Saturday, February 24, 2018

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

Loading...

Venezuela akhirnya melancarkan mata wang kripto 'Petro' dalam usaha untuk memintas sekatan ekonomi ketat yang dikenakan kerajaan Amerika Syarikat (AS), bertujuan meningkatkan ekonomi negara yang berdepan hiperinflasi dan penurunan nilai selama beberapa tahun.

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

Presiden Nicolas Maduro berkata, setiap token akan disokong oleh setong minyak mentah Venezuela.

Difahamkan, 100 juta Petro akan dijual dengan nilai awal ditetapkan pada AS$60 (RM234) seunit berdasarkan harga setong minyak mentah negara pada pertengahan bulan Januari 2017.

Laman web rasmi yang menerbitkan panduan untuk membuka dompet maya itu bagaimanapun tidak memberi pautan untuk membeli mata wang Petro tersebut selain tiada maklumat mengenai bursa saham.

Tiada nilai, wang Venezuela jadi cenderahati

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

Peniaga di Venezuela menganyam bakul menggunakan wang kertas selepas nilai matawangnya, Bolivar jatuh 85 peratus akibat inflasi.

Menurut Dailymail, disebabkan Bolivar secara praktis menjadi tidak bernilai, peniaga mula mengubah wang kertas dan menjualnya sebagai cenderahati kerana nilai cenderahati lebih tinggi dari wang kertas itu sendiri.

Seorang peniaga, Wilmer Rojas mendapat idea dengan membuat origami dan mengubah wang kertas menjadi beg galas, beg duit, topi dan bakul.

'Petro' Dilancar, Venezuela Negara Pertama Guna Wang Digital

Kata Rojas, orang ramai membuang wang kertas dan tidak menggunakannya untuk membeli barangan lagi.

"Surat khabar lama atau majalah pun lebih tinggi nilainya dari Bolivar. Sekurang-kurangnya saya jadikan mereka bernilai (dengan menjadikan cenderahati)," kata Rojas.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Seorang blogger yang suka berkongsi ilmu untuk individu yang suka membaca.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon