Thursday, July 07, 2022

Doktor Kongsi Panduan Penting Cara PILIH Pelindung Cahaya Matahari Untuk Kulit!


Pemakaian Pelindung Cahaya Matahari amat penting dan berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari yang berlebihan, namun selain melihat pada kesesuaian kulit, pemilihan dalam pelindung cahaya matahari juga dinilai dengan melihat Sun Protection Factor (SPF) dan Protection against UVA (PA).

Moisturizer Tips Dr Fatimah

Kami kongsikan panduan daripada ahli kimia, Dr Fatimah Salim, berkaitan kepentingan penggunaan pelindung cahaya matahari ini sebagai rujukan.

Semua orang tahu terutamanya bagi golongan wanita bahawa pemakaian pelindung cahaya matahari SANGAT penting. Terutamanya bagi mereka yang memiliki kulit cerah disebabkan kurangnya pigmen melanin.

Selain memberikan warna kepada kulit, melanin merupakan bahan kimia semula jadi yang dihasilkan oleh kulit yang mana berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat cahaya matahari yang berlebihan.

PELINDUNG CAHAYA MATAHARI

Kita selalu mendengar mengenai produk penjagaan kulit yang dikenali sebagai pelindung cahaya matahari (sun protection).

Daripada beberapa maklumat yang saya perolehi, ramai yang keliru dengan istilah sunblock (penghalang matahari) dan sunscreen (pengadang matahari).

Walaupun kulit secara semulajadi mempunyai pelindung cahaya matahari, namun disebabkan oleh pelbagai faktor (genetik, diet pemakanan, stress, aktiviti harian, perubahan hormon, usia, jantina dan pemakaian produk harian) akan menyumbang kepada kepelbagian komposisi bahan kimia kulit.

Tambahan pula berada di negara yang beriklim panas (dan lembab), kita memerlukan perlindungan tambahan iaitu dengan memakai pelindung cahaya matahari yang bersesuian.

Apakah Pelindung Cahaya Matahari?

Pelindung cahaya matahari ialah formulasi produk berupa losen, gel, lilin (waxes) atau semburan yang mengandungi campuran bahan kimia aktif yang dipakai pada permukaan luar kulit (topikal), bertujuan untuk melindungi kulit dari sinaran UV matahari.

Apa pula perbezaan Sunblock dan Sunscreen?

Sebenarnya sunblock dan sunscreen mempunyai fungsi yang sama iaitu memberikan perlindungan kepada lapisan luar kulit daripada terkena cahaya UV matahari.

Asalnya, istilah sunblock digunakan sebagai pelindung dari cahaya matahari yang bersifat fizikal kerana mekanisma lindungan dengan pemantulan atau penyelerakkan.

Namun, setelah dibuktikan melalui kajian mutakhir yang mana mekanisma lindungannya juga adalah melalui serapan (absorption), maka istilah sunblock ditarik semula dan diseragamkan kepada istilah sunscreen sahaja.

Walau bagaimanapun, konsep awal ini masih lagi digunakan secara meluas ketika memberikan penerangan kepada orang awam atau pengguna.

Bagaimana Memilih Pelindung Cahaya Matahari?

Selain daripada mengambil kira kesesuaian kulit, pemilihan dalam pelindung cahaya matahari juga dinilai dengan melihat Sun Protection Factor (SPF) dan Protection against UVA (PA) [atau biasa dinyatakan broad spectrum protection sahaja] yang mampu ditawarkan oleh produk tersebut.

SPF merupakan skala yang digunakan untuk menilai daya tahan bahan kimia di dalam formulasi pelindung cahaya matahari melawan cahaya UV selama 10 minit sebelum sampai ke lapisan kulit.

Ianya diukur dengan kadar serendah 2 sehingga 100.

Moisturizer Terbaik

SPF dikira dengan mengunakan formula matematik yang komplek namun boleh diringkaskan seperti:

CONTOH: PRODUK YANG MEMPUNYAI SPF 15 MAMPU BERTAHAN DI BAWAH TERIK MATAHARI SELAMA 150 MINIT (15x10) SEBELUM PERMUKAAN KULIT TERBAKAR (SUNBURN).

Namun, kesilapan yang biasa berlaku adalah dengan menganggap tempoh keberkesanan pelindungan boleh diambil secara terus dari hasil pendaraban ini.

Faktor lain juga harus diambil perhatian kerana jumlah pendedahan matahari terhadap kulit adalah lebih bergantung kepada tempoh masa yang dihabiskan di bawah matahari, keterikan cahaya matahari (jumlah cahaya UV pada ketika itu) dan ketahanan bahan kimia pelindung sebelum termusnah.

Juga kandungan lain di dalam formulasi pelindung cahaya matahari seperti bahan kimia barium sulfate dan talcum (talc).

Dan yang paling penting ialah cara pemakaian yang betul (jumlah yang perlu disapu pada kulit) mengikut kesesuian aktiviti.

Namun, jika anda mempunyai kulit yang sangat sensitif, mohon rujuk pakar kulit untuk cadangan pilihan pelindung cahaya matahari yang bersesuaian.

Semoga bermanfaat.

ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
#skincarelover

BACA INI JUGA:
sumber: (1)

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon