Sunday, August 25, 2013

Nombor Plat Pendaftaran Kereta Yang Bernilai RM30 Juta!

Nombor Plat Pendaftaran Kereta Yang Bernilai RM30 Juta!

Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.

F1
Kereta Bugatti Veyron milik Khan dengan nombor pendaftaran F1.

Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain.

Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya.

Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain.

Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta.

F1
Khan bersama keretanya dengan nombor pendaftaran F1.

Sekiranya dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.

Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford, menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada tawaran diterima.

Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta).

Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain.

Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’. -Agensi

BACA INI JUGA: PATRIOT 1 Nombor Plat Paling Mahal Di Malaysia, RM1.3 Juta!

Sumber: Blogbahni

Tuesday, July 09, 2013

Trend Lelaki Barat Sengaja Mahu Dijangkiti HIV!

Trend Lelaki Barat Sengaja Mahu Dijangkiti HIV!

Sejenis ‘kegilaan’ baru dilaporkan semakin berkembang di Barat apabila sesetengah lelaki sengaja menjalani hidup songsang dengan harapan dapat dijangkiti virus HIV.


Aktiviti itu - digelar sebagai memburu pepijat (bug chasing) - tercetus di AS pada 1999 dalam usaha mereka mendapat kepuasan seksual.

Seorang daripada mereka yang aktif dalam aktiviti itu berkata, ada beratus-ratus lelaki di Britain mendedahkan diri masing-masing di forum dalam talian, Facebook dan Twitter.

Kebanyakan mereka kemudian bertemu dan cuba menyebarkan virus berbahaya itu yang mampu membawa maut kerana menyerang sistem imunisasi badan.

Sesetengah pemburu pepijat itu mendakwa virus HIV menyebabkan kualiti hidup mereka meningkat kerana pengambilan ubat-ubatan yang terpaksa diambil. Kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Nick, 30, dia berasa semakin bertenaga dan sihat akibat pengambilan ubat berkenaan.

“Saya menjalani ujian hati setiap tiga bulan, paras kolesterol pula dipantau dari semasa ke semasa dan ada banyak pemeriksaan kesihatan yang disediakan.

“Jika ada sebarang masalah, saya dapat mengesannya dengan cepat.

“Malah, semua perkhidmatan itu diberikan percuma oleh hospital kerajaan,” katanya ketika ditemui. Tahun lalu, 73,659 orang dirawat kerana HIV di Britain dan 43 peratus daripada mereka adalah pengamal homoseksual.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan 58 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Pada 2012 juga, perkhidmatan kesihatan Britain membelanjakan wang berjumlah £840 juta (RM3,99 bilion) sebagai kos rawatan HIV. Sementara itu, sukarelawan Yayasan Aids Elton John, Simon Prytherch berkata, amalan mengejar pepijat itu amat menakutkan dan sangat tidak bertanggungjawab.

“Apa yang kita tahu, semakin banyak rawatan gagal dan berlaku kemerosotan tahap kesihatan yang ketara,” katanya dalam satu kenyataan.

-Agensi

Thursday, July 04, 2013

Giler! Zakar Hampir Putus Digigit Jiran

Giler! Zakar Hampir Putus Digigit Jiran

Mahkamah semalam diberitahu, seorang lelaki menggigit zakar jirannya sehingga berdarah selepas mereka terbabit dalam pergaduhan berpunca daripada gangguan bunyi.

Gambar hiasan

Jason Martin, 41, dituduh membongkok dan menggigit Richard Henderson, 39, melalui pijama mangsa seelaps menerima mesej teks meminta dia memperlahankan muzik dipasangnya.

Menurut Henderson, Martin menggigit kemaluannya “seperti satu set sandwic” dan menyebabkan dia mengalami kesakitan melampau.

Diminta menggambarkan serangan itu, Henderson memberitahu juri, kemaluannya “tidak lagi bersambung dengan seluruh anggota badannya.” “Saya tak pernah mengalami kesakitan sebegitu dan tidak mahu mengalaminya sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, polis yang dipanggil ke tempat kejadian mengakui melihat mulut Martin dipenuhi darah. Bagaimanapun, tertuduh menafikan dia menggigit Henderson.

“Bagaimana saya boleh menggigit dia ketika saya tak ada gigi?” katanya.

Sejumlah gambar turut ditunjukkan kepada juri di Mahkamah Canterbury selepas mereka diberi amaran oleh pendakwa bahawa imej itu “tidak menyenangkan” untuk dilihat. Martin menafikan dia berniat untuk menyebabkan kecederaan serius kepada Henderson dalam kejadian Jun tahun lalu itu. Pendakwa, Mary Jacobson berkata, pergaduhan berlaku apabila Henderson dan pasangannya, Michelle Hilton berasa terganggu kerana muzik dimainkan dari rumah Martin pada lewat malam itu.

Sebaik keluar dari rumah masing-masing, kata Mary, Martin dan Henderson bergelut.

“Defendan menolak Henderson ke dinding, membongkok dan menggigit zakar mangsa.

“Henderson meraung kesakitan dan Michelle pula mula menjerit meminta tolong,” katanya. Martin berjaya dipisahkan daripada Henderson apabila jiran mula keluar dan cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.
-Agensi

Giler! Nyaris Nahas Pintu Kapal Terbang Disangka Tandas

Giler! Nyaris Nahas Pintu Kapal Terbang Disangka Tandas

Seorang pemain kriket Sri Lanka mencetuskan suasana panik dalam penerbangan British Airways dari St Lucia, Amerika Utara ke Lapangan Terbang Gatwick, London semalam apabila cuba membuka pintu pesawat ketika dia dan penumpang lain berada di ketinggian 35,000 kaki di udara!


Pemain kriket berasal dari Sri Lanka itu dengan yakin cuba menolak dan menarik pintu pesawat lebih 2 minit, sambil disaksikan penumpang yang tergamam dengan tindakannya itu.

Salah seorang saksi Charlene Francis, 26, berkata dia terkejut dan ketakutan melihat lelaki berkenaan tiba-tiba datang dan terus cuba membuka pintu kabin beberapa kali sekuat tenaganya.

“Rakan-rakannya menjerit minta dia menghentikannya. Ada sumber beritahu, mereka mabuk kerana mengambil minuman keras selama 4 jam sebelum menaiki pesawat,” katanya.

Pemain kriket itu hanya berhenti apabila petugas penerbangan datang menenangkannya. Dia kemudiannya memberitahu mereka dia mahu ke tandas lalu dibawakan ke pintu sebenar.

Jurucakap penerbangan berkenaan mengesahkan insiden ini dan menyatakan lelaki berkenaan sudah memohon maaf.

Nama pemain kriket Sri Lanka berkenaan bagaimanapun dirahsiakan.

[Sumber]

Tuesday, July 02, 2013

Giler! Video Pemuda Ramas Payudara 1,000 Orang Wanita

Giler! Video Pemuda Ramas Payudara 1,000 Orang Wanita

Bayangkan, seorang pemuda mendapat penghargaan apabila berjaya mencipta rekod mengarut dengan meramas payudara 1,000 orang wanita.


Lelaki dari Rusia ini telah berusaha menggapai impiannya untuk 'meramas' payudara 1,000 orang wanita dan apa yang dia impikan akhirnya tercapai dan membuktikannya didalam sebuah video.

Wanita-wanita yang terlibat disentuh payudara mereka didalam aksi ini menyambutnya dengan pelbagai reaksi, ada yang menampar, mengelak dan mendorong.

Dan ada juga yang membalas dengan pelukan serta ciuman.

Saksikan videonya;

BACA INI JUGA: Giler! Gadis Kolej Maut Selepas Orgasma Berterusan Selama 12 Minit



-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, June 23, 2013

Giler! Koleksi Kereta Mainan Bernilai RM496,525!

Giler! Koleksi Kereta Mainan Bernilai RM496,525!

Seorang lelaki Britain mempunyai koleksi kereta mainan Dinky yang menyamai sebuah kereta Ferrari berharga £100,000 (RM496,525), lapor akhbar dalam talian MailOnline.


Dia telah mengumpul kereta mainan itu sejak 60 tahun lalu.

Semua koleksi kereta mainan Dinky yang dikumpulkan itu masih berada dalam keadaan baik di dalam kotak asalnya.

Keseluruhan koleksi kereta mainan itu akan dilelong pada harga bermula dari £100,000 (RM496,525).

Koleksi-koleksi tersebut yang terdiri daripada kereta, trak dan treler mainan Dinky itu di simpan di dalam 80 buah kotak.

Pemilik koleksi tersebut yang mahu identitinya dirahsiakan mula mengumpul kereta permainan itu sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Koleksi itu akan dijual oleh firma lelongan Vectis Auctions, pada 11 Julai depan.

Seorang kakitangan firma Vectis, Nick Letherbarrow berkata, koleksi seperti itu amat jarang didapati.

"Ia merupakan satu koleksi antara yang terbaik dan mengambil masa yang lama untuk dikumpulkan," katanya. -Agensi

Saturday, June 22, 2013

Giler! Batu Berusia 1,442 Tahun Berharga RM12 Juta!

Giler! Batu Berusia 1,442 Tahun Berharga RM12 Juta!

Seorang lelaki arab yang menemui sebiji batu dikatakan batu sijil atau di panggil ‘batu neraka‘ telah di tawarkan USD$4 juta (RM12 juta). Tetapi beliau menolak tawaran tersebut. Batu yang mempunyai lukisan burung dan gajah ini dikatakan batu yang di dijatuhkan burung Ababil terhadap tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.


Ketika dalam perjalanan melalui sebuah gunung berhampiran sempadan Yaman, seorang lelaki Arab dikenali sebagai Saleh Musfer Al Gamdi telah menemui sebiji batu yang amat pelik.

Menurut beliau, batu tersebut mungkin seperti yang telah disebut dalam satu ayat Al-Quran, di mana Allah telah menghantar burung Ababil untuk membuang batu-batu Sejil (batu neraka) untuk memusnahkan tentera yang diketuai oleh ketua perang Abrahah dari Yaman yang mahu meruntuhkan Kaabah di Tanah Suci Makkah.

Setahun selepas beliau menemui batu tersebut, beliau telah ditawarkan USD$4 juta (RM12 juta) untuk batu tersebut oleh pembida.


Batu itu mempunyai keunikan dimana terdapat lukisan burung dan gajah dan berat 131 gram, betul-betul sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil.

Pakar menganggarkan bahawa batu itu berusia hampir 1,442 tahun. Di samping itu, beliau memberitahu bahawa beliau telah menjumpai batu tersebut setelah bermimpi ayah dan datuknya, satu lagi sebab untuk beliau tidak menjualnya.

-Tengoktvonline

Monday, June 17, 2013

Giler! Sanggup Jual Buah Zakar Atas Nama Seni

Giler! Sanggup Jual Buah Zakar Atas Nama Seni

Seorang penyair telah menjual buah zakarnya dengan harga RM62,000 bagi membolehkan dia membiayai perjalanannya ke Eropah.


Rafael Medina Brochero, 52, berbuat demikian bagi membolehkan dia mengambil bahagian dalam persembahan `sajak untuk keamanan di Columbia’.

Brochero bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kos pembedahan bagi membuang buah zakar itu termasuk dalam bayaran yang diterima itu.

Jelasnya, buah zakar berkenaan boleh digunakan untuk pemindahan organ dan ia juga dijadikan sup.

Meskipun ia dilihat sebagai cara paling terdesak untuk mendapatkan wang, namun Brochero melihatnya sebagai satu nilai tambah baginya.

Brochero melakukan perkara itu kerana tidak mahu kejadian sama berulang ketika dia melawat Bolivia tahun lalu.

Akibat kehabisan wang, dia terpaksa menjual cincin perkahwinannya.

Dalam pada itu, penulis buku `”The Red Market: On the Trail of the World’s Organ Brokers, Bone Thieves, Blood Farmers, and Child Traffickers” (Harper Collins), Scott Carney berkata, apa yang dilakukan oleh Brochero itu perlu dilihat sebagai projek seni.

-Mynewshub

Giler! Rancangan Membina Penempatan Manusia Di Planet Marikh

Giler! Rancangan Membina Penempatan Manusia Di Planet Marikh

Selain menerbangkan robot peninjau ke Marikh, sampai ke hari ini belum ada agensi angkasa berani melakukan misi menghantar manusia ke planet merah itu.

Gambaran artis keadaan penempatan manusia di Marikh.

Bagaimanapun, seorang bilionare telah membuat kenyataan mengejutkan apabila merancang untuk membina penempatan masa depan di planet Marikh bagi beribu-ribu penjelajah angkasa lepas.

Bilionaire berkenaan, Elon Musk, pengasas sistem pembayaran Internet, PayPal berhasrat untuk membina sebuah bandar sebesar Phuket di planet tersebut untuk 80,000 orang penjelajah.

Beliau mengumumkan rancangannya itu semasa ceramah di Persatuan Aeronautik Diraja di London pada 16 November 2012 yang lalu.

Elon Musk

Musk yang juga Ketua Pegawai Ekslusif SpaceX merupakan usahawan Amerika Syarikat paling dihormati kerana bertanggungjawab mewujudkan SpaceX, sebuah syarikat pengangkutan angkasa.

Jutawan berusia 41 tahun ini telah memiliki roket Falcon 9 untuk kegunaan membawa kargo Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Beliau bercadang untuk menghantar manusia ke Marikh menggunakan roket dan bayarannya ialah $500,000 US dolar setiap seorang.

Di Marikh, manusia boleh memulakan tamadun baru secara berdikari dan berkembang menjadi sebuah koloni yang besar. Tamadun baru itu kelak akan dibekalkan dengan teknologi canggih dan terhad kepada golongan vegetarian sahaja.

Bunyinya seperti dalam cerita sains fiksyen. Tapi, bolehkah idea ini direalisasikan menjadi realiti?

Umum mengetahui keadaan di planet Marikh dan Bumi adalah tidak sama. Suhu sejuk di Marikh sangat ekstrem iaitu -46 darjah selsius hingga -87 darjah selsius. Atmosferanya pula lebih nipis, malah tekanan udaranya juga tidak tinggi berbanding Bumi. Masalah yang dihadapi ialah bagaimana hendak menaikkan suhu di planet tersebut supaya tidak terlalu sejuk.

Justeru, keadaan ini harus diubah dan dikaji sedalamnya sebelum manusia ke sana.

Terdapat satu cadangan untuk mengubah iklim di Marikh dengan cara paling mudah iaitu dengan mencairkan kutub ais di sana. Kaedah ini dipanggil sebagai 'terraforming'. Gabungan daripada dua patah perkataan iaitu 'terra' bermaksud Bumi dan 'forming' bererti pembentukan.

Apabila kutub ais berubah menjadi cecair, proses penyejatan wap air akan berlaku. Wap-wao air kemudian terangkat ke atmosfera Marikh. Atmosfera yang tebal lebih mudah memerangkap haba. Lama-kelamaan suhu planet tersebut berubah dan menjadi lebih panas.

Turut dicadangkan juga beberapa cara lain untuk menaikkan suhu iklim di Marikh. Antaranya, membebaskan klorofluorokarbon (CFC) dan gas rumah hijau dalam kuantiti yang besar. Kaedah ini diyakini dapat mengekalkan pemanasan dan pembentukan atmosfera di sana.

Apabila keadaan sudah cukup sesuai, barulah tumbuh-tumbuhan dihantar ke sana. Kenapa tumbuh-tumbuhan? Kerana komposisi planet Marikh kebanyakannya ialah karbon dioksida. Dengan menghantar tumbuhan hijau diyakini akan dapat menambahkan lagi oksigen di sana.

Itu secara kasar bagaimana jutawan terbabit merancang mengubah iklim dan landskap planet untuk menjadikannya lebih mesra kepada kehidupan seperti di Bumi.

Apa yang dirancang ini, dari segi teknologinya memang boleh dibuat. Cuma, timbul isu etika dan tanggungjawab di sini iaitu sama ada patut atau tidak kita mengubah planet Marikh semacam itu.

Sebabnya, sekali kita memilih untuk mengubah planet Marikh sedemikian rupa, ia tidak boleh diputar-balik dan akan kekal begitu selama-lamanya.

Setakat ini, NASA belum ada misi menghantar manusia ke Marikh, melainkan cuma menghantar robot peninjau ke sana. Pendek kata, kita masih berada pada tahap meninjau sahaja keadaan geografi dan atmosfera Marikh. Belum sampai lagi ke tahap meneroka dan tinggal di sana. Ini kerana perjalanan untuk ke Marikh mengambil masa yang lama iaitu enam bulan pergi dan enam bulan kembali ke Bumi. Perjalanan jauh seperti ini sudah tentu memberi kesan kepada psikologi.

80,000 orang untuk ke Marikh bukan satu jumlah yang sedikit. Bagaimana dengan makanan dan sisa buangan mereka? Sekiranya puluhan ribu orang itu terhad dengan hanya memakan sayur-sayuran, masakan selama hidup di sana hanya makanan itu yang dimakan. Selain sayur, manusia juga memerlukan protein. Dan sayuran yang dimakan hasil tanaman di sana belum tentu nutriennya sama dengan tumbuhan di Bumi.

Justeru, kenapa kita harus ke sana? Apakah yang akan kita lakukan apabila di sana nanti? Adakah kita akan memelihara planet tersebut sebaik atau lebih baik daripada menjaga kesejahteraan Bumi sendiri?


Bagaimana kita hendak menjamin untuk tidak merosakkan atau melakukan pencemaran yang sama seperti mana terjadi di Bumi?

Sedangkan manusia di Bumi mengalami banyak masalah untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar, apatah lagi di planet lain.

Inilah cabaran utama yang perlu ditempuh sebelum generasi akan datang dapat menikmati perjalanan dan memilih untuk menetap di marikh.

-SP

Thursday, June 13, 2013

Pekerja Malang! Gaji RM8 Sebulan Selama 40 Tahun

Pekerja Malang! Gaji RM8 Sebulan Selama 40 Tahun

Demi sesuap nasi, dua orang wanita dari India telah menghambakan diri selama 40 tahun melakukan kerja-kerja mencuci tandas.


Percaya atau tidak, selama tempoh tersebut mereka mendakwa hanya dibayar sebanyak RM254 ringgit!

Itulah nasib malang yang dialami oelh kedua-dua wanita bernama Akku dan Lela Sherigar. Menurut kedua-dua wanita ini, mereka mula bekerja sebagai pencuci tandas ketika berumur 18 tahun pada tahun 1971.

Semenjak hari itu, mereka dipertanggungjawabkan untuk mencuci dan membersihkan tandas sebuah bangunan milik kerajaan di Institut Latihan Guru Wanita India.

Sepanjang tempoh itu, mereka diharuskan bekerja selama tujuh hari dalam seminggu. Lebih malang, mereka tidak mendapat apa-apa bayaran walaupun diarahkan bekerja pada hari minggu.

Hasilnya, wanita senasib ini cuma menerima gaji tahunan sebanyak RM8 setahun! Sangat tidak berbaloi dengan komitmen dan tenaga yang dicurahkan.

Menurut Akku dan Leela, sebelum ini mereka pernah dijanjikan dengan kenaikan gaji oleh pihak majikan. Namun sehingga hari ini, janji tersebut tidak dikotakan menyebabkan mereka mula hilang sabar.

Disebabkan itu, dua wanita berkenaan mengambil keputusan untuk memohon agar nama mereka disenaraikan dalam Guinness Book of World Records - sebagai individu yang dibayar gaji paling rendah di dunia.

Tindakan yang dilakukan oleh Akku dan Leela itu akhirnya mendapat reaksi orang ramai. Kebanyakan daripada mereka menyokong hasrat dua orang wanita tersebut. Tidak terkecuali juga ramai yang meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya selepas mendapat tahu nilai gaji yang tidak setimpal diterima oleh dua orang pencuci tandas itu.

Malah, kisah mereka berdua turut mendapat liputan meluas daripada pelbagai agensi, termasuklah media cetak dan elektronik. Hinggakan ia menjadi satu berita hangat yang diperkatakan oleh semua orang.

Pada tahun 2001, dua orang wanita berkenaan membuat aduan di Tribunal Pengurusan Karnataka, yang terletak di daerah Udupi selatan India. Tindakan mereka itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang di pihak majikan.

Entah dimana silapnya dan tanpa sebarang penjelasan daripada pihak terbabit, gaji dua orang wanita ini tidak dibayar.

Bak kata pepatah, 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul', namun kedua-duanya tidak cepat melatah. Meskipun upah tidak dibayar, mereka tetap meneruskan tugas harian dengan mencuci 21 buah tandas sebanyak tiga kali sehari dan tujuh hari dalam seminggu.

Cuba anda bayangkan betapa tabahnya mereka bekerja selama lebih 10 tahun tanpa dibayar gaji hingga sekarang!

Menurut Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Udupi, India, Ravindrananth Shanbhag, ramai pekerja wanita khususnya di India mengalami masalah seperti ini. Pihak pertubuhan telah melakukan sedaya-upaya untuk membawa kes seperti ini ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, jelas Shanbhag masalah yang melibatkan isu pembayaran gaji sebenarnya terlalu sukar untuk diselesaikan. Meskupun wujud tribunal untuk membela nasib pekerja di negara India, ia bagaikan tidak berkesudahan. Malah tiada jalan penyelesaian positif yang dapat dicapai.

Begitu juga kes yang dialami Akku dan Leela. Pada peringkat perbincangan di Tribunal Pengurusan Karnataka sekitar tahun 2003, pihak majikan tetap berdegil tidak mahu membayar tuntutan dua orang pekerja mereka itu, meskipun telah diarahkan oleh pihak kerajaan untuk berbuat begitu.

Pada tahun 2004, perkara sama turut berlaku apabila memasuki fasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Karnataka. Tidak berhenti di situ, tuntutan tetap diteruskan sehingga pada tahun 2010. Malangnya, pihak majikan langsung tidak mengendahkan hal itu. Lebih teruk, mereka tetap dengan keputusan untuk tidak membayar upah dua orang pekerja wanita itu.

Jelas Akku dan Leela, mereka akan terus berusaha dan tidak sesekali berputus asa selagi hak mereka belum dikembalikan.

Malah, mereka turut berharap pihak mejikan dapat menunaikan apa yang dijanjikan sebelum ini.

-SP

Friday, May 31, 2013

Giler! Gadis Kolej Maut Selepas Orgasma Berterusan Selama 12 Minit

Giler! Gadis Kolej Maut Selepas Orgasma Berterusan Selama 12 Minit

Satu kes pelik yang jarang berlaku pada penghujung 2011 yang lalu telah menyebabkan kematian pelajar Bianca Borges Bezerra, (meninggal ketika berusia 21 tahun), dari Belém (Brazil).

Bianca Borges Bezerra [2]

Dia dilaporkan telah beronani dan orgasma secara berterusan selama 12 minit, dan akhirnya mati.

Wanita muda ini dikatakan mempunyai hubungan dengan rakan gadis dari kolej tempat di belajar. Hospital yang menerima kes ini mengesahkan bahawa orgasma berterusan selama 12 minit adalah punca kematian.

"Dia memegang tilam dengan kuat menggunakan kuku beliau, membuka mulutnya dalam bentuk 'O', dan anak mata Bianca berputar-putar seolah-olah longgar dalam matanya," kata kawannya yang hadir dalam tragedi itu.

Rakannya berkata, dia menjadi curiga apabila selepas 10 minit, Bianca terus dalam kedudukan yang sama, mata berputar, mulut terbuka dan menjerit dengan kuat.

"Selepas dua belas minit dia dalam keadaan begitu, dan saya berlari menghubungi ambulans," kata rakan.

Atas permintaan keluarga, polis telah menyiasat kes ini. Dan pegawai penyiasat, seperti dinyatakan didalam jurnal G17 (http://www.g17.com.br) bahawa rakan mangsa boleh disabitkan kesalahan membunuh tanpa niat, jika dia dibuktikan bertanggungjawab atas kematian rakannya itu.

BACA INI JUGA: Awas! Perkara Yang Menyebabkan Wanita Bosan Di Ranjang!

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, May 26, 2013

Giler! Cincin Emas Bersalut Kulit Manusia

Giler! Cincin Emas Bersalut Kulit Manusia

Cincin emas yang diberi nama sebagai Forget Me Knot ini dicipta oleh seorang pereka fesyen dari Iceland yang bernama Sruli Recht. Beliau merupakan seorang warganegara Australia dan kini tinggal di Reykjavík Iceland.

Forget Me Knot

Recht adalah seorang pelajar dalam rekabentuk fesyen di RMIT University yang terletak di Melbourne. Apa yang unik, menarik dan pelik tentang cincin yang dihasilkannya ini adalah cincin ini menggunakan emas tulen serta menggunakan jalur kulit dirinya sendiri yang dibuang melalui pembedahan dan dipasang terus pada cincin emas tersebut.

Ramai pereka lain terkejut dengan idea Recht apabila beliau membuat keputusan untuk menjalani pembedahan dengan mengeluarkan jalur kulit dari perutnya sendiri.

Selepas pembedahan, sepanjang 10 milimeter kulit dengan bulu yang masih melekat diawet dan terus dipasang pada cincin emas sebagai perhiasan

Sruli Recht

Bersama-sama dengan cincin emas yang deselaputi kulit serta daging ini, pembeli juga akan menerima sijil DNA sebagai bukti bahawa cincin tersebut menggunakan kulit sebenar kepunyaan Sruli Recht serta DVD dokumentari yang mana menunjukkan proses pembedahan dan temu bual dengan pasukan yang terlibat untuk mencipta cincin ini.

Beliau menjadi terkenal kerana telah mencipta pelbagai koleksi perhiasan yang pelik. Beberapa karya awal beliau adalah termasuk barang yang dihias dengan luar biasa seperti kulit kambing yang dilahirkan mati, sutera yang diekstrak daripada kelenjar labah-labah, dan macam-macam lagi.

BACA INI JUGA: Insan Mulia Dan Sebentuk Cincin

Sumber: dairishare

Thursday, May 23, 2013

Giler! Mati Di Hempap Anggota Polis Berbadan Gempal

Giler! Mati Di Hempap Anggota Polis Berbadan Gempal

Tak tahulah nak rasa lucu atau rasa sedih bila mendengar berita pelik macam ini. Selalunya dalam filem-filem, kita biasa melihat aksi di mana polis cuba menangkap suspek dengan menangkap badan mangsa namun di Jepun baru-baru ini terjadi kejadian yang tak disangka-sangka.

Polis cantik
Gambar hiasan

Kejadian yang berlaku di Sakai, Jepun pada 9 November tahun lalu telah menyaksikan seorang wanita maut secara tidak sengaja apabila dihempap seorang anggota polis berbadan gempal yang mempunyai berat 100 kg.

Menurut laporan pihak polis, pada pukul 7 pagi hari kejadian, polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang bertindak di luar kawalan membaling barang-barang sambil menjerit-jerit.

Anggota polis berbadan gempal tersebut dikejarkan ke tempat kejadian bersama beberapa anggota yang lain sebaik menerima laporan.

Dalam cubaan untuk mengawal wanita yang bertindak liar tersebut, anggota-anggota polis menekan wanita tersebut ke tanah dengan anggota polis berbadan gempal tersebut duduk di atas bahagian belakang badan wanita tersebut.

Tidak lama kemudian, wanita tersebut pengsan dan dibawa ke hospital. Lima hari kemudian, beliau disahkan mati akibat hypoxia-ischemic encephalopathy (HIE).

Siasatan rasmi masih berjalan untuk memastikan sama ada terdapat tindakan agresif yang dilakukan anggota polis berbadan gempal tersebut yang mungkin akan disabit dengan kesalahan kecuaian semasa menjalankan tugas yang mengakibatkan kematian.

Hmm, susah juga kalau ada anggota keselamatan yang berbadan gempal ni ye.

BACA INI JUGA: Perompak Cantik Tapi Teramatlah Bodoh!

Monday, May 20, 2013

Giler! Perkampungan Orang Miskin Di Bina Atas Kubur

Giler! Perkampungan Orang Miskin Di Bina Atas Kubur

Perumahan adalah terhad di ibu negara Filipina, Manila, sehingga membuat beribu-ribu penduduk mencari alternatif kepada masalah perumahan mereka dengan membuat rumah di atas tanah perkuburan.


Bandar Metro Manila merupakan sebuah bandar yang sibuk dengan kepadatan penduduk sekitar 12 juta, ini membuat bandar itu berada di tempat ke 11 sebagai metropolitan terbesar di dunia dan juga bandar kelima paling ramai penduduk di dunia.

Majoriti penduduk di bandar ini adalah miskin di mana sebanyak 40% daripada penduduk hidup di bawah garis kemiskinan dan tinggal di kawasan setinggan.

North Cemetery Manila, kawasan perkuburan yang tertua dan yang terbesar di Manila dengan kawasan seluas 54 ekar menjadi tempat berlindung bagi mereka - batu dan marmar makam menjadi katil, elektrik dibekalkan dari jalan yang berdekatan, manakala air minuman datang dari salah satu daripada berdozen telaga yang digali di sekitar kawasan perkuburan ini.


Di sini terdapat tapak bola keranjang, gerai makanan, tempat berkaraoke, restoran malah terdapat akses internet.

Sekitar 80 pengkebumian dilakukan setiap hari dan remaja di sini di bayar 50 peso (0.50$) untuk mengangkat keranda, kanak-kanak mengumpul sampah untuk dijual, yang lain menjaga kubur agar bersih dan tidak dirompak - pencuri tulang dan barang atas kubur.

Tidak diketahui bila bermulanya penempatan di sini tetapi menurut mereka yang sampai ke sini pada 1950an, ketika itu sudah terdapat banyak penduduk yang menetap di sini.

Pada 2012, terdapat kira-kira 6000 penduduk yang menetap di North Cemetery Manila.

[Sumber]

Sunday, May 19, 2013

Giler! Pasangan Kekasih Bercium Atas Motor Di Tengah Jalanraya

Giler! Pasangan Kekasih Bercium Atas Motor Di Tengah Jalanraya

Sepasang remaja muda kantoi sedang bermesraan di motor yang sedang bergerak.


Pemandu ini memandu di sepanjang jalan berhampiran Foz de Iguacu, di selatan Brazil, Parana.

Pasangan, yang tidak dikenal pasti ini, berciuman selama lebih daripada satu minit semasa dalam perjalanan dengan kelajuan 50 mph.


Keduanya juga tidak memakai topi keledar ketika melakukan aksi bodoh ini. Topi keledar kuning terlihat jelas di letakkan di tangan kanannya.

[Sumber]

Saturday, May 11, 2013

Giler! Budak Ini Akan Mati Jika Berpeluh

Giler! Budak Ini Akan Mati Jika Berpeluh

Anda boleh bayangkan jika seseorang itu tidak mempunyai liang roma? Jika tiada bagaimana ia mahu keluar peluh bukan. Ini yang berlaku pada seorang kanak-kanak kecil yang didapati mengalami masalah tentang kelenjar peluh.


Adalah difahamkan, sekiranya kanak-kanak ini berpeluh ia boleh mengundang bahaya kepada dirinya sendiri. Jadi tidak hairanlah, jika kanak-kanak ini perlu berada dalam suhu yang sederhana.

Fred James Mesti Berada dalam Keadaan suhu normal, kerana berpeluh dapat menyebabkannya kehilangan nyawa Ketika cuaca cerah dan hangat, kanak-kanak biasanya menghabiskan masa mereka diluar rumah dengan bermain bola atau saling bekejar-kejaranan.

Namun pekara ini bukanlah suatu pilihan bagi Fred James, kerana pekara tersebut dapat menyebabkan kematiannya.

Budak berusia tiga tahun itu menderita keadaan genetik yang jarang, dimana ia lahir tanpa kelenjar peluh (liang ruma) dan tidak boleh berpeluh. Dan jika tubuh Fred menjadi terlalu panas, ia akan terkena serangan yang fatal yang sangat membahayakan nyawanya.

Untuk mengelakkan pekara itu, kedua orang tuanya iaitu Jon James (39), dan Sarah Jones (33), dari Truro, Cornwall, harus memastikan suhu badan anak mereka itu tetap sejuk dengan menggunakan kipas, semburan air dan bongkah ais.

“Kami melakukan segala sesuatu yang kami boleh untuk menjaganya agar tidak kepanasan. Ini bermakna dia harus diawasi sepanjang masa. Dia terkena sawan ketika terlalu panas dan ini sangat menakutkan kami.” jelas si ibu, Sarah.

Sarah berkata bahawa dia mengetahuinya sejak anaknya dilahirkan. Fred James Mesti Berada dalam Keadaan suhu normal, kerana berpeluh dapat menyebabkannya kehilangan nyawa. Ketika cuaca cerah dan hangat, kanak-kanak biasanya menghabiskan masa mereka diluar rumah dengan bermain bola atau saling bekejar-kejaranan.


Namun pekara ini bukanlah suatu pilihan bagi Fred James, kerana pekara tersebut dapat menyebabkan kematiannya.

Budak berusia tiga tahun itu menderita keadaan genetik yang jarang, dimana ia lahir tanpa kelenjar peluh (liang ruma) dan tidak boleh berpeluh.

Dan jika tubuh Fred menjadi terlalu panas, ia akan terkena serangan yang fatal yang sangat membahayakan nyawanya.

Untuk mengelakkan pekara itu, kedua orang tuanya iaitu Jon James (39), dan Sarah Jones (33), dari Truro, Cornwall, harus memastikan suhu badan anak mereka itu tetap sejuk dengan menggunakan kipas, semburan air dan bongkah ais.

“Kami melakukan segala sesuatu yang kami boleh untuk menjaganya agar tidak kepanasan. Ini bermakna dia harus diawasi sepanjang masa. Dia terkena sawan ketika terlalu panas dan ini sangat menakutkan kami.” jelas si ibu, Sarah.


Sarah berkata bahawa dia mengetahuinya sejak anaknya dilahirkan. Fred dihidupkan kembali setelah mengalami masalah pernafasan, dan ia kemudian harus berada dalam rawatan intensif selama empat hari pertama hidupnya.

Bahkan ia juga beberapa kali terkapar dan tak bernyawa akibat keadaannya ini. Diketahui, Fred menderita penyakit yang disebut Anhidrotic Ectodermal Displasia, dimana penderitanya tidak mempunyai kelenjar peluh.

“Kelebihan panas adalah kebimbangan terbesar pada pesakit kelainan ini, kerana akan menyebabkan serangan penyakit yang tiba-tiba dan boleh menyebabkan kematian jika tidak diawasi dengan betul.” jelas Diana Perry, Ketua Pegawai Eksekutif dari Ectodermal Displasia Society.

Ia juga menambah bahawa masalah lain yang juga dihadapi adalah menjaga suhu tubuh pesakit tetap stabil ketika bulan-bulan musim sejuk, dan merupakan yang paling sukar kerana suhu badan pesakit cenderung terlalu sejuk dan sukar untuk dihangatkan.

Gejala utama yang lain adalah kurangnya gigi. Dimana beberapa pesakit kelainan ini tidak mempunyai gigi susu sama sekali, dan mungkin beberapa gigi dewasa tidak akan berkembang.

Di UK hanya 400 orang yang diketahui menderita Ectodermal Displasia, dan hingga saat ini tidak ada penyembuhnya.

[Sumber]