Thursday, July 12, 2018

Kenapa Pemain Bola Sepak Brazil Hanya Mempunyai Satu Nama?


Perasan atau tidak, pemain bola sepak Brazil selalu menggunakan nama dengan hanya satu perkataan lebih daripada 1 abad. Dalam Piala Dunia 2018, 17 daripada 23 pemain Brazil biasanya dirujuk dengan nama tunggal.

Kenapa Pemain Bola Sepak Brazil Hanya Mempunyai Satu Nama?

Bagi kebanyakan pemain, mereka hanya menggunakan nama hadapan mereka seperti Marcelo, atau terbitan nama mereka, seperti Marquinhos (Marcos).

Amalan ini membuatkan Brazil lebih menonjol daripada kebanyakan pasukan kebangsaan lain dan terdapat beberapa penjelasan mengapa pemain bola sepak Brazil hanya menggunakan satu nama.

Budaya masyarakat di Brazil

Pelbagai sebab telah dinyatakan sebelum ini, namun penjelasan yang paling konsisten adalah bahawa ia merupakan gambaran langsung tentang budaya Brazil.

Dalam buku oleh Alex Bellos, "Football. The Brazilian Way of Life", beliau menjelaskan bahawa "bola sepak Brazil adalah iklan antarabangsa tentang kemesraan kehidupan orang Brazil, disebabkan oleh nama pemain-pemainnya".

Mewujudkan kemesraan di antara peminat dan pemain

Kenapa Pemain Bola Sepak Brazil Hanya Mempunyai Satu Nama?
HULK.

Pada dasarnya, kebanyakan budaya di seluruh dunia menggunakan nama samaran untuk merujuk kepada seorang pemain, tetapi nama-nama itu jarang dipaparkan pada bahagian belakang jersi mereka. Kebanyakannya lebih biasa menggunakan nama rasmi.

Peminat-peminat Brazil merasakan terdapat hubungan peribadi yang lebih mesra dengan pasukan kebangsaan mereka dan penggunaan nama samaran dan nama pertama dalam situasi rasmi mencerminkan sentimen itu.

Daripada bersorak untuk Givanildo Vieira de Sousa semasa Piala Dunia 2014, peminat Brazil hanya merujuk penyerang bintang mereka sebagai Hulk.

Disebabkan minatnya dalam watak-watak buku komik, bapanya memberikan nama samaran tersebut ketika Hulk masih kanak-kanak.

Perkara ini sering berlaku bagi kebanyakan pemain Brazil yang sangat hebat.

Nama Garrincha, wira Brazil pada Piala Dunia 1962, bermakna "wren" iaitu seekor burung kecil dalam bahasa Portugis.

Beliau menerima nama tersebut disebabkan oleh saiz badannya antara yang terkecil dalam kelasnya.

Kenapa Pemain Bola Sepak Brazil Hanya Mempunyai Satu Nama?

Kaka pula mendapat nama samarannya daripada abangnya yang tidak mampu menyebut nama pertamanya, Ricardo.

Asal usul nama Edson Arantes do Nascimento, iaitu Pele, adalah kurang jelas.

Namun ia dikatakan berasal daripada Pele yang tersalah menyebut nama pemain bola sepak tempatan kegemarannya, iaitu penjaga gol Vasco da Gama, Bile dan nama itu kekal selama-lamanya.

Penggunaan nama pertama dan panggilan adalah sangat praktikal

Pada sijil kelahiran orang Brazil, kebanyakannya akan mempunyai 4 nama atau lebih, iaitu nama pertama individu tersebut, nama wali, nama keluarga ibu dan nama keluarga bapa.

Sebagai contoh Ronaldo Luís Nazário de Lima. Struktur nama ini membuatkan mereka cenderung untuk menggunakan nama samaran atau nama pertama, bagi memudahkan pengenalan.

Malah, penggunaan nama pertama ini diterapkan dalam dunia politik.

Dua presiden Brazil yang terbaru iaitu Dilma Rousseff dan Luiz Inacio da Silva sering dirujuk sebagai Dilma dan Lula di dalam akhbar. Ia adalah ketara bahawa kedua-dua mewakili Parti Buruh.

Dengan menggalakkan penggunaan nama pertama, mereka cuba untuk mewujudkan rasa perhubungan dan intim dengan semua rakyat Brazil walaupun mereka adalah individu berjawatan tertinggi dalam negara.

Ia merupakan sesuatu yang mana pemain bola sepak di Brazil lakukan dengan begitu mudah untuk tempoh yang lama.

Kemesraan budaya Brazil, kepentingan berhubung dengan peminat dan fungsi nama samaran adalah sebab mengapa pemain bola sepak Brazil hanya mempunyai satu nama.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: iluminasi

1 comment

  1. itulah nama panjang panjang pun, orang panggil pendek juga, macam nama ALI JO OSSMAN, orang panggil jo je.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon