tetap berjaya mencapai kemenangan yang menakjubkan, serta menghancurkan kuil api Majusi di Takht Sulaiman.

Kehadiran panglima Shahrbaraz, Shahin dan Shahraplakan akhirnya dapat menghentikan kemaraan Heraclius dan tentera Heraclius tewas kepada Parsi menyebabkan Heraclius mula berundur jauh ke Trebizond.

Pengepungan Konstantinopal (626)

Pengunduran tentera Rom memberikan masa kepada pihak Parsi untuk bersiap sedia mengerahkan tentera dalam jumlah yang besar bagi menakluk kota Konstantinopal dari jalan laut dan menghancurkan terus empayar Rom dari muka bumi.

Ketika itu, kota Konstantinopal di tadbir oleh seorang Patriark (ketua bagi penganut gereja Ortodoks) iaitu Sergius kerana Maharaja Heraclius berada di Trebizond.

Pada tahun 626, Shah Kisra II telah membuat pakatan bersama puak Avar di utara empayar Rom untuk sama-sama melancarkan serangan balas ke atas Rom.

Dengan itu, Shah Kisra II merencana strategi dengan membahagikan tenteranya kepada dua kumpulan iaitu, satu kumpulan besar tentera di bawah pimpinan Shahin berada di Mesopotamia bagi menangkis serangan jika Heraclius bertindak menyerang Parsi dari Trebizond. Manakala tentera elit bersama dengan Shahrbaraz di tugaskan untuk menakluk Kota Konstantinopal yang berganding dengan tentera puak Avar yang berjumlah kira-kira 80,000 orang.

Maharaja Heraclius juga mempunyai strateginya sendiri apabila membahagikan unit tenteranya di Trebizond kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama di hantar ke Konstantinopal sebagai tentera bantuan dan penaik semangat kepada warga Konstantinopal. Kumpulan kedua di bawah pimpinan saudaranya Theodore Heraclius bagi menghadapi pasukan Shahin di Mesopotamia, manakala kumpulan ketiga di bawah baginda sendiri.

Heraclius juga membuat pakatan dengan puak Turki dari Empayar Gokturk Khagan dari Asia Tengah untuk bersama-sama menyerang Parsi.

Di Kota Konstantinopal, serangan serentak di lakukan oleh Shahrbaraz mewakili Parsi, dan puak Avar bagi menakluk kota tersebut dengan anggaran tentera seramai kira-kira 100,000 orang.

Tentera Parsi mengalami kesukaran mendarat di Kota Konstantinopal kerana berhadapan dengan tentera laut Rom yang jauh lebih mahir berbanding Parsi yang tidak mempunyai tentera laut yang cekap walaupun tentera laut Rom jauh lebih sedikit berbanding Parsi.

Akibatnya, ramai tentera elit Parsi tidak dapat menyeberang Selat Bosphorus, dan dalam masa yang sama berlaku salah faham antara tentera Parsi dengan Avar menyebabkan sebahagian daripada mereka bertempur sesama sendiri.

Pengepungan kota Konstantinopal menemui kegagalan apabila setiap kali percubaan untuk menakluk tembok, deretan kekalahan terhadap Parsi dan Avar yang berpunca daripada sifat warga Konstantinopal yang bersemangat menentang musuh walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Dalam masa yang sama, warga Konstantinopal juga mendapat berita yang menggembirakan dari Mesopotamia apabila tentera Rom pimpinan Theodore berjaya mengalahkan Parsi pimpinan Shahin, yang menyebabkan semangat tentera Parsi dan Avar untuk menakluk Kota Konstantinopal semakin merudum.

Menyedari jalan kegagalan semakin menjelma, tentera puak Avar mula mengundurkan diri, manakala Shahrbaraz terpaksa memberhentikan serangan mereka.

Berita kegagalan Parsi menentang Rom di Konstantinopal dan Mesopotamia menyebabkan Shah Kisra II mula mengamuk dan tidak senang duduk. Beliau bertindak menghantar utusan kepada Shahrbaraz yang berada di Chalcedon yang meminta Shahrbaraz pulang ke Ctesiphon untuk di jatuhi hukaman bunuh kerana kegagalan menakluk Konstantinopal.

Surat tersebut di pintas oleh tentera Rom sebelum sampai ke tangan Shahrbaraz dan di sini bermulanya permainan psikologi oleh Maharaja Rom bagi mempengaruhi Shahrbaraz untuk berpihak menentang Shah Kisra II selepas menunjukkan surat tersebut kepada Shahrbaraz.

Shahrbaraz bertindak mengundurkan semua tenteranya ke Syria sebagai persediaan menggulingkan Shah Kisra II dari takhta kerajaan Parsi.

Perang Turki-Parsi Ketiga dan Pertempuran Nineveh (627-628)

Maharaja Heraclius
Maharaja Heraclius.

Di Trebizond, Maharaja Heraclius yang sudah membuat pakatan dengan puak Turki dari Empayar Gokturk Khagan mula bertindak menakluk satu persatu wilayah Parsi dari Kaukasus hingga bertemu dengan tentera Rom pimpinan Theodore di Mesopotamia.

Ketika itu tentera Turki menarik diri daripada menyerang Parsi kerana cuaca sejuk melampau. Tentera Rom pimpinan Heraclius bertemu dengan tentera Parsi pimpinan Rhahzard di Nineveh dan berlaku pertempuran antara kedua-dua belah pihak yang akhirnya dimenangi oleh Heraclius dan Rhahzard terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Shah Kisra II melarikan diri ke Ctesiphon untuk mempertahankan kota tersebut daripada tumbang ke tangan Rom.

Kekalahan demi kekalahan yang menimpa Shah Kisra II menyebabkan pembesar, rakyat dan tentera hilang kepercayaan kepada beliau dan memberontak menggulingkan beliau daripada takhta kerajaan.

Maharaja Heraclius yang berpeluang menghancurkan Parsi sekali lagi memilih untuk berdamai dengan Shah Kisra II.

Belum sempat surat tersebut di balas, pembesar Parsi mula memberontak menggulingkan Shah Kisra II, para pemberontak bertindak melepaskan anaknya iaitu Kavadh II dari penjara (yang dipenjara oleh Shah Kisra II sendiri) untuk menaiki takhta kerajaan dan ditabal menjadi Shahanshah baru menggantikan Kisra II pada tahun 628.

Kisra II di tangkap dan dibunuh oleh anaknya sendiri yang membalas dendam ke atas bapanya yang pernah memenjarakan beliau. Shah Kavadh II memilih jalan berdamai dengan Maharaja Heraclius, dan di terima oleh Heraclius. Dengan itu, berakhirnya Perang Rom-Parsi 602-628.

Kematian Shah Kisra II juga sebenarnya menjadi titik permulaan kepada berlakunya Perang Saudara dalam empayar Sasaniyyah antara pihak bani Sasan yang diketuai oleh Shah Kavadh dan anaknya Ardashir III.

Pihak yang kedua ialah Shahrbaraz dari bani Mihran, dan yang ketiga ialah dari keluarga Pahlav.

Perang sesama sendiri tersebut menyebabkan empayar semakin lemah dan menjadi faktor utama kejatuhan Parsi di tangan Khulafa ar-Rasyidin.

KESIMPULAN

Perang tersebut menyebabkan kedua-dua empayar mengalami kerugian tentera dan ekonomi yang dahsyat. Kerugian yang lebih tinggi di alami oleh Parsi kerana mereka berada di pihak yang kalah dan berlakunya perang saudara selepas itu yang terus melemahkan empayar Parsi dan Rom.

Selain itu, mengikut kepercayaan umat Islam, kemenangan ajaib Rom ke atas Parsi juga disebabkan oleh turunnya ayat al-Quran yang meramalkan kemenangan Rom ke atas Parsi walaupun ketika itu Rom bagaikan tiada harapan langsung untuk menang.

Begitu juga dengan doa daripada Rasulullah SAW agar Allah menghancurkan kerajaan Parsi akibat tindakan jahat Shah Kisra II yang bertindak mengoyak surat seruan dakwah Rasulullah SAW melalui Abdullah bin Hudhafa.

Di pihak Empayar Rom, walaupun kehilangan ramai tentera dan ekonomi, moral penduduk dan askarnya semakin meningkat akibat kemenangan menakjubkan tersebut hingga menobatkan Maharaja Heraclius antara maharaja Rom terhebat yang pernah wujud tetapi statusnya tercalar selepas lahirnya seorang individu genius yang lebih hebat berbanding Maharaja Heraclius iaitu Pedang Allah, siapa lagi kalau bukan Khalid al-Walid!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Saturday, September 01, 2018

Hukuman Kepada Anggota Tentera Yang Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC)

Hukuman Kepada Anggota Tentera Yang Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC)

Sebagai benteng pertahanan utama sesebuah negara, seorang anggota tentera diterapkan latihan fizikal dan mental yang tinggi melalui operasi dan latihan serta kursus-kursus khas.

Hukuman Kepada Anggota Tentera Yang Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC)
Tentera Malaysia (Gambar hiasan).

Tetapi akan ada segelintir anggota tentera memiliki masalah dari segi disiplin dan sebagainya yang membawa kepada THTC.

Percaya atau tidak, memang gejala Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) atau Absent Without Leave (AWOL) ini banyak terjadi kepada anggota yang berkhidmat 10 tahun kebawah dalam tentera.

Jadi apa itu THTC?

Secara amnya anggota tentera, tak kiralah atasan atau bawahan tertakluk dibawah Akta Angkatan Tentera 1972.

Di bahagian perenggan V akta itu ada menyebut berkaitan THTC di item nombor 54, 55, 56 dan 57, yang merupakan sebahagian dari senarai Kesalahan Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan.
  • 54. Tinggal Tugas.
  • 55. Tidak hadir tanpa cuti.
  • 56. Membantu dan menyembunyikan perkara tinggal tugas dan tidak hadir cuti.
  • 57. Kenyataan palsu berkenaan dengan cuti.

THTC merupakan gejala sangat serius yang memberi impak kepada kekuatan Angkatan Tentera Malaysia dan di sebabkan itu ia merupakan sesuatu yang sangat di ambil berat oleh pegawai pemerintah.

Berikut merupakan senarai penuh Akta Angkatan Tentera 1972 ni untuk rujukan semua:
https://www.facebook.com/pageRGK/posts/1079339318753037

Gejala ni bukan tidak pernah di kaji dan THTC boleh berlaku di sebabkan pelbagai faktor. Antaranya masalah disiplin, mabuk, pergaduhan, hutang dan sebagainya.

Tetapi ada juga THTC berlaku di sebabkan perkara yang tidak berkaitan dengan masalah disiplin, contohnya masalah keluarga, mendapat peluang kerja lebih baik, tekanan tempat kerja dan lain-lain.

Kebiasaan juga THTC berlaku apabila seorang anggota tentera ingin menamatkan perkhidmatan lebih awal dan bukan hanya berlaku terhadap anggota bawahan, malah pegawai pun ada yang terlibat dan ianya sebenarnya membimbangkan.

Mahkamah Sivil

Hukuman tentera adalah mutlak namun jika anggota merasakan hak beliau di nafikan setelah di tuduh THTC sebenarnya beliau boleh membuat pengaduan di bawah SEKSYEN 171 (1).

Ada juga beberapa kes THTC yang mana tertuduh melantik peguam dan meminta mahkamah sivil untuk mengarahkan tentera menyemak semula hukuman.

THTC bermaksud juga meninggalkan tugas dan tanggungjawab, meninggalkan Perkhidmatan Seri Paduka Baginda, menghindarkan diri dari berkhidmat.

Hukuman penjara dua tahun dan lucut hak perkhidmatan jika sabit kesalahan.

Jangan samakan THTC dengan korang punya ponteng dan MC ya. Dalam tentera ia merupakan sesuatu yang amat serius.

Isu AWOL bukan hanya terjadi di Malaysia, contohnya di UK 65% tahanan penjara tentera ialah di sebabkan AWOL.

Hukuman

Hukuman penjara sehingga 2 tahun boleh di kenakan dan boleh dilucutkan hak dan diberhentikan.

Semasa dalam tahanan juga, satu 'latihan fizikal' khusus untuk tahanan tentera yang sihat akan di kenakan.

SOP latihan ini sudah di tetapkan dan wajib dikuti.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook

Thursday, June 14, 2018

Virginia Hall, Perisik Paling Licik Dan Berbahaya Sewaktu Perang Dunia Kedua

Virginia Hall, Perisik Paling Licik Dan Berbahaya Sewaktu Perang Dunia Kedua

Kegiatan perisikan semasa Perang Dunia Kedua (WWII) merupakan sesuatu yang cukup merbahaya bagi mana-mana perisik, kerana pergerakan mereka sentiasa diperhatikan oleh pihak musuh sama ada Kempeitai (Jepun) atau Gestapo (Nazi Jerman).

Virginia Hall, Perisik Paling Licik Dan Berbahaya Sewaktu Perang Dunia 2

Jika tersalah langkah, bukan saja operasi mereka terjejas tetapi kematian menanti di ruang seksaan atau pada muncung senapang.

Bagi perisik wanita Bersekutu, Virginia Hall, kegiatan perisikannya bukan saja gagal dikesan Gestapo tetapi menjadikannya wira yang tak didendang semasa perang.

Anak kelahiran Baltimore, Maryland ini dilahirkan pada 6 April 1906 dalam sebuah keluarga berada.

Beliau memulakan pembelajaran di Roland Park Country School sebelum menyambung pendidikan di Radcliffe College dan Barnard College (kini Universiti Columbia).

Semasa di dua institusi berkenaan, Hall mempelajari Bahasa Jerman, Itali dan Perancis.

Selepas mendapat restu kedua-dua ibu bapanya untuk menamatkan pelajaran di benua Eropah, beliau mengembara ke sana dan belajar di Jerman, Perancis dan Austria sebelum diambil sebagai kerani di Kedutaan Amerika di Warsaw, Poland pada tahun 1931 sebelum bekerja di Konsulat Amerika di Smyrna, Turki.

Bagaimanapun, pada tahun 1932, hasratnya untuk menyertai Perkhidmatan Luar (Foreign Service) tidak kesampaian selepas tertembak kaki kirinya semasa ekspedisi memburu di Turki.

Ini menyebabkan kaki kirinya dipotong dan Hall terpaksa menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada kayu.

Jadi, bagaimana wanita secekal Hall ini boleh terjerumus dalam dunia perisikan?

Ia berbalik semula kepada cubaannya menyertai Perkhidmatan Luar.

Penyertaannya pada kali pertama ditolak atas alasan Hall seorang wanita, satu komen yang dianggap mengejutkan menurut Judith Pearson, penulis buku biografinya yang bertajuk The Wolves at the Door: The True Story of America’s Greatest Female Spy.

Permohonan Hall buat kali kedua turut ditolak kali ini bukan atas sebab gender tetapi atas faktor kecacatan kaki yang dialaminya.

Kecewa dengan kerenah Perkhidmatan Luar, beliau meletak jawatan dari Jabatan Negara Amerika Syarikat dan mengembara ke Paris sebagai orang awam semasa negara itu diancam serangan tentera Nazi Jerman.

Di sini, Hall menjadi pemandu ambulans untuk tentera Perancis tetapi terpaksa melarikan diri ke Britain selepas Perancis jatuh ke tangan rejim pimpinan Adolf Hitler.

Dalam sebuah parti koktel, beliau meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap Hitler dengan para tetamu lain.

Ketika inilah menurut Pearson, seorang wanita tidak dikenali menyerahkan kad bisnesnya kepada Hall dan memberitahu, “Jika anda berminat untuk menghalang Hitler, datang dan jumpa saya.”

Wanita tersebut merupakan inspirasi kepada salah seorang watak pembantu siri James Bond, Miss Moneypenny yang bernama Vera Atkins.

Vera Atkins diberi amanah oleh Perdana Menteri Winston Churchill untuk merekrut individu yang berkelayakan sebagai ejen untuk Operasi Khas Eksekutif (Special Operations Executive (SOE)).

Vera Atkins tertarik dengan keupayaan Hall bertutur dalam pelbagai bahasa, mempunyai pengetahuan berkenaan lokasi-lokasi perkampungan Perancis dan kemampuannya untuk berfikir pantas.

Selepas mendapat latihan sebagai operator radio, Hall merupakan ejen wanita pertama SOE di Perancis.

Untuk mengelakkan kehadirannya dihidu Gestapo atau ejen yang berkhidmat dengan rejim Vichy Perancis, beliau diberi pengenalan dan dokumen palsu sebagai seorang wartawan Amerika untuk akhbar New York Post.

Dalam masa singkat, Hall menunjukkan kebijaksanaannya bukan saja dalam mengesan pergerakan tentera dan pos kawalan tentera Nazi malah membentuk rangkaian perisik anti-Nazi di Perancis.

Ini berdasarkan objektif SOE yang mahu menjejaskan keupayaan rejim Nazi Jerman dengan taktik ‘Eropah terbakar’.

SOE mungkin tiada peralatan perisikan canggih tetapi itu tidak menghalang mereka menjadi kreatif dalam menyampaikan pesanan.

Hall akan menghantar berita mengandungi mesej rahsia kepada editor di New York untuk pengetahuan penyelia-penyelianya di London.

Dan sekiranya ada penghantaran maklumat, beliau meletakkan pasu bunga geranium pada tingkap semasa menetap di Lyon.

Maklumat tersebut tersembunyi di sebalik bata atau arahan pergi ke sebuah kafe di mana pelayan akan menghantar gelas dengan ada sesuatu melekat di bawahnya.

Kerana kecerdikannya itu juga meletakkan Hall dalam radar pihak Nazi Jerman.

Ketua Gestapo, Klaus Barbie yang turut dikenali sebagai Penyembelih Lyon menggelarnya perisik pihak Bersekutu paling berbahaya.

Selepas Gestapo mengedarkan poster gambaran dirinya kepada orang ramai, Hall terpaksa melarikan diri dengan berjalan sejauh 50 batu merentasi Pergunungan Pyrennes untuk sampai ke Sepanyol.

Perjalanan tersebut dianggap mencabar kerana berlaku pada musim sejuk, kesulitan menggunakan kaki palsu dan keengganan pemandunya dari Sepanyol untuk memandunya keluar atas alasan beliau seorang wanita dan menggunakan kaki palsu.

Selepas tiba di rumah selamat SOE, Hall berhubung dengan penyelianya di London bahawa beliau selamat tetapi memberitahu kaki palsunya yang diberi nama Cuthbert menyusahkannya.

SOE yang menyangka Cuthbert seorang pemberi maklumat membalas, “Sekiranya Cuthbert menyusahkan anda, hapuskan dia.”

Memandangkan situasi merbahaya yang dihadapi Hall sebelum itu, tidaklah mengejutkan mengapa SOE enggan menghantar beliau kembali ke England.

Ini memaksa beliau menyertai agensi yang merintis kepada penubuhan Agensi Perisikan Pusat (CIA), Pejabat Perkhidmatan Strategik (OSS).

Pada tahun 1944, Hall dihantar kembali ke Perancis bukan menggunakan kaedah payung terjun tetapi menggunakan kapal torpedo British.

Untuk mengelak dikesan anak buah Barbie, beliau menyamar sebagai seorang penjual susu wanita berumur 60 tahun.

Kakinya sengaja dialihkan untuk menyembunyikan ketempangannya itu dan beliau turut memakai skirt panjang untuk menambah berat.

Dan untuk mengelak isyarat radio dikesan pihak Gestapo, Hall bersembunyi di ruang loteng dan bangsal.

Antara tugasnya beberapa bulan sebelum kempen D-Day ialah mengatur kedudukan senjata api dan bekalan dijatuhkan untuk kumpulan penentang dan melaporkan pergerakan tentera Nazi ke London.

Semasa D-Day, Hall bersedia menggerakkan tiga batalion pejuang anti-Nazi Perancis untuk melancarkan misi sabotaj ke atas tentera Jerman yang berundur.

Menerusi laporan terakhirnya kepada markas operasi di London, pasukan beliau berjaya memusnahkan empat jambatan, mengganggu pergerakan keretapi barang, memotong talian telefon dan memusnahkan landasan-landasan keretapi utama.

Mereka juga bertanggungjawab membunuh 150 tentera Nazi dan menawan 500 lagi tentera.

Selepas tamat perang, Hall dianugerahkan pingat Distinguished Service Cross, anugerah kedua tertinggi tentera Amerika Syarikat untuk keberanian.

Beliau juga mencipta sejarah sebagai satu-satunya wanita yang mendapat pingat berkenaan semasa WWII.

Hall bagaimanapun mahu menerimanya dalam satu upacara kecil di pejabatnya yang disaksikan oleh ibunya dan pengasas OSS, Mejar Jeneral William J. Donovan.

Sepupu Hall bernama Lorna Catling berkata, “Beliau sentiasa mengelak publisiti.

Beliau sentiasa berkata, ‘Itu cuma enam tahun daripada kehidupan saya.’

Hall juga jarang berbicara berkenaan kerjanya sebagai perisik termasuk dengan keluarganya sendiri.

Catling menceritakan dia ada menerima surat Hall yang dihantar semasa perang.

Dalam surat itu, beliau menulis, “Orang Jerman sudah menangkap beberapa orang dan menggantung mereka dengan cangkuk pemotong daging.”

Surat tersebut dianggap mengerikan bagi Catling.

Malah, Pearson menceritakan pada tahun 1950-an, OSS mengeluarkan satu memo yang membenarkan Hall bercerita pengalamannya sebagai perisik semasa WWII.

Tetapi beliau tetap tidak menceritakan pengalaman tersebut kepada sesiapa kerana itulah cara hidupnya sebagai perisik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thepatriots

Thursday, June 07, 2018

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Ramai Tidak Pernah Tahu

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Ramai Tidak Pernah Tahu

Tahun itu adalah tahun 1966, ketika kemuncak perang dingin di antara kuasa-kuasa besar, sebuah pesawat pengebom B-52 milik Amerika Syarikat membawa empat biji bom termonuklear menghadapi kemalangan selepas berlanggar dengan sebuah kapal terbang pengisi minyak berdekatan sebuah kampung di Timur Laut Sepanyol, bernama Palomares.

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Satu daripada bom tersebut jatuh berdekatan Kampung Palomares yang dihuni 1,200 orang penduduk namun berkeadaan baik.

Sebuah lagi berjaya ditemui oleh seorang nelayan di tepi sungai, juga dalam keadaan sempurna.

Sebuah lagi jatuh di tengah kampung Palomares merembeskan hampir 20kg plutonium ke kawasan sekitarnya, sementara sebuah lagi hilang tidak diketahui dimana.

Inilah tragedi bom nuklear yang jarang diceritakan dalam sejarah, berlaku di Sepanyol.

Sangat bernasib baik

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Bagi warga kampung tersebut, syukurlah tidak ada yang meninggal dunia atau menghidap kanser ekoran kejatuhan bom tersebut di kawasan mereka.

Bagaimanapun, usaha membersihkan kawasan tersebut mengambil masa lebih 3 bulan dengan bantuan 1,600 pakar dari Amerika Syarikat.

Setiap satu bom yang jatuh itu sebenarnya mempunyai kekuatan berkali-kali ganda kekuatan bom yang dijatuhkan di Hiroshima beberapa puluh tahun sebelum itu.

Insiden kejatuhan empat biji bom itu berlaku ekoran letupan yang terhasil semasa kapal terbang B-52 itu sedang mengisi minyak diudara bersambung dengan kapal terbang pengisi minyak KC-135.

Kesemua individu dalam kapal terbang pengisi minyak itu terbunuh dan 3 daripada 7 pengendali B-52 terkorban dalam nahas ini.

Kejatuhan dua biji bom itu ke kawasan orang ramai tidak mengakibatkan sebarang kematian atau kemusnahan harta benda.

Namun, penduduk mula berkumpul di sekeliling bom yang jatuh kerana tidak mengetahui apa yang telah jatuh.

Misi pencarian bom yang hilang

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Pencarian untuk mencari bom nuklear yang hilang itu dilakukan selama 80 hari.

Insiden itu menimbulkan ketegangan antarabangsa, berikutan wujud beberapa negara lain yang seakan-akan berminat mahu menjadi pemilik kepada bom tersebut.

Kerajaan Amerika Syarikat mula menghantar kapal-kapal serta pasukan penyelam, kerana payung terjun bom tersebut ditemui dan dipercayai bom tersebut jatuh ke dalam laut.

Bom tersebut ditemui 780 meter di bawah dasar laut, tersekat di antara jurang bawah lautan.

Kerja-kerja mengangkat bom itu agak sukar sehinggakan bom tersebut jatuh lebih dalam ketika cubaan pertama menaikkannya pada 15 Mac 1966.

Ini menyebabkan proses pencarian dimulakan semula.

Pada 2 April 1966, bom tersebut berjaya ditemui pada kedalaman 880 meter.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, sebuah kapal selam tanpa pemandu digunakan bagi menaikkan bom tersebut namun kapal selam tersebut tersangkut dengan payung terjun bom tersebut.

Nasib baiklah, pihak tentera laut Amerika Syarikat berjaya juga membawa kapal selam tersebut secara perlahan-lahan sebelum penyelam memasang kabel bagi menaikkan bom itu pada kedalaman 30 meter.

Kesan radioaktif masih kekal sehingga berpuluh tahun

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Selepas semua proses permbersihan dilakukan, bagi mengembalikan keyakinan penduduk Palomares dan Sepanyol, pemimpin kerajaan Sepanyol ketika itu iaitu Menteri Luar, Manuel Fraga dan Duta Amerika Syarikat ke Sepanyol, Anigier Biddle Duke mengadakan gimik bermandi manda di pantai Palomares, untuk menunjukkan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Sejarah itu berjaya disenyapkan selama beberapa tahun sebelum satu kajian pada tahun 90-an menunjukkan kewujudan bahan americium, salah satu sisa plutonium masih tinggi di kawasan jatuhan bom.

Kajian lebih mendalam menunjukkan hampir 50,000 kaki persegi tanah di situ masih lagi tercemar.

Pada tahun 2003, kerajaan Sepanyol mengumumkan mana-mana kawasan yang diisytiharkan masih tercemar dilarang untuk digunakan bagi sebarang aktiviti.

Bagaimanapun, kesannya masih terus wujud di Palomares tanpa ada sebarang usaha membersihkannya dengan lebih sempurna.

Kisah 4 Bom Nuklear Yang Jatuh Di Sepanyol Yang Ramai Tidak Pernah Tahu

Hanya pada 19 Oktober 2015, kerajaan Sepanyol dan Amerika Syarikat menandatangani perjanjian pembersihan dan pembuangan kesemua tanah yang tercemar dengan bahan radioaktif.

Amerika Syarikat bersetuju untuk menyimpan kesemua tanah yang telah tercemar di Sepanyol ke negara mereka, dengan kawasan Nevada yang menjadi pusat ujian bom nuklear menjadi pilihan kerajaan Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

Tuesday, April 03, 2018

Rusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'

Rusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'

Rusia mendakwa telah berjaya menguji peluru berpandu balistik rentas benua terbaharunya (ICBM), pada Jumaat (30/3/2018) yang dianggap sebagai senjata paling 'dahsyat' dari senjata 'syaitan' miliknya sebelum ini!

Rusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, pelancaran yang dilakukan dari Plesetsk di barat laut Rusia itu bagi menguji prestasi peluru berpandu yang dinamakan Sarmat.

Sarmat bertujuan untuk menggantikan Voyevoda yang direka di zaman era Soviet dahulu,iaitu ICBM paling berat di dunia yang turut menerima jolokan peluru "syaitan".

Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa tiada mana-mana negara mampu menandingi teknologi peluru berpandu terkini Rusia ketika ini.

Putin berkata Sarmat yang seberat 200 tan metrik itu mempunyai keupayaan lebih tinggi daripada Voyevoda, yang membolehkannya menyerang sasaran di mana saja di dunia.

Beliau menambah bahawa Sarmat juga membawa sejumlah besar kepala peledak nuklear, yang lebih berkuasa daripada yang ada pada Voyedova.

Beliau juga berkata ICBM baharu itu lebih pantas daripada pendahulunya, menjadikannya lebih sukar bagi musuh untuk memintasnya.

Rusia Cipta Sarmat, Peluru Berpandu Yang Digelar 'Syaitan'

Sarmat boleh membawa pelbagai kepala peledak yang mampu mengelakkan pertahanan anti peluru berpandu.

Bagaimanapun, pihak tentera Amerika Syarikat turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga mempunyai kapal terbang yang digelar "Doomsday" yang bersedia bila-bila masa untuk mengatasi dan memusnahkan peluru berpandu Rusia itu.

Sementara itu, penulis dan ahli akademik Amerika Syarikat (AS), James Petras berkata Rusia mampu memusnahkan sekurang-kurangnya 50 bandar besar di AS sekiranya Moscow melancarkan peledak nuklearnya ke negara itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!

sumber: astroawani

Sunday, December 31, 2017

Perang Korea (1950-1953) Yang Mengorbankan 2 Juta Nyawa!

Perang Korea (1950-1953) Yang Mengorbankan 2 Juta Nyawa!

Perang Korea bermula sebagai perang saudara dari 1950 hingga 1953 di Semenanjung Korea, yang telah dibahagikan kepada kawasan yang ditakluki antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet selepas Perang Dunia Kedua.

Perang Korea (1950-1953) Yang Mengorbankan 2 Juta Nyawa!

Perang saudara ini bermula pada 25 Jun 1950, apabila Korea Utara menyerang Korea Selatan lalu berkembang pesat apabila Amerika Syarikat dan selepas itu Republik Rakyat China campur tangan dalam konflik ini. Konflik ini tamat selepas gencatan senjata tercapai pada 27 Julai 1953.

Di Korea Selatan, peperangan ini dikenali sebagai Perang 6•25 (Korea: 6•25) yang merujuk kepada tarikh bermulanya perang ini walaupun ia secara rasminya dipanggil sebagai “Perang Korea” (Han-guk Jeonjaeng); manakala di Korea Utara pula, konflik ini dikenali secara rasminya sebagai Perang Pembebasan Tanahair (Fatherland Liberation War).

Perang Dingin

Perang Korea merebak sehingga menjadi medan pertelingkahan ideologi – ideologi Komunisme (diterajui oleh Soviet Union, China dengan Korea Utara sebagai penggerak) dan ideologi demokrasi yang ditegakkan oleh Amerika Syarikat yang mahukan kerajaan Korea Selatan terus bertahan dan bertapak.

Ketika konflik ini bermula, terdapat beberapa medan persaingan ideologi yang dilancarkan oleh pergerakan komunisme seperti Darurat di Semenanjung Tanah Melayu, pemberontakan menentang penguasaan Perancis di Indochina.

China memberikan sokongan kuat kepada Korea Utara manakala Kesatuan Soviet memberikan sokongan material dan juga senjata – juruterbang pesawat Mig-15 yang bertembung dengan juruterbang Amerika Syarikat ramai terdiri daripada jurterbang Soviet.

Korea Selatan menerima sokongan dan bantuan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diterajui oleh Amerika Syarikat).

Amerika Syarikat secara rasminya mentakrifkan perang ini sebagai operasi ketenteraman (policing action) walaupun secara meluasnya konflik ini dikenali dengan panggilan Perang Korea.

Penggunaan operasi ketenteraman oleh kerajaan Ameriak Syarikat (Pentadbiran Presiden Truman) adalah untuk mengelakkan keperluan Presiden Truman mendapakan mandat pengisytiharan perang oleh Kongres Amerika Syarikat.

Sebilangan pihak memanggil konflik ini “Perang Yang Dilupakan” (The Forgotten War) kerana konflik ini terlaksana pada skala yang besar tetapi tidak diberikan perhatian berbanding dengan Perang Dunia Kedua dan juga Perang Vietnam.

Jumlah Kematian

Menurut data Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, sebanyak 33,686 korban perang bersama dengan 2,830 korban bukan perang telah berlaku dalam peperangan ini.

Korban perang AS sebanyak 8,516 sewaktu serangan pertama mereka terhadap askar China pada 1 November 1950.

Korea Selatan melaporkan sebanyak 373,599 kes kematian orang awam dan 137,899 kes kematian askar.

Sumber-sumber Barat menganggarkan bahawa Askar Sukarelawan Rakyat China (People's Volunteer Army, PVA) mendapat kerugian sebanyak 400,000 askarnya terkorban dan 486,000 yang lain cedera, manakala sebanyak 215,000 askar KPA dan 303,000 cedera.

Data daripada sumber rasmi China pula melaporkan PVA kehilangan 114,000 askar daripada sebab perang dan 34,000 askar daripada sebab bukan perang, 340,000 yang cedera dan 7,600 askar hilang sewaktu perang itu berlangsung. 7,110 tahanan perang China dikembalikan ke negara mereka.

Sumber-sumber China turut melaporkan kerugian Korea Utara sebanyak 290,000 askar yang terkorban, 90,000 askar ditangkap serta sebilangan besar orang awam terkorban.

China dan Korea Utara menganggarkan sekitar 390,000 askar AS, 660,000 askar Korea Selatan dan 29,000 askar PBB telah "disingkirkan" daripada medang perang.

Kajian terbaru mengumpulkan jumlah kematian keseluruhan pada kedua-dua pihak sekitar lebih 1.2 juta orang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat

sumber: wikipedia

Monday, December 25, 2017

Hari Krismas Yang Menyatukan Dua Musuh!

Hari Krismas Yang Menyatukan Dua Musuh!

Sambutan hari Krismas atau juga dikenali sebagai hari Natal yang diraikan penganut Kristian merupakan salah satu sambutan yang sinonim dalam kalendar dunia. Majoriti sambutan ini berlangsung pada 25 Disember setiap tahun walaupun dibeberapa tempat lain ada yang merayakannya pada 7 Januari kerana mengikut kalendar berbeza.

Hari Krismas Yang Menyatukan Dua Musuh!

Namun, tahukah anda, pada 24 Disember 1914, telah bermula 'Hari gencatan Senjata Krismas' atau Christmas Truce of 1914 antara dua blok sekutu yang sedang berperang di Eropah ketika itu.

Blok pertama, terdiri daripada gabungan Perancis, British, Rusia, Amerika Syarikat dan negara-negara Komanwel.

Manakala blok kedua, terdiri dari Jerman dan rakan sekutunya seperti Austria-Hungary, Empayar Turki Uthmaniyah dan Bulgaria.

Semasa hari Krismas mula menjelang pada Disember tahun 1914, ramai tentera yang merindukan kampung halaman, terbayang hidangan enak di malam perayaan.

Oleh yang demikian dimedan perang, apabila hari Krismas hampir tiba, mula kedengaran ura-ura 'gencatan-senjata' buat sementara waktu antara kedua-dua pihak yang berperang.

Disebuah kawasan yang bernama Ypres di Belgium, hampir 100,000 tentera British dan Jerman yang sedang berperang, masing-masing berada di kubu pertahanan sendiri.

Sungguhpun tiada pengumuman rasmi tentang gencatan senjata itu, kedua-dua pihak telah menghentikan segala bentuk serangan menjelang Krismas.

Hari Krismas Yang Menyatukan Dua Musuh!

Askar-askar yang bertugas dibahagian semboyan ditugaskan untuk menyampaikan mesej dan nota tentang cadangan gencatan senjata sempena hari krismas.

Mesej-mesej saling dihantar antara kedua-dua pihak.

Antara mesej yang dihantar pihak Jerman berbunyi, "Jerman tidak akan melepaskan tembakan selagi British juga tidak berbuat demikian."

Parit, kubu dan benteng pertahanan dihias dengan cahaya lilin. Hidangan istimewa turut disajikan meskipun ia sebenarnya serba ringkas. Muzik-muzik hiburan turut kedengaran.

Pagi 25 Disember 1914, tentera Jerman dan British bertemu di sebuah kawasan lapang dan saling mengucapkan selamat antara satu sama lain.

Mereka sama-sama menjamu hidangan dan minuman seperti biasa, bagaikan bukan berada dalam situasi peperangan.

Malah, kedua-dua pihak meraikan Krismas dengan bermain bola sepak, sukan kegilaan masyarakat Inggeris dan Jerman.

Hari Krismas Yang Menyatukan Dua Musuh!

Mereka melupakan seketika permusuhan dalam perang dan lebih menarik, perlawanan bola sepak tersebut adalah 50 sebelah, dengan lebih kurang 100 orang pemain berebut sebiji bola.

Malah, salah seorang daripada tentera Jerman yang turut sama pada waktu itu adalah seorang askar berpangkat Koperal yang bertugas sebagai 'penghantar-mesej' iaitu Adolf Hitler!

Ada juga kisah menyebut bahawa usaha kearah gencatan senjata sempena Hari Krismas itu dipelopori oleh majoriti anggota berpangkar rendah, tidak kira dari pihak British mahupun Jerman.

Sedangkan pegawai-pegawai tinggi dari kedua-dua belah pihak seakan tidak menyenangi tindakan itu.

Gencatan senjata sejak Krismas tahun 1914 itu dilihat berpanjangan melewati bulan Februari 1915.

Banyak insiden diperbatasan perang dimana hanya 'tembakan angin' yang dilancarkan dari kedua-dua pihak, sekadar melepaskan tembakan di udara ekoran peristiwa gencatan senjata Krismas 1914.

Kisah ini kemudiannya kekal dalam sejarah. Apa yang boleh dipelajari, manusia mampu bersatu dalam hal-hal tertentu terutamanya dalam perkara yang punyai persamaan.

Hari Krismas Yang Menyatukan Dua Musuh!

Lihat saja kisah diatas, elemen bola sepak dan Krismas ternyata mampu menyatukan pengikut dua kuasa yang sedang berperang.

Tapi, kita di Malaysia?

Bola sepak atau hari raya apatah lagi politik, tetap bertelagah sesama sendiri.

Buat semua pembaca yang beragama Kristian, Selamat Menyambut Hari Natal.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Asal-usul Sambutan Hari Krismas

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, December 06, 2017

Area 51 Pangkalan Tentera Paling Sulit Amerika Syarikat

Area 51 Pangkalan Tentera Paling Sulit Amerika Syarikat

Area 51 menjadi rahsia selama beberapa dekad sebelum akhirnya dibongkar oleh central Intelligence Agency (CIA) pada tahun 2013. Kamera CIA berjaya merakam beberapa keping gambar tapak Area 51 yang beroperasi di tanah lapang Nevada, Amerika Syarikat.

Area 51 Pangkalan Tentera Paling Sulit Amerika Syarikat

Area 51 merupakan sebuah kawasan ketenteraan yang diasaskan sejak tahun 1950an yang bertujuan untuk menguji operasi pesawat pengintip U2 dan SR71.

Apa yang pasti, Area 51 tidak mengalu-alukan kehadiran orang awam.

Pemasangan ratusan sensor membuatkan sebarang langkah anda melintasi garisan sempadan, amaran akan berbunyi dan anda akan tertangkap dalam masa yang sangat singkat.

Fakta menarik berkenaan Area 51

Nama kawasan diambil dari kawasan yang dikelaskan oleh Tapak Ujian Nevada (kini dikenali Tapak Keselamatan Kebangsaan Nevada), 105 kilometer di utara Las Vegas. Kawasan ini pernah menjadi tapak ujian senjata nuklear pada tahun 1950-an di mana 100 ujian berkenaan dijalankan di atas tanah.

Terkenal kerana didakwa menjadi kawasan kajian dan pembangunan (R&D) untuk teknologi makhluk asing oleh beberapa orang termasuk Bob Lazar.

Salah satu kapal makhluk asing yang dikatakan dibawa ke Area 51 ialah kapal angkasa makhluk asing yang terhempas di Roswell.

Bagaimanapun pada tahun 1994, USAF mengeluarkan satu laporan yang menjelaskan objek yang terhempas di Roswell sememangnya belon tetapi bukan belon kaji cuaca.

Sebaliknya, ia sebenarnya belon pemantau atom yang dilancarkan untuk mengesan ujian nuklear yang diadakan di tempat yang jauh.

Sebut pasal Lazar, dia pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan satu kawasan yang bernama S4 sebagai kawasan kajian kapal makhluk asing, tetapi selepas disiasat, Lazar didapati memalsukan semua info termasuk maklumat latar belakangnya.

Antara dakwaannya ialah dia pernah menuntut di MIT dan Caltech tetapi kedua-dua institusi berkenaan tidak menyimpan rekod berkenaan Lazar di situ.

Walaupun ada dalam peta, ia tak semestinya boleh dilawati begitu saja. Area 51 merupakan kawasan larangan dan dikawal rapi pengawal bersenjata yang meronda perimeter kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka juga yang terjejas dengan kerahsiaan pihak tentera berkenaan Area 51.

Ada sesetengah memfailkan tuntutan pampasan atas masalah pernafasan yang dihadapi semasa bekerja di Area 51.

Ini disebabkan mereka terdedah dengan bahan kimia akibat lapisan pelindung yang terbakar yang melindungi pesawat daripada radar.

Kawasan ujian Tentera Udara USA

Didakwa sebagai tempat memalsukan peristiwa manusia mendarat di bulan tetapi dibuktikan sebagai palsu, malah sesetengah peralatan seperti kenderaan perayau dan sistem sokongan kehidupan turut diuji di Nevada berhampiran sebuah tapak ujian nuklear.

Secara rasmi, Area 51 merupakan sebahagian daripada Lapangan Latihan dan Ujian Nevada (NTTR) dan ada kaitan dengan Pangkalan Tentera Udara Nellis.

NTTR merupakan kawasan terbesar bagi operasi tentera masa aman yang meliputi 2.9 juta ekar persegi dan kawasan udara terhad seluas 5,000 batu.

Untuk menarik minat pekerja bekerja di Area 51, kawasan tersebut diberi nama baru iaitu Paradise Ranch oleh salah seorang orang kuat Lockheed, Johnson.

Area 51 terus beroperasi sebagai tapak ujian pesawat rahsia lain termasuk A-12, D-21 Tagboard dan F-117 Nighthawk. Buktinya pada September tahun 2018 lepas, seorang Kolonel USAF terbunuh apabila pesawatnya terhempas di Nevada dan Pentagon tidak mengenalpasti dengan cepat pesawat yang dipandu juruterbang tersebut. Ramai mengesyaki juruterbang itu sebenarnya memandu pesawat asing yang dirampas oleh Amerika Syarikat.

Orang awam boleh memandu hingga ke pintu masuk atau pintu belakang Area 51 tetapi jangan mengada-ada nak masuk. Jika anda berani berbuat demikian, anda akan ditahan dan dikenakan denda $1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali atas kesalahan menceroboh.

Pada tahun 2016, imej Google Earth mendedahkan wujud pembangunan kawasan landasan dan hangar di Area 6 berhampiran tapak ujian Yucca Flat.

Tidak diketahui apa yang diuji di situ tetapi Jabatan Pertahanan (DOD) dan Jabatan Keselamatan Tanah Air (Homeland Security) menggunakan tapak tersebut. Analisis pakar keselamatan menyifatkan ia merupakan kawasan ujian dron pengintip dan pengesan dua jabatan tersebut.

Tiada kapal angkasa lepas makhluk asing di Area 51 tetapi pihak Amerika ada menyimpan pesawat MiG yang dirampas semasa Perang Dingin pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Pesawat-pesawat ini diberi label HAVE DOUGHNUT, HAVE FERRY dan HAVE DRILL.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, November 11, 2017

Pertempuran Teluk Leyte Perang Laut Terbesar Dalam Sejarah

Pertempuran Teluk Leyte Perang Laut Terbesar Dalam Sejarah

Pertempuran Teluk Leyte yang sebelum ini dikenali sebagai Pertempuran Kedua Laut Filipina, secara amnya dianggap sebagai pertempuran laut terbesar Perang Dunia II dan oleh beberapa kriteria, mungkin pertempuran laut terbesar dalam sejarah.

Pertempuran Teluk Leyte Perang Laut Terbesar Dalam Sejarah

Ia telah berlaku di perairan Teluk Leyte, berhampiran kepulauan Filipina seperti Leyte, Samar dan Luzon, dari 23–26 Oktober 1944, antara gabungan tentera Amerika dan Australia dengan Tentera Laut Imperial Jepun.

Pada 20 Oktober, tentera Amerika menceroboh pulau Leyte sebagai sebahagian daripada strategi yang bertujuan untuk mengasingkan Jepun dari negara-negara yang ia takluki di Asia Tenggara dan khususnya menafikan tentera dan industri penting bekalan minyaknya.

Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) mengerah hampir kesemua saki baki kapal tentera laut utamanya dalam usaha untuk mengalahkan pencerobohan Bersekutu tetapi telah ditangkis oleh Armada Ke-3 dan Armada Ke-7 Tentera Laut A.S.

IJN gagal mencapai objektifnya, mengalami kerugian yang amat besar dan tidak lagi bertempur dalam keadaan yang serupa selepas itu.

Majoriti kapal-kapal beratnya yang masih selamat, tidak diberi bahan api, kekal di pangkalan mereka untuk keseluruhan Perang Pasifik.

Pertempuran Teluk Leyte Perang Laut Terbesar Dalam Sejarah

Pertempuran Teluk Leyte ini terdiri daripada empat pertembungan berasingan di antara kuasa-kuasa yang bertentangan: Pertempuran Laut Sibuyan, Pertempuran Selat Surigao, Pertempuran Tanjung EngaƱo dan Pertempuran Samar, serta pertarungan-pertarungan yang lain.

Ia merupakan pertempuran pertama yang mana pesawat udara Jepun melakukan serangan teratur kamikaze.

Pada masa pertempuran, pihak Jepun mempunyai sedikit pesawat berbanding pasukan Bersekutu yang mempunyai kapal laut, menunjukkan perbezaan kuasa di kedua-dua belah pihak pada waktu peperangan itu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Kapal Selam Terbaik Sewaktu Perang Dunia Kedua

sumber: wikiwand