Monday, May 27, 2019

Huawei 'Hongmeng OS' Sistem Operasi Gantikan Android Dan Windows


Menerusi laporan terbaharu, Huawei telah bersedia untuk menggantikan sistem operasi (OS) Android sedia ada dengan sistem operasi yang dibina oleh mereka sendiri dan dilaporkan telah mendaftarkan “tanda dagang” di China yang diberi nama Hongmeng OS.

Huawei Hongmeng OS

Keunikan sistem operasi ini adalah ia mampu menggantikan Android dan Windows sekali gus bakal digunakan pada telefon pintar dan laptop Huawei.

Bukan takat itu sahaja, Hongmeng OS juga berupaya menjalankan sistem operasinya di televisyen, peranti yang berasaskan pada kenderaan dan juga tablet.

60% Lebih Pantas

Melalui sesi temu ramah di antara Huawei dengan media tempatan di China seperti yang dikongsikan oleh FinanceSina, Huawei akan sentiasa komited terhadap sistem operasi Microsoft Windows dan Google Android buat masa ini.

Namun begitu, mereka sentiasa telah bersiap sedia untuk menggunakan pelan B dengan melancarkan sistem operasi yang telah dibangunkan sendiri oleh Huawei sejak tahun 2012 lagi.

Sungguhpun begitu, tindakan untuk menggunakan sistem operasi itu hanya akan dibuat sekiranya Amerika Syarikat menyekat sepenuhnya penggunaan sistem operasi sedia ada.

Pendedahan yang dikongsikan melalui perbincangan di group WeChat, sistem operasi Huawei ini dipercayai akan menjanjikan 60% lebih kepantasan pantas berbanding sistem operasi Android.

Di dalam laporan berasingan yang telah dikogsikan oleh HuaweiCentral , sistem operasi Huawei yang sebelum ini akan dikenali sebagai ‘Hongmeng’ atau ‘Hong Meng’ ini akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan di China, manakala untuk pasaran global pula ia bakal menggunakan nama sistem operasi yang berbeza.

Apa yang pasti, sistem operasi daripada Huawei ini telah disahkan boleh mengoperasikan aplikasi Android dan juga aplikasi web tanpa masalah. Malah sistem operasi ini juga boleh dioperasikan pada pelbagai produk berbeza termasuklah telefon pintar, tablet, komputer, TV dan banyak lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon