Saturday, April 04, 2015

Black Diamond, Ais Krim Berharga RM3,023 Untuk Satu Hidangan!

Black Diamond, Ais Krim Berharga RM3,023 Untuk Satu Hidangan!

Jika anda berasa cukup kaya, barang kali harga ais krim ini menyebabkan anda terkesima untuk mencubanya dan apa yang lebih istimewa, tanpa dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Black Diamond

Akhbar-akhbar Emiriah Arab Bersatu (UAE) melaporkan, sebuah kedai pencuci mulut di Dubai melancarkan aiskrim yang dianggap (antara) paling mahal di dunia dengan harga serendah 3,000 dirham (kira-kira RM3,023).

Penciptanya, seorang peniaga dari India, Zubin Doshi berkata, harga mahal itu sebenarnya masih lagi murah dan memang pun dianggap wajar setelah mengambil kira bahan-bahan yang digunakan juga dikecualikan daripada GST.

Scoopi Cafe

Ais krim eksklusif dikenali sebagai ‘Black Diamond‘ atau berlian hitam itu diperbuat daripada bahan-bahan bernilai mewah antaraya ‘Italian Truffles’, ‘Ambroisal Iranian Saffron’ dan emas 23 karat yang boleh dimakan begitu sahaja.

Ia kemudian dihidang di dalam mangkuk jenama Versace yang boleh disimpan oleh pembeli dan kini sudah pun dijual di Scoopi Cafe, tidak jauh dari hotel berprestij ikon popular Dubai, Burj Al Khalifa setinggi 830 meter. –Agensi

BACA INI JUGA: Hidangan Pencuci Mulut Paling Mahal Di Dunia!

Thursday, April 02, 2015

Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah!

Google Beli Aplikasi Ciptaan Pelajar Tingkatan Tiga Dari Sabah!

Kejayaan seorang pelajar mencipta satu aplikasi berasaskan perkhidmatan mesej internet yang menyediakan kemudahan untuk menterjemah bahasa telah menarik perhatian syarikat besar dalam talian iaitu Google.

Yusrim Karim

Yusrim Karim, 15, menghantar aplikasi yang diberi nama 'Coker Chat' kepada Google Idea pada akhir tahun lalu selepas lima bulan bertungkus-lumus menghasilkan aplikasi tersebut.

Dia menjelaskan seorang pegawai rasmi Google Idea telah menghubunginya menerusi e-mel beberapa minggu lalu dan menggambarkan perisian tersebut sangat menakjubkan malah menawarkan peluang bekerja untuk projek bernilai US$36 juta (RM133.14 juta) atau wang tunai US$50,000 (RM184,910).

Pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Merpati dari Sandakan itu bertindak untuk memilih wang tunai.

"Saya sangat gembira apabila Google Idea menerima cadangan perisian ini," katanya sambil memberitahu masa diambil berjam-jam untuk menghasilkan aplikasi tersebut selepas waktu sekolah dan ianya membuahkan hasil.

Yusrim turut berkata, aplikasinya itu mampu memudahkan sesiapa sahaja di serata dunia untuk berkomunikasi menggunakan bahasa tersendiri.

Syarikat Google Idea yang berpusat di New York sedia memahami cabaran global dan bertindak untuk menghasilkan jalan penyelesaian menerusi teknologi baharu itu.

Tiada sesiapa yang mengetahui mengenai anugerah dan pengiktirafan Google Idea yang diterima oleh Yusrim termasuk keluarganya sendiri sehinggalah dia bertindak untuk memberitahu guru Sainsnya, Azlan Budun pada minggu lepas.

Azlan bertanggungjawab mendidik dan mengajar Yusrim mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) tahun lepas dan menyatakan aplikasi 'Coker Chat' merupakan ideanya yang ke-14 dihantar ke Google Idea.

"Dia mempunyai pelbagai konsep kreatif dan ideanya yang ke-14 membuahkan hasil apabila menerima pengiktirafan Google Idea," katanya.

Dia turut berpendapat idea Yusrim tersebut memudahkan dan memberi manfaat kepada pengguna internet masa kini dalam perkhidmatan menterjemah bahasa khususnya semasa menjalankan perniagaan di negara luar.

Tambah lagi, Azlan menggambarkan Yusrim sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan mempunyai masa depan cerah dalam bidang akademik dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Yusrim merupakan anak bongsu daripada tiga beradik hasil perkahwinan bapanya yang bekerja sebagai pegawai Jabatan Perhutanan, Karim Maturis dan ibunya Hamidah Ismail.

Bapanya memberitahu, wang tunai yang diterima akan diperuntukkan untuk pengajian Yusrim pada masa akan datang.

Abang sulung Yusrim merupakan seorang pelajar matrikulasi di Labuan manakala seorang lagi abangnya baru sahaja tamat persekolahan.

Pengetua SMK Merpati berkata, pihaknya akan memainkan peranan dalam menggalakkan dan membangunkan bakat Yusrim dalam bidang teknologi komputer.

"Kami sangat berbesar hati sekiranya Yusrim menyertai Anugerah Inovasi Negara kerana anugerah ini akan menjadi penghormatan kepada negara terutamanya Sabah," katanya.

BACA INI JUGA: GILER! Budak 8 Tahun Jana RM4.2 Juta Dari YouTube!

Sumber: Mstar.com.my

Sunday, March 01, 2015

Filem Pendek Dragon Ball Menentang Androids

Filem Pendek Dragon Ball Menentang Androids

Channel RobotUnderdog2 di Youtube telah membuat sesuatu yang sangat ohsem!

Dragon Ball Z

Mereka telah menghasilkan sebuah filem pendek Dragon Ball Z mengenai Gohan and Trunks di dalam pertarungan untuk survival menentang Androids.

Peminat-peminat Dragon Ball pasti teruja untuk menontonnya. Apatah lagi filem pendek ini dibiayai dan dihasilkan sepenuhnya oleh peminat.

Filem pendek ini lebih menarik berbanding dengan Dragon Ball Z: Evolution.

Dengan menggunakan kos yang rendah dan latihan yang baik, ia memberikan efek yang sangat baik.

Jalan ceritanya juga agak bagus. Mereka mengambil kisah Trunks dari masa hadapan bersama Gohan melawan No. 17 dan 18.

Pasti peminat Dragon Ball akan terimbau kembali zaman membaca komik lejen ini.

Kami rasa Fan-Made ini sungguh epik! Anda rasa bagaimana?

BACA INI JUGA: 10 Filem Blockbuster Wajib Tonton 2015



Sumber: Thevocket.com

Thursday, February 26, 2015

Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Makna Disebalik Tatu Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic meraikan jaringan keduanya di Parc des Princes, beberapa minggu lalu dengan menanggalkan jersi Paris Saint-Germain yang mendedahkan nama 50 orang paling dekat dengan hatinya.

Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [2]

Disebabkan itu dia dilayangkan kad kuning oleh pengadil Franck Schneider dan terlepas perlawanan Ligue One dengan Monaco.

Namun, tahukah anda semua makna disebalik semua tatu pada badan Zlatan Ibrahimovictersebut?

Tatu-Zlatan-Ibrahimovic
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [3]
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [5]
Tatu-Zlatan-Ibrahimovic [6]

MAKNA DI SEBALIK TATU IBRAHIMOVIC

Pergelangan tangan kiri dan kanan: ‘Ibrahimovic Code’ tarikh lahir keluarganya. Pergelangan tangan kanan menunjukkan bila bapa, abang, adik lelaki dan dua anak lelakinya dilahirkan.

Lengan kanan: Nama bapanya ‘Sefik’ dan dua anak lelakinya ‘Maximilian’ and ‘Vincent’.

Lengan kiri: Tarikh lahir ibu dan kakaknya. Dia menggunakan tangan kanan untuk menulis mengenai lelaki kerana ia menunjukkan kekuatan dan lengan kiri untuk wanita yang dekat di hatinya.

Perut kanan: Dua daun terup, ace of hearts dengan huruf ‘H’ dipercayai melambangkan tunangnya Helena Seger. Ace of clubs melambangkan spiritualiti.

Kanan tubuh: Naga merah melambangkan personalitinya. Dalam masyarakat Jepun, naga melambangkan pahlawan.

Kiri tubuh: ‘Only God Can Judge Me’

Dada dan perut: 50 nama yang mewakili 805 juta penduduk yang kelaparan, antaranya ‘Antoine’, ‘Omar’ dan ‘Yovana’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai penderitaan mereka seiring dengan Program Makanan Dunia.

Lengan kiri: Nama ibunya ‘Jurka’

Bahu kiri: Koi Jepun yang berenang melawan arus, simbol maskulin.

Belakang badan (atas): Bulu pelepah helang, berasal dari Amerika Utara dan melambangkan kekuatan dan keberanian.

Belakang kanan (atas): Yant Prajao Khao Nirote dari agama Buddha bagi perlindungan daripada penderitaan.

Bahu kanan: Simbol suku kaum Maori untuk melindungi diri dan keluarganya.

Belakang badan (kiri): Vitruvian Man hasil Leonardo Da Vinci melambangkan manusia sempurna.

Belakang badan (tengah): Lukisan ‘Five Deva Faces Yantra’ - mewakili lima elemen.

BACA INI JUGA: Floyd Mayweather Ahli Sukan Paling Kaya Di Dunia

Sumber: Hmetro.com.my

Sunday, February 22, 2015

6 Wanita Cantik Yang Menjadi Fenomena Tahun 2014

6 Wanita Cantik Yang Menjadi Fenomena Tahun 2014

Mereka bukan dari kalangan selebriti namun menjadi menjadi popular di laman sosial sepanjang tahun 2014. Kenapa mereka jadi popular? Jom baca selanjutnya..

Sabina Altynbekova

Sabina Altynbekova

Nama Sabina Altynbekova mula menjadi sebutan pengguna media sosial setelah dia muncul dalam acara Women’s Volleyball Championship di Taiwan pada Julai 2014.

Sabina Altynbekova, 18, adalah pemain bola tampar kebangsaan Kazkhstan. Oleh kerana wajah dan badannya yang cantik, gambar-gambar Sabina Altynbekova mula menjadi sebaran oleh pengguna media sosial di seluruh dunia. Sabina Altynbekovakini kini mempunyai 375 ribu pengikut di Instagram.

Katya Lischina

Katya Lischina

Walaupun gadis berusia 21 tahun yang berasal dari Rusia ini terkenal dengan nama Katya Lischina, ada juga yang mengatakan nama sebenarnya ialah Liraley Ketskatya.

Gambar-gambar Katya Lischina mula menjadi viral di laman 9gag dan menjadi kegilaan ramai pengguna laman web tersebut.

Katya Lischina mempunyai satu fanpage di Facebook yang mendapat hampir 80 ribu like.

Natalia Poklonskaya

Natalia Poklonskaya

Natalia Poklonskaya adalah seorang peguam dari Rusia yang menjadi terkenal kerana wajahnya yang cantik.

Natalia Poklonskaya mula mendapat perhatian ramai ketika dia muncul di saat perlantikannya sebagai ketua pendakwa di Crimea pada 11 Mac 2014.

Ramai peminat-peminatnya mengatakan wajah Natalia Poklonskaya sangat sesuai dijadikan anime sehinggakan banyak lukisan wajahnya dalam bentuk anime timbul di internet.

Yan Jiajun

Yan Jiajun

Kostum tentera yang dipakai Yan Jiajun atau Joyin itu bukanlah sekadar kostum, tetapi ianya adalah pakaian seragam rasmi tentera di China.

Yan Jiajun adalah seorang tentera dan dia telah dinobatkan sebagai tentera paling cantik di China.

Gambar Yan Jiajun mula menjadi viral selepas dipopularkan oleh laman Singapore Seen.

Noor Hafizah Mohd Idrus

Noor Hafizah Mohd Idrus

Noor Hafizah Mohd Idrus adalah seorang juruterbang Airasia yang menjadi popular bukan sahaja kerana wajahnya yang cantik, malah kerana bidang kerjayanya sebagai seorang juruterbang.

Mungkin kerana bertudung, ramai yang memuji Hafizah kerana masih lagi menjaga aurat walaupun dia memiliki rupa paras yang cantik.

Hafizah mula menjadi popular di Facebook apabila beberapa gambarnya yang diambil didalam dan diluar kapal terbang tersebar.

Nurul Habibah

Nurul Habibah

Nurul Habibah adalah seorang anggota polis dari Indonesia yang dikenali ramai apabila gambarnya dikongsi di media sosial.

Malah, Nurul Habibah pernah dipanggil oleh salah satu stesen tv nasional Indonesia untuk ditemuramah kerana terlalu popular.

BACA INI JUGA: 10 Pramugari AirAsia Malaysia Paling Cantik

Sumber:
http://www.ammboi.com/2015/01/29/6-wanita-paling-popular-di-media-sosial-sepanjang-tahun-2014/

Tuesday, February 10, 2015

Al-Quran Laris Sejak Serangan Charlie Hebdo

Al-Quran Laris Sejak Serangan Charlie Hebdo

Jualan al-Quran dan buku mengenai agama Islam meningkat secara mendadak sejak insiden serangan berdarah kumpulan pengganas tempatan di pejabat akhbar mingguan satira biadap Perancis, Charlie Hebdo di sini pada 7 Januari lalu.

al-Qur'an

Laporan laman web Pages Halal menyebut, naskhah al-Quran dalam terjemahan bahasa Perancis paling ketara menunjukkan peningkatan apabila disenaraikan antara 100 jualan terbaik dalam laman web perniagaan talian, Amazon sepanjang tempoh 26 hari lalu.

Portal berita Islam Pos yang memetik laman web Perancis itu turut menyiarkan komen Francois Maillot, pengurus besar syarikat rangkaian buku Perancis, La Procure, mengenai trend pembelian buku sejak serangan pada awal bulan lalu.

Kata beliau, ramai penduduk tempatan mula mencari maklumat tentang Islam dan membeli naskhah terjemahan al-Quran, fenomena yang sama pernah melanda Amerika Syarikat pasca serangan terburuk pengganas pada 11 September 2001.

“Rakyat Perancis sibuk mencari terjemahan al-Quran yang dicetak oleh penerbit terkenal seperti Denise Masson, Jacques Berque dan Malek Chebel, selain buku-buku berkenaan ajaran agama Islam turut mendapat sambutan hangat pembeli.

“Ini termasuk buku mengenai sejarah ringkas Islam, Breve histoire de l’islam a l’usage de tous yang dikarang oleh Antoine Sfeir,” kata Maillot yang mendedahkan bahawa buku berkenaan sistem keluarga Islam turut dicari ramai pelanggan.

Antaranya panduan hidup berkeluarga secara Islam, L’Islam explique aux enfants et a leurs parents tulisan Tahar Ben Jellaun; di samping buku yang mengajar remaja tentang Islam, Le coran explique aux jeunes hasil karangan Rachid Benzine.

“Saya menyarankan kepada penduduk Perancis yang berminat tentang Islam agar turut membaca buku A maladie de l’islam yang mengisahkan tentang penyakit Islam, ditulis oleh tokoh agama, Abdelwaheb Meddeb,” jelas Maillot.

Dianggarkan terdapat lebih empat juta Muslim di Perancis dengan hampir 200,000 orang memeluk Islam setiap tahun di negara Eropah itu selain kira-kira 2,000 buah masjid atau surau untuk kemudahan ibadat di seluruh Perancis. –Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Kod 911 Dalam Filem Hollywood!

Monday, February 09, 2015

Sufiah Yusof Akhirnya Dedah Kisah Hitam

Sufiah Yusof Akhirnya Dedah Kisah Hitam

Empunya nama Sufiah Yusof suatu ketika dahulu pernah mengejutkan perhatian dunia dengan kepintaran luar biasa yang dimiliki hingga berjaya mencatatkan rekod sebagai pelajar termuda memasuki Universiti Oxfard seawal 13 tahun.

Sufiah Yusof

Malangnya, pada tahun 2008 nama wanita genius Matematik itu sekali lagi menjadi bualan ekoran terpalit dengan kontroversi penglibatannya dalam dunia pelacuran.

Bagaimanapun, Sufiah yang menghilangkan diri daripada bertemu media berjaya dijejaki oleh kru Nona TV3 di sebuah hotel di Liverpool yang telah disiarkan petang semalam.

Bercerita detik hitam dalam hidupnya, Sufiah akui pengalaman lepasnya telah banyak memberi pengajaran buatnya untuk meneruskan kehidupannya kini.

“Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik.

“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Luahan Sufiah kepada wartawan Haliza Hashim Doyle amat menyentuh hati apabila dia akui dirinya bukan lagi insan yang pintar meskipun pernah memasuki Universiti Oxford.

“Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” katanya yang tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran.

Bagaimanapun, Sufiah mendedahkan hasrat hatinya suatu hari nanti untuk memberi sumbangan dalam aspek penyelidikan menggunakan kepakaran yang masih ada dalam bidang Matematik.

“Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Saya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

“Apapun saya perlu meneruskan pembelajaran,” katanya.

Sufiah Yusof [2]

Sementara itu pendedahan Sufiyah ketika menjadi pekerja seks nyata mengejutkan.

“Saya berhenti selepas diburu, diganggu dan diugut oleh media di Britain. Saya pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan di sini (Britain), yang menyamar sebagai pelanggan.

“Gambar saya sebagai pekerja seks turut dipapar. Ada antara mereka yang cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan aksi ketika di atas katil.

“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan tidak masuk akal apabila hampir setiap hari menerima e-mail berunsur ugutan hanya semata-mata untuk menemuramah saya,” katanya.

Tambahnya, dia menghargai mereka yang masih mengambil berat dan memberi sokongan kepada.

Sufiah yang gagal dalam perkahwinannya bersama Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun adalah detik-detik permulaan dirinya yang terjebak dalam industri seks ekoran tekanan dan kesempitan hidup.

Kita doakan moga Sufiyah tabah menjalani hidupnya seperti biasa.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

Video Temu Bual Sufiah Yusof



sumber: mynewshub