Wednesday, February 07, 2018

Manusia Akan Mati Jika Tubuh Kurang 10 Peratus Air Dalam Tubuh!


Kandungan utama dalam tubuh manusia adalah cecair. Jika paras cecair berkurangan 1 peratus, anda akan berasa haus dan jika paras cecair berkurangan sehingga 10 peratus, anda akan mati.

Manusia Akan Mati Jika Tubuh Kurang 10 Peratus Air Dalam Tubuh!

Jadi, berapa banyak air sebenarnya diperlukan badan setiap hari?

Pakar kesihatan biasanya akan mengsyorkan lapan gelas sehari, tetapi itu sebenarnya bergantung pada keadaan.

Jika anda berasa haus, minumlah segelas air. Itu lebih baik kerana tubuh sebenarnya memberikan amaran badan kekurangan air dengan merasa haus.

Yang bahayanya apabila minum air terlalu banyak dan berlebihan adalah, anda mungkin akan mati keracunan!

Ya, air putih akan menjadi racun sekiranya diambil berlebihan.

Ingat, minum apabila merasa haus ya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kenapa Air Perlu Cukup Dalam Badan Terutamanya Ketika Cuaca Panas?

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Ada panduan nak tau berapa air kita perlukan ialah dengan lihat berapa berat kita. 25kg perlukan 1 liter sehari. Kalau orang tu beratnya 50 kg, maka dia perlukan 2 liter air sehari.

    Moga membantu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat membantu. Moga memberi manfaat buat pembaca. :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon