Wednesday, October 17, 2018

Misteri Jeritan Meminta Tolong Baltimore Station!


Angin bertiup kencang. Jim Matheson sedang memandu di sebatang jalan di Baltimore Station, Australia, apabila keretanya tiba-tiba terperangkap dalam lopak yang dipenuhi lumpur.

Misteri Jeritan Meminta Tolong Baltimore Station!
Gambar hiasan.

Gagal untuk mengalih keretanya keluar, bekas pemeriksa Saham Kerajaan dan Ahli Majlis Bandar Raya Brisbane itu, masuk semula ke dalam kereta dan merebahkan kerusinya.

Beberapa minit kemudian, sebuah lagi kereta mengalami nasib yang sama. Ia dimiliki oleh sepasang suami isteri. Ketiga-tiga mereka memutuskan untuk tidur di dalam kereta.

Ketika matanya hampir terlelap, tiba-tiba Jim terdengar jeritan meminta tolong. Dia memberanikan diri mencari arah datangnya suara tersebut sehinggalah terpandang satu cahaya pelik terawang-awang di udara.

Cahaya itu berubah-ubah bentuknya, sekejap kecil, sekejap besar, kemudian berpusar-pusar, terus bertukar-tukar bentuk. Dari cahaya itulah keluarnya jeritan meminta tolong!

Cahaya misteri itu melayang menghampirinya, kemudian menyelubungi tubuh Jim yang terpaku tidak bergerak.

Jeritan 'TOLONG! TOLONG! TOLONG!' terus bergema, tetapi suara itu bukan lagi datang dari cahaya tersebut, sebaliknya dari tubuh Jim!

Jim cuba melepaskan dirinya daripada dikuasai cahaya misteri itu tetapi gagal. Akhirnya dia terjelepok ke atas tanah.

Ketika bertarung melepaskan diri daripada belenggu cahaya pelik itu, Jim terdengar jeritan isteri pasangan tadi.

"Jeritan itu menyelamatkan saya. Ia menguatkan kembali ingatan dan semangat saya yang semakin lemah.

"Saya bangkit semula dan melarikan diri. Cahaya itu serta-merta hilang," kata Jim ketika diwawancara oleh akhbar Blairmore Ghost pada tahun 1957.

Menurut Jim lagi, mereka bertiga kemudiannya membuat unggun api dan berjaga hingga ke pagi.

Jeritan meminta tolong hanya terhenti sebaik matahari muncul di kaki langit.

Roh Posmen

Jim menceritakan apa yang menimpa kepada penduduk di kawasan itu dan menurut seorang lelaki tua yang ditemuinya, dia bernasib baik kerana tidak lama sebelumnya, seorang lelaki mati selepas mengejar cahaya yang menjerit meminta tolong.

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan wajahnya hancur berkecai.

Mereka percaya, cahaya itu adalah roh seorang lelaki yang bekerja sebagai posmen.

Ia merayau-rayau mencari mangsa kerana marah upacara pengebumiannya tidak dijalankan dengan sempurna.

Menakutkan!

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon