Wednesday, October 17, 2018

Zahid Hamidi Masuk Lokap SPRM, Bakal Di Dakwa Jumaat?


Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipanggil untuk hadir menyerah diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Khamis.

Zahid Hamidi Masuk Lokap SPRM

Beliau dijangka akan didakwa pada Jumaat dan perkara itu disahkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

"Ya, beliau sudah terima notis serah diri untuk ditahan kira-kira pukul 1.45 petang tadi dan diminta supaya hadirkan diri ke Ibu Pejabat SPRM esok dan akan didakwa pada Jumaat.

"Saya sendiri sudah tengok notis tersebut," katanya ketika dihubungi.

Lokman, dalam satu kenyataan media turut menyeru semua ahli dan kepimpinan Umno supaya berhimpun di hadapan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi Khamis sebagai tanda solidariti terhadap presiden parti itu.

"Ayuh kita sama-sama hadir mempertahankan presiden kita yang kini menjadi sasaran regim kezaliman.

"Jangan biarkan presiden kita keseorangan. Korbankan hanya sehari untuk kita mempertahankan maruah Umno yang kini cuba dirobek sang penguasa," katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya berhimpun secara aman dengan memakai kemeja-T berwarna oren.

"Saya akan hadir pakai baju oren lokap SPRM. Terpulang kepada anda mahu pakai baju apa," katanya.

Dalam pada itu, anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah turut memuat naik gambar logo SPRM berserta kenyataan yang sama di laman Instagramnya dengan kapsyen, "Kegelapan tahun 1998 kembali lagi. Bring it on! Biznillah."

Zahid Hamidi Masuk Lokap SPRM

Pada Jumaat lalu, Ahmad Zahid hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya kali kelima bagi membantu siasatan penyelewangan dana yayasan dikaitkan dengan beliau iaitu Yayasan Akal Budi.

SPRM turut mengambil keterangan anak perempuan beliau, Nurulhidayah serta adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi, berhubung kes sama pada Rabu lalu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon