Monday, April 22, 2019

Kajian MA63 Akan Di Buat, Kenapa Baru Sekarang?


Selepas gagal mendapat sokongan penuh di Parlimen, barulah kini kedengaran ura-ura persediaan dan kajian tentang tuntutan MA63 Sabah Sarawak dilakukan dan walaupun usaha ini nampak hebat, tetapi tetap ada kemusykilan.

Kajian MA63

Persoalannya, selama bertahun-tahun dituntut, kenapa baru sekarang ada penyediaan dan kajian dilakukan? Salahkah jika rakyat Sabah dan Sarawak berpendapat, ini semua hanyalah sekadar lakonan dan sandiwara politik sebenarnya?

Kajian MA63 dijangka siap Jun 2019 ini: Shafie Afdal

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Mesyuarat Penyediaan Laporan Interim Perjanjian Malaysia (MA63) akan diadakan dari 22 sehingga 24 April 2019 ini, manakala kajian terhadap MA63 itu dijangka siap pada bulan Jun.

Beliau berkata sekiranya ada isu-isu berbangkit berkenaan Perkara 8 di bawah MA63 yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat iaitu berkaitan dengan hak-hak Sabah untuk dimasukkan sebagai satu isu tambahan kepada isu yang telah dikemukakan oleh kerajaan negeri, ia amat dialu-alukan.

"Sekiranya ada, saya berharap wakil rakyat berkenaan menyatakan isu spesifik, justifikasi dan rekomendasi, bagi memudahkan perbincangan dan kajian oleh kerajaan persekutuan," katanya.

Mohd Shafie turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kerana sepakat menyokong usaha untuk menuntut hak-hak negeri yang terkandung dalam MA63.

Kesepakatan ini menunjukkan Sabah memiliki satu suara demi kepentingan rakyat. Perkara 8 MA63 sememangnya menjadi intipati utama dalam tuntutan hak-hak Sabah yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan untuk dikaji dan diteliti dalam Jawatankuasa Khas Kabinet bagi mengkaji MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, tambahnya.

Jawatankuasa pilihan khas Parlimen MA63 akan ditubuhkan: Vui Keong

Sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen (PSC) mengenai pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan ditubuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Jelasnya, jawatankuasa itu akan melibatkan ahli Parlimen terpilih bagi melengkapkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai perkara sama.

“Kami (kerajaan Persekutuan) menyedari sebuah jawatankuasa melibatkan anggota Parlimen perlu bagi menjayakan pelaksanaan MA63.

“Pengerusi PSC itu nanti akan dijemput untuk menjadi anggota tetap Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyumbang kepada pelaksanaan MA63,” katanya selepas merasmikan Majlis Iltizam 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2, Sandakan.

Vui Keong melahirkan perasaan gembira terhadap DUN Sabah yang meluluskan usul menyokong pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan pada persidangan dewan sebelum ini.

Beliau berharap langkah sama akan dituruti DUN Sarawak pada persidangan akan datang.

“Saya yakin DUN Sarawak akan mengambil langkah seperti DUN Sabah (menyokong pindaan).

“Saya juga akan berjumpa dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai usul pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu,” katanya.

Nota: Adakah ini betul-betul dan bukan cobaan? Sama-sama kita nantikan kesudahannya.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

2 comments

  1. Sebenaqnya, kalau rang Undg2 PENIPU si DAPembunuh bangkai ANJING HOMO jijik ZIONIS ISrael ni LULUS, Sabah/Sarawak dan LAUT CHINA SELATAN (juga di Semenanjung) yg. amat KAYA dgn. MINYAK/GAS dan THORIUM/URANIUM bawah dasar laut (utk. pembuatan SENJATA NUKLEAR Barat-ISrael sampai ke akhir zaman) - akan jadi ISrael-no 2, melalui PEMISAHAN amat halus Sabah/Sarawak dr. Kerajaan Persekutuan akhirnya, melalui polisi "Equal Partner" ni!! Lihat di -

    https://www.malaysia-today.net/2019/04/17/sabah-and-sarawak-are-not-states-says-lim-guan-eng/
    Sabah and Sarawak are not states, says Lim Guan Eng

    By MT Webmaster

    Malaysia Today
    On Apr 17, 2019

    ReplyDelete
  2. Si syafiee HOMO ni mmg. si PENIPU bangkai ANJING nak MAMPOS!!Ini bukti JELAS tentang kes RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM sbnyk. $1.5 BILLION oleh shafie HOMO warisan JIJIK-KULI DAP BANGKAI ANJING Zionis ISrael - yg. dah diTUTUP sewenangnya oleh syukri HOMO BANGKAI PARA-SIT/SPRM BANGKAI BANJING yg. makin TAK GUNA dan PEGUAM NEGARA PARIA PENIPU BANGKAI ANJING tu (sbb. tu shafiee HOMO dan adik dia, boleh sampai ada 23 SYARIKAT - mcm. anak2 mahathir PARIA tu sampai ada hampir 100 syarikat – utk. mengGUBAH WANG HARAM)!

    Lihat juga SAKSI yg. hanya kerja sbg. Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW yg. TERLIBAT dlm. kes RASUAH/PENGGUBAHAN WANG HARAM ni boleh ada sampai $29 JUTA dlm. AKAUN dia!

    Lihat di -

    1. https://malaysiachoice.wordpress.com/2018/07/06/shukri-sprm-arah-kes-shafie-apdal-ditutup-saksi-miliki-akaun-rm29-juta-dibebaskan/

    Shukri SPRM arah kes Shafie Apdal ditutup, saksi miliki akaun RM29 juta dibebaskan

    Malaysia Choice

    July 6, 2018; dan di -

    https://sabahkini2.com/en/news/1855/selepas-banglo-rm13-juta-kini-rumah-shafie-apdal-rm53-juta-no5-albion-street-london-terbongkar/view

    Selepas Banglo RM13 juta kini rumah Shafie Apdal RM53 juta No.5 Albion Street London terbongkar

    SabahKini2

    April 15 2019.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon