Thursday, January 11, 2018

Bagaimana Cara Waris Menuntut Harta Pusaka ASNB?

Bagaimana Cara Waris Menuntut Harta Pusaka ASNB?

Jika berlaku kematian kepada pemilik akaun, waris boleh menuntut wang khairat kematian pemilik asal ASNB dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun. Kalau tidak dituntut, wang tersebut akan dikira hangus.

Bagaimana Cara Waris Menuntut Harta Pusaka ASNB?

Dan sekiranya si mati meninggalkan simpanan berjumlah kurang RM5,000.00 (lima ribu ringgit) waris boleh membuat pengeluaran tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad.

Sebaliknya, (jika simpanan RM5,000 ke atas) maka wang simpanan si mati akan dirujuk ke Amanah Raya Berhad dan akan melibatkan tuntutan harta pesaka mengikut wasiat (kalau ada) dan pembahagian faraid (yang akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah).

Soalan 1. Bagaimanakah saya sebagai waris boleh menuntut baki unit pelaburan bagi pemegang unit yang telah meninggal dunia?

Anda perlu menyemak baki unit pelaburan simati terlebih dahulu. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

Soalan 2. Di manakah saya boleh memohon untuk mendapatkan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka si mati?

Anda boleh memohon mendapatkan surat kuasa di institusi-institusi berikut:
  • Mahkamah Tinggi Sivil (seluruh negeri di Malaysia) atau;
  • Mahkamah Tinggi Sabah/Mahkamah Anak Negeri Sabah/Mahkamah Syariah Sabah (bagi Negeri Sabah sahaja) atau;
  • Mahkamah Tinggi Sarawak/Mahkamah Anak Negeri Sarawak(bagi Negeri Sarawak sahaja) atau;
  • Pejabat Tanah dan Daerah (sekiranya ada melibatkan hartanah) atau;
  • Amanah Raya Berhad
Soalan 3. Adakah tempoh tertentu yang ditetapkan untuk waris membuat tuntutan baki pelaburan bagi pemegang unit yang meninggal dunia?

Tiada. Akaun si mati akan terus dibayar pengagihan pendapatan (jika ada) sehingga baki akaun tersebut dituntut oleh waris.

Soalan 4. Bolehkah saya membuat penamaan bagi sebarang akaun unit amanah ASNB yang telah didaftarkan?

Tidak boleh.

Soalan 5. Bagaimanakah cara pembayaran tuntutan kematian dilakukan oleh pihak ASNB kepada waris?

Pindah milik iaitu bayaran dibuat dengan memindahkan baki unit dari akaun unit amanah ASNB si mati ke akaun unit amanah ASNB waris/waris-waris (di pindah milik ke akaun unit amanah yang sama sahaja).

Soalan 6. Adakah Hibah diterima di ASNB?

Ya, hibah diterima di ASNB dengan syarat hibah dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Tinggi Sivil bagi setiap negeri di Malaysia.

Soalan 7. Apakah dokumen yang diperlukan bagi simati yang meninggalkan hibah?

Syarat lain bagi hibah sama seperti syarat tuntutan harta pusaka. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

Soalan 8. Bagaimana sekiranya si mati diisytihar muflis?

Sekiranya si mati masih berstatus muflis, ASNB akan membuat bayaran terus kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).

Sekiranya si mati sudah bebas dari muflis, sertakan salinan surat pelepasan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ).

Soalan 9. Bagaimana sekiranya saya sebagai waris diisytihar muflis?

Anda perlu menyemak baki unit pelaburan si mati terlebih dahulu.

Jumlah baki unit pelaburan simati RM10,000 dan ke bawah;

Sekiranya nama waris yang menuntut diisyitihar muflis, nama waris lain perlu dikemukakan. Walau bagaimanapun sekiranya nama waris tersebut telah dibebaskan dari status muflis, sila kemukakan Surat Pelepasan dari Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ).

Jumlah baki unit pelaburan simati lebih dari RM10,000 dan nama waris tersebut tersenarai di dalam Surat Kuasa Mentadbir

Sekiranya nama waris yang tersenarai masih berstatus muflis, ASNB akan membuat bayaran bahagiannya kepada JIM. Walau bagaimanapun, sekiranya waris tersebut sudah bebas dari status muflis, sila sertakan salinan Surat Pelepasan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan Perintah Pembatalan dari Mahkamah Tinggi atau Deraf Perintah atau carian rasmi dari JIM Putrajaya (HQ).

Soalan 10. Bagaimana sekiranya waris di dalam surat kuasa mentadbir meninggal dunia?

Waris kepada waris yang meninggal dunia boleh membuat Tuntutan Harta Pusaka dengan melengkapkan syarat-syarat tuntutan harta pusaka. Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk maklumat lanjut dan senarai dokumen yang perlu dikemukakan.

Soalan 11. Bagaimana sekiranya akaun si mati mempunyai jumlah RM 0.00?

Anda perlu memaklumkan kematian si mati kepada ASNB melalui surat berserta sijil kematian. Penutupan akaun akan dibuat oleh pihak ASNB.

Soalan 12. Bagaimana sekiranya si mati mempunyai pinjaman/cagaran yang belum diselesaikan?

Anda perlu berhubung dengan Institusi Pemberi Pinjaman untuk menyelesaikan pinjaman/cagaran terlebih dahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Akaun ASB Di Bekukan Selepas Anda Meninggal!

sumber: pewarisanmd