Monday, February 05, 2018

Monowi Bandar Yang Hanya Mempunyai Seorang Penduduk!


Selamat datang ke bandar yang hanya mempunyai satu populasi penduduk sahaja, Monowi, yang terletak di Nebraska hanya mempunyai seorang penduduk, Elsie Eiler berusia 84 tahun.

Monowi Bandar Yang Hanya Mempunyai Seorang Penduduk!

Semua pekerjaan seperti menjadi datuk bandar, bendahari, pustakawan, pelayan bar, dan beberapa lagi tugas diuruskan Elsie seorang diri.

Setiap tahun dia akan menggantung sepanduk untuk calon menjadi ketua bandar dan selepas itu dia akan mengundi dirinya sendiri.

Undang-undang persekutuan turut meminta dia membuat penyelenggaraan sampah di jalan bagi memastikan sumber kewangan terus disalurkan kepadanya.

Monowi Bandar Yang Hanya Mempunyai Seorang Penduduk!

Dia juga turut membayar cukai $500 bagi memastikan bekalan elaktrik dan api terus dibuka.

Elsie juga turut membuat kertas kerja supaya status Monowi wujud dan mengelak daripada menjadi 'bandar hantu'.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 7 Negara Paling Mudah Menerima Pendatang Asing

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon