Rabu, Oktober 17, 2018

Floyd Mayweather Sambut Cabaran Khabib!


Juara Lightweight Ultimate Fighting Challenge (UFC), Khabib 'Eagles' Nurmagomedov telah mencabar Floyd 'Money' Mayweather sebelum ini untuk bertinju dengannya sambil melaungkan cabaran, 'dalam hutan hanya ada satu raja'.

Floyd Mayweather vs Khabib

Floyd Mayweather kemudiannya melalui laman instagram telah menyahut cabaran Khabib, mahu menjadikkan Las Vegas hebat kembali!

Khabib melebarkan rekod tanpa kalah dalam karier profesionalnya kepada 27-0 selepas menumpaskan pencabar Conor McGregor.

Floyd Mayweather pula tidak perlu diperkenalkan lagi, seorang legenda tinju dengan rekod tanpa kalah dalam 50 pertarungan. McGregor mudah dilumat sehingga kehabisan tenaga sebelum ini, tapi mungkin Khabib sukar sedikit.

Floyd Mayweather vs Khabib

Pertarungan tinju antara Mayweather dan McGregor dianggap pertarungan tinju termahal dalam sejarah dengan kedua-dua petinju membawa pulang hasil yang lumayan.

McGregor dilaporkan menerima $30 juta daripada pertarungan itu sahaja walaupun tewas pada pusingan ke-10 di tangan Mayweather.

Mayweather pula hanya mampu tersenyum kerana dapat membwa pulang $100 juta menentang petinju yang belum pernah bertinju secara profesional sebelum ini.

Jadi tidak hairanlah apabila kita melihat petinju dari pelbagai latar belakang cuba mendapatkan perhatian Mayweather untuk berada dalam satu gelanggang.

Floyd Mayweather vs Khabib

Dalam satu video yang dimuat naik oleh CEO Mayweather, Leonardo Ellerbe, Khabib dipetik berkata mahu bertarung dengan Mayweather kerana masing-masing mempunyai rekod tanpa kalah sepanjang karier.

Perlawanan Diatur

Pertarungan Floyd Mayweather dan Khabib Nurmagomedov sedang diatur namun, pejuang Dagestan itu enggan beraksi di Las Vegas.

Khabib Nurmagomedov menewaskan Conor McGregor dalam pertarungan lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), sebelum dia mencabar Mayweather.

Mayweather, 41, bersara selepas menewaskan McGregor dalam gelanggang tinju pada Ogos 2017 dan mengesahkan dia berminat untuk bertarung dengan Khabib Nurmagomedov di Las Vegas.

Namun, Nurmagomedov, 30, menolak idea tersebut, selepas dia terpaksa berdepan masalah dengan pihak berkuasa Las Vegas kerana terbabit dalam pergaduhan sebaik sahaja pertarungan dengan McGregor berakhir.

Sewaktu menyahut cabaran Mayweather, Nurmagomedov dalam Instagram berkata, “Boleh (bertarung) tetapi tidak di Vegas, mereka tidak akan membayar duit saya.”

Nurmagomedov masih menanti hadiah kemena­ngannya yang ditahan pihak berkuasa Las Vegas berikutan siasatan sedang dijalankan terhadap pergaduhan yang berlaku.

Jaguh Rusia itu telah bertindak melompat keluar dari gelanggang untuk menyerang jurulatih McGregor, Dillon Danis selepas kemenangannya di pusingan keempat.

Khabib Nurmagomedov kemudian mencabar Mayweather selepas kemenangannya, dan mendakwa dia mampu bertarung dengan bintang tinju yang belum pernah tewas itu.

“Hey, marilah Floyd, kita perlu bertarung sekarang. 50-0 vs 27-0, dua lelaki yang masih belum tewas. Mengapa tidak? Kerana dalam hutan hanya ada seorang raja."

Conor tidak pandang mata saya - Khabib

Floyd Mayweather Sambut Cabaran Khabib!

Sementara itu, seminggu selepas menjuarai pertarungan lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC) 229 di Las Vegas, Khabib Nurmagomedov mendedahkan apa yang berlaku di atas gelanggang sehingga membuatkan dia cukup yakin mampu menumbangkan Conor McGregor.

Nurmagomedov, 30, berkata, McGregor yang biasanya agresif baik dalam perbuatan mahu pun percakapan, bagaimanapun tidak langsung memandang matanya ketika mereka bertentangan di atas Oktagon (gelanggang).

Kata Nurmagomedov, ketika itu dia sedar ada yang tidak kena dengan McGregor dan memberitahu pasukannya tentang perkara tersebut.

“Dia langsung tidak mahu memandang mata saya.

“Ia kelihatan seperti melihat saya tetapi sebenarnya dia memandang ke arah lain.

“Di tengah-tengah gelanggang, saya nampak matanya meliar ke tempat lain dan tidak sekali pun dia membalas renungan saya.

“Semuanya sangat berbeza dengan keperibadian Conor yang sebenar. Melihat caranya dalam sidang akhbar, ketika mengambil berat badan atau menjalani latihan terbuka, seperti ada yang tidak kena.

“Apabila kami berada dalam gelanggang sebelum pertandingan, saya nampak dia bukan dia yang sebenar,” kata Nurmagomedov dalam temubual bersama stesen televisyen Rusia, Channel One.

Khabib Nurmagomedov mencetuskan kontroversi sejurus selepas pertarungan apabila menyerang jurulatih McGregor kerana tidak tahan dengan provokasi melampau yang diterima, terutama melibatkan agama Islam, keluarga serta negaranya, Rusia.

Biarpun tindakan Khabib Nurmagomedov pada mulanya dikecam Presiden UFC, Dana White, namun dia sudah pun memberikan tawaran untuk mengadakan satu lagi pertarungan.

“Mereka (UFC) sudahpun memulakan rundingan dengan saya untuk pertarungan seterusnya.

“Saya beritahu mereka, tunggu dulu, perlahan-lahan,” katanya lagi.

Sama-sama kita nantikan!

BACA INI JUGA:


sumber: thesukan | utusan | utusan2

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon