Monday, February 11, 2019

10 Makanan Tinggi Kandungan Magnesium


Makanan yang kaya dan tinggi kandungan magnesium amat diperlukan bagi kesihatan sel dan juga untuk hampir 300 proses biokimia dalam tubuh badan. Malangnya, ramai yang berisiko untuk menghidapi gejala kekurangan magnesium dan kebanyakan mereka tidak mengetahuinya!

Makanan tinggi Magnesium

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam BMC Bioinformatics mendapati bahawa tubuh badan anda memiliki sebanyak 3751 tempat untuk memproses magnesium dalam tubuh badan kita. Hal ini menunjukkan bahawa keperluan kepadanya sangat besar lebih daripada apa yang kita bayangkan sebelum ini.

Oleh sebab tubuh badan anda memerlukan dan menggunakan magnesium untuk pelbagai fungsi, anda akan menjadi cepat kehilangannya terutama sekali sekiranya anda tidak mengambil makanan yang kaya dengan magnesium.

Beberapa Fungsi Utama yang Memerlukan Magnesium:
  • Sintesis protein
  • Fungsi saraf
  • Kawalan gula dalam darah
  • Rembesan Neurotransmitter
  • Regulasi tekanan darah
  • Metabolisme tenaga
  • Penghasilan antioksidan glutathione

Adakah Anda Mendapatkan Makanan yang Kaya dengan Magnesium?

Kekurangan magnesium merupakan suatu keadaan yang sukar diketahui kerana ia tidak akan ditunjukkan melalui ujian darah!

Hanya 1% sahaja magnesium dalam tubuh badan anda disimpan dalam darah dan selebihnya disimpan di dalam tulang anda.

Beberapa masalah utama yang dikaitkan dengan kekurangan magnesium termasuklah:
  • Ketidakstabilan hormon dan PMS.
  • Fibromyalgia.
  • Serangan jantung.
  • Diebetes jenis 2.
  • Osteoporosis.
  • Sembelit.
  • Sakit kepala.
  • Tekanan perasaan.
  • Keletihan melampau.

Seperti mana yang anda boleh lihat, pengambilan makanan yang mengandungi magnesium sangat diperlukan untuk kesihatan anda.

Bagaimanakah Cara untuk Meningkatkan Pengambilan Magnesium Anda?

Sekiranya anda rasa anda mungkin mengalami kekurangan magnesium, cara yang terbaik adalah untuk mula mengambil makanan yang kaya dengan kandungan magnesium itu sendiri.

Membeli makanan daripada pekebun tempatan di pasar tani dan juga makanan yang ditanam sendiri juga merupakan salah satu cara untuk mendapatkan makanan yang tinggi kandungan magnesiumnya.

Tanah yang digunakan untuk aktiviti perkembunan konvensional kini sudah kekurangan kandungan magnesiumnya kerana mereka tidak memberikan masa untuk biarkan tanah tersebut untuk ‘rehat’.

Selain itu juga, mereka juga menggunakan baja yang hanay memberikan nitrogen, fosforus dan kalium sahaja ke dalam tanah namun tidak pula bagi magnesium.

Secara umumnya, makanan yang mengandungi tinggi magnesium ialah sayur-sayuran berdaun hijau yang sangat kaya dengan klorofil.

Klorofil juga dikenali sebagai ‘darah hidup’ bagi satu-satu tumbuhan di samping memiliki keupayaan untuk menyerap cahaya matahari dan menukarkannya kepada tenaga.

Satu perbezaan utama antara darah manusia dengan klorofil ialah darah manusia mengandungi zat besi di tengah-tengah sel, namun sebaliknya bagi tumbuh-tumbuhan mengandungi magnesium di tengah-tengah selnya.

10 Makanana Utama yang Kaya dengan Magnesium

Sayur-sayuran hijau bukanlah satu-satunya makanan yang kaya dengan magnesium dan klorofil.

Berikut merupakan antara 10 makanan yang juga kaya dengan magnesium yang boleh anda tambahkan ke dalam diet anda;
  1. Bayam — 1 cawan: 157 milligram (40% DV)
  2. Chard — 1 cawan: 154 milligram (38% DV)
  3. Biji Labu — 1/8 cawan: 92 milligram (23% DV)
  4. Yogurt atau Kefir — 1 cawan: 50 milligrams (13% DV)
  5. Almond — 1 auns: 80 milligram (20% DV)
  6. Kacang Hitam — ½ cawan: 60 milligram (15% DV)
  7. Avokado — 1 biji bersaiz sederhana: 58 milligram (15% DV)
  8. Fig — ½ cawan: 50 milligram (13% DV)
  9. Cokolat Hitam — 1 petak: 95 milligram (24% DV)
  10. Pisang — 1 biji bersaiz sederhana: 32 milligram (8% DV)

(Bagi lelaki RDA 400 miligram manakala wanita RDA 310 miligram setiap hari).

Makanan lain yang juga mengandungi magnesium yang tinggi termasuklah: salmon, daun parsli Cina, kacang gajus, keju susu kambing , cuka buah teen dan articok.

Punca Utama Penyebab Kekurangan Magnesium
  • Mengambil kurang daripada tiga hidangan sayur-sayuran sehari.
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan.
  • Diet yang mengandungi gula dan asid phytic yang tinggi.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti antibodi dan diuretik.
  • Proses penyerapan dalam pencernaan yang lemah disebabkan oleh penyakit kebocoran perut.

Anda mungkin fikir bahawa penyakit kebocoran perut adalah satu-satunya yang memberikan kesan kepada sistem pencernaan, namun hakikatnya ia bahkan boleh memberikan kesan yang lebih besar. Hal ini adalah kerana penyakit tersebut kini sudah menjadi biasa.

Magnesium Lebih Penting dariapda Kalsium

Kebanyakan akhbar dan kajian yang dilakukan sejak hampir 50 tahun lalu banyak yang menyentuh kepada pengambilan suplimen kalsium namun, apabila anda melihat kembali kepada statistik, pengambilan suplimen magnesium adalah lebih penting.

Mengikuti ‘diet tradisional’akan memberikan anda hampir kepada nisbah 1:1 atau 2:1 bagi kalisum terhadap magnesium namun, kini kebanyakan orang sudah mula mengamalkan diet ‘SAD’ (Standard American Diet) dan kita kini sudah ada satu nisbah 3:5:1 yang meletakkan nisbah magnesium pada tahap yang rendah.

Selain itu, perlu diingat bahawa untuk tubuh badan menggunakan kalsium yang diperlukan, anda memerlukan magnesium sebagai pemangkinnya.

Jadi, kita dapat lihat berapa ramai orang yang mengambil suplemen kalsium tanpa diikuti dengan pengambilan magnesium dan akhirnya mereka tidak dapat mengalami apa-apa perubahan pun!

Kajian Tentang Khasiat Magnesium

Terdapat juga sejumlah besar kajian perubatan yang telah dilakukan terhadap khasiat magnesium yang mana lebih kurang sebanyak 10,000 kajian.

Berikut merupakan lima kunci utama bidang kajian yang dilakukan terhadap magnesium serta telah dibuktikan keberkesanannya.

1. Penyakit Kardiovaskular

Satu kajian telah diterbitkan dalam the American Journal of Clinical Nutrition telah dilakukan terhadap seramai 241, 378 peserta.

Kajian ini telah mendapati bahawa satu diet yang tinggi dengan magnesium boleh mengurangkan risiko penyakit angin ahmar sebanyak 8%.

Kajian lain pula mendapati bahawa peningkatan magnesium melalui diet boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 38%.

2. Fibromyalgia

Satu kajian telah diterbitkan dalam Magnesium Research telah mengkaji bagaimanakah magnesium boleh memberikan kesan terhadap fibromyalgia.

Kajian ini telah mendapati bahawa peningkatan dalam pengambilan magnesium boleh mengurangkan rasa sakit dan juga memperbaiki penanda imun darah.

3. Diebetes Jenis 2

Diet yang tinggi dengan magnesium juga boleh mengurangkan risiko diabtes jenis 2 disebabkan oleh ia memainkan peranan penting dalam metabolisme glukosa.

Satu peningkatan sebanyak 100 miligram magnesium sehari boleh mengurangkan risiko diabtes sebanyak 15% dalam satu data meta-analisis.

4. Osteoporosis

Magnesium merupakan mineral yang penting untuk pembentukan tulang dan juga untuk menggunakan kalsium.

Hakikatnya, lebih daripada separuh magnesium yang ada dalam tubuh badan manusia disimpan di dalam tulang.

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam Biology Trace Element Research telah mendapati bahawa pengambilan magnesium boleh memperlahankan pembentukan osteoporosis.

5. Sakit kepala

Kekurangan makanan yang mengandungi magensium juga dikaitkan juga dengan sakit kepala disebabkan oleh kepentingannya bagi menyeimbangkan neurotransmitter dalam tubuh badan.

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam Expert Review of Neurotherapeutics telah mendapati bahawa pengambilan 300 miligram magnesium dua kali sehari boleh mengurangkan kekerapan rasa sakit kepala ataupun migrain.

Suplemen Magnesium Terbaik

Jika anda rasa anda seperti mengalami gejala kekurangan magnesium dan anda mahu meningkatkannya dengan segera, anda boleh mengambilnya dalam bentuk suplemen.

Anda disarankan untuk mengambil sama ada magnesium chelate, magnesium citrate, magnesium glycinate or magnesium threonate.

Selain itu, penggunaan minyak magnesium juga merupakan pilihan yang terbaik untuk meningkatkan paras magnesium.

Sapukan minyak tersebut ke atas kulit dan biarkan ia menyerap. Anda juga boleh sapukannya kepada kaki sebelum tidur untuk mengubati isnomnia dan kekejangan kaki.

Anda tidak disarankan untuk mengambil magnesium oksida kerana ia boleh bertukar menjadi magnesium hidroksida dalam tubuh badan yang mana akan menyebabkan kerosakan kepada dinding usus dan juga sukar diserap.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mrtengkuasmadi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon