Sunday, May 13, 2018

Kenapa Dadah Gembira Erimin 5 Sangat Popular Dikalangan Kaki Clubbing?


Dadah jenis Erimin 5 sangat popular di Malaysia terutamanya kepada mereka yang kaki clubbing yang mana nama jalanan untuk dadah ini adalah Nimetazepam, sejenis dadah sintetik yang dihasilkan buat pertama kali pada tahun 1962.
Kenapa Dadah Gembira Erimin 5 Sangat Popular Dikalangan Kaki Clubbing?

Dadah ini pada awalnya digunakan untuk merawat penyakit insomnia (susah tidur) yang kronik tetapi telah digantikan kepada ubatan yang lebih kurang kuat seperti Etizolam.

Ianya ditukar kerana Nimetazepam boleh memberi kesan yang tidak baik kepada pengguna dan boleh membuatkan pesakit ketagih kepada ubat ini.

Namun, Erimin 5 seringkali dijual dalam pasaran gelap untuk kegunaan rekreasi dan terkenal sebagai ‘soft drug’ di kalangan pengguna dadah.

Erimin 5 digunakan sebagai club drug dan diambil dengan alkohol.

Seringkali ia diambil bersama dadah lain seperti ecstasy, methamphetamine dan benzodiazepine untuk kesan khayal yang lebik kick.

Sejak November 2015, Erimin 5 telah pun diberhentikan pengeluaran di Jepun.

Erimin 5 kini sangat popular di Singapura, Indonesia dan Malaysia dengan nama Happy 5.

Kenapa Erimin 5 ini sangat popular?

Dadah ini hampir sama kesannya dengan ecstacy tetapi Eramin 5 lebih popular kerana dapat high dengan lebih cepat dan hebat berbanding esctacy.

Walaupun berbentuk hampir seperti lozenge, tetapi ianya bukan untuk merawat sakit tekak.

Jika ditangkap memiliki Erimin5, silap hari bulan, anda berdepan denda RM100,000 atau hukuman penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Hendak seronok punya pasal, merana tak tentu pasal anda nanti.

Popular Di kalangan Pelajar

Harganya yang murah berbanding dadah jalanan lain menyebabkan ia popular dikalangan kanak-kanak sekolah dan pelajar awal remaja (satu tab sepuluh pil cuma berharga sekitar RM15 – RM40 sahaja).

Ia popular dengan nama ‘Happy’, ‘Five’, ‘Happy 5’.

BAGAIMANA ERIMIN BERFUNGSI?

Kenapa Dadah Gembira Erimin 5 Sangat Popular Dikalangan Kaki Clubbing?

Seperti dadah benzodiazepine yang lain, Erimin juga bertindak keatas reseptor GABA di otak.

Ia akan menambat pada reseptor GABAA dan menyebabkan neurotransmitter GABA menambat pada reseptor GABA dengan lebih efisyen.

Neurotransmitter GABA adalah neurotransmitter yang bersifat merencat sesetengah aktiviti neuron.

Ia terlibat dalam aktiviti rangsangan tidur, merehatkan aktiviti otot, mengawal keresahan dan secara kesimpulannya melumpuhkan dan merehatkan fungsi otak (CNS).

Benzodiazepine seperti Erimin akan meningkatkan aktiviti neurotransmitter GABA pada reseptor, seterusnya menggalakkan fungsi GABA tersebut.

APAKAH KESAN BAHAYA PENGAMBILAN ERIMIN

Seperti yang terlihat pada kes diatas, kesan pengambilan Erimin terlihat seperti:
  • Hilang kesedaran.
  • Kekurangan fungsi kognitif dari segi mengambil keputusan, berfikir, hilang tumpuan.
  • Kesukaran untuk mengawal fungsi tubuh, bercakap, bergerak.
  • Kesukaran mengingat, pelupa.

Erimin juga mampu memberikan kesan ketagihan seperti dadah rekreasi lain.

Ia juga mampu meningkatkan keadaan toleran (sentiasa mahu meningkatkan dos) dan beralih pada dadah yang lebih kuat kemudiannya.

Prihatin pada aktiviti anak-anak dan anggota keluarga. Selalu memberi perhatian pada mereka.

Sayangi diri dan keluarga. Jauhi dadah!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket | rootofscience

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon