Thursday, November 08, 2018

10 Tabiat Buruk Rakyat Malaysia


Dinegara mana pun pasti ada tabiat warganya yang negatif atau positif, namun apa yang penting adalah tabiat yang tidak elok perlulah diubah agar imej sesebuah negara lebih cantik di mata orang ‘luar’ yang datang ke negara kita.

Rakyat Malaysia

Berikut adalah 10 tabiat orang kita yang perlu kita ubah.

1. Membuang sampah ke luar dari kenderaan

Pasti ramai yang berhadapan dengan situasi begini atau ramai yang turut melakukan tabiat yang sama.

Bukan sahaja perkara ini turut menjadi ‘ngomelan’ di sosial media, tetapi ia dikhuatiri sukar diubah kerana bakal diwarisi oleh anak-anak yang melihat tindakan berkenaan.

2. Berebut masuk lif/berebut masuk tren

Cara yang betul kita menunggu giliran memasuki lif atau menaiki tren, adalah dengan menunggu penumpang atau orang untuk keluar dahulu dari lif atau tren.

Kemudian, selepas semua sudah keluar barulah tiba giliran anda untuk masuk ke dalam lif atau tren.

3. Suka baca ‘headline’ sahaja

Menarik juga mengenai tabiat ‘baru’ ini, apabila ramai yang terburu-buru melenting tanpa mengetahui kejadian sebenar.

Ini disebabkan tabiat hanya membaca tajuk berita di media sosial tanpa membaca laporan penuh sesuatu berita.

Tidak salah kalau luangkan seminit dua untuk membaca dan memahami tanpa melenting secara melulu.

4. Berkongsi masalah peribadi di media sosial

Media sosial kadangkala menjadi diari atas talian tanpa disedari kita semua namun, berhati-hati tidak semua perkara peribadi boleh dikongsikan kepada orang ramai.

Bukan apa, selain ia bagai ‘membuka pekung di dada’ ia juga boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan ramai.

5. Menggunakan lorong kecemasan

Penggunaan lorong kecemasan sudah dibincangkan ramai sebelum ini, malah beberapa tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab sempat juga dirakamkan oleh beberapa individu.

Kepada mereka yang masih melakukan perkara ini diharap berubah, kerana kerjasama anda memberi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

6. Kurang senyuman

Dahulu Malaysia sangat dikenali sebagai negara yang murah dengan senyuman, namun sejak akhir-akhir ini, kita hanya menghadiahkan senyuman kepada individu yang kita kenali.

Cuba kita amalkan cara positif orang barat yang sering mengucapkan ‘hello’ dan ‘selamat pagi’ kepada sesiapa sahaja yang mereka jumpa sebagai tanda ramah.

7. Bergurau tentang kelemahan orang

Bergurau tentang kelemahan dan paras rupa orang sememang sudah menjadi tabiat berzaman orang kita.

Kadangkala perkara itu boleh menimbulkan salah faham dan akhirnya mencetuskan pergaduhan.

Apa kata kurangkan melihat setiap kelemahan orang sebagai satu jenaka, terima setiap apa pun perkara sebagai ciptaan terindah Yang Maha Esa.

8. Bergaduh hanya kerana fahaman politik berlainan

Sejak media sosial mudah diakses, rakyat Malaysia sering mengutarakan pendapat tentang politik dan banyak bertengkar tentangnya.

Sudah tentulah kerana isu berkenaan merupakan perkara yang sering menjadi tumpuan paling hangat.

Fahaman politik sering menjadi punca pergaduhan sehingga menyebabkan kita kehilangan kawan dan saudara.

9. Parkir secara ‘double park’

Meletakkan kereta di belakang kereta orang, merupakan satu pandangan biasa di negara kita.

Walaupun ada petak parkir yang kosong, ada juga yang masih sanggup untuk ‘double park’.

Walaupun sekejap urusannya, belajarlah untuk meletakkan kereta di pakir yang disediakan.

10. Beg tangan pun ada tempat duduk

Sudah menjadi kebiasaan, beg tangan atau beg yang dibawa akan mendapat tempat duduknya sendiri.

Perkara berkenaan sekali gus menyebabkan ramai yang tidak dapat duduk kerana kepentingan diri kita sendiri.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: astroawani

2 comments

  1. No.11, Suka pandu laju kat lorong kanan,(tapi bangang & bodoh) tak kisahla nak bawa 352km/sjm ke 400km/sjm ke. Tapi tak nyempat-nyempat, bagi lampu tinggi, siap bagi signal kanan siap hon lagi. Walhal, tunggulah kejap, bukan tak nak masuk lorong kiri, tapi masa tu, mana ada ruang untuk ke tepi, kalau masuk juga mungkin jadi kemalangan, disebabkan ada kenderaan berat lori, bas dan sebagainya.
    pemandu tak berhemah macam ni, patut ditarik lesennya semula, dialah punca banyak kemalangan di lebuhraya.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon