Friday, January 24, 2014

Pemuda PKR Ugut Saman, Nafi Bakar Dan Pijak Bendera Jepun!


Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Bukit Katil merangkap Ketua AMK, cuba melepaskan perasaan kecewanya kerana demonstrasi yang dianjurkannya di hadapan Kedutaan Jepun, kerana hanya dihadiri oleh dua belas orang pecacai, cuba melakukan pembohongan secara terang-terangan.

Pemuda PKR Nafi Bakar Bendera Jepun

Shamsul Iskandar Mohd Akin cuba menafikan perbuatan memijak bendera atau lambang negara Jepun dilakukan oleh AMK, sebaliknya cuba berdalih kononnya, perbuatan itu bukan dilakukan oleh AMK Pusat.

Apa yang dimaksudkan oleh Shamsul Iskandar atau lebih glamour dengan nama gelarannya, Sam Ketot, sebagai AMK Pusat?

Apakah Sam Ketot cuba memberitahu, yang berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Jepun itu bukannya AMK Pusat kerana yang datang cuma 12 orang?

Atau perbuatan memijak dan membakar lambang negara Jepun itu, akan memberi kesan negatif kepada Anwar Ibrahim sendiri?

Sungguh menggelikan hati melihat gelagat Sam Ketot dan 11 orang pengikutnya yang menyalak-nyalak marahkan Kerajaan Jepun kerana tidak membenarkan Anugerah Tuhan mereka masuk ke Jepun.

Bagi mereka, tidak ada undang-undang mana-mana negara pun yang tertakluk kepada Anugerah Tuhan mereka yang bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim menurut mereka, bebas ke sana ke mari dan bebas berbuat apa-apa sahaja sekehendak hatinya.

(Baca: Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?)

Jepun tidak lebih besar daripada Israel mahupun Amerika Syarikat yang membenarkan serta memberi ruang yang sangat besar kepadanya. Kalau Israel dan Amerika Syarikat boleh mengalu-alukan Anwar Ibrahim, mengapa pula Jepun yang dilihat sebagai salah sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat, berlagak sebagai tuan besar yang mempunyai kedaulatan ke atas tanah airnya.

Namun kelucuan itu sebenarnya tidak sepatutnya menggelikan hati. Biarpun hanya 12 orang, demonstrasi bodoh yang dilakukan oleh Sam Ketot bersama konco-konconya itu, memberi kesan yang jauh lebih buruk kepada negara.

Pastinya, demonstrasi 12 orang di hadapan Kedutaan Jepun mendapat perhatian media-media Jepun yang jauh lebih advance dan jauh lebih patriotik biarpun pro pembangkang negara itu.

Isu demonstrasi tersebut, akan menjadikan mereka bersatu dan sama-sama menghentam Malaysia dan mengeji kegagalan pihak berkuasa Malaysia membendung demonstrasi yang cuba memalukan salah sebuah negara yang paling banyak menyumbang kepada rizab simpanan luar Malaysia.

Sebagai seorang peguam, meskipun sekadar peguam pada nama, Sam Ketot amat menyedari natijah daripada perbuatannya itu. Justeru itulah dia selagi boleh cuba menafikan pembabitan AMK Pusat yang diketuainya.

Mungkin berasakan orang Jepun tidak tahu jawatannya yang sebenar, kecuali sebagai penyokong dan penjilat Anwar Ibrahim, Sam Ketot cuba melakukan penipuan secara terang-terangan. Dan lebih menarik apabila Sam Ketot dan pecacainya membuat desakan agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Jepun selain memboikot produk Jepun.

Sungguhnya melucukan!

Pemuda PKR Nafi Bakar Bendera Jepun

Sebabnya, Sam Ketot cuba memberitahu, Anwar Ibrahim itu setaraf dengan Perdana Menteri Malaysia. Memalukan Anwar Ibrahim, bererti memalukan rakyat Malaysia, walaupun hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia bukan sahaja gembira, tetapi juga ketawa terbahak-bahak suka hati kerana Anwar terhalau dari Jepun kerana kegagalannya mengingati yang dia adalah bekas banduan yang perlu melalui proses extra iaitu mengisi borang dan memohon visa berbanding rakyat Malaysia yang lain.

Ironinya, meskipun terdapat bukti-bukti bergambar dan video yang menunjukkan memang berlaku perbuatan memijak lambang AMATERASU yang digambarkan menerusi bulatan berwarna merah dan berlatar putih atau kerapkali dikenali sebagai Matahari, biarpun tanpa jalur cahaya, Sam Ketot masih cuba membuat penafian.

(Baca: Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia)

Amaterasu adalah Dewi Matahari dan merupakan tuhan paling utama dalam agama Shinto dan orang Jepun amat mempercayai, raja-raja mereka merupakan keturunan Dewi Amaterasu. Perbuatan memijak lambang tersebut merupakan perbuatan menghina agama Shinto dan merendah-rendahkan agama orang Jepun.

Sam Ketot memberi amaran, akan menyaman sesiapa sahaja yang menyatakan perbuatan memijak bendera dan lambang agama Shinto Jepun itu dilakukan oleh AMK atau PKR atau mana-mana yang berkaitan. Dia tidak mahu dikaitkan dengan perbuatan tersebut.

Dia tidak mahu AMK atau PKR dikatakan membiakkan budaya kurang ajar dan biadap walaupun hakikatnya AMK, PKR dan Anwar Ibrahim memang membawa budaya kurang ajar, biadap dan tidak kenang dek untung.

Semuanya terserlah menerusi keangkuhan, kebiadapan dan KEBAHLOLAN yang ditunjukkan oleh Sam Ketot di hadapan Kedutaan Jepun!

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon