Jumaat, November 15, 2019

10 Cara Pengambilan Vitamin C Yang Betul


Loading...

Dengan amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat, seseorang mesti memastikan tubuh mendapat khasiat vitamin C sama ada daripada sumber makanan semulajadi atau suplemen tambahan.

Makan Vitamin C

Ada orang yang memang setiap hari mengambil makanan dengan sumber vitamin C, tetapi ia belum tentu cukup untuk menampung keperluan tubuh badannya.

Ada pula yang langsung tidak mengambil kira kepentingan zat dan nutrisi ini dalam diet sehariannya.

Berikut adalah cara pengambilan vitamin C yang betul supaya lebih berkesan dan tidak membazir.

1. Mudah Hilang

Vitamin C sangat sensitif dan boleh bertindakbalas dengan udara, air dan suhu. Cara terbaik ialah mengambil makanan yang kaya vitamin C dalam keadaan mentah seperti buah-buahan segar yang baru dipetik, kerana proses merebus atau mengukus makanan akan mengurangkan kualiti vitamin sehingga 25 %.

2. Segar

Menyimpan buah atau sayur-sayuran dalam dalam jangka waktu yang lama juga boleh mengurangkan atau menyebabkan kehilangan vitamin C yang terkandung di dalamnya.

Tidak berbaloi jika anda sudah menghabiskan duit untuk membeli dan makan sayur-sayuran tetapi khasiat yang diperoleh tidak banyak kerana disimpan dalam jangka waktu yang lama.

3. Masak Terlalu Lama

Memasak sayuran selama 20 hingga 30 minit akan menghilangkan separuh daripada kandungan nutrisinya. Proses pemanasan juga turut mengurangkan kandungan Vitamin C.

4. Jumlah Dos

Dos harian Vitamin C yang dicadangkan untuk lelaki adalah sebanyak 90 mg manakala 75 mg untuk wanita.

5. Mudah Hilang Dari Tubuh

Sekalipun kita memang mengambil vitamin C dalam pemakanan seharian, tubuh kita ini sentiasa terdedah dengan radikal bebas yang akan menyusut dan menyebabkan kehilangan vitamin C yang sangat penting untuk menjadi pelindung kepada asakan patogen jahat dan jangkitan penyakit.

Adalah penting untuk mengambil sumber vitamin dari supplemen sama ada dalam bentuk tablet atau cecair.

Telan 1 biji tablet atau 1 sudu besar vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur.

6. Ibu Hamil

Bagi ibu hamil dan menyusukan pula, mereka memerlukan sekitar 85 hingga 120 mg sehari.

Bagi yang sedang hamil, berpantang, menyusu bayi, selepas pembedahan dan menghidap penyakit penyakit tertentu, anda disarankan mendapatkan khidmat nasihat pakar atau doktor yang bertauliah sebelum mengambil sebarang suplemen vitamin C.

7. Air Putih

Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 2.5 liter hingga 3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.

8. Jangan Berlebihan

Pastikan suplemen vitamin C adalah Sustain Released supaya tidak membazir Vitamin C dan urin tidak dipenuhi vitamin C.

Vitamin C berlebihan akan dikeluarkan dari badan malah memberi kesan buruk kepada kesihatan buah pinggang.

9. Keperluan Harian

Maksimum hanya 200 mg supplemen Vitamin C diambil dalam masa 1 jam dan menurut pakar kesihatan, maksimum pengambilan Vitamin C hanya 2,000 mg sehari.

10. Gaya Hidup Sihat

Vitamin C memang sangat mudah termusnah dan keperluannya berbeza pada setiap orang terutamanya mereka yang sering mengambil ubat tahan sakit dan perokok tegar kerana 1 batang rokok sahaja mampu melupuskan 50-100 mg vitamin C.

Kesimpulan

Walau bagaimanapun, tidak ada dos pengambilan yang khusus untuk vitamin C kerana ia bergantung kepada faktor umur, berat badan, jantina, tabiat pemakanan, rutin seharian dan gaya hidup seseorang.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: encikshino

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon