Thursday, May 23, 2013

Giler! Mati Di Hempap Anggota Polis Berbadan Gempal


Tak tahulah nak rasa lucu atau rasa sedih bila mendengar berita pelik macam ini. Selalunya dalam filem-filem, kita biasa melihat aksi di mana polis cuba menangkap suspek dengan menangkap badan mangsa namun di Jepun baru-baru ini terjadi kejadian yang tak disangka-sangka.

Polis cantik
Gambar hiasan

Kejadian yang berlaku di Sakai, Jepun pada 9 November tahun lalu telah menyaksikan seorang wanita maut secara tidak sengaja apabila dihempap seorang anggota polis berbadan gempal yang mempunyai berat 100 kg.

Menurut laporan pihak polis, pada pukul 7 pagi hari kejadian, polis menerima laporan mengenai seorang wanita yang bertindak di luar kawalan membaling barang-barang sambil menjerit-jerit.

Anggota polis berbadan gempal tersebut dikejarkan ke tempat kejadian bersama beberapa anggota yang lain sebaik menerima laporan.

Dalam cubaan untuk mengawal wanita yang bertindak liar tersebut, anggota-anggota polis menekan wanita tersebut ke tanah dengan anggota polis berbadan gempal tersebut duduk di atas bahagian belakang badan wanita tersebut.

Tidak lama kemudian, wanita tersebut pengsan dan dibawa ke hospital. Lima hari kemudian, beliau disahkan mati akibat hypoxia-ischemic encephalopathy (HIE).

Siasatan rasmi masih berjalan untuk memastikan sama ada terdapat tindakan agresif yang dilakukan anggota polis berbadan gempal tersebut yang mungkin akan disabit dengan kesalahan kecuaian semasa menjalankan tugas yang mengakibatkan kematian.

Hmm, susah juga kalau ada anggota keselamatan yang berbadan gempal ni ye.

BACA INI JUGA: Perompak Cantik Tapi Teramatlah Bodoh!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon