Friday, January 24, 2014

Pemuda PKR Ugut Saman, Nafi Bakar Dan Pijak Bendera Jepun!

Pemuda PKR Ugut Saman, Nafi Bakar Dan Pijak Bendera Jepun!

Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Bukit Katil merangkap Ketua AMK, cuba melepaskan perasaan kecewanya kerana demonstrasi yang dianjurkannya di hadapan Kedutaan Jepun, kerana hanya dihadiri oleh dua belas orang pecacai, cuba melakukan pembohongan secara terang-terangan.

Pemuda PKR Nafi Bakar Bendera Jepun

Shamsul Iskandar Mohd Akin cuba menafikan perbuatan memijak bendera atau lambang negara Jepun dilakukan oleh AMK, sebaliknya cuba berdalih kononnya, perbuatan itu bukan dilakukan oleh AMK Pusat.

Apa yang dimaksudkan oleh Shamsul Iskandar atau lebih glamour dengan nama gelarannya, Sam Ketot, sebagai AMK Pusat?

Apakah Sam Ketot cuba memberitahu, yang berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Jepun itu bukannya AMK Pusat kerana yang datang cuma 12 orang?

Atau perbuatan memijak dan membakar lambang negara Jepun itu, akan memberi kesan negatif kepada Anwar Ibrahim sendiri?

Sungguh menggelikan hati melihat gelagat Sam Ketot dan 11 orang pengikutnya yang menyalak-nyalak marahkan Kerajaan Jepun kerana tidak membenarkan Anugerah Tuhan mereka masuk ke Jepun.

Bagi mereka, tidak ada undang-undang mana-mana negara pun yang tertakluk kepada Anugerah Tuhan mereka yang bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim menurut mereka, bebas ke sana ke mari dan bebas berbuat apa-apa sahaja sekehendak hatinya.

(Baca: Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?)

Jepun tidak lebih besar daripada Israel mahupun Amerika Syarikat yang membenarkan serta memberi ruang yang sangat besar kepadanya. Kalau Israel dan Amerika Syarikat boleh mengalu-alukan Anwar Ibrahim, mengapa pula Jepun yang dilihat sebagai salah sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat, berlagak sebagai tuan besar yang mempunyai kedaulatan ke atas tanah airnya.

Namun kelucuan itu sebenarnya tidak sepatutnya menggelikan hati. Biarpun hanya 12 orang, demonstrasi bodoh yang dilakukan oleh Sam Ketot bersama konco-konconya itu, memberi kesan yang jauh lebih buruk kepada negara.

Pastinya, demonstrasi 12 orang di hadapan Kedutaan Jepun mendapat perhatian media-media Jepun yang jauh lebih advance dan jauh lebih patriotik biarpun pro pembangkang negara itu.

Isu demonstrasi tersebut, akan menjadikan mereka bersatu dan sama-sama menghentam Malaysia dan mengeji kegagalan pihak berkuasa Malaysia membendung demonstrasi yang cuba memalukan salah sebuah negara yang paling banyak menyumbang kepada rizab simpanan luar Malaysia.

Sebagai seorang peguam, meskipun sekadar peguam pada nama, Sam Ketot amat menyedari natijah daripada perbuatannya itu. Justeru itulah dia selagi boleh cuba menafikan pembabitan AMK Pusat yang diketuainya.

Mungkin berasakan orang Jepun tidak tahu jawatannya yang sebenar, kecuali sebagai penyokong dan penjilat Anwar Ibrahim, Sam Ketot cuba melakukan penipuan secara terang-terangan. Dan lebih menarik apabila Sam Ketot dan pecacainya membuat desakan agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Jepun selain memboikot produk Jepun.

Sungguhnya melucukan!

Pemuda PKR Nafi Bakar Bendera Jepun

Sebabnya, Sam Ketot cuba memberitahu, Anwar Ibrahim itu setaraf dengan Perdana Menteri Malaysia. Memalukan Anwar Ibrahim, bererti memalukan rakyat Malaysia, walaupun hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia bukan sahaja gembira, tetapi juga ketawa terbahak-bahak suka hati kerana Anwar terhalau dari Jepun kerana kegagalannya mengingati yang dia adalah bekas banduan yang perlu melalui proses extra iaitu mengisi borang dan memohon visa berbanding rakyat Malaysia yang lain.

Ironinya, meskipun terdapat bukti-bukti bergambar dan video yang menunjukkan memang berlaku perbuatan memijak lambang AMATERASU yang digambarkan menerusi bulatan berwarna merah dan berlatar putih atau kerapkali dikenali sebagai Matahari, biarpun tanpa jalur cahaya, Sam Ketot masih cuba membuat penafian.

(Baca: Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia)

Amaterasu adalah Dewi Matahari dan merupakan tuhan paling utama dalam agama Shinto dan orang Jepun amat mempercayai, raja-raja mereka merupakan keturunan Dewi Amaterasu. Perbuatan memijak lambang tersebut merupakan perbuatan menghina agama Shinto dan merendah-rendahkan agama orang Jepun.

Sam Ketot memberi amaran, akan menyaman sesiapa sahaja yang menyatakan perbuatan memijak bendera dan lambang agama Shinto Jepun itu dilakukan oleh AMK atau PKR atau mana-mana yang berkaitan. Dia tidak mahu dikaitkan dengan perbuatan tersebut.

Dia tidak mahu AMK atau PKR dikatakan membiakkan budaya kurang ajar dan biadap walaupun hakikatnya AMK, PKR dan Anwar Ibrahim memang membawa budaya kurang ajar, biadap dan tidak kenang dek untung.

Semuanya terserlah menerusi keangkuhan, kebiadapan dan KEBAHLOLAN yang ditunjukkan oleh Sam Ketot di hadapan Kedutaan Jepun!

[Sumber]

"Kami Tak Rancang Pun Nak Bakar Bendera Jepun"

"Kami Tak Rancang Pun Nak Bakar Bendera Jepun"

Susulan insiden pijak dan bakar bendera Jepun yang dilakukan kumpulan penyokong Ketua Pembangkang baru-baru ini di keduataan negara itu, Presiden Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menyatakan perkara itu tidak perlu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun

Menurutnya, insiden itu berlaku bukan dirancang dan ia hanya insiden kecil yang tidak perlu dipanjangkan.

Beliau juga berkata, apa yang AMK inginkan pada bantahan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada Jepun mengenai sekatan yang dilakukan terhadap Anwar secara jelas.

“Itu kita tak ada plan untuk lakukan seperti itu, itu hanya insiden kecil.

“Bendera yang dibakar kita telah padamkan apinya dan memohon maaf kepada pengawal di situ, sesiapa yang ada pada hari itu tahu keadaan sebenar.

“Sepatutnya insiden itu tidak perlu libatkan Anwar, bukan dia yang bersalah, itu hanya insiden kecil dan tak perlu dipanjangkan.

(Baca: Angkara Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!)

“Apa yang penting dalam bantahan kita hari itu adalah untuk menuntut penjelasan daripada Jepun dan kebebasan bergerak,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, mengikut laporan media, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat,” katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mengandaikan Timbalan Menteri Luar yang mengeluarkan kenyataan itu tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Menteri itu mungkin tak tahu keadaan sebenar pada hari kejadian,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Thursday, January 23, 2014

Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?

Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?

Dalam kenyataan rasmi Anwar Ibrahim di blognya (baca sini), Anwar cakap beliau ke Jepun atas jemputan peribadi Mr Sasakawa, Pengerusi Nippon Foundation.

Anwar-Yakuza

Ramai rakyat di Malaysia mungkin tidak kenal siapa Mr Sasakawa ini? Namun di Jepun, Mr Sasakawa memang cukup dikenali oleh rakyat Jepun sebagai anak kepada Ryoichi Sasakawa, iaitu pengasas kepada Yakuza di Jepun.

Anwar Ibrahim - Nippon foundation press statement

Pada tahun 1962, Ryoichi Sasakawa telah menubuhkan Nippon Foundation (baca sini). Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim mahu ke Jepun atas tiket Nippon Foundation kerana pada 19 April 2011, Anwar turut ke sana atas jemputan ceramah Sasakawa Peace Foundation (SPF).

Anwar Statement

Apakah Anwar hadir hanya untuk menyampaikan ceramah semata mata? Tentu ada sebab lain yang lebih kukuh untuk pihak kerajaan Jepun tidak membenarkan Anwar hadir ke negara tersebut. Mengapa pada tahun 2011 boleh tetapi tidak boleh pada tahun 2014? Apakah ada urusan dalaman Jepun yang tidak membenarkan Anwar Ibrahim masuk ke sana?

The Yasukuni Shrine

Pada 28 Disember 2013, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe telah membuat kunjungan ke The Yasukuni Shrine yang menyemadikan 2.4 juta nama tentera Jepun yang terkorban dalam perang dunia. 14 orang daripada didapati bersalah mengikut tribunal perang pada 1945.

Setiap kali Perdana Menteri Jepun mengunjuni Yasukuni pada 1985 dan 2002, pasti negara negara seperti China, Korea Selatan dan Korea Utara akan melakukan protes tanda kesilapan lepas tentera Jepun (baca sini). Namun Abe ada alasan dan strategi tersendiri mengapa beliau mengunjuni Yasukuni (baca sini). Pihak barat termasuklah Amerika Syarikat turut mengkritik kunjungan Abe ke Yasukuni (baca sini).

Yasukini

Tulisan ini menjelaskan apa kaitan Abe dengan Yasukuni dan apa hubungan antara Ryoichi Sasakawa (Pengasas Nippon Foundation) dengan Yasukuni. Tindakan yang dibuat oleh kerajaan Jepun untuk menghalang Anwar Ibrahim memasuki Jepun dan berucap atas pentas Nippon Foundation mungkin ada asas yang kukuh.

Hal dalaman Jepun, hubungan Nippon Foundation dengan Yakuza dan kontorversi lawatan Abe ke Yasukuni mungkin antara sebab halangan itu dibuat. Oleh itu, rakyat Malaysia jangan melulu sangat percaya dengan tuduhan yang dibuat Anwar Ibrahim bahawa beliau dihalang ke Jepun atas sebab politik.

Rakyat Malaysia sendiri kena memahami apa sebenarnya situasi politik yang sedang berlaku di Jepun sekarang.

LAGI INFO ANWAR KENA HALAU DARI JEPUN.

[Sumber]

Wednesday, January 22, 2014

Angkara Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!

Angkara Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!

Kurang cerdik, itu adalah pendapat penulis terhadap tindakan segelintir pentaksub Anwar Ibrahim berdemo dengan membakar lukisan bendera di kepingan kadbod.

Angkara Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!

Mungkin mereka gagal mendapatkan bendera Jepun, lantas menggunakan kadbod sebagal simboliknya. Ia perbuatan yang serius, sekaligus merupakan penghinaan kepada negara matahari terbit itu.

Apapun sejarah terdahulu, hubungan diplomatik Malaysia – Jepun sangat akrab, terutamanya sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Hasilnya, berbillion pelaburan dari Jepun masuk, mencurah-curah ke negara ini dalam industri elektronik, pembuatan mahupun industri pembuatan kereta.

Berkokok di laman sendiri sememangnya menguntungkan, dengan kadar risiko untuk menerima ancaman dari Jepun sangat minima. Itu yang membuatkan Shamsul Iskandar dan pengikutnya berani, dengan tindakan menghina panji matahari terbit.

Namun, pernahkah pencetus kekacauan ini memikirkan untung nasib rakyat Malaysia di Jepun?

Pendek akal, sebagaimana pendeknya Shamsul Iskandar, telah mengakibatkan ancaman kepada pelajar Malaysia di Jepun. Tidak cukup dengan itu, hakikat indahnya Islam yang menjadi agama persekutuan Malaysia juga tercemar, gara-gara tindakan si pendek akal.

Realitinya ialah Anwar Ibrahim sendiri yang gagal mematuhi peraturan imigresen negara tersebut! Bukankah hak kepada sesuatu negara untuk menetapkan undang-undang mereka? Siapa Anwar Ibrahim untuk berlagak seperti ini dunia dia yang punya?

Angkara Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!

Penulis agak risau atas konflik yang dicetuskan. Ketegangan ini sememangnya mengundang bahaya kepada pelajar Malaysia, atau rakyat Malaysia yang sedang mengharungi kehidupan di Jepun. Siapa yang mahu bertanggungjawab, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ke atas rakyat Malaysia nanti?

Bagaimana pula jika Jepun bertindak untuk tidak memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburannya untuk masa akan datang gara-gara konflik ini? Untuk makluman, Jepun kini merupakan pelabur asing terbesar di Malaysia dengan kira-kira 1,400 syarikat dari negara itu beroperasi dengan pelaburan dalam bidang pembuatan telah mencecah US$22.2 bilion.

Almaklumlah… program pemboikotan barangan Jepun sudah bermula. Mana mungkin ahli perniagaan Jepun mahu membuka perniagaan di negara yang memboikot barangan Jepun… kan?

Akhirnya, kerajaan juga yang terpaksa memainkan peranan dalam memastikan insiden ini diselesaikan secara diplomatik. Gara-gara permainan politik gampang dari Anwar dan kuncu-kuncunya, kerajaan pula terpaksa menjadi tukang selesai masalah.

Sama-sama kita berdoa agar tiada rakyat Malaysia di Jepun yang menjadi mangsa politik gampangan si Shamsul Iskandar ini.

Memang kerajaan zalim!

[Sumber]

LAGI INFO ANWAR KENA HALAU DARI JEPUN.

Benarkah Status BEKAS BANDUAN Anwar Punca Dihalang Memasuki Jepun?

Benarkah Status BEKAS BANDUAN Anwar Punca Dihalang Memasuki Jepun?

Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun pada Ahad kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Anwar-Jepun-Bekas-Banduan

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

“Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

“Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima,” katanya ketika dihubungi The Star pada Selasa.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

Yuktes Vijay

yuktes vijay

Namun, agak menarik untuk membaca ulasan bekas peguam Anwar, Yuktes Vijay, di Facebook mengenai sebab mengapa Anwar dihalang memasuki Jepun.

Menurut Yuktes, Anwar dihalang masuk Jepun kerana isu 3 bilion, bukan kerana isu imigresen, bukan kerana campur tangan Wisma Putra malah bukan kerana Anwar dituduh Gay atau kerana wajah miripnya ditayangkan di dalam laman web porno.

"Kenyataan isu visa istimewa (special visa given under Japan's refugee act) sebenarnya tiada kaitan dengan Anwar.

"Selepas dibebaskan, Anwar pernah pergi keJepun beberapa kali tanpa halangan.

"Persoalannya, kenapa pula kali ini kena ada visa khas? Dan tiada visa khas pun kenapa pula dia disuruh ambil penerbangan pertama untuk balik?

"Ramai yang membandingkannya dengan Paris Hilton,  Beatles... Macam-macam alasan..

"Fikir laa sikit kawan-kawan ooii.. Anwar ketua pembangkang. Lebih-lebih lagi ahli parlimen. Member of International Parlimentary Union. Ini hal diplomatik, takkan diugut yang dirinya akan dikenakan tindakan jika tidak ambil penerbangan pertama keluar. Kecuali jika anda Mugabe daripada Zimbawe kan...

Yuktes mengakhiri ulasannya dengan sebaris kata-kata sinis dan tajam, "Setiap percaturan Anwar tidak akan berlaku selagi saya bernafas.."

Menarik untuk mengikuti perkembangan seterusnya..

-Sentiasapanas.com

Tuesday, January 21, 2014

PANAS! Pemuda PKR Pijak Dan Bakar Bendera Jepun!

PANAS! Pemuda PKR Pijak Dan Bakar Bendera Jepun!

Inilah jadinya bila dah terlalu mengagungkan pemimpin mereka, Anwar Ibrahim.

Pemuda PKR Pijak Bendera Jepun

Pagi tadi Pemuda PKR (AMK) menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Anwar yang ingin memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Penghantaran memorandum ke kedutaan Jepun itu melibatkan 30 orang peserta bantahan sambil memegang poster yang bertulis “boikot barangan Jepun”.

Mereka kemudiannya bertindak memijak poster, yang mirip bendera Jepun tersebut, dan membakarnya di hadapan kedutaan itu.

Persoalannya, mengapa perlu sampai jadi seteruk itu hingga nak pijak poster bendera Jepun bagai.

Dosa Jepun pada Anwar cuma satu – menghalangnya masuk ke negera mereka.

Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun

Tetapi tahukah beribu kebaikan yang negara Jepun dah buat kepada rakyat negara ini terutama sekali penyokong Anwar yang mengagungkannya selama ini?

Andai kata syarikat-syarikat Jepun mengambil keputusan menutup kilang-kilang mereka di Malaysia, adakah Anwar akan menggunakan segala hartanya untuk membayar gaji para penyokongnya yang diberhentikan kerja?

Penyokong Anwar di kedutaan tadi juga mendesak agar barangan negara matahari terbit itu diboikot – apa kata mereka lakukan terlebih dahulu, buang segala peti sejuk, televisyen, penghawa dingin dan segala barangan buatan Jepun di rumah mereka untuk membuktikan ‘keikhlasan’ pemboikotan tersebut?

Ada ribuan pelajar kita yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Jepun, andai kata negara itu memutuskan hubugan diplomatik, berapa ramai yang terpaksa pulang dengan tangan kosong, berapa banyak duit yang mengalir begitu saja tanpa sekeping sijil atau kemahiran pun yang boleh dibawa pulang?

Kes rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ke negara asing bukan isu baru, selama ini pun banyak rakyat Malaysia yang diperlakukan demikian namun tak banyak yang boleh dilakukan kerana itu adalah hak mutlak negara tersebut.

Kalau Anwar betul-betul ‘gentle’, pergilah saman Tokyo seperti mana seorang pensyarah UPM yang menyaman kerajaan Amerika Syarikat disebabkan alasan yang sama.

Anwar Patut Marah Pada Tokyo, Bukan Putrajaya!

Anwar-Jepun

Mengapa sebenarnya Anwar Ibrahim dilarang dari memasuki Jepun? Kebenarannya masih belum pasti tetapi Anwar tidak buang masa. Jari telunjuk dituding sepenuhnya ke Wisma Putra.

(Baca: Punca Sebenar Kenapa Anwar Tidak Dibenarkan Masuk Ke Jepun!)

Ramai yang memang terkejut dengan tindakan Jepun melarang pemimpin pembangkang ini dari memasuki negara matahari terbit itu.

Rata-rata faham kekecewaan Anwar mengenai perkara tersebut namun tindakan Anwar menuduh Wisma Putra terlibat secara langsung agak keterlaluan.

Memanggil semua ini sebagai sandiwara Wisma Putra, Anwar sepatutnya melepaskan rasa marahnya pada Jepun dan bukan menuding jari pada pihak yang tidak sepatutnya.

Logiknya, Wisma Putra tidak mendapat apa-apa kebaikan atau imbuhan langsung dengan berbuat demikian terhadap Anwar dan langkah terbaik yang patut diambil Anwar dan barisan perundangannya sekarang adalah memanjangkan surat bantahan kepada Kedutaan Jepun di Malaysia bagi menuntut jawapan penuh.

Sesuatu yang perlu umum tahu juga kenyataan bahawa Jepun adalah sebuah negara yang punya pendekatan yang berbeza dengan negara Asia lain apabila menyentuh soal Islam dan Muslim keseluruhannya.

Di Jepun, Islam dilihat sebagai sesuatu yang asing dan dakwah secara terbuka adalah dilarang.

Mengambil kira pendirian Jepun mengenai Islam, mungkin tidak salah untuk mengandaikan bahawa apa yang berlaku pada Anwar berkaitan dengan tujuan Anwar ke sana.

Tidak perlu menjadikan isu ini satu kontroversi kerana sekiranya kerajaan Jepun kembali dengan jawapan bahawa larangan tersebut dikenakan atas alasan keperibadian Anwar sendiri, ia akan mengundang malu yang lebih besar.

Cukup-cukuplah Anwar. Mungkin sudah masanya Anwar berikan lebih perhatian kepada partinya juga masalah dalaman pakatan pembangkang dan bukan mengheret rakyat dalam perjuangannya untuk kekal relevan.

Selesaikan dahulu isu tiga penjuru antara Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan PKNS. Tidak perlu mencetus isu bagi mengalihkan pandangan umum terhadap pergolakan dalam PKR.

*Penulis Lisa Adam adalah pemerhati politik tanahair. (Free Malaysian Today)

Akhir kata, kalau bodoh, bodohlah seorang…jangan semua rakyat nak dibodohkan juga, puihhhhh!!!!!

Sumber: Mynewshub

Selepas KANGKUNG, Giliran JEPUN Pula Jadi Bahan LAWAK

Selepas KANGKUNG, Giliran JEPUN Pula Jadi Bahan LAWAK

Rangkaian berita-berita hangat hari ini dimulakan dengan peristiwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang pihak Imigresen Jepun daripada memasuki negara itu petang semalam biarpun telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo.

Lawak-Jepun-Anwar

Menurut pihak berkuasa negara Nippon itu, Anwar dilarang untuk memasuki Jepun kerana hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya pada tahun 1999.

Bagaimanapun, Anwar mempersoalkan alasan berkenaan kerana sebelum itu beliau telah memasuki negara matahari terbit itu sebanyak tiga kali iaitu pada 2006, 2009 dan tahun lepas.

Hari ini, peristiwa itu menjadi bahan jenaka di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Pemikiran kreatif para pengguna internet menghasilkan banyak gambar dan poster berkaitan peristiwa berkenaan sehingga turut mengambil watak ikon animasi Jepun dalam jenaka mereka.

Antara watak yang diadaptasikan kepada terhasilnya jenaka ini ialah watak adiwira Ultraman, Doraeman dan kanak-kanak nakal Sin Chan.

Lawak-Jepun-Anwar

Pelbagai versi dihasilkan pengguna kreatif di internet dengan ada di antaranya mencipta dialog dan kata-kata lucu di antara Ultraman.

Antara satu daripadanya menunjukkn dua Ultraman mengawasi keadaan sekeliling sambil berkata “Nampak anwar berahim.. FIRE!!.”

“Bereh boh!” jawab Ultraman yang satu lagi dalam dialog versi loghat Kelantan.

Beberapa minggu lalu, puak pembangkang membuat lawak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana kenyataan beliau berkaitan sayur kangkung yang dijadikan contoh kerana sudah turun harga, hari ini Anwar pula dibahan oleh pengguna laman sosial kerana dilarang masuk je Jepun.

Kalau penulis la, memang malu tahap gaban dah apabila disuruh ambil penerbangan pertama untuk pulang ke Malaysia, kalau tak ada duit nak beli tiket, tak ke kecoh..

Setakat Najib kena bahan isu Kangkung apalah sangat… Anwar kena bahan isu Jepun lagi teruk.. Ultraman, Doraeman dan Sin Chan semua dah boikot beliau serta dilawakkan dalam tahap yang paling memalukan.

Allah bagi balasan terus tanpa nak tunggu apa-apa pun lagi.

Anda lihat antara beberapa rangkaian poster dan gambar yang dihasilkan berkenaan insiden ini.

Sumber: KUMBANGWIRA/Mynewshub

Lawak-Jepun-Anwar
Lawak-Jepun-Anwar
Lawak-Jepun-Anwar
Lawak-Jepun-Anwar
Lawak-Jepun-Anwar