Friday, January 24, 2014

"Kami Tak Rancang Pun Nak Bakar Bendera Jepun"


Susulan insiden pijak dan bakar bendera Jepun yang dilakukan kumpulan penyokong Ketua Pembangkang baru-baru ini di keduataan negara itu, Presiden Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menyatakan perkara itu tidak perlu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemuda PKR Bakar Bendera Jepun

Menurutnya, insiden itu berlaku bukan dirancang dan ia hanya insiden kecil yang tidak perlu dipanjangkan.

Beliau juga berkata, apa yang AMK inginkan pada bantahan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada Jepun mengenai sekatan yang dilakukan terhadap Anwar secara jelas.

“Itu kita tak ada plan untuk lakukan seperti itu, itu hanya insiden kecil.

“Bendera yang dibakar kita telah padamkan apinya dan memohon maaf kepada pengawal di situ, sesiapa yang ada pada hari itu tahu keadaan sebenar.

“Sepatutnya insiden itu tidak perlu libatkan Anwar, bukan dia yang bersalah, itu hanya insiden kecil dan tak perlu dipanjangkan.

(Baca: Angkara Bakar Bendera Jepun, Pelajar Malaysia Terima Akibat!)

“Apa yang penting dalam bantahan kita hari itu adalah untuk menuntut penjelasan daripada Jepun dan kebebasan bergerak,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, mengikut laporan media, Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, Anwar perlu memohon maaf dan mengemukakan bukti terhadap dakwaannya bahawa Wisma Putra berkomplot dengan pihak berkuasa Jepun bagi melarang pemimpin pembangkang itu masuk ke Jepun.

Hamzah berkata, Anwar sedia maklum bahawa bekas banduan perlu memohon visa untuk masuk ke Jepun.

“Pihak Jepun sendiri sudah jelaskan apa yang berlaku adalah salah dia sendiri. Dia hendak masuk ke negara itu, dia kena ada perjanjian khas sebab pernah dipenjarakan. Dia bukan tidak tahu tentang itu kerana sebelum ini dia pernah buat,” katanya.

Sehubungan itu, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mengandaikan Timbalan Menteri Luar yang mengeluarkan kenyataan itu tidak mengetahui keadaan sebenar.

“Menteri itu mungkin tak tahu keadaan sebenar pada hari kejadian,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon