Tuesday, August 04, 2015

Abby Abadi Bakal Nikahi Wartawan Harakah

Abby Abadi Bakal Nikahi Wartawan Harakah

Bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi bakal bernikah dengan wartawan akhbar pembangkang Harakah, Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos ini.

Abby-Faizal

Dipetik dari mStar, bakal suami Abby berkata dia mahu menjadikan Abby sebagai isterinya kerana tertarik dengan sikap penyayang dan dermawannya.

"Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang yang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya."

Dalam pada itu, Faizal yang juga duda anak tiga berkata, dia tidak menilai bakal isterinya itu berdasarkan cakap-cakap negatif kerana ia tidak adil.

"Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan."

Sementara itu, Faizal turut menceritakan mereka mula menjalin hubungan cinta selepas kembali bertemu pada akhir tahun lalu.

"Saya seorang wartawan dan banyak membuat 'follow-up' dengan Abby selain pernah bertemu dengannya ketika menghadiri program yang melibatkannya atas kapasiti kerja.

"Selepas pilihan raya umum pada 2013 berakhir, kami pun tidak lagi berhubung, namun kembali bertemu setahun kemudian dalam sebuah program pada Disember tahun lalu dan mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin."

Abby dan Faizal bakal diijabkabulkan pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat, manakala majlis kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos.

BACA INI JUGA: Video Sedih Kisah Cinta Sejati

Sumber: Tupai

Wednesday, June 11, 2014

Dera Suami Mental Dan Fizikal Punca Abby Abadi Kena Cerai

Dera Suami Mental Dan Fizikal Punca Abby Abadi Kena Cerai

Teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga Abby Abadi akhirnya terjawab apabila bekas suami pelakon itu Muhammad Noor Farhan Che Bakar mendedahkan didera secara fizikal dan emosi semasa mereka bergelar suami-isteri.

Abby Abadi Kena Cerai
Kesan luka cakaran pada wajah dan lengan Muhammad Noor Farhan.

Muhammad Noor Farhan, 24, memberitahu, Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

"Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini," dedahnya kepada mStar Online ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini pada Rabu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan syarak yang ditetapkan.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Farhan report polis
Buat laporan polis.

Malah dia memberitahu telah pun membuat satu laporan di Balai Polis Ampang dekat sini pada hari sama dia dicederakan sebagai salah satu langkah keselamatan.

"Saya tidak ingin memanjangkan perkara ini dalam mahkamah tetapi sekadar membuat laporan polis untuk melindungi diri saya sekiranya apa-apa berlaku.

"Abby juga tahu saya buat laporan polis mengenai kejadian tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Noor Farhan turut mendedahkan, pergaduhan di antara mereka sering tercetus apabila Abby tidak mempunyai wang dan sering mendesaknya sehingga membuatkan dia tertekan dan tidak pulang ke rumah.

Jelas Farhan, dia kecewa apabila Abby tidak memberi peluang kepadanya untuk membuktikan diri untuk menjadi seorang suami bertanggungjawab dan Abby sering mengeluarkan kata-kata menguris perasaan kepadanya dan menambah tekanan dalam rumah tangga mereka.

"Setiap kali dia tidak mempunyai wang dia akan menyerang dan mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya.

"Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan," katanya.

Abby Abadi Kena Cerai [2]
Tekanan emosi melampau kepada suami.

Bagaimanapun, Muhammad Noor Farhan enggan mengulas dakwaan kejadian berlaku akibat sikap Abby yang mengawal hidupnya sepanjang hampir setahun perkahwinan mereka.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Noor Farhan berkata, dia sudah tidak mempunyai perasaan sayang terhadap bekas isterinya itu dan tidak melihat sebarang peluang untuk mereka kembali berbaik.

Malah dia lega apabila kes perceraian tersebut selesai dengan baik apabila pihak mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuatnya menerusi SMS terhadap Abby.

"Cukuplah... Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya," jelasnya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan kenyataan balas Abby mengenai pendedahan bekas suaminya itu tidak berjaya apabila seorang wanita yang menjawab panggilan memaklumkan Abby tidak berada bersamanya selain enggan memberi sebarang kenyataan.

"Mungkin boleh cuba menghubungi Abby esok (Khamis) tetapi sekiranya tiada sebarang balasan itu bermakna dia tidak mahu menjawab apa-apa soalan daripada media," kata wanita berkenaan.

Abby Abadi Kena Cerai [3]

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.

[Sumber]

Wednesday, May 28, 2014

PANAS! Abby Abadi Failkan Perceraian!

PANAS! Abby Abadi Failkan Perceraian!

Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok).

Abby Abadi Bercerai

mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

(Baca: Top 10 Janda Paling Hot Indonesia)

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. -MSTAR

UPDATE!

Suami Abby Abadi Lakukan Dua Kali Lafaz Cerai

Muhamad Noor Farhan
Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Mengikut sumber, Farhan, 25, telah menceraikan Abby, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbicaraan yang dihadiri pasangan ini adalah untuk mengesahkan lafaz yang sudah diberi itu.

Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Mereka bernikah di Selatan Thailand. –mStar

-Sentiasapanas.com

Saturday, July 27, 2013

Panas! Abby Abadi Kongsi Video Cium-cium Dengan Suami Muda!

Panas! Abby Abadi Kongsi Video Cium-cium Dengan Suami Muda!

Nampaknya tindakan Ustazah Abby Abadi mengeluarkan klip video main cium-cium bahu oleh suami mudanya tidaklah mendapat respon yang terlalu positif daripada khalayak umum.


Ramai mengutuk perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak perlu dipertontonkan kepada khalayak umum. Umum merasa itu adalah hal antara suami isteri, jadi ia harus kekal dalam bilik.

Mungkin status sebagai ustazah yang pandai menegur semua benda dan semua pihak menyebabkan ramai tidak dapat menerima tindakan itu.

Tak sangka pula klip bermanja-manjaan itu dikutuk banyak pihak. Mungkin Abby tak bermaksud apa-apa apabila menjadikan klip berkenaan tontonan umum.

Ada jugalah yang cuba pertahankan tingkah laku dalam klip itu, namun secara umum ramai yang tidak boleh terima. Nampaknya lepas ni Ustazah Abby kena lebih berhati-hati.



[Sumber]

Monday, July 22, 2013

Nafsu Membuak Punca Abby Abadi Kahwin Lari?

Nafsu Membuak Punca Abby Abadi Kahwin Lari?

Umum sudah amat maklum bahawa kebiasaannya pasangan yang bernikah di Thailand merupakan mereka yang kahwin lari. Samada mereka ini kahwin lari kerana tidak mendapat restu keluarga atau pun restu dari isteri pertama atau pun mengalami masalah yang menyalahi perundangan.


Akhirnya Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 36, mengaku dakwaan pernikahannya itu dilakukan di Thailand.

Kata Abby Abadi, "Ya saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah. Cuma saya perlu selesaikan beberapa isu yang berbangkit".

“Dah tertulis macam itu, tak apa yang penting Allah SWT dulu, yang penting saya dapat elak dosa.

“Kalau kita nak sibuk manusia punya pandangan apa yang patut kita buat untuk puaskan hati semua pihak memang payah, jadi kita dulukan Allah SWT tak ada masalah langsung untuk saya selesaikan,” katanya.

Adakah Abby berada dalam keadaan yang cukup terdesak untuk membendung nafsunya sehingga memaksa beliau untuk membawa tunangan orang lari bernikah di Thailand?

Jelas Abby Abadi sekali lagi telah cuba membawa budaya yang menjatuhkan maruah wanita dan umat Islam. Nampak gayanya PAS telah mentarbiahkan Abby untuk menjadi anak dan wanita Islam yang membelakangkan nilai-nilai kekeluargaan dan maruah bangsa Melayu.

PAS retorik dalam memperjuangkan kononnya agama Islam. Mereka kononnya menekankan pemakaian tudung untuk menjaga maruah wanita Islam namun pada masa yang sama mereka menggalakkan muslimah PAS untuk menjadi hamba seks mereka dengan membelakangkan keluarga dalam melangsungkan perkahwinan yang sepatutnya mulia di sisi Islam.

PAS juga pernah mengukir sejarah hapak apabila Dr Rosli Alani Abdul Kader yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan membawa lari illyani berkahwin secara sindiket kerana tidak mendapat kebenaran dari isteri pertama beliau. Maka Illyani yang bertudung litup ala-ala muslimah solehah telah bertindak membelakangkan ibubapa menjadi anak derhaka semata-mata cinta terlarang pemimpin atasan PAS.

Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu telah mengeluarkan perintah agar mereka tidak tinggal bersama dengan isteri kedua yang dinikahkan di Masjid Lapangan Terbang Subang, Kuala Lumpur.

Bapa Illyani iaitu Mohd Noor begitu beria-ia mempersoalkan pernikahan tersebut dan menuntut haknya sebagai wali. Rosli terlibat dengan’kahwin lari’ dan tidak mendapat restu dari bapa isteri keduanya. Ini nikah pun tidak berwali dan tidak sah nikah itu jika isteri keduanya masih anak dara jika tanpa izin wali. Janda lain, boleh guna wali hakim. Anak dara tidak boleh dan tidak sah nikah tanpa persetujuan bapa sebagai wali. Ini hakikat benar dan main-main dengan hukum.

Mengapa Abby perlu lari bernikah di Thailand sedangkan beliau seorang janda yang tidak memerlukan wali. Perkahwinan tanpa restu ini, biasanya tuan tubuh akan diberitahu soal nikah sendiket di mana-mana sahaja di Malaysia dan juga di Selatan Thailand.

“Kalau kita nak sibuk manusia punya pandangan apa yang patut kita buat untuk puaskan hati semua pihak memang payah, jadi kita dulukan Allah SWT tak ada masalah langsung untuk saya selesaikan,” katanya.

Hakikat bahawa kita hidup bermasyarakat dan Abby juga merupakan penceramah PAS tidak membolehkan kita membelakangkan pandangan orang disekeliling kita.

“Saya hanya mengharapkan kebahagiaan dunia dan akhirat,” katanya.

Mampukah kita mengecapi kebahagian tanpa restu keluarga. Abby lebih banyak membawa pengaruh buruk dalam masyarakat. Beliau tidak mampu menjadi seorang muslimah yang baik.

[Sumber]

Friday, July 19, 2013

Siapa Suami Baru Abby Abadi?

Siapa Suami Baru Abby Abadi?

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?


Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.

Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:
Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan

Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.

Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut:

Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana.


Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.

Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!

Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya.

[Sumber]

Abby Abadi Kahwin Senyap-senyap?

Abby Abadi Kahwin Senyap-senyap?

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.


“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

Status di Akaun Twitter Abby Abadi.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

[Sumber]