Thursday, September 06, 2018

'Kapal Hantu' Muncul Semula Selepas Hilang Sembilan Tahun


Misteri kehilangan sebuah kapal di Lautan Pasifik sejak 2009 terungkai apabila ia muncul di Lautan Hindi, selepas sembilan tahun membuatkan ia digelar sebagai 'kapal hantu'.

'Kapal Hantu' Muncul Semula Selepas Hilang Sembilan Tahun

Ia dilihat kali terakhir di perairan Taiwan pada 2009, sebelum terputus hubungan semasa berlayar keluar dari negara itu. Pihak berkuasa percaya kapal tersebut hilang disebabkan lautan yang luas.

Bagaimanapun, kapal bernama Sam Ratulangi PB 1600 secara tiba-tiba muncul di selatan Myanmar di Lautan Hindi pada 30 Ogos 2018 lalu.

Ia dikesan oleh beberapa nelayan dari kampung Thama Seitta, memasuki kapal tersebut dan mendapati ia tidak berpenghuni.

"Tiada kru atau kargo yang ditemui bersama kapal tersebut. Ia menjadi tanda-tanya bagaimana kapal sebesar itu muncul di perairan kami," kata seorang ahli Parlimen Myanmar, U Ne Win Yangon, dipetik sebagai berkata oleh Myanmar Times.

Dilaporkan, 'kapal hantu' tersebut berukuran 177.35 meter panjang dan 27.91 meter lebar.

Kapal seberat 26,510 tan itu dibina pada 2001.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon