Wednesday, January 22, 2014

Benarkah Status BEKAS BANDUAN Anwar Punca Dihalang Memasuki Jepun?


Jurucakap kedutaan Jepun, Tomoko Nagai berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun pada Ahad kerana melakukan kesalahan dan pernah dipenjara pada tahun 1999.

Anwar-Jepun-Bekas-Banduan

Menurutnya, sesiapa sahaja yang pernah melakukan kesalahan dan menjalani hukuman penjara sama ada di Jepun atau negara lain tidak dibenarkan memasuki negara itu.

“Seperti yang diketahui, Anwar pernah dibenarkan memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 tetapi ketika itu beliau mempunyai kebenaran khas daripada negara berkenaan.

“Bagaimanapun, kali ini beliau tidak membuat permintaan dan berikutan itu kemasukannya tidak dapat diterima,” katanya ketika dihubungi The Star pada Selasa.

Nagai memberitahu, tindakan itu mengikut larangan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun di bawah Perkara 5 (iv), Akta Pengiktirafan Pelarian dan Kawalan Imigresen yang dikenakan terhadap semua individu yang ingin memasuki negara berkenaan.

Pada Ahad, Anwar tidak dibenarkan memasuki Jepun selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada pukul 6.45 pagi.

Beliau diarahkan pulang menerusi penerbangan pertama ataupun dikenakan tindakan pengusiran.

Yuktes Vijay

yuktes vijay

Namun, agak menarik untuk membaca ulasan bekas peguam Anwar, Yuktes Vijay, di Facebook mengenai sebab mengapa Anwar dihalang memasuki Jepun.

Menurut Yuktes, Anwar dihalang masuk Jepun kerana isu 3 bilion, bukan kerana isu imigresen, bukan kerana campur tangan Wisma Putra malah bukan kerana Anwar dituduh Gay atau kerana wajah miripnya ditayangkan di dalam laman web porno.

"Kenyataan isu visa istimewa (special visa given under Japan's refugee act) sebenarnya tiada kaitan dengan Anwar.

"Selepas dibebaskan, Anwar pernah pergi keJepun beberapa kali tanpa halangan.

"Persoalannya, kenapa pula kali ini kena ada visa khas? Dan tiada visa khas pun kenapa pula dia disuruh ambil penerbangan pertama untuk balik?

"Ramai yang membandingkannya dengan Paris Hilton,  Beatles... Macam-macam alasan..

"Fikir laa sikit kawan-kawan ooii.. Anwar ketua pembangkang. Lebih-lebih lagi ahli parlimen. Member of International Parlimentary Union. Ini hal diplomatik, takkan diugut yang dirinya akan dikenakan tindakan jika tidak ambil penerbangan pertama keluar. Kecuali jika anda Mugabe daripada Zimbawe kan...

Yuktes mengakhiri ulasannya dengan sebaris kata-kata sinis dan tajam, "Setiap percaturan Anwar tidak akan berlaku selagi saya bernafas.."

Menarik untuk mengikuti perkembangan seterusnya..

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon