Monday, January 01, 2018

'Bacha Bazi' Sisi Gelap Tradisi Pelacur Lelaki Di Afghanistan

Loading...

Afghanistan, tiada apa yang menarik hendak diceritakan tentang negara ini, sebuah negara yang mendaulahkan Islam, tetapi kehidupan masyarakatnya terlalu mundur, kotor, kolot dan ekstrem.

'Bacha Bazi' Sisi Gelap Tradisi Pelacur Lelaki Di Afghanistan

Disebalik nama Islam yang dijulang-julang, siapa sangka ada sisi gelap tradisi menjijikkan yang disembunyikan dari dunia luar.

Tradisi yang mengeksploitasi remaja lelaki untuk dijadikan pelacur homoseksual dan yang sadisnya, ia melibatkan remaja lelaki yang berusia antara 10 hingga 15 tahun.

Remaja lelaki akan dipaksa untuk mengenakan pakaian wanita, menari dihadapan sejumlah penonton lelaki yang kehausan seksual untuk menghiburkan mereka.

Bukan itu sahaja, penghibur-penghibur remaja lelaki yang dikenali sebagai Bacha Bazi ini juga turut mengalami penyeksaan seksual oleh lelaki dewasa selepas selesainya pesta tarian.

Kemiskinan di Afghanistan menjadi salah satu alasan berkembangnya tradisi mengarut ini.

Bapa ayam akan turun ke seluruh pelusuk negara untuk mencari remaja-remaja 'jambu' dan memujuk keluarga mereka dengan janji pekerjaan ataupun pendidikan.

Namun, hakikatnya berbeza kerana mereka ditipu bukan saja tiada pendidikan diberikan, malah dilatih menjadi penari, dipaksa tampil dengan pakaian wanita, lengkap dengan loceng-loceng di kaki serta solekan pada wajah.

Mereka menari dan menjadi penghibur kepada lelaki-lelaki 'serigala' yang bila-bila masa sahaja mahu menerkam mangsa.

Selesai pesta maka itu tanda perkara lebih ngeri bakal berlaku. Remaja-remaja lelaki ini diedarkan dikalangan penonton, dibawa ke kamar-kamar hotel untuk memberikan khidmat seksual.

Bacha Bazi akan diperlakukan apa saja. Bukan setakat sodomi, malah peralatan-peralatan tumpul juga akan dimasukkan ke dalam dubur mereka.

Semakin merintih 'pelacur-pelacur' lelaki ini, semakin pelanggan mendapat kepuasan dan jika kemahuan ini tidak dituruti, penyeksaan lebih teruk menanti Bacha Bazi.

Hamba

'Bacha Bazi' Sisi Gelap Tradisi Pelacur Lelaki Di Afghanistan

Seorang 'Bacha' seperti memiliki satu hubungan istimewa dengan majikan mereka, seolah-olah hubungan hamba dan tuan.

Seorang Bacha tidak diberikan upah, tetapi majikan akan merawat mereka, memberikan makanan, menyediakan tempat tinggal serta membeli barangan keperluan.

Mereka akan dipaksa melakukan hubungan badan dengan majikan masing-masing, kemudian akan dijadikan pelacur untuk memuaskan nafsu lelaki lain selepas suatu pesta selesai.

Malangnya, di Afghanistan kelakuan terkutuk ini adalah perniagaan dan lambang kekuatan malah, perniagaan haram ini seakan-akan dilindungi pihak berkuasa.

Homoseksual Dihalalkan

'Bacha Bazi' Sisi Gelap Tradisi Pelacur Lelaki Di Afghanistan

Sesiapa yang terjebak dalam aktiviti ini juga seakan dijatuhkan hukuman seumur hidup dan diasingkan oleh keluarga serta dipencilkan oleh masyarakat.

Walaupun hubungan homoseksual dilarang dalam Islam, masyarakat Afghanistan mempunyai alasan tersendiri.

Mereka menyatakan hubungan yang dilakukan hanya melibatkan fizikal tanpa sebarang perasaan, justeru tradisi ini tiada kena mengena dengan dosa homoseksual kerana tidak terbit perasaan cinta. Alasan!

Sekalipun keperitan yang terpaksa ditanggung oleh penghibur Bacha Bazi ini, mereka tidak mempunyai pilihan.

Mereka tidak lagi mampu melarikan diri kerana selain diancam bunuh oleh majikan, mereka juga tiada tempat dalam masyarakat.

Kebiasaannya, mereka akan menjadi Bacha Bazi sehingga berusia 20 tahun dan selepas itu giliran mereka pula merekrut penghibur-penghibur baru.

'Bacha' yang dahulunya seorang remaja kini berubah menjadi majikan pula.

Dan disebabkan itulah tradisi ini amat sukar dihapuskan di Afghanistan kerana selain permintaan tinggi, ia juga merupakan tradisi yang turun dari generasi ke generasi.

Bila budaya homoseksual ini akan berakhir, tiada siapa yang tahu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Afghanistan Umpama Neraka Dunia Bagi Wanita

-SENTIASAPANAS.COM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon